CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 30, 2009

indahnya takdir-25

Perjalanan ke kampung melalui lebuhraya agak lengang. Sekarang bukan musim cuti sekolah ataupun perayaan, jadi lalu lintas memang selesa. Tiba-tiba kepala kembali berdenyut, pandangan pula berbalam-balam. Dia mencari papan tanda di tepi jalan ‘KAWASAN REHAT & RAWAT TAPAH -500M’. dengan tenaga yang tinggal dia memandu masuk ke kawasan rehat. Tak sempat berfikir, pandangannya terus kelam.

Bunyi ketukan pada cermin kereta membuatkan dia tersedar. Kepala yang berdenyut dipicit lembut. Memandang pada manusia yang berdiri diluar kereta, Q kembali tergejut. Siapa pulak lelaki ni.

Ketukan di cermin sekali lagi membuatkan Q menurun tingkap kereta.

“cik ok ke?”

“aaaa,….ok…ok. thanks” lepas lelaki itu berlalu, Q keluar dari kereta. Menuju ke tandas untuk menyegarkan diri. Selepas itu dia ke gerai Membeli sekotak air coklat.. dia perlu meneruskan perjalanan. Dan yang paling penting jangan pengsan lagi. Dia perlu selamat sampai ke rumah.


Dah 3 minggu Q duduk saja di rumah. Sebenarnya tentang dapat tukar U tu memang dia bohong pada Dato Hassan dan Kay. Ingat senang-senang U nak bagi lepas. Lain cerita la kalau U tu HJ Umar yang punya. Semuanya sebab dia nak lari balik Penang. Dah tak nak duduk KL lagi.

Leka melayan menung, telinga Q terdengar soal jawab agama di radio. Dan kata-kata ustaz itu bagaikan ditujukan padanya.
‘siapa yang tak sedih ditinggalkan orang yang kita sayang, tambahan pulak orang yang pergi tu tempat kita bergantung dan bermanja. Kita tak boleh larut dengan kehilangan tu, Allah marah dengan orang macam tu. Seakan-akan tak terima takdir. Allah takkan duga umatNYa melebihi apa yang mampu ditanggung oleh kita. Yang penting sekali macam mana kita menerima dan menjadikan kehilangan tu sebagai kelebihan, dimana Allah menduga hamba yang dikasihiNya. Tak salah mengenang orang yang dah pergi sebagai ingatan tetapi jangan sampai terlampau dan mengangggu kehidupan. Bangunlah, terus menabur khidmat kita sebagai khalifah didunia selagi dikehendaki olehNYa’

“Ya Allah, aku leka selama ni. Terlalu mengikut perasaan selama ni” Q bingkas bangun. Menacari Hajah Zakiah dan Hj Umar. Hidup perlu diteruskan, walaupun tanpa Hakim kini. Sudah terlalu banyak dia menyusahkan hati semua orang.

*_*_*_*_*_*_

setahun berlalu

Keadaan tiba-tiba menjadi sesak di dalam restoran Mc Donald Seberang Jaya menjelang jam 12 tengahhari. Semua orang sama pesyen je. Pantang orang iklan kata murah je, penuh la segala macam orang kat sini. Q yang dari tadi sibuk meng’gogle’ info untuk tesis buat bodo. Malas nak tengok gelagat orang time-time ke ‘bz’an melanda ni.

“tumpang duduk boleh? Dah takdak tempat kosong len dah” suara garau mana entah tiba-tiba enterfrem. Q angkat muka, tengok muka sapa yang berani sangat tegur dia. Sekali tengok, mak ai…..handsomenya. ayat ganas yang nak sound tadi terus masuk balik dalam otak.

Tapi aura nak marah tetap ada. “ encik nampak tak meja kecik ni dah penuh dengan barang-barang saya?”

“memang la, tapi kalau cik adik alihkan sikit buku-buku yang tak guna ni, mesti ada ruang saya letak tray ni. Yang penting dapat signal wi-fi je kan?”

“apa kata encik pi ja duduk kat meja kakak cun tu? Diaorang berdua ja”

“awak nampak tak lelaki yang tengah beratur tu?....tu la balak dia. Tak mau saya kena hentak. Dah la besar semacam je mamat tu” dalam merengut tak puas hati, Q alihkan jugak buku-buku. Ni la akibat suka sangat melepak kat Mc D. buat pulak time makan tengahhari.

15 minit berlalu, Q memandang ke arah meja kakak cun tadi. Masih berdua, enak mengunyah fries. Sah-sah dia kena kelentong dengan mamat yang sedap je duk melantak double cheese di depan ni.

Malas nak panjangkan cerita, Q kemaskan barang-barang. Laptop dimatikan. Dia ke situ pun Cuma nak ambil feel, aura Hakim yang selalu temankan study masa dia ada dulu.

“ehh, awak nak ke mana?”

“perlu ke bagitau awak saya nak ke mana?”

“saya dah sudah makan ni”

“so?”

“awak boleh la sambung kerja awak. Tak pun kita boleh sembang jap. Ada benda saya nak tanya ni”

“encik, dalam banyak-banyak orang dalam sini, kenapa la encik pilih saya untuk sembang? Saya ni ada kerja lagi lepas ni”

“awak kerja apa sekarang Q?”

daripada berdiri terus Q duduk. Pandang muka mamat handsome tu sungguh-sungguh. Heran sangat bila mamat tu kenal dia.

“awak tak ingat kat saya Q? takkan langsung takde sikit pun ingatan awak kat saya?”

“awak ni sapa?”

“mentang-mentang la dah tunang dengan anak Dato, saya pun awak tak kenal. Ke sekarang dah jadi menantu Dato?”

‘mamat ni cakap pasal sapa? Arwah abang ke?’

Q tilik muka lelaki didepan dia. Dah macam Adam dalam Nur Kasih je. Tapi ni versi terlebih cerah la. Putih sungguh mamat ni. Muka pun cantik je, takde jerawat atau bekas jerawat.

“awak ni sapa? Boleh dak jangan duk buat saya pening”

“Adam”

“Adam?....Adam mana? Adam Nur Kasih tu ke?” sempat lagi Q buat lawak bodo. Effect bila selalu sangat layan cerita melayu tu.

“kaki awak dah ok?”

“apasal lak tak ok….ok j ……oh my….awak Adam? Kenapa lain sangat?”

“lain ke? Saya rasa sama je. Ataupun awak yang dah lupa macam mana rupa saya” macam mana nak lupa muka mamat yang pakai phone zaman tuk kaduk tu. Adam yang terlalu baik dengannya.

“dulu rambut awak panjang, baju pun memanjang penuh dengan minyak” Q terus meneliti wajah dihadapannya.

“dah tua la Q, kena la ubah imej cikit. Nanti takde pulak orang nak kat saya. Awak pun dah Hakim cup awal-awal”

“awak buat apa kat sini?”

“makan…………” Q tersenyum dengar jawapan Adam. Salah tanya la pulak.“saya ada cari awak kat company Hakim tapi orang kat situ bagitau awak dah tak kerja.Hakim pun takde.”

“buat apa awak cari saya?”

“saja,……teringat kawan lama.mula-mula tadi was-was jugak takut salah orang. Kenapa awak kurus sangat ni Q?”

“saya diet”

“ke Hakim tak bagi awak makan. Hari tu dia dah janji dengan saya nak jaga awak baik-baik”

“abang jaga saya dengan baik. Awak jangan risau. Ada pa awak cari saya?” Q dah duk tanya soalan sama, nampak sangat dah tak tau nak sembang apa.

“saja….nak bertanya khabar. Awak bahagia Q?”

“Alhamdullilah. Saya minta diri dulu la. Ada keje lepas ni” terus Q melangkah keluar dari restoran tu. Kena cepat-cepat larikan diri dari mamat handsome ni, nanti teringat pula muka dia masa nak tido. Sape nak tolong nanti kalau Q dah angau.

Adam hanya mampu melihat langkah Q. kemudian baru dia teringat, nombor telefon Q lupa nak minta. Apa la punya orang. Adam mengetuk kepala sendiri.

Thursday, November 26, 2009

indahnya takdir-24

Telefon bimbit yang dikunci berbunyi pukul 6 pagi seperti biasa. Selepas menekan butang off, Q membuka mata. Merenung siling bilik, fikirannya kosong. Tak pasti apa yang perlu dibuat dahulu.

Hari pertama bangun tanpa panggilan dari Hakim. Dan semalam pun dia terlena sambil mendakap gambar Hakim, rindunya pada Hakim. Tapi dia terpaksa kuat depan Kay, Hana, ibu dah ayah. Dia tak nak semua orang bimbangkan dia. Cuma dalam bilik tempat dia menangis mengenangkan Hakim.

Seketika kemudian dia bangun, melangkah ke bilik air. Dan 20 minit kemudian dia sudah berdiri menunaikan solat subuh. Selepas berdoa kesejahteraan Hakim di sana, Q mencapai Al-Quran. Niat hatinya ingin menghadiahkan arwah Hakim dengan menghabiskan sebuah Al-Quran.

Selesai 1 muka surat, Q bangun. Bersiap untuk ke pejabat. Baju kurung yang sudah siap diseterika disarung ke tubuh. Setelah mengenakan tudung, dia bergerak mengambil kunci kereta.

“ko nak pergi office ke? Tak nak relax kat rumah sehari dua dulu?” Kay yang baru keluar dari dapur menegur.

“takpe la, aku ada banyak kerja nak buat”

“tak nak sarapan dulu? Aku dah masak ni”

“aku dah kenyang la Kay, aku gerak dulu ye”


Sampai di pejabat, sebak mula memenuhi dada. Baru sampai depan pintu, air mata dah membasahi pipi.Q kuatkan diri melangkah ke mejanya. Duduk merenung bilik Hakim. Bagai ternampak bayangan Hakim disitu. ‘Ya Allah, tabahkanlah hatiku’

“Q…..kenapa datang office?” suara Faizul mengejutkan Q dari lamunan yang panjang.

“Encik cakap apa tadi?”

“saya tanya,kenapa datang office. Duduk la berehat kat rumah dulu”

“kalau duduk kat rumah lagi saya teringat kat arwah.”

“kalau macam tu, awak buat la kerja macam biasa. Lagi satu, kalau awak dah sedia tolong kemaskan barang-barang arwah dalam bilik ye. Dato pesan semalam”

“nanti saya buat”


Agak lama Q merenung pintu bilik Hakim sebelum melangkah ke dalam. Lampu dan penhawa dingin di pasang. Keadaan bilik nampak suram sekali padahal selama ini, bilik Hakim la yang paling ceria.

Perlahan Q melangkah ke meja. Dia duduk di tempat Hakim, merenung keadaan bilik sekali lagi. Tak pasti dari mana hendak mula berkemas. Seketika pandangannya jatuh pada frame di atas meja. Gambar mereka berdua ketika bercuti di Genting Highland. Sedang tersenyum lebar. Indahnya saat itu.

Frame itu dibawa ke dada. Kembali melayan angan. Entah bila dia terlelap. Sehingga Mawar mengejutkan.

“Q,………. Dah makan belum? Akak ingat Q tak datang kerja lagi. Nasib baik akak perasan lampu bilik ni terpasang”

“Q tak lapar kak.”

“Q buat apa kat sini?”

“nak kemas barang abang, tapi tak tau nak mula dari mana”

“takpe la, biar akak yang tolong kemaskan, Q duduk je kat situ”

“Q tolong ye, mesti banyak benda arwah kak. Dia kan suka semakkan bilik ni”

“Q dah zohor?”

“belum”

“kalau macam tu, Q gi solat dulu. Lepas ni baru kita kemas ye” tak fikir panjang terus Q berlalu ke surau. Mawar menahan air mata melihat perubahan Q. dia turut bersedih dengan kehilangan Hakim.
*-*-*-*-*-

Resit jam tangan dan contoh kad kenduri yang berada di atas meja direnung kosong. Q menyambung menung. Bodohnya dia tak perasan langsung dengan perubahan Hakim sejak sebulan lepas. Macam mana seronoknya Hakim ketika membeli belah, menonton wayang, menyanyi penuh perasaan dalam kereta semua lagu nasyid yang Q minat.

Cuma satu yang Hakim tak nak sediakan, cincin kawin mereka. Hakim langsung tak menyentuh tentang cincin, dan Q yang bodoh menyangka Hakim akan memilih sendiri sama macam cincin tunang.

Dah dua hari pihak kedai jam menyuruh dia ke sana untuk mengambil jam mereka. Tapi Q masih lagi teragak-agak. Langsung tak yakin untuk melihat ukiran nama Hakim.


*-*-*-*-*--*-

Sebulan selepas pemergian Hakim, Q makin murung. Bercakap hanya bila perlu. Tempat Hakim kembali diganti oleh Dato Hassan.

Skrin komputer ditenung lama. Tapi fikirannya tidak disitu, semua kerja jadi terbengkalai sejak bertemu dengan peguam Hakim. Pertemuan tadi kembali terlayar di ingatan.

‘arwah dah siapka semua wasiat sebelum bertolak ke Perlis dulu. Menurut wasiat beliau, kereta yang digunakan oleh Cik Qasedah sekarang akan menjadi milik penuh Cik Qasedah dan tidak perlu membayar sebarang bayaran bulanan lagi.Pihak syarikat akan membiayai pengajian Cik Qasedah sehingga tamat walaupun Cik Qasedah ingin meletak jawatan dari syarikat ini. Sebuah rumah yang terletak di Putrajaya telah diserahkah oleh arwah kepada Cik. Dan beliau mewasiatkan 1/3 daripada pampasan insuran nyawa beliau kepada Cik.’

Selepas menurun tandatangan tadi, Q termangu sendiri sehingga kini. Tiba-tiba dia menjadi orang kaya, tapi miskin dengan kasih sayang. Hakim terlalu memanjakan dia. Semuanya sudah disediakan.. tapi Q tak mampu untuk terus berada di syarikat ini. Terlalu banyak kenangan yang menghambat setiap hari.

**--*-*-*-*-


Azan Maghrib dari surau berdekatan mengejutkan Q dari lamunan. Dengan perlahan dia melangkah ke bilik air. Tenaganya seolah hilang, perjalanan ke bilik air yang mengambil hanya 10 langkah seperti sejam lamanya. Q dah tak berdaya nak melangkah, pandanganya kelam tiba-tiba. Dan tubuhnya melayang.

Buka je mata, wajah risau Kay yang menyapa pandangan. Q senyum kelat. Tau sangat dengan sikap Kay yang cepat panik. Kepala yang masih berdenyut, membuatkan Q kembali memejam mata.

“ko ok tak ni?........Q, dengar tak aku cakap ni?”

“dengar la, hang jangan la duk gabra sangat. Aku ok”

“ok mende kalau aku balik tengok ko dah terbaring depan pintu toilet”

“aku pening tadi”

“dah makan?”

“dah” perlahan Q menjawab, nanti Kay bising lagi kalau tau dia tak makan.

“makan apa?”

“nasi” tipu lagi. Padahal sejak Hakim pergi dah lama dia tak sentuh nasi. “pukul berapa dah ni? Aku tak solat maghrib lagi”

“8.45. dah Isyak pun”

“Ya Allah”

“ko jatuh maghrib tadi?....kalau aku tak balik macam mana?”

“hang dah balik kan. Dah la, aku nak solat isyak” cepat je Q bangun walaupun pening, tak nak dengar Kay menyoal lagi.


“aku nak resign, nak balik duduk kampung” tutur Q perlahan ketika menonton bersama Kay.

“bila ko nak balik?”

“lusa, hang tak pe ke tinggal sorang?”

“aku faham keadaan ko. Dari aku tengok ko jadi mayat hidup kat sini baik ko balik duduk dengan parents ko”

“thanks Kay, hang la sahabat aku yang paling baik”

“ko jaga diri tau”

“tau”

“study jo macam mana? Extand?”

“tak la, aku dah minta tukar, dapat USM”
**-*-*-*--*

Surat ditangan dipandang lama. Takut untuk berhadapan dengan Dato Hassan. Tapi dia perlu kuatkan semangat. Keputusan perlu dibuat.

“Q, ada apa nak jumpa ayah ni?.....Q sihat?”

“Q ada hal nak cakap dengan Ayah. Q harap ayah terima keputusan Q”

“ada apa?” surat ditangan dihulurkan pada Dato Hassan.

“kenapa ni Q? dah tak suka kerja dengan ayah ke?”

“Q dapat tukar U, dekat USM. Q ingat nak balik duduk dengan ummi dan abah”

“betul Q dapat tukar? Bukan berhenti belajar?”

“betul yah, kat sini Q tak boleh nak fokus dengan study. Q harap ayah faham keadaan Q”

“kalau macam tu, Q jaga diri. Ingat, ayah dengan ibu sentiasa sayang Q walaupun Q bukan menantu kami. Q dah macam anak kami sendiri. Jaga kesihatan, ayah tengok Q kurus sangat ni”

“terima kasih yah. Q akan jaga diri. Ayah jangan risau ye”

“bila nak balik kampung?”

“esok yah”

“kalau macam tu, malam ni datang rumah. Jumpa ibu dengan Hana dulu” Q hanya mengangguk.

Keluar dari bilik Dato Hassan, Q terus berkemas. Dia perlu tinggalkan pejabat ni dengan segera.

Tuesday, November 24, 2009

indahnya takdir-23

Telefon yang dari tadi duk berbunyi membuat Q berhenti membaca. Konsentrasi pada novel baru sudah beralih pada pemanggil dihujung sana.

“Q.. jawab la phone ko tu… sakit la telinga aku dengar ringtone tu” Kay sudah geram dengan Q yang masih boleh membaca.

“abang….. kan Wa dah cakap jangan kacau. Degil la abang ni”

Terdengar tawa Hakim. “abang boring la Wa, aktiviti malam ni tak best langsung. Lagipun abang rindu la kat Wawa”

“esok kan dah nak balik. Malam ni mesti berbeque kan. Nape lak nak boring. Selalu malam last la yang paling abang suka. Boleh menyanyi. Abang dah dapat chance naik pentas lum?”

“jap lagi rasanya. Tapi kali ni abang nak bawa lagu Pergi tak kembali. Baru dia orang respect sikit kat abang. Ingat abang tak boleh ke nak nyanyi lagu stok ustaz-ustaz ni”

“ni sejak bila abang dengar lagu nasyid ni. Selalu kutuk je kalau Wawa buka lagu nasyid”

“entah la diaorang ni,ada pulak nak wat tema keinsafan malam ni.kan lagu ni Wa selalu suruh abang dengar, lagipun kalau menyanyi lagu nasyid ni rasa dekat je ngan Wa. Abang rindu la dengan Wa. Letak jap la. Abang nak wat 3G. Nak tengok muka Wa la”

Kelam kabut Q menarik tuala. Menutup rambut sebelum menjawab panggilan. “ala, abang ingat boleh tengok Wa tak pakai tudung”

“takde-takde, kan dah janji lepas nikah baru boleh. Lupa ke?”

“abang ingat, Cuma tak sabar je”

“mendenya tak sabar?....kan lagi 3 minggu je ari nikah kita. Ke abang dah jumpa awek baru kat sana, abang jangan bang. Wa karate abang nanti”

“mana ada awek lain. Wa sorang je dalam hati abang. Abang tau esok abang dah nak balik. Tapi abang rindu sangat kat Najwa”

“abang ni, merapu sungguh, kan pagi esok nak gerak balik KL. Ni pun duk tengok muka Wa, nak rindu apa lagi Apasal? Abang tak nak balik lagi ke?abang nak gi mana lagi? Siam?”

“tak ke mana. Abang sayang sangat kat Qasedah Najwa ni. Jaga diri baik-baik ye sayang. Jangan rindu abang ye. K la, dia orang dah panggil tu, turn abang dah sampai.”

“abang, Wa nak dengar jugak abang nyanyi.”

“k, abang tak letak ni. Najwa boleh tengok abang buat live show malam ni” dan satu senyuman manis terukir dibibir Hakim.

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

“best tak?” soal Hakim selesai membuat persembahan. Q hanya membisu. Menyapu airmata dipipi. Tersayu la pulak.

“la, ni kenapa pulak menangis ni?”

“abang la, apasal nyanyi lagu macam ni. Suara dah best tapi sayu la”

“saja je. Nak bagi Najwa ingat abang, baru Wa kagum dengan abang. Takde la nak menceceh kalau abang tutup lagu nasyid dalam keta lepas ni”

“abang tak menyanyi macam tu pun Wa tetap ingat abang la.rindu sangat kat abang tau tak”

“K la, abang nyanyi lagi satu lagu special untuk Najwa je k. jangan menangis lagi ye”

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan
Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram nur kasih

Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata
Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya

“ok……dah.abang nak balik bilik dah ni. Esok pagi nak bertolak awal. Najwa jaga diri ye”

“abang pun”

“nite sayang”

“nite abang”


&&&&

“Assalamualaikum sayang, Wa dah solat?”

“waalaikummusalam….dah, tengah bersiap nak ke pejabat la ni”

“Wa pakai baju apa hari ni?”

“Baju kurung yang abang belikan.kenapa?”

“saja je tanya, sebab hari ni kan abang tak masuk office. Kena la tau macam mana pakaian Wa.”

“abang dah breakfast ke?”

“dah, tengah check motor, jap lagi dah nak gerak balik”

“Wa pun tengah siap ni, abang bawa motor hati-hati ye”

“k sayang. Luv u”

abg syg Najwa 4eva. Jg dr k’ mesej dari Hakim membuat Q tersenyum.

Wa pun syg abg….take care’


Tepat je jarum jam tunjuk pukul 12.30 tengahhari, Q dah terpacak dekat meja Mawar. Perut dah lapar tahap tenuk. Kena cepat bergerak ni.

“kak, cepat la. Nanti ramai orang la”

“sabar la, tak nampak ke akak tengah simpan barang ni”

Tengah sedap layan nasi tomato dengan ayam masak merah, telefon Q berbunyi, nampak je muka Hakim terus Q jawab.

“hurmm….tengah makan dengan kak Mawar kat gerai selalu. Abang dah sampai belum?”

“petang ni……kul bape?.........keta Wa macam mana?”

“ok. Wa tunggu”

Mawar dah pandang muka Q. nak tanya siapa call la tu

“bapak singa call. Dia dah sampai rumah”

“seronok la tu”
Q senyum je.memang hati bahagia je bila dengar suara Hakim.

*-*-*--*

Awal pagi lagi Q tengok Hakim dah sibuk dibilik. Disebabkan masa berkerja belum bermula, Q melangkah ke bilik Hakim.

“busy nampak, nak Wa tolong?”

“ah ha…abang tengah prepare slide untuk presentation kat customer ni”

“abang ada meeting ke?”

“abang kena gi Penang la, jumpa dengan diaorang”

“bila nak gi? Wa nak ikut boleh?”

“jap lagi dah nak bertolak. Wa kan ada kelas petang ni. Tak payah ikut la. Malam ni abang dah gerak balik sini”

“oh, ok. Nak tolong apa-apa tak?”

“takde apa, Wa gi la wat keje”

“ok”

Hampir pukul sepuluh pagi, Hakim melangkah keluar. “saya gerak dulu Mawar. Q mana?”

“kat pantri tadi”

terus je Hakim melangkah ke sana. Q sedap je duk kacau air sambil dengar lagu. “abang nak gerak dah ni. Nanti malam kita jumpa”

“k. ati-ati drive”

“k”



Sampai je kat tempat parking, lepas matikan radio baru Q dengar bunyi telefon yang duk melalak.
“Q,….Ibu ni. Q ada mana?”

“Q baru sampai office. Tak perasan phone dalam beg, nape Ibu call Q awal-awal ni?”

“Q tunggu kat office ye, jap lagi Ibu dengan ayah sampai”

“nak gi mana ni Ibu?, abang tak bagitau apa pun semalam”

“Hakim ada call Q ke semalam?”

“Ada, sembang macam biasa. Abang cakap tak tau bila nak balik.banyak lagi yang nak disiapkan. Nape bu?”

“Q tunggu ye. Jap lagi kami sampai”

“Yelah”


Hana yang naik ke pejabat memanggil Q. Hairan Q bila melihat mata Hana yang bengkak dan muka sembab. Tak banyak soal terus Q mengikut langkah Hana ke kereta.

“kita nak ke mana ni Bu, ayah?”

“Q, sabar ye…..sebenarnya kita nak ke Penang. Hakim kemalangan pagi tadi” Hj Hassan yang bersuara bila isterinya hanya mampu mengalirkan air mata.

“abang teruk ke yah?”

“Hakim dah takde……….” Ayat seterusnya dah tak terdengar ditelinga Q. Alam tiba-tiba sunyi sepi. Yang terdengar hanya suara Hakim semalam ‘abang tak tau lagi bila abang nak balik, tapi rindu sangat kat Najwa’ dan lagu yang Hakim pernah dendangkan kembali bernyanyi ditelinga sepanjang jalan ke Penang. Pelukan Hana sudah tidak terasa.

‘sampai hati abang tak tunggu Wa’ dan airmata tak henti mengalir. Padahal dia dah janji dengan Hakim yang dia tak kan menangis.


Sampai di hospital mayat Hakim sudah siap dibedah siasat dan dikhafankan. Oleh kerana kecederaan yang parah di kepala, pihak hospital sudah siapkan semuanya. Mereka hanya dapat menatap wajah yang sudah pucat itu. Bagaikan dalam lena yang indah.

Ketika pihak polis menyerahkan barangan milik arwah, Q dah tak mampu menahan airmata. Melihat jaket kulit milik arwah yang sudah berlubang disiku dan tersagat dijalan. Juga tompokan darah yang sudah kering. Tak dapat dibayangkan kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh Hakim sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

“ibu dan ayah ingat nak kebumikan arwah di kampung Q sebab abang ada cakap dulu dia nak tinggal di Penang lepas kawin, macam mana?” soal Datuk Hassan pada Q yang masih kaku.

“ikut ibu dengan ayah la, Q tak kisah” dan Q memang tak boleh nak fikir langsung. Iya kan saja semua yang orang katakan.

“kalau macam tu, jom kita gerak sekarang sempat sampai sebelum Asar. Boleh kita simpan lepas Asar nanti”

“Q naik van dengan abang ye bu”


“sabar ye Q, Tuhan lebih sayangkan Akim” tutur Piejun perlahan. Ada tak ayat lain yang korang boleh cakap?????? Tapi tu semua Cuma dalam hati, kepala Q tetap mengangguk. Memandang kosong pada wajah Faizul sebelum tunduk membaca kembali surah Yassin ditangan.

Q dah tak ambil tau hal lain, yang dia tau sekarang nak bagi sebanyak mana hadiah yang boleh untuk arwah. Hana yang duduk disisi juga tidak bercakap.

“Q, ke tepi sikit. Dia orang nak angkat jenazah dah” sayu hati Q bila tengok jenazah Hakim diangkat. Bagaikan separuh dari dirinya juga diangkat pergi. Q turut bangun, mengikut dibelakang keranda. Ingin menghantar Hakim buat kali terakhir.

Bila abah melaungkan Al-Fatihah buat kali ketiga, Q terasa bahunya dipegang kejap. “kalau Q tak kuat, tak payah la ikut ke kubur”

“walau apa pun jadi, Q tetap nak tengok jenazah abang selamat dikebumikan”

“kalau macam tu, jom aku temankan” Kay memapah Q, berjalan perlahan mengikut dibelakang keranda.

Setelah selesai solat dan ditalkinkan, semua yang hadir beransur meninggalkan kawasan kubur. Q masih berteleku di depan payung yang memayungi bahagian kepala.

“jom kita balik angah. semua orang dah beransur. Malam ni nak buat tahlil lagi” ajak Along.

“along balik la dulu. Angah nak temankan abang kejap”

“ye lah, jangan lama sangat. Along tunggu kat depan sana”

Selepas along berlalu, Q membuka surah Yassin. Membaca perlahan. Dan banyak kali terpaksa berhenti bila dada terasa sesak.

“Wa mintak maaf abang, Wa tak mampu nak tahan airmata ni walaupun dah janji dengan abang yang Wa takkan menangis. Abang jaga diri ye. Wa nak balik dah. Esok pagi Wa datang lagi”

*-*-*-*-*-

Majlis tahlil malam itu berjalan lancar. Setelah semua jemputan pulang, Dato Hassan dan Datin Sharifah duduk bersama ummi dan abah Q.

“Q mana?” soal Dato Hassan.

“kat bilik. Lepas tahlil tadi terus masuk. Kesian pulak tengok dia macam tu”

“abang dengan kakak tak payah la nak risau, angah ni kuat.” Ummi Q yang bersuara.

“entah la, kami hilang anak tapi rasa macam hilang menantu jugak, dah dekat sangat majlis diaorang. Tak sangka takdir Tuhan macam ni. Kalau kami ada anak lelaki lain, dah tentu kami kawinkan dengan Q”

“takpe lah bang, dah bukan rezeki kita nak berbesan. Tapi kita tetap sedara kan” Hj Umar pulak bersuara. Masing-masing membisu.


*-*-*-*-

“ko okey ke Q? makan jom?” ajak Kay yang duduk ditepi katil. Q yang duduk diatas sejadah dipandang lama.

“aku tak lapar. Tadi aku dah makan, hang pi la makan”

“bila ko makan?”

“aku dah makan”

“tolong la Q, jaga diri kau. Hakim mesti susah hati kalau tau ko jadi macam ni”

“aku ok. Bila hang nak balik KL?”

“esok, lepas zohor”

“aku ikut, lagipun hang balik dengan keta aku kan.”

“betul nak balik? Taknak duduk sini lama sikit?”

“takpe lah, aku kerja”

“takde sapa nak marah kalau ko tak pergi kerja Q”

“aku ikut hang balik esok” terus je Q menyambung bacaannya. Enggan berbicara lagi.

indahnya takdir-22

Hari ni dah selasa, maknanya lagi dua hari Hakim akan bertolak ke Perlis. Dan Q perasan dalam dua ni, Hakim terlalu sibuk menyiapkan kerja-kerja yang akan ditinggalkan. Sampaikan waktu makan pun Hakim masih tekun dengan kerjanya.

“abang, makan jom”

“abang buzy la Wa. Nak kena gi jumpa lawyer kul 2 ni”

“ala, jom ar. Wa takde geng nak gi makan ni. Kak Mawar half day ari ni”

“apa kata Wa gi beli pastu kita makan kat office abang. Abang memang tak sempat nak keluar ni”

“abang sibuk dengan apa ni? Kan sekarang tengah free”

“ni ha, tengah wat declaration reta abang. Nanti tak la pening nak bagi kat Wa”

“nape lak nak bagi Wa? Kan tu aset abang.”

“lagi sebulan je kita nak nikah Wa, abang tak nak nanti Wa merungut takde duit nak shopping, beli novel, makan McD. Lagipun abang nak Wa berenti kerja bila kita kawin nanti. Fokus dekat abang dengan study je k”

“mana boleh, kalau Wa tak keje, takde duit la nak bayar installment keta tu”

“tengok, belum abang suruh lagi Wa dah merungut pasal installment. Sebab tu la abang kena kira reta abang banyak mana. Nak bagi Wa sikit”

“sikit je?.....kalau nak Wa berenti, monthly Wa nak 2.5k. bleh?”

“demand nampak”

“dah abang demand, Wa pun nak demand la”

“tengok la macam mana….abang pikir dulu”

“uweeekkkk….calculative. k la, Wa nak gi beli lunch. Lapo dah ni. Abang tunggu tau. Kita lunch sama-sama”


Hakim dah menanti diluar kereta. Hana yang naik ke rumah Q masih belum turun. Bosan pulak menanti tanpa membuat apa-apa. Hana kalau dah jumpa Q memang lupa yang abang dia ada dibawah. Seronok sangat bila Q ikut je apa yang dia nak.

“abang, cantik tak?” soal Hana sambil berpusing-pusing di hadapan Hakim. Hakim memandang baju yang dipakai Hana. Tadi masa naik ke atas dengan jeans + t-shirt je. Ni dah berubah pakai kebaya nyonya pulak.

“baju sape ni Hana?”

“baju kak Q. Hana jumpa dalam almari tadi. Kak Q bagi Hana try. Lawa tak?”

“cantik…….Kak Q mana?”

“on the way, kan bakal kak ipar Hana kan suka guna tangga so lambat la sikit nak sampai”

Langkah Q dipandang penuh minat. Kemudian Hakim menyambut beg ditangan Q. seketika kemudian kereta meluncur di atas jalan.

“mana ibu dengan ayah ni bang? Sunyi je rumah” soal Q ketika membuka pintu kereta.

“kat dalam la tu, duk siapkan makan malam untuk menantu kesayangan dia”

“kalau macam tu, Wa masuk dulu ye”

“jap,…..apasal bagi Hana pakai baju yang abang belikan untuk Wa?”

“ala, dia nak try je. Bukan dia nak ambil terus”

“abang tak suka la Wa bagi barang yang belikan untuk Wa kat orang”

“bukan orang lain, adik ipar Wa je. Abang jangan marah k”

“jangan buat lagi”

“baik bosssss”

Selesai masak dan menghidang makan malam di atas meja, Hana dan Q bergegas ke bilik untuk mandi. Hakim dan dato Hassan dah siap menanti untuk bersolat maghrib.

“Hakim imamkan malam ni ye yah” pinta Hakim pada Dato Hassan. Selalunya bila disuruh baru la Hakim nak ke depan.

“semangat nampak bang, tak kan nak tunjuk kat kak Q kot”

“mana ada, kan selalu abang imamkan solat magrhib kalau malam Jumaat” tenang je Hakim menjawab sambil mengenyit mata pada Q.

“ayah, tengok tu. Abang main mata dengan Kak Q”

“Hana, sudah. Dah abang, kita solat” terus je Dato Hassan melaungkan iqamah. Selesai solat, mereka terus membaca Yassin dan berdoa. Panjang sekali doa Hakim malam ni. Kemudiaan Dato Hassan pulak menyambung, memohon keberkatan dan melindungi perjalanan Hakim esok.

Selesai makan malam, Hana terus ke bilik. Ada assigment yang perlu disiapkan. Dato Hasssan dan Datin Sharifah duduk diruang tamu menonton sambil berbual-bual.
Hakim mengajak Q mengambil angin di halaman rumah.

“berapa hari abang nak pergi ni?’ soal Q bila dah penat tunggu Hakim membuka mulut.

“selamanya” jawab Hakim bersahaja.

“abang…………orang cakap betul-betul boleh pulak duk buat main”

“4 hari. Esok bertolak, isnin pagi baru gerak balik KL.”

“Wa nak ikut boleh?”

“kali ni naik motor la sayang, Wa kan tak nak naik motor dengan abang”

“ala…….time Wa nak ikut ada je alasan abang”

“dah betul la, ni geng motor. Kalau club keta, memang abang bawa Wa”

“abang bawa motor hati-hati tau. Wa nak macam mana abang gi, macam tu gak abang balik”

“ye la, mesti la abang balik macam abang gak. Tak kan nak balik jadi orang lain lak”

“maksud Wa, tak nak ada accident la. Tak nak ada patah or luka. Paham????????”

“ye….saya yang menurut perintah”

“motor dah servis?”

“dah….semua dah siap…Ha, cakap pasal motor. Abang dah repair tau motor Wa. Tapi Wa tak boleh naik la, abang dah hantar gi Penang, bagi kat Haq”

“la….nape lak?”

“Wa kan dah ada kereta”

“tapi tu kereta abang”

“abang dah tukar nama Wa minggu lepas. Nanti lawyer abang bagi geran dia. Jaga baik-baik keta tu,”

“tahu…..”

“barang-barang hantaran, semua ada dalam bilik abang tau, kalau Wa nak ambil bagitau je kat Ibu”

“alaa….abang balik nanti Wa ambil la”

“duit yuran U abang dah bank inkan semua dalam akaun Wa”

“kan lambat lagi nak buka sem baru, nape yang abang dah bagi ni? Nanti Wa terguna pulak”

“senang,….nanti abang lupa lak. Kalau terguna pun takpe, abang masukkan lebih”

“ada lagi wasiat abang? Semua nak bagitau malam ni, macam tak nak jumpa Wa dah lepas ni je.”

“nah kad kenduri punya sample dah siap, orang printer kat abang petang tadi. Wa simpan la yang ni.”

“cantiknya…..pandai tul abang pilih”

“tapi abang tak finalize lagi. Tak confirmkan bila nak print, boleh lagi nak ubah. Duit semua abang dah bayar, tinggal call bagitau je. Nanti Wa buat ye”

“okey…..”

“tolong tengokkan Ibu dengan ayah tau. Hana sekali.esok balik kerja terus datang sini. Ahad petang baru balik rumah Wa tau”

“iye….tau. kan selalu dah pesan benda tu”

“abang takut Wa lupa” tutur Hakim perlahan. kemudian memandang ke langit.“esok gi office, ambil laptop abang yang ada dalam drawer simpan kat Wa”

“kan tu company punya”

“tak, yang company punya ada atas meja. Yang ni personal punya, ada dalam drawer, abang lupa nak ambil. Tak kunci pulak tu. Jangan lupa ambil esok tau”

“ye……”

“jom, abang hantar balik”

“la….ingat nak tido sini. Wa dah bawa baju tadi”

“jalan kat sini sesak pagi-pagi.susah Wa nak drive”

“ingat nak tengok abang bertolak esok”

“tak payah la, kalau Wa ada berat hati lak nak pergi nanti”

“tak yah gi la kalau macam tu”

“mana boleh, kan abang dah janji”

“suruh la orang lain ganti”

“Waaaa……jangan menghasut boleh tak” Hakim dah marah, sebenarnya dia takut terpengaruh dengan pujukan Q. macam 2 minggu lepas, patutnya dia ada konvoi ke Melaka dengan club motor tapi bila Q duk merengek nak ke Putrajaya terus dia batalkan penyertaan konvoi. So untuk elakkan kejadian sama berulang, adalah lebih baik menyuruh Q diam.

“gi la…..tak yah balik dah” aura orang merajuk dah keluar. Jangan tak tau, Q sekarang dah pandai merajuk.

“betul ni? Nanti abang tak balik dah Wa jangan menangis tau”

“tak….banyak lagi benda boleh buat dari menangis ingatkan abang la”

“sombong dia….tapi lega abang dengar Wa cakap macam tu. Tak la abang susah hati nak tinggalkan Wa”

“ye…tak nangis punya”

“kalau macam tu, jom abang hantar balik. Nanti lewat pulak. Gi panggil Hana” arah Hakim.

“tak payah la, Wa percaya kat abang. Lagipun kesian Hana nak study, ganggu dia pulak”


“Wa jaga diri baik-baik tau. Jangan duk layan Piejun kalau dia duk ngorat Wa” pesan Hakim ketika membelok ke kawasan parking rumah Q. tangannya mencari tangan Q. digenggam erat walaupun Q cuba menarik.

“Pejun pun tak berani dah nak kacau Wa sejak dia tengok cincin mahal abang bagi ni. Dia kata dia tak mampu nak bagi macam tu so dia tak berani nak ngorat dah”

“hehehehhee…bagus la tu. Bijakkan abang”

“bijak la sangat”

“jaga diri k. abang sayang Wa” ucap Hakim sambil mencium tangan Q. terkedu Q dengan tindakan Hakim. Tak pernah selama ni Hakim berkelakuan begitu.

“nite abang, drive carefuly k.asalamualaikum.”

“nite sayang. Waalaikummusalam” dan senyuman yang cukup manis terukir dibibir Hakim sebelum berlalu.

Monday, November 23, 2009

indahnya takdir-21

Kunci bilik yang diserahkan Hakim digenggam erat. Tak sabar nak masuk bilik dan melepaskan segala lenguh sebab terlalu banyak tido masa perjalanan tadi. Kay dan Hana Cuma mengekor. Masing-masing dah letih. Mood nak bersembang pun dah hilang.

“tak nak mandi dulu?” soal Kay bila tengok Q dah terbongkah atas katil.

“jap lagi la. Bahu dengan leher aku sakit la”

“tu la, sapa suruh tido sampai tak ingat dunia. Cik abang ko seronok je gelak tengok ko tido, bos ko yang sengal tu siap ambil gambar lagi”

“dia orang tu memang macam tu la kak Kay. Gambar Hana tido dah penuh 2 album dah abang Jun ambil. Dia tu pantang nampak orang tido mesti nak snap”

“so Kak Q tak leh nak wat apa la kan……lagipun aku kan tido comey jek.apa nak susahkan”


“abang suruh turun, nak gi makan” Hana dah siap terpacak depan pintu. Kay dengan Q selambe jek duk landing atas katil lagi.

“cepat la Kak, lapo ni”

“k….nak gerak la ni”



“Wa tak nak masuk la bang.” Tolak Q ketika Hakim beratur membeli tiket masuk ke taman tema.

“apasal lak tak nak masuk?”

“saja la”

“takde-takde, dah sampai sini Wa tetap kena masuk. Pegang phone abang jap” hulur Hakim, dia sibuk menarik wallet dari dalam poket.

Terbeliak mata Q bila nampak screen saver phone Hakim terpampang muka dia yang tengah sedap lena tak ingat dunia. Kalau diperati dari pakaian tu, nampak sangat baju yang dipakai semalam.

“mana abang curi gambar ni. Tukar la, malu nak tengok”

“uishhhhh…mana boleh. Semalam tido abang punya la lena bila peluk phone ni. Duk bayang Wa yang abang peluk semalam.”

“heeeeiii, teruk la bang ni. Ada pulak pikir macam tu”

“biar la, abang bukan pikir orang len. Tunang abang gak”

“menyampah la cakap dengan abang” terus je Q berlalu mendapatkan Kay dan Hana yang asyik membaca flyer dan peta kawasan taman tema tu.

“ko kenapa Q?” soal kay

“tengok la ni”

“cutenya…..macam baby tido je”

“ni sorang lagi. Sakit ati betul la cakap ngan korang”

“weh, relax la. Bukannya Hakim jual gambar ko, dia letak kat phone. Kalau aku mesti aku suka, nampak sangat dia sayang ko sampai muka ko tido pun dia bleh wat wallpaper”

Q membisu. Betul jugak, yang nak emo sangat ni kenapa?

“dah la, jom gerak. Ko tengok abang sayang ko dengan bos ko tu, dah lupa dah kat kita” Q pandang je Hakim dan Faizul yang tengah beratur nak naik benda tinggi tu. Sumpah memang tak tau apa nama dia.

“kak Q, jom naik tu” ajak Hana sambil menunjuk ke arah roller coster.

“hurmmmm, mintak maaf ye adik sayang. Kak Q takut la. Hana naik dengan kak Kay ye” kay pulak cepat je mengaku. Tahu sangat dengan perangai penakut Q. jangan harap la Q nak naik benda-benda yang tak lekat kat bumi ni.

Setengah jam kemudian Hakim menghampir Q yang asyik menguyah waffer. Air soya ditangan Q diteguk selamba.

“jom kita naik roller coster”

“amboi….tadi lupa kat kita. Ni baru teringat ke datang sini berlima?”

“abang ingat la, tadi sebab orang tak ramai tu pasal gi line up dulu. Jom la, macam best je tengok Hana dengan Kay naik”

“abang gi la, Wa tunggu sini”

“mana best naik sorang, jom la”

“abang gi ajak Jun, Wa tak nak. Takut la”

“jom la”

“tak nak la bang” Hakim buat pekak. Tangan Q ditarik ke barisan yang panjang.



“ok tak ni?” soal Hakim bila Q senyap sejak turun dari roller coster. Muka pulak dah pucat.

“Wa nak muntah la” rasa bersalah pulak Hakim bila melihat Q berjalan terhuyung hayang mencari tandas.

“ni kali terakhir Wa naik benda alah ni. Tak sanggup dah nak jadi macam tadi lagi. Perit gila tekak Wa” Q duduk menyandar pada kerusi yang mengadap tasik buatan tu.

“sorry ye sayang, abang ingat Wa main-main tadi”

*-*-*-*-*-*-*-

“jom kita pergi shopping barang-barang hantaran nak tak Wa?” soal Hakim pada Q ketika makan tengah hari.

“hujung bulan ni la kita pergi, Wa mana ada duit lagi. Gaji hujung bulan baru masuk”

“tak payah risau la pasal duit, abang bayar semua. Lagipun hujung bulan ni abang ada konvoi ke Perlis. Takut tak sempat pulak”

“apa pulak tak sempatnya, abang balik konvoi nanti pun boleh lagi nak beli. Majlis kita lagi sebulan la bang”

“jom la Wa, abang teringin sangat nak belikan Wa barang hantaran, abang takut tak sempat nanti.”

“weekend ni la kita pergi. Hana kan ada class hari ni”

“tak kan Wa tak percaya kat abang lagi?...kita keluar siang la”

“siang?..kan tengah kerja ni”

“abang takde mood la nak buat kerja. Otak abang asyik duk pikir pasal barang hantaran je ni….kita keluar ye. Balik office jap lagi Wa kemas barang, abang tunggu kat kereta, abang dah malas nak naik” Q Cuma mampu iyakan, cuba belajar nak jadi isteri mihtali. Dengar cakap bakal suami. Lagipun sejak dua menjak ni semangat bapak singa nak siapkan persiapan kenduri memang terlebih sangat.


“kita beli jam tangan ye….wat hantaran. Tapi kat belakang dia abang nak tulis nama. Wa punya ada nama abang, jam abang ada nama Wa.baru la Wa ingat abang bila pakai jam ni”

“tak pakai jam pun Wa tetap ingat kat abang la”

“mana tau,esok-esok jumpa orang lain lupa abang pulak…so bila Wa tengok jam ni terus teringat kat abang…..”lepas tu Hakim gelak-gelak…..tak lawak langsung ok!. Q dah bengang dengan perangai pelik Hakim. Ada je idea pelik-pelik sepanjang hari ni.

“nah, Wa simpan resit ni. Nanti Wa datang ambil, rasanya abang dah takde masa tu” Hakim menghulurkan resit pada Q.

“abang ni kenapa? Dari tadi duk cakap merapu ni?”

“abang ingatkan je…..nanti Wa merungut pulak bila semua benda tak siap.kan lepas ni abang busy dengan projek kilang plastik tu. Kita cari kasut pulak ye”

“ikut abang la,,,,duit abangkan”


“tengok wayang jom.” Usul Hakim ketika duduk menghilang lelah. Dah penuh tangan dengan macam-macam beg.

“sejak bila kita tengok wayang ni?”

“jom la, abang teringin sangat nak tengok cite tu. Nak tunggu VCD lambat lagi la”

“tak nak la”

“jom la, sekali ni je. Janji takde dah lepas ni”

“Wa nak pop corn besar dengan Milo ais”

“takde hal.” Terus je Hakim tarik tangan Q ke kaunter tiket. Terkedu Q dengan tindakan Hakim. Selama ni tak pernah mereka bersentuh. Apatah lagi berpegangan tangan.

“ada lagi setengah jam, abang gi hantar barang masuk kereta dulu la. Wa nak ikut ke nak tunggu sini?”

“Wa tunggu abang kat dalam MPH la. Nak cari novel jap”

“ok”
-*-*-*-*-*-

Tiga hari lepas bershopping sakan barang-barang hantaran Hakim ke pejabat dengan kemeja yang akan dibuat hantaran. Merah muka Q menahan marah sebelum mengekor Hakim ke dalam bilik.

“abang…………..apasal pakai baju yang kita beli ni?”

“abang teringin la Wa, nampak cantik sangat duk dalam plastik. Abang basuh, iron pastu pakai. Handsome tak?”

“handsome sangatttttttttt”

“jangan la marah, nanti abang tak pakai dah baju ni. Sekali ni je, bukannya orang tau, Wa sorang je yang perasan la”

“kasut abang tak pakai sekali ke?” perli Q

“niiiiiiiii” hakim suakan kaki pada Q.

“Ya Allah……..kenapa ni bang? Apasal jadi macam ni? Macam budak-budak je”

“takpe, nanti abang cuci bersih-bersih. Abang simpan k”

“tak payah la bang, dapat gaji nanti Wa belikan yang baru untuk abang ye. Abang pakai terus je la.”

“warna putih tau”

“kan yang ni dah putih, warna biru la pulak”

“abang nak warna putih……..boleh ye Wa”

“ye lah"

Friday, November 13, 2009

indahnya takdir-20


Q menilik cincin platinium bermata tiga dijari. Macam tak percaya pulak dia dah jadi tunangan orang. Dan cincin ni pun masa majlis baru dia dapat tengok. Jenuh merayu pada Hakim untuk memilih sendiri tapi lelaki itu buat pekak je. Tetap nak ikut pilihan hatinya. Q dah siap mengugut ‘kalau saya tak berkenan, abang pakai la sendiri’.

“takpe, abang yakin dengan pilihan abang. Mesti Q tak nak tanggalkan lepas ni” dan memang betul pun, cantik sangat sampai sayang nak pakai. Kay nak sentuh pun tak boleh, tengok je k. gila punya kejam.

Rasanya baru semalam dia masuk ke pejabat Hakim, bergaduh dan berbaik dengan lelaki itu. Dan kini dia menjadi tunangan Mohd Hakim B Hassan.

Tengah best layan angan-angan, Big Big World nyanyian Emlia berlagu kuat. Teringat kata-kata Hakim minggu lepas bila dia bertanya lagu apa yang diset untuk panggilan darinya.

‘Q letak semua lagu ni, senang. Nape?’

‘ni lagu frust la sayang. Macam doakan abang tinggalkan Q jek. Kalau jadi betul nanti macam mana?’

‘abang ada niat nak tinggalkan Q ke?’ Q dah wat muka bengis.

‘takde la, tapi kalau tiap-tiap kali abang call pompuan tu duk nyanyi macam tu dah macam doakan je’

‘dah tu, abang nak Q letak lagu apa?’

‘nanti abang send lagu kat Q’ dan lagu Kemerindu dari Ella dah Shah yang Hakim hantar. ‘nak kena tukar ni, esok kalau abang check mati la kena dengar khutbah lagi’

“Assalamualaikum sayang” suara Hakim kedengaran riang.

“Waalaikummusalam”

“Ayah dengan Ibu dah balik?”

“dah”

“Wa tengah buat apa? Lama betul nak angkat call”

“Wa?????? Sapa Wa ni?” suara Q dah tinggi.

“jangan la menjerit, sakit telinga abang la…………mulai hari ni abang nak panggil sayang dengan nama Wa pulak, tak nak panggil Q dah. Nanti sama dengan orang lain”

“apa yang pelik sangat ni bang? Apa salahnya sama dengan orang lain?”

“sebab abang tak sama dengan orang lain la, abangkan future husband Wa”

“ikut suka abang la. Abang ada kat mana ni?”

“kat Mc D Seberang Jaya. Tunggu ibu dengan ayah.”

“apasal tak datang sekali tadi?”

“ni yang abang nak marah ni, pagi tadi siapa yang beria-ia tak bagi abang ikut sama. Malu la, tak pernah orang buat la, tak ikut adat la?”

“saja je usik abang. Abang dah makan?”

“dah, makan nugget dengan kentang”

“nape tak cari nasi. Dah lewat ni”

“malas nak gerak la. Wa ada bekalkan apa-apa tak?”

“ntah….Ummi yang siapkan semua tadi”

“cantik tak cincin tu?”

“cantik sangat bang, thanks”

“tengok la siapa yang pilih” pergh!!!! Perasan gila.



Pagi Isnin, Q sampai agak awal dari biasa. Mawar dah siap terpacak depan pintu masuk ke pejabat. Kagum betul Q dengan semangat kakak sorang tu yang nak dengar cerita majlis bertunang tu dari awal.

“awal kak? Selalunya sampai bapak singa masuk office akak tak sampai lagi” tegur Q sambil menyuakan ‘tupperware’. Tangan dia dah penuh dengan macam-macam benda. Mana nak galas beg laptop yang berat tu lagi. Dengan baju kurung pulak tu. Ni semua Hakim punya idea, nak tengok Q pakai baju kurung lepas tunang.

“apa ni?”

“buah tangan…..bos kesayangan akak tu murah hati sangat bagi sampai 2 biji kek. Besar pulak tu. Tu pasal Ummi Q suruh bawa balik sini. Tak larat dah diaorang nak telan”

“bagusnya….murah rezeki akak pagi-pagi ni ye……tengok cincin rega 12 ribu sikit”

“haaaaaaa….akak merapu apa ni?”

“merapu apanya? Memang akak tau la. Tapi semua cik abang awak le yang uruskan, masa nak keluarkan cheque je akak prepair. Tu pasal akak tau”

“Q tak tau pun kak, abang tak bagitau langsung”

“dia nak bagitau buat apa? Q nak bayarkan ke?”

“mana mampu kak, gaji Q cukup-cukup makan je”

“meh sini jari, tak sabar nak tengok ni” Mawar dah tarik tangan kiri Q. “cantiknya………pandai ye bapak singa tu pilih. Akak pun dah jatuh hati ni. Apasal lak akak tak perasan yang bapak singa tu romantik yang amat, kalau tak”

“kalau tak kenapa MAwar?” belum habis lagi ayat cik Mawar tu, Hakim dah tolong sambung dengan soalan.

“takde apa la bos, saya Cuma nak cakap tahniah je. Bila nak langsung ni?” hehehhehe.cekap tak tukar topik? Terer kan…

“bila sayang?” soal Hakim pada Q yang dah nak gerak naik.

“mana orang tau”

“macam mana boleh tak tau pulak. Kan semalam abang dah bagitau, ni lupa ke saja-saja wat lupa ni?”

“serius la, mana ada bos bagitau pun”

“lagi 2 bulan, bila kad dah siap cetak nanti saya suruh Q bagi kat awak ye Mawar”

“cepatnya bos”

“saya takut adik awak ni lari….” Selambe je Hakim menutur kemudian melangkah ke pejabat. Q je yang merah muka tahan malu.


Hana dah siap terpacak kat ruang tamu pagi tu. Menanti Q dan Kay yang baru nak sarapan. Geram betul dia dengan gelagat 2 orang kawan baik tu, boleh pulak lepas subuh tadi tido balik pada hal dah tau nak gerak awal.

“kak, cepat la nanti abang sampai tunggu kita lama lak” Hana dah mula berbunyi bila tengok Q yang sedap je duk kunyah spagetti.

“abang dah call pagi tadi, dia lambat sikit sebab kena hantar ayah ke airport dulu. Kul 9 nanti baru abang sampai. Duduk la dulu, meh makan dengan akak ye”

“kak Q……….apasal tak cakap awal-awal?” Hana dah menjerit.

“lupa la dik, tadi masa abang call Hana tido lagi. Tak sampai hati kak nak kejutkan, mana tau akak bangun je Hana dah siap terpacak kat sini”

“sampai hati tau……….”

“relax la Hana, macam tak pernah naik genting tu. Makan dulu ye, sedap ni kak Q masak” Kay dah bersuara bila tengok Q dah macam tak reti nak pujuk. Minah ni memang fail bab pujuk orang neh. Tak tau la macam mana dia boleh bercinta dengan Hakim.

Tak banyak cakap, Hana duduk bersila depan TV. Menyuap sarapan. Mana boleh jual mahal dengan masakan Q yang sedap tu. Nanti teringat-ingat pulak dalam kereta.


Hakim menanti Q dikawasan parking, Faizul pulak sibuk memeriksa kamera yang dibawa. Seronok je duk fokus kat pintu lif. Tiba-tiba pintu lif terbuka, terus Faizul tekan butang snap. Kay yang perasan flash kamera terus jalan ke depan. Nak cari tukang ambil gambar tak bertauliah tu.

“ello, sedara. Dah lama buat kerja ni?”

“kerja pa?” Faizul buat muka blur. Pada hal seronok je duk perati muka awek sorang ni. Cantik.

“Kay…..kenapa?” soal Hakim bila nampak kawan baik Q dah bercekak pinggang.

“kawan awak ke tu?”

“ni bos Wa, Piejun. Apasal nampak marah sangat ni? Wa dengan Hana mana?”

“kot iya pun kawan awak, jangan la suka suki je main amik gambar orang…bak sini kamera awak tu” Kay dah tarik Canon besar tu dari tangan Faizul.

“ehehheheh….baik-baik la. Mahal ni”

“mahal tak mahal, sapa suruh duk main snap suka hati. Baik awak padam gambar saya tu”

“suka hati saya la, camera saya”

“awak…..”

“ehhhh…dah la. Wa mana ni Kay?” Hakim terpaksa masuk campur. Lagipun dah penat berdiri tunggu tunang tersayang tu.

“Hana duk packing bekal tadi. Sayang nak tinggal, so kena la adik sayang awak tunggukan”

Lima belas minit kemudian baru Q turun bersama Hana. Dengan muka letih dan berpeluh-peluh. Cepat je Hakim mengambil beg ditangan Q.

“lambatnya Wa. Kenapa yang berpeluh-peluh ni?”

“lif rosak, penat je tunggu tadi.”

“ala, kesian sayang abang. Dah jom”

“Wa duduk belakang ye.”

“abang baru ingat nak bagi peluang kat Piejun tackle Kay”

“ala, kat sana pun banyak je peluang. Tak payah la nak tambah saham bahu kiri kita ye.”

“ye lah.”

Hakim tenang memandu. Faizul disebelah sibuk dengan kamera. Semua benda nak di jadikan model. Hana dah selamat belayar. Kay pulak seronok duk layan komik. Q dah tak tau nak wat apa. Dia mencapai beg sandang, cari ipod…..dan lagu in-team berlagu lembut. Mendodoi.

“ko tengok tunang sayang ko tido. Punya la cute” ujar Piejun sambil menghulurkan skrin kamera.

“sejak bila Wa tido kalau travel ni? Selalu celik je dia”

“bosan la tu, takde sapa nak berbual dengan dia. Nak bermanja, cik abang sayang dah dapat co-pilot baru hari ni” selambe je Kay bersuara.

“off-kan ipod dia Kay. Suka sangat pekakkan diri la”

“dah sampai ke?” tiba-tiba Q bersuara. Kay yang baru je off-kan ipod dah tergelak-gelak.

“belum la sayang.letih ke?”

“bosan…..Kay ada minyak angin tak? Aku sakit kepala la”

“nah” lepas je sapu minyak angin, Q pejam mata. Tido sampai ke puncak. Sedar-sedar dah ada kat depan hotel je.

Tuesday, November 10, 2009

indahnya takDir-19

Hampir pukul 9 pagi kereta Hakim masuk ke halaman. Q yang sedang menyapu daun kering hanya memandang. Tak kuasa nak membantu, dah tau sangat Ummi punya style beli ikan. Selagi tak penuh bonet, dia tak kan balik. Buat stock seminggu katanya kalau disoal.

“angah…..apa yang duk tengok saja tu. Mai tolong Akim angkat barang masuk rumah”

“angah tengah menyakaq ni Mi, ala……boleh punya abang angkat sorang-sorang. Tadi kat market pun dia angkat sorang jugak kan” Q seronok tengok Hakim berulang alik dapur ke kereta mengeluarkan barang-barang. Sesi mendera ummin dah bermula la tu.

“Akim, tolong ummi kupaih nyok sat. kat belakang tu ada chop, nyok ada kat peredu kantan” Hakim pandang muka ummi tak percaya. Plastik sayur di tangan dah selamat letak atas meja, kalau tak mesti dah selamat jatuh atas lantai. Apa yang ummi suruh tu?

Yang dia dapat tangkap Cuma perkataan nyok dengan kantan. Yang len haram tak paham. Nak tanya malu la pulak.

“kejap ye mi” cepat-cepat Hakim mencari Q. Hajah Zakiah tersenyum sendiri, tahu yang bakal menantu dia tak faham, tapi saja nak dera budak tu.


“Q….. ummi suruh buat apa ntah, abang tak paham la ummi cakap cepat sangat”

Q yang duk sibuk nak nyalakan api pandang sekilas muka Hakim kemudian meneruskan kerja.

“dengar tak abang cakap ni?”

“dengar,…..sat la, orang tengah sibuk ni”

“ummi kata apa tadi?” soal Q lepas semua daun kering dah selamat jadi abu. Muka masam Hakim di atas pelantar dipandang. Sejak bila la bapak singa ni pandai touching?

“abang tak paham, yang dapat ingat dua je….nyok dengan kantan.”

“ummi suruh abang kupaih nyok kot. Mi ada cakap nak masak apa?”

“kat pasar tadi Mi cakap nak buat gulai kepala ikan” Q senyum dengar Hakim sebut gulai. Selalu Hakim akan sebut kari. Memang besar tu effect ummi dekat bapak singa ni.

“jom pi belakang rumah, Q tunjuk cara kopek kelapa k”

“Ummi suruh abang kopek kelapa ke?”

“ye la. Kan ummi nak buat kari, kat kampung ni memang banyak kelapa, tak payah nak beli dah”

Sebiji kelapa yang dah masak Q angkat “ni nama dia nyok. Ni pulak pokok kantan, abang tolong petik bunga yang warna pink tu. Nanti boleh Mi letak dalam kari….selalu Mi sebut pi amik nyok kat peredu kantan…..Mi cakap macam tu ke kat abang tadi?”

“rasanya la, abang tak faham sangat, Mi cakap punya la cepat”

“tengok Q buat ni” arah Q sambil mengopek kelapa menggunakan ‘chop’

“bahaya la Q, meh abang buat”

“abang pandai ke? Nanti tertucuk perut susah pulak”

“Q tunjuk, abang yang buat k” malas nak bertekak dengan Hakim, Q membiarkan Hakim mengopek kelapa. Dah dekat setengah jam Q duduk memerhati kerja Hakim. Baru separuh kulit yang berjaya dibuang. Baju pulak dah basah dengan peluh.

“lambat la abang ni, kejap lagi Mi mesti bising. Sini la Q buat” terus je Q capai buah ditangan Hakim. Tak sampai seminit kelapa tu dah siap dibelah.

“nak kena kukur pulak ke ni?” soal Hakim ragu-ragu.

“ye la, kalau tak macam mana nak dapat santan”

“kukurnya mana Mi?” soal Hakim pada Hajah Zakiah yang sibuk menyiang ikan.

“nak buat apa nya kukur?”

“ni ….”Hakim mengangkat kelapa ditangan.

“Akim…..memang la rumah Ummi ni kat kampung tapi takde la kuno sangat. Kat tepi almari tu ada mesin nyok. Guna je” Q yang berdiri kat pintu dapur dah tersengih-sengih.

“angah…..apa yang duk pekena Akim lagu tu?.bukan dia nak tolong kawan tu buat geja”

“ala Mi, abang dah expert dah wat keje-keje dapur ni” dan pagi tu Hakim yang bertungkus lumus membantu Hajah Zakiah didapur. Semantara Q dan Hana sedap je duk makan buah rambutan di luar rumah.

Dan tengahhari tu bila nampak senyum manis dibir ummi maknanya Hakim dah lepas la dari ujian-ujian Hajah Zakiah.

“lagu mana ni? Pass ke?”

“ok….rajin, pandai masak, pandai amik ati orang tua. Sebelum balik petang ni, pi jumpa dengan nek dulu. Tunjuk Akim kat nek”

“baik boss”

*-*-*-*-

“Akim imamkan solat ye” lembut je Hj Umar bersuara. “along, cepat sikit.” Hakim melangkah ke depan. Mana boleh tolak permintaan bakal bapak mertua kan. Nanti tak apporve lak jadi menantu.

Selesai solat dan mengaminkan doa, Haji Umar duduk berbual dengan Hakim. Banyak sebenarnya yang ingin disampaikan pada anak muda dihadapannya.

“bila nak bertolak balik?”

“lepas asar Bah, kalau boleh nak sampai KL sebelum tengah malam. Sebab esok Akim kerja”

“Ye lah, tak elok sangat memandu lewat-lewat ni…. Akim selesa ke tinggal di sini?”

“selesa sangat bah. Kenapa abah tanya?”

“abah bukan apa, angah bagitau rumah Akim jauh berbeza dengan pondok abah ni. Takut pulak abah kalau Hakim dengan Hana tak selesa”

“takde lah abah.”

“angah ada bagitau yang Akim belikan dia kereta, abah ingatkan kereta murah je sebab Angah cakap second hand. Kenapa Akim belikan kereta mahal untuk angah? Dah tu bayar pulak murah. Abah tak suka Akim manjakan angah dengan kemewahan ni”

“kereta biasa je bah. Lagipun Akim dapat murah, kalau ikut Akim tak nak amik duit Q tapi dia yang berkeras nak bayar………sebenarnya Akim datang ni berhajat bah. Kalau abah sudi, Akim nak ambil Q jadi isteri Akim” perlahan je suara Hakim. Takut pulak Hj Umar tak setuju.

“abah dah agak dah. Mesti bersebab baik kamu tu….mak bapak kamu tak kisah dapat menantu yang bukan sama taraf ni?”

“Ibu dengan ayah yang suruh Akim datang jumpa abah dengan Ummi sebelum diaorang datang meminang”

“sebelum abah setuju, abah nak Akim tau. Anak perempuan abah tu banyak kelemahan dia. Kat luar je nampak dia tak kisah tapi dia la yang paling sensatif sekali, senang sangat menangis. Dia pandai jaga diri tapi cepat jugak percaya orang. Tak berkira tapi suka mengungkit kalau orang tu sakitkan hati dia dan yang paling penting sekali, mulut dia tu suka menjawab walupum kadang-kadang tu bukan niat dia”

“boleh Akim terima?”

“InsyaAllah bah, Akim terima Q seadanya”

“jaga dia baik-baik.itulah harta yang abah ada”

“terima kasih abah” tubuh Hj Umar dipeluk kemas. Senang dengan penerimaan lelaki itu dengan hasrat hatinya.

“tapi sebelum ada apa-apa ikatan jangan kamu melebih-lebih pulak”

“mana ada bah. Nak keluar dating pun Q suruh bawa Hana. Tu pasal la Akim datang jumpa Abah. Nak minta izin cepat-cepat, kalau boleh nak je kawin terus”

“gatal jugak kamu ni ye”




“jangan serik mai rumah Ummi lagi ye Akim, Hana”

“Ummi jangan risau, lepas ni lagi kerap la abang melawat ummi dengan abah.” Hana dah jadi nasi tambah bila terdengar perbualan Hakim dengan Hj Umar tengahhari tadi. Seronok bila dah confirm Q akan jadi kakak ipar dia.

“bawa kereta tu hati-hati, kirim salam dekat mak bapak kamu” pesan Hj Umar.

“InsyaAllah bah”

“Angah, duduk sana jaga diri. Jangan lupa solat” tu la amanat biasa dari Hj Umar pada anak-anak yang duduk jauh dari matanya.

“baik abah. Angah minta diri dulu.”

“kita singgah rumah nek dulu ye. Nanti bising pulak kalau tau orang balik tapi tak gi rumah dia”

“ada test lagi tak?” soal Hakim.

“kalau ada lagi kenapa? Dah tak sanggup?”

“mana ada, kalau sebab Q, abang boleh siang ikan dengan masak kari, apa sangat la ujian akan datang ye tak?”

“haaaaaaaa…..kari tadi abang ke yang masak?” Hana dah menjerit dalam kereta.

“ye la,kenapa? Tak percaya?”

“patut la rasa dia pelik. Hana tak berani nak kata apa takut ummi terasa hati sebab malam sebelum tu kita makan sedap je Ummi masak”

“tak sedap ke? Alamak…..jatuh la saham abang. Betul ke tak sedap ni Q?”

Friday, November 6, 2009

indahnya takdir-18


“kita nak kemana ni bang?” soal Q buat kali kedua bila Hakim asyik menyanyi mengikut lagu di radio. Nada suara pun dah naik satu level. Nak perhatian.

“balik amik Hana dulu, lepas tu kita keluar gi dating ye. Dah lama tak keluar dengan Q” selambe je bapak singa jawab. Takde nak marah pulak.

“nape tak bawa je Hana sekali tadi. Kan dah buang minyak dan masa abang”

“Hana pun macam Q gak, tak nak naik motor dengan abang.”

“sape yang nak naik motor dengan abang kalau abang bawa macam pelesit. Seram tau tak”

“motor tu abang beli mahal tau sayang, rugi kalau tak bawa laju-laju. Ala, Q cakap abang bawa laju, macam abang tak tau Q pun sama je kalau dapat pegang motorkan”

“mana ada”

“eleh….tak nak mengaku. Abang nampak la masa Q bawa motor abang balik dulu, dekat conner pun tak slow. Gila punya berani”

“haaaa…abang nampak ke?”

“sebab tu masa Adam cakap dia yang langgar Q, abang payah sikit nak percaya. Q menyelitkan masa tu?”

Lama Q membisu….cari alasan sebenarnya “ehhh,…mana ada. Q bawa slow je la. Brek kereta dia yang tak makan tu”



“Q, bila awak nak balik kampung?” soal Hakim ketika bersantai di tepi tasik Putrajaya. Hana pulak tengah sibuk bersms tidak jauh dari tempat mereka duduk. Gaya orang susah punya dating, duduk tepi tasik sambil kunyah Cheezel dengan 100plus.

“hujung bulan ni rasanya. Nape? Ada program lain ke?”

“tak la” tangan Hakim sudah sibuk membuka folder calender. Nak semak cuti. “cantik la sayang, hujung bulan ni ada cuti lebih”

“memang la, kalau tidak takdenya saya gila nak balik dua hari je”

“abang ikut awak balik ye”

“haaaa….nak buat apa?”

“nak kenalan dengan bakal family mertua abang la”

“perasannya”

“ibu suruh abang gi jumpa dengan ummi dengan abah awak dulu sebelum diaorang gi merisik awak. Kalau ikut abang, nak je bawa ibu dengan ayah sekali. Cepat sikit kita boleh kawin. Penat la dating macam ni. Kena bawa si Hana tu lagi”

“ai…merungut nampak, dulu takde pun bunyi”

“ye la, sejak awak pandai sangat iyakan je apa yang budak tu nak. Kopak abang kalau selalu macam ni”

“dah Q nak bayar abang tak bagi, ni banyak bunyi pulak”

“tak kan la abang nak guna duit awak, buat malu je”

“apa salahnya, dah la kereta tu abang dah bayar duit muka.”

“abang kan kekasih yang penyayang, mana boleh bagi awak susah. Lagipun awak dah cukup terbeban dengan study tu. Biar la benda lain abang yang pikir, awak pikir study dengan bagi pointer tinggi je k”

“sayang awak”

“awak tu memang, materialistik…. Asal abang bayarkan je mesti sayang terus kat abang”

“uit, baru tau ke?”

“dah lama dah tau, saja je nak ingatkan awak balik. Jangan lupa bagi tau ummi dengan abah awak abang nak ke rumah, nanti tergejut pulak tengok bakal menantu dia orang yang handsome ni datang Penang”

“nanti la saya call bagi tau”

“takde-takde, call sekarang. Nah” Hakim menghulurkan E-seriesnya. Gaya berlagak habis la tunjuk phone baru tu.

“takpe, pakai phone mana pun sama jek. Awak yang bayarkan semua bil kan. Takde beza pun call guna phone sapa pun”

“try la, mana tau lagi best dari buah awak tu”

“takpe, saya setia dengan white apple ni. Duduk diam-diam, saya nak call ni”



***************

Jam hampir ke pukul 1.30 pagi ketika kereta melintasi plaza tol Juru. Hana sudah lama nyenyak di kerusi belakang. Hakim pula tekun je dengan pemanduan. Keheningan pagi itu terganggu dengan bunyi telefon Q.

“ada kat Juru dah ni. Dalam 20 minit lagi angah sampai la. Bagitau ummi tak yah dok risau sangat. Bukannya angah naik bas”

Q diam sebentar. Mendengar Amni membebel. “tau la, jap lagi sampai la. Bagitau Ummi, angah lapar ni. Jangan lupa bancuh ayaq sekali’

“ada…..dengan adik dia. Pompuan”

“dah la, angah dah nak sampai ni. Bye” segera Q memutuskan talian.

“adik awak ke?”

“ye…..Ummi dah risau kita tak sampai-sampai lagi”

“mesti dia tak sabar nak jumpa bakal menantu la tu”

“sejak bila abang jadi manusia yang amat perasan ni? Penat Q nak dengar ayat perasan abang tu. Yang Ummi risau tu, dah dekat 5 jam tau kita bertolak, tapi tak sampai-sampai. Kalau naik bas pun tak lambat macam ni”

“ewah-ewah…..sapa yang keje nak menyinggah semua R&R yang ada.?”

“ntah”Q dah wat muka tak bersalah.



Ummi dan abah sudah terpacak di depan pintu bila Hakim mematikan enjin. Betul-betul semangat nak menyambut Q balik kampung.

“ni bos angah Mi, bah, Encik Hakim. Ni Hana, adik dia”

“ala ngah, cakap je la…ni Hakim, bakal menantu Mi. yang comel tu Hana bakal adik ipar ngah. Baru la sedap sikit dengar” sampuk Along yang turut berdiri di belakang pintu.

“jemput masuk Encik Hakim, Hana. Buat macam rumah sendiri. Rumah Ummi ni tak besar, rumah kampung je”

“panggil Akim je Ummi, tak payah nak berencik-encik. Cantik ye rumah ni abah” Q dah pandang pelik muka Hakim ‘betul punya tak malu bapak singa ni, selamba je panggil mak bapak orang ummi dengan abah macam mak bapak sendiri’.

“takde cantiknya Akim. Rumah kampung, esok pagi kamu tengok la macam mana semaknya kawasan rumah ni.dah, jom kita makan dulu”

“Ummi dengan abah tak makan lagi ke?”

“semua orang tak boleh makan selagi angah tak sampai, seksa betul la nak tunggu anak mas ummi ngan abah ni. Buloq tau dak” sampuk adik Q yang bongsu.

“ni adik Q yang bongsu, Nasrul nama dia” terang Hj Umar pada Hakim. “angah, panggilkan Amni. Dalam bilik rasanya, tadi kata nak ulangkaji, abah rasa buku yang duk kaji dia tu.sengap semacam ja”

“jom Hana, boleh simpan beg sekali”

Pagi tu seluruh keluarga Hj Umar makan malam pukul 2 pagi. Tapi suasana tetap meriah dengan gelagat adik beradik Q dan Hakim yang tiba-tiba dah jadi peramah.

“Ummi tengok angah macam ada apa-apa je dengan Akim tu” mukadimah Hajah Zakiah sambil membilas pinggan mangkuk.

“ada apa-apa apa?” Q dah jadi pelakon pulak. Nak elak temu ramah didapur.

“tak payah duk kelentong Ummi la angah. Bukannya sari dua Ummi jaga kamu. Dah besar panjang pun. Tapi Ummi tengok, macam anak orang berada ja. Boleh ka dia terima keluarga kita yang susah ni, Ummi tak mau jadi macam dulu”

“InsyaAllah Ummi, abang boleh diharap…Ibu dengan ayah pun ok sangat…macam mana?boleh tak lepas ciri-ciri menantu pilihan Ummi?”

“segak budak tu, abang nooooo”

“mmmmmiiiiiiiiiii”

“nak malu apa, baguih la belajaq panggil macam tu, nampak hormat sikit. Depa 2 beradik ja ka?”

“2 je mi “

“baguih la…..kawan elok-elok, jangan duk buat benda yang malukan ummi ngan abah. Tapi esok pagi Ummi nak test dia sikit”

“mi nak wat apa lak?”

“ada la….tak payah kamu nak risau, mi tak dera la bakal menantu ummi”



“awal Akim bangun, pasai apa tak tidoq balik? Along dengan acik kalau hari cuti macam ni jangan harap la nak mangkit awai-awai. Tak letih ka? Semalam dah la sampai pun sayup sangat” ramah je Hajah Zakiah menegur Hakim yang sedang berdiri di muka pintu dapur

“dah biasa Ummi, tak reti pulak nak tido balik lepas subuh”

“baguih noooo…bukan lagu angah. Kalau hari cuti, lagi ummi tak hingaq, lagi tu dia tak mangkit”

Hakim Cuma tersenyum, payah jugak nak paham apa yang Ummi Q cakap bila loghat Penang baik punya dia guna. Dah la cakap laju. “Ummi nak masak apa ni?”

“nak wat menyorok sikit, Akim makan dak ubi kayu dengan pulut? Makan dengan ikan kering?”

“saya makan semua mi, tak kisah sangat”

“senang la lagu tu, angah tu baloq sikit kalau pasai masak ni. Risau ummi bila pikiaq macam mana dia nak bagi laki dia makan.”

“kat rumah dulu, rajin jugak Q tolong Ibu masak. Sedap macam Mi masak semalam”

“pandai la kamu…..sat lagi kita pi merket boleh ka?”

“boleh mi, nanti Akim temankan”


******************


“mana abang ni kak?” soal Hana yang sudah siap mandi. Q yang tekun membaca akhbar mengangkat muka. Lupa pulak yang Hakim pun ikut balik ke kampung. Dia boleh selambe badak keluar lepak di ruang tamu dengan t-shirt tangan pendek dan track suit tanpa tudung.

“kat belakang kot”

“tak de la kak, Hana dah tengok tadi. Tapi kereta pun takde. Abang keluar beli sarapan kot.biasa la abang tu, mana tau tido balik lepas subuh ni”

“tak la, kalau bab sarapan ni Hana tak yah risau la kalau duk umah akak. Semua ditanggung beres….chief in da house ada. Order je nak makan apa”

“amboi-amboi anak dara ni baru mangkit ka?” along yang entah dari mana menyapa.

“orang dah lama mangkit la”

“kalau dah lama, mesti tau punya cik abang sayang pi mana”

“along tau ke?”

“abang sayang temankan Ummi pi market beli ikan”

“hahaaaaaaaaaa” ni betul punya test Ummi buat ni…..
p/s:----- *terlebih semangat lak minggu neh.... enjoy IT-18
* pada sesapa yg tak paham sgt loghat Utara (penang) rajin2 la buka cita nana
tanjung/mami jarum@ yg sewaktu dgnya....
*nak bangga ckit dgn loghat Penang neh....
*eppy weekend....
luv.....fisha

Thursday, November 5, 2009

indahnya takdir-17

“kita nak ke mana ni?” soal Q bila Hakim sudah keluar dari laluan biasa untuk pulang ke rumahnya.

“ada la, kaki awak dah ok kan?”

“dah” lepas tu memang bapak singa tu dah tak bersuara, Q yang dah sakit mata mengadap pc dari pagi mengambil kesempatan untuk memejamkan mata.


“Yang, awak tido ke? Kita dah sampai ni” Q pandang sekeliling, kawasan perumahan, tapi tak pasti di mana.

“kita kat mana ni?”

“jom turun, orang tu dah lama tunggu kita”

“tunggu nak buat apa?”

“banyak tanya tul la awak sekarang ni, ikut dah la”

sampai depan pintu pagar, seorang lelaki lingkungan 40-an sedang menanti. Hakim menghulur tangan bersalam.

“maaf, lewat dari yang dijanjikan”

“takpe, abang pun tak buat apa. Hari ni cuti, jom masuk sembang kat dalam”

“ni isteri abang, Kak Yam. Kereta dia la yang Hakim nak amik ni. Pelik betul abang bila dia kata kereta tu besar” Q yang tak faham hujung pangkal, menghulur tangan pada kakak kat depan dia. Kena amalkan budi bahasa budaya kita walaupun pada orang kita tak kena.

“kita orang nak cepat ni bang Kamal. Tak boleh nak duduk lama-lama.Semua dah selesaikan?”

“dah, ini kunci dia. Kalau ada apa-apa masalah, Hakim bagitau abang ye” Q makin pelik bila abang tu dah hulur kunci dan satu envelope besar pada Hakim.

“kalau macam tu kami mintak diri dulu la, dah nak maghrib dah. Terima kasih ye bang, kak”


Menghampiri sebuah Honda Jazz putih, Q macam tak percaya Hakim beli kereta lagi. Tapi disebabkan kawasan dah gelap, tak sempat la Q nak belek puas-puas.

“awak nak drive Jazz ke BM saya?”

“yang ni je la, BM awak tu saya takut tercalar nanti awak tolak lagi duit hantaran saya”

“ok, nah kunci. Drive hati-hati, saya ikut belakang”

“ok bos”

“QQQQQQQQ” cepat-cepat Q masuk dalam kereta lepas tu tekan central lock. Tak nak kena jentik jari lagi, sakit tu.



“dah ambil keretanya Abang?” soal Datin Sharifah didepan muka pintu, memang best la dapat mak mertua macam ni, anak menantu balik kerja siap terpacak depan pintu.

“dah, Ibu nak try ke?”

“kejap lagi la, tunggu abang dengan Q solat dulu, lepas tu kita keluar makan. Abah dah janji nak belanja. Jom Q, Hana dah lama tunggu Q”

“tunggu nape lak Bu, selalu takde pun nak tunggu Q”

“ntah la, tapi dari petang tadi lagi duk tunggu Q balik”

“Q naik dulu ye Bu,…..naik dulu ye wak”



Menjengah je dalam bilik, Hana dah berdiri sambil bercekak pingang. “takde la ramping sangat. Kena diet lagi tu” komen Q pada Hana yang dah muncung.

“amboi-amboi akak, Hana tak sempat nak cakap lagi, akak dah kenakan HAna ye. Apasal lambat sangat balik hari ni? Penat la Hana tunggu”

“akak kena temankan abang gi ambil kereta baru dia, tu pasal la lambat. Pelik tul la dengan abang Hana tu, nak buat apa ntah kereta banyak-banyak. Yang dia boleh bawa sebijik je?”

“ala, abang Hana….abang sayang akak jugak kan. Akak tak tanya ke apsal bang beli keta lagi”

“malas akak nak tanya, balik-balik nanti dapat jawapan merapu dia, tambah sakit hati akak je. Ibu cakap Hana tunggu akak. Ada apa?”

“Akak gi mandi and solat dulu, pastu Hana story ye”

Selesai solat, Q duduk bersila disisi Hana yang berbaring di atas katil. “Ada apa yang nak cite kat akak ni, dah macam tak boleh sabar dah ni”

“ehm. Akak ingat tak pasal mamat yang selalu Hana bagitau tu?”

“oohhhh, anak tengku tu ye? Kenapa dengan dia? Selalu marah je kalau sebut nama dia”

“dia ajak Hana keluar weekend ni. Apa pendapat akak?”

“kalau handsome, akak ok jek”

“akak, orang cakap betul-betul ni.”

“ye la, akak cakap betul la ni. Kalau dia kurang smart dari abang pun dah ok dah la. Mana boleh Hana dapat pakwe yang handsome dari akak”

“uuweeekkk….muka abang yang macam tak siap tu akak cakap handsome? Handsome lagi la anak tungku ni”

“aikkkk…..dah berubah nampak.sejak bila tungku hitam lagi handsome dari bapak singa akak ni?”

“sejak dia kasi ni kat Hana” sambil tangan menyuakan music box pada Q.

“mak ai, klasiknya pakwe Hana ni. Bagi benda alah ni. Akak pun nak mintak kat abang satu.”

Belum sempat Hana menjawab, telefon bimbitnya berbunyi. Dari gaya bercakap, Q dah dapat agak siapa yang berada dihujung talian.

“abang suruh cepat sikit, ibu ngan ayah dah lama tunggu”

“nak ke mana?” Q wat muka blur.

“kan ayah nak belanja makan sempena akak dapat kereta bar…opppsss”

“Hana cakap apa?”

“takde apa, cepat la kak. Hana dah lapar ni”


“nah, awak drive” Hakim meletakkan kunci ditangan Q. bila alarm ditekan, tergejut Q bila kereta tadi yang berbunyi.

“ibu ngan ayah duduk belakang dengan Hana ye. Hana nak duduk tengah tau” seronok je Hana mengatur tempat semua. Dia terus masuk ke dalam kereta. Di ikuti Datin dan Dato.

“cepat la sayang, semua orang dah lapar ni” tegur Hakim pada Q yang kaku di depan kereta.

“awak je la yang drive” Hakim buat bodoh, terus melangkah ke tempat penumpang. Dalam terpaksa, Q memandu jugak. Dan deatinasi mereka, kampung Baru. Ala Thai lagi.


“best tak drive kereta tu Q?” soal Dato Hassan setelah membuat pesanan.

“best la, walaupun second hand tapi rasa macam kereta baru je”

“memang la, dah dekat dua bulan abang cari kereta tu. Nak yang terbaik untuk Q”

“haa..nape lak untuk Q?”

“kami semua tak nak Q bawa motor lagi. Mulai hari ni Q kena bawa kereta ni. Kesian abang susah payah cari untuk Q. Q tak kesian ke?”

“tapi Bu, Q mana mampu nak bayar”

“takpe, yang tu Q bincang dengan abang je”

“Q tak nak la abang” pelik Q bila Hakim tersenyum lebar. Apa kena pulak dengan mamat ni? Selalu kalau Q bangkang cakap, mula Hakim wat muka singa.

“yang awak senyum sampai tak ingat dunia ni kenapa?”

“la, tadi dah best dah dengar Q address abang. Tak nak panggil awak-awak dah la lepas ni. Panggil abang ye” tutur Hakim.

“ha, betul tu. Ibu ngan ayah pun sakit telinga dengar Q dengan Hakim duk berawak saya. Sekali dengar macam biawak dah”

“tapi…”

“takde tapi-tapi. Makanan pun dah sampai ni. Jom makan. Hakim, bacakan doa” selesai mengaminkan doa, semua menjamu selera. Nyata, tomyam campur, kailan ikan masin, ikan siakap bakar, telur bungkus, sotong goreng dan daging masak merah memenuhi citarasa semua.

“Q nak bayar dengan apa kereta ni bang, gaji Q cukup untuk makan, bagi mak dan belanja je. Yang lain untuk bayar yuran nanti.” Rungut Q bila mereka dalam perjalanan ke pejabat.

“macam ni, mulai bulan depan abang naikkan gaji Q. yuran U, nanti abang bayar. Kereta ni pun abang bayarkan k. Q Cuma drive pastu bubuh minyak je”

“tak nak la. Apa kata, Q bayar installment abang yang isi tank minyak.” Bijak tak?

“ok, nanti abang bagi kredit card untuk Q”

“so. Berapa monthly Q kena bayar ni?”

“eeehhhhmmmmm……RM400. boleh ke?”

“ok”


Sepanjang hari tu Hakim ada urusan di luar. Q dengan senang hati mengajak Mawar keluar makan.

“kita gi jauh sikit ye kak, boleh akak test kereta baru Q”

“Q beli kereta ke?”

“bukan Q, aba….. bapak singa yang bayar down payment. Q bayar installment jek”

“uihhh,…bestnya dia. sayang sungguh Bapak singa ye, sanggup beli kereta untuk Q. berapa kena bayar sebulan ni?”

“empat ratus”

“haaaa…….empat ratus?”

“dah berapa tahun ni?”

“ nak masuk 2 tahun”

“adik sayang, mana ada kereta import macam ni 4 ratus sebulan.”

“mana Q tau, Hakim yang cakap macam tu”

“takpe la, janji Q dah ada kereta. Yang lain tak payah fikir ye. Akak pun senang hati tengok” tapi Q pulak yang sakit kepala memikir…..bapak singa kelentong dia ke? Nak kena siasat ni…..



****

‘lagi 10 minit abang sampai. Naik kereta Q ye’
kelam kabut Q menyarung tudung di kepala. Bapak singa tu kalau kata 10 minit, silap-silap dah nak sampai.

Q bermain dengan kunci kereta sambil menanti Hakim mengunci motosikal. Memang betul pun Hakim dah sampai ketika Q turun ke bawah.

“ada kat mana masa hantar mesej tadi?”

“kat rumah la”

“cepatnya. Abang bawa laju ye?”

“mana ada. Tu la abang ajak keluar naik motor tak nak. Kalau tak, Q dah tak payah tanya abang bawa laju ke tak ”

Q membeliak mata yang dah sedia besar tu. Geram dengan sikap Hakim yang suka mempersendakan kata-katanya.

“jom” Q menghulurkan kunci pada Hakim. Takdenya dia nak memandu kalau Hakim ada disebelah.

“kita nak kemana ni bang?”

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....