CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 22, 2010

-title please-

Hari dah petang benar ketika Aisyah sampai dirumah. Badan yang letih membuatkan dia duduk santai diruang tamu. Malas nak bergerak ke bilik. Baru je nak memejamkan mata, mak dah terpacak dihujung kaki.

“lambat acik hari ni”

“banyak kerja la mak”

“kerja, kerja jugak tapi jangan la sampai tak ingat dunia langsung. Nah, pakai” ayat terakhir mak berjaya membuatkan Aisyah kembali membuka mata.

Cincin yang dihulurkan oleh mak membuatkan dia semakin pening. Masalah berselisih pendapat dengan jurutera dari syarikat pembekal masih belum hilang ni dah tambah lagi masalah. Entah dari siapa pulak la mak terima kali ni. Dah bermacam jenis cincin yang disuakan emak sejak 2 tahun lepas. Tapi satu pun tak diterima.

“kan cik dah cakap, cik tak nak la mak”

“apasalahnya, acik tengok la dulu cincinnya. Mana tau acik berkenan” Aisyah pandang muka Mak Kiah dua kali. Macam tak percaya je dengar cadangan pelik tu dari mulut mak. Boleh samakan ke suka cincin dengan suka tuan punya cincin? Kalau nak ikut berkenan dengan cincin yang orang hantar tu, dah lama agaknya dia kawin. Cantik-cantik gak cincin yang diaorang bagi.

“tak nak la mak. Nanti acik kawin la”

“nak tunggu apa lagi? Kawan-kawan acik semua dah selamat. Ada yang dah besar dah anaknya. Acik ni duk tunggu siapa sebenarnya?”

“mana ada tunggu sapa. Acik masuk bilik dulu la mak. Nak mandi ni” Aisyah cuba mengelak. Dah boring dah bila cakap isu tak kawin-kawin ni. Apasal la budak-budak sekarang suka sangat kawin muda-muda? Belajar tak habis lagi sibuk nak kawin. Kan tempias dia kena dekat orang macam aku ni.

“mengelak….mengelak…” Aisyah buat pekak. Kang mejawab, berdosa pulak. Langkah dilajukan ke bilik.



*-*-*-*-*-*

“hello Encik Azhar please” dua minit lepas tu baru la dapat dengar suara lelaki itu menjawab “ Aisyah here. Macam mana dengan modification yang saya minta semalam? Dah siap?”

“belum lagi, kitaorang tengah usahakan”

“belum??????? Kan dah deal nak hantar sample hari ni”

“mesin ada masalah petang semalam, terpaksa turunkan mold. Esok baru boleh jalan”

“macammana ni Ad, janji dari minggu lepas lagi. Line aku dah delay 3 hari ni. Siapa nak tanggung?” dari gaya formal habis tadi terus dia terjah macam bersembang diwarung mamak. Bengang dengan mamat tu. Selalu sangat buat main-main bila berurusan.

“aku cuba usahakan petang ni, tapi boleh tak kau suruh sapa-sapa hantar panel untuk kami cuba assamble?”

“nanti aku hantarkan. Menyusahkan betul la kau ni”

“nanti aku belanja kau minum”

“kalau setakat air suling ntah dari mana tu, tak payah la. Buat aku sakit perut lagi je” terdengar suara lelaki itu ketawa sebelum menamatkan panggilan.


*-*-*-*-*

“menguap lagi….” Suara yang kuat serta tepukan dimeja membuatkan mata yang tadi dah tak boleh nak diangkat terus segar. Tuan punya suara yang tegak berdiri disebelah white board tajam merenung mukanya. Masuk ni, dah lima kali pakcik kat depan tu menegur dia yang tersengguk-sengguk sejak mesyuarat bermula. Tapi nak buat macam mana, dah habis daya menahan kantuk tapi tak berjaya.

Anita disebelah dah tersengih macam kerang busuk bila dia mengerling tadi. Suka la tu tengok dia kena marah dengan Encik Skema tu. Dari tadi Anita dah berusaha membuat dia terus celik tapi tak berjaya.

“awak ada masalah Aisyah? Asyik menguap dari tadi, boring sangat ke meeting ni?” Aisyah menelan liur. Kalau jawab ‘ya’ boleh tak? Agak-agak kena pecat tak? Semua meeting sama je….bercakap je lebih tapi masalah tak selesai pun.

“takde Encik. Meeting macam biasa, saya je yang mengantuk. Saya minta maaf”

Setengah jam kemudian, penyiksaan pun berakhir. Baru je nak melangkah keluar, suara yang kurang gemar didengar tu bergema. “tunggu dalam office saya sekarang” Aisyah dah garu kepala. Masak la kena dengar ceramah lagi.

“duduk Aisyah” pelawa tuan punya bilik bila melihat cik kak sorang tu berdiri tegak didepan meja.

“awak tau kenapa saya nak jumpa awak?”

‘nak berleter la, apa lagi?’ tapi itu ayat dalam hati je. Ayat tak ikhlasnya “tak Encik, kenapa ya?” siap dengan muka blur.

“saya kecewa dengan pretasi kerja awak sejak sebulan ni. Awak ada problem ke? Dengan mengantuk masuk meeting…..ni bukan Aisyah yang saya kenal dulu. Bukan staf yang sangat komited dengan kerja dia. Apa masalah awak?”

“takde Encik, saya minta maaf” takkan nak cerita dekat Pakcik Skema ni mak paksa suruh kawin. Mati nanti kena dengar ceramah free lagik. Tak tahan. Lain cerita la kalau Encik Skema ni nak tolong carikan calon. Tak pun offerkan anak dia yang super duper handsome tu ke.

“sure?”

“Ye Encik”

“awak buat apa semalam sampai mengantuk macam ni? Nak kata jaga anak, kawin pun belum” kan dah keluar ayat yang tak sedap didengar. Semua orang suka sangat mengungkit bab kawin-anak-anak dara tua ni.

“saya ke kilang vendor, tunggu part sampai siap” jawab Aisyah perlahan. ‘lepas tu kena temankan mangkuk ayun tu lepak kat nasi kandar sampai pukul 2 pagi’ sambung Aisyah dalam hati. Mau kena penampar kalau ayat sambungan tu keluar dari mulut. Lagipun jatuh la imej sebagai staf perempuan solehah kalau Encik Zakaria tau dia melepak malam-malam kat luar.

“tak settle lagi modification tu?” suara Encik Zakaria dah naik balik. Membuatkan Aisyah kembali tegak di kerusi. Mau sakit jantung kalau kena sergah macam ni tiap-tiap hari.

“hari ni nak masuk lane untuk test run, kalau ok, settle la Encik”

“awak pergi dengan sapa kilang tu?” nada Encik Zakaria dah kembali biasa.

“sorang la Encik, takkan nak ajak semua orang kot”

“lain kali kalau nak ke sana malam-malam, bawa teman. Bahaya”

“baik Encik, kalau takde apa-apa lagi saya minta diri dulu ye”


*-*-*-*-*

“apahal monyok sangat muka tu?” Anita dah berdiri disebelah meja Aisyah. Kertas yang dibawa diconteng-conteng dengan pensil. Kalau tengok dari jauh atau bos duk perati memang nampak macam duk bincang hal keje la. Pandai sungguh kakak sorang ni cover lane.

“penat la……”

“kena dengar ceramah lagi ke?”

“nasib baik hari ni dia tak berceramah, kalau tak confirm aku tertido depan dia, dan confirm jugak dia sambung lagi panjang la ceramah dia”

“sabar la, dah tak lama dah dia kat sini. Dengar kata minggu depan, manager yang nak ganti dia tu masuk. Harap-harap, dapat bos muda la pulak. Bosan dah aku asyik menghadap muka uncle-uncle je bila masuk meeting room.”

“berangan la kau, mana ada orang muda boleh pegang post manager, lain cerita la kalau company ni bapak dia punya macam dalam cerita melayu tu. Dunia realiti kita ni, jangan harap la, ni pun kira nasib baik la dapat bos melayu. Kalau bangsa lain, pening jugak kita”

“aku tak harap la muda belia. Ala yang masuk awal 30an pun ok apa.mantap lagi…janji muka layannnnnn….”

“gatal la kau, tak ingat kat laki dirumah ke?”

“itu dirumah, ini untuk di office. Baru semangat sikit nak masuk kerja. Kau lain la, si Azhar tu kan kacak bergaya. Hari-hari call, tiap-tiap minggu mai sini”

“ni apahal pulak duk kaitkan aku dengan mamat terlebih mulut tu. Menyampah kau tahu tak?”

“eleh…menyampah konon. Padahal aku nampak semalam seronok je bergurau senda kat nasi kandar. kau jangan Cah, handsome tu. Kalah laki aku, nasib baik dia tak nak kat aku je, kalau tak dah lama aku madukan dia…….”

“aku cakap dekat Fuad, bini dia ni gatal nak dekat Encik Azhar” tangan Aisyah dah capai gagang telefon.

“kau,,……jangan la, aku memain je. Mengamuk Fuad nanti. Kau bukan tak tau penyakit cemburu dia tu”

“tau takut, lain kali jangan nak kenenkan aku dengan Encik tu k. tak sanggup aku nak lawan cakap dengan dia…. Aku kalau nak cari calon boipren,,, haruslah seorang yang pendiam, sebab aku ni dah cukup kepoh. Kalau dua-dua kepoh, siapa yang dengarkan”

“tu pasal la kau tak kawin-kawin Cah, banyak benor syarat kau. Terima je la siapa yang nakkan kau, mana tau bahagia”

“seeeeeeeee….kau pun tak sure, macam mana aku nak terima. Ini hidup aku tau. Bukan part yang aku buat, kalau salah boleh suruh Ad modify.”

“susah la cakap dengan kau Cah. Habis tu, bilanya kau nak kawin? Tak pun kawin je dengan Ad, apa-apa jadi dia boleh tolong modify”

“aku akan kawin bila jumpa dengan orang yang aku berkenan” jawab Aisyah yakin.


“masalahnya, kau tak pernah nak jumpa dengan orang yang hantar cincin kat rumah kau. Macam mana kau nak jumpa dengan orang yang kau berkenan? Pi mai pi mai asyik ke hulu ke hilir dengan Ad je”

“adalah nanti…ehhh, dah la. Gi buat kerja kau, kang Encik Skema keluar kang naya je kena dengar ceramah lagi”


“Ad tu dah cukup sesuai dengan kau Cah. Kenal pun dah lama. Nak cari macam mana lagi?”

“Cik Ain yang cantik menawan tu nak letak mana?”

“Alah…macam aku tak tau yang Si Ain tu pilihan family dia. Aku tau dia suka kat kau”

Aisyah ketawa je dengar ayat terakhir Anita. Macam tak boleh nak dibayangkan dia dengan Ad couple. Macam tak kena je.

Friday, February 12, 2010

untitled-prolog

Di Badai Asmara


Haruskah...
Aku terus merayu padamu
Haruskah...
Aku taburi janji beribu
Untuk menembusi
Tembok hati sanubarimu
Ataupun... aku hanya penanti



Mengapa
Dikau meragui keikhlasan
Setelah kuberi
Pengorbanan dan kesetiaan
Aku jadi perindu
Pada istana madu
Kini menjadi sangkar hempedu



Mungkin ku pentafsir
Yang gagal mencari
Pengertian cinta
Akhirnya melara


Kau insan misteri
Penuh rahsia cinta
Kulemas dalam arena
Meredah nestapa
Sukarnya menguasai
Bahasa cinta kita
Berilah kepastian sebuah cinta



Bisakah
Silap kata menjadi penanda
Dapatkah
Kecewa ku menjadi harapan
Marilah berganding
Mengharungi badai asmara
Dunia dikecapi penuh bahgia

Wednesday, February 10, 2010

terharu...tak percaya....

Salam buat semua yang rajin menjengah ke pondok kecil ni.......

Macam tak percaya yg Indahnya Takdir akhirnya berjaya sampai ke titik akhir....setahun jugak la cerita ni berjalan....lebih kurang sama dengan usia fisha kerja ni.....(dah macam kerja menulis la plak) padahal kerja jauh menyimpang dari dunia sastera aka jiwang neh

dari hari ke hari makin ramai pulak kwn-kwn yg join this pondok....thanks ya....
ada yg tya....apa jadi dgn hisyam?????....wellllllllllll........fisha pun tak terpikir nak sudahkan watak tu mcm mana.....tak nak la kejam sgt...tp sbgai org yg membaca n menghayati watak Q, pastinya...nak si sham tu dpt balasan @pengajaran kan.....
so????????...patutkah disambung lagi this cerita????.....>>(macam la byk sgt peminat...hehhehee)


tlg yeeeee,.....bg komen...

thanks.....

Monday, February 8, 2010

indahnya takdir- finale

“gi Cherating nak tak yang?” Adam dah bersila di atas sofa. Q disisi ditarik dalam pelukan. Seronok pulak bila hari kerja duduk lepak dirumah. Ni semua sebab jam tak berbunyi pagi tadi. Q terpaksa minta cuti. So bila Q dah cuti, memang secara automatiknya Adam pun malas nak ke bengkel.

“nak buat apa?”

“second honeymoon,,…. Dah lama kita tak pergi bercutikan” Q dah kerut dahi. Dah lama?. Encik Adam Iskandar ni dah nyanyuk ke apa?

“baru 3 bulan lepas kita stay kat Batu Feringghi sampai 4 hari. Ni nak cuti lagi?tak sayang nak tinggal worksyop ke?”

“Wan dengan Ajet ada. Diaorang boleh tolong tengokkan. Bukan tutup pun workshop tu”

“sejak bila ni? Selalu susah sangat nak tinggal bengkel”

“jom la…..”

“baik abang cakap dulu kenapa”

“kita gi ye….yang amik cuti seminggu tau. Abang nak duduk berdua je dengan yang.”

“tengok la…..”

“pleaseeeeeeeee……”

“ok” Adam dah senyum sampai ke telinga dengar jawapan Q. “tapi Q still tak puas hati kenapa tiba-tiba abang nak gi holiday ni? Dengan kerja Q yang tengah banyak kat kilang. Macam susah je nak dapat cuti”

“kalau susah nak dapat cuti, Q submit je resign letter. Nanti abang bayarkan”

“hah??? Resign? Dah tu lepas balik holiday nanti Q nak wat apa kat umah. Nganga?”

“jaga baby”

“mende la abang duk merepek neh?mana kita ada baby”

“mana tau, kot-kot ada rezeki kita” Q diam je. Tak nak komen apa-apa. Memang dia pun berharap sangat nak dapat baby sendiri, tapi memang bukan rezeki lagi. Cemburu je tengok orang lain jalan-jalan bawa anak.

“gi Redang la bang. Nampak cantik je tu” tutur Q bila ada rancangan yang siarkan cerita tentang Pulau Redang. Macam nak suruh diaorang pergi je.

“abang tak kisah. Mana-mana pun ok asalkan dengan Q”

“Redang k. esok Q apply cuti. Abang nak gi bila?”

“minggu depan la.”



Bau kuah laksa dari warung cina tepi jalan membuatkan Q menelan liur. Sedapnya kalau dapat makan. Adam yang tenang memandu dipandang sekilas. Agak-agak kalau suruh pakcik ni berenti beli boleh tak. Nilah padahnya gatal sangat nak rasa fresh air, tak nak buka aircond walaupun matahari masih terik. Semua benda dah terbau dek hidung.

“abang….”

“eehhhmmmm”

“kalau singgah beli laksa kat uncle tu boleh tak?” Adam pandang muka Q dua kali. Macam tak percaya Q mintak nak makan laksa tu. Selalu Q la yang paling detail bab halal ke tidak makanan yang nak dibeli. Ini dah sah-sah apek yang jual pun Q boleh mintak nak beli.

“nak makan laksa ke?”

“bau dia sedap la bang, mengoda sungguh. boleh tak beli?”

“kita cari orang melayu jual ye, abang tak yakin la nak beli. Macam tak halal je”

“tapi yang orang melayu jual tak bau macam tu. Macam sedap je bau dia bang. Boleh la”

“petang ni abang bawa Q makan laksa best kat Kulim k”

“k” tangan dah tekan button power window. Dah tak sanggup nak bau aroma yang menggugat tu.

“panas dah?”

“tak, tapi tak nak bau kuah dia lagi. Nanti makin terliur”

“macam-macam la wife abang ni. Kita nak ke mana lagi ni?”

“balik rumah ummi boleh?”

“ok”


Hajah Zakiah baru siap memasak ketika mereka sampai. Q seronok je bila semua makanan dah terhidang diatas meja. Adam yang berbual dengan Haq dihalaman ditinggalkan. Sedap gila bau sambal belacan dengan buah macang. Kena pulak dengan ikan temenung goreng panas-panas….memang nikmat la.

“angah dari mana ni?” soal Amni yang baru siap membancuh air.

“gi Sunway Carnival tadi, saja jalan-jalan. Boring dah duduk rumah cuti-cuti ni”

“la, apasal tak habaq kata boring? Kalau dak boleh Ami ajak pi cari barang hantaran”

“uit…..sapa nak kawin?”

“hehhehehehehe…..Ami la….Wan dah cukup duit”

“iya ke????? Seronoknya. Nanti angah sponsor Ami punya lauk kenduri k” Amni dah melompat suka bila dengar tawaran Q.

Adam yang baru masuk dengan Haq dah tercengang tengok Amni melompat di dapur. “tu pasai apa lompat macam kera tu?” Haq dah keluarkan ayat tak pakai filter .

“napa yang?” Adam pandang muka Q minta penjelasan.

“Ami nak kawin, Q cakap la lauk kenduri dia Q bayarkan. Tu yang melompat sakan”

“mak ai….angah nak sponsor lauk kenduri Ami? Kalau Haq punya kenduri esok, angah tolong bayarkan duit hantaran bleh?”

“bolehhhhhh,….tapi abang Am la yang kawin dengan bakal wife Haq tu. Setuju?” Adam dah menyampuk.

“amboi abang……….ada hati nampak” Q dah menjeling pada Adam.

“mana ada,…abang gurau je la. Yang sorang ni pun dah tak cukup masa nak bermanja, macam mana nak tambah lagi” ucap Adam, tubuh Q ditarik dalam pelukan. “bau apa ni yang?abang nak muntah la bau ni” terus Adam berlari ke bilik air.

Langkah kalut Adam menarik perhatian Hajah ZAkiah yang baru menapak ke dapur. “kenapa dengan Am tu angah?”

“muntah la ummi. Tu je la kerja dia dua tiga hari ni. Pantang bau pelik-pelik sikit mula la muntah sana sini”

“dah tu, angah boleh duduk sini lagi? Pi la tengok si Am tu. Kesian dia”

“tak mau la Mi, kalau angah pi dekat sekali dengan angah muntah sekali. Kemarin sampai lembik angah muntah lepas tolong abang. Sehari duduk terlentang atas katil”

“hampa makan apa yang duk lawan muntah ni?”

“mana ada pa, macam biasa je la mi”

“tak pi klinik?”

“ala mi, bukan teruk pun. Kalau bau benda yang pelik ja baru abang muntah.”

“dah tu, Am bau apa yang dia muntah tu?”

“bau tangan angah bekas sambal machang”

“macam-macam la hampa ni….. ha Am, dah lega?” soal Hajah Zakiah pada Adam yang baru melangkah ke ruang tamu

“sakit tekak la Mi”

“pi klinik la. Duk biaq nanti melarat pulak”

“tak de apa la Mi, sikit je….” Adam menghampiri Q yang duduk menonton TV. “yang, temankan abang tido jap. Sakit kepala la”

Malas nak berfikir banyak, Q mengikut langkah Adam ke bilik. Sebenarnya badan dia pun dah letih berjalan dalam shopping mall tadi. Ni lah padahnya kalau malas bersenam, berjalan sikit pun dah penat.

“angah nak masuk tido jap ye Mi”

“tak mau makan dulu?”

“nanti la, kesian pulak kat abang. Dia dah tak larat tu”

“mangkit tidoq nanti pi klinik. Melarat pulak nanti.”

Masuk ke bilik, Adam dah terlena. Letih la tu. Q pun hairan dengan keadaan diaroang. Nak kata keracunan makanan, takde pulak cirit-birit. Cuma bila Adam muntah, sekali dengan dia terjangkit sama kalau gi dekat.

Badan yang terlebih letih direbahkan sebelah Adam. Jari bermain dengan wajah keletihan Adam. “gi sabun tangan la yang, abang dah tak larat nak bangun gi toilet dah bau tangan Q. loya la”

Q garu kepala. Tak lena lagi ke Adam ni? Dengan langkah malas Q berlalu ke bilik air, segala macam sabun yang ada semua Q pakai. Keluar dari bilik air Hajah Zakiah dah berdiri didepan pintu.

“bilaih dengan limau tu. Hilang sikit bau dia” 2 biji limau kasturi dihulurkan pada Q. sayang sungguh la kat menantu dia. Takut muntah lagi. Masuk ke bilik Adam dah terjaga.

“abang suruh gi basuh tangan je, Q gi makan ke apa? Lama sungguh”

“ummi la, takut sangat menantu dia muntah lagi. Suruh Q basuh dengan buah limau, ni habis bau dah”

“ok la tu, sedap je abang bau. Meh la tido”



“jangan lupa pi klinik sat lagi” pesan Hajah Zakiah pada Q ketika menghantar pasangan itu ke kereta.

“nak cakap apa kat doktor mi?angah ngan abang bukan sakit pun” Q dah menjawab bila mulut Hajah Zakiah tak berenti-renti berpesan.

“pergi aje la. Suruh doktor check kamu”

“abang yang muntah la mi, bukan angah”

“ketegaq la kamu ni angah, pi ja la. Susah sangat ke?”

“nanti kami singgah, ummi jangan risau ye” Adam bersuara perlahan. Kalau dengan Adam cepat je Hajah ZAkiah lembut.

“lepas tu jangan lupa call ummi”

“ye, baiklah…….kami balik dulu ye mi” Q tunduk bersalam dengan Hajah Zakiah.



“nak kena masuk jugak ke bang? Q rasa sihat je” soal Q bila nama Adam dah dipanggil adik yang jaga kaunter tadi.

“masuk aje lah.” Adam tarik tangan Q masuk berjumpa doktor. Q melangkah perlahan, dari dulu lagi memang dia ngeri dengan peralatan hospital ni. Adam dah duduk sebelah doktor, entah apa yang diceritakan Q tak ambil peduli. Pandangan masih dilemparkan pada semua peralatan yang ada dalam bilik kecik tu.

“nah, abang tunggu sini” Q dah terpinga-pinga bila Adam hulurkan bekas kecil padanya.

“nak wat apa?”

“nak check urine. G cepat” 10 minit kemudian, doktor tu dah tersenyum manis pada Adam dan Q. “positif….tahniah”

Adam menarik Q dalam pelukan. “thanks sayang” Q dah kelu. Macam tak percaya yang dia nak jadi ibu. Wajah riang Adam ditatap sepenuh hati. Memang dia bersyukur dengan anugerah yang tak terhingga ini.




“kita nak ke mana ni bang? Balik umah la, Q dah letih sangat ni”

“abang kan dah janji, once dapat baby je abang nak beli kereta. So abang nak Q pilih nak kereta apa”

“Alphard boleh?” cepat je Q jawab.

“kita nak naik 3 orang je yang, tak rasa besar sangat ke banglo begerak tu?”

“Honda….civic or Accord. Q tak kisah, dua-dua cantik. Abang pilih la”

“demandnya dia. Jangan esok baby pun demand macam Ibu dia dah la…..kita gi tengok, lepas tu baru buat keputusan k”

“k….tapi kereta Q kan dah ada. Membazir je”

“yang ni buat g market. Yang baru untuk jalan-jalan” jawab Adam sambil mengetuk-ngetuk stearing kereta.

“abang……..sampai hatinya kata kereta Q untuk gi market je. Melampau tau”

“Q resign ye, duk rumah jaga diri and baby. Abang susah hati la duk pikir Q keje teruk-teruk kat kilang”

“mana boleh bang, nak bagi apa kat ummi ngan abah kalau Q tak keje?”

“abang bagi gaji sama banyak dengan Q dapat sekarang tapi Q kena berhenti”

“nanti la Q fikir dulu.”

“please sayang, untuk baby”

“bagi Q sebulan untuk sattle semua kerja Q, lepas tu Q duduk saja kat rumah k” senyuman dibibir Adam melegakan hati Q.


Telefon bimbit yang melalak minta dijawab membuatkan Q meninggalkan buah strawberry yang baru dibasuh. Pandangan dilebarkan ke seluruh ruang tamu mencari kelibat Adam. Baru je nak buka mulut bisingkan Adam, dia terpandang Adam yang dah terlena di sofa. Tak sampai hati pulak nak marah bila tengok muka letih Adam.

Melihat nombor yang tak dikenali yang tertera diskrin apple membuatkan Q teragak-agak untuk menjawab.

“ya?”

“Qasedah Najwa?” suara perempuan yang menyebut nama Q

“ya saya?. Siapa ya?”

“wife Hisyam, Zana”

Q dah garu kepala. Apahal pulak wife lelaki gila talak tu call dia. Tanpa sedar Q dah terduduk di hujung kaki Adam “ada apa ya cari saya?”

“boleh tak jangan kacau hak orang.? Sedar la diri sikit, Syam dah tak nak kat awak” Puan Zana dah mula menjerit.

“maaf ye, tapi rasanya dah sebulan saya tak jumpa dengan husband awak. Bila pulak saya kacau dia?”

“awak jangan nak berlakon la Q, saya jumpa gambar awak dalam handphone dia” Q dah garu kepala. Bila pulak mamat tu ada gambar dia?

“Ya Allah, betul la, saya memang tak de hubungan dengan laki awak tu”

“nak mengelak pulak. Macam ni la perangai perempuan tak laku. Kalau dah anak dara tua tu memang suka kacau laki orang”

Belum sempat Q menjawab, handphone ditangan dah ditarik Adam. “Assalamualaikum, saya suami Q. ada apa masalah ye dengan wife saya” lembut je Adam bertanya. Q pandang muka Adam. Tak percaya yang Adam boleh cakap elok-elok dengan Cik Puan yang tengah menjerit tu.

“oohhhh…laki dia. Bagitau bini awak, jangan duk kacau laki orang. Jangan rumahtangga sendiri cukup”

“macam ni lah CikPuan, saya jaga wife saya, CikPuan jaga husband CikPuan. Lagipun wife saya dah tak kerja kat situ, so memang tak jumpa dah dengan husband CikPuan. Tapi kalau husband CikPuan datang cari wife saya lagi, jangan tanya kenapa dia masuk wad. Assalamualaikum”

Terus Adam tekan button endcall. “lain kali kalau dapat call dari orang macam ni, Q tak payah layan. Nanti effect pulak kat anak ayah ni”

“Q sayang abang….thanks sangat” cepat je Q peluk tubuh Adam. Sayangnya pada Adam makin bertambah.

“sayang, sayang jugak. Q dah masak lum ni? Abang dah kebulur ni”

“dah, tunggu abang nak makan je”

“lepas makan ni kita gerak terus gi rumah abah ye. Ummi dah banyak kali call, risau sangat takut cucu dia tak sempat sampai sebelum majlis start”

“Ummi memang kalut la….baby keluar pun belum dah sayang terlampau”

“takpe la, tujuan ummi nak kenduri tu memang baik. Doa selamat untuk kita sekeluarga”

“abang tu memang, kalau Ummi buat semua elok je” Adam Cuma tersenyum. Bahagia dengan keharmonian keluarganya. Bahagia denga kasih sayang Q padanya.





Tengahhari tu, Semua ahli keluarga dan sahabat handai berkumpul untuk kenduri kesyukuran dan doa selamat untuk Adam dan Q. meriah majlis tengahhari itu. Q bersyukur dengan nikmat yang tak terhingga ini. Menyandar tubuh pada Adam disebelah, bahagianya. Betullah, takdir Allah cukup indah, Cuma kita sebagai hambaNya perlu bersabar dan melihat nikmat sesuatu dari semua sudut.

.....>>>>:):):):)<<<<<<...........

Tuesday, February 2, 2010

indahnya takdir-37

Jam baru pukul 6.15 pagi. Adam dah terbau wangi bawang ditumis. Ditoleh sebelah, Q dah takde. Lepas solat subuh dan bersiap, dia turun ke bawah. Melangkah ke dapur, Q sibuk dengan kuali. Entah apa yang digoreng, yang pasti baunya memang sedap. Dah la semalam tak sempat makan. Lepas je letak Q, dia pun tertido sekali.

“Q nak minum air apa? Abang buatkan” terus Q berpaling, tergejut dengar suara tu. Sejak bila Adam jadi ramah balik ni? Bukan dia mogok tak nak bercakap dengan aku ke?

“takpelah, Q minum air suam je. Abang gi duduk depan. Nanti dah siap Q panggil makan” tak selesa pulak bila Adam masih berdiri kat sebelah dia. Tangan pulak dah menggagau mee dalam kuali.


“takpe, abang tolong Q. nanti lambat pulak nak pergi kerja” malas nak bertekak, Q biarkan je Adam mencapai teko. Lepas tu dengar bunyi macam orang bertukang pulak. Mau pecah dapur ni kalau suruh Adam memasak, buat air pun dah macam nak buat rumah. Ingat tengah repair kereta ke apa.

“esok Q kerja tak?”

“tak.cuti sampai Isnin. Selasa baru masuk kerja”

“kalau macam tu, kita pergi bercuti esok.”

“nak ke mana?”

“adalah. Jom abang hantar Q pergi kerja. Kereta abang bawa balik bengkel nak servis” Q pandang muka Adam. Pelik pulak perangai lelaki ni, dah habis fikir ke? Dah dapat keputusan?

“ok” tak payah nak serabutkan otak, orang nak bawa gi makan angin free, ikut aje la. Boleh jugak lupakan masalah kat kilang. Apapun keputusan Adam dia terima je. Nak minta lebih-lebih memang dia tak layak so, terima dengan redha lagi senang.

*-*-**-*-*-

Beg yang dah siap dikemas, diletakkan dihujung katil. Adam asyik dengan lumba kereta di tv. Lepas berus gigi dan sikat rambut, Q melangkah ke katil. Mata dah letih sebab kat kilang tadi sehari suntuk duk siapkan laporan model baru untuk meeting rabu depan. Takut tak sempat nak siapkan nanti.

“nak tido dah?” soal Adam bila Q dah selamat berbaring. Panda pun dah tenggelamkan muka Q.

“aha”

“kunci jam kul 5 ye.lepas subuh kita gerak terus”

“k” tangan capai handset. Set alarm. Letak je phone kat sebelah bantal, terus dia pejam mata. Lega rasanya. Baru nak hilangkan lenguh, terasa tangan Adam merangkul tubuhnya. Mata terus terbuka, tapi bilik dah gelap.Cuma terasa mata Adam merenungnya.

“abang sayang Q. maaf ye abang buat Q susah hati dua minggu ni” terkedu Q dengar ucapan Adam. Biar benar Adam minta maaf.

“abang tak salah. Q faham perasaan abang”

“tak, memang salah abang. Mulai malam ni, abang nak lupakan kisah silam Q. abang terima Q seadaanya. Yang penting Q sayang abang”

“huh, perasan. Sapa sayang abang?”

“ala…..abang dah tau. Siap tido peluk gambar abang lagi semalam. Tak nak mengaku lagi?”

“tetido la, mana sedar pegang apa”

“tak kisah la, yang abang nampak Q tido peluk gambar abang”

“haahhahahaha, perasan gilak”

“abang sayang Q” pelukan Adam semakin erat ditubuhnya. ‘Q pun sayang abang’ ucap Q dalam hati.

********

“feri kita pukul 8. Q nak sarapan dulu?” ujur Adam ketika meneliti tiket feri ditangan. Q melihat jam ditangan, 7.25 pagi

“tak pe lah.tak rasa lapar pun”

“abang gi beli roti jap” Q garu kepala. Aku cakap lapar ke tadi? Adam hilang dalam orang ramai. Q seronok memerhati orang ramai yang berada di jeti Kuala Kedah, macam-macam ragam. Rupa-rupanya Adam nak bawa dia ke Pulau Langkawi.


Penumpang yang tidak terlalu ramai membolehkan mereka duduk tanpa mengikut nombor tiket. Adam bagi Q duduk sebelah tingkap. Q tak kisah langsung, dia tak yakin sangat dengan ketahanan dia untuk sampai ke Pulau Langkawi. Mata difokus pada tv yang tengah tayang cerita Triple X. tak berani nak menghayati lambungan ombak yang makin kuat. Melambung-lambung feri.

Baru setengah jam, kepala dah terasa makin berat. Adam kat sebelah pun nampak dah jadi 3.

“Q ok tak?”

“hurm” mata dah tak boleh nak buka. Pening yang amat. Rasa macam semua isi perut nak keluar. Tangan Adam yang mengurut belakang leher dibiarkan. Memang dah tak berani nak buka mulut. Takut termuntah.

“kalau Q rasa nak muntah, muntah je. Tak payah duk tahan” ujar Adam. Mungkin perasan dengan kerutan yang amat dimuka Q.

“ok lagi” Adam mengambil minyak angin ditangan Q, baru hendak disapu dihidung Q, Q dah tunduk menadah plastik. Tapi takde apa yang keluarkan pun.

“pedihnya tekak” rengek Q.

“minum ni, lepas tu tido” Adam menghulurkan botol air mineral. Bila Q pejam mata, terus dia tarik Q dalam pelukan. Dah tak sanggup tengok Q menahan sakit.

“abang tak tau Q tak tahan naik bot. kalau tidak kita naik flight je.” Satu kucupan singgah dikepala Q. Q hanya membisu. Tak nak buka sejarah, bukan takat naik bot. semua benda yang tak stabil memang Q tak tahan. Arwah Hakim dah kena dulu masa ke Genting. Ni Adam pulak. Bukan ke naik flight pun sama je tak stabil? Naik kereta gi LAngkawi tak boleh ke?

“Q tido la, lambat lagi nak sampai.”

Adam terjaga bila bahunya dilanggar dengan beg seorang penumpang yang ingin keluar. Dia menjengah keluar, dah sampai rupanya. Penumpang pun dah tak ramai dalam bot. Q dalam pelukan dikejut.

“kita dah sampai. Sayang boleh jalan tak?”

“kalau tak boleh abang nak dukung ke?”

“kalau Q nak, abang tak kisah. Q pun bukannya berat sangat”

“takpe la, Q boleh jalan lagi. Jom la gerak keluar, dah tak sabar nak jalan-jalan ni” Q dah berjalan keluar dari bot, kepala yang sakit dah tak dihiraukan bila nampak burung helang besar kat Dataran tu. Rasanya tulah tempat pertama yang dia nak ajak Adam pergi.

“nak makan or nak check in hotel dulu?” soal Adam setelah memasukan beg ke dalam kereta. Kat sini Adam sewa kereta untuk memudahkan diaorang bergerak.

“nak gi tengok helang tu dulu boleh?”

“panas la yang”

“kejap je. Nak say hello kat dia. Boleh ye bang”

“ye lah. Kejap je, abang dah letih ni. Nak lepak kat hotel je petang ni” Q dah wat muka pelik. Siapa yang separuh nyama dalam bot tadi. Rasanya Adam yang banyak lena dari dia. Sepanjang dalam bot tadi Q Cuma tutup mata je, bukannya lena.

*--*-*-*-*-

“apasal membazir ni bang, kalau duduk kat chalet pun dah ok. Bukannya nak duduk kat dalam bilik sangat pun” rungut Q bila tengok Adam membelok ke Datai Hotel. Boleh kopak ni kalau lepak lama-lama kat hotel ni.

“tak mahal mana Q. lagipun kita tak pernah gi mana-mana. Dah 6 bulan abang simpan duit, banyak dah. Q nak shopping pun boleh”

“membazir la bang”

“takpe, janji puas hati. Nanti dah tengok view dia Q lak tak nak balik. Lagipun memang abang nak duduk dalam bilik je dengan ayang abang 4 hari ni ”

“Q nak jalan-jalan la. Nak gi semua tempat menarik kat sini. Rugi la dah sampai sini tapi tak jalan semua tempat. Takkan nak duduk dalam bilik je???”

“tapi bagi abang, ayang lagi menarik la. Duk dalam bilik saja lagi best. Tak sama macam bilik kita kat rumah. Ni siap dengan aircond lagi, wangi pulak tu”

“abang duduk la sorang-sorang. Q nak gi meronda.”

“esok je la, petang ni kita rehat dalam bilik je k” dan bila ENcik Adam dah keluarkan ayat macam tu, jawapannya duduk saja la dalam bilik. Takdenya nak bangkang-bangkang. Penat je bertekak, memang takkan menang.

“cantik muncung……meh sini abang nak buat muncung tu elok balik” belum sempat Q membalas. Bibir Adam dah bertemu dengan muncung Q. “abang sayang Qasedah Najwa”

“Q pun sayang Adam Iskandar” pelukan Adam dibalas. Sungguh dia gembira dengan perasaan indah dalam hati. Macam ada rama-rama dalam perut je…...



Adam Cuma membiarkan Q berpusing-pusing dalam kedai coklat. Kaki dia dah lenguh mengikut langkah Q dari tengahhari tadi. Ada saja yang tak kena dengan coklat yang dipilih. Kejap letak lepas tu ambil lepas tu letak balik.

“duk pikir apa yang? Angkat letak, angkat letak dari tadi lagi. Penat dah abang tengok.”

“nampak sedap tapi macam tak baloi la dengan rega dia”

“Ya Allah, tu je yang duk pikir macam pikir masalah dunia? Ambik je, abang bayar. Banyak mana pun takpe, kalau kita tak boleh nak bawa balik nanti abang hantar pakai pos” dan untuk cadangan yang memerli tu, satu cubitan hinggap di lengan Adam.

Langkah Q ke kaunter segera diikut. Bukan Boleh kira sangat semangat berdiri diatas kaki sendiri si Q ni. Jap lagi mesti dia bayar sendiri semua barang-barang tu.

“nak beli apa untuk mama ye bang?” soal Q ketika melangkah dikaki lima bangunan kedai di pekan Kuah.

“kena beli ke?” Adam soal Q balik.

“mesti la, semua orang kena dapat buah tangan dari kita”

“tak payah beli la yang. Kalau Q bagi baby product Langkawi je pun semua dah cukup happy” dan sekali lagi tangan Adam berbirat. Malu Q bila dengar Adam duk mengungkit cerita semalam.

“malu ke?”

“abangggggggg”

“jom balik bilik la. Panas-panas ni kalau lepak kat dalam bilik aircond amatlah nikmat. Lagipun sayang dah habis shoppingkan”

“mana ada habis lagi, untuk mama dengan papa tak beli lagi la”

“esok sebelum balik kita beli set pinggan kat mama, papa pulak beli je kain pelikat banyak-banyak. Mesti diaorang suka”

“tapi kita tak gi Underwater World lagi’

“nanti balik KL abang bawa Q masuk Aquaria la. Sini bukan best sangat. Jom la balik bilik”

“yang abang semangat sangat nak balik bilik ni nape” Q dah geram dengan telatah Adam.

“kita balik ye. Abang dah letih ni” lembut je Adam menjawab. Tak jadi Q nak marah. Nilah satu kelebihan Adam, pandai je wat suara lemah lembut yang membuatkan Q tak boleh nak tolak satiap permintaan Adam.


*-*-*-*-*

Jam dah pukul 3.20 pagi. Q memandang Adam yang lena. Perut yang sangat tidak selesa membuatkan Q terjaga. Minyak angin dicapai, menyapu diperut. Hampir 10 minit dibiarkan tapi perut tetap sakit, lenguh, perit semua ada.

“abang, bangun la. Sayang sakit perut ni” Q kembali mencapai minyak angin dihujung meja sisi. Dari lepas makan malam tadi perut dah rasa tak sedap.ingatkan dah terlena hilang la sakit, tapi tak jugak. Sejak tadi dia berpusing-pusing di atas katil. Adam pulak dah nyenyak. Biasa la Adam kalau sibuk di bengkel memang tido tak sedar diri.

“abang….” Badan Adam digoyang. Dah nak menangis tahan sakit ni. Abang sayang pulak tidur nyenyak sungguh, sampaikan orang gerak pun tak dengar-dengar.

“apasal ni ayang?” Adam membuka mata memandang Q disisi.

“sakit” airmata dah berjurai dipipi. Sejak dah ada orang sayang ni, memang keje menangis je. Berlagak la sebab ada orang nak pujuk.

“period ke?” Q angguk je. Dah takde suara nak cakap.duk pikir sakit je. Adam mengambil minyak panas ditangan Q. keje dia tiap-tiap bulan. Dari zaman tembok berlin sampai la sekarang, memang tak miss la.Dah cekap dah. Lama jugak Adam mengurut. Bila nampak Q lega sikit baru dia berhenti. Tubuh Q diraih dalam pelukan.

“manjanya ayang abang sekarang ni, sakit sikit pun dah menangis.Dulu sampai patah kaki pun maintain muka selambe je.”

“masa tu takde orang sayang kita, mana boleh menangis. Sekarang dah ada abang,ayang dah taknak pikir. Biar abang yang pikir semua.”

“ye la tu,sampai minyak kereta dia abang yang kena pikir tinggal banyak mana.”

“esok cutikan, ayang masak ye. Awal pagi kita gi market” cepat je Q tukar tajuk. Memang malas nak dengar Adam buka cerita dia yang terlebih manja.

“ok, abang pun dah lama tak makan best-best” tangan Adam dah mencapai suis lampu. Nak sambung mimpi.


*-*-*-*-*-

Adam terjaga bila terdengar azan berkumandang dari surau. Terus dia bangun dan berlalu ke bilik air. Baru je nak bentang sejadah Q pun bangun.

“apsal tak kejutkan Q? nasib baik alarm bunyi”

“bukan semalam Q cakap cuti ke? Siap nangis-nangis sakit lagi”

“mana ada, sakit perut je. Tak cuti pun. Tunggu jap, Q nak ambil wuduk”

Lepas je solat subuh berjemaah, Adam dah merangkak naik katil balik. Nak sambung mimpi dia kata. Sekali dengan Q ditarik. Mula-mula Q membantah jugak tapi bila tengok Adam buat pekak je sekali dengan dia terlelap sama.

“Abang, bangun la, janji nak gi market sama-sama. Dah dekat kul 7.30 ni. Nanti lewat, nak masak lagi” Q duduk kat tepi katil. Geram je tengok muka Adam yang sedap tido. Semalam dia yang beri-ia janji nak temankan ke market, beli ikan…..

“tak yah gi la ayang. Nanti kita makan kat luar je”

“bangun la bang, dari minggu lepas lagi duk tunda-tunda. Jemu dah makan kat luar”

“ala, malas la yang. Meh tido dengan abang la” Adam dah tarik Q kedalam pelukan.

“abang tak nak gi takpe la, ayang gi sorang-sorang. Abang tido la” meh kita test tengok menjadi tak main ugut-ugut dengan Encik Adam Iskandar ni.

“10 minit k, abang tukar baju jap. Suka sangat ugut abang macam tu” Q dah tergelak suka. Sapa kata susah sangat nak gerak pak cik ni. Adam berlalu dengan muka tak puas hati.

*-*-*-*--*

“nek motor ronda-ronda nak tak yang?” usul Adam ketika duduk bersantai depan tv petang tu. Dah bosan duduk saja dalam rumah sejak semalam. Weekend macam ni je la peluang nak duduk berdua dengan Q. hari lain sama-sama sibuk dengan kerja.

“nek motor panas, kalau nek keta nak la”

“mana ada panas, dah redup tu. Jom la kita ronda kat Balik Pulau nak”

“jauh, dah tu jalan dia pulak bengkang-bengkok. Tak nak, nanti abang bawa laju, ayang pening nanti.esok dah la keje”

“mana ada laju, gi ronda mana boleh bawa laju-laju. Jom la” Adam pandang muka Q yang sedap je duk makan twistie “bersiap ye, lepas Asar kita keluar”. Bila dah keluar ayat tu, tau sangat dah memang tak boleh bantah. Takdenya Adam nak dengar cakap Q


Siap pinkan tudung, Adam dah berdiri ditengah pintu bilik. Dah tak sabar nak keluar la tu. Dari tadi lagi dah dengar bunyi enjin motor yang sengaja dipulas kuat-kuat.

“comeynya ayang abang ni, macam budak-budak sekolah dah abang tengok ayang pakai macam ni.” Q tunduk tengok baju dibadan, T-shirt tangan panjang hijau dengan jeans biru gelap.tudung maintain warna biru nila. Dah lama dia tak pakai macam ni, selalu kalau ke kilang memang pakai blouse dengan slack. Tapi bila kenang nak naik motor petang-petang ni, mesti angin kuat. Kalau pakai slack jenuh la kebas kaki.

“ada je, dah jom nanti lambat pulak” Adam sengih je.

Q pandang Adam yang dah sedia atas motor. Tengah fikir macam mana nak naik motor besar tu. Selalu naik dengan Haq, dia redah je “cepat la yang, duk baca doa apa lagi tu?”

“abang janji jangan bawa laju-laju” Q dah pandang muka Adam. Selagi lelaki tu tak mengaku memang dia tak nak naik.

“ye…..abang bawa slow” tutur Adam‘kat depan taman ni je. Masuk jalan besar nanti abang pecut’Adam sambung dalam hati. Mana boleh lepas peluang Q peluk dia. Trauma Q ni memang best bagi Adam. Sebab bila bawa laju je, Q peluk dia tak ingat dunia. Kadang-kadang sampai berbekas tangan Q dibadan.

Dengar janji Adam, Q panjat naik motor Adam. Mula-mula memang slow, syok je Q tengok kawasan taman tu. Lepas masuk jalan besar, Adam mula la tunjuk belang. Q pejam mata, mulut dah baca macam-macam doa. Memang sengaja la tu.

*-*-*-*--

Kepala yang berdenyut dari semalam membuatkan pergerakan Q pagi tu sedikit perlahan. Memang payah nak bergerak kalau dah macam duduk dalam roller coaster. Semua benda rasa berpusing je.

“kalau tak sihat tak payah la pergi kerja. Jap lagi kita ke klinik, amik mc” saran Adam pada Q yang berpaut pada meja solek untuk menapak ke bilik air. Q pandang muka Adam. Suka hati je suruh ambil cuti.

“keje ayang banyak lagi yang tak siap, esok dah nak meeting. Abang la ni, wat Q pening” Q dah serabut pikir janji dengan vendor yang nak jumpa dia hari ni.

“mana lagi penting? Kerja or kesihatan? Ke ayang nak abang ban ayang dari kerja terus? Duk rumah jaga makan minum abang jek, yang lain semua abang tanggung. Nak?” Adam dah masuk mood diktator.

“abang………”

“takde sesi rayuan kat sini, gi masuk, amik wuduk lepas tu kita jemaah. Lepas sarapan nanti abang bawak gi klinik”



Lepas sarapan Q sibuk nak kemaskan meja makan. Adam tekun dengan paper dia, tadi dia dah keluar belikan sarapan. Memang dia tak bagi Q masak“duduk diam-diam la yang, jatuh karang. Kejap lagi abang kemaskan semua”

“boleh lagi la, nak pergi kerja pun dah ok ni”

“tak payah nak tunjuk kuat. Abang takkan bagi ayang gi keje. Kalau apa-apa jadi kat ayang nanti, abang gak yang nyesal. Nak buat kerja kat worksyop pun tak senang nanti. Duk rumah je”

“sejak bila jadi hitler neh?”

“ayang ada dua pilihan jek, bersiap lepas tu kita ke klinik. Atau, abang bawa ayang masuk bilik, dan jangan harap ayang boleh keluar dari bilik kita sampai waktu kerja ayang habis. So nak yang mana?”

“ye lah, orang naik tukar baju. Kita gi klinik” suka sangat buat macam tu, semua nak paksa orang je. Adam senyum je tengok Q melangkah ke bilik. Adam ni bukan boleh percaya sangat, dibuat betul apa yang dia kata nanti haru je. Boring mampus kalau kena terperap dalam bilik je.


*--*-**-*-*

“singgah McD jap boleh?” soal Q ketika melalui highway, teringin pulak bila nampak huruf M yang tinggi tu.

“nak beli apa?”

“nak fillet O fish ”

“bukan selalu tak suka ke burger ikan”

“teringin la. Ni nak singgah ke tak. Q bayar sendiri la, tak minta duit abang”

“alla hai, sejak bila sensetif sangat ni? Abang tak kata apa pun. Lapar sangat ke? Abang ingat balik dari klinik baru nak singgah makan tengahhari kat situ.”

“beli drive thru la dulu. Tengahhari kang kita mai la makan len. Boleh ye, abang sayang Q kan”

“tak sayang pun kena singgah jugak la, nanti Q merajuk penat abang nak pujuk”

“mana ada Q merajuk”

“sebab takde la, abang nak elakkan. Abang ni tak pandai nak memujuk”



Q gigit burger penuh selera. Adam pandang gelagat Q. pelik pulak bila Q suka makan burger ikan. Selalu Q layan daging dengan ayam je. Yang ikan tolak tepi je.

“jom, sampai dah”

“ayang rasa dah sihat la, tak yah gi la”

“takdenya, turun cepat. Ke nak abang dukung masuk?” ugut Adam. Q keluar dengan muka tak rela. Suka sangat wat macam tu.

Sampai dikaunter pendaftaran, Q baru sedar yang purse dia tertinggal dalam kereta. Nak suruh Adam gi ambilkan, mesti bising Adam cari nanti, sebab dia sendiri tak ingat kat mana dia letak.

“abang,kunci jap. Q tertinggal purse dalam kereta”

“takpe, abang gi ambil. Ayang duduk sini”

“nanti bising pulak cari tak jumpa”

“abang gi ambil.Q duduk je kat sini”

10 minit kemudia Adam beriringan masuk dengan seseorang. Q dah rasa semacam bila dia perasan yang lelaki yang tengah berbual dengan Adam tu, Hisham. Macammana pulak diaorang boleh kenal?

“ni wife saya, Qasedah”

“ni wife you Is? Kecilnya dunia ni” Adam yang tak tahu apa-apa hanya mengiakan. Pelik dengan ayat Hisham. “I minta diri dulu.take care k”

“Q kenal Sham ke?”

“that Hisyam – my staff, my ex-boy and also my black history.macam mana abang kenal dia?”

“dia selalu hantar kereta kat worksyop.” Kemudian masing-masing diam, memang tak nak ungkit pun cerita pasal orang yang hidup mereka susah.



Petang tu Q berbaring santai membaca novel diruang tamu. Adam yang asyik dengan PS didepan TV tak bergerak. Disebabkan Q dapat MC, sekali dengan Adam tak ke worksyop.
Bunyi telefon membuatkan Q angkat muka. Memandang Adam yang asyik, macam tak dengar je bunyi phone.

“abang, phone abang bunyi tu”

“Q jawabkan, abang tengah bz ni” Q mencapai handphone, nama SAfuan yang tertera. Tak sempat nak cakap terdengar suara Safuan kalut.

“bos, ada enjin terbakar la. Ajet pun tak tau nak buat apa. Mai worksyop sat boleh dak?”

“Wan, kejap ye Q panggilkan Adam” tersekat-sekat suara Q. hairan sangat bila Safuan panggil Adam ‘bos’.

“abang…wan nak cakap ni” terus Q bagi handphone pada Adam. Sekejap je Adam bercakap. Dia dah bangun ke bilik cari t-shirt.

“Q tolong offkan PS tu. Abang nak gi worksyop jap, Q nak ikut ke duduk dirumah?”

“Q ikut la. Bosan pulak duduk saja dirumah”


Tong pemadam api masih ditengah bengkel. Bau minyak pun masih kuat. Adam menghampiri Mahathir yang asyik memeriksa enjin yang dah hitam tu. Entah apa yang dibualkan, jelasnya Adam terangguk-angguk dengar penerangan Ajet. Tenang je muka Adam.

“kak, jom keluar minum nak?” Mila yang tadi tekun menulis invois dah terpacak di depan Q.

“jom,….. tapi Mila kena la gi cakap dekat abang Adam. Nanti bising pulak dia” Q mengarah pandangan Adam yang masih berbincang dengan Mahathir.

“ok set” cepat je Mila dah kembali disisi Q. “abang Am suruh belikan air”

*-*-*-*-*

Masuk kerja pagi tu memang tak banyak urusan. Santai je Q duk explore internet. Bahagia pulak bila dapat peluang macam ni. Anak-anak buah yang lain semua dah masuk production. Ada kerja gamaknya.

“seronok ye kawin dengan orang kaya. Pandai awak cari” Q angkat muka dari skrin laptop. Hisyam dah berdiri didepan meja. Apasal la dia ni?

“awak ni kenapa? Ada lagi yang tak puas hati?”

“tak sangka awak wife Is. Sanggup ye dia terima awak padahal dia boleh dapat yang lebih baik lagi dengan status dia tu” Q dah tercengang-cengang. Apa maksud Hisyam? Status mende?

“jangan berlakon la Q. Is tukan anak owner company bus yang terbesar tu. Owner big worksyop. Patut la dia sanggup tinggal worksyop kat KL, join branch sini. Sebab awak rupanya. Ubat apa awak bagi kat dia ye?”

ok… ayat Hisyam tu memang pelik. Sejak bila bapa mertua aku ada company bas? Dan yang penting sekali, bengkel tu Adam punya? Biar betul?

“awak nak apa masuk sini?” soal Q, memang dia dah tak boleh nak fikir.

“hantar mc” selambe je Hisyam menjawab.

“dah hantarkan….awak boleh pi sambung kerja. Company tak bayar awak untuk menghina orang kat sini” Hisyam tersengih je.

Langkah Hisyam dipandang hingga hilang disebalik pintu. Kepala dah pening. Terus Q capai apple.

“abang ada mana?”

“worksyop la, kat mana lagi yang oi”

“abang balik awaikan hari ni?”

“macam biasa la, kalau tak banyak kereta cepat la bang balik. Nape ni? Rindu kat abang ke?”

“k lah, jumpa abang kat rumah nanti” dah takde hati nak bergurau senda dah. Duk menghitung jarum jam je ni.

Waktu maghrib dah lama masuk. Dah nak menginjak ke Isyak pun. Adam tak sampai rumah lagi. Q dah terpaku kat depan tv. Padahal dia tak tau pun gambar apa yang duk tayang. Kepala duk ingat kat Adam je.

Pukul 10 baru la dengar enjin motor berhenti di depan rumah. Q dah bangun membuka pintu. Boleh hilang sabar tunggu Encik Adam Iskandar ni balik rumah. Sibuk sungguh.

“hai sayang, tunggu abang ke?” Adam dah tersengih.

“dah makan?”

“belum. Tak sempat tadi”

“dah solat?”

“itu pun belum. Abang masuk mandi dulu, lepas solat nanti kita makan ye”


Lepas Adam masuk ke bilik air, Q dah duduk dibirai katil. Memang tak senang hati selagi tak dapat kepastian dari Adam.

“aik, tak tengok tv ke?selalu takde pun nak teman abang kat dalam bilik” ujar Adam yang baru keluar.

“tak, Q nak tunggu abang kat sini. Abang solat la dulu”

15 minit kemudian, Adam dah melipat sejadah. Dia turut berbaring disebelah Q di atas katil. Tersenyum melihat mata Q yang dah merah. Mengantuk la tu.

“dah ngantuk ye yang? Sapa nak temankan abang makan ni?”

“Q nak tanya sikit boleh?”

“sejak bila kena minta permission kalau nak tanya abang ni? Selalu main redah je”

“siapa Encik Adam Iskandar sebelah Q ni?”

“aik? Dah tak kenal husband sendiri ke?”

“Q kenal Adam, suami Q. tapi Q tak kenal Adam Iskandar bin Abdul Rahman tu. Abang ada apa-apa nak bagitau Q?”

“kenapa ni yang? Pelik sangat bercakap dengan abang malam ni”

“ada tak bang?”

“kenapa ni? Q nak tau pasai apa? Abang tak faham la, cuba Q terangkan kat abang”

“that guy cakap Q guna-gunakan abang bagi sukakan Q sebab abang ni anak orang kaya…..abang ada apa-apa nak bagitau Q? betul abang anak orang kaya?” Q pandang muka Adam.

“so dah sedia nak kenal dengan husband Q ni?”

“Q nak dengar…..”

“sebenarnya….worksyop tu abang punya, tapi sini branch je. Main kat KL, dekat dengan office Q dulu. Papa yang tolong tengokkan kat sana. Abang takde niat pun nak sorokkan dari Q sebab abang rasa benda ni tak la penting sangat. Tapi kalau Q nak tau, memang abang takkan selindung. Lagi abang suka. Cuma sebelum kita kawin lagi Q memang tak minat langsung nak ambil tau pasai abang so abang diamkan aje la.Lagi nak tau pasai apa?”

“mama dengan papa?”

“papa ada company bus express, yang kita naik hari tu bas papa la”

“abang sayang bengkel abang?”

“tu minat abang….tapi yang kat sebelah abang ni nyawa abang….lagi abang sayang”

“Q macam ta percaya lak…rasa pelik sangat dengan semua ni. Rasa makin tak layak duduk sebelah abang”

“Q dah terlebih layak….jangan fikir lagi..dah janji kan dengan abang yang Q nak lupakan semua tu. Lagipun, Puan Insiyur memang layak dapat semua ni.”

“entah la bang.Q tak tau nak kata apa”

“tak payah kata apa la. Jom temankan abang makan, lapar ni lama sangat kena soal jawab”

“abang……..sorry ye buat tak tau kat abang dulu” Q dah peluk badan Adam yang berdiri.

“takde apa la yang….asalkan sekarang Q sayang abang. Dan yang paling penting sekali, jangan dengar cakap orang ye….tanya je terus kat abang”

“Q sayang abang”

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....