CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 23, 2011

~MatAHari malaM - 13~

Adi yang berdiri didepan pintu rumah dipandang tak berkelip. Nak ke mana pulak anak bujangnya awal-awal pagi ni. Dengan beg lagi. Langkah diatur ke arah Adi yang memandang ke luar. Rasanya tak ada pulak dia tandatangan apa-apa borang kebenaran dari pihak sekolah untuk ke mana-mana lawatan sambil belajar yang best tu.
“Tengok apa tu?” Shahira turut menjengah, mengikut pandangan Adi. Mencari apa yang menarik minat Adi sampai tak menghiraukannya dia yang berdiri disisi.
“Tok Ma dengan atuk la, lambat pulak. Janji pukul 7. ni dah 7.15 tak sampai lagi. Takkan sesat kot”
“Adi nak ke mana ni? Tak cakap dekat ibu pun”
“Ayah tak cakap dekat ibu ke?” soal Adi dengan muka kerek. Macam pelik je ibu tak tau ke mana dia nak pergi. Kan ayah dah janji nak tolong pujuk Ibu bagi dia ikut Atuk dengan Tok Mi balik kampung.
“Cakap apa?”
“tok ma dengan atuk nak bawa Adi balik kampung”
“tak ada pun”
“Ayah ni memang la, pelupa tak habis-habis. Nasib baik ayah tak lupa dekat kita masa ayah kerja dulu. Ibu, boleh ye Adi ikut Tok mi ngan atuk. Please” rayu Adi dengan muka sayu. Mana boleh rosakkan planning ayah, nanti tak dapat pulak kapal terbang remote yang dia tengok dekat Tesco tu. Ayah dah janji, kalau Adi ikut atuk dengan tok ma baru ayah belikan dia mainan tu. Nak minta dengan ibu, jangan haraplah sebab harga benda tu selalu lebih dari limit yang ibu bagi.
“yelah” Dengan mudah Shahira memberi pelepasan. Faham yang Adi pun teringin nak merasa ada kampung macam kawan-kawan yang lain.
Adi dah tersengih. Sayang ibu lebih la macam ni, sporting sungguh. Tak payah nak pujuk teruk-teruk dah dapat green light.
“Jangan nakal. Kesian tok ma dengan atuk dah tak larat nak kejar Adi. Behave tau”
“Okey, ibu jangan risaulah. Adikan dah besar mestilah kena behave. Nanti nak jaga adik pulak”
Shahira dah merah muka bila Adi sebut adik. Ni siapa yang mengajar benda bukan-bukan dekat budak kecik ni. Tak lain, tak bukan mesti kerja Iqmal. Melampau sungguh. Baru sehari duduk sini dah mula racun pemikiran anak sendiri.
“Ha, tu atuk dah sampai” Adi dah bersorak melihat kereta atuknya berhenti diluar pagar.
“Ma, abah. Apa khabar?” soal Shahira perlahan. Tunduk mencium tangan kedua mertuanya.
“baik. Shira sihat?”
“Sihat bah”
“Mana Mal?” soal Puan Sakinah bila Shira je yang menemani Adi. Padahal semalam Iqmal yang beria-ia minta dia bawa Adi ke mana-mana. Merayu-rayu supaya menolong dia memujuk Shahira.
“Ayah ada kat dalam. Tidur kot. Tadi sibuk kacau Adi pack baju” jawab Adi cepat.
“Kalau macam tu, jom kita bertolak. Nanti lewat sampai tak best pulak”
“okey. Adi pergi dulu Ibu. Bye”
Shahira menghantar mereka hingga ke kereta, memerhati sampai bayang hilang dari pandangan baru dia melangkah ke dalam rumah. Sudah terasa sunyi walaupun baru lima minit Adi hilang dari pandangan. Haru sungguh.


“Mak Jah nak ke mana?” soal Shahira pada Mak Jah yang sudah siap mengenakan tudung kepala. Apsal semua orang nak keluar ni. Takkan nak tinggal dia sorang-sorang dengan mamat gatal tu. Matilah.
“Datin Munirah buat kenduri cukur jambul cucu dia hari ni. Dia jemput Mak Jah. Kenapa?”
“Ikut boleh?”
“Sejak bila suka pergi majlis macam tu? Bukan selalu kalau cuti Shira suka duduk memasak dirumah? Buat kuih untuk adik-adik”
“Hari ni macam malas pulak. Boleh ye Shira ikut Mak Jah”
“Bukan Mak Jah tak bagi Shira ikut, tapi memang Datin tak jemput Shira pun. Takkan nak pergi jugak” jawab Mak Jah tanpa rasa bersalah walaupun dia Cuma berbohong. Padahal Datin tu jemput mereka seisi keluarga. Tapi disebabkan nak menolong Iqmal tu terpaksa dia cakap macam tu. Pandai-pandailah Iqmal rebut peluang tinggal berdua ni.
“Alah…. Bosan la. Semua orang nak tinggal Shira. Adi awal lagi dah ikut nenek dengan atuk dia. Ni Mak Jah pulak. Tak kesian dekat Shira ke?”
“Tinggal sorang-sorang apanya. Yang ada dalam bilik tu bukan orang ke?” soal Mak Jah membuatkan Shahira terdiam. Sejak bila mulut Mak Jah makin berbisa ni. Semua nak kenakan dia je.
“Nak Shira hantarkan ke?” masih mencuba peluang untuk mengelak berduaan dengan lelaki itu dirumah. Sanggup je hantarkan Mak Jah.
“Tak payah, kejap lagi Cik Zai nak singgah. Mak Jah tumpang dia.”
“Yelah, lambat ke balik?”
“Tak tentu lagi, kenapa?”
“Nak ajak pergi beli barang dapur la. Dah kosong fridge tu Shira tengok. Esok Mak Jah jugak yang bising tak ada barang nak masak”
“Ajak Mal la, boleh jugak dia tolong angkatkan barang”
“Malas lah, esok je kita pergi”
“Ada pulak macam tu, pergi ajelah dengan Mal. Kan dah boleh selesaikan hari ni. Esok boleh buat benda lain”
“Tengoklah” jawab Shahira malas.
“Mak Jah pergi dulu. Duduk elok-elok, jangan duk ajak bertumbuk pulak dengan Mal. Ingat sikit siapa dia dengan Shira.”
“Yelah. Kuat membebel la Mak Jah ni”
“Mak Jah ingatkan aje. Nanti takut ada yang masuk wad pulak”
“Tahulah”
“Mak Jah pergi dulu. Assalamualaikum”


“Adi mana?” soal Iqmal pada Shahira yang menonton TV. Dia yang baru sudah mandi memandang ruang yang kosong. Sunyi pulak bila anak manjanya tiada dirumah.
“Tak tau ke buat-buat tak tau ke mana anak pergi”
“Abah dah datang ambil Adi ke? Sorry, abang lupa nak cakap dekat Shira tadi.”
“Benda macam tu pun boleh lupa?”
“Bukan orang lain pun, mama dengan abah yang ambilkan. Mak Jah mana?” soal Iqmal. Padahal sudah tahu ke mana menghilang semua orang dalam rumah ni. Bertanya sekadar untuk mencantikan lakonan.
“Keluar.”
“So apa plan hari ni?”
“plan apa?”
“Yelah, takkan nak duduk dirumah je sepanjang hari. Abang tak kisah. Mana-mana pun ok je, takut Shira la bosan”
“Takde plan. Awak pergi la buat kerja awak. Jangan kacau saya”
“Abang mana ada kerja hari ni. Nak duduk lepak dengan Shira je”
Shahira buat pekak, mata difokuskan pada kaca tv. Biar Iqmal cakap sorang-sorang, mesti lama-lama dia bosan.
“Keluar jom, abang nak beli barang sikit” ajak Iqmal bila bicaranya tidak dilayan Shahira.
“Pergi ajelah, kenapa pulak nak kena teman-teman ni”
“Abang ada wife, mesti la nak keluar dengan wife abang. Buat apa nak jalan sorang-sorang”
“Malas”
“Ada abang kisah. Pukul 11 nanti kita keluar” Terus Iqmal berlalu ke luar rumah. Nak basuh kereta yang dah macam kena curah lumpur.

Monday, August 22, 2011

info

Salam n selamat hari raya in advance...

HUHUHUHHUUUHUUU.....
Sha dah confiuskan semua reader ke???/
pada seseiapa yg nak beli e-novel kau ilhamku...
korang boleh je masukkan duit ikut cara yg paling senang bg korang...
tak kisah la nak transfer akaun ke....bank in ke....
as long as.. duit masuk dlm perut anak rimau ni...
lepas tu notify kat email sha....
bila sha dh dpt korang punya mail...
sha akan emailkan e-novel tu....
senang je...
korang jgan susah hati ok....
bg yg guna bank selain anak rimau ni....sorry ye nyusahkan korang....

buat yg dh dpt n baca....
komen n pendapat pembaca budiman adalah sangat dihargai.....
boleh ye... feedback kat blog sha.....
br semangat skit nak buat cerita baru......


thanksssssssssssss

with love.....
fisha

Sunday, August 21, 2011

Kau Ilhamku

Buat semua kawan-kawan,

Pada yang berminat nak beli E-novel ~Kau Ilhamku~:
HArga :RM10.00 (Sorry Kalu Mahal sebab ni amount yg paling rendah nak bank in)
Page : 300++
Bank : Maybank
Acc # : 157112053466 (Nafishah Sulaiman)
Cara2nya : Sila Bank in duit dlm anak rimau tu lepas tu just email bg tau time bila masukkan duit.... tak pyh nk scan2 bhan bukti bagai...leceh..bila sha dpt email & confirm duit dh masuk....sha akan email PDF file dekat korang....

those yg berminat.... email sha yeeeee....
spinwhel@gmail.com
pada yg ada niat nk membeli... terima kasih daun keladi yeeeee


best regards,
nafishah @ fisha

Saturday, August 20, 2011

feedback.....

hasil dr survey....
ada beberapa reader yg baik tlh meng'komen' :

mcm pelik lak nak compile ngan orgnya citekan....
so kena compile ngan cite sendiri je la...
tp my e-novel bukan byk pun...
ada dua tiga jewwwww...
ada ke org nak beli.....

dr kak Halijah...
dia tya apasal tak antar kt mana2 publisher....
pernah antar 1....if korang perasan 'kau ilhamku' smpai sekrang xde smbgan...
sbnarnya, dah anta tp xde feedback...
maybe dh byak yng antar kot....

so ada sesapa berminat nak bc full version of kau ilhamku.....
dlam 300++ pages, sha nak release as PDF file...(rugi lak klu printed, boleh meningkatkan global warming...byk sgt kertas kena guna)
so any suggestion...brapa yag perlu dibayar?
tak reti nk letak price...
bg cdgan yg senangkan both side...
and please jgn ckp nk byr guna topup...
sha xtau nak buat apa top up byk2....


so.....let me know....
klu ada yg berminat...
dan sperti biasa my email....
spinwhel@gmail.com

seee yaaaaaaaa

Friday, August 19, 2011

survey......

untuk yang rajin singgah ke sini...

sorry masih belum ada update utk ~Dia~ @ ~Matahari MalAm~...
tuan tanah masih di awang-awangan....

lets straight to the point....
if anda diberi pilihan....
nak tak miliki e-novel yg anda baca di blog dlm bentuk printed?
sanggup tak beli cerita budak-budak yg suka menulis dan sealiran dgn kepala korang semua....
fisha ada cadangan nak compile beberapa buah e-novel dan dijadikan buku mcm Jemari seni selalu buat tu.....
tp kita compile byk ckit....dlm 5 buah cerita dlm satu buku.....

please.....
1- bg pendapat korang semua.... ada tak yg sanggup beli?
2- cerita apa & dr blog sapa
3- bank yg paling byk skali reader ada...

feed back ok....
tetiba rasa nak jadi businesswoman plak....
hehhehehhehe
those yg nk tau detail....
email me.....spinwhel@gmail.com...

seeee yaaaaaaaa.....

Monday, August 15, 2011

~maTAhARI mAlaM- 12~

“Awak nak apa lagi? Kalau awak nak jumpa dengan Adi silakan, saya tak halang. Apa lagi yang tak kena?” marah Shahira bila tangannya ditarik oleh Iqmal sebelum sempat masuk ke dalam rumah. Alasan apa nak bagi kalau lelaki ini menariknya, bukan muhrim? Mau kena gelak kalau cakap macam tu. Entah sejak bila lelaki itu menjadi penunggu depan rumah dia. Orang penat baru balik kerja dia pulak boleh nak ajak buat drama depan gate ni. Letih ok! Dan dia tak minat publisiti murahan ni.
“Shira, abang nak minta maaf” tutur Iqmal perlahan. Memandang sayu ke wajah Shahira yang selamba. Muka tak ada hati nak layan dia yang sedang bersusah payah meminta maaf ni.
“Awak ada buat salah ke dekat saya sampai nak kena minta maaf ni?” soal Shahira pelik. Otak bila dah letih memang kurang berfungsi dengan baik. Tiba-tiba pulak nak minta maaf.
“Shira, please. Janganlah macam ni, tak kesian dekat Adi?” pancing Iqmal pulak. Mana tau dengan guna nama anaknya Shahira boleh berlembut sikit.
“Kenapa dengan Adi, apa yang kurang?”
“Dia kurang keluarga yang lengkap, sayang. Sampai bila dia nak kena ulang alik rumah sini dengan rumah mama?”
“Rasanya dia tak ada apa-apa masalah. Seronok je berulang alik hari-hari. Macam-macam dia boleh belajar. Banyak je cerita bila balik sini, saya tak nampak apa-apa masalah pun”
Iqmal pandang muka Shahira. Geram pulak rasanya bila melihat mulut comel itu menjawab segala tuturnya. Nanti ada jugak yang kena cium dekat depan rumah ni.
“Apa pandang-pandang?” soal Shahira bila perasan yang mata Iqmal tepat pada wajahnya. Seram! Kalau dah nama lelaki tu memang tak boleh nak dipisahkan dengan perangai miang.
“Geram betul abang tengok mulut comel Shira tu menjawab. Rasa macam nak cium-cium” Jawab Iqmal jujur. Dah sakit hati asyik dia je yang kena. Semua dia cakap ada saja jawapan dari Shahira.
“Dah orang ada mulut, mesti la menjawab. Takkan nak iyakan saja apa yang awak cakap?” jawab dia tanpa rasa bersalah.
“Kadang-kadang abang rindu dengan baby yang abang tinggal dulu. Baby yang sentiasa ia kan segala cakap abang, yang tak pernah membantah walau sekalipun. Walaupun saat abang tinggalkan dia. Yang sayang abang sepenuh hati” perlahan tutur Iqmal, kembali bersandar pada pagar. Merenung sayu muka Shahira.
Bergenang tubir mata Shahira bila mendengar perkataan ‘baby’ dari mulut Iqmal. Lama panggilan manja itu hilang dari pendengarannya. Lama sudah dia buang kenangan itu dari minda.
‘Baby awak dah besar El, dah jadi perempuan yang terpaksa tabah untuk terus hidup bila awak tinggalkan dia.’ Tutur Shahira dalam hati.
“Awak nak apa lagi El?. Tak cukup lagi ke dengan apa yang saya lalui dulu? Tak puas lagi hati awak nak siksa hidup saya?”
El! Hanya Shahira yang memanggilnya dengan nama itu. Nama yang hanya dikhususkan buat buah hatinya. Lama dia tak mendengar panggilan itu.
“Apa yang perlu abang buat untuk dapatkan balik baby abang?”
Shahira hanya membisu mendengar soalan Iqmal. Sungguh dia tidak ada jawapan untuk soalan itu. Adakah penawar untuk hati yang luka?
“Abang ingat nak pindah duduk sinilah. Dah penat nak berulang alik dengan Adi.” Selamba Iqmal menutur bila Shahira masih membisu. Dah kering idea nak memujuk Shahira sebenarnya. Membuatkan Shahira memandang tajam pada wajahnya.
“Suka hati awak je. Siapa yang ajak awak tinggal sini?” muka Shahira sudah mula memerah. Geram dengan gelagat lelaki itu. Semua nak buat keputusan sendiri.
“Eh, inikan rumah wife abang memang patut pun abang tinggal sini. Don’t worry, abang bayarkan hutang rumah untuk Shira. Everthing on me now. Baby Cuma duduk je, yang lain abang uruskan”
“Ya Allah, sejak bila awak jadi tak malu sangat ni? Please la, pergi balik rumah awak sendiri, tak payah nak menyemak dekat sini”
“Sejak Shira dah pandai buat tak pandang dekat abang” muka merah Shahira dipandang penuh kasih. “Abang nak kita bina balik apa yang pernah kita ada dulu. Jadi perkara pertama mestilah kena duduk sekali, baru nampak keluarga bahagia”
“Malas nak layan awak”
Shahira melangkah ke dalam rumah. Membiarkan saja Iqmal mengekori langkahnya. Kalau dilarang pun, buat penat je. Lelaki sorang ni dah tak faham bahasa. Tapi yang paling meresahkan kalau Iqmal nak tinggal disini, dekat mana lelaki tu nak tidur. Rumah ni Cuma ada tiga bilik. Satu untuk dia, satu bilik Mak Jah dan yang satu lagi untuk Adi. Boleh tak kalau biar dia tidur dekat ruang tamu je? Seram nak kongsi bilik dengan lelaki miang tu.
“Adi mana?” soal Iqmal bila melangkah ke dalam rumah, sunyi saja.
“Entah. Ikut Mak Jah agaknya” jawab Shahira bersahaja, kesian pulak nak biarkan Iqmal bercakap sorang-sorang. Dia terus melangkah ke dalam bilik. Nak mandi. Kalau terus duduk nanti, makin malas pula nak bergerak. Silap-silap boleh terbabas solat Asar.
“Entah?” Iqmal turut mengikut langkah Shahira. Tak puas hati betul dengan jawapan Shahira. Tak risau langsung anak tak ada dirumah.
“ni apa hal ikut orang masuk ni. Saya nak mandilah. Pergilah duduk luar”
“mandilah, yang bagi tau ni kenapa? Nak ajak abang mandi sekali ke?” Iqmal tayang muka gatal. Dia duduk dibirai katil, memandang keadaan bilik yang kemas dan simple.
Shahira memandang geram pada Iqmal. Orang cakap semua dia buat main. Ada jugak yang cepuk dekat sini kejap lagi. Suka hati buat bilik orang macam bilik dia.
“mestilah kena bagitau sebab awak dah ikut sampai dalam bilik ni kenapa?”
“Yelah, abang pun nak mandi, Asar belum lagi ni. Takkan nak pergi duduk bilik Adi kot. Buat malu je dekat Adi”
Dalam terpaksa dihulurkan juga tuala pada Iqmal. Takkan nak biarkan lelaki itu tak sembahyang hanya kerana dia marahkan Iqmal.
“Nah, pergi mandi. Tapi dekat rumah ni memang tak ada kain untuk awak. Pandai-pandailah awak nak solat”
“Thanks sayang”
Bila tubuh Iqmal hilang ke dalam bilik air, Shahira mencapai baju dan tuala. Dia nak menumpang mandi di bilik Adi. Lagi selamat. Suka hatilah apa pakcik tu nak buat. Sejadah dah dibentangkan menghadap kiblat, jadi lepas ni dia dah tak payah nak layan kerenah Iqmal.


“Ibu, ayah ada sini ke?” soal Adi bila melangkah ke dapur. Memandang Shahira yang sedang menyapu sampah. Masih menanti jawapan bila Shahira tekun dengan kerjanya. Langsung tak memandang kepadanya.
“Ibu….” Panggil Adi lebih kuat.
“Ha?”
“Tu, Adi nampak kereta ayah dekat luar. Ayah ada sini ke?” ulang Adi lagi. Geram bila Shahira tak mendengar soalannya.
“Ada kat dalam bilik, tengah solat agaknya”
“Iye? Adi masuk dalam ye, nak jumpa dengan ayah” laju Adi berlari ke arah bilik utama. Tak sabar untuk berjumpa dengan ayahnya. Banyak hari dah tak sempat jumpa dengan Iqmal sebab lelaki itu makin sibuk sekarang. Dah bertimbun cerita yang perlu dikongsi dengan Iqmal. Takut ada yang terlupa nanti.
“Ayah….” Jerit Adi riang.
Adi membuka pintu bila tidak mendengar suara menyahut. Melihat Iqmal yang lena diatas katil, dia turut melangkah sama. Membaringkan diri disebelah Iqmal yang tidak terjaga dengan suara riuhnya.
“Ayah…..”
“Ye sayang… Adi dah balik?” soal Iqmal perlahan bila nampak wajah comel Adi disisinya.
“Baru je. Ayah duduk sini ke? Ibu bagi?”
“Adi dah solat?”
“Dah”
“good boy”
“Ayah dah pindah duduk sini ke? Ibu dah bagi ke?” soal Adi kembali bila Iqmal tak menjawab soalannya tadi.
“Adi suka ayah pindah duduk sini?”
“Sukaaaaaaaa”
“So, ayah pindah la. Esok kita pergi balik rumah Tok Ma ambil barang-barang ayah ye”
“Okey….”
Iqmal memeluk tubuh Adi. Tenang melihat wajah anaknya petang ini. Dan dia mengharapkan keadaan ini berterusan hidupnya. Hidup dikelilingi insan-insan yang disayangi.
Matanya makin memberat, ditambah dengan nyaman pendingin hawa dan bau Shahira yang melekat pada bantal membuatkan dia ingin terus berada dalam lena. Indahnya.


Suasana sunyi membuatkan Shahira melangkah ke arah bilik. Hairan bila Adi tidak ada diruang tamu seperti kebiasaan. Apa saja yang dibuat dua beranak tu di dalam bilik. Selalunya, masa begini Adi dah terpaku didepan Tv.
Langkah di atur menuju ke bilik sendiri. Tiada bunyi yang kedengaran dari luar. Perlahan daun pintu dibuka. Tersentuh hati melihat Adi dalam dakapan Iqmal. Nyenyak sekali keduanya walaupun hari sudah menginjak ke maghrib.
“Apa yang dijenguk tu?” Soal Mak Jah yang baru melangkah ke dalam rumah. Entah dari mana, tiba-tiba muncul dibelakangnya.
“Emmmm”
“Oh, tengok bapak dengan anak tidur rupanya.” Selamba Mak Jah berbicara bila menjengah ke dalam bilik selepas mendengar jawapan Shahira. Apa yang payah benar nak jawab.
“Tak rasa nak pergi menumpang sekaki?” provok Mak Jah membuatkan Shahira kembali melangkah ke dapur. Malas nak layan orang yang suka menyakat dia sekarang. Pantang silap sikit sakit la kena dengar. Memasak lagi baik, lepas ni ada dua orang lelaki yang nak makan.

“Pergilah kejutan Mal dengan Adi tu, orang dah azan. Tinggalkan je semua ni dekat Mak Jah” Senduk ditangan Shahira sudah ditarik oleh Mak Jah. Menolak Shahira ke tepi.
“Mak Jah ajelah yang kejutkan” tolak Shahira. Segan lah nak kejutkan orang tu. Kekok beanr nak buat rutin yang terlalu lama ditinggalkan.
“Sejak bila Mak Jah yang kena gerak suami kamu tu. Itu bukan suami Mak Jah, kamu la yang kejutkan”
“Mak Jah”
“Pergi ajelah. Nanti terlepas maghrib pulak”
“Mak Jah…” Shahira tayang muka comel. Berharap Mak Jah akan membantu.
“Tak adanya. Pergi cepat. Kesian dekat Adi nanti kelam kabut nak pergi mengaji pulak”
Dalam terpaksa Shahira melangkah juga. Menolak perlahan daun pintu, menghayun berat langkah menghampiri katil.
“Adi…. Bangun sayang. Dah maghrib ni”
“Adi…” panggil Shahira bila Adi masih nyenyak.
“Hai sayang” tegur Iqmal bila membuka mata. Senyum manis terukir buat isteri tersayang.
“dah nak maghrib. Kejutkan Adi sekali, nanti lewat pulak nak pergi mengaji” arah Shahira tanpa memandang Iqmal. Segan. Dia laju melangkah keluar. Pandai-pandailah Iqmal nak bangun dan bersiap.

Friday, August 12, 2011

~dIA- 16~


Sampai depan rumah mertua tersayang, Puan Suraya sudah menanti. Senyum lebar sudah terpamer diwajah. Gembira bila orang yang dinanti sudah sampai.
“Mama, apa khabar?” Athirah sudah tenggelam dalam pelukan Puan Suraya. Rindunya dengan mama.
“Baik sayang. Rindu sungguh mama dengan menantu mama ni. Payah benar nak jumpa sejak kahwin ni. Entah apa yang disibukkan”
“sorry mama. Ira sibuk sikit sejak bulan lepas. Nak exam hujung bulan ni. Lepas ni Ira janji akan spend time untuk mama saja. Hari-hari duduk dengan mama”
“Iyalah tu, mahunya cik abang Ira tu muncung kalau hari-hari dengan mama. Dari mana ni?”
“Rumah” Fikri dah tolong jawabkan. Rasa macam dia pulak menantu bila tak dipedulikan. Puan Suraya lagi teruja berjumpa dengan Athirah dari dia.
“Bukan keluar ke? Lambat betul nak sampai rumah mama. Macam jauh sangat gayanya. Mama ingat dah selamat pergi dating tadi, tu pasal tak datang sini”
“Ada orang lambat balik ma. Jam kat rumah bateri habis kot, itu yang lambat nak sampai”
“pandai ye mengata abang. Tadi tak cakap apa pun. Tanya pun tidak. Ini depan mama baru nak bercakap. Padahal dia pun sama, tidur sampai tak sedar dunia”
“Kalau Ira tak tanya pun, abang mesti cakap jugakkan. So, tak payah tanya la” balas Athirah bila Fikri mula nak mengungkit pasal dia tidur tadi, malulah kalau mama tahu dia bangun lambat tadi.
“Sudah-sudah, tak payah nak bergaduh dekat ni. Jom masuk, kita makan tengahhari” Puan Suraya menarik tangan Athirah ke dapur. Fikri turut sama mengekor.
“Makan lagi? Perut Angah dah penuh dah ni” Bebel Fikri bila tengok hidangan yang penuh meja tapi dia dah tak boleh nak makan.
“Kalau abang dah kenyang, tak payah makan. Biar Ira makan dengan mama je”
“Amboi sampai hatinya nak makan dengan mama je.”
“Yelah, abangkan dah kenyang. Nak masukkan makanan kat mana lagi?”
“Yelah, Ira makan dengan mama, abang nak berehat kejap” langkah Fikri meninggalkan dapur hanya dipandang oleh Athirah dan Puan Suraya. Memang tak ada niat nak menghalang langsung. Lagi seronok nak berbual dengan Puan Suraya bila Fikri tak ada.


“Macammana? Dah boleh terima Fik?” soal Puan Suraya. Athirah yang menyuap nasi ke mulut hanya tersenyum. Tak tahu macam mana nak jawab. Dia sendiri kurang pasti dengan hubungan mereka berdua. Rasa macam ok tapi setakat boleh sembang ajelah. Nak lebih-lebih memang dia tak berani. Kan dalam kepala Fikri tu dia ni budak jahat.
“Takkan senyum je? Bukannya mama faham makna senyum tu. Ceceita…” Puan Suraya dah buat gaya Usup dengan Abi Hurairah.
“Kita orang ok je setakat ni. Takde lagi nak ishtihar perang ke apa. Aman damai lagi”
“Nak kena Ira ni, mama cakap betul-betul Ira buat main-main pulak. Tapi mama rasa ok kot sebab dah boleh pindah ke sana tu”
“Oh, bab pindah tu sebab kena paksa. Abah dengan abang memang dah buat pakatan nak halau Ira dari rumah tu, mana ada pilihan lain”
“Ada pulak cakap macam tu”
“Betul”
“Taklah, Ira je yang rasa macam tu. Padahal Angah memang dari mula lagi nak ajak Ira duduk sana, Cuma dia malu je nak cakap”
Tergelak dengar tutur Puan Suraya. Fikri malu? Dia salah dengar ke apa. Sejak bila mamat tak reti malu sejak jadi suami dia tu jadi pemalu?
“Ira dah cintakan anak mama tu?” perlahan Puan Suraya bertanya, membuatkan Athirah menghentikan tawa. Dah jatuh cintakah dia pada lelaki itu?
Memang tak dinafikan, Fikri memang seorang yang baik dan bertanggungjawab. Tak pernah lagi dia rasa terabai dari perhatian Fikri. Tapi untuk jatuh cinta tu rasanya dia perlukan lebih banyak masa. Sudahnya, hanya senyum manis diukir untuk tatapan Puan Suraya.
“Mama ikut kitaorang pergi rumah sana ye”
“Malaslah, nanti penat nak kena orang baru belajar bercinta ni”
“Mana ada”
“Mana ada konon. Kalau tak jatuh cinta, tak adanya Ira nak ikut pindah ke rumah Angah tu”
“Ma, kan tempat Ira dekat situ. Jomlah Ma, nanti malam kita orang hantar la mama balik”
“Pandai ye, malam nak hantar mama balik. Kenapa? Takut mama kacau ke?” merah muka Athirah mendengarnya. Buat malu sungguh. Sampai ke situ pula mama fikir.
“Ma, ada pulak macam tu. Ira Cuma takut abah marah kita orang culik isteri kasayangan dia je”
“Tak payah la mama ikut. Dah bosan duduk rumah atas awan Angah tu. Rimas tahu. Nanti Ira dengan Angah je yang balik tidur sini ye”
“yelah” tak ada niat nak memujuk lagi. Sebab dia pun bukan suka sangat duduk dekat rumah atas awan tu. Jadi dia faham perasaan Puan Suraya.
“Mama suka tengok Ira dah mula terima Angah. Moga bahagia ye sayang”
“Thanks mama”





p/s: buat pengubat rindu pada fik & Ira. akan cuba sambung cerita ni secepat yg boleh...:)

Thursday, August 11, 2011

~maTAhARI mAlaM- 11~

Iqmal memandang Mak Jah yang sibuk menyediakan hidangan diatas meja. Kelibat orang sangat-sangat dinantikan masih belum nampak. Orang yang larikan diri bila dia melutut meminta maaf semalam. Membuatkan malamnya terasa amat panjang sekali semalam.
“Assalamualaikum ayah, nek” tegur Adi yang sudah siap dengan seragam sekolah. Duduk ditempat biasa. Membuatkan senyum melebar dibibir Iqmal.
“Waalaikummusalam. Morning sayang” lembut Iqmal menjawab.
“Awal hari ni Adi, mimpi apa semalam?” Mak Jah memandang Adi yang sudah mencapai pinggan. “Duduk Mal, kita sarapan, tak payah nak tunggu mak orang tu, takkan dia keluar kalau mata dah bengkak macam tu”
“Kenapa?”
“menangis la tu. Kelam kabut masak lepas tu menyorok dalam bilik. Bila orang kata dia sayang kamu, dia marah. Tapi sibuk juga nak siapkan sarapan untuk kamu, bukan sayang ke tu?”
Iqmal hanya tersenyum mendengar omelan Mak Jah.
“Ibu tak nak makan ke nek? Ibu tak kerja?” soal Adi yang sudah bersarapan. Hairan bila Shahira masih belum muncul.
“Adi pergi tanya Ibu sendiri, nenek tak tahu”
“Adi tunggu sini, ayah pergi tanya Ibu” Iqmal bingkas bangun. Melangkah ke bilik yang bertutup rapat. Pintu diketuk perlahan.
“Ada apa Mak Jah?” soal Shahira bila membuka pintu. Masih tekun menatap skrin telefon. Sibuk nak menghantar email pada bos.
“Ya Allah, sembabnya muka. Mata macam panda. Buat apa semalam?” soal Iqmal bila melihat wajah Shahira.
Mendengar suara Iqmal, terus dia mengangkat muka. Kantoi. Malu gila. Apasal tak tengok dulu tadi. Kan dah tunjuk muka tak cantik dekat Iqmal. Eh! Sejak bila nak nampak cantik je depan mamat ni.
“Nak apa?”
“Takde apalah. Kejap lagi kita cakap, abang nak hantar Adi ke sekolah. Shira pergi makan dulu.”
“Sejak bila pula dia pergi sekolah kena hantar? Dia dah besar, boleh pergi naik bicyele sendiri”
“Shira, kesian dekat anak kita tu. Nanti balik sekolah panas sangat. Biarlah abang yang hantar. Bukan susah pun”
“suka hatilah”
“Ibu, Adi pergi dulu” tangan dan pipi Shahira dicium Adi. Iqmal tersenyum senang. Suka melihat panorama indah itu. Dia, Shira dan Adi. Satu keluarga bahgia.


Puas dia menjengah kelibat Shahira, tapi yang ada ada Cuma Mak Jah. Mahu tak mahu dia menapak juga ke sisi Mak Jah. Bertanya ke mana menghilang Shahira.
“Bini kesayangan saya pergi mana Mak Jah?”
“Teratak Kasih. Ada kenduri malam ni. Sibuk la nak pergi menolong tu. Tak sedar yang muka sememeh macam baru hilang anak” jawab Mak Jah tanpa memandang wajah Iqmal.
“Teratak Kasih? Mana tu?”
“dekat Taman Cahaya tu, tahukan?”
“tahu jugaklah. Sejak bila Shira suka join aktiviti macam tu?”
“itukan tempat tinggal dia dulu”
“Ha???”
“Lepas Iqmal hilang tanpa khabar, dan mengandung dia minta nak tinggal situ. Duduk sekali dengan budak-budak yang terlanjur. Sampai bersalin, lepas tu baru dia belajar sambil bekerja”
“Ya Allah, susahnya hidup Shira. Semua salah saya Mak Jah”
“Mak Jah tak tahu nak cakap apa, tapi dia memang tabah. Tak pernah marah pada orang yang pandang serong pada dia. Sentiasa rajin membantu semua ahli dekat situ. Bertahun jugak dia tinggal disitu sebelum mampu beli rumah ni. Lepas tu dia ajak Mak Jah tinggal sini, tolong tengok Adi dan temankan dia. Sekarang, dia sibuk lagi nak tolong penghuni dekat situ. Suka menyambut bayi orang. Ceria mengalahkan dia yang beranak”
“Dia tak pernah merungut pasal saya Mak Jah?”
“Dia budak baik Mal, tak pernah nak susahkan hati sesiapa. Semua dia tanggung sendiri. Sampai kurus kering sekarang. Tapi Mak Jah tahu, dia masih sayangkan kamu. Sentiasa menanti kepulangan kamu, Cuma dia tak pernah nak cakap dekat sapa-sapa pun”
“Tapi Mak Jah tengoklah sekarang, nak pandang saya pun nak tak nak”
“berbaloi la dengan apa yang kamu dah buat sepuluh tahun ni. Tapi Mak Jah percaya, kalau Mal pandai pujuk mesti dia lembut hati. Adi kan ada, pandai-pandailah gunakan jantung hati dia tu”
Tersenyum Iqmal mendengar bicara Mak Jah. Ya mereka punya Adi Suffian, pengikat kasih sayang mereka. Minda kembali ligat berkerja, merangka plan yang perlu untuk menawan hati Shahira.



“Awak nak apa ni? Saya tengah sibuk la” marah Shahira pada Iqmal yang duduk disebelahnya. Dari tadi tak berganjak, membuatkan semua budak-budak dekat sini asyik memandang mereka. Malu sungguh.
“Bagi sini abang tolong” Dia mencapai pisau ditangan Shahira. Kesian melihat Shahira yang tak berhenti tangan sejak dia sampai. Dan merah jemari halus itu memotong ayam untuk dimasak.
“Tak payah la menyibuk, pergi sana jaga Adi lagi baik”
“Anak kita tu dah besar, pandai jaga diri sendiri dah. Lagipun banyak je kakak-kakak yang nak tolong jagakan dia. Shira tu yang abang risaukan, kerja kuat sangat. Makin kurus la nanti”
“Rimas la dengan awak ni”
“Duduk situ diam-diam, biar abang buat. Kejap lagi mesti Mak Jah datang, nampak pulak kita bertekak padahal kerja tak siap lagi” pisau ditangan Shahira diambil. Membiarkan Shahira membebel sendiri. Dan dia tak kisah mendengar bebelan Shahira. Rasa seronok pula mendengar bebelan entah apa-apa tu.
“Kak Shira, janganlah garang sangat. Takut kita orang dengar akak membebel dari tadi. Tak penat ke?”
Iqmal hanya tersenyum mendengar bicara seorang penghuni disitu. Mungkin semua yang ada disitu dah tak larat nak tengok drama mereka. Teringat pada reaksi penghuni disitu ketika dia memperkenalkan diri. Semua muka tergejut bila dia cakap dia suami Shahira. Masing-masing tayang muka tak percaya.
“betullah Akak, biar ajelah abang Mal nak tolong. Cepat sikit siap. Nak tunggu akak potong ayam ni punya la lama. Kita orang semua dah lapar, pukul berapa baru boleh makan ni”
“Kalau dah tahu Akak buat kerja lambat, kau orang tak reti-reti nak menolong ke? Semua duk tolong tengok je. Memang la kerja takkan siap cepat”
Semua yang ada disitu terdiam bila disoal oleh Shahira. Dah tak berani nak menjawab bila tengok angin Shahira dah makin kuat.
“Shira, apa yang dimarah budak-budak tu. Abang rasa lagi senang dia orang tak tolong. Dibuatnya tergelincir dekat sini jenuh kita nak berlari ke hospital pulak”
Shahira pandang seorang demi seorang adik-adik yang ada disitu. Semuanya sudah sarat. Betul jugak. Kalau apa-apa jadi jenuh pulak nak berlari ke hospital. Dia jugak yang letih nanti.
“Shira duduk sini, tolong basuh ayam. Biar abang yang potong” Tangan Shira ditarik ke bekas yang berisi ayam yang sudah dipotong.
Iqmal ralit memandang wajah Shahira yang tekun mencuci ayam. Kenangan lama menjengah minda. Membuahkan senyuman manis dibibir. Dia memdekatkan muka pada Shahira. Berniat mengusik wajah tenang itu.
“Dah tak pening basuh ayam sekarang?” hampir terlompat Shira bila mendengar suara Iqmal, nasib baik dia tak curahkan air ke muka lelaki itu. Suka sangat buat orang tergejut. Tapi kalau tercurah pun bagus juga, boleh guna alasan tak sengaja.
Dia hanya mencebik, malas nak melayan cakap Iqmal. Padahal dari tadi dia menahan loya. Sebab tu lambat sungguh nak siapkan ayam yang Cuma lima ekor. Dan antara penyumbang kepada lambatnya kerja adalah, ingat sentiasa berlari ke kampung halaman tiap kali bekerja dengan ayam. Sungguh dia lemah jika disuruh bekerja dengan hanyir ayam.
‘Makan ayam nak, suruh siang macam-macam alasan Shira bagi. Nanti kalau dah kahwin, mak tak ada, siapa nak tolong buat semua ni’ bebel mak ketika dia sudah melarikan diri bila disuruh menyiang ayam.
Dulu semasa hidup dengan Iqmal, lelaki itulah yang menjadi mangsa jika dia mahu memasak ayam. Memang dia tak tahan. Manisnya kenangan itu membuatkan senyum manis terukir dibibir.
“Dah ingat kenangan dulu?” soalan itu membuatkan dia kembali ke dunia asal. Memandang wajah Iqmal yang tak sampai lima inchi dari mukanya. Ya Allah, malunya. Sejak bila lelaki ini merenung mukanya.
“Akak, abang. Kalau nak bercinta pun tunggulah sampai semua kerja siap dulu. Kita orang dah lapar ni”
Makin merah muka Shahira bila ditegur begitu oleh adik-adiknya. Ni semua Iqmal punya pasal.


“Jom abang hantar balik” ujar Iqmal bila nampak Shahira sudah melangkah ke pintu. Muka dah nampak letih benar bila siap mengemas dewan makan tadi.
“tak payah. Saya boleh balik sendiri” tolak Shahira tanpa nada. Memang dia tak larat nak bertekak dengan Iqmal saat ini. Yang dia nampak Cuma bantal dan tilam. Letihnya.
“larat ke nak drive? Muka letih benar abang tengok. Nanti ada pulak yang kena langgar. Tak serik lagi?” provok Iqmal.
“Boleh je, awak pergi la balik”
“Degilnya Shira sekarang. Jom abang hantar. Kesian dekat Adi ni, dia dah mengantuk sangat ”
Shahira pandang muka Adi yang terlentok dibahu Iqmal. Sejak ada ayah ni, anaknya dah jadi semakin manja. Pantang lepa, mesti minta dikendong.
“Letak je dia dalam kereta, saya boleh balik sendiri”
“Habis tu nanti dah sampai rumah siapa pulak nak angkat dia masuk?”
“Kejutkan ajelah, dia dah besar bukan budak kecik yang merengek bila terjaga dari tidur”
“Kesian la dekat dia, dah lena kena bangun pulak. Jom masuk, abang hantar”
Shahira pandang muka Adi, kesian la pulak. Dah nampak lena benar. Lalu dia membuka pintu belakang kereta, memudahkan Iqmal meletakkan Adi. Kemudian beralih ke kerusi penumpang. Dah malas nak bertekak dengan lelaki itu. Dia pasti dia takkan menang dengan ‘speaker’ jemputan ni.
“good girl” itu yang dia dengar sebelum pintu kereta ditutup oleh Iqmal. Apa sajalah pakcik, janji sampai rumah dan boleh tidur.

Wednesday, August 10, 2011

~maTAhARI mAlaM- 10~

Shahira memejam mata saat terpandang motosikal yang laju datang dari arah bertentangan menghentam bahagian depan kereta, sudah dicuba sedaya upaya untuk mengelak tapi tak berjaya. Dia memeluk erat tubuh Adi. Hanya itu yang mampu difikirkan. Janganlah apa-apa terjadi pada jantung hatinya.
Hentakan kuat dan bunyi kaca berderai membuatkan dia membuka mata, darah dan kaca sudah memenuhi dashboard kereta. Juga terlihat muka pemuda yang menghentam kereta mereka berlumuran darah dihadapannya. Mata kembali dipejam. Gerun.
“Adi okey?” soal Shahira perlahan. Masih enggan melepaskan pelukan.
“Adi tak apa-apa ibu”
Shahira menarik nafas lega. Memandang penuh kasih muka anaknya. Fikiran melayang entah ke mana. Terdengar pintu kereta dibuka dari luar. Orang ramai yang melihat kejadian itu mula berkumpul. Seorang lelaki bertanya itu dan ini, tapi satu pun tak mampu difahami. Cuma terasa tangannya ditarik supaya keluar dari kereta.
“Adik tahu nombor telefon ayah?” soal pemuda itu pada Adi yang hanya menurut langkah Shahira ke tepi jalan.
“Tahu”
“telefon ayah, lepas tu bagi abang cakap”
Cekap Adi mencapai telefon yang dihulurkan. Mendail nombor telefon Iqmal. Kemudian menyerahkan pada pemuda tadi. Dia kembali memandang Shahira yang bisu. Nampak ibunya tergejut yang amat.
Tubuh Shahira dipeluk erat. Cuba menyedarkan Shahira yang menggigil.
“Ibu, ibu”
Shahira hanya diam memandang ke hadapan.
Setengah jam kemudian Iqmal sampai ditempat kejadian, pantas dia mencari Adi dan Shahira.
“Ayah, sini” panggil Adi bila melihat kelibat Iqmal diantara orang yang berkumpul. Lega bila Iqmal sudah sampai.
“Adi okey? Ada luka tak?” soal Iqmal cemas. Memeriksa tubuh Adi yang sudah berdiri dihadapannya. Bimbang andai anak lelakinya cedera.
“okey, tapi ibu dari tadi tak bercakap. Adi tanya tapi ibu diam je. Ibu ok tak ayah?”
Iqmal memandang wajah Shahira yang pucat. Mungkin tergejut dengan kejadian yang berlaku.
“Shira, Shira” panggil Iqmal lembut. Menyentuh jemari yang terasa seperti ais batu. Cuba menyedarkan Shahira. Risau pulak bila melihat keadaan Shahira. Janganlah terjadi apa-apa pada orang yang dia sayang.
Shahira mengalih pandangan pada lelaki yang duduk disebelahnya. Ternampak wajah Iqmal, terus airmata mengalir laju. Mengapa saat-saat seperti ini wajah lelaki itu yang terbayang dimatanya. Mengapa masih berharap pada benda yang tak pasti?
“Shira okey?”
Shahira hanya membisu, masih enggan mempercayai yang lelaki disisinya adalah Iqmal. Dia hanya membisu, mengangguk bila disoal berkali-kali oleh lelaki itu. Memang dia tidak cedera dimana-mana.
“Adi tunggu sini kejap dengan ibu, ayah nak pergi ambil barang dalam kereta. Jaga ibu tau. Kejap lagi kita balik rumah Tok Ma”
“okey”

“Kenapa dengan Shira ni Mal?” soal Puan Sakinah cemas bila melihat Iqmal memimpin Shahira ke dalam rumah. Tergejut dengan kehadiran mereka. Nampak macam keluarga bahagia tapi Shahira macam bingung semacam.
“Accident tadi. Mal rasa dia tergejut kot, pucat sungguh muka. Bercakap pun tidak”
“Mal bawa pergi bilik, bagi Shira rehat dulu. Sekejap lagi mama buatkan makan untuk Shira. Lepas bangun nanti baiklah tu”
“yelah”
“Macammana boleh accident ni Adi?” Puan Sakinah duduk disebelah cucunya bila Iqmal berlalu.
“Motor tu, tiba-tiba datang depan kereta. Ibu dah tak sempat nak mengelak. Lepas tu Adi dengar bunyi. Darah banyak dekat kereta ibu”
“Adi luka tak?”
“Tak ada Tok Ma, ibu peluk Adi kuat-kuat tadi”
“Syukurlah. Adi dah makan?”
“Dah”

Bau yang mendamaikan itu memenuhi rongga hidung membuatkan membuka mata, Shahira memandang keadaan sekeliling. Keadaan bilik yang begitu asing membuatkan minda berkerja keras, di mana dia sebenarnya. Kenapa dia merasa tenang dengan udara disini. Bau yang sama pernah dihidu bertahun dulu membuatkan dia bahgia.
“Dah jaga? Macammana? Lega sikit?” Shahira memandang wanita yang baru melangkah masuk, siapa ni?
“Saya kat mana ni?” soalnya perlahan.
“Shira kat rumah mama. Adi ada kat depan dengan Mal”
“Mama? Mal? Iqmal?” soal Shahira meminta kepastian yang dia tak salah dengar. Jadi sekarang dia berada dirumah Puan Sakinah? Ibu mertua yang tak pernah dikenali selama ini. Macammana dia boleh sampai sini.
“Shira dah sihat?”
“okey. Tak cedera pun” pantas dia mengubah duduk ke birai katil. Segan dengan Puan Sakinah.
“Ni mama buatkan sup, makan dengan nasi ye”
“Tak payah la. Menyusahkan Puan je”
“Tak ada susahnya. Dan janganlah berpuan-puan dengan mama”
“Tapi… auch” terjerit kecil Shahira bila Puan Sakinah menyentuh lengan bajunya. Segera dia menyelak, sudah kering darah lengan kanan. Mungkin terkena kaca cermin hadapan tadi.
“Shira makan dulu. Biar mama tengokkan tangan yang luka ni”
Shahira memandang tangan sendiri. Bercalar sikit, Tapi taklah sakit mana. Boleh lagi nak bergerak macam biasa.
“Sikit je”
“Sikit pun kena letak ubat jugak. Nanti berparut pulak tangan yang halus ni, marah Mal dengan mama”
Mal! Sudah berkali-kali dia mendengar nama itu. Tapi orangnya masih belum muncul.
“Adi mana?”
“Ada kat depan, dah terlelap rasanya dengan Mal. Dua beranak tu kalau dah berjumpa mesti banyak benda nak dibuat sampai tertidur.
Shahira pandang muka Puan Sakinah. Pelik, wanita didepannya langsung tak tergejut dengan kewujudan Adi. Dan sejak bila Iqmal kenal dengan anaknya? Bermacam-macam persoalan bermain dikepala saat ini. Banyak benarkah yang berlaku lepas dia kemalangan tadi? Atau dia yang ketinggalan berita.

“Nak balik jugak? Tidur sinilah” pujuk Puan Sakinah bila Shahira sudah bangun. Memimpin Adi ke arah pintu.
“Takpelah, Shira ada kerja esok”
“Nak pergi kerja macammana esok? Kereta masuk bengkelkan. Tidur sini boleh Mal hantar pagi esok”
“Takpelah, pandailah Shira cari kenderaan esok”
“Yelah, lepas ni datang lagi tau. Yang Shira tak suka, anak mama sajakan. Jadi Shira kena datang sini jumpa dengan mama selalu. Tak payah pedulikan Mal”
“Ma, apa pesan macam tu. Tak sayang dekat Mal ke apa?” protes Iqmal bila mendengar tutur mamanya.
“Eh, betullah apa yang mama cakap. Semua ni salah Mal je, mama tak terlibat jadi Shira mesti sayang mama”
Shahira mengikut langkah Iqmal ke kereta. Adi sudah mengambil tempat dibahagian penumpang. Gembira sungguh anaknya itu.
“Tak nak tanya apa-apa?” perlahan Iqmal bersuara bila mereka sudah lama meninggalkan kawasan perumahan keluarganya. Risau bila Shahira hanya membisu, langsung tak bertanya tentang semuanya. Seakan tidak berperasaan langsung.
“Saya tak rasa nak tau semua cerita awak. Jadi kenapa pulak saya nak bertanya” tutur Shahira tanpa nada. Masih memandang pada jalan raya yang gelap.
“Tak nak tanya apa yang jadi pada abang dulu?”
“Benda dah lepas, tak penting dah.lagipun awak dah kenal Adi, jadi tak ada benda yang nak diterangkan lagi. Rasanya itu saja yang perlu awak tahu”
Terkedu Iqmal dengan jawapan Shahira. Sejak bila si cantik manis ini berubah menjadi beku bak ais. Sukar benar untuk mendengar bait kata yang dulu cukup indah ditelinganya.
Akhirnya mereka sampai jugak didepan rumah Shahira. Mak Jah sudah terpacak didepan pintu menyambut kepulangan mereka.
“Shira, ok ke?”
“saya tak ada apa-apa Mak Jah. Tak payah risau ye”
“Nasib baik Iqmal ada, kalau tidak tak tahulah Mak Jah nak buat apa”
“Mak Jah pun kenal dia?” Shahira memandang tepat muka Mak Jah. Mahu mendengar jawapan dari orang yang selama ini ada dengannya susah dan senang. Benar-benar dia ketinggalan dalam perkembangan perkenalan ini.
“kenal” sepatah jawapan Mak Jah.
“sejak bila?”
“adalah dalam dua minggu” jawab Mak Jah takut-takut bila air muka Shahira sudah berubah.
“saya masuk dulu Mak Jah”
Iqmal dan Mak Jah hanya memandang langkah Shahira yang menghilang ke dalam rumah. Adi pula sudah lama berlalu ke dalam. Mak Jah memandang wajah Iqmal yang sayu. Faham yang lelaki itu terasa dengan tingkah Shahira.
“Sabarlah Mal, dia memang tak banyak cakap dari dulu. Dia marah ke, sedih ke semua dia diamkan. Payah nak bercerita. Mal jangan ambil hati ye”
“Tak pe Mak Jah, saya yang salah. Kenalah bersabar sikit dengan tingkah dia. Lagipun dia tak marah langsung. Taklah terasa hati sangat. Cuma risau dengan keadaan dia”
“Tidur sini ke?”
“Boleh?”
“Apa pulak tak bolehnya, isteri kamu kan”
Iqmal hanya tersenyum mendengar jawapan Mak Jah. Mak Jah sudah memberi izin tapi si tuan rumah masih belum tahu.


“Shira, dah tidur ke?” perlahan Mak Jah mengetuk pintu bilik Shahira bila melihat bias cahaya dari bawah pintu. Bermakna Shahira masih belum tidur.
“belum, ada apa Mak Jah?” wajah lesu itu muncul disebalik pintu.
“Ada benda nak cakap dengan Mak Jah?”
“Tak ada apalah”
“Muka tu sayu benar, cakaplah. Ringan sikit beban dihati tu” pujuk Mak Jah lembut.
Muka sudah disembamkan ke bahu Mak Jah. Airmata yang bergenang sejak tadi menderu laju. Sungguh dia bukan setabah mana dalam menghadapi dugaan Tuhan. Lama Mak Jah membiarkan Shahira menangis dibahunya.
“Kenapa sedih sangat ni? Patutnya Shira dah boleh gembira bila Mal dah balik ke sini. Shira dah boleh hidup bahagia dengan dia”
“Shira jumpa Puan Sakinah Mak Jah.”
“baguslah. Mesti mak mertua Shira sayangkan Shira. Suka bila dapat jumpa dengan Shira”
“Shira tak tahu Mak Jah”
“kenapa? Tak boleh maafkan Iqmal?”
“itu lagi satu masalah, kenapa tiba-tiba dia muncul balik. Rebut semua kasih sayang yang Shira ada?”
“Abang tak pernah berniat nak rebut kasih sayang yang Shira ada. Tapi abang nak bagi apa yang pernah jadi milik Shira lama dulu. Maafkan abang” tutur Iqmal perlahan, sudah lelah dia melihat airmata dan kesedihan Shahira. Sudah masanya dia menjadi tempat Shira bergantung harap.
Terkaku Shahira melihat Iqmal yang melutut dihadapannya. Sejak bila lelaki itu ada dalam rumah ni?

Friday, August 5, 2011

~maTAhARI mAlaM- 9~

Pulang dari kerja, terus Iqmal masuk ke dalam bilik. Mandi dan solat dengan cepat bila jam sudah menginjak ke sepuluh malam. Bimbang pula Adi menanti panggilan darinya.
Iqmal memasang handfree pada telefon bimbitnya. Kemudian berbaring diatas katil sambil berbual dengan Adi. Aktiviti malamnya turut berubah sejak mempunyai anak. Setiap hari perlu berbual dan bercerita dengan si kecil yang petah itu, baru terasa lengkap harinya. Dan makin indah rasanya jika Shira turut sama manja macam Adi. Mesti hidupnya lebih bererti.
“Ayah dah makan?” soal Adi membuatkan Iqmal kembali ke alam nyata.
“Dah, sayang. Adi makan apa malam ni?”
“Ibu buat paprik hari ni, sedap sangat ayah. Ibu masak apa pun mesti sedap. Rugi ayah tak makan sini”
“Habis tu, tak simpan sikit untuk ayah?”
“Adi tak berani nak cakap dekat ibu, sebab hari ni nampak ibu macam tak happy je lepas balik kerja” terang Adi.
“Kenapa ibu tak happy?”
“Kan birthday ibu dah dekat, selalu ibu macam tu. Bila nanti orang sambut birthday dia, dia menangis”
“Ibu sedih kot, ingatkan nenek”
“Agaknya. Ayah bagilah present dekat ibu, mesti ibu happy”
Iqmal hanya tersenyum mendengar cadangan Adi. Bijak benar budak sekarang. Baru sekolah rendah dah pandai macam-macam. Dan boleh fikirkan jalan untuknya.
“nantilah ayah fikir nak bagi apa dekat ibu. Adi pergi tidur okey. Jangan lupa peluk cium untuk ibu bagi pihak ayah tau”
“Okey”


Sejambak bunga lily dan sekotak kek diatas meja kerja diperhatikan penuh minat. Rasanya sebelum ke bilik mesyuarat tadi, semua benda itu tak ada. Siapa pulak nak buat lawak ni. Dan yang penting sekali, siapa yang tahu dia sukakan lily bukan rose? Jangan cakap mamat tu. Memang dia boleh mengamuk kalau betul lelaki itu yang kirimkan dia bunga.
Pantas tangan mencapai gagang telefon. Mendail nombor telefon reception.
“Ayu, Kak Shira ni”
“Ye Akak. Dah dapat bunga tu?” soal Ayu sebelum sempat dia bertanya. Berinformatif betul.
“Ayu tak salah letak ke ni? Akak rasa bukan akak punya”
“betul la, Ayu dah check tadi. Memang nama akak. Cuba tengok kad tu”
“Oh, ok. Thanks ye”
“takde hal. Cantik bunga. Pakwe baru bagi ke kak?”
Shahira buat pekak. Malas nak melayan. Nanti dia jugak yang kena sakat kalau tersalah cakap.
Kad yang terselit di atas kotak kek dicapai. Rajin betul la orang yang hantar ni. Cantik sungguh semua pilihan dia.

Dear Shira sayang….
Happy birthday inadvance….



Kalendar dihujung meja dipandang. Lagi tiga hari. Siapa yang terlebih semangat nak sambut hari lahir yang dah nak masuk tiga siri ni. Memang cari pasal sungguh. Saja nak ingatkan dia makin tua. Kotak kek dibuka, menjengah isi didalam. Cheese kek yang menjadi kegemarannya dulu terlayar didepan mata.
Segera dia menutup semula kotak itu. Menolak kotak ke tepi meja. Kalau boleh tak nak pandang langsung. Tak berminat nak mengimbau kenangan lama.
“Weh, dengar kata ada orang dapat bunga dengan kek. Tak mau kongsi dengan kawan-kawan ka?” Suraya sudah berdiri didepan meja.
“lajunya berita tersebar”
“Mestilah, mak janda hot idaman lelaki dapat bunga mesti la jadi tajuk utama hari ni. Siapa bagi ni?”
“Ntah, takde nama. Kau ambil kek ni, bahagi dekat budak-budak office”
“Kau tak nak?”
“Bukalah, tengok kek apa dia bagi aku”
Suraya akur dengan arahan Shahira, tangan segera membuka kotak. “Patutlah, dapat kek yang kau suka sangat. Siapa yang tak tahu kau tak makan kek ni? Selalu kau punya admire semua tahu kau punya favorites”
Shahira hanya membisu. Dalam hati hanya ada satu nama. Iqmal. Hanya lelaki itu tahu dia gemarkan kek itu. Tapi minda sentiasa menidakkan nama itu.
“Sure tak nak ni?”
“Ye Cik Suraya. Tolong bawa kek ni bagi dekat budak-budak. Thanks”
Dan dua hari selepas itu berturut-turut dia menerima benda yang sama. Hari terakhir, dibawa pulang juga kek itu bila semua budak dalam pejabat dah tak mahu makan sebab hari tu hari lahirnya.
“Kenapa ibu beli cheese cake ni? Kan semua orang dalam rumah kita tak makan kek ni?” bebel Adi bila membuka kotak kek. Hampa bila kek yang dia kurang gemar dibeli Shahira.
“Mana ada ibu beli. Kawan ibu bagi, takpelah kalau Adi taknak makan nanti ibu hantar dekat kakak-kakak Adi, mesti diaorang makan”
“Ibu, jom pergi beli kek”
“Nak beli kek buat apa pulak?”
“Saja lah, Adi teringin pulak nak makan bila tengok kek yang ibu bawa balik ni. Jomlah ibu”
“ibu jugak yang salah? Nak kena beli kek jugak? Kan nenek dah buatkan kek untuk kita”
“jomlah. Adi tak boleh tengok kotak kek ni”
“Lepas maghrib okey. Sekarang Adi pergi mandi, lepas tu solat.”
“Thanks ibu”


“Ibu. Adi belikan present untuk Ibu” seutas jam tangan diletakkan di atas tapak tangannya.
“Adi, mana dapat duit ni?” tergejut Shahira bila melihat jam yang berjenama yang dihulurkan oleh Adi.
“Tok ma bagi”
“Tok ma? Siapa tu? Ibu kenal ke?”
“Tak kenal kot. Ibu tak pernah jumpa” Muka Adi dah berubah. Gelabah bila dah terlepas cakap.
Ya Allah, anak siapa ni pandai sangat bercakap. “Sejak bila Adi kenal dengan Tok Ma ni?”
Adi tutup mulut sendiri. Tersilap cakap pulak. Patutnya cakap guna duit tabung sendiri. Barulah rahsia tak bocor. Ini jenuh nak kena coverline takut rasa ayah bocor.
“Eh mana ada, Adi salah cakap. Adi guna duit tabung, minta Nek Jah sikit”
“Adi, berapa kali ibu cakap jangan susahkan Nenek”
“Mana ada, nenek yang nak bagi. Ambil la ibu, kesian dekat Adi susah-susah belikan untuk ibu”
“Yelah, terima kasih”
“Cantik tak?”
“Cantik sayang”

Tuesday, August 2, 2011

~mAtAHarI MaLAm- 8~

12 tahun lepas.

Mata tidak lepas dari memandang si gadis yang tekun membaca dimeja paling hujung. Suka benar dia melihat telatah gadis manis yang setiap hari berkunjung ke perpustakaan itu. Hari ini dia perlu memulakan langkah jika ingin mengenali gadis itu. Langkah diatur perlahan ke meja yang penuh dengan segala macam buku-buku.
“Boleh pinjam buku ni?” soal Iqmal sambil mencapai sebuah buku diatas meja Shahira. Dia main ambil saja. Tak kisahlah buku apa.
“Ambillah”
Dia duduk dihadapan gadis itu. Seronok melihat gadis itu tekun menulis diatas kertas. Tak melayaninya.
“Nama saya Iqmal. Awak?”
Tersenyum dia bila melihat muka tergejut gadis didepannya. Comelnya dia.
“Maaf?”
“Saya Iqmal. Awak?”
“Shira”
“Oh Shira, boleh kita berkawan?”
“Ha?” senyuman lebih lebar terukir dibibir Iqmal. Kalut semacam tapi comel sangat.
“Dah lama saya tengok awak selalu study dekat sini. So boleh kita berkawan?”
“Tak payah kot”
“Niat saya baik, nak berkawan je dengan awak”
“Mana ada orang jahat cakap dia jahat. Lagipun saya tak berminat sangat nak berkawan dengan lelaki ni.”
“Tapi saya nak kenal awak. Ni nombor telefon saya, call ye. Esok saya dah tak boleh datang jumpa awak”
“Jadi?”
“Please call ye. Saya kena gerak sekarang”
Hanya sebulan selepas itu dia menerima panggilan dari gadis itu. Dan mereka mula berkawan dan makin rapat.


“Kita kahwin sayang” cadang Iqmal suatu petang, Ketika mereka berbalah tentang hubungan yang baru terjalin. Bila Shahira meminta mereka tidak lagi berhubung selepas abahnya mengetahui.
“kahwin? Tapi kenapa tiba-tiba je?”
“Abang rasa tak boleh hidup tanpa Shira”
“Abah takkan bagi. Lagipun Shira baru nak ambil exam”
“Takpe, lepas habis paper nanti abang pergi jumpa abah Shira ye. Yang penting kita boleh kahwin”
“Abang yakin dengan keputusan ni? Tak menyesal nanti?”
“Ni je jalan yang ada, lagipun abah Shira tak bagi kita kawan”
“Tapi kalau Shira ikut abang, Shira akan hilang family. Abang janji takkan tinggalkan Shira walau apapun terjadi?”
“janji sayang, susah senang kita tetap bersama”
Shahira memandang Iqmal. Mencari kepastian. Mencari kekuatan untuk disandarkan harapan. Berbaloikah berkorban sebesar ini untuk cinta yang baru timbul dalam jiwa. Dia hanya mampu berserah segalanya pada Ilahi.


“Kalau Shira nak jugak kahwin dengan budak ni, abah akan benarkan tapi lepas ni Shira jangan balik lagi ke sini. Anggap je Shira dah jadi yatim piatu dan sebatang kara, susah senang jangan cari kami”
Itu kata putus dari Pak Man bila Shahira berkeras untuk berkahwin dengan Iqmal. Hancur luluh hatinya bila anak gadis yang dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh boleh membuat keputusan sebesar itu sendirian, membelakangkan keluarga yang selama ni membesarkannya.
“Abah, tolonglah. Shahira cintakan El. Janganlah buang Shahira abah. Shahira Cuma minta restu mak dan abah”
“Shahira ingat dengan cinta je boleh hidup? Kamu dua-dua tak kerja, belajar pun tak habis lagi macam mana nak kahwin? Kamu nak makan apa lepas ni? Makan cinta kamu tu?”
“El dah janji nak kerja bah”
“Boleh ke? Sekarang abah nak dengar keputusan Shahira, nak kahwin lepas tu hilang kami semua atau masuk matrik awal bulan depan dan lupakan semua benda mengarut ni”
Iqmal hanya mampu memandang Shahira mengesat airmata. Berat benar dugaan yang terpaksa dihadapi untuk mereka bersama.
“Shira pilih El abah” jawab Shahira dalam sendu.
“Kalau macam tu, lepas zohor nanti kita ke pejabat kadi. Abah akan bagi Shira menikah. Sekarang, Shira pergi kemas kain baju. Lepas ni jangan berani balik lagi ke rumah ni”
“Abah…”
“Ini keputusan Shira, jadi Shira kena terima apa jugak kesan dia”
Tegas Pak Man bersuara, membuatkan Shahira membisu. Besar sungguh harga yang perlu dibayar untuk sebuah cinta seorang lelaki.
Pernikahan mereka hanya disaksikan oleh keluarga Shahira dan petugas dipejabat tersebut. Sayu menyelubungi suasana. Jelas riak sedih diwajah Shahira melangkah ke fasa baru. Mak Shahira memeluk erat anak gadisnya sebelum mereka melangkah meninggalkan perkarangan pejabat kadi.


Surat tawaran ditangan direnung sayu, sejak mereka bernikah tak pernah dia mendengar Shahira merungut walaupun hidup mereka tak sesenang mana. Dia masih sibuk dengan pengajian yang akan berakhir hujung tahun ini hanya mampu membantu serba sedikit masalah kewangan mereka. Dan makin menambah masalah bila, disaat begini dia mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran.
“Abang, dah lama balik?” suara Shahira menyentak lamunan panjangnya.
Surat ditangan dilipat cepat. Menyimpan kembali ke dalam buku. Bimbang andai Shahira terjumpa. Wajah letih itu tersenyum manis padanya. Menghilangkan segala masalah didada. Walaupun hidup mereka tak semewah mana, tapi mereka bahagia. Cuma dia belas melihat Shahira terpaksa keluar berkerja untuk menyara mereka berdua sehingga dia habis belajar.
“Lama jugak, kelas habis awal. Macam mana kerja hari ni?”
“Biasa je. Dah makan?”
“belum lagi”
“Kalau macam tu, jom tolong Shira masak. Cepat sikit boleh makan”
Iqmal menurut langkah Shahira ke dapur. Memandang Shahira yang sibuk mencari bahan untuk memasak.
“Shahira Cuma jumpa, telur dengan sardin je. Abang tak kisahkan kita makan ni saja malam ni?”
“Asalkan dengan Shira, minum air pun dah kenyang. Shahira masak, abang tanak nasi ye” Iqmal berlalu ke sinki, membasuh beras didalam periuk kecil. Cukup untuk mereka berdua.

“Abang nak balik rumah mama kejap. Shira duduk baik-baik kat rumah ye”
“Tak nak bawa Shira sekali?”
“nantilah baby, tunggu abang habis study baru kita pergi jumpa family abang”
“Iyelah. Abang bawa kunci tau. Takut nanti Shira terlelap tak dengar pula abang balik” pesannya bila terasa mata sudah memberat ketika menghantar Iqmal ke pintu.
“Nak tidur dah? Tak nak tunggu abang?”
“Shira mengantuk sangat ni, nanti abang sampai abang kejutkan Shira ye”
“Iyelah, baby tidur dulu. Abang pergi sekejap saja”
Langkah Iqmal meninggalkannya dipandang sayu. Sudah dua bulan mereka berkahwin tapi sampai hari ni dia masih belum bertemu dengan keluarga Iqmal. Banyak benar alasan lelaki itu jika ditanya tentang keluarganya.

“Betul abang nak pergi? Tinggalkan Shira dekat sini sorang-sorang?” soal Shahira perlahan pada Iqmal yang mengemas buku-buku. Sayu benar bila Iqmal membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke luar negara.
“Abang terpaksa baby, mama dengan abah berharap sangat abang sambung study”
“Tak nak bawa Shira sama?”
“Bagi abang pergi dulu, bila semua dah okey abang balik ambil Shira. Bolehkan baby?”
Shahira hanya membisu. Hendak menghalang, itu masa depan mereka. Dalam terpaksa dia merelakan pemergian Iqmal.
“Abang jangan lupakan Shira tau, Shira tunggu abang”
“Mana boleh abang lupakan buah hati abang ni. Siang malam dalam ingatan. Lagi dua bulan abang balik ambil baby ye”
“Janji?”
“Janji sayang”
Dan janji tinggal janji bila dia sampai disana tanpa khabar berita untuk Shahira. Setahun selepas itu baru dia pulang bercuti. Rumah yang disewa dahulu sudah bertukar penyewa, tiada lagi Shahira disitu. Puas dia bertanya, tapi tak seorang pun tahu ke mana Shahira pergi. Semenjak itu dia kehilangan isteri, hanya kerana mementingkan diri sendiri. Hanya kerana mengejar cita-cita.
Dua tahun selepas itu mama mula bertanya kenapa dia banyak berubah. Akhirnya, pada mama dia bercerita segalanya. Puas dia dimarah, tapi akhirnya mama juga turut membantu mencari Shahira. Mereka pernah ke rumah keluarga Shahira, walaupun disambut hambar tapi jawapan yang diperolehi lebih menghampakan. Shahira tak pernah pulang sejak mereka berkahwin.
Kecewa dengan kehilangan Shahira, sekali lagi dia menyambung pelajaran. Membuat PHD, menyibukkan diri bagi melupakan kesedihan dan kebodohan sendiri. Kini dia pulang, tidak mengharap lagi tapi masih berusaha mencari Shahira. Dan nampaknya Tuhan mengasihaninya, dia bertemu juga dengan Shahira dan paling gembira dengan kehadiran Adi. Tapi harga yang perlu dibayar sekarang adalah hilangnya kasih sayang Shahira.

Monday, August 1, 2011

~mAtahARI maLAm - 7~

“Rumah siapa ni ayah? Cantiknya. Ibu mesti suka kalau boleh datang sini” soal Adi bila Iqmal mematikan enjin kereta dihadapan rumahnya.
“Nilah rumah Tok Ma. Mama ayah. Ibu suka rumah cantik-cantik ke?”
“Ibu suka gardening. Kalau tengok banyak pokok macam ni memang ibu suka”
“Oh, nanti kita ajak Ibu datang sini. Kita masuk jumpa dengan Tok Ma dulu ye, nanti ayah bawa Adi pusing-pusing rumah Tok ma”
“okey”
Iqmal memimpin Adi ke dalam rumah. Mencari kelibat Puan Sakinah. Keadaan rumah yang sunyi membuatkan Iqmal melangkah ke dapur. Selalunya masa-masa macam ni memang Puan Sakinah ada didapur.
“Tok Ma kat dapur kot. Selalu masa-masa ni Tok ma sibuk buat kuih untuk minum petang. Jom ikut ayah pergi dapur”
Melihat Puan Sakinah yang sedang menggoreng pisang, Iqmal tersenyum lega. Nasib baik ada.
“Assalamualaikum. Sibuk ke ma?”
“Waalaikummusalam. Tak kerja hari ni Mal?”
“Tak, Mal ambil cuti”
“Ni anak siapa kamu bawak ni?”
“Ma, kenalkan Adi Suffian. Adi, salam dengan Tok Mama”
“Anak siapa kamu culik ni Mal?” soalnya buat kali ke dua. Geram bila Iqmal masih belum menjawab. Puan Sakinah tunduk memeluk tubuh kecil dihadapannya. Comel.
“Relax la ma, duduk dulu. Mana ada Mal culik anak orang, ni cucu mama. Anak Mal” tangan Puan Sakinah ditarik ke arah meja makan. Memaksa mamanya duduk. Persiapan kalau-kalau Puan Sakinah nak pengsan dengar berita tu.
“Kamu jangan main-main Mal. Suka hati cakap anak orang anak dia. Bini sorang pun tak boleh nak jaga, ada hati nak ada anak”
“Adi, cakap nama penuh Adi dekat Tok Mama kejap. Tak percaya pulak yang Adi ni anak ayah”
“Adi Suffian B Muhammad El Iqmal Fahmi”
“Ya Allah. Kamu ada anak yang besar macam ni? Mama mana sayang?” Puan Sakinah sudah memeluk erat tubuh Adi, mencium semahunya.
“Ma, lemas anak Mal kena cium dengan ma ni” tegur Iqmal bila melihat Adi sudah sedikit meronta.
“ibu kena pergi Langkawi tiga hari kan ayah? that why Adi ikut ayah datang sini.” Tenang Adi menjawab bila terlepas dari pelukan Puan Sakinah.
“Bijaknya, darjah berapa dah?” wajah comel dihadapannya ditilik sepenuh hati. Masih belum puas menatap wajah itu.
“Lima”
“Dah sebelas tahun, and Adi baru jumpa ayah sekarang. Kesian cucuk Tok Mama. Teruk betul ayah Adi kan.”
“Takpe, ibu cakap ayah ada problem sendiri sebab tu tak boleh jumpa Adi. So sekarang problem ayah dah habis boleh la jumpa Adi. Adi faham. Don’t worry. Tok Ma tak payah la menangis” jemari kecil itu menyapu air mata dipipi Puan Sakinah.
“Bijaknya, pandai Shira didik. Langsung tak membenci kamu”
“Tengok la bini sapa”
“Perasan la kamu. Padahal pergi ambil anak masa isteri tak ada. Kalau Shira ada, berani ke nak jumpa dengan Adi?”
“Apa ni Ma, suka sangat takutkan Mal. InsyaAllah, lepas ni dah makin bersemangat nak tawan semula hati Shira. Lagipun tadi memang Mal pergi nak jumpa Shira, tak sangka pulak jumpa anak sendiri”
“Adi duduk sini kejap ye, Tok Ma buatkan cucur dengan air. Lepas ni boleh kita makan.”
“Okey”

“Mal tak nak bagi tau Shira yang Mal ambil Adi ni?” Puan Sakinah bersuara perlahan pada Iqmal yang asyik memerhati Adi bermain game. Dia turut gembira melihat air muka Iqmal yang ceria.
“Tak payah, biar Mak Jah je yang tahu. Tapi kena hantar sebelum Shira balik sini la. Nanti dia mengamuk susah pulak Mal nak pujuk”
“Kesian dia, entah macam mana dia besarkan Adi sorang-sorang. Padanlah dia dah tak pandang kamu” Puan Sakinah mengeluh perlahan bila mengenangkan betapa perit untuk Shahira membesarkan anak seorang diri.
“Ma, janganlah buat Mal down. Cuba bagi semangat sikit. Tak nak duduk dengan cucu ke?”
“Nak bagi semangat macam mana kalau dah memang jelas yang semua ni salah kamu”
“Mal mengaku memang salah Mal dulu, tapi nak buat macam mana. Benda dah lepas. Sekarang kena berusaha keras nak pujuk Shira, lebih-lebih lagi sejak tahu Mal ada anak. Lagi kena pujuk dia.”
“Tahu pun. Dulu masa buat keputusan tak pernah nak fikir habis.inilah padahnya, kesian anak kamu, dari kecil tak merasa kasih sayang ayah”
“Mama ni, sejak bila makin kuat membebel ni? Dah jadi hobi ke?”
“mama cakap betul-betul kamu buat main. Habis tu bila baru nak cakap dekat Shira ni?”
“nanti la ma, bagi dia relax dulu. Nanti kalau main terjah je buatnya Shira lari haru je Mal nak kena cari”
“Ni pukul berapa nak hantar Adi ni?”
“kejap lagi la, nak tunggu abah balik dulu.”
“yelah, abah mesti suka bila tahu ada cucu lelaki lagi”


“Esok ayah tak boleh datang tengok Adi tau” pesan Iqmal ketika menghantar Adi pulang ke rumah.
“Kenapa?”
“Ibu kan balik esok, so ayah nak suprisekan ibu jadi tak boleh datang jumpa Adi. Promise dengan ayah yang Adi takkan cerita apa-apa dekat Ibu pasal ayah. Buat macam biasa je”
“okey”
“Ini telefon untuk Adi, nanti senang ayah nak call. But make sure Ibu tak tahu ok. Adi boleh call ayah anytime”
“Kenapa semua nak kena sorok dari Ibu ni? Nanti ibu marah kalau dia tau, lagipun menipu ni kan berdosa” Iqmal tersenyum mendengar tutur Adi, kan dah terkena dengan anak sendiri.
“Sementara je. Sampai ayah jumpa ibu je. Lepas tu Adi dah tak payah tolong ayah coverline ok”
“Promise tau, Adi nak jumpa ayah everyday macam kawan-kawan Adi. Bila ayah nak pindah duduk dengan Adi?”
“very soon sayang. Adi sabar ok”
“okey”
“Dah, pergi masuk. Cakap dekat Nenek yang ayah kirim salam” langkah Adi masuk ke dalam rumah dihantar dengan pandangan. Memastikan anak itu selamat sampai ke tangan Mak Jah.
Dia tersenyum sendiri melangkah ke kereta. Indahnya dunia bila punya anak sendiri. Tapi senyuman manis mula menghilang bila mengenangkan dia perlu memujuk si dia yang ditinggalkan dulu.

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....