CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 14, 2011

Back on track....

okey....

untuk sesiapa yg nk beli kau ilhamku versi online...
pembelian kembali dibuka....
for detail, klik je kat side bar tepi tu....

and jgn harap sgt update dekat blog skrg...
aku bila dh tension...
semua kerja tak jadi...
ada byk faktor buat aku hilang fokus...
sorry okkkkk...
korang reader mmg terbaikkk..

2nd thing,
ending cerita tak kan sedih ok...
tahu semua org marah klu bc cerita sedih kat hujung...
so lepas ni semua happy ending....
puas hati??????
baik korang berpuas hati....sbb aku kan kerepek...


peace....>;<....

Tuesday, September 13, 2011

bukan matahari malam

buat korang-korang yang rajin baca repekkan disini...

sorry ye...smbg mm xde lagi....
just nak pendapat korang....
boleh terima ke kalau ending mm ni buat korang melelah air mata...
or ada yg berniat nak band blog aku klu tetiba ending tak seperti yg dharapkan....

if mm ni dibuat manuskrip...
korang sokong tak?
ke lagi snaggup tunggu dkt blog ni je...
tak payah nk syok sendiri buat manusrip....
hahhahahhaa....
gila tamak aku skrg...
kau ilhamku pun tak lepas lagi ada hati nak buat lain....
tp aku sgt hargai pada rajin singgah, komen dan feedback....
love you alll
muahahhahahaha......

Saturday, September 10, 2011

Kau ilhamku...

Buat semua reader....

Salam n selamat pagi...

short notice dr lantai kerepek...
full version utk KI dh tak boleh dijual buat sementara waktu
sbb dlm penilaian...
so start 10/9/2011... sesiapa yg bank inkan duit tlg bgtau...
sbb sya dh tak boleh jual online lagi...
apa-apa perkembangan @ pengucupan akan diberitahu kelak...
sorry yeeee.....

Wednesday, September 7, 2011

ehhhhmmmmmmm

adeehhhhh....otak jammed,
skrip yg dh siap dlm kepala semua hilang...
nk salahkan siapa?
dpt ilham masa drive, mcm mane nk write dowm..
endingnya....smua terlupa...
mesti korang semua bengang je... mm xde smbgan lagi..
nilah padahnya... tak buat proper draf...
jln cerita pun dh makin kelam....
harap korang sabar tunggu sambungan MM


buat yg dh bc Kau ilhamku versi panjang...
apa komen....
gila risau....dah amik duit korang tp xde sorang pun feedback...
berbaloi ke beli?
ke rasa mcm nk hempuk sha dgn atm mesin????
memmacam ada dlm kepal bila fikir korang punya reaction lepas sampai last page....
heharap puas hati la....

mcmne raya????
tahun ni rasa tak meriah sgt..
boleh pulak demam dari mlm raya smpai 2nd raya...
siap pekej dhairia....
so rasa mcm bercuti dr kerja sja....



eeehmmmmmm....
rungutan org yg suka menrungut...:(

Thursday, September 1, 2011

~MAtahARi mALAm - 14~

Shahira pandang muka orang yang tengah memandu disebelahnya. Muka tanpa perasaan Iqmal tayang bila dengar dia membebel tak mahu mengikut tadi. Peristiwa dirumah tadi kembali terbayang diminda membuatkan mukanya kembali memerah. Malu tak sudah. Nasib baik tak ada orang dirumah, kalau tidak memang tak tahu dekat mana nak sorok muka.
“Jom” Ajak Iqmal pada Shahira yang masih duduk menonton TV. Langsung tak bergerak.
“Shira. Dengar tak ni?” Iqmal sudah berdiri dihadapan Shahira yang masih membatu. Enggan bergerak. Memang tak ada hati nak keluar berdua dengan pakcik sorang ni.
“Kalau Shira tak bergerak jugak, abang angkat masuk dalam kereta. Masa tu jangan nak menyesal.” Ugut Iqmal.
Shahira masih diam. Ingat dia takut dengan ugutan tu. Mata kembali menatap skrin tv. Geram dengan perangai Iqmal yang suka memaksa. Lega bila lelaki itu sudah berlalu dari depannya. Mungkin sudah dapat menerima apa yang dikatakan.
Tiba-tiba dia terangkat ke udara. Iqmal sudah mengendong dia ke kereta. Puas dia menjerit supaya diturunkan tapi Iqmal buat pekak. Terus dia mengunci pintu rumah dan memandu keluar.
Akibatnya, dia keluar dengan rupa yang sungguh selekeh sekali. Baju ditubuh direnung lagi. Tak pernah sebelum ni dia keluar dengan baju lengan pendek dan tudung sesingkat ini. Tudung yang digunakan untuk kerja dirumah.
“Dah cantik dah. Sayang abang ni pakai apa pun cantik. Tak payah risau” Iqmal bersuara juga bila melihat perlakuan Shahira menarik-narik lengan baju sendiri. Ingat boleh panjang lengan baju tu kalau ditarik macam tu. Tapi mana berani nak cakap macam tu, kalau Shahira makin sentap nanti hancur semua plan nak keluar berdua.
“Nanti kita beli baju dengan tudung baru. Sebelum tu Shira pakai jaket abang dulu ye” pujuk Iqmal lembut. Terlupa yang isteri tersayang sudah menjadi muslimah sejati. Mana mungkin dia mahu berjalan dikhalayak ramai dengan pakaian seperti itu. Jaket yang sentiasa ada dalam kereta diletakkan diatas riba Shahira.
“Saya nak balik” Perlahan Shahira bersuara. Mengharapkan Iqmal faham yang dia tak selesa dengan keadaan mereka.
“Shira, sekali ni je abang minta. Boleh tak Shira lupakan sekejap apa yang pernah berlaku antara kita. Hari ni kita balik pada kenangan sepuluh tahun lepas. Saat kita bahagia berdua. Saat cinta kita sentiasa mekar walaupun hidup susah” pinta Iqmal perlahan. Berharap dia mendapat peluang memenangi hati Shahira.
“Saya tak mampu” sebak Shahira menjawab. Permintaan Iqmal bagaikan meminta dia melupakan sesuatu yang tak penting dalam hidup mereka.
“Please sayang. Untuk lima jam ni. Jadi kekasih abang. Bolehkan. Temankan abang shopping, berjalan-jalan dekat sini”
“Jangan terlalu berharap”
“Takpe, abang tahu Shira memang sayangkan abang. Jom kita pergi cari baju untuk sayang dulu. Lepas tu baru kita fikir nak buat apa”
Perlahan Shahira mengikut langkah Iqmal. Dalam terpaksa dia turutkan juga. Sukar sungguh menolak permintaan orang yang kita sayang. Walaupun insan itu telah melukakan hampir keseluruhan hati.


Iqmal dah menggeleng bila melihat Shahira turut sama beratur pada badut yang membuat belon untuk kanak-kanak diruang legar pusat membeli-belah itu. Sejam mereka berjalan-jalan sebelum bertemu dengan badut itu. Shahira yang terlebih teruja tanpa malu berdiri dikalangan kanak-kanak untuk mendapatkan belon berbentuk.
“Dah puas hati? Macam budak-budak. Rasanya Adi pun malu nak beratur ambil benda macam ni” soal Iqmal bila Shahira sudah kembali ke sisinya dengan belon berbentuk anak kucing.
“Biarlah, bukan saya suruh awak beratur pun”
“Apa ajelah sayang. Nak ke mana lagi?”
“entah”
“Makan nak?”
“kenyang”
“Habis tu nak buat apa lagi?”
“Mana tau. Awak yang ajak saya keluar”
“Tengok wayang nak? Kita tak pernah tengok wayang berdua lagi kan.”
“Macam budak-budak je”
“Don’t worry, banyak orang tua macam kita pun tengok wayang jugak. Jom”
Tangan Shahira sudah ditarik menuju ke esclector. Teruju dengan aktiviti yang baru hendak dicuba.
Tiba depan kaunter, mereka bertekak tentang filem yang mahu ditonton. Shahira dengan filem aksi manakala Iqmal lebih berminat dengan filem romantik ala nak tidur.
“Kita tengok asing-asing la, awak pergi tengok gambar yang awak nak, saya tengok gambar ni.” Cadang Shahira.
“Merapu la awak ni. Nama pun nak tengok wayang berdua, boleh pulak nak pecah-pecah. Okeylah, disebabkan saya sayang awak lebih, saya ikut pilihan awak jom kita beli tiket.” Pantas pinggang Shahira ditarik menuju ke kaunter.
“Lepas la. Malu orang tengok”
“Takpe, dah halal. Takde orang boleh kata apa”
“janganlah macam ni El. Saya dah ikut awak, tolong jangan buat saya segan”
“Yelah” pautan pada pinggan Shahira dilepaskan. Mereka hanya bergandingan tangan menuju ke kaunter tiket.
Sudah berkali-kali Shahira menutup mulut. Mata semakin layu memandang skrin besar didepan mata. Dalam berwaspada dia terkena jugak dengan Iqmal. Menonton filem melayu yang berbunga-bunga cinta bukanlah minatnya sejak dulu. Itu semua hanyalah ubat tidur paling mujarab.
“Mengantuk?” sepatah Iqmal menyoal.
“Tanya lagi”
“Sorry ye sayang, tersalah cakap tadi. Lain kali kita tengok filem yang sayang nak pulak ye. Lagipun best apa tengok filem ni, orang pun tak ramai, filem pun slow. Nak bercinta dengan sayang pun aman je rasa”
“Apa ni El”
“Abang sayang sangat Shira. Mesti susah hidup Shahira selama abang tak ada ni. Abang minta maaf sayang. Abang tinggalkan sayang bersusah payah besarkan Adi sorang-sorang”
Shahira hanya membisu.
“Lepas dua tahun abang balik cari sayang, tapi sayang dah pindah. Puas abang cari, sampai ke rumah abah. Tapi mak cakap sayang tak pernah balik. Setiap tahun abang balik cari sayang, tapi tak pernah jumpa. Umi pun tolong jugak. Semua orang marahkan abang sebab tinggalkan sayang tapi dia orang semua tak tahu macam mana abang rasa. Abang lagi terseksa, rindukan sayang, rasa bersalah dan kena hadapi kemarahan semua orang. Syukur sangat abang jumpa sayang lepas sepuluh tahun. Tapi harga yang abang perlu bayar memang mahal. Sayang pun dah tak nak tengok muka abang. Dah tak nak panggil abang dah.”
Lebat airmata yang menuruni pipi Shahira. Siapa cakap dia tak sayangkan Iqmal, tak rindukan lelaki itu sepanjang sepuluh tahun ini. Hanya lelaki itu sumber kekuatan untuk terus berdiri sebagai seorang Shahira.
“Please sayang, maafkan abang. Kita bina keluarga kita. Tolong maafkan abang ye” erat jemari Shahira dalam gengaman Iqmal
“Shira tak tahu”
“Just lepaskan semua beban Shira, biar abang yang tanggung semuanya. Shira Cuma perlu jaga abang dan Adi, yang lain abang uruskan. Boleh?”

Selamat hari raya

Buat semua teman-teman....

Dikesempatan ni Sha nak ucapkan "Selamat Hari Raya...
Maaf Zahir & Batin"
Terima Kasih buat semua yang sentiasa mengikuti blog fisha...
buat yang membeli e-novel 'kau ilhamku'....
terima kasih daun keladi,
moga berpuas hati dgn jln ceritanya....

with love,
fisha

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....