tag:blogger.com,1999:blog-44144077477276341142024-03-14T15:37:14.140+08:00ThE spINNing whEElTrue love does not come by finding the perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly
--------spinwhel@gmail.com--------------fishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.comBlogger126125tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-1660234914391011042014-03-26T15:23:00.002+08:002014-03-26T15:26:03.254+08:00Buah Hati ke 2

Setahun bersawang rumah kecil ni, akhirnya ada juga buah hati yang bakal melihat dunia April ini...

Kisah biasa yang diharapkan mampu menghiburkan hati sesiapa sahaja yang membacanya....

with luv,

fishafishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-16042185386186545452013-04-28T11:17:00.001+08:002013-04-28T11:17:54.956+08:00PBAKL 2013Assalamualaikum....

Lamanya tak update blog ni... cerita baru pun tak sempat nak masukkan sebab dh payah nak log in blog sekarang.

Siapa yang ke pesta buku tahun ni? Sha bertuah dapat pergi jumaat lepas, 26 april 2013...

Pada sesiapa yg datang terima kasih ya.... dan kalau ada yg dtg jumpa sha, terima kasih dear! Tak sangka ada yg nak sign sha. Ingatkan mai syok sendiri saja..... tp byk yg cakap tak bawa novel, kesiannya. Sha faham sgt sebab takkan pernah berubah dh 6 bln keluar, sapa yg nak bawa buku dtg pesta bukukan. Semua org nak beli buku barulah....

Peluang berjumpa dengan keluarga JS sgt2 berharga, semuanya super cool dan mesra. Tak rasa macam pertama kali jumpa, mungkin sebab semua berada dlm aliran dan minat yg sama, novel!

Sesi brain storming sambil makan bersama kak yah, CIk Bib, Naurah Iman, Fitry dan sorang lagi yg sha lupa nama dia sgt2 bermakna...... byk yg boleh dikongsi dgn keluarga JS.

Dan kesimpualan yg sha dapat adalah, betapa penting menerap nilai2 murni dlm setiap penulisan utk tatapan pembaca yg berhabis duit membeli karya kita....

Jadi sebagai menghargai semua pembaca blog dan novel sha, sha minta pendapat anda dan anda diluar sana utk menyuarakan pndpat jalan cerita yg bagaimana anda suka dan mahu baca.....

Takut sha tulis cerita syok sendiri.....

Jadi jgn malu2 nak drop comment dkt mail atau pun dkt sini.....

Ok, skrg kita letak hasil tuaian di PBAKL ni....

Mmg payah nsk control diri, nasib baik cash tak banyak jadi tak adalah terlebih budget sgt wlapun lebih jugak....

Pada yg akan pergi slps ni, slmt membeli....

fishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-36350555611015509482013-03-26T11:17:00.001+08:002013-03-26T11:18:53.473+08:00PEsta BukU 2013PBKL 2013 .....

jemput semua ke sini....

ada ke orang yang nak datang jumpa Sha???????fishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-84792027721019653112013-03-05T09:58:00.000+08:002013-03-05T09:58:41.378+08:00** untitle****novel baru yg masih tak bertajuk...

enjoy reading

Bab 1

Siapa kata setiap perhubungan cinta suka sama suka akan berakhir ke jinjang pelamin. Siapa cakap kalau dah berjanji setia pasti akan bahagia hingga ke hujung nyawa. Jika sudah tertulis di loh mahfuz yang jodoh kita bukan dengan insan itu maka bagaimana sekalipun dipaksa ia tetap takkan berhasil. Itu yang dia belajar dari perhubungan yang telah terputus.

Maisara merenung kosong ke langit malam yang kelam. Tiada bulan mahupun bintang didada langit malam ini. Seolah-olah turut sama bersedih dengan kehilangan yang dirasainya, membuatkan hati terasa makin sayu. Angin malam yang sejuk menyapa tubuh benar-benar membuatkan hati makin sedih dan pilu.

Perhubungan yang masuk ke tahun ke empat akhirnya putus juga, walaupun puas mereka mempertahankannya. Dalam sedih yang merantai jiwa dia terpaksa belajar menerima kenyataan yang dia sudah kehilangan kasih-sayang Nizam. Insan yang sangat disayangi itu sudah selamat menjadi suami orang lain semalam. Dari jauh dia memandang lelaki itu segak dalam persalinan pengantin dipelamin indah.

Majlis persandingan siang tadi tidak mampu dihadiri dari jarak dekat walaupun pada awalnya dia sudah menanam azam yang sangat kuat untuk mengucapkan tahniah pada bekas kekasih tersayang. Rupanya dia masih belum kuat untuk melihat insan tersayang bersanding dengan insan lain. Dalam redha masih ada rasa terkilan dengan keputusan yang dibuat Nizam. Akhirnya pelamin angannya bersama Nizam musah.

Hanya kerana keluarga, hubungan bertahun hilang maknanya. Sungguh dari dahulu dia tahu yang Nizam sangat sayangkan keluarga tapi langsung tidak menyangka ini kesudahan mereka. Jadi bila ibunya melarang hubungan mereka, dengan mudah Nizam meninggalkan dia terkapar-kapar sendirian mencari kekuatan untuk meneruskan hidup yang dahulu diserahkan sepenuhnya pada lelaki itu untuk membentuknya.

Sudah kering airmata menangisi kehilangan Nizam. Lalu malam ini dia lebih senang duduk merenung langit malam tanpa apa-apa yang bermain dalam fikiran. Belajar melupakan insan bernama lelaki dalam hidupnya selama ini. Mahu membina hidup baru yang pastinya bukan sesuatu yang mudah.

“Angah, mak suruh masuk dalam rumah” Melissa sudah menjerit dari pintu rumah pada Maisara yang duduk dibawah pohon rambutan. Malas untuk menapak ke sana, bimbang iklan yang sedang disiarkan akan berakhir dan dia terlepas rancangan yang sedang ditonton.

“Nanti Angah masuk. Lisa masuk la dulu” Dalam serak dia menjawab jugak. Takut kalau Melissa melangkah ke sini. Makin panjang pula syarahan tak bertauliah yang perlu dia dengar jika Melissa nampak dia masih menangisi lagi kehilangan Nizam dalam hidup. Budak sekolah menengah tu mana tahu erti kehilangan dalam hidup, yang dia tahu asyik bersuka ria dengan kawan-kawan dan hero-hero kacak di TV.

“Iyelah, tapi jangan duduk lama sangat kat luar ni. Macam-macam boleh lalu depan Angah nanti” usik Melissa.

“Merapu je”

“Betul apa. Rumah kita depan jalan, banyak yang lalu dekat jalan tu. Silap-silap Jidon gila tu pun boleh lalu depan ni” sengaja Melissa kuatkan nama lelaki yang kurang siuman itu pada Sara. Tahu yang kakaknya memang kurang berani bila bertembung dengan lelaki itu.

“Pergi masuk. Jangan duduk merapu dekat sini, mengganggu ketenangan orang nak rehatkan minda saja dengar suara Lisa yang tak merdu mana tu” Melissa buat tak dengar, langsung tak kisah dengan kutukan kakaknya. Dah biasa sangat dengan ayat-ayat begitu membuatkan dia tak lagi terasa hati, malah dengan cara ini hubungan mereka adik-beradik lebih erat.

“Jangan lupa. Masuk cepat, jangan nak layan blues sangatlah. Takat abang Nizam yang tak kacak mana tu banyak lagi yang boleh dibuat calonlah, sekali petik berpuluh yang sanggup nak jadi calon la” dengan selambanya Melissa mengutuk bekas kekasih hatinya. Memang Melissa sangat mengenali Nizam sebab setiap kali keluar memang dia akan bawa Melissa bersama.

“Pergi masuklah, memekak betul” marah Maisara, tak suka bila adik sendiri mengutuk pilihannya. Memanglah Nizam tu tak sekacak mana tapi nak buat macammana kalau hati dah suka. Bak kata orang, masa bercinta bunga taik ayam pun bau wangi. Jadi jangan pertikaikan kenapa dia boleh jatuh cinta dengan Nizam. Sebab dia sendiri pun tak pernah ada sebab yang kukuh kenapa dia boleh bersama Nizam hampir empat tahun.

Maka bukan salahnya andai terasa kehilangan teman yang sudah terlalu lama berada disampingnya. Orang yang kita benci pun susah untuk dilupakan inikan lagi tempat kita berkasih sayang.

Dia mula mengangkat kaki dari pelantar bila terasa malam semakin larut. Keadaan makin sunyi bila hanya sesekali kenderaan melepasi kawasan rumah mereka. Memang waktu-waktu malam begini tidak banyak aktiviti didalam kampung. Semua lebih selesa berehat didalam rumah disamping keluarga.

Baju kurung pemberian Nizam direnung lama. Tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan pemberian itu. selama ini memang dia suka dengan baju itu dan sangat disayangi tapi bila sudah terputus hubungan antara mereka rasa tidak sesuai pula untuk memakainya lagi. Tapi untuk membuangnya pun dia tak sanggup.

“Tengok apa lagi tu angah? Buang ajelah, simpan pun tak guna la” Melissa dah berdiri dibelakang kakaknya. Memang tak puas betul dengan perangai Sara yang susah sangat nak buang semua kenangan dengan Nizam. Dah orang tak nak buat apa lagi nak berharap. Hidup kena teruskan walaupun pahit.

“Sayang nak buang, baju ni elok lagi”

“Habis tu takkan simpan kot. Nanti angah juga yang meroyan teringat kenangan lama. Satu masalah pula” marah Melissa bila Sara masih lagi teragak-agak untuk membuang barangan yang berkaitan dengan lelaki itu. Entah apa yang hendak disayangkan sangat pun dia tak faham. Nak kata mahal sangat hadiah dari lelaki itu, memang taklah.

“Kalau angah bagi dekat orang nampak jahat sangat tak?”

“Tak jahat mana pun, adik suka je kalau angah nak sedekahkan. Kurang-kurang tak adalah jadi pembaziran dari kita buang dalam tong sampah”

Senang hati Sara mendengar persetujuan dari Melissa. Memang dia tak sampai hati nak buang pemberian orang, jadi lebih baik disedekahkan pada yang lebih memerlukan.

“Kalau macam tu, jom kumpul semua baju yang dah tak dipakai. Boleh juga sedekahkan pada orang. Yang betul-betul buruk nanti bagi mak buat kain buruk” dengan gembiranya Sara membuka almari. Mencari pakaian yang sudah tidak dipakai. Taklah rasa ralat sangat bila ada pakaian lain yang mengiringi pemberian Nizam.

“Angah ni, Lisa malaslah nak punggah almari tu. Nanti-nantilah kita buat” memang Melissa tak setuju dengan cadangan Sara, sekarang waktu rancangan kegemarannya disiarkan di TV. Mana boleh nak buat kerja lain, hilang fokus dan kurang ikhlas jadinya nanti.

“Habis tu, angah bosan ni. Nak buat apa ni?”

“Apa kata angah pergi chat, sekarang ni banyak je laman sosial yang boleh cari kenalan baru seluruh dunia” cadang Melissa. Asalkan Sara tak menggangu waktu menontonnya.

“Angah mana reti semua benda tu”

Dalam terpaksa Melissa menghampiri komputer didalam biliknya, menghidupkan pekakasan elektronik itu dan mengajar kakaknya untuk menggunakan laman bual yang ada.

“Dalam ni ada list kawan-kawan Lisa, angah sembanglah dengan dia orang. Kalau nak cari kawan baru, angah klik dekat sini” ajar Melissa. Memang Sara bijak dalam pelajaran tapi kalau bab laman sosial memang dia sangat ketinggalan.

“Selamat bersembang dan jangan kacau Lisa”

fishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-39551853992194737482013-02-21T07:15:00.001+08:002013-02-22T07:05:39.897+08:00Takkan PernaH berubah....Salam semua....

Ni nak buat iklan sikit...

pada sesiapa yang berminat nak dapatkan novel Takkan Pernah Berubah, Sya ada 2 copy lagi,

email me okey....

harga include postage adalah RM20.00

sya guna maybank ye....

love,

fishafishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-21295435100794205532012-12-14T11:18:00.004+08:002012-12-14T11:18:58.468+08:00~Sinar~Masih dalam minda... jemput baca sikit apa yang ada dan apa pendapat anda?

“Siapa punya Vaio ni?” langkah yang sepatutnya di atur menuju ke bilik kecil dibelakang kedai terus terhenti bila melihat ada pula benda baru yang singgah di meja kerjanya. Padahal sebelum dia keluar ke gerai yang berdepan dengan kedai dia sudah pastikan mejanya kemas dari sebarang kerja.

“Ada sorang mamat tu hantar, penting katanya. Bos dia nak pakai cepat, kalau boleh nak ambil sebelum pukul tiga nanti. Boleh ke?”

“Amboi, boleh main arah-arah kita pulak. Sekarang dah 1.30, aku nak sembahyang lepas tu nak kena balik ambil slip ubat yang tertinggal pagi tadi. Mana sempat nak siapkan petang ni. Kau ajelah yang tolong buatkan. Apa masalahnya?” bebel dia sebelum melabuh duduk dikerusi, mencapai juga komputer riba berwarna putih itu. Mulut saja membebel tapi tangan tetap menjalankan tugas. Tak sampai hati juga membiarkan komputer itu tidak berusik.

“Kena virus rasanya, sebab aku dah try on tadi tapi punya lambat nak load masuk dalam window”

“Kalau virus je, kau pun boleh tolong bersihkan. Kira halal la ye, aku nak pergi solat dulu. Nak kena gerak cepat tahu ajelah berurusan dengan gomen ni semua nak kena duduk santai lama-lama baru dapat”

“Betul kau yakin nak bagi aku buat harta benda mahal orang ni?” soal Yati yang santai bermain dengan game ditangan. Kurang yakin dengan kepercayaan teman merangkap bosnya itu. Selama ini dia hanya membantu menekan ‘enter’, ‘yes’ dan ‘no’ sahaja bila disuruh Jalilah. Tugas sebenar dia di kedai komputer itu adalah sebagai cashier dan penyambut tetamu sahaja. Kerja-kerja membelek komputer orang ni memang bukan kepakaran dia. Kalau menjahamkan memang dialah yang pakar. Tak payah suruh pun dia boleh buat Jalilah pening kepala nak repair.

Melihat muka bos merangkap teman baiknya sudah memerah dia segera menutup mulut, tidak mahu mengundang bebelan yang bakal memedihkan telinga sendiri. Faham sangat dengan perangai teman yang pantang disoal berkali-kali. Kalau biru katanya jangan sesuka hati nak tukar jadi pink, memang mencari nahas.

“Oklah, aku buat tapi kalau jadi apa-apa yang tak di ingini kau jangan nak salahkan aku. Jangan nak potong gaji aku macam dua bulan lepas ye” ugut Yati sebelum apa-apa terjadi. Dah tak sanggup nak kena potong gaji sebab terbakarkan dua keping RAM 4Gigabyte milik pelanggan mereka.

“Buat ajelah, banyak pula bunyi kau hari ni kan.”

“Aku Cuma nak pastikan keselamatan aku sebelum apa-apa jadi dekat harta benda orang. Tak mau aku jatuh tempat yang sama dua kali. Sakit tu”

“Dah, aku jamin keselamatan kau. Kalau jadi apa-apa nanti aku yang berdepan dengan tuan punya buku putih ni”

“Thanks bos, aku pegang kau punya janji”

“Jangan lupa solat kejap lagi. Jangan sampai aku dapat tahu kau tinggal solat lagi. Aku potong gaji kau nanti” ugut Jalilah sebelum berlalu ke dalam bilik. Tidak mahu melambatkan lagi jadualnya petang ini.

“Tahulah, lepas kau solat terus aku masuk solat. Jangan berleter banyak sangat, sakit telinga aku dengar. Boleh bernanah tau”

“Takat bernanah je, azab lagi siksa dalam kubur dan api neraka” sayup-sayup suara Jalilah dari dalam bilik membuatkan dia terdiam. Memang kalah kalau si bos besar keluarkan hujah meninggalkan solat.

Yati pandang muka orang yang tengah berdiri dihadapan kaunter , gentar sebenarnya bila tuan punya komputer yang dibaiki semalam sudah mahu menuntut. Apa yang hendak dijawab bila komputer yang sepatutnya berfungsi selepas dicuci terus tidak boleh hendak dihidupkan. Dan Jalilah masih belum muncul disaat dia sangat memerlukan penyelamat.

“Cik, saya perlukan laptop tu, apa masalahnya lagi. Sepatutnya dah siap semalam, ini dah lebih dari masa yang diberi. Boleh tak cik bagi dekat saya sekarang?”

“Saya tahu tapi ada masalah sikit dengan komputer tu dan bos saya belum sampai lagi” kepala yang tak gatal digaru sehingga rambut yang tadi bersikat kemas sudah berselerakkan. Bimbang bila orang yang dinantikan langsung tidak nampak bayang lagi. Selalunya Jalilah yang sampai dahulu ke kedai, ini masa dia memerlukan pula si kawan langsung tak nampak bayang lagi.

“Cik? Macammana ni? Boleh tak bagi komputer saya cepat. Saya ada mesyuarat dengan orang pagi ni”

“Lima minit” segera dia mencapai telefon bimbit dan menjauhi lelaki yang sedang memandang tepat padanya. Kena cari Jalilah tersayang. Tapi sudah kali panggilannya disambut oleh akak Celcom. Liur ditelan kesat, gerun melihat muka yang tadinya kacak sudah berubah serius.

“Maaf encik, saya tak dapat nak call dia. Boleh tunggu lagi tak? Tapi kalau tak boleh pun kena tunggu jugak sebab komputer encik tu tak siap lagi” dengan muka bersalah dia menerangakan keadaan sebenar. Tak mampu nak menipu dah kalau muka orang depan dah bertukar warna menanti.

“Macammana awak boleh buka kedai ha? Benda macam ni pun tak boleh nak sattle. Inilah orang Melayu, sembang hebat tapi buat kerja teruk. Sebab tulah orang kita tak boleh nak maju.” Bebel lelaki yang sedang berdiri didepannya.

fishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-40606114009049748962012-11-25T11:36:00.000+08:002012-11-25T11:36:18.404+08:00Salam semua yg masih berkunjung ke teratak bersawang ni...

Hampir 2 bulan 'Takkan Pernah Berubah' berada dipasaran. sungguh semua ni bagaikan mimpi pada Sya... angan-angan zaman sekolah menjadi kenyataan.

TERIMA KASIH pada yang sudah mendapatkannya.....:)

Tapi satu benda yang asyik menjelma dalam fikiran, berbaloikah duit anda bila membeli karya kecil Sya? takut sangat bila fikirkan duit yang sudah dilaburkan pada cerita ni mendukacitakan anda, tidak sampai dengan apa yang diharapkan.

Pada yang sudah membaca dari kulit ke kulit, apa pendapat anda? berbaloi tak? ke rasa macam nak hampuk je org yang tulis cerita tu? sya memang tak pandai nak tulis ayat bunga-bunga. ada masa tu, rasa macam bukan sha yang tulis novel tu. rasa macam betul ke aku yang tulis ayat ni? gila betul.....

memang kisah Shira dan Iqmal cerita biasa-biasa saja, cerita org kampung yang tak kaya macam novel yang banyak dalam pasaran sekarang. Sha cuba bawa keadaan persekitaran yang kita lalui dalam hidup ni ke dalam tulisan. maaf kalau ada yang tak boleh terima.

Buat dia yang pernah berkata dulu, ini cerita yang sha nak beli. dunia realiti yang tak banyak sangat propa. dugaan hidup bila kita pilih sendiri jalan. jangan asyik salahkan orang dan larikan diri. berani berdiri dengan keputusan dan maafkan orang yang kita sayang kerana kita takkan rugi....

dan pada semua, patut tak sha upkan karya baru atau sambung apa yang tergantung di blog ni dahulu?

Sekian,

fishafishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-29668204368404333932012-10-18T14:50:00.000+08:002012-10-18T14:50:16.348+08:00tolong...tolong....hai semua....

asalamualiakum,

dah dapatkan takkan pernah berubah?

harap berpuas hati dengan Iqmal dan Shira....:)

dan harap anda tak rasa rugi beli karya kecil sha...

dekat sini sha nak minta tolong sikit...

ada tak reader dekat sini yang doktor ke nurse ke?

nak minta tolong pasal info bab hospital ni...

email sha ok....spinwhel@gmail.com

thanks sangat....fishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-12302897833521208812012-09-21T20:04:00.000+08:002012-09-21T20:05:10.426+08:00Mempersembahkan... Takkan Pernah Berubah

Penulis: Fisha

ISBN: 978-967-0508-02-3

Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)

Pesanan Online: mulai 8 Okt. 2012

Nasi lemak buah bidara,

Sayang selasih hamba lurutkan;

Buang emak buang saudara,

Kerana kekasih hamba turutkan.

Atas dasar cinta, Shahira rela kehilangan keluarga yang selama ini menjadi tulang belakangnya. Iqmal pula merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan keluarganya. Walaupun hidup sederhana, mereka bahagia. Namun, cinta mereka teruji apabila mereka terpaksa berpisah untuk menuntut ilmu.

Langit tidak selalu cerah, begitu juga hidup mereka. Kecelakaan menimpa Iqmal, lalu dia terputus hubungan dengan Shahira. Shahira pula terpaksa mencari tempat bergantung baharu setelah Iqmal hilang tanpa dapat dikesan.

Sepuluh tahun berlalu, barulah mereka bertemu. Pertemuan yang tak disangka menyebabkan Shahira melarikan diri daripada Iqmal. Ada rahsia yang dipendam Shahira. Siapa Adi dalam hidup Shahira? Masihkah ada maaf daripada Shahira untuk Iqmal? Dan, bagaimana pula dengan penerimaan keluarga mereka?

kau umpama matahari malam untukku, tidak kelihatan namun sentiasa ada

FISHA, gadis dari utara tanah air ini menulis dengan gaya bahasa yang santai namun membuai perasaan pembaca dalam Takkan Pernah Berubah. Sungguh, hati wanita itu sekeras kerak nasi. Andai disiram air, maka lembutlah ia.

fishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com11tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-3990536975887984902012-09-21T14:52:00.001+08:002012-09-21T20:06:31.560+08:00Takkan Pernah Berubah....Alhamdullilah...... akhirnya impian dan cita-cita bertahun dulu untuk melihat novel kaarangan sendiri tercapai....

Matahari malam dah menjadi... Takkan pernah berubah... tak kisahlah apapun tajuknya, harap ia akan memberi kepuasan pada semua...

dah try letak cover dekat sini tapi nampak sangat pc canggih ni tak boleh nak upload... korang semua boleh tengok dekat website jemari seni (http://www.jemariseni.com) [takkan pernah berubah]

nanti balik kerja sya upload cover yg sgt comel tu.... :) fishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-48804076776085375312012-09-04T20:59:00.001+08:002012-09-21T20:07:40.676+08:00Buat semua.....Buat aku tersenyum..... dan harap ia juga bakal membuatkan semua yang mengikuti blog ini juga akan tersenyum... biarlah apa orang nak kata, yang penting hati tengah berbunga ceria....

sampai berjumpa Iqmal dan Shira dalam versi cetak.... :) fishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-4130452554947727042012-07-27T12:05:00.002+08:002012-07-27T20:15:46.045+08:00Apa kata anda????Salam buat semua yang masih setia mengunjungi pondok buruk ini...
terlalu lama rasanya tiada sebarang update/ sambungan / cerita baru disini...maaf untuk itu.
buat yg mengikuti Matahari Malam....
fisha ada satu persoalan... manuskrip MM sudah dihantar ke satu publisher dan kemungkinan akan dibukukan...
tapi masalahnya sekarang, tajuknya perlu diubah...
adakah terlalu berat tajuk Matahari Malam untuk diterima oleh pembaca?
help!!!!! help!!!help!!!!
fisha sgt sukakan perkataan MM, korang macammana????? ke fisha yg SS? orang lain tak kisah pun....
semua pendapat sgt2 dialu-alukan.....fishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-36110704164151369822012-03-03T09:26:00.003+08:002012-03-03T09:38:10.318+08:00~MaTAHari MalAM - 1~Salam semua...

Buat yang mengikuti matahari malam....
ni adalah versi baru....
dah lama tak ada apa-apa update...rasa bersawang sgt...
jadi ini untuk anda dan anda yg rajin berkunjung ke sini...
segala komen dan idea sgt2 dihargai....

****BAb 1****

Suasana sunyi seperti biasa di dalam perpustakaan negeri petang itu. Semua pengunjung begitu asyik dengan kerja masing-masing. Cuma sesekali terdengar suara perbincangan atau mungkin berbual memecah keheningan. Menghilangkan mengantuk atau kebosanan barangkali. Tapi itu semua langsung tak menghalang pandangannya yang masih pada gadis dimeja itu.
Mata tidak lepas dari memandang si gadis yang tekun membaca dimeja paling hujung dalam perpustakaan itu. Suka benar dia melihat telatah gadis manis yang setiap hari berkunjung ke perpustakaan itu sejak dua minggu yang lepas. Hari ini dia perlu memulakan langkah jika ingin mengenali gadis itu. Langkah diatur perlahan ke meja yang penuh dengan segala macam buku-buku. Nampak benar yang gadis itu sangat memanafaatkan masa yang ada. Tidak langsung mengangkat muka berbual atau berjalan-jalan tanpa arah.
Mungkin hari ini adalah masa yang terbaik kerana tidak ada seorang pun yang menumpang meja yang diduduki oleh gadis itu. Jika tidak pastinya dia akan mengganggu pengunjung yang lain. Dengan langkah penuh yakin dia meninggalkan meja sendiri, menghampiri si dia yang sering hadir dalam mimpinya seminggu ini.
“Boleh pinjam buku ni?” soal Iqmal sambil mencapai sebuah buku diatas meja. Dia main ambil saja tanpa mengira kandungan sebenar buku itu. Tak kisahlah. Janji ada sebab untuk berbual. Nak menghulurkan salam terus nampak macam gelojoh sangat. Tiba-tiba sahaja mahu berkenalan walaupun berada didalam perpustakaan.
“Ambillah” sepatah Shahira menjawab. Kembali melarikan pen di dada kertas yang sudah dilipat dua. Langsung tak menghiraukan keadaan sekeliling. Nampak tenggelam didalam dunianya sendiri.
Dia duduk dihadapan gadis itu. Seronok melihat gadis itu tekun menulis entah apa. Langsung tidak mengendahkannya. Atau mungkin langsung tak menyedari yang dia sudah duduk disitu.
“Nama saya Iqmal. Awak?”
Perlahan dia bersuara, cuba mengimbangi dengan suasana sunyi disitu, membuatkan gadis didepannya tergejut. Hampir sahaja terlepas pen dijari.Tersenyum dia bila melihat muka tergejut gadis didepannya. Comelnya dia. Betullah dia dah gila bayang dengan gadis ini. Muka orang tergejut pun sudah boleh dikatakan cantik.
“Maaf?” soal Shahira kembali. Kurang jelas dengan apa yang dikatakan oleh lelaki dihadapanya tadi. Sungguh dari tadi dia leka menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh Puan Zuraida. Kemudian sibuk menyiapkan nota minda untuk bab yang dipelajari didalam kelas tadi. Bimbang terlupa apa yang telah dipelajari didalam kelas semalam, jenuh pula hendak bertanya pada rakan-rakan.
“Saya Iqmal. Awak?”
Ulang Iqmal tanpa rasa marah. Masih tekun menatap wajah Shahira. Langsung tidak terasa hati dengan tingkah gadis dihadapannya yang tidak mendengar tuturnya. Memang salah dia tiba-tiba menegur orang yang asyik mengulangkaji.
“Shira” sepatah dia menjawab. Kurang berminat untuk memanjangkan perbualan dengan lelaki itu. Bukankah selama ini memang dia tidak bercakap dengan orang asing, jadi kehadiran lelaki itu cuba dihindari. Lagipun memang mak dan abah tidak galakkan dia berkawan dengan lelaki sekarang.
“Oh Shira, boleh kita berkawan?” soal Iqmal masih belum berputus asa. Dia tetap mahu berkenalan dengan Shahira walaupun sedar layanan sedikit dingin dari gadis itu.
“Ha?” senyuman lebih lebar terukir dibibir Iqmal bila sekali lagi melihat muka tergejut Shahira. Kalut semacam tapi comel sangat.
“Dah lama saya tengok awak selalu study dekat sini sorang-sorang. So boleh kita berkawan?”
Terang Iqmal bila melihat Shahira seakan tidak faham dengan apa yang sedang berlaku. Nampak sangat muka naifnya. Mesti gadis didepannya ini sangat menjaga pergaulannya.
Shahira tunduk memandang kertas yang sudah penuh dengan nota. Segan bila sedar mata lelaki didepannya tajam menilik wajahnya. Membuatkan dia malu sendiri. Mana pernah sebelum ni ada lelaki yang berani buat begini.
“Tak payah kot” dalam lembut dia menjawab. Berharap dengan jawapan itu lelaki itu akan melangkah pergi. Faham yang dia tidak berminat untuk memanjangkan sesi soal jawab antara mereka.
“Niat saya baik, nak berkawan je dengan awak. Tak salahkan”
Jelas Iqmal bila gadis itu mempamerkan riak tidak berminat untuk melanjutkan perbualan. Dia dah cukup tebalkan muka dan cekalkan hati untuk terus berada dihadapan Shahira. Jadi dia mengharapkan keputusan yang diperolehi adalah setimpal dengan usahanya ini. Perkataan tidak memang tidak ada dalam skema jawapan yang diharapkan keluar dari bibir merah Shahira.
Shahira gigit bibir sendiri. Geram dengan gelagat manusia didepannya. Macam tak faham bahasa pulak bila orang cakap tak berminat.“Mana ada orang jahat cakap dia jahat. Lagipun saya tak berminat sangat nak berkawan dengan lelaki ni. Abah saya tak suka saya berkawan dengan lelaki”
“Tapi saya nak kenal awak. Ni nombor telefon saya, call ya. Esok saya dah tak boleh datang jumpa awak. Harap awak sudi berkawan dengan saya”
Sekeping kertas yang tertera nombor telefonnya diletakkan dihadapan Shahira. Hanya itu yang boleh dilakukan saat ini. Dia yakin, jika dia meminta nombor telefon gadis itu pastinya tidak akan berjaya. Lagipun, loceng menandakan perpustakaan akan ditutup sudah berkumandang. Dia memang tak punya harapan lain.
“Jadi?”
“Please call ya. Saya kena gerak sekarang”
Shahira hanya melihat lelaki itu melangkah dari mejanya. Perlahan, kertas yang berlipat itu diambil dan dimasukkan ke dalam buku rujukan. Dia perlu bergerak cepat, mengemas buku dan keluar dari perpustakaan sebelum semakin ramai pengujung berpusu-pusu keluar dari bangunan itu.
Pastinya abah sudah menanti di luar bangunan itu. Sudah menjadi rutinnya singgah untuk mengulangkaji disitu dihantar dan diambil oleh abah. Jadi dia tidak mahu abah menanti terlalu lama. Kesian pada lelaki yang cukup baik dalam mendidiknya menjadi seorang anak yang berguna.

Orang yang ramai berpusu-pusu keluar menggunakan satu pintu sahaja membuatkan Shahira berdiri sebentar di kawasan simpanan beg. Membiarkan dahulu keadaan menjadi sedikit tenang sebelum mula melangkah. Dia memang tidak gemar berasak-asak dengan orang ramai.
Baru hendak melangkah dia nampak pemuda tadi keluar menuju ke kawasan parkir motosikal. Nampak bergaya dengan jaket dan motornya. Mungkin perasan dirinya diperhatikan, Iqmal mengangkat muka memandang ke arah pintu keluar.
Tersenyum manis bila nampak wajah Shahira yang memerah segan. Laju dia melangkah ke arah pintu pagar, enggan menoleh lagi. Bimbang andainya lelaki itu akan mengekorinya ke situ. Mati hendak bersoal jawab dengan Pak Man kalau Iqmal ke situ.
Huluran topi keledar dari Pak Man disambut selepas dia menyalami tangan abahnya. Beg yang disandang dimasukkan ke dalam raga motosikal.
“Dah siap kerja along?” soal Pak Man.
“Belum lagi, tapi maklumat semua dah lengkap. Lepas ni Cuma nak compile dan susun atur ikut format”
“Habis tu esok nak datang lagi tak?”
“Kenapa abah?” soalnya. Selalunya Pak Man hanya akan bertanya begitu jika dia perlu berkerja.
“Abah kena masuk kilang esok. Gantikan kawan. Along boleh datang sendiri?” jawapan Pak Man buat dia serba salah.
“Tak datang pun tak apa dah abah, nanti menyusahkan abah nak kena pergi kerja naik kereta pulak” tolak Shahira. Memang dia tidak suka untuk menyusahkan Pak Man yang sangat baik.
“Abah tak kisah along. Janji anak abah boleh belajar dengan selesa”
“Tak payah la abah, along buat kerja dekat rumah saja. Nanti kalau ada yang tak lengkap along cari dekat library sekolah”
“Ikut suka along. Dah jom balik. Nanti bising pula mak tu, cakap kita pergi meronda lagi”
Tersenyum Shahira mendengar tutur Pak Man. Memang mak selalu bising bila mereka balik lambat. Kata mak, mereka dua beranak suka sangat makan angin tak bawa dia.
Shahira perasan kelibat motosikal Iqmal melintas ketika dia mengenakan topi keledar ke kepala. Pastinya lelaki itu menanti sehingga dia betul-betul balik baru dia beredar dari kawasan perpustakaan itu.fishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-90252366317287493482012-01-31T15:18:00.002+08:002012-01-31T15:24:55.319+08:00tekanan perasaansgt tertekan bila buka manuskrip yg dh hampir 80% siap tiba-tiba blank..
langsung tk ada apa....
ada sesiapa yg pndai pasal word?... mcmmana nk buat bila appear. .
word cannot start the converter mswrd632.wpc
dh cuba try cara en geogle tp tak berkesan...
gila tekanan perasaan...
rasa usaha berbulan ni mcm sia-sia....
matahari malam oh matahari malam.. byk benar dugaan nk siapkan...
tlg ya...anyone yg ada solution...
thanksfishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-79489263623913465942012-01-10T10:08:00.001+08:002012-01-10T10:12:11.117+08:00~dIA- 21~Hari Ahad, hari yang sepatutnya bersantai dan berehat dirumah bersama isteri tersayang selepas penat berkerja seminggu. Menyemai kasih sayang andai berpeluang tapi bila melihat isteri tersayang sedang berhempas pulas menyaipkan tugasan, segala angan-angan indah berkecai satu demi satu. Tak sampai hati pula nak mengganggu bila melihat betapa tekunnya Athirah mengira di meja kopi.

Akhbar ditangan sudah lunyai diselak-selak. Habis semua berita yang ada dibaca. Tapi dia masih setia disofa belakang Athirah. Enggan berganjak. Dijenguk sedikit pada kertas yang sedang diconteng Athirah. Bosan sebenarnya.

“Kalau bosan, onkan TV tu. Dah sakit telinga Ira dengar abang dok selak-selak paper dari tadi” tegur Athirah bila perasan yang Fikri sudah menjengah ke meja yang sudah semak dengan kertas-kertas.

“Tak apalah, mengganggu Ira nak fokus dekat soalan je”

“Buka ajelah, tak apa. Tak mengganggu pun”

“Betul ni?”

“Betul” tangan sudah menghulur remote TV pada Fikri. Memang dia tak kisah kalau Fikri nak menonton TV, dah memang ruang tamukan. Takkan nak salahkan Fikri mahu menonton. Patutnya dia yang masuk buat kerja dekat tempat yang disediakan.

Rancangan yang sedang ditukar-tukar oleh Fikri membuatkan Athirah mengangkat muka. Hairan betul dengan suami sendiri yang dari tadi bermain dengan remote. Takkan tak ada langsung rancangan yang minat nak ditengok.

“Kenapa Abang?”

“Bosan. Banyak lagi ke?”

“Dua soalan lagi. Kenapa?”

“Lepas ni balik rumah abah nak?” soalan Fikri, dia sudah duduk disebelah Athirah. Mencapai kertas yang berselerak.

“Okey juga.”

“Abang tolong buat ya. Bosan ni” minta Fikri bila sudah memegang kertas.

“Betul nak tolong ni?”

“Iyalah.”

“Okey. Nah buat yang ni” kertas yang berada ditangan dihulurkan pada Fikri. Mana boleh tolak kalau kepala dah tepu dengan segala macam formula.

Tersenyum Fikri menyambut huluran Athirah. Senang pula Athirah nak bagi dia menolong. Selalunya mengelak saja kerjanya.

“Bila nak hantar ni?”

“Esok. Minta tolong Tim poskan dengan dia sekali”

“Baiknya Fatimah” ikhlas Fikri memuji teman Athirah.

“Baik ada makna. Dia nak meniru la tu, sebab tu dia sanggup tolong poskan. Jadi dia punya jawapan lengkap juga la.”

“Biasalah, nama pun kawan-kawan. Sharing is caring apa”

Athirah pandang tak percaya jawapan Fikri. Sejak bila budak skema macam Fikri boleh terima idea macam ni. Ingatkan nak bangkang dah.

“Kenapa? Tak percaya?” soal Fikri bila perasan Athirah hanya membisu memandang dia. Siap dengan muka tak percaya lagi. Dah boleh agak riaksi Athirah tu.

“Itulah sayang, don’t judge a book by its cover. Selak dulu isi baru kita tahu apa yang ada kat dalam”

“Ira tak kata apa pun. Abang yang perasan lebih”

“Alah, macam abang tak tahu apa yang ada dalam kepala Ira. Sejak kerja dengan orang macam Keon dan kenal Cah, abang kena la maju sikit. Kalau tidak asyik kena buli saja dengan laki bini tu”

Terlepas ketawa Athirah mendengar bicara Fikri. Dahsyat juga pengaruh kawan-kawan ni. Orang skema macam Fikri pun boleh berubah jadi budak nakal. Memang lepas ni boleh geng la. Tak la rasa kekok sangat kena berubah jadi budak baik.

“Okey, siap” kertas dihulurkan pada Athirah. Dia sudah meregangkan tangan ke atas. Lenguh juga duduk bersila lama-lama ni. Nampak sangat dah tua, duduk lama sikit pun lenguh.

“Thank you” ucap Athirah. Dah tak berani nak cakap terima kasih dalam bahasa melayu sebab takut dengan jawapan Fikri. Gatal semacam pulak kalau dengar cara Fikri bercakap.

“Tak nak check dulu?” Fikri dah pelik tengok Athirah simpan terus kertas yang sudah siap dikepil. Langsung tak dipandang jawapan darinya.

“Tak payah la, mesti betul punya. Engineer yang jawab ni. Kalau silap mesti dah lama abang kena buang kerjakan”

“Pandailah”

“Okey. Nak kemas barang kejap. Nak balik rumah abah pukul berapa ni?

“Lepas solat la.”

“Okey”

Pak Man sedang berehat dihalaman ketika Fikri dan Athirah sampai didepan rumah. Memandang anak dan menantu yang sedang keluar dari kereta. Senang hatinya melihat perubahan perhubungan keduanya. Yakin yang keputusan untuk kahwin Athirah dulu tepat sekali.

“Asslamualaikum abah”

“Waalaikummusalam. Sesat dari mana yang boleh balik sini? Kamu tak sekolah hari ni Ira?” soal Pak Man bila Athirah tunduk menyalami tangannya selepas Fikri.
“Kelas dah habis. Tinggal nak periksa lepas ni”

“Dari mana ni Fik?”

“Dari rumah. Tak tahu nak pergi mana dah, tu pasal ajak Ira balik sini. Lagipun dah lama jugak tak balikkan”

“Baguslah, ingat juga kamu dekat abah, ingatkan dah lupa terus dah”

“Apa abah ni, bukan selang sehari ke Ira call tanya khabar. Saja nak buat orang susah hati la abah ni”

“Saja ja abah nak mengusik kamu. Dah makan?”

“Belum” serentak Fikri dan Athirah menjawab. Memang budak malas tu tak masak pun bila sibuk menyiapkan kerja sekolah tadi.

“Ai, dua-dua ada dirumah pun tak makan lagi. Ira tak masak ka?”

“Sibuk la, abah masak apa?”

“Mana ada masak, abah makan kenduri dah tadi. Kamu pergilah masuk masak. Tengok apa yang tinggal dalam peti ais tu”

“Teruk la abah ni. Ira ingat abah kena kahwin la, baru senang hati”

“Amboi-amboi, dah seronok hidup berdua sibuk nak kahwinkan orang pula. Hentikanlah, abah kamu dah tua. Entah-entah dua tiga hari lagi dah dijemput balik. Tak payah duk pikir benda pelik-pelik macam tu”

“Apa abah cakap pasal mati-mati ni”

“Benda betulkan, takkan abah nak tongkat langit”

Airmata sudah bergenang dikolam mata, menunggu saat untuk jatuh ke pipi. Terasa hati betul dengan kata-kata abah. Perlahan kaki dihayun ke dalam rumah. Meninggalkan Fikri dan Pak Man tanpa sepatah kata.

“Merajuk la tu” komen Pak Man pada Fikri yang masih terpacak disisinya. “Pergilah pujuk Fik. Macam budak-budak perangainya. Tak sedar yang diri yang dia dah boleh jadi mak orang”

Fikri hanya tersenyum mendengar bicara Pak Man, enggan mengulas lanjut. Faham dengan perasaan Athirah. Pak Manlah tempat isterinya bermanja, pastinya terasa mendengar bila orang yang kita sayang bercakap soal mati.
“Fik masuk dulu abah”fishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-74748699146096617722012-01-06T10:44:00.001+08:002012-01-06T10:46:06.390+08:00~dIA - 20~Athirah tarik muncung bila memandang muka selamba Fikri. Sejak sejam yang lepas memang dia saja yang terkena bila berbalas cakap. Pandai betul lelaki yang tekun menonton berita itu menjawab setiap patah ayatnya. Sampai dia sendiri dah habis idea untuk bentangkan pada Fikri. Isunya Cuma satu, Fikri tak izinkan dia menunggang motosikal ke tempat kerja. Habis tu, takkan dia nak buat orang kaya pergi kerja dihantar Fikri.
“Tak baik duk mengutuk suami sendiri. Dah banyak pahala ke sampai nak sedekah untuk abang ni?” soal Fikri tanpa memandang Athirah disebelah. Mata masih fokus memandang skrin TV. Sengaja nak mendera Athirah.
“Bila masa pulak Ira kutuk abang?”
“Bohong tu hukum dia berdosa tau” provok Fikri.
“Abang, please la. Ira pergi kerja macam biasa”
“Sayang, faham tak yang naik motosikal ni bahaya. Risiko dia tinggi sangat. If anything happen dekat Ira, macammana dengan abang?”
“Macam nilah. Takkan nak bertukar jadi sailormoon pulak”
Athirah menjerit bila hidung terasa sakit dipicit Fikri. Dah macam nak membunuh pun ada. Dah tak sayang gamaknya.
“Ira, abang serius ni. Boleh tak jangan buat main benda-benda macam ni”
“Okey, sorry. Tapi betullah, apa salahnya Ira pergi macam biasa. Dekat aje pun”
“The answer still no. abang akan ambil dan hantar Ira. Ataupun Ira nak drive sendiri? Kita tukar, biar abang yang bawa motor sayang tu”
“Tak boleh, pandai eh. Bila kena bab Ira macam-macam alasan abang bagi. Bila kena tang abang, boleh pulak nak naik motor. Saja la tu nak bagi Ira susah hati pulak”
Fikri tersenyum mendengar bicara Athirah. Suka benar dia bila isteri tersayang turut mengambil berat tentang dirinya.
“Ni yang sengih macam kerang busuk ni kenapa pulak?”
“Sayang jugak Ira dekat abang ya”
“Malas nak layan” segera dia mengangkat kaki ke dapur. Macammana boleh terlepas cakap depan mamat sorang ni. Malu la.
“Tak mau layan pun tak apa, abang tau Ira sayangkan abang”

Fikri berdiri dimuka pintu, memandang Athirah yang tunduk memandang kertas diatas meja. Nampak tekun benar mengulangkaji pelajaran walaupun hari dah lewat benar. Perlahan dia menghampiri Athirah bila panggilannya tak bersahut. Dijengah pada permukaan meja, penuh dengan kertas nota yang berselerakkan. Tangan Athirah pula rancak mengetuk pencil ke meja.
“Patutlah tak dengar, telinga dah kena sumbat dengan palam rupanya” bebel Fikri sendiri. Dipandang Athirah yang tersenyum-senyum sendiri. Pelik. Muka punya la berseri-seri buat kerja sekolah. Mana pernah nampak sebelum ni muka orang gembira buat kerja yang menyemakkan kepala macam ni.
Baru hendak menyapa, dia terpandang kertas yang diangkat Athirah. Ya Allah, mati-mati dia ingat Athirah buat kerja sekolah rupa-rupa dengan bahagia tengok youtube ditelefon bimbit. Patutlah ceria benar. Entah apa yang ditontonnya, tersenyum-senyum dari tadi.
Disebabkan itu muncul idea mengusik. Kita tengok pula orang yang kuat mengusik kena usik. Ada peluang nak menangis ke tidak. Laju jemari menarik earphone dari telinga kiri.
“Seronok nampak” ucap Fikri bila Athirah menoleh dengan muka tergejut. Tangan cepat menutup skrin telefon dengan kertas nota. Macam student kantoi dengan cikgu displin.
“Mana ada. Tengah buat kerja sekolah ni”
“Menipu berdosa tau” umpan Fikri.
“Nak apa ni?” soal Athirah.
“Nak tengok budak sekolah buat homework sampai lewat malam, tapi ternampak benda lain pulak. Dah lama buat kerja macam ni?”
“Buat apa?”
“Ingat abang tak nampak apa yang Ira buat tu”
“Mana ada apa, tengah buat kerja sambil dengar lagu je”
“Kalau betul, bak sini phone abang tengok” tangan ditadah pada Athirah yang masih tidak berpuas hati.
“Tak payah la, pergi la tidur. Dah lewat kan”
“Tahu pun dah lewat. Tak reti-reti nak tidur? Tak kesian dekat abang yang kena tunggu Ira?”
“Siapa suruh tunggu?”
“Nak kena la budak kecil ni, bak sini telefon tu cepat. Menjawab je dari tadi” dalam terpaksa dihulurkan juga pada Fikri. Mengacau betul.
“Oh, inilah kerja Ira. Ingatkan sibuk buat homework dari tadi rupanya duk buat kerja lain”
“Selingan je, nak hilangkan mengantuk”
“Banyak lagi nak kena buat?”
“Adalah jugak”
“Bila hantar?”
“Next week”
“Lambat lagi tu. Esokkan cuti, boleh buat lagi. Kalau macam tu, jom pergi lepak kat hall dulu. Kita layan kepala” Fikri menarik Athirah bangun dari kerusi. Menapak keluar dari bilik kecil itu.
“Duduk sini”
Athirah hanya memerhati tingkah Fikri yang sibuk dengan kabel dan telefon bimbit yang terlebih canggih tu. Tak sampai lima minit, maharaja lawak akhir sudah terpampang diskrin besar. Lampu utama juga sudah dipadamkan Fikri
“Okey, happy time”
Fikri melabuh duduk disebelah Athirah. Memandang skrin dengan senyuman. Athirah memandang lelaki disebelahnya. Terharu dengan layanan Fikri.
“Terima kasih abang”
“Kasih sayang sentiasa diterima”fishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-63558157485355118532012-01-02T11:52:00.002+08:002012-01-02T11:55:22.694+08:00happy bufday....sedar tak sedar dah masuk tahun ke 3 the spinning wheel dlm dunia maya...
bermula dari blog syok sendiri smpai dh ada yg sudi follow...
terima kasih tak terhingga pada semua yang sudi singgah di lantai repekan ini.....
moga seiring dgn usia..blog ini makin menambahkan ilmu disamping memenuhi kehendakan anda yg sentiasa mengikuti e-novel yg masih belum ke penhujung.....

love...
fishafishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-78542957212884588862011-12-30T13:17:00.002+08:002011-12-30T13:20:28.677+08:00holllaaaaDear readers.....

Thanks pada semua yg doakan untuk kak long sya...
Alhamdullilah, dia dah semakin sihat selepas operation lepas....

untuk semua novel....sorry ya...masih belum ada update....
tgh usahakan something...
if berhasil nanti baru umumkan...
pada yg masih setia mngikuti blog sha...
terima kasih....

selamat tahun baru... moga ada perubahan dan azam akan tercapai...

with love....
fishafishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-18813969565219832502011-12-20T20:40:00.002+08:002011-12-20T20:43:49.060+08:00doa dari kalianDear reader...

Tak tau nak mula dari mana...
Tp yg pasti berharap sgt korang boleh doakan akak sha yg akan dibedah esok..
Berharap sgt yg terbaik utk dia....
Tlg ya.......

Thanks.....fishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-24564640234298608292011-12-19T09:16:00.001+08:002011-12-19T09:16:50.926+08:00~dIA-19~Fikri buat pekak bila Keon dah gelak sakan lepas keluar dari bilik mesyuarat. Malas nak layan bila sah-sah dia tahu mamat sorang tu tengah bahagia gelakkan dia.
“Takkan sentap kot” soal Keon bila Fikri langsung tak bersuara. Pelik juga sejak bila mamat kurang perasaan ni boleh jadi hilang rasa terus. Selalunya boleh lagi nak touching sikit-sikit bila diusik.
“Tak ada maknanya”
“So apa cerita sampai wife kau boleh pindah ni? Aku ingat nak kena tunggu lagi tujuh lapan bulan baru boleh duduk sekali. Masa tu baru boleh tanya perkembangan semasa. Ini tiba-tiba cakap dah duduk sekali, memang kejutan betul”
“Tengok oranglah, ingat aku ni kayu sangat. Tak boleh nak pujuk bini sendiri sampai nak ambil masa panjang gitu. Melampau la kau ni Keon”
“Emo la pulak, aku tanya je. Kalau tak nak cerita pun tak apa. Tak rugi apa pun” balas Keon tak mahu kalah dengan Fikri.
“Jom lepak dekat kantin, aku story dekat kau. Mana boleh lukakan hati penasihat 25% ni. Kena cakap jugak. Nama pun orang pentingkan”
“Kejap ye, nak call Cah dulu. Nanti bising pulak makcik tu kalau aku lupa inform aku balik lambat sikit hari ni”
“Okey” Fikri hanya memerhati Keon yang sedang bercakap entah apa dengan Cah. Sekejap kejap gelak lepas tu pandang dia. Lepas tu gelak balik. Ada gaya macam mengutuk dia aje. Memang kena sangat la dua orang tu kahwin. Kepala senget sebelah dua-dua orang tu. Baru balance bila dah gabung. Agaknya dia dengan Ira macam tu tak.
“Cah kirim salam. Dia cakap tahniah. Tak rugi jadi kawan kami bila dah pandai bertindak dah. Ingat nak kena ajar baru reti nak bertindak”
“Kau ni memang kepoh la Keon. Aku tak tahu macam mana Cah boleh tahan dengan kau, semua benda pun nak kena cakap dekat bini sendiri”
“Aku kepoh pasal kau je, dengan orang lain aku malas nak ambil tau. Lepas ni kau tau la macammana bestnya dapat bini yang masuk kepala dengan kita. Tapi tu pun kalau kau boleh masuk dengan dia la. Kalau tidak aku confirm kau makan hati tiap-tiap hari la”
“Terharunya aku. Tapi jangan risau, aku dah training dah. Hari-hari cuba masuk kepala dengan dia. Mesti bolehlah”
“Tau tak apa. Bagus-bagus. Tingkatkan usaha ye. Dan rajin-rajin belajar dengan aku macam mana nak jadi husband penyayang”
“Jom duduk, aku malas dah nak minum. Kembung perut dah asyik telan air kosng dari tadi. Lagipun kejap sajakan”
Langkah Keon ke meja yang paling hujung di kantin itu dituruti. Lagipun dia masih ada setengah jam sebelum bergerak ke kilang Athirah. Duduk dulu menghabiskan masa lepas berhempas pulas menadah telinga dalam mesyuarat tadi.
“So?”
“Apa?” Fikri pandang muka Keon yang tengah tatap muka dia. Sengaja buat tak faham. Dera sikit orang yang suka mengusik orang ni. Tengok gelabah ke tidak.
“Kau nak merasa sedap ke tidak kerusi ni? Lagi boleh buat bodoh. Cepatlah, Cah suruh balik awal hari ni. Nak balik mak mertua aku kejap. Kalau kau tak boleh nak habiskan cerita dalam lima belas minit memang kau kena”
“Tahulah. Sayang bini sangat”
“Macam kau tak sayang” balas Keon membuatkan dia tersenyum sendiri. Pelik benar perasan sayang yang sedang berkembang didalam hati saat ini untuk Athirah. Sekelip mata dia boleh terlebih sayang pada orang yang dulu sangat-sangat dia tak suka.
“Aku kenakan dia sampai terpaksa ikut cakap aku. Lagipun aku ada banyak bantuan sokongan, so memang dia tak ada peluang nak cakap apa”
“Hubungan korang dah okey?”
“Better la, dia dah boleh sembang banyak-banyak dengan aku. Lagipun sebelum ni aku dah jenuh habiskan duit call tiap-tiap malam. Bagi dia biasa cakap dengan aku”
“baguslah. Tak salah berhabis untuk orang yang kita sayang”
“Betul tu. Eh, dah dekat pukul enam la. Kau tak mau gerak lagi?”
Pantas Keon berdiri. Meletakkan kembali kerusi ke tempatnya “Sorry la, tak sempat nak sembang lebih-lebih. Aku dah janji nak balik Pokok Sena malam ni. Tak boleh nak lambat-lambat”
“Tak ada hallah. Macam lepas ni dah tak boleh nak jumpa dengan aku. Jangan risau, lepas ni aku cerita panjang dengan kau”
“Gerak dulu. Assalamualaikum”
Langkah Keon dipandang sehingga hilang disebalik pintu kaca. Kemudian dia kembali duduk dikerusi. Memandang telefon bimbit sendiri. Awal lagi untuk bergerak ke tempat kerja Athirah tapi nak tunggu apa dekat kilang sorang-sorang ni. Baik pergi tunggu depan kilang isteri tersayang.

Athirah berdiri disebelah motor Fatimah, menanti kakak sorang tu mengeluarkan nota dari dalam beg galasnya. Nasib baik Tim rajin nak menghantar bila dia cakap dia tak ada kenderaan nak pergi ambil sendiri nota yang baru diedarkan oleh Encik Hamdy bagi menggantikan kelas yang dibatalkan minggu lepas.
“Ni kau punya paper. Mengada, nak aku juga hantarkan”
“berkira la kau Tim, dengan aku pun nak cakap macam tu. Kan aku dah cakap hari ni aku tak ada transport nak pergi tempat kau ambil sendiri. Berapa kali nak kena ulang ni”
“Yelah. Aku paham. Orang dah ada driver sekarang. Mana boleh nak pergi mana-mana ikut suka hati sekarang”
“Mana ada. Minggu ni je dia hantar. Lepas ni aku mai sendiri la”
“Alasan je tu. Aku tak rasa dia nak bagi kau naik motor lepas ni. Matilah aku dah tak ada kawan nak rempit atas bridge dah”
“Drama benar la kau ni Tim. Benda yang tak nampak apa pun kau dah boleh buat jalan cerita macam-macam”
“Tak percaya tu aku cakap. Cuba kau buka mata sikit. Tengok kereta siapa tu” Fatimah sudah menghala pandangan ke kawasan letak kereta bertentang dengan tempat mereka berbual, membuatkan Athirah turut memandang. Memang kereta Fikri. Awal lagi kot, kan dah cakap pukul 6.30, ini baru 6.15 dah sampai. Salah tengok jam ke apa mamat ni.
“Amacam. Ada percaya”
“Apa ajelah”
“Kalau macam tu aku blah dulu. Malas nak tengok kau orang bercinta”
“Apa pulak. Kita orang biasa ajelah”
“Biasa la sangat. Dari hari tu ada dah cakap yang laki kau tu dah syok kat kau. Tapi kau tak percaya. Tengok la lepas ni, confirm dia monitor semua kau punya aktiviti. Silap-silap dah tak boleh nak lepak dengan kita orang”
“Tak adalah sampai macam tu. Dia ok apa”
“Defend nampak. Dah sayang la ni? Moga-moga cepatlah aku dapat anak sedara”
“Merapu la kau ni Tim”
“Merapu apanya. Dah la, aku gerak dulu. Kirim salam dekat abang sayang kau tu”
Selepas Tim berlalu barulah Athirah menyeberangi jalan, membuka pintu dan masuk ke dalam kereta. Senyum serba-salah diukir pada Fikri.
“Sorry, buat abang kena tunggu lama”
“Tak ada apalah. Sekejap saja pun, tersampai awal sikit. Tim ke tadi tu?” soal Fikri. Memang dia kurang pasti dengan siapa Athirah bersembang tadi.
“Dialah tu”
“Kenapa dia datang?”
“Nak bagi ni” kertas ditangan digoyang-goyang depan Fikri. Tergejut Athirah bila Fikri mengambil kertas ujian itu. Malu weh, dah la jawab main hentam hari tu. Mana boleh bagi orang bijak pandai macam Fikri tengok result yang teruk, jatuh la imej.
“Not bad, tapi apasal boleh ada careless mistake ni. Rugi je, kalau tidak boleh dapat full mark” komen Fikri. Athirah hanya membisu, kan dah kata buat malu je kalau orang bijak macam Fikri tengok result dia.
“Tapi takpe, lepas ni abang tolong ajar mana yang tak faham”fishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-70250104868255029002011-12-07T13:14:00.001+08:002011-12-07T13:15:35.215+08:00skype....hi there

pada sesiapa yg ada skype...
add fisha ok ....
search fisha sulaiman....
bleh kita borak-borak kosong...buang masa...

:)fishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-88704344461831582212011-12-02T07:46:00.000+08:002011-12-02T07:47:46.605+08:00~dIA- 18~Melihat sarapan yang terhidang diatas meja membuatkan dia tersenyum sampai ke telinga. Rasa indahnya berkahwin. Selalunya sarapan pagi dia hanya segelas jus oren dan sekeping roti gardenia. Ini siap dengan nasi goreng dan milo panas lagi. Memang layanan 1st class.
Gulungan kertas diletakkan diatas meja kopi, dia melangkah ke dapur. Mencari kelibat tukang masak.
“Dah siap? Nak abang tolong apa-apa?” soal Fikri pada cik puan yang sibuk membilas kuali yang digunakan tadi.
“Tolong makan je. Ira nak tukar baju kejap”
“Abang tunggu ye. Mana best makan sorang-sorang” xox hanya menggeleng. Malas nak buat sesi debat dewan parlimen pagi-pagi macam ni. Macamlah dia nak bertapa dalam bilik, sampai nak kena tunggu bagai. Kalau Fikri makan dulu pun, sempat je dia nak join sekaki.
Sepuluh minit kemudian dia keluar dari bilik. Fikri masih diruang tamu, tekun membaca entah apa ditelefon bimbit. Pakcik sorang ni memang sangat suka gadjet, semua benda nak kena berteknologi. Bukan macam dia, telefon harap boleh call dengan masej saja.
“Abang, jom sarapan”
“Jom”
Selesai berkemas meja makan, Fikri sudah menanti dimuka pintu. Bimbang andai mereka tersangkut diatas jalan. Memandang hari ini hari Isnin, jalan raya sangat tidak boleh diduga.

“Mengantuk?” soal Fikri bila perasan xox menutup mulut untuk kali ke lima. Nampak sangat orang mengantuk. Kesesakkan di atas jambatan memang tak boleh nak dielakkan lagi, kereta bergerak macam siput sedut. Jadi penghuni dalam kereta ni dah mula bosan.
“Sikit”
“Lepas ni kita naik motor la, cepat sikit sampai”
“Ha? Siapa nak bawa?”
“Abang la”
“Takpelah, kita naik kereta je. Sampai lewat sikit pun tak apa” tolak xox. Memang dia tak berani naik dengan orang yang baru sebulan dua belajar bawa motor ni. Itu namanya memperjudikan nyawa sendiri. Pemandu di Penang ni semuanya jenis penting diri sendiri, buatnya kemalangan. Jenuh.
“Tak yakin dengan abang?”
“Bukan tak yakin, tapi takut nanti semua orang cakap abang dah ter influent dengan perangai Ira. Busuk la nama Ira”
“apa da….. itu yang Ira fikir. Ingatkan sayangkan abang tadi”
“Yang itu kena fikir lagi la.”
“Pukul berapa balik nanti?”
“5.30”
“Kalau balik lewat sikit boleh?”
“Kenapa?”
“Abang ada meeting pukul 4, mesti habis lambat punya. So dalam pukul enam abang ambil boleh?”
“6.30 la, boleh claim OT”
“Macam tu pulak?”
“Macam tu la. Boleh tak?”
“Takde hal”
“Bagusnya wife saya ni, semua okey je. Takde nak membantah”
“baru tahu? Ira dari dulu lagi dah baik, abang je yang tak nampak. Asyik nak ajak orang bergaduh dengan dia je”
“Yelah, abang salah. Tersalah menilai” akui Fikri. Memang dia mati kata bila xox mengungkit perangainya sebelum mereka berkahwin.
“Tahu tak pe”
“Okey, dah sampai. Take care sayang”
“Thanks”

Keon dah pelik tengok muka berseri Fikri sejak masuk dalam bilik mesyuarat tadi. Senyum tak lekang dari bibir. Dah tersampuk apa gamaknya budak ni. Cekap jemarinya menaip dikekunci laptop.
Kau salah mkn ubat ke pagi tadi?

Berkerut dahi Fikri bila membaca pesanan dari Keon. Mata segera dialih pada teman yang duduk dihujung meja, tersengih memandangnya.
Takde maknanya

Dah tu kena loteri ka?

Haram la wei…..

Nak share?

Nanti aku story

Now…. Aku dah bosan dgn meeting ni…

Gila kepochi…. Mengalahkan Cah…

Lantak…. Aku tak kisah nak kata apa… cepat story….

My wife in da house…..

Serius?????!!!!!!!!!!!!!!!

Kau ingat aku main-main…..

Tahniah wei…. Berjaya jugak pujuk awek tu duduk dengan kau ye

See the leg la

Byk panau…….

“Fikri. Any thing want to share with other? Nampak macam sibuk benar menaip” terhenti taipan pada skrin. Kantoi. Bos nampak pula dia dok sibuk buat kerja lain. Ni semua Keon punya pasai.
“No bos, just reply email from vendor”
“Okey good, so next agenda is….”
Dia dah dengar apa yang bos didepan bercakap bila nampak masej dari Keon.
Gila bos pun perasan,,, betul punya kantoi la kau….

Mata dialih pada Keon yang tunduk memandang skrin. Gila pandai cover line. Nak kena betul mamat sorang ni. Nak kena balik menuntut ilmu kenakan orang dengan isteri tersayang. Siaplah kau lepas ni Keon.fishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-47784700127044971312011-12-01T11:00:00.000+08:002011-12-01T11:01:54.678+08:00~dIA- 17~Fikri pandang Athirah yang diam di sofa, lepas solat Asar tadi memang tak bergerak dari depan Tv. Entah gambar apa yang ditonton, kusyuk berbenar. Dia pulak sibuk dengan kerja yang terpaksa dibawa balik semalam. Kerja yang makin banyak membuatkan dia terpaksa jugak bawa ke rumah. Mengganggu waktu bermesra dengan isteri tersayang.
“Ira….”
Diam.
“Ira….”
“Hmmmmm”
“Keluar jom” Ujar Fikri. Dia dah sakit kepala tengok lukisan yang tak siap-siap tu. Dah tak boleh nak tumpukan perhatian. Sejak ada isteri dalam rumah ni, perhatian pada kerja sedikit terganggu. Kuat betul tarikkan kakak sorang ni.
“Pergi mana?”
“Dating dekat taman mainan bawah tu je. Nak tak?”
“Kerja dah siap ke?” soalnya tanpa mengalih pandangan dari skrin tv. Tak mahu lelaki itu perasan yang dia bukan tengok tv tapi terlelap. Nasib baik terdengar jugak panggilan lelaki itu tadi, kalau tidak mesti kantoi. Mesti malu.
“Belum, abang bosan la, malam nanti abang sambung bagi siap. Dah habis idea nka buat. Jomlah”
“Nak buat apa dekat padang mainan tu?”
“Tengok anak orang main”
“Okey”
Langkah Athirah ke dalam bilik hanya dipandang. Tahu dah kenapa Athirah ke dalam. Nak tukar baju dan pakai tudung. Bagus betul! Dah terdidik sebagai muslimah sejati, tak adalah dia nak pening kepala fikir macam mana nak betulkan tulang rusuknya itu.

Suasana dipadang permainan petang-petang begini meriah dengan kehadiran kanak-kanak. Dia hanya duduk disalah sebuah kerusi yang disediakan disekeliling memandang pelbagai gelagat. Nampak seronok betul. Hilang segala bosan akibat terperap berjam-jam di dalam rumah tadi.
“Berangan apa?”
Athirah memandang orang yang bertanya disebelah. Macammana boleh lupa yang dia turun dengan suami tersayang tadi.
“Mana ada berangan”
“Habis tu? Buat apa tadi. Khusyuk benar”
“Tengok budak-budak main la. Kan abang ajak tengok budak-budak tadi”
“amboi pandainya menjawab”
“Orang tanya kena la jawab. Nanti kesian pula kalau abang cakap sorang-sorang”
“Oklah, abang kalah. Ira memang pandai cakap” Fikir mengangkat tangan, mengaku kalah dengan isterinya.
“Bawa wallet tak?” tiba-tiba Athirah bertanya bila keadaan sepi agak lama antara mereka.
“kenapa?”
“Nak hutang tiga ringgit”
“Nak beli apa?”
“Tu?” bibir dijuihkan pada pakcik yang baru berhenti di tepi padang. Pakcik paddle pop. Dah lama tak makan aiskrim macam tu. Tadi bila tengok iklan di tv dia dah terasa dekat tekak. Memang gila punya berpengaruh iklan ni. Semua rasa nak beli, lepas ni kena kurangkan tengok tv.
“Nak beli?”
“Ye la. Bawa tak?”
“Nak flavor apa?”
“Nak magnum yang tengah iklan dekat tv tu”
“Yang mana? Abang mana ada tengok tv sangat. Jom pergi sekali”
“malas nak jalan la”
“Jom jugak, nanti kalau silap dah tak boleh tukar. Siapa nak makan, abang bukan suka makan aiskim ni”
“Banyak alasan la abang ni”
“Jom cepat” tangan Athirah ditarik mengikut langkahnya. Mana boleh tinggal isteri tersayang ni sorang-sorang dekat tempat open macam ni. Nanti kalau kena ngorat dia jugak yang angin. Alasan tak tengok iklan tu semua auta je.
Dalam merungut dia mengikut jugak. Mana boleh lepas peluang makan makanan kegemaran. Kalau melepas kali entah bila pulak dia nak keluar beli.
Senyuman manis sampai ke telinga terukir dibibir bila benda yang teringin sudah berada ditangan. Laju tangan mengoyak bungkusan plastik itu. Setiap gigitan dinikmati sepenuhnya.
Dia memandang ke sisi bila terasa tangan ditarik. Fikri dengan selambanya menggigit aiskrimnya. Tanpa rasa bersalah.
“Apa abang ni. Tadi kata tak suka aiskrim. Ni apasal boleh makan Ira punya aiskrim ni”
“Nak rasa je”
“Rasa apa sampai setengah abang sorang je yang makan”
“Kedekut la sayang ni”
“Apa sayang-sayang. Ingat bila panggil sayang Ira nak bagi abang makan lagi ke? Ganti balik”
“Nanti abang ganti okey, pakcik tu dah balik dah. Makan cepat, dah nak senja ni. Semua orang dah balik. Kita pun kena masuk rumah”
“Tahulah. Nak habiskan. Dah tak selera nak makan” ais ditangan disua pada Fikri. Dah bengkek dengan alasan tak munasabah lelaki itu. Hilang segala nikmat nak makan petang ni. Nampaknya lepas ni kena beli lagi, dan nikmati tanpa kehadiran Fikri.
“Ala, takkan sentap kot. Sharing is caring kan”
“Malas nak layan. Jom balik”
“Yelah”
Fikri dah tersenyum sendiri. Suka sungguh mengusik Athirah sekarang. Nampaknya lepas ni kena tambah dalam jadual harian, mengusik isteri tersayang. Baru harmoni rumah tangga. Perlahan dia mengikut langkah Athirah ke tangga, mendaki ke rumah mereka.fishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-35114290490933383942011-11-24T23:00:00.002+08:002011-11-24T23:03:43.744+08:00salamdah lama tak post n3 baru....
tahu....sangat2 geram bila kita tgu tapi takde update..
serius....sya blank skrg....
so pada siapa yang nak share cerita...please email...
mana tau cerita korang boleh diubah suai jadi e-novel....
skrg ni...asyik kerja je....
tension la...
so sebagai membalas dendam.... mulai esok cuti sampai hari isnin...
selasa baru masuk kerja....
ingat nak juga update n3 novel....
doakan sya rajin n ada masa ye....
dan tak lupa.....selamat menyambut maal hijrah....
tahun baru azam baru....

with love,
fishafishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4414407747727634114.post-66636549117718148982011-11-06T00:58:00.001+08:002011-11-06T00:59:21.011+08:00Salam AIdil AdHAbuat semua pembaca.....

sha nak ucapkan selamat hari raya...
moga tahun ini lebih banyak pengorbanan ke jalan Allah....

with love....
fishafishahttp://www.blogger.com/profile/10885685258527690699noreply@blogger.com1