CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 30, 2011

holllaaaa

Dear readers.....

Thanks pada semua yg doakan untuk kak long sya...
Alhamdullilah, dia dah semakin sihat selepas operation lepas....

untuk semua novel....sorry ya...masih belum ada update....
tgh usahakan something...
if berhasil nanti baru umumkan...
pada yg masih setia mngikuti blog sha...
terima kasih....

selamat tahun baru... moga ada perubahan dan azam akan tercapai...


with love....
fisha

Tuesday, December 20, 2011

doa dari kalian

Dear reader...

Tak tau nak mula dari mana...
Tp yg pasti berharap sgt korang boleh doakan akak sha yg akan dibedah esok..
Berharap sgt yg terbaik utk dia....
Tlg ya.......

Thanks.....

Monday, December 19, 2011

~dIA-19~

Fikri buat pekak bila Keon dah gelak sakan lepas keluar dari bilik mesyuarat. Malas nak layan bila sah-sah dia tahu mamat sorang tu tengah bahagia gelakkan dia.
“Takkan sentap kot” soal Keon bila Fikri langsung tak bersuara. Pelik juga sejak bila mamat kurang perasaan ni boleh jadi hilang rasa terus. Selalunya boleh lagi nak touching sikit-sikit bila diusik.
“Tak ada maknanya”
“So apa cerita sampai wife kau boleh pindah ni? Aku ingat nak kena tunggu lagi tujuh lapan bulan baru boleh duduk sekali. Masa tu baru boleh tanya perkembangan semasa. Ini tiba-tiba cakap dah duduk sekali, memang kejutan betul”
“Tengok oranglah, ingat aku ni kayu sangat. Tak boleh nak pujuk bini sendiri sampai nak ambil masa panjang gitu. Melampau la kau ni Keon”
“Emo la pulak, aku tanya je. Kalau tak nak cerita pun tak apa. Tak rugi apa pun” balas Keon tak mahu kalah dengan Fikri.
“Jom lepak dekat kantin, aku story dekat kau. Mana boleh lukakan hati penasihat 25% ni. Kena cakap jugak. Nama pun orang pentingkan”
“Kejap ye, nak call Cah dulu. Nanti bising pulak makcik tu kalau aku lupa inform aku balik lambat sikit hari ni”
“Okey” Fikri hanya memerhati Keon yang sedang bercakap entah apa dengan Cah. Sekejap kejap gelak lepas tu pandang dia. Lepas tu gelak balik. Ada gaya macam mengutuk dia aje. Memang kena sangat la dua orang tu kahwin. Kepala senget sebelah dua-dua orang tu. Baru balance bila dah gabung. Agaknya dia dengan Ira macam tu tak.
“Cah kirim salam. Dia cakap tahniah. Tak rugi jadi kawan kami bila dah pandai bertindak dah. Ingat nak kena ajar baru reti nak bertindak”
“Kau ni memang kepoh la Keon. Aku tak tahu macam mana Cah boleh tahan dengan kau, semua benda pun nak kena cakap dekat bini sendiri”
“Aku kepoh pasal kau je, dengan orang lain aku malas nak ambil tau. Lepas ni kau tau la macammana bestnya dapat bini yang masuk kepala dengan kita. Tapi tu pun kalau kau boleh masuk dengan dia la. Kalau tidak aku confirm kau makan hati tiap-tiap hari la”
“Terharunya aku. Tapi jangan risau, aku dah training dah. Hari-hari cuba masuk kepala dengan dia. Mesti bolehlah”
“Tau tak apa. Bagus-bagus. Tingkatkan usaha ye. Dan rajin-rajin belajar dengan aku macam mana nak jadi husband penyayang”
“Jom duduk, aku malas dah nak minum. Kembung perut dah asyik telan air kosng dari tadi. Lagipun kejap sajakan”
Langkah Keon ke meja yang paling hujung di kantin itu dituruti. Lagipun dia masih ada setengah jam sebelum bergerak ke kilang Athirah. Duduk dulu menghabiskan masa lepas berhempas pulas menadah telinga dalam mesyuarat tadi.
“So?”
“Apa?” Fikri pandang muka Keon yang tengah tatap muka dia. Sengaja buat tak faham. Dera sikit orang yang suka mengusik orang ni. Tengok gelabah ke tidak.
“Kau nak merasa sedap ke tidak kerusi ni? Lagi boleh buat bodoh. Cepatlah, Cah suruh balik awal hari ni. Nak balik mak mertua aku kejap. Kalau kau tak boleh nak habiskan cerita dalam lima belas minit memang kau kena”
“Tahulah. Sayang bini sangat”
“Macam kau tak sayang” balas Keon membuatkan dia tersenyum sendiri. Pelik benar perasan sayang yang sedang berkembang didalam hati saat ini untuk Athirah. Sekelip mata dia boleh terlebih sayang pada orang yang dulu sangat-sangat dia tak suka.
“Aku kenakan dia sampai terpaksa ikut cakap aku. Lagipun aku ada banyak bantuan sokongan, so memang dia tak ada peluang nak cakap apa”
“Hubungan korang dah okey?”
“Better la, dia dah boleh sembang banyak-banyak dengan aku. Lagipun sebelum ni aku dah jenuh habiskan duit call tiap-tiap malam. Bagi dia biasa cakap dengan aku”
“baguslah. Tak salah berhabis untuk orang yang kita sayang”
“Betul tu. Eh, dah dekat pukul enam la. Kau tak mau gerak lagi?”
Pantas Keon berdiri. Meletakkan kembali kerusi ke tempatnya “Sorry la, tak sempat nak sembang lebih-lebih. Aku dah janji nak balik Pokok Sena malam ni. Tak boleh nak lambat-lambat”
“Tak ada hallah. Macam lepas ni dah tak boleh nak jumpa dengan aku. Jangan risau, lepas ni aku cerita panjang dengan kau”
“Gerak dulu. Assalamualaikum”
Langkah Keon dipandang sehingga hilang disebalik pintu kaca. Kemudian dia kembali duduk dikerusi. Memandang telefon bimbit sendiri. Awal lagi untuk bergerak ke tempat kerja Athirah tapi nak tunggu apa dekat kilang sorang-sorang ni. Baik pergi tunggu depan kilang isteri tersayang.


Athirah berdiri disebelah motor Fatimah, menanti kakak sorang tu mengeluarkan nota dari dalam beg galasnya. Nasib baik Tim rajin nak menghantar bila dia cakap dia tak ada kenderaan nak pergi ambil sendiri nota yang baru diedarkan oleh Encik Hamdy bagi menggantikan kelas yang dibatalkan minggu lepas.
“Ni kau punya paper. Mengada, nak aku juga hantarkan”
“berkira la kau Tim, dengan aku pun nak cakap macam tu. Kan aku dah cakap hari ni aku tak ada transport nak pergi tempat kau ambil sendiri. Berapa kali nak kena ulang ni”
“Yelah. Aku paham. Orang dah ada driver sekarang. Mana boleh nak pergi mana-mana ikut suka hati sekarang”
“Mana ada. Minggu ni je dia hantar. Lepas ni aku mai sendiri la”
“Alasan je tu. Aku tak rasa dia nak bagi kau naik motor lepas ni. Matilah aku dah tak ada kawan nak rempit atas bridge dah”
“Drama benar la kau ni Tim. Benda yang tak nampak apa pun kau dah boleh buat jalan cerita macam-macam”
“Tak percaya tu aku cakap. Cuba kau buka mata sikit. Tengok kereta siapa tu” Fatimah sudah menghala pandangan ke kawasan letak kereta bertentang dengan tempat mereka berbual, membuatkan Athirah turut memandang. Memang kereta Fikri. Awal lagi kot, kan dah cakap pukul 6.30, ini baru 6.15 dah sampai. Salah tengok jam ke apa mamat ni.
“Amacam. Ada percaya”
“Apa ajelah”
“Kalau macam tu aku blah dulu. Malas nak tengok kau orang bercinta”
“Apa pulak. Kita orang biasa ajelah”
“Biasa la sangat. Dari hari tu ada dah cakap yang laki kau tu dah syok kat kau. Tapi kau tak percaya. Tengok la lepas ni, confirm dia monitor semua kau punya aktiviti. Silap-silap dah tak boleh nak lepak dengan kita orang”
“Tak adalah sampai macam tu. Dia ok apa”
“Defend nampak. Dah sayang la ni? Moga-moga cepatlah aku dapat anak sedara”
“Merapu la kau ni Tim”
“Merapu apanya. Dah la, aku gerak dulu. Kirim salam dekat abang sayang kau tu”
Selepas Tim berlalu barulah Athirah menyeberangi jalan, membuka pintu dan masuk ke dalam kereta. Senyum serba-salah diukir pada Fikri.
“Sorry, buat abang kena tunggu lama”
“Tak ada apalah. Sekejap saja pun, tersampai awal sikit. Tim ke tadi tu?” soal Fikri. Memang dia kurang pasti dengan siapa Athirah bersembang tadi.
“Dialah tu”
“Kenapa dia datang?”
“Nak bagi ni” kertas ditangan digoyang-goyang depan Fikri. Tergejut Athirah bila Fikri mengambil kertas ujian itu. Malu weh, dah la jawab main hentam hari tu. Mana boleh bagi orang bijak pandai macam Fikri tengok result yang teruk, jatuh la imej.
“Not bad, tapi apasal boleh ada careless mistake ni. Rugi je, kalau tidak boleh dapat full mark” komen Fikri. Athirah hanya membisu, kan dah kata buat malu je kalau orang bijak macam Fikri tengok result dia.
“Tapi takpe, lepas ni abang tolong ajar mana yang tak faham”

Wednesday, December 7, 2011

skype....

hi there

pada sesiapa yg ada skype...
add fisha ok ....
search fisha sulaiman....
bleh kita borak-borak kosong...buang masa...

:)

Friday, December 2, 2011

~dIA- 18~

Melihat sarapan yang terhidang diatas meja membuatkan dia tersenyum sampai ke telinga. Rasa indahnya berkahwin. Selalunya sarapan pagi dia hanya segelas jus oren dan sekeping roti gardenia. Ini siap dengan nasi goreng dan milo panas lagi. Memang layanan 1st class.
Gulungan kertas diletakkan diatas meja kopi, dia melangkah ke dapur. Mencari kelibat tukang masak.
“Dah siap? Nak abang tolong apa-apa?” soal Fikri pada cik puan yang sibuk membilas kuali yang digunakan tadi.
“Tolong makan je. Ira nak tukar baju kejap”
“Abang tunggu ye. Mana best makan sorang-sorang” xox hanya menggeleng. Malas nak buat sesi debat dewan parlimen pagi-pagi macam ni. Macamlah dia nak bertapa dalam bilik, sampai nak kena tunggu bagai. Kalau Fikri makan dulu pun, sempat je dia nak join sekaki.
Sepuluh minit kemudian dia keluar dari bilik. Fikri masih diruang tamu, tekun membaca entah apa ditelefon bimbit. Pakcik sorang ni memang sangat suka gadjet, semua benda nak kena berteknologi. Bukan macam dia, telefon harap boleh call dengan masej saja.
“Abang, jom sarapan”
“Jom”
Selesai berkemas meja makan, Fikri sudah menanti dimuka pintu. Bimbang andai mereka tersangkut diatas jalan. Memandang hari ini hari Isnin, jalan raya sangat tidak boleh diduga.



“Mengantuk?” soal Fikri bila perasan xox menutup mulut untuk kali ke lima. Nampak sangat orang mengantuk. Kesesakkan di atas jambatan memang tak boleh nak dielakkan lagi, kereta bergerak macam siput sedut. Jadi penghuni dalam kereta ni dah mula bosan.
“Sikit”
“Lepas ni kita naik motor la, cepat sikit sampai”
“Ha? Siapa nak bawa?”
“Abang la”
“Takpelah, kita naik kereta je. Sampai lewat sikit pun tak apa” tolak xox. Memang dia tak berani naik dengan orang yang baru sebulan dua belajar bawa motor ni. Itu namanya memperjudikan nyawa sendiri. Pemandu di Penang ni semuanya jenis penting diri sendiri, buatnya kemalangan. Jenuh.
“Tak yakin dengan abang?”
“Bukan tak yakin, tapi takut nanti semua orang cakap abang dah ter influent dengan perangai Ira. Busuk la nama Ira”
“apa da….. itu yang Ira fikir. Ingatkan sayangkan abang tadi”
“Yang itu kena fikir lagi la.”
“Pukul berapa balik nanti?”
“5.30”
“Kalau balik lewat sikit boleh?”
“Kenapa?”
“Abang ada meeting pukul 4, mesti habis lambat punya. So dalam pukul enam abang ambil boleh?”
“6.30 la, boleh claim OT”
“Macam tu pulak?”
“Macam tu la. Boleh tak?”
“Takde hal”
“Bagusnya wife saya ni, semua okey je. Takde nak membantah”
“baru tahu? Ira dari dulu lagi dah baik, abang je yang tak nampak. Asyik nak ajak orang bergaduh dengan dia je”
“Yelah, abang salah. Tersalah menilai” akui Fikri. Memang dia mati kata bila xox mengungkit perangainya sebelum mereka berkahwin.
“Tahu tak pe”
“Okey, dah sampai. Take care sayang”
“Thanks”


Keon dah pelik tengok muka berseri Fikri sejak masuk dalam bilik mesyuarat tadi. Senyum tak lekang dari bibir. Dah tersampuk apa gamaknya budak ni. Cekap jemarinya menaip dikekunci laptop.
Kau salah mkn ubat ke pagi tadi?

Berkerut dahi Fikri bila membaca pesanan dari Keon. Mata segera dialih pada teman yang duduk dihujung meja, tersengih memandangnya.
Takde maknanya

Dah tu kena loteri ka?

Haram la wei…..

Nak share?

Nanti aku story

Now…. Aku dah bosan dgn meeting ni…

Gila kepochi…. Mengalahkan Cah…

Lantak…. Aku tak kisah nak kata apa… cepat story….

My wife in da house…..

Serius?????!!!!!!!!!!!!!!!

Kau ingat aku main-main…..

Tahniah wei…. Berjaya jugak pujuk awek tu duduk dengan kau ye

See the leg la

Byk panau…….


“Fikri. Any thing want to share with other? Nampak macam sibuk benar menaip” terhenti taipan pada skrin. Kantoi. Bos nampak pula dia dok sibuk buat kerja lain. Ni semua Keon punya pasai.
“No bos, just reply email from vendor”
“Okey good, so next agenda is….”
Dia dah dengar apa yang bos didepan bercakap bila nampak masej dari Keon.
Gila bos pun perasan,,, betul punya kantoi la kau….

Mata dialih pada Keon yang tunduk memandang skrin. Gila pandai cover line. Nak kena betul mamat sorang ni. Nak kena balik menuntut ilmu kenakan orang dengan isteri tersayang. Siaplah kau lepas ni Keon.

Thursday, December 1, 2011

~dIA- 17~

Fikri pandang Athirah yang diam di sofa, lepas solat Asar tadi memang tak bergerak dari depan Tv. Entah gambar apa yang ditonton, kusyuk berbenar. Dia pulak sibuk dengan kerja yang terpaksa dibawa balik semalam. Kerja yang makin banyak membuatkan dia terpaksa jugak bawa ke rumah. Mengganggu waktu bermesra dengan isteri tersayang.
“Ira….”
Diam.
“Ira….”
“Hmmmmm”
“Keluar jom” Ujar Fikri. Dia dah sakit kepala tengok lukisan yang tak siap-siap tu. Dah tak boleh nak tumpukan perhatian. Sejak ada isteri dalam rumah ni, perhatian pada kerja sedikit terganggu. Kuat betul tarikkan kakak sorang ni.
“Pergi mana?”
“Dating dekat taman mainan bawah tu je. Nak tak?”
“Kerja dah siap ke?” soalnya tanpa mengalih pandangan dari skrin tv. Tak mahu lelaki itu perasan yang dia bukan tengok tv tapi terlelap. Nasib baik terdengar jugak panggilan lelaki itu tadi, kalau tidak mesti kantoi. Mesti malu.
“Belum, abang bosan la, malam nanti abang sambung bagi siap. Dah habis idea nka buat. Jomlah”
“Nak buat apa dekat padang mainan tu?”
“Tengok anak orang main”
“Okey”
Langkah Athirah ke dalam bilik hanya dipandang. Tahu dah kenapa Athirah ke dalam. Nak tukar baju dan pakai tudung. Bagus betul! Dah terdidik sebagai muslimah sejati, tak adalah dia nak pening kepala fikir macam mana nak betulkan tulang rusuknya itu.


Suasana dipadang permainan petang-petang begini meriah dengan kehadiran kanak-kanak. Dia hanya duduk disalah sebuah kerusi yang disediakan disekeliling memandang pelbagai gelagat. Nampak seronok betul. Hilang segala bosan akibat terperap berjam-jam di dalam rumah tadi.
“Berangan apa?”
Athirah memandang orang yang bertanya disebelah. Macammana boleh lupa yang dia turun dengan suami tersayang tadi.
“Mana ada berangan”
“Habis tu? Buat apa tadi. Khusyuk benar”
“Tengok budak-budak main la. Kan abang ajak tengok budak-budak tadi”
“amboi pandainya menjawab”
“Orang tanya kena la jawab. Nanti kesian pula kalau abang cakap sorang-sorang”
“Oklah, abang kalah. Ira memang pandai cakap” Fikir mengangkat tangan, mengaku kalah dengan isterinya.
“Bawa wallet tak?” tiba-tiba Athirah bertanya bila keadaan sepi agak lama antara mereka.
“kenapa?”
“Nak hutang tiga ringgit”
“Nak beli apa?”
“Tu?” bibir dijuihkan pada pakcik yang baru berhenti di tepi padang. Pakcik paddle pop. Dah lama tak makan aiskrim macam tu. Tadi bila tengok iklan di tv dia dah terasa dekat tekak. Memang gila punya berpengaruh iklan ni. Semua rasa nak beli, lepas ni kena kurangkan tengok tv.
“Nak beli?”
“Ye la. Bawa tak?”
“Nak flavor apa?”
“Nak magnum yang tengah iklan dekat tv tu”
“Yang mana? Abang mana ada tengok tv sangat. Jom pergi sekali”
“malas nak jalan la”
“Jom jugak, nanti kalau silap dah tak boleh tukar. Siapa nak makan, abang bukan suka makan aiskim ni”
“Banyak alasan la abang ni”
“Jom cepat” tangan Athirah ditarik mengikut langkahnya. Mana boleh tinggal isteri tersayang ni sorang-sorang dekat tempat open macam ni. Nanti kalau kena ngorat dia jugak yang angin. Alasan tak tengok iklan tu semua auta je.
Dalam merungut dia mengikut jugak. Mana boleh lepas peluang makan makanan kegemaran. Kalau melepas kali entah bila pulak dia nak keluar beli.
Senyuman manis sampai ke telinga terukir dibibir bila benda yang teringin sudah berada ditangan. Laju tangan mengoyak bungkusan plastik itu. Setiap gigitan dinikmati sepenuhnya.
Dia memandang ke sisi bila terasa tangan ditarik. Fikri dengan selambanya menggigit aiskrimnya. Tanpa rasa bersalah.
“Apa abang ni. Tadi kata tak suka aiskrim. Ni apasal boleh makan Ira punya aiskrim ni”
“Nak rasa je”
“Rasa apa sampai setengah abang sorang je yang makan”
“Kedekut la sayang ni”
“Apa sayang-sayang. Ingat bila panggil sayang Ira nak bagi abang makan lagi ke? Ganti balik”
“Nanti abang ganti okey, pakcik tu dah balik dah. Makan cepat, dah nak senja ni. Semua orang dah balik. Kita pun kena masuk rumah”
“Tahulah. Nak habiskan. Dah tak selera nak makan” ais ditangan disua pada Fikri. Dah bengkek dengan alasan tak munasabah lelaki itu. Hilang segala nikmat nak makan petang ni. Nampaknya lepas ni kena beli lagi, dan nikmati tanpa kehadiran Fikri.
“Ala, takkan sentap kot. Sharing is caring kan”
“Malas nak layan. Jom balik”
“Yelah”
Fikri dah tersenyum sendiri. Suka sungguh mengusik Athirah sekarang. Nampaknya lepas ni kena tambah dalam jadual harian, mengusik isteri tersayang. Baru harmoni rumah tangga. Perlahan dia mengikut langkah Athirah ke tangga, mendaki ke rumah mereka.

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....