Salam semua...
Buat yang mengikuti matahari malam....
ni adalah versi baru....
dah lama tak ada apa-apa update...rasa bersawang sgt...
jadi ini untuk anda dan anda yg rajin berkunjung ke sini...
segala komen dan idea sgt2 dihargai....
****BAb 1****
Suasana sunyi seperti biasa di dalam perpustakaan negeri petang itu. Semua pengunjung begitu asyik dengan kerja masing-masing. Cuma sesekali terdengar suara perbincangan atau mungkin berbual memecah keheningan. Menghilangkan mengantuk atau kebosanan barangkali. Tapi itu semua langsung tak menghalang pandangannya yang masih pada gadis dimeja itu.
Mata tidak lepas dari memandang si gadis yang tekun membaca dimeja paling hujung dalam perpustakaan itu. Suka benar dia melihat telatah gadis manis yang setiap hari berkunjung ke perpustakaan itu sejak dua minggu yang lepas. Hari ini dia perlu memulakan langkah jika ingin mengenali gadis itu. Langkah diatur perlahan ke meja yang penuh dengan segala macam buku-buku. Nampak benar yang gadis itu sangat memanafaatkan masa yang ada. Tidak langsung mengangkat muka berbual atau berjalan-jalan tanpa arah.
Mungkin hari ini adalah masa yang terbaik kerana tidak ada seorang pun yang menumpang meja yang diduduki oleh gadis itu. Jika tidak pastinya dia akan mengganggu pengunjung yang lain. Dengan langkah penuh yakin dia meninggalkan meja sendiri, menghampiri si dia yang sering hadir dalam mimpinya seminggu ini.
“Boleh pinjam buku ni?” soal Iqmal sambil mencapai sebuah buku diatas meja. Dia main ambil saja tanpa mengira kandungan sebenar buku itu. Tak kisahlah. Janji ada sebab untuk berbual. Nak menghulurkan salam terus nampak macam gelojoh sangat. Tiba-tiba sahaja mahu berkenalan walaupun berada didalam perpustakaan.
“Ambillah” sepatah Shahira menjawab. Kembali melarikan pen di dada kertas yang sudah dilipat dua. Langsung tak menghiraukan keadaan sekeliling. Nampak tenggelam didalam dunianya sendiri.
Dia duduk dihadapan gadis itu. Seronok melihat gadis itu tekun menulis entah apa. Langsung tidak mengendahkannya. Atau mungkin langsung tak menyedari yang dia sudah duduk disitu.
“Nama saya Iqmal. Awak?”
Perlahan dia bersuara, cuba mengimbangi dengan suasana sunyi disitu, membuatkan gadis didepannya tergejut. Hampir sahaja terlepas pen dijari.Tersenyum dia bila melihat muka tergejut gadis didepannya. Comelnya dia. Betullah dia dah gila bayang dengan gadis ini. Muka orang tergejut pun sudah boleh dikatakan cantik.
“Maaf?” soal Shahira kembali. Kurang jelas dengan apa yang dikatakan oleh lelaki dihadapanya tadi. Sungguh dari tadi dia leka menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh Puan Zuraida. Kemudian sibuk menyiapkan nota minda untuk bab yang dipelajari didalam kelas tadi. Bimbang terlupa apa yang telah dipelajari didalam kelas semalam, jenuh pula hendak bertanya pada rakan-rakan.
“Saya Iqmal. Awak?”
Ulang Iqmal tanpa rasa marah. Masih tekun menatap wajah Shahira. Langsung tidak terasa hati dengan tingkah gadis dihadapannya yang tidak mendengar tuturnya. Memang salah dia tiba-tiba menegur orang yang asyik mengulangkaji.
“Shira” sepatah dia menjawab. Kurang berminat untuk memanjangkan perbualan dengan lelaki itu. Bukankah selama ini memang dia tidak bercakap dengan orang asing, jadi kehadiran lelaki itu cuba dihindari. Lagipun memang mak dan abah tidak galakkan dia berkawan dengan lelaki sekarang.
“Oh Shira, boleh kita berkawan?” soal Iqmal masih belum berputus asa. Dia tetap mahu berkenalan dengan Shahira walaupun sedar layanan sedikit dingin dari gadis itu.
“Ha?” senyuman lebih lebar terukir dibibir Iqmal bila sekali lagi melihat muka tergejut Shahira. Kalut semacam tapi comel sangat.
“Dah lama saya tengok awak selalu study dekat sini sorang-sorang. So boleh kita berkawan?”
Terang Iqmal bila melihat Shahira seakan tidak faham dengan apa yang sedang berlaku. Nampak sangat muka naifnya. Mesti gadis didepannya ini sangat menjaga pergaulannya.
Shahira tunduk memandang kertas yang sudah penuh dengan nota. Segan bila sedar mata lelaki didepannya tajam menilik wajahnya. Membuatkan dia malu sendiri. Mana pernah sebelum ni ada lelaki yang berani buat begini.
“Tak payah kot” dalam lembut dia menjawab. Berharap dengan jawapan itu lelaki itu akan melangkah pergi. Faham yang dia tidak berminat untuk memanjangkan sesi soal jawab antara mereka.
“Niat saya baik, nak berkawan je dengan awak. Tak salahkan”
Jelas Iqmal bila gadis itu mempamerkan riak tidak berminat untuk melanjutkan perbualan. Dia dah cukup tebalkan muka dan cekalkan hati untuk terus berada dihadapan Shahira. Jadi dia mengharapkan keputusan yang diperolehi adalah setimpal dengan usahanya ini. Perkataan tidak memang tidak ada dalam skema jawapan yang diharapkan keluar dari bibir merah Shahira.
Shahira gigit bibir sendiri. Geram dengan gelagat manusia didepannya. Macam tak faham bahasa pulak bila orang cakap tak berminat.“Mana ada orang jahat cakap dia jahat. Lagipun saya tak berminat sangat nak berkawan dengan lelaki ni. Abah saya tak suka saya berkawan dengan lelaki”
“Tapi saya nak kenal awak. Ni nombor telefon saya, call ya. Esok saya dah tak boleh datang jumpa awak. Harap awak sudi berkawan dengan saya”
Sekeping kertas yang tertera nombor telefonnya diletakkan dihadapan Shahira. Hanya itu yang boleh dilakukan saat ini. Dia yakin, jika dia meminta nombor telefon gadis itu pastinya tidak akan berjaya. Lagipun, loceng menandakan perpustakaan akan ditutup sudah berkumandang. Dia memang tak punya harapan lain.
“Jadi?”
“Please call ya. Saya kena gerak sekarang”
Shahira hanya melihat lelaki itu melangkah dari mejanya. Perlahan, kertas yang berlipat itu diambil dan dimasukkan ke dalam buku rujukan. Dia perlu bergerak cepat, mengemas buku dan keluar dari perpustakaan sebelum semakin ramai pengujung berpusu-pusu keluar dari bangunan itu.
Pastinya abah sudah menanti di luar bangunan itu. Sudah menjadi rutinnya singgah untuk mengulangkaji disitu dihantar dan diambil oleh abah. Jadi dia tidak mahu abah menanti terlalu lama. Kesian pada lelaki yang cukup baik dalam mendidiknya menjadi seorang anak yang berguna.
Orang yang ramai berpusu-pusu keluar menggunakan satu pintu sahaja membuatkan Shahira berdiri sebentar di kawasan simpanan beg. Membiarkan dahulu keadaan menjadi sedikit tenang sebelum mula melangkah. Dia memang tidak gemar berasak-asak dengan orang ramai.
Baru hendak melangkah dia nampak pemuda tadi keluar menuju ke kawasan parkir motosikal. Nampak bergaya dengan jaket dan motornya. Mungkin perasan dirinya diperhatikan, Iqmal mengangkat muka memandang ke arah pintu keluar.
Tersenyum manis bila nampak wajah Shahira yang memerah segan. Laju dia melangkah ke arah pintu pagar, enggan menoleh lagi. Bimbang andainya lelaki itu akan mengekorinya ke situ. Mati hendak bersoal jawab dengan Pak Man kalau Iqmal ke situ.
Huluran topi keledar dari Pak Man disambut selepas dia menyalami tangan abahnya. Beg yang disandang dimasukkan ke dalam raga motosikal.
“Dah siap kerja along?” soal Pak Man.
“Belum lagi, tapi maklumat semua dah lengkap. Lepas ni Cuma nak compile dan susun atur ikut format”
“Habis tu esok nak datang lagi tak?”
“Kenapa abah?” soalnya. Selalunya Pak Man hanya akan bertanya begitu jika dia perlu berkerja.
“Abah kena masuk kilang esok. Gantikan kawan. Along boleh datang sendiri?” jawapan Pak Man buat dia serba salah.
“Tak datang pun tak apa dah abah, nanti menyusahkan abah nak kena pergi kerja naik kereta pulak” tolak Shahira. Memang dia tidak suka untuk menyusahkan Pak Man yang sangat baik.
“Abah tak kisah along. Janji anak abah boleh belajar dengan selesa”
“Tak payah la abah, along buat kerja dekat rumah saja. Nanti kalau ada yang tak lengkap along cari dekat library sekolah”
“Ikut suka along. Dah jom balik. Nanti bising pula mak tu, cakap kita pergi meronda lagi”
Tersenyum Shahira mendengar tutur Pak Man. Memang mak selalu bising bila mereka balik lambat. Kata mak, mereka dua beranak suka sangat makan angin tak bawa dia.
Shahira perasan kelibat motosikal Iqmal melintas ketika dia mengenakan topi keledar ke kepala. Pastinya lelaki itu menanti sehingga dia betul-betul balik baru dia beredar dari kawasan perpustakaan itu.
Hujanlah... Biar Basah...
7 hours ago
2 comments:
rindu kat citer ni..
da bace smpai last n3 yg b4 ni..
tp da lupela..
huu
rindu kat citer ni..
da bace smpai last n3 yg b4 ni..
tp da lupela..
huu
Post a Comment