CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 8, 2009

Bab 6 : iNDahnYa TakDIR

Episode 6

2 tahun berlalu…..

Semua dah tinggal kenangan…. Akhirnya apa yang dikatakan oleh teman-teman selama ini menjadi juga. Hisham tinggalkan Qasedah lepas genggam segulung diploma……..lepas dapat kerja kat company yang besar,…..lepas mampu pakai perdana model lama… diulang ye….model lama je…....yang penting sekali lepas dia dapat permpuan lain…….

“Q…. drawing yang kena ubah tu dah siap belum? Nanti tak pasal-pasal kena bising lagi” jerit Kak Mawar dari tempat fotostat.
“apa kak?” soal Q sambil menarik earphone dari telinganya. Itu pun nasib baik dia mengangkat muka ketika itu, bila melihat bibir Kak Mawar bergerak-gerak.
“kau ni kan…. Asyik memekakkan telinga dengan benda tu je. Nasib baik akak yang cakap, kalau bos yang berdiri kat sebelah macam minggu lepas macam mana? ”
Qasedah menarik senyum. Kelakar bila peristiwa itu kembali terlayar di ingatan.

Sia-sia sudah
Kita jalin cinta

Bila hati selalu berbeda
Sampai kapan lagi
Aku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini
Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu

Sedang asyik melayan lagu dari Amy, tiba-tiba suara Amy tidak kedengaran lagi. Tangan yang dari tadi leka melarikan ‘mouse’ terhenti. Mencari telefon di dalam laci meja.
“tak kan battery flat pulak. Baru semalam aku caj”
“battery phone awak ok lagi, ada 85% lagi ni”
dengar je suara yang memang paling tak sedap tu terus je Qasedah mengangkat muka.
‘Mamat otak tak centre’.
“iya Encik Faizul, ada apa yang boleh saya tolong?” terpaksa jugak maniskan muka sebab mamat ni kawan baik big boss kat dalam. Kalau dia report kat bapak singa tu lagi haru nanti. Cukup la sekali kena marah sebab jawab merapu kat mamat tu sebelum ni, padahal yang ditanya soalan yang takde kaitan dengan kerja siapa suruh. Ingat aku kaunter pertanyaan ke?

“awak ni memang suka dengar lagu ke? 8 jam dalam office ni saya tengok asyik sungguh menyanyi. Ke nak saya bawa pergi karaoke?”
“sapa suruh Encik Faizul tengok, ada banyak lagi orang yang boleh Encik Faizul tengok…tu Mazlina yang comey…tak pun tengok je Kak Mawar je, dia lagi cantik dari saya”
“masalahnya sekarang awak kerja bawah saya, so kena la saya tengok awak. Lagipun dari bilik saya dah clear nampak muka awak je”
Qasedah sudah mengerutkan dahi. “sejak bila pulak Encik Faizul kerja sini? Tetiba je nak mengaku jadi bos saya”
“ooooo, Hakim tak bagitau awak lagi ke yang saya masuk hari ni?”
“saya tak jumpa Encik Hakim lagi, pagi tadi saya pergi jumpa customer”
“kalau macam tu, sekarang kita berkenalan…..Saya Mohd Faizul Bin Mohd Firdaus, Head Engineer awak”
“ok”
“ok je?.... kenalkan la diri awak pulak”
“perlu ke? Kan Encik dah tau nama saya”
“perlu….”
Qasedah pandang geram pada wajah di hadapannya. “Qasedah Najwa Binti Umar”
“nak panggil apa?”
“Q”
“umur berapa”
“25”
“tinggal kat mana?”
“Taman Mahsuri”
“adik beradik berapa orang?”
“Encik, semua tu saya dah isi dalam form masa nak minta kerja, apa kata Encik minta dari personal, semua Encik boleh tau”
“pandai la awak ni. Good idea,…..Mawar, tolong ke bahagian personal minta detail tentang Qasedah sekarang” Qasedah sudah ketuk kepala sendiri, tak sangka Encik Faizulnya mengikut saranan bodohnya.


“menung jauh nampak, ingatkan siapa?”
“oh mak kau” Qasedah sudah menjerit, nasib baik telefon sudah diletakkan di atas meja kalau tidak mahu melambung telefon tu tadi. Kenapalah mamat otak tak centre ni suka buat orang tergejut.
“duk pikir apa tadi?”
“mana ada pikir apa, saya tengah betulkan drawing ni.” Dia sudah mengangkat kertas saiz A1 dimeja lalu disuakan ke pada Faizul.
“ye la tu tak berangan”
“dah memang….”
“dah memang apa Q?”…..alamak…. bila pulak bapak singa ni keluar dari bilik dia.
“takde apa-apa Encik Hakim”
“kalau takde apa-apa, kenapa saya dengar riuh sangat awak bercakap dengan Piejun ni”
“kita orang melawak je Encik”
“melawak?....awak dengan Piejun neh????dah buang tabiat ke?”
‘salah ke jawapan aku tadi?’

0 comments:

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....