CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 15, 2010

indahnya takdir-34

“Jom kita gi ronda-ronda kat Putrajaya. Bosan dah duduk saja kat rumah ni. Q asyik temankan mama je” Q pandang muka Adam. Bosan apa pulak, tak nampak ke dia tengah sibuk tolong Puan Mardhiyah menyediakan makan tengahhari.

“Lepas zohor la, kan dah janji nak makan dengan mama. Lagipun panas la nak jalan masa ni”

“aiiittt, dah lupa ke yang Q kena denda dengan abang? Suka hati abang la nak denda Q bila pun” bisik Adam.

Puan Mardhiyah hanya memandang pada anak menantu yang asyik berbisik. Nampak macam ada masalah je. “kenapa ni Q? Am?”

“takde apalah ma” cepat je Q jawab.

“Am nak ajak Q keluar la ma. Boring dah duduk saja kat rumah”

“makan dulu, lepas tu keluar la. Kesian pulak kat Q, balik sini tak ke mana pun”

“tak yah la ma. Q seronok je duduk lepak dengan mama. KL ni dah boring dah nak pusing”

“gi la. Am nak ajak berjalan tu. Bukan senang Am nak ajak orang berjalan, selalu mama yang jenuh paksa dia keluar.Malam ni boleh lagi sembang dengan mama”

“yelah” perlahan je jawapan Q. dalam hati memang tak rela. Risau memikirkan apa pulak kerenah Adam kali ni.

*-**-*-*-*-*

“naik motor ek?” soal Adam menghampiri motor yang bertudung dengan kemas. Q dah menjeling. Tengok, Adam dah mula buat perangai.

“pakai kereta mama, panas ni nak naik bike Am tu” Puan Mardhiyah dah terpacak depan pintu utama.

Fuhhhh….lega. nasib baik mak mertua kesayangan Q keluar cepat. Tak sempat Adam nak membuli lagi.

“mana ada panas ma”

“Am, sekarang ni baru pukul 2 petang. Matahari terik lagi tau, kalau setakat Am yang pergi mama memang tak kisah. Ni nak bawa Q, demam dia karang”

“amboi….ni sapa yang anak mama ni?”

“Am dah lama mama jaga, Q ni baru je mama dapat. Anak orang pulak tu, kalau jadi apa-apa Am nak jawab dengan Hj Umar?”

“ala ma, setakat demam je pun, boleh lagi Am nak jaga”

“takde, lupa yang Am langgar Q dulu?”

“ma….bukan salah Am pun. Menantu mama yang bawa motor macam jalan tu dia punya” Q dah menjeling Adam, geram je dengar Adam mengutuk dia. Dulu takde pun nak salahkan Q, sekarang baru buka balik cerita sapa salah. Memang nak kena la Adam ni.

“naik kereta, kalau nak naik motor jugak. Petang nanti balik tukar. Nah kunci”

“takpe la ma, naik kereta Q je.” Adam dah mengalah. Penat dah bertekak dengan mama yang terlebih protective. Sayang sangat dengan menantu dia.

“mama suruh beli kereta tak nak, kan susah nak ke mana-mana. Semua nak harapkan kereta Q je. Gilakan sangat motor besar-besar ni”

“ala ma, dapat baby nanti Am beli la kereta. Sekarang nak merempit dengan Q dulu. Dah la ma, Am gerak dulu”


“kita nak buat apa duduk kat sini?” soal Q bila Adam dah duduk dekat tepi tasik. Please la, dating tepi tasik ni mengingatkan pada arwah Hakim sangat.

“saja, nak duduk relax dengan isteri abang. Dan denda untuk Q tadi, Q kena ikut je cakap abang petang ni”

“panas la”

“mana ada panas. Sejuk je pun. Tak payah nak bagi alasan lagi. Kita duduk sini je sembang-sembang. Nak jugak abang dengar cerita Q masa kecik dulu”

“mana ada cerita apa”

“baik Q cerita, ke nak ababang tanya Ummi. Rasanya mesti Ummi cerita semua kat abang”

“nak tau pasai apa?”

“semua….abang nak dengar je” Q dah mecebik. Geram dengan gelagat Adam. Ada je nak dibuatnya. Dalam terpaksa, Q bercerita jugak zaman kanak-kanak yang terlebih aktif.

Adam tersenyum mendengar celoteh Q tentang zaman kanak-kanak sampai la ke besar ni. Dah macam buka sejarah dah.“so, Q dah penah excident la sebelum abang terlanggar Q dulu?”

“penah la”

“teruk?”

“sikit je, boleh lagi bawa motor balik. Tapi dapat tanda kenangan la” kaki kanan yang berparut ditunjukkan pada Adam.

“dahsyat la wife abang ni. Tapi kenapa Q takut naik motor sekarang?”

“lepas patah kaki haritu memang dah seriau nak bawa motor.lagipun abang belikan kereta, so memang Q tak sentuh motor dah, motor yang rosok tu pun abang hantar balik PEnang bagi Haq. Tapi lepas abang meninggal excident memang Q takut naik motor. Kalau tak terdesak memang Q tak kan naik”

“so abang nak kena beli kereta la ni?”

“jazz Q dah ada, tak payah la nak tambahkan hutang. Banyak lagi yang boleh dibeli dari pening kepala nak berhutang kereta ni.”

“tapi segan la abang, nak kemana-mana semua naik kereta Q. nantilah, abang usahakan”

“Q tak kisah pun”

“baiknya wife abang ni. Ni yang buat abang makin sayang ni” tubuh Q ditarik ke dalam pelukan.


*-*-*-*-*-*-

Habis je sesi temuduga yang berlangsung hampir sejam Q mencari handphone. Dah 11.45 pagi. Perut pun dah macam masuk angin je. Nombor Adam segera di dail, kesian pulak pada Adam yang menunggu dari pukul 8.30 pagi tadi.

“bang, Q dah habis ni. Abang ada mana?”

“Q keluar gate, abang ada kat depan ni jek” serak suara Adam menjawab. Dia tidur ke apa?

“ok”

Sampai depan gate, nampak bias Adam sedang membetulkan rambut. Baru terjaga la tu. Tapi Adam ni memang kaki bergaya pun, rambut tu sentiasa terpacak. Dah macam nak buat iklan rambut pun ada.Cepat je Q melangkah ke kereta.

“ada nak ke mana-mana lagi?” soal Adam sambil membetulkan laras kerusi.

“balik la” jawab Q perlahan.

“makan dulu ye, abang lapar la”

“baru bangun dah lapar?”

“bukan lapar sangat tapi balik ni abang kena gi worksyop terus, takut tak sempat la nak makan kalau tunggu Q masak”

“k”

“macammana interview? Boleh dapat?”

“InsyaAllah. Kalau dapat call dalam minggu ni, adalah rezeki kat sini”

“kalau dapat, Q kena la belanja abang makan ikan bakar kat Telok Tempoyak”

“demand” gumam Q perlahan. Tapi Adam dapat jugak dengar.

“sesekali nak rasa duit puan Insyinur kita apa salahnya. Tak kan asyik nak makan duit minyak hitam je” Q diam je. Tak nak jawab, nanti makin panjang cerita putar alam Encik Adam ni.

*********

Panggilan telefon dari HR kilang membuatkan Q melompat suka. Dia dapat kerja tu dengan gaji yang dia nak. Penuh semangat Q bersiap nak balik rumah Ummi, capai kunci kereta, lepas je kunci pintu rumah baru teringat yang dia dah kawin. Nak kena minta izin Adam dulu.

Tangan terus je dail telefon bimbit Adam, tapi tak dijawab. Lepas tiga kali dia dah malas nak call Adam. Tahu sangat peel Adam yang kalau dah buat kerja memang takkan jawab phone. Nanti kotor phone dia kata, padahal pakai phone moden sikit dari 3310 je . warna hitam lak tu, mana nak nampak kotor. Alasan je lebih. Nombor telefon worksyop didail.

Suara mendayu-dayu Mila menyapa telinga.“Abang Am tengah sibuk la kak. Nak Mila panggilkan ke?”

“takpe la, Mila bagitau abang Adam akak nak balik rumah Ummi. Apa-apa hal suruh dia call akak ye”

“ok”

*-*-*-*-*-*

Adam melangkah ke bawah pokok dihadapan bengkel. Duduk disebelah Ajet yang tekun membaca akhbar. Badan yang letih perlu diberi perhatian sebentar.

“dah siap ke?” soal Ajet pada Adam yang dah bersandar selesa.

“sikit lagi…..”

“nak aku tolong?”

“takpe….esok baru Sham nak ambil. Sempat la aku buat petang ni”

Mahadir kembali tekun menatap akhbar bila melihat Adam memejamkan mata. Faham dengan keletihan sahabatnya. Sejak seminggu lepas memang banyak kereta yang masuk. Tak cukup tangan untuk siapkan.

“abang Am tidoq ka bang?” tiba-tiba Mila dah terpacak depan mereka.

“taklah. Ada apa Mila?” soal Adam. Santai memandang Mila yang mengipas muka.

“handphone abang mana? Kak Q call tadi” Adam meraba poket seluar. Kosong.

“ada dalam poket seluar abang kot. Tak pun ada dalam office…..kak kata apa?” selambe je Adam menjawab.

“dia cakap dia balik rumah ummi. Dia suruh abang call balik kalau ada apa-apa”

“dah lama kak call?”

“pukul 11 tadi”

“nanti abang call kak. Ada pa lagi ni?”

“Mila nak gi makan. Abang nak kirim apa-apa?”

“belikan Milo ais 2” not 10 ringgit dihulurkan pada Mila.

“pisang goreng sekali” tambah Ajet.



Q tengah best layan mee kuah di dapur dengan Ummi ketika Amni menjerit bagitau handphone dia berbunyi.

“jawab je la. Angah tengah makan ni” Q turut sama menjerit. Cakap perlahan-lahan bukannya Amni dengar. Nak kena jadi tarzan dulu baru budak tu dengar.

“abang Am” Amni dah hulurkan phone. Entah bila budak tu dah ada kat sebelah. Macam kartoon.

“ye bang”

“datang sini la. Nanti balik sekali”

“ok Q tunggu….tak, ummi masak mee”

Setengah jam kemudian Adam dah sampai. Mesti masa call tadi dah siap nak gerak la tu. Hj Umar yang menyambut Adam, mungkin abah sampai sekali dengan Adam. Riuh je Hj Umar bercerita dengan Adam dihalaman. Pakcik sorang ni memang pandai kalau bab ambil hati mak dengan bapak mertua.

“Am dah sampai angah?” Hajah Zakiah yang baru selesai solat Isyak berjalan ke pintu. Semangat betul nak menyambut menantu kesayangan.

“dah, ada kat depan dengan abah”

“pi la panggil laki kamu tu masuk. Boleh pulak duduk melangut depan tv ni”

“jap lagi dia masuk la mi. tak payah duk susah payah jemput la”

“masuk Am, apa yang duk sembang kat luaq tu, nyamuk banyak” Q hanya memandang langkah Adam beriringan dengan Hj Umar.

“kamu dah makan? Ummi ada buat mee…..angah, hidangkan mee untuk Am ni” cepat je Q bangun bila tangan Hajah Zakiah dah mula cari sasaran.

+++++++++++++++++++

Jalan agak lengang malam tu, Adam yang memandu. Tadi Safuan yang hantar Adam ke rumah ummi. Macam tu la selalu, kalau Q balik sendiri mesti Adam suruh kawan-kawan dia hantar ke rumah ummi. Lepas tu baru diaorang balik dengan kereta Q.

“awal lagi ni, kita gi midnight movie nak tak?”

“nak tengok cite apa?” Q duk memikir cerita apa yang tengah hot sekarang. Dah bertahun rasanya tak jejak pawagam ni.

“tak kisah la movie apa pun. Nak lepak dengan Q je. Kita tak pernah tengok movie sama kan”

“selalu je….”

“bila?” Adam dah tergejut.

“kat rumah. Kan selalu je”

“mana sama sayang oi”

“sama je”

“tak sama la…….Q bayar ye. Abang tak dapat gaji lagi ni”

“okey” dalam hati dah mengutuk. Dah tau tak dapat gaji lagi saja je gatal nak gi jugak. Tapi nak berkira pun tak boleh jugak. Duit yang ada sekarang pun memang duit Adam. Tiap-tiap bulan Adam bagi duit belanja. Barang-barang dapur pulak diaorang gi beli sekali,tapi Adam la yang bayar. Kaya jugak rupanya jadi mekanik ni. Cuma kena tahan dengan bau minyak dengan baju yang sentiasa ada kesan kotor. Masuk mesin confirm tak hilang langsung. Kena la duduk memberus.

Tapi bila sampai depan kaunter, Adam yang hulur duit. Free je Q dapat dosa mengutuk suami sendiri tadi.

3 comments:

Hafia Hana said...

haahahah


sweet gler si Adam nihh...

Q anda sgt b'untung

so tlgla hargai Adam

epy elina said...

hohohoh....
q lupakan hakim...
hrgailah apa yg ada..
nak q jtuh cnt ngn adam...

MaY_LiN said...

hihihi..
jgn terjah Q

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....