CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 30, 2009

indahnya takdir-25

Perjalanan ke kampung melalui lebuhraya agak lengang. Sekarang bukan musim cuti sekolah ataupun perayaan, jadi lalu lintas memang selesa. Tiba-tiba kepala kembali berdenyut, pandangan pula berbalam-balam. Dia mencari papan tanda di tepi jalan ‘KAWASAN REHAT & RAWAT TAPAH -500M’. dengan tenaga yang tinggal dia memandu masuk ke kawasan rehat. Tak sempat berfikir, pandangannya terus kelam.

Bunyi ketukan pada cermin kereta membuatkan dia tersedar. Kepala yang berdenyut dipicit lembut. Memandang pada manusia yang berdiri diluar kereta, Q kembali tergejut. Siapa pulak lelaki ni.

Ketukan di cermin sekali lagi membuatkan Q menurun tingkap kereta.

“cik ok ke?”

“aaaa,….ok…ok. thanks” lepas lelaki itu berlalu, Q keluar dari kereta. Menuju ke tandas untuk menyegarkan diri. Selepas itu dia ke gerai Membeli sekotak air coklat.. dia perlu meneruskan perjalanan. Dan yang paling penting jangan pengsan lagi. Dia perlu selamat sampai ke rumah.


Dah 3 minggu Q duduk saja di rumah. Sebenarnya tentang dapat tukar U tu memang dia bohong pada Dato Hassan dan Kay. Ingat senang-senang U nak bagi lepas. Lain cerita la kalau U tu HJ Umar yang punya. Semuanya sebab dia nak lari balik Penang. Dah tak nak duduk KL lagi.

Leka melayan menung, telinga Q terdengar soal jawab agama di radio. Dan kata-kata ustaz itu bagaikan ditujukan padanya.
‘siapa yang tak sedih ditinggalkan orang yang kita sayang, tambahan pulak orang yang pergi tu tempat kita bergantung dan bermanja. Kita tak boleh larut dengan kehilangan tu, Allah marah dengan orang macam tu. Seakan-akan tak terima takdir. Allah takkan duga umatNYa melebihi apa yang mampu ditanggung oleh kita. Yang penting sekali macam mana kita menerima dan menjadikan kehilangan tu sebagai kelebihan, dimana Allah menduga hamba yang dikasihiNya. Tak salah mengenang orang yang dah pergi sebagai ingatan tetapi jangan sampai terlampau dan mengangggu kehidupan. Bangunlah, terus menabur khidmat kita sebagai khalifah didunia selagi dikehendaki olehNYa’

“Ya Allah, aku leka selama ni. Terlalu mengikut perasaan selama ni” Q bingkas bangun. Menacari Hajah Zakiah dan Hj Umar. Hidup perlu diteruskan, walaupun tanpa Hakim kini. Sudah terlalu banyak dia menyusahkan hati semua orang.

*_*_*_*_*_*_

setahun berlalu

Keadaan tiba-tiba menjadi sesak di dalam restoran Mc Donald Seberang Jaya menjelang jam 12 tengahhari. Semua orang sama pesyen je. Pantang orang iklan kata murah je, penuh la segala macam orang kat sini. Q yang dari tadi sibuk meng’gogle’ info untuk tesis buat bodo. Malas nak tengok gelagat orang time-time ke ‘bz’an melanda ni.

“tumpang duduk boleh? Dah takdak tempat kosong len dah” suara garau mana entah tiba-tiba enterfrem. Q angkat muka, tengok muka sapa yang berani sangat tegur dia. Sekali tengok, mak ai…..handsomenya. ayat ganas yang nak sound tadi terus masuk balik dalam otak.

Tapi aura nak marah tetap ada. “ encik nampak tak meja kecik ni dah penuh dengan barang-barang saya?”

“memang la, tapi kalau cik adik alihkan sikit buku-buku yang tak guna ni, mesti ada ruang saya letak tray ni. Yang penting dapat signal wi-fi je kan?”

“apa kata encik pi ja duduk kat meja kakak cun tu? Diaorang berdua ja”

“awak nampak tak lelaki yang tengah beratur tu?....tu la balak dia. Tak mau saya kena hentak. Dah la besar semacam je mamat tu” dalam merengut tak puas hati, Q alihkan jugak buku-buku. Ni la akibat suka sangat melepak kat Mc D. buat pulak time makan tengahhari.

15 minit berlalu, Q memandang ke arah meja kakak cun tadi. Masih berdua, enak mengunyah fries. Sah-sah dia kena kelentong dengan mamat yang sedap je duk melantak double cheese di depan ni.

Malas nak panjangkan cerita, Q kemaskan barang-barang. Laptop dimatikan. Dia ke situ pun Cuma nak ambil feel, aura Hakim yang selalu temankan study masa dia ada dulu.

“ehh, awak nak ke mana?”

“perlu ke bagitau awak saya nak ke mana?”

“saya dah sudah makan ni”

“so?”

“awak boleh la sambung kerja awak. Tak pun kita boleh sembang jap. Ada benda saya nak tanya ni”

“encik, dalam banyak-banyak orang dalam sini, kenapa la encik pilih saya untuk sembang? Saya ni ada kerja lagi lepas ni”

“awak kerja apa sekarang Q?”

daripada berdiri terus Q duduk. Pandang muka mamat handsome tu sungguh-sungguh. Heran sangat bila mamat tu kenal dia.

“awak tak ingat kat saya Q? takkan langsung takde sikit pun ingatan awak kat saya?”

“awak ni sapa?”

“mentang-mentang la dah tunang dengan anak Dato, saya pun awak tak kenal. Ke sekarang dah jadi menantu Dato?”

‘mamat ni cakap pasal sapa? Arwah abang ke?’

Q tilik muka lelaki didepan dia. Dah macam Adam dalam Nur Kasih je. Tapi ni versi terlebih cerah la. Putih sungguh mamat ni. Muka pun cantik je, takde jerawat atau bekas jerawat.

“awak ni sapa? Boleh dak jangan duk buat saya pening”

“Adam”

“Adam?....Adam mana? Adam Nur Kasih tu ke?” sempat lagi Q buat lawak bodo. Effect bila selalu sangat layan cerita melayu tu.

“kaki awak dah ok?”

“apasal lak tak ok….ok j ……oh my….awak Adam? Kenapa lain sangat?”

“lain ke? Saya rasa sama je. Ataupun awak yang dah lupa macam mana rupa saya” macam mana nak lupa muka mamat yang pakai phone zaman tuk kaduk tu. Adam yang terlalu baik dengannya.

“dulu rambut awak panjang, baju pun memanjang penuh dengan minyak” Q terus meneliti wajah dihadapannya.

“dah tua la Q, kena la ubah imej cikit. Nanti takde pulak orang nak kat saya. Awak pun dah Hakim cup awal-awal”

“awak buat apa kat sini?”

“makan…………” Q tersenyum dengar jawapan Adam. Salah tanya la pulak.“saya ada cari awak kat company Hakim tapi orang kat situ bagitau awak dah tak kerja.Hakim pun takde.”

“buat apa awak cari saya?”

“saja,……teringat kawan lama.mula-mula tadi was-was jugak takut salah orang. Kenapa awak kurus sangat ni Q?”

“saya diet”

“ke Hakim tak bagi awak makan. Hari tu dia dah janji dengan saya nak jaga awak baik-baik”

“abang jaga saya dengan baik. Awak jangan risau. Ada pa awak cari saya?” Q dah duk tanya soalan sama, nampak sangat dah tak tau nak sembang apa.

“saja….nak bertanya khabar. Awak bahagia Q?”

“Alhamdullilah. Saya minta diri dulu la. Ada keje lepas ni” terus Q melangkah keluar dari restoran tu. Kena cepat-cepat larikan diri dari mamat handsome ni, nanti teringat pula muka dia masa nak tido. Sape nak tolong nanti kalau Q dah angau.

Adam hanya mampu melihat langkah Q. kemudian baru dia teringat, nombor telefon Q lupa nak minta. Apa la punya orang. Adam mengetuk kepala sendiri.

2 comments:

Yeen said...

aDAM mamat mekenik yg x-cident dgn Q tukan ha ha ha adakah ni jodoh Q???
Adam @ Remy Ishak versi putih ho ho ho handsome tu....

Anonymous said...

llaaayyyaannn..
zzaasssss...

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....