CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 12, 2011

~dIA- 16~


Sampai depan rumah mertua tersayang, Puan Suraya sudah menanti. Senyum lebar sudah terpamer diwajah. Gembira bila orang yang dinanti sudah sampai.
“Mama, apa khabar?” Athirah sudah tenggelam dalam pelukan Puan Suraya. Rindunya dengan mama.
“Baik sayang. Rindu sungguh mama dengan menantu mama ni. Payah benar nak jumpa sejak kahwin ni. Entah apa yang disibukkan”
“sorry mama. Ira sibuk sikit sejak bulan lepas. Nak exam hujung bulan ni. Lepas ni Ira janji akan spend time untuk mama saja. Hari-hari duduk dengan mama”
“Iyalah tu, mahunya cik abang Ira tu muncung kalau hari-hari dengan mama. Dari mana ni?”
“Rumah” Fikri dah tolong jawabkan. Rasa macam dia pulak menantu bila tak dipedulikan. Puan Suraya lagi teruja berjumpa dengan Athirah dari dia.
“Bukan keluar ke? Lambat betul nak sampai rumah mama. Macam jauh sangat gayanya. Mama ingat dah selamat pergi dating tadi, tu pasal tak datang sini”
“Ada orang lambat balik ma. Jam kat rumah bateri habis kot, itu yang lambat nak sampai”
“pandai ye mengata abang. Tadi tak cakap apa pun. Tanya pun tidak. Ini depan mama baru nak bercakap. Padahal dia pun sama, tidur sampai tak sedar dunia”
“Kalau Ira tak tanya pun, abang mesti cakap jugakkan. So, tak payah tanya la” balas Athirah bila Fikri mula nak mengungkit pasal dia tidur tadi, malulah kalau mama tahu dia bangun lambat tadi.
“Sudah-sudah, tak payah nak bergaduh dekat ni. Jom masuk, kita makan tengahhari” Puan Suraya menarik tangan Athirah ke dapur. Fikri turut sama mengekor.
“Makan lagi? Perut Angah dah penuh dah ni” Bebel Fikri bila tengok hidangan yang penuh meja tapi dia dah tak boleh nak makan.
“Kalau abang dah kenyang, tak payah makan. Biar Ira makan dengan mama je”
“Amboi sampai hatinya nak makan dengan mama je.”
“Yelah, abangkan dah kenyang. Nak masukkan makanan kat mana lagi?”
“Yelah, Ira makan dengan mama, abang nak berehat kejap” langkah Fikri meninggalkan dapur hanya dipandang oleh Athirah dan Puan Suraya. Memang tak ada niat nak menghalang langsung. Lagi seronok nak berbual dengan Puan Suraya bila Fikri tak ada.


“Macammana? Dah boleh terima Fik?” soal Puan Suraya. Athirah yang menyuap nasi ke mulut hanya tersenyum. Tak tahu macam mana nak jawab. Dia sendiri kurang pasti dengan hubungan mereka berdua. Rasa macam ok tapi setakat boleh sembang ajelah. Nak lebih-lebih memang dia tak berani. Kan dalam kepala Fikri tu dia ni budak jahat.
“Takkan senyum je? Bukannya mama faham makna senyum tu. Ceceita…” Puan Suraya dah buat gaya Usup dengan Abi Hurairah.
“Kita orang ok je setakat ni. Takde lagi nak ishtihar perang ke apa. Aman damai lagi”
“Nak kena Ira ni, mama cakap betul-betul Ira buat main-main pulak. Tapi mama rasa ok kot sebab dah boleh pindah ke sana tu”
“Oh, bab pindah tu sebab kena paksa. Abah dengan abang memang dah buat pakatan nak halau Ira dari rumah tu, mana ada pilihan lain”
“Ada pulak cakap macam tu”
“Betul”
“Taklah, Ira je yang rasa macam tu. Padahal Angah memang dari mula lagi nak ajak Ira duduk sana, Cuma dia malu je nak cakap”
Tergelak dengar tutur Puan Suraya. Fikri malu? Dia salah dengar ke apa. Sejak bila mamat tak reti malu sejak jadi suami dia tu jadi pemalu?
“Ira dah cintakan anak mama tu?” perlahan Puan Suraya bertanya, membuatkan Athirah menghentikan tawa. Dah jatuh cintakah dia pada lelaki itu?
Memang tak dinafikan, Fikri memang seorang yang baik dan bertanggungjawab. Tak pernah lagi dia rasa terabai dari perhatian Fikri. Tapi untuk jatuh cinta tu rasanya dia perlukan lebih banyak masa. Sudahnya, hanya senyum manis diukir untuk tatapan Puan Suraya.
“Mama ikut kitaorang pergi rumah sana ye”
“Malaslah, nanti penat nak kena orang baru belajar bercinta ni”
“Mana ada”
“Mana ada konon. Kalau tak jatuh cinta, tak adanya Ira nak ikut pindah ke rumah Angah tu”
“Ma, kan tempat Ira dekat situ. Jomlah Ma, nanti malam kita orang hantar la mama balik”
“Pandai ye, malam nak hantar mama balik. Kenapa? Takut mama kacau ke?” merah muka Athirah mendengarnya. Buat malu sungguh. Sampai ke situ pula mama fikir.
“Ma, ada pulak macam tu. Ira Cuma takut abah marah kita orang culik isteri kasayangan dia je”
“Tak payah la mama ikut. Dah bosan duduk rumah atas awan Angah tu. Rimas tahu. Nanti Ira dengan Angah je yang balik tidur sini ye”
“yelah” tak ada niat nak memujuk lagi. Sebab dia pun bukan suka sangat duduk dekat rumah atas awan tu. Jadi dia faham perasaan Puan Suraya.
“Mama suka tengok Ira dah mula terima Angah. Moga bahagia ye sayang”
“Thanks mama”





p/s: buat pengubat rindu pada fik & Ira. akan cuba sambung cerita ni secepat yg boleh...:)

5 comments:

Hafia Hana said...

cpt2 sambung ye..
cite yg 1 lg pun nk gak

MaY_LiN said...

hihihi..
nak lagii...

miznza84 said...

thanks sis.. tp sikit sgt tak puas la plak..

Fisha arini xde n3 utk MM ker? x sabar dah ni..

Anor said...

akhirnya ada juga sambungan DIA. terubat rindu....lagi bagus kalau
dapat post n3 Shira dn Iqmal...yg tu
pun nak juga sebab citenya best....
tak sabar nak tunggu satu-satu...

yAyA said...

besttt...^_^

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....