CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 26, 2009

indahnya takdir-24

Telefon bimbit yang dikunci berbunyi pukul 6 pagi seperti biasa. Selepas menekan butang off, Q membuka mata. Merenung siling bilik, fikirannya kosong. Tak pasti apa yang perlu dibuat dahulu.

Hari pertama bangun tanpa panggilan dari Hakim. Dan semalam pun dia terlena sambil mendakap gambar Hakim, rindunya pada Hakim. Tapi dia terpaksa kuat depan Kay, Hana, ibu dah ayah. Dia tak nak semua orang bimbangkan dia. Cuma dalam bilik tempat dia menangis mengenangkan Hakim.

Seketika kemudian dia bangun, melangkah ke bilik air. Dan 20 minit kemudian dia sudah berdiri menunaikan solat subuh. Selepas berdoa kesejahteraan Hakim di sana, Q mencapai Al-Quran. Niat hatinya ingin menghadiahkan arwah Hakim dengan menghabiskan sebuah Al-Quran.

Selesai 1 muka surat, Q bangun. Bersiap untuk ke pejabat. Baju kurung yang sudah siap diseterika disarung ke tubuh. Setelah mengenakan tudung, dia bergerak mengambil kunci kereta.

“ko nak pergi office ke? Tak nak relax kat rumah sehari dua dulu?” Kay yang baru keluar dari dapur menegur.

“takpe la, aku ada banyak kerja nak buat”

“tak nak sarapan dulu? Aku dah masak ni”

“aku dah kenyang la Kay, aku gerak dulu ye”


Sampai di pejabat, sebak mula memenuhi dada. Baru sampai depan pintu, air mata dah membasahi pipi.Q kuatkan diri melangkah ke mejanya. Duduk merenung bilik Hakim. Bagai ternampak bayangan Hakim disitu. ‘Ya Allah, tabahkanlah hatiku’

“Q…..kenapa datang office?” suara Faizul mengejutkan Q dari lamunan yang panjang.

“Encik cakap apa tadi?”

“saya tanya,kenapa datang office. Duduk la berehat kat rumah dulu”

“kalau duduk kat rumah lagi saya teringat kat arwah.”

“kalau macam tu, awak buat la kerja macam biasa. Lagi satu, kalau awak dah sedia tolong kemaskan barang-barang arwah dalam bilik ye. Dato pesan semalam”

“nanti saya buat”


Agak lama Q merenung pintu bilik Hakim sebelum melangkah ke dalam. Lampu dan penhawa dingin di pasang. Keadaan bilik nampak suram sekali padahal selama ini, bilik Hakim la yang paling ceria.

Perlahan Q melangkah ke meja. Dia duduk di tempat Hakim, merenung keadaan bilik sekali lagi. Tak pasti dari mana hendak mula berkemas. Seketika pandangannya jatuh pada frame di atas meja. Gambar mereka berdua ketika bercuti di Genting Highland. Sedang tersenyum lebar. Indahnya saat itu.

Frame itu dibawa ke dada. Kembali melayan angan. Entah bila dia terlelap. Sehingga Mawar mengejutkan.

“Q,………. Dah makan belum? Akak ingat Q tak datang kerja lagi. Nasib baik akak perasan lampu bilik ni terpasang”

“Q tak lapar kak.”

“Q buat apa kat sini?”

“nak kemas barang abang, tapi tak tau nak mula dari mana”

“takpe la, biar akak yang tolong kemaskan, Q duduk je kat situ”

“Q tolong ye, mesti banyak benda arwah kak. Dia kan suka semakkan bilik ni”

“Q dah zohor?”

“belum”

“kalau macam tu, Q gi solat dulu. Lepas ni baru kita kemas ye” tak fikir panjang terus Q berlalu ke surau. Mawar menahan air mata melihat perubahan Q. dia turut bersedih dengan kehilangan Hakim.
*-*-*-*-*-

Resit jam tangan dan contoh kad kenduri yang berada di atas meja direnung kosong. Q menyambung menung. Bodohnya dia tak perasan langsung dengan perubahan Hakim sejak sebulan lepas. Macam mana seronoknya Hakim ketika membeli belah, menonton wayang, menyanyi penuh perasaan dalam kereta semua lagu nasyid yang Q minat.

Cuma satu yang Hakim tak nak sediakan, cincin kawin mereka. Hakim langsung tak menyentuh tentang cincin, dan Q yang bodoh menyangka Hakim akan memilih sendiri sama macam cincin tunang.

Dah dua hari pihak kedai jam menyuruh dia ke sana untuk mengambil jam mereka. Tapi Q masih lagi teragak-agak. Langsung tak yakin untuk melihat ukiran nama Hakim.


*-*-*-*-*--*-

Sebulan selepas pemergian Hakim, Q makin murung. Bercakap hanya bila perlu. Tempat Hakim kembali diganti oleh Dato Hassan.

Skrin komputer ditenung lama. Tapi fikirannya tidak disitu, semua kerja jadi terbengkalai sejak bertemu dengan peguam Hakim. Pertemuan tadi kembali terlayar di ingatan.

‘arwah dah siapka semua wasiat sebelum bertolak ke Perlis dulu. Menurut wasiat beliau, kereta yang digunakan oleh Cik Qasedah sekarang akan menjadi milik penuh Cik Qasedah dan tidak perlu membayar sebarang bayaran bulanan lagi.Pihak syarikat akan membiayai pengajian Cik Qasedah sehingga tamat walaupun Cik Qasedah ingin meletak jawatan dari syarikat ini. Sebuah rumah yang terletak di Putrajaya telah diserahkah oleh arwah kepada Cik. Dan beliau mewasiatkan 1/3 daripada pampasan insuran nyawa beliau kepada Cik.’

Selepas menurun tandatangan tadi, Q termangu sendiri sehingga kini. Tiba-tiba dia menjadi orang kaya, tapi miskin dengan kasih sayang. Hakim terlalu memanjakan dia. Semuanya sudah disediakan.. tapi Q tak mampu untuk terus berada di syarikat ini. Terlalu banyak kenangan yang menghambat setiap hari.

**--*-*-*-*-


Azan Maghrib dari surau berdekatan mengejutkan Q dari lamunan. Dengan perlahan dia melangkah ke bilik air. Tenaganya seolah hilang, perjalanan ke bilik air yang mengambil hanya 10 langkah seperti sejam lamanya. Q dah tak berdaya nak melangkah, pandanganya kelam tiba-tiba. Dan tubuhnya melayang.

Buka je mata, wajah risau Kay yang menyapa pandangan. Q senyum kelat. Tau sangat dengan sikap Kay yang cepat panik. Kepala yang masih berdenyut, membuatkan Q kembali memejam mata.

“ko ok tak ni?........Q, dengar tak aku cakap ni?”

“dengar la, hang jangan la duk gabra sangat. Aku ok”

“ok mende kalau aku balik tengok ko dah terbaring depan pintu toilet”

“aku pening tadi”

“dah makan?”

“dah” perlahan Q menjawab, nanti Kay bising lagi kalau tau dia tak makan.

“makan apa?”

“nasi” tipu lagi. Padahal sejak Hakim pergi dah lama dia tak sentuh nasi. “pukul berapa dah ni? Aku tak solat maghrib lagi”

“8.45. dah Isyak pun”

“Ya Allah”

“ko jatuh maghrib tadi?....kalau aku tak balik macam mana?”

“hang dah balik kan. Dah la, aku nak solat isyak” cepat je Q bangun walaupun pening, tak nak dengar Kay menyoal lagi.


“aku nak resign, nak balik duduk kampung” tutur Q perlahan ketika menonton bersama Kay.

“bila ko nak balik?”

“lusa, hang tak pe ke tinggal sorang?”

“aku faham keadaan ko. Dari aku tengok ko jadi mayat hidup kat sini baik ko balik duduk dengan parents ko”

“thanks Kay, hang la sahabat aku yang paling baik”

“ko jaga diri tau”

“tau”

“study jo macam mana? Extand?”

“tak la, aku dah minta tukar, dapat USM”
**-*-*-*--*

Surat ditangan dipandang lama. Takut untuk berhadapan dengan Dato Hassan. Tapi dia perlu kuatkan semangat. Keputusan perlu dibuat.

“Q, ada apa nak jumpa ayah ni?.....Q sihat?”

“Q ada hal nak cakap dengan Ayah. Q harap ayah terima keputusan Q”

“ada apa?” surat ditangan dihulurkan pada Dato Hassan.

“kenapa ni Q? dah tak suka kerja dengan ayah ke?”

“Q dapat tukar U, dekat USM. Q ingat nak balik duduk dengan ummi dan abah”

“betul Q dapat tukar? Bukan berhenti belajar?”

“betul yah, kat sini Q tak boleh nak fokus dengan study. Q harap ayah faham keadaan Q”

“kalau macam tu, Q jaga diri. Ingat, ayah dengan ibu sentiasa sayang Q walaupun Q bukan menantu kami. Q dah macam anak kami sendiri. Jaga kesihatan, ayah tengok Q kurus sangat ni”

“terima kasih yah. Q akan jaga diri. Ayah jangan risau ye”

“bila nak balik kampung?”

“esok yah”

“kalau macam tu, malam ni datang rumah. Jumpa ibu dengan Hana dulu” Q hanya mengangguk.

Keluar dari bilik Dato Hassan, Q terus berkemas. Dia perlu tinggalkan pejabat ni dengan segera.

7 comments:

fisha said...

sorry....blur ckit nak wat chapter neh....

Sha said...

aduh..sdeynye msih brbaki lorh..
pe la kjutan yg bkl brlaku??
cpt2 smbg tau =)

akak said...

fisha..
tq4 the entry..you've tried your best..tak mengecewakan pun!

fisha said...

akak...tq 4 the support...
sgt2 dihargai,...
kejam tak klu keluarkn ayt...
'cite aku, suka ati aku la nak jadi mcmne pun...klu xsuka xyah buka blog ni'
bleh gitu?

Anonymous said...

Salam
Cerita ni mmg best w/pun sedih... kami sebagai pembaca hanya menghayati cerita ini... tk kisah sedih or gmbira... takkan asyik nk gmbira aje,kn... apa2 pun, ikut penulis...... kami setia bg support kt penulis.... sedih hakim tk de...

Yeen said...

Fisha...kita x blh nak puaskan hati semua org.. Cerita kita hak kita.

Ha ha ha pertama kali jumpe penulis enovrl yg berani menjawab komen bila org kata tak suke he he he
Bagus juga dgn semangat...

Anonymous said...

Adinda......bila nk smbg.....x sabar nk tau apa yg sebenarnya dh berlaku nie??? Betul ke Hakim dh x de????
Apa pun ...your story is nice....keep up your good work...take ur time kalo still x de ide...x pe....akak bole tggu....rasanya sesapa yg suka citer nie...mesti bole tggu kn??? Teruskan berkarya.....

ikieomar

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....