CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 24, 2009

indahnya takdir-22

Hari ni dah selasa, maknanya lagi dua hari Hakim akan bertolak ke Perlis. Dan Q perasan dalam dua ni, Hakim terlalu sibuk menyiapkan kerja-kerja yang akan ditinggalkan. Sampaikan waktu makan pun Hakim masih tekun dengan kerjanya.

“abang, makan jom”

“abang buzy la Wa. Nak kena gi jumpa lawyer kul 2 ni”

“ala, jom ar. Wa takde geng nak gi makan ni. Kak Mawar half day ari ni”

“apa kata Wa gi beli pastu kita makan kat office abang. Abang memang tak sempat nak keluar ni”

“abang sibuk dengan apa ni? Kan sekarang tengah free”

“ni ha, tengah wat declaration reta abang. Nanti tak la pening nak bagi kat Wa”

“nape lak nak bagi Wa? Kan tu aset abang.”

“lagi sebulan je kita nak nikah Wa, abang tak nak nanti Wa merungut takde duit nak shopping, beli novel, makan McD. Lagipun abang nak Wa berenti kerja bila kita kawin nanti. Fokus dekat abang dengan study je k”

“mana boleh, kalau Wa tak keje, takde duit la nak bayar installment keta tu”

“tengok, belum abang suruh lagi Wa dah merungut pasal installment. Sebab tu la abang kena kira reta abang banyak mana. Nak bagi Wa sikit”

“sikit je?.....kalau nak Wa berenti, monthly Wa nak 2.5k. bleh?”

“demand nampak”

“dah abang demand, Wa pun nak demand la”

“tengok la macam mana….abang pikir dulu”

“uweeekkkk….calculative. k la, Wa nak gi beli lunch. Lapo dah ni. Abang tunggu tau. Kita lunch sama-sama”


Hakim dah menanti diluar kereta. Hana yang naik ke rumah Q masih belum turun. Bosan pulak menanti tanpa membuat apa-apa. Hana kalau dah jumpa Q memang lupa yang abang dia ada dibawah. Seronok sangat bila Q ikut je apa yang dia nak.

“abang, cantik tak?” soal Hana sambil berpusing-pusing di hadapan Hakim. Hakim memandang baju yang dipakai Hana. Tadi masa naik ke atas dengan jeans + t-shirt je. Ni dah berubah pakai kebaya nyonya pulak.

“baju sape ni Hana?”

“baju kak Q. Hana jumpa dalam almari tadi. Kak Q bagi Hana try. Lawa tak?”

“cantik…….Kak Q mana?”

“on the way, kan bakal kak ipar Hana kan suka guna tangga so lambat la sikit nak sampai”

Langkah Q dipandang penuh minat. Kemudian Hakim menyambut beg ditangan Q. seketika kemudian kereta meluncur di atas jalan.

“mana ibu dengan ayah ni bang? Sunyi je rumah” soal Q ketika membuka pintu kereta.

“kat dalam la tu, duk siapkan makan malam untuk menantu kesayangan dia”

“kalau macam tu, Wa masuk dulu ye”

“jap,…..apasal bagi Hana pakai baju yang abang belikan untuk Wa?”

“ala, dia nak try je. Bukan dia nak ambil terus”

“abang tak suka la Wa bagi barang yang belikan untuk Wa kat orang”

“bukan orang lain, adik ipar Wa je. Abang jangan marah k”

“jangan buat lagi”

“baik bosssss”

Selesai masak dan menghidang makan malam di atas meja, Hana dan Q bergegas ke bilik untuk mandi. Hakim dan dato Hassan dah siap menanti untuk bersolat maghrib.

“Hakim imamkan malam ni ye yah” pinta Hakim pada Dato Hassan. Selalunya bila disuruh baru la Hakim nak ke depan.

“semangat nampak bang, tak kan nak tunjuk kat kak Q kot”

“mana ada, kan selalu abang imamkan solat magrhib kalau malam Jumaat” tenang je Hakim menjawab sambil mengenyit mata pada Q.

“ayah, tengok tu. Abang main mata dengan Kak Q”

“Hana, sudah. Dah abang, kita solat” terus je Dato Hassan melaungkan iqamah. Selesai solat, mereka terus membaca Yassin dan berdoa. Panjang sekali doa Hakim malam ni. Kemudiaan Dato Hassan pulak menyambung, memohon keberkatan dan melindungi perjalanan Hakim esok.

Selesai makan malam, Hana terus ke bilik. Ada assigment yang perlu disiapkan. Dato Hasssan dan Datin Sharifah duduk diruang tamu menonton sambil berbual-bual.
Hakim mengajak Q mengambil angin di halaman rumah.

“berapa hari abang nak pergi ni?’ soal Q bila dah penat tunggu Hakim membuka mulut.

“selamanya” jawab Hakim bersahaja.

“abang…………orang cakap betul-betul boleh pulak duk buat main”

“4 hari. Esok bertolak, isnin pagi baru gerak balik KL.”

“Wa nak ikut boleh?”

“kali ni naik motor la sayang, Wa kan tak nak naik motor dengan abang”

“ala…….time Wa nak ikut ada je alasan abang”

“dah betul la, ni geng motor. Kalau club keta, memang abang bawa Wa”

“abang bawa motor hati-hati tau. Wa nak macam mana abang gi, macam tu gak abang balik”

“ye la, mesti la abang balik macam abang gak. Tak kan nak balik jadi orang lain lak”

“maksud Wa, tak nak ada accident la. Tak nak ada patah or luka. Paham????????”

“ye….saya yang menurut perintah”

“motor dah servis?”

“dah….semua dah siap…Ha, cakap pasal motor. Abang dah repair tau motor Wa. Tapi Wa tak boleh naik la, abang dah hantar gi Penang, bagi kat Haq”

“la….nape lak?”

“Wa kan dah ada kereta”

“tapi tu kereta abang”

“abang dah tukar nama Wa minggu lepas. Nanti lawyer abang bagi geran dia. Jaga baik-baik keta tu,”

“tahu…..”

“barang-barang hantaran, semua ada dalam bilik abang tau, kalau Wa nak ambil bagitau je kat Ibu”

“alaa….abang balik nanti Wa ambil la”

“duit yuran U abang dah bank inkan semua dalam akaun Wa”

“kan lambat lagi nak buka sem baru, nape yang abang dah bagi ni? Nanti Wa terguna pulak”

“senang,….nanti abang lupa lak. Kalau terguna pun takpe, abang masukkan lebih”

“ada lagi wasiat abang? Semua nak bagitau malam ni, macam tak nak jumpa Wa dah lepas ni je.”

“nah kad kenduri punya sample dah siap, orang printer kat abang petang tadi. Wa simpan la yang ni.”

“cantiknya…..pandai tul abang pilih”

“tapi abang tak finalize lagi. Tak confirmkan bila nak print, boleh lagi nak ubah. Duit semua abang dah bayar, tinggal call bagitau je. Nanti Wa buat ye”

“okey…..”

“tolong tengokkan Ibu dengan ayah tau. Hana sekali.esok balik kerja terus datang sini. Ahad petang baru balik rumah Wa tau”

“iye….tau. kan selalu dah pesan benda tu”

“abang takut Wa lupa” tutur Hakim perlahan. kemudian memandang ke langit.“esok gi office, ambil laptop abang yang ada dalam drawer simpan kat Wa”

“kan tu company punya”

“tak, yang company punya ada atas meja. Yang ni personal punya, ada dalam drawer, abang lupa nak ambil. Tak kunci pulak tu. Jangan lupa ambil esok tau”

“ye……”

“jom, abang hantar balik”

“la….ingat nak tido sini. Wa dah bawa baju tadi”

“jalan kat sini sesak pagi-pagi.susah Wa nak drive”

“ingat nak tengok abang bertolak esok”

“tak payah la, kalau Wa ada berat hati lak nak pergi nanti”

“tak yah gi la kalau macam tu”

“mana boleh, kan abang dah janji”

“suruh la orang lain ganti”

“Waaaa……jangan menghasut boleh tak” Hakim dah marah, sebenarnya dia takut terpengaruh dengan pujukan Q. macam 2 minggu lepas, patutnya dia ada konvoi ke Melaka dengan club motor tapi bila Q duk merengek nak ke Putrajaya terus dia batalkan penyertaan konvoi. So untuk elakkan kejadian sama berulang, adalah lebih baik menyuruh Q diam.

“gi la…..tak yah balik dah” aura orang merajuk dah keluar. Jangan tak tau, Q sekarang dah pandai merajuk.

“betul ni? Nanti abang tak balik dah Wa jangan menangis tau”

“tak….banyak lagi benda boleh buat dari menangis ingatkan abang la”

“sombong dia….tapi lega abang dengar Wa cakap macam tu. Tak la abang susah hati nak tinggalkan Wa”

“ye…tak nangis punya”

“kalau macam tu, jom abang hantar balik. Nanti lewat pulak. Gi panggil Hana” arah Hakim.

“tak payah la, Wa percaya kat abang. Lagipun kesian Hana nak study, ganggu dia pulak”


“Wa jaga diri baik-baik tau. Jangan duk layan Piejun kalau dia duk ngorat Wa” pesan Hakim ketika membelok ke kawasan parking rumah Q. tangannya mencari tangan Q. digenggam erat walaupun Q cuba menarik.

“Pejun pun tak berani dah nak kacau Wa sejak dia tengok cincin mahal abang bagi ni. Dia kata dia tak mampu nak bagi macam tu so dia tak berani nak ngorat dah”

“hehehehhee…bagus la tu. Bijakkan abang”

“bijak la sangat”

“jaga diri k. abang sayang Wa” ucap Hakim sambil mencium tangan Q. terkedu Q dengan tindakan Hakim. Tak pernah selama ni Hakim berkelakuan begitu.

“nite abang, drive carefuly k.asalamualaikum.”

“nite sayang. Waalaikummusalam” dan senyuman yang cukup manis terukir dibibir Hakim sebelum berlalu.

0 comments:

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....