CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, July 28, 2009

epi10- iNDAhnya TaKDir

“maaf ye Q,…akak lambat cikit.”

“takpe kak. Bukan penat pun tunggu kat rumah. Boleh layan tv lagi”

“kenapa Q tak nak pergi dengan Encik Hakim? Boleh naik kereta besar. Dengan akak setakat Viva ni je la”

“Viva ni pun besar gak kak. Q ni, motor pun tak de. Nak ke mana pun kena tunggu abang bas hantar.Lagipun Q segan la dengan bapak singa tu. Duduk sebelah dia pulak makan nanti, tak tau la macam mana”

“ok apa bapak singa Q tu. Dah la hansem, kaya pulak tu.Akak tengok dia macam suka kan Q je”

“sebab dia hensem + kaya la Q rasa tak layak duduk sebelah dia. Q ni setakat kerani je kak”

“jangan merendah diri sampai macam tu Q. takde apa yang kurang dengan Q. dah bukan rezeki Q lagi nak dapat kerja yang sesuai dengan kelulusan Q”

Qasedah hanya membisu. ‘kalau kak mawar tau cerita dulu, rasanya dia tak kan cakap macam ni. Entah-entah siap kena hamun sebab tak sedar diri nak goda bos besar’


Sampai depan pintu dewan, Hakim sudah menanti. Sempoi je dengan jeans + t-shirt. Tak macam bos besar langsung.

“macam janji je Q dengan bos ni. Dua – dua pakai baju merah. Kalau Piejun nampak jap lagi mesti jeles la dia”

“apa akak ni. Mana ada janji apa dengan bapak singa. Wat malu je terpakai sama color dengan dia ni”

“ok la tu…boleh dapat best couple malam ni”

“mintak simpang la”


“Mawar , Q…lambat sampai” tegur Encik Hakim bila mereka hampir dengan pintu masuk.

“sorry bos…..jammed tadi”

“ada je alasan awak ye Mawar”

“biasa la bos…. Dah lama ke bos jadi penyambut tetamu ni?”

“saya sambut tetamu special je… dah,jom masuk,….majlis dah nak mula pun”



Q renung jam ditangan. Dah dekat setengah jam Tuan Pengarah berucap penuh semangat. Dan takde tanda-tanda lagi nak berhenti. Perut dah mula berlagu, mata dah mengantuk dan staf-staf lain dah berkali-kali ulang alik ke meja buffet. Cuma dia yang segan nak bergerak.

“awak nak makan apa?”

“hah!??”

“awak nak makan apa? Saya ambilkan” Q pandang muka Encik Hakim kali kedua. Aku tak salah dengar ke? Ke bapak singa ni yang tersalah cakap?

“takpe bos…kalau saya nak makan jap lagi saya amik sendiri.” Sejak bila pulak la bapak singa ni jadi gentleman sangat ni. Seram dah duduk sebelah dia.

“awak ni takut dengan saya ke?. Dari tadi saya tengok tak bergerak-gerak.” Macam mana nak bergerak kalau kerusi dia dah block jalan aku?

“mana ada bos.dah tak lapar lagi, so tak payah la saya nak gi menyemak kat meja yang memang ramai orang tu”act betul….padahal perut dah lama mintak isi, dah macam-macam lagu dah. Apasal la diaorang tak serve kat meja je.

“kalau macam tu saya ambil untuk saya je la….” Q hanya mengangguk lemah. Menghantar langkah Encik Hakim dengan geram. Fokus kembali kepada pentas yang dah bertukar acara. Ada lak geng-geng mak nyah yang tengah menari atas pentas. Lawak betul la tengok gaya sotong tu.

“untuk awak” sepinggan penuh segala macam makanan disuakan didepan mata. Q pantas angkat muka. Piejun

“thanks”

“Hakim tak ambilkan untuk awak ke?”

“kalau saya lapar nanti pandai la saya amik sendiri Encik. Liana duduk dengan sapa kalau Encik dah ke sini. Lagipun ni kan tempat Encik Hakim.”

“pandai la Hakim cari tempat duduk…tak pun dia boleh duduk dengan Liana. Macam la dia tak biasa dengan Liana tu. Dari tadi saya tengok awak tak makan, mesti lapar kan asyik tengok orang je makan”

“takde lah…..ok lagi ni. Mana ada lapar”saat ni Q lagi sanggup duduk sebelah bapak singa dari duduk dengan mat romeo ni. Takut la dengan gaya pembaca fikiran tu….macam transperant je apa yang ada dalam kepala sampai semua dia boleh teka.

“Q….kata tak lapar tadi. Ni sampai penuh sepinggan ni apa cerita?” entah dari mana Encik Hakim pulak bersuara dibelakangnya.

“bukan saya ambil,…. Encik Faizul yang bawa ke sini. Kalau bos nak makan sila la”

“yang kau ni apa hal duk lepak kat sini. Kesian secetary aku duk sorang-sorang”

“kita tukar partner nak tak?” selambe je Faizul menutur

“mana boleh…..sesekali nak jugak aku tengok muka orang lain pulak, asyik muka Liana je…kau pun mesti dah jemu tengok muka Q ngan Mawar kan”

“mana ada….aku ok je tatap muka adik manis ni”

Q pandang muka lelaki-lelaki yang sibuk bercakap tanpa menghiraukan perasaan dan pandangannya. “kalau bos dengan Encik tak nak beralah…apa kata bagi saya je yang pergi duduk dengan Liana. Bos boleh duduk dengan Encik” cepat je Q menolak kerusi, beredar ke meja di kanannya. Fuhhhh!!! Selamat.

Hakim dan Faizul tercengang dengan tindakan Q……dua-dua melepas

0 comments:

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....