CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 27, 2010

indahnya takdir-36

Skrin laptop ditenung dalam. Email yang baru diterima dah empat kali dibaca tapi masih belum difahami. Dah macam email tu dalam bahasa alien je Q rasa. Memang kepala tengah serabut sangat. Jam dah menghampiri 11 pagi. Mesyuarat dengan production memerlukan Q menjawab segala masalah berkenaan dengan mekanikal part yang baru dihantar oleh pembekal. Tapi, dalam kepala sekarang memang takde langsung jawapan untuk semua persoalan. Macam mana rupa part tu pun dia dah lupa.

Q tersentak bila bahunya dicuit. Wee Chen berdiri disisi meja. “apa?”

“diaorang dah page nama you, tak dengar ke?”

“Ya Allah, aku dah lambat” terus bangun dan melangkah ke bilik mesyuarat.

Ketika melangkah masuk, semua mata tertumpu pada langkah Q. serba tak kena rasanya.

“sorry, I’m late” Q duduk dibahagian belakang. Suara Rajan, supervisor production tengelam timbul menerangkan masalah part yang patah bila dipasang. Kemudian bertingkah pulak dengan suara Helen dari IQC. Bingit sekali. Makin lama keadaan makin sunyi, yang kedengaran hanya suara Adam 3 malam lepas meminta diberi masa untuk berfikir.

Q sebak memikir sikap Adam sekarang. Jangankan nak bercakap, pandang muka pun Adam tak nak sekarang. Tiba-tiba terasa dia disiku. Menoleh sebelah, Jeff dah buat muka hairan.

“why?”

“Helen ask your opinion about this matter. And also result after you discauss with vendor. Are you in this meeting Q? you look like lost in the air” Jeff pandang muka blur Q.

“sorry, I think about something else” Q bangun, menghampiri white board. Melukis bahagian yang diubah dan memberi penerangan yang kerap kali terpaksa merujuk kembali pada nota.

*-*-*-*-*

Sampai dirumah petang tu Q terus siapkan makan malam. Walaupun dah tak banyak cakap dengan Adam tapi keperluan Adam sentiasa disiapkan seperti selalu. Baru siap hidang atas meja, Adam dah melangkah masuk. Awal la pulak Adam balik hari ni.

“makan bang”

“hurm….” Lepas tu Adam terus masuk dalam bilik. Muka Q pun dia tak pandang.Q pandang je langkah Adam. Orang dah tak suka, nak buat macam mana lagikan. Terima ajelah.

Lepas solat maghrib Adam keluar dari bilik. Q duk jadi tugu lagi dimeja makan. Kesian pulak tengok muka sugul Q. tapi dia terus ke ruang tamu, menonton tv.

*-*-*-*-*

Dah dua minggu Adam menyepi. Hanya bercakap bila perlu, Q pun tak banyak bunyi. Pandai-pandai bawa diri bila Adam balik ke rumah. Tau Adam tak boleh nak muka pandang dia. Jam didinding dah menginjak ke pukul 12.30 malam, kelibat Adam masih tak kelihatan. Selalunya paling lewat pukul 11 malam Adam dan balik.

Q duduk merenung tv, kosong. Dah letih duduk disofa dia beralih ke bilik yang dijadikan bilik study dulu. Merenung novel-novel yang tersusun dirak. Ditarik satu keluar, baca cite kat kulit belakang pastu selak sikit kat dalam….dia letak balik buku tu. Lepas tu ambik pulak buku lain, mengulang benda yang sama. Sungguh takde buku yang menarik minat untuk dibaca sekarang.

Lenguh berdiri, dia duduk bersila di atas permaidani ditengah bilik tu. Merenung bilik yang hanya ada rak buku dan meja kecik yang diletakkan laptop. Stiker nama Hakim dihujung laptop diusap lembut. Dah lama dia tak buka laptop Hakim ni. Butang on ditekan, lepas masukkan password terpampang muka dia yang tengah lena tu.

Tangan refleks je klik folder my love. Lepas setkan ke view as a slide show, Q merebahkan badan ke carpet. Mata menatap skrin yang sering berubah. Penuh dengan gambar dia dan Hakim. Mengembalikan memori lama. Pandangan Q Beralih pada susunan album dibawah meja kecil tu, gambar majlis dia dengan Adam. Perlahan tangan menarik keluar susunan tu. Diselak, menatap wajah mereka dihari persandingan. Ceria sungguh muka Adam jika nak dibandingkan dengan wajah Adam sekarang. Dan entah bila matanya terpejam.


“tak balik lagi Am?” Ajet dah berdiri depan pintu pejabat. Dah bersiap untuk balik. Adam pulak elok je duk landing atas sofa. Macam nak tidur kat situ pulak.

“jap lagi aku balik, kalau hang nak balik dulu gi la.nanti aku tutup bangkel”

“dah pukul 11.30 ni. Kesian kat Q, tinggal sorang-sorang tu. Pi la balik. Hang duk menung macam ni pun tak selesai masalah jugak. Apa kata hang bincang elok-elok dengan dia? Lagipun apa pun salah dia dulu, rasanya dah takde kena mengena dengan hang. Tu cerita dulu, sebelum hang kenai dia”

“ntah la Jet, aku tak tau nak fikir macam mana dah”

“hang sayang dia? Ka dah benci tengok muka dia?”

“dia nyawa aku Jet”

“kalau dia penting dalam hidup hang, takkan hang sanggup tengok dia la ni. Petang kemarin aku jumpa dia kat pasar malam. Cekung sangat dah aku tengok. Hang tak bagi dia makan ka apa?”

“balik la. Apapun salah dia, kalau betui hang tak mau cerita kat aku tapi sebagai kawan aku nasihatkan lupakan lah semua tu. Benda dah lepas, yang penting hampa bahagia lepas ni” Adam hanya membisu. Kata-kata Mahathir ada betulnya. Dia sendiri pun bukanlah baik sangat.


Adam melangkah longlai ke dalam rumah. Lepas kunci pintu dia, berlalu ke bilik. Badan dah letih sangat, sejak seminggu lepas kereta makin banyak dibengkel. Dengan beban perasaan sekarang, kerjanya sedikit terganggu. Safuan dengan Mahadzir dah bersungut bila dia asyik termenung di bengkel. Memang tak boleh nak fokus pun bila duk terkenang Q dirumah.

Tergejut Adam tengok katil kosong. Selalunya Q dah tido bila dia sampai dirumah. Rasanya kereta ada je kat depan rumah tadi. Handphone ditangan ditelek, mana tau kot-kot termiss tengok masej Q. kosong jek. Walaupun jarang bercakap dengan Q tapi apa yang berlaku pada Q sentiasa dalam perhatian dia.

‘apa-apa pun mandi dulu, badan dah melekit dengan peluh dan minyak’ fikir Adam. Siap mandi dan berpakaian dia melangkah ke luar. Dapur kemas je, atas meja makan dah terhidang makan malam. Perut yang lapar diabaikan, kena cari Q bagi jumpa dulu. Ruang tamu pun kosong je. Buka pintu bilik tetamu, gelap. Adam beredar ke bilik study Q.

Tubuh kurus yang mengerekot di atas permaidani menyapa pandangan. Bilik yang hanya diterangi lampu belajar nampak suram. Mendekati Q, dia terpandang album yang berada dibawah tangan Q. sejak bila album ada dalam rumah ni? Rasanya dia tak pernah ambil dari rumah mama.

Q tertido tengok album ni? Sayang ke dia kat aku? Rasa Bersalah pulak tengok keadaan Q sekarang, dah kembali cekung. Sebelum mengangkat Q ke dalam bilik, Adam terpandang laptop Q yang terpasang. Leka dia melihat slide show. Ceria sungguh wajah Q ketika disamping Hakim, cembura rasanya. Tapi bila difikirkan balik, buat apa nak cemburu dengan orang yang dah takde. Q dah memang hak dia sekarang.

“Q, bangun. Tido dalam bilik” kejut Adam. Tapi Q macam takde respond langsung. Malas nak kejut kali kedua, terus badan Q diangkat masuk bilik. Ringannya, berapa kilo la bini aku ni, dah macam baby pun ada. Ni nak merajuk lama-lama pun tak sampai hati tengok keadaan Q. apapun memang dia sayang Q, nak lupakan apa yang Q bagitau tu je yang payah.

Tapi rasanya dah tak sanggup nak wat tak nampak dengan Q, hidup dia yang sesak. Sunyi sangat tak dengar suara Q. macam la selama ni Q cakap banyak sangat. Adam tersenyum sendiri.

6 comments:

epy elina said...

hohohoho...
btul2 bt apa nak kenangkan crta lama...
sej lama q brla brlalu yg pntg adam adalh msa hdpan q....
adam maafkan la q...
cnta itu perlu iklas...
nak adam & q brbaik n bhagia...
best2x...

akak said...

sob2..sedih lah fisya!..

NAJ HEBAT said...

huahahaha..
huuu.. agak sedih la jgk..
sian Q..
writer, jgn bg watak adam nampak kejam sgt.. sedih la..
buat yg terbaek yea..

miznza84 said...

sedihnya....sian Q... bila dorang nk bebaik ni....

MaY_LiN said...

cian q..
adam..tamo wat q cenggini..

khasyikelvin_ said...

nama Q sangat ringkas,
nak wat nama L ler...
hik hik hik~

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....