CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 24, 2009

indahnya takdir-23

Telefon yang dari tadi duk berbunyi membuat Q berhenti membaca. Konsentrasi pada novel baru sudah beralih pada pemanggil dihujung sana.

“Q.. jawab la phone ko tu… sakit la telinga aku dengar ringtone tu” Kay sudah geram dengan Q yang masih boleh membaca.

“abang….. kan Wa dah cakap jangan kacau. Degil la abang ni”

Terdengar tawa Hakim. “abang boring la Wa, aktiviti malam ni tak best langsung. Lagipun abang rindu la kat Wawa”

“esok kan dah nak balik. Malam ni mesti berbeque kan. Nape lak nak boring. Selalu malam last la yang paling abang suka. Boleh menyanyi. Abang dah dapat chance naik pentas lum?”

“jap lagi rasanya. Tapi kali ni abang nak bawa lagu Pergi tak kembali. Baru dia orang respect sikit kat abang. Ingat abang tak boleh ke nak nyanyi lagu stok ustaz-ustaz ni”

“ni sejak bila abang dengar lagu nasyid ni. Selalu kutuk je kalau Wawa buka lagu nasyid”

“entah la diaorang ni,ada pulak nak wat tema keinsafan malam ni.kan lagu ni Wa selalu suruh abang dengar, lagipun kalau menyanyi lagu nasyid ni rasa dekat je ngan Wa. Abang rindu la dengan Wa. Letak jap la. Abang nak wat 3G. Nak tengok muka Wa la”

Kelam kabut Q menarik tuala. Menutup rambut sebelum menjawab panggilan. “ala, abang ingat boleh tengok Wa tak pakai tudung”

“takde-takde, kan dah janji lepas nikah baru boleh. Lupa ke?”

“abang ingat, Cuma tak sabar je”

“mendenya tak sabar?....kan lagi 3 minggu je ari nikah kita. Ke abang dah jumpa awek baru kat sana, abang jangan bang. Wa karate abang nanti”

“mana ada awek lain. Wa sorang je dalam hati abang. Abang tau esok abang dah nak balik. Tapi abang rindu sangat kat Najwa”

“abang ni, merapu sungguh, kan pagi esok nak gerak balik KL. Ni pun duk tengok muka Wa, nak rindu apa lagi Apasal? Abang tak nak balik lagi ke?abang nak gi mana lagi? Siam?”

“tak ke mana. Abang sayang sangat kat Qasedah Najwa ni. Jaga diri baik-baik ye sayang. Jangan rindu abang ye. K la, dia orang dah panggil tu, turn abang dah sampai.”

“abang, Wa nak dengar jugak abang nyanyi.”

“k, abang tak letak ni. Najwa boleh tengok abang buat live show malam ni” dan satu senyuman manis terukir dibibir Hakim.

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

“best tak?” soal Hakim selesai membuat persembahan. Q hanya membisu. Menyapu airmata dipipi. Tersayu la pulak.

“la, ni kenapa pulak menangis ni?”

“abang la, apasal nyanyi lagu macam ni. Suara dah best tapi sayu la”

“saja je. Nak bagi Najwa ingat abang, baru Wa kagum dengan abang. Takde la nak menceceh kalau abang tutup lagu nasyid dalam keta lepas ni”

“abang tak menyanyi macam tu pun Wa tetap ingat abang la.rindu sangat kat abang tau tak”

“K la, abang nyanyi lagi satu lagu special untuk Najwa je k. jangan menangis lagi ye”

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan
Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram nur kasih

Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata
Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya

“ok……dah.abang nak balik bilik dah ni. Esok pagi nak bertolak awal. Najwa jaga diri ye”

“abang pun”

“nite sayang”

“nite abang”


&&&&

“Assalamualaikum sayang, Wa dah solat?”

“waalaikummusalam….dah, tengah bersiap nak ke pejabat la ni”

“Wa pakai baju apa hari ni?”

“Baju kurung yang abang belikan.kenapa?”

“saja je tanya, sebab hari ni kan abang tak masuk office. Kena la tau macam mana pakaian Wa.”

“abang dah breakfast ke?”

“dah, tengah check motor, jap lagi dah nak gerak balik”

“Wa pun tengah siap ni, abang bawa motor hati-hati ye”

“k sayang. Luv u”

abg syg Najwa 4eva. Jg dr k’ mesej dari Hakim membuat Q tersenyum.

Wa pun syg abg….take care’


Tepat je jarum jam tunjuk pukul 12.30 tengahhari, Q dah terpacak dekat meja Mawar. Perut dah lapar tahap tenuk. Kena cepat bergerak ni.

“kak, cepat la. Nanti ramai orang la”

“sabar la, tak nampak ke akak tengah simpan barang ni”

Tengah sedap layan nasi tomato dengan ayam masak merah, telefon Q berbunyi, nampak je muka Hakim terus Q jawab.

“hurmm….tengah makan dengan kak Mawar kat gerai selalu. Abang dah sampai belum?”

“petang ni……kul bape?.........keta Wa macam mana?”

“ok. Wa tunggu”

Mawar dah pandang muka Q. nak tanya siapa call la tu

“bapak singa call. Dia dah sampai rumah”

“seronok la tu”
Q senyum je.memang hati bahagia je bila dengar suara Hakim.

*-*-*--*

Awal pagi lagi Q tengok Hakim dah sibuk dibilik. Disebabkan masa berkerja belum bermula, Q melangkah ke bilik Hakim.

“busy nampak, nak Wa tolong?”

“ah ha…abang tengah prepare slide untuk presentation kat customer ni”

“abang ada meeting ke?”

“abang kena gi Penang la, jumpa dengan diaorang”

“bila nak gi? Wa nak ikut boleh?”

“jap lagi dah nak bertolak. Wa kan ada kelas petang ni. Tak payah ikut la. Malam ni abang dah gerak balik sini”

“oh, ok. Nak tolong apa-apa tak?”

“takde apa, Wa gi la wat keje”

“ok”

Hampir pukul sepuluh pagi, Hakim melangkah keluar. “saya gerak dulu Mawar. Q mana?”

“kat pantri tadi”

terus je Hakim melangkah ke sana. Q sedap je duk kacau air sambil dengar lagu. “abang nak gerak dah ni. Nanti malam kita jumpa”

“k. ati-ati drive”

“k”



Sampai je kat tempat parking, lepas matikan radio baru Q dengar bunyi telefon yang duk melalak.
“Q,….Ibu ni. Q ada mana?”

“Q baru sampai office. Tak perasan phone dalam beg, nape Ibu call Q awal-awal ni?”

“Q tunggu kat office ye, jap lagi Ibu dengan ayah sampai”

“nak gi mana ni Ibu?, abang tak bagitau apa pun semalam”

“Hakim ada call Q ke semalam?”

“Ada, sembang macam biasa. Abang cakap tak tau bila nak balik.banyak lagi yang nak disiapkan. Nape bu?”

“Q tunggu ye. Jap lagi kami sampai”

“Yelah”


Hana yang naik ke pejabat memanggil Q. Hairan Q bila melihat mata Hana yang bengkak dan muka sembab. Tak banyak soal terus Q mengikut langkah Hana ke kereta.

“kita nak ke mana ni Bu, ayah?”

“Q, sabar ye…..sebenarnya kita nak ke Penang. Hakim kemalangan pagi tadi” Hj Hassan yang bersuara bila isterinya hanya mampu mengalirkan air mata.

“abang teruk ke yah?”

“Hakim dah takde……….” Ayat seterusnya dah tak terdengar ditelinga Q. Alam tiba-tiba sunyi sepi. Yang terdengar hanya suara Hakim semalam ‘abang tak tau lagi bila abang nak balik, tapi rindu sangat kat Najwa’ dan lagu yang Hakim pernah dendangkan kembali bernyanyi ditelinga sepanjang jalan ke Penang. Pelukan Hana sudah tidak terasa.

‘sampai hati abang tak tunggu Wa’ dan airmata tak henti mengalir. Padahal dia dah janji dengan Hakim yang dia tak kan menangis.


Sampai di hospital mayat Hakim sudah siap dibedah siasat dan dikhafankan. Oleh kerana kecederaan yang parah di kepala, pihak hospital sudah siapkan semuanya. Mereka hanya dapat menatap wajah yang sudah pucat itu. Bagaikan dalam lena yang indah.

Ketika pihak polis menyerahkan barangan milik arwah, Q dah tak mampu menahan airmata. Melihat jaket kulit milik arwah yang sudah berlubang disiku dan tersagat dijalan. Juga tompokan darah yang sudah kering. Tak dapat dibayangkan kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh Hakim sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

“ibu dan ayah ingat nak kebumikan arwah di kampung Q sebab abang ada cakap dulu dia nak tinggal di Penang lepas kawin, macam mana?” soal Datuk Hassan pada Q yang masih kaku.

“ikut ibu dengan ayah la, Q tak kisah” dan Q memang tak boleh nak fikir langsung. Iya kan saja semua yang orang katakan.

“kalau macam tu, jom kita gerak sekarang sempat sampai sebelum Asar. Boleh kita simpan lepas Asar nanti”

“Q naik van dengan abang ye bu”


“sabar ye Q, Tuhan lebih sayangkan Akim” tutur Piejun perlahan. Ada tak ayat lain yang korang boleh cakap?????? Tapi tu semua Cuma dalam hati, kepala Q tetap mengangguk. Memandang kosong pada wajah Faizul sebelum tunduk membaca kembali surah Yassin ditangan.

Q dah tak ambil tau hal lain, yang dia tau sekarang nak bagi sebanyak mana hadiah yang boleh untuk arwah. Hana yang duduk disisi juga tidak bercakap.

“Q, ke tepi sikit. Dia orang nak angkat jenazah dah” sayu hati Q bila tengok jenazah Hakim diangkat. Bagaikan separuh dari dirinya juga diangkat pergi. Q turut bangun, mengikut dibelakang keranda. Ingin menghantar Hakim buat kali terakhir.

Bila abah melaungkan Al-Fatihah buat kali ketiga, Q terasa bahunya dipegang kejap. “kalau Q tak kuat, tak payah la ikut ke kubur”

“walau apa pun jadi, Q tetap nak tengok jenazah abang selamat dikebumikan”

“kalau macam tu, jom aku temankan” Kay memapah Q, berjalan perlahan mengikut dibelakang keranda.

Setelah selesai solat dan ditalkinkan, semua yang hadir beransur meninggalkan kawasan kubur. Q masih berteleku di depan payung yang memayungi bahagian kepala.

“jom kita balik angah. semua orang dah beransur. Malam ni nak buat tahlil lagi” ajak Along.

“along balik la dulu. Angah nak temankan abang kejap”

“ye lah, jangan lama sangat. Along tunggu kat depan sana”

Selepas along berlalu, Q membuka surah Yassin. Membaca perlahan. Dan banyak kali terpaksa berhenti bila dada terasa sesak.

“Wa mintak maaf abang, Wa tak mampu nak tahan airmata ni walaupun dah janji dengan abang yang Wa takkan menangis. Abang jaga diri ye. Wa nak balik dah. Esok pagi Wa datang lagi”

*-*-*-*-*-

Majlis tahlil malam itu berjalan lancar. Setelah semua jemputan pulang, Dato Hassan dan Datin Sharifah duduk bersama ummi dan abah Q.

“Q mana?” soal Dato Hassan.

“kat bilik. Lepas tahlil tadi terus masuk. Kesian pulak tengok dia macam tu”

“abang dengan kakak tak payah la nak risau, angah ni kuat.” Ummi Q yang bersuara.

“entah la, kami hilang anak tapi rasa macam hilang menantu jugak, dah dekat sangat majlis diaorang. Tak sangka takdir Tuhan macam ni. Kalau kami ada anak lelaki lain, dah tentu kami kawinkan dengan Q”

“takpe lah bang, dah bukan rezeki kita nak berbesan. Tapi kita tetap sedara kan” Hj Umar pulak bersuara. Masing-masing membisu.


*-*-*-*-

“ko okey ke Q? makan jom?” ajak Kay yang duduk ditepi katil. Q yang duduk diatas sejadah dipandang lama.

“aku tak lapar. Tadi aku dah makan, hang pi la makan”

“bila ko makan?”

“aku dah makan”

“tolong la Q, jaga diri kau. Hakim mesti susah hati kalau tau ko jadi macam ni”

“aku ok. Bila hang nak balik KL?”

“esok, lepas zohor”

“aku ikut, lagipun hang balik dengan keta aku kan.”

“betul nak balik? Taknak duduk sini lama sikit?”

“takpe lah, aku kerja”

“takde sapa nak marah kalau ko tak pergi kerja Q”

“aku ikut hang balik esok” terus je Q menyambung bacaannya. Enggan berbicara lagi.

3 comments:

fisha said...

ok....rasanya dh boleh komen kat cni

iLiKeBiGcUtEbEaR said...

sdh thp gle nk mt...
nape wat cam ne..
x nk la hakim mt...
nk q kawen ngan hakim...

Anonymous said...

tu r psl.. leklok je diorg dah plan.. tp ye lakan.. jodoh maut di tgn Allah....

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....