CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 25, 2009

Bab 11- InDAHnyA TaKDir

Episode 11


“awal sampai hari ni Q” tegur Yati, penyambut tetamu syarikat mereka.

“hari ni tak payah tunggu abang bas, cepat la sampai….Q naik dulu ye” cepat – cepat dia melangkah. Nanti kalau cik kak tu buka mulut lagi penat nak menjawab. Tak kan nak cerita kat semua orang yang dia dah beli motor. Dah tak perlu tunggu abang bas pagi dengan petang. Buat malu je. Lain cerita la kalau dah mampu beli BMW, masa tu dah tak malu nak jawab bila orang tanya.

Tengah asyik menyiapkan lukisan yang tak sempat dibuat semalam terdengar suara bising bapak singa. Q buat pekak je bila tak faham apa yang dibisingkan.

“Kak Mawar tolong suruh Yati buat annoucement…. Suruh budak tak reti baca tu ubah motor buruk dia.”

Q terus angkat kepala bila Hakim menyebut tentang motor. Dia mula memberi perhatian pada butir percakapan antara Mawar dengan Hakim.

“Plat numbernya apa?....jenis motor apa?”

“RXZ merah…. PGX 272…suruh dia ubah sekarang. Saya nak parking”

Q segera bangun “tak payah page la Kak, Q gi ubah sekarang” Mawar senyap. Bapak singa pulak pandang macam tak cukup mata.

“motor awak ke Q?”

“maaf ye boss, saya ingat bos naik kereta hari ni tu pasal saya parking kat situ.”

“tak payah ubah la, biarkan je” dengan ayat itu Hakim melangkah ke dalam bilik. Q wat muka pelik….baru tadi bising-bising bila Q parking motor kat tempat dia, tapi bila dah mengaku tak bagi pulak ubah.


“ada orang beli motor tak bagi Akak pun” Q mengangkat muka dari skrin komputer. Kak Mawar ni betul la tak lepas peluang. Elok je bos dia lepas terus bersidai dimeja Q.

“maaf la kak, Q beli second hand je. Malu pulak nak bising-bising. Mana tau bos naik motor hari ni. Malu je dengar bos cakap motor buruk, tapi tu je yang Q mampu sekarang ni.”

“RXZ tu Q, mana sesuai perempuan macam kamu bawak.”

“tapi itu yang laju sikit bawa naik highway balik Penang. Jimat dah tambang bas”

“hati – hati sikit bawa motor tu. Susah hati akak tau kamu beli motor ni. Ingatkan nak beli kereta bila duk sibuk kumpul duit”

“kereta nanti – nanti la kak. Dah penuh dah jalan raya dengan kereta. Lagipun Q sorang je kak. Naik motor pun dah ok. Boleh jugak merempit” Mawar ketawa mendengar alasan Q.


Hakim memerhati tingkah Q dari cermin biliknya. Bidai kayu yang sengaja dibiarkan sedikit renggang membolehkan dia melihat keluar. Jarang sekali dia lapang dan membiarkan fikiran melayan angan seperti sekarang. Seronok melihat telatah gadis yang makin mendapat tempat dihatinya selepas pulang dari makan malam syarikat dua minggu lepas.

Q yang sedang rancak berceloteh ntah apa pun dia tak pasti. Yang kelihatan hanya mulut comel itu saja bergerak-gerak dari tadi. Dan sesekali kelihatan MAwar ketawa. Pasti seronok berbual, tapi tangan dan mata Q tak lepas dari komputer didepan mata.

Dia sendiri tidak pasti sejak bila perasaan suka pada gadis comel itu timbul. Yang pasti sehari tidak melihat dan berlawan cakap dengan Q hidupnya seakan tidak lengkap. Walaupun kadang kala tidak ada langsung topik yang boleh dibualkan dengan gadis itu. Akal pula melarang…seolah-olah memotong jalan kawan sendiri. Akhirnya Hakim mengeluh perlahan. Enggan berfikir lebih jauh lagi… biar masa yang tentukan segalanya.



Jam sudah menginjak ke pukul 3 petang. Selepas solat zohor tadi Q kembali tekun menyiapkan lukisan. Mata yang pedih dikejip beberapa kali, yang penting siapkan drawing yang sudah seminggu tertangguh. Seronok menyiap kerja bila Faizul kena hantar melawat kilang. ‘Office ni Q yang punya’…. Q gelak jahat dalam hati…nak gelak kuat-kuat mahunya bapak singa kat dalam keluar bagi surat terminate. Naya je.

“mintak kunci motor awak kejap” tergejut Q mendengar suara garau Hakim. Volume lagu dikecilkan. Mendongak memandang wajah Hakim.

“nak buat apa bos?...kalau nak ubah, saya boleh ubah sendiri” hanya itu yang terlintas dikepalanya.

“saya nak test drive” bersahaja jawapan dari Hakim

“tak payah la bos, motor buruk je. Mana sama dengan Kawasaki bos” dimindanya sudah terbayang motor besar Hakim berwarna oren-hitam.

“bagi je la kunci motor awak tu, kenapa?....takut saya jual ke?”

Dengan berat hati Q menghulur kunci motornya. Walaupun baru 3 hari jadi miliknya, tapi itu sajalah harta yang dia ada.

“saya tak masuk office petang ni. Kalau saya lambat awak bawak motor saya balik. Nanti saya ambil balik di rumah awak. Nah kunci. Ride safely”

Bayang Hakim sudah lama hilang di sebalik pintu. Q merenung kunci motor yang ditinggalkan oleh Hakim. Macam tak percaya bapak singa boleh pulak bagi kunci motor rega berpuluh ribu tu. Macam bukan Hakim si bapak singa. Ke dia dah berubah jadi orang lain.


Hakim memandang motor merah didepan matanya. Enjin sudah dihidupkan, dia memeriksa keadaan motor yang baru dibeli oleh Q. banyak yang perlu dibuat, yang penting sekali tayar yang sudah hilang bunga perlu diberi perhatian memandangkan musim hujan sekarang. Setelah mengenakan helmet Q, dia memecut ke jalan besar.

“Keon… you tukar tyre baru, servis and polish. I nak motor ni macam baru”

“moto sapa ni bos? Lu punya buah hati mana?”

“banyak bunyi la lu ni apek…..buah hati I ada kat office la”

“sejak bila u dah ubah hati ni? Sanggup tinggal si oren kat office datang sini naik catalyzer je”

“ni kes buah hati la ni. Gi beli motor macam ni punya teruk. Dah la suka balik kampung, break down tengah highway kan ke haru”

“motor sapa sebenarnya ni? Setahu aku kau mana minat dengan motor – motor kecik ni”

“awek aku la. Nak beli motor bukan nak tanya orang dulu”

Keon tekun memeriksa keadaan motor itu.“enjin dia ok….Cuma body teruk sikit. Kira pandai la jugak dia pilih ni….tapi yang aku musykil sejak bila kau ada awek ni? Siap boleh bagi si oren lagi kat dia. Aku nak pegang pun banyak kau punya pantang larang…sekali dengan awek boleh bagi gitu je”

“awek aku lagi berharga dari bike aku”

“oooo…orang sayang awek rupanya”

“mesti la….. kau ingat senang nak dapat awek macam tu”

“ni nak kena jumpa ni… teringin aku nak tengok perempuan yang boleh lembutkan hati Encik Hakim kita ni”

“hehehhehe….nak jumpa kena ke office aku la.”

0 comments:

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....