CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 14, 2009

indahnya takdir-29

+free x wekend ni?

Tu mesej dari Adam pukul 10 pagi tadi, sekarang dah pukul 2 petang. Q still duk pikir nak balas ke tak mesej tu. Pelik pulak tetiba Adam tanya macam tu. Q usha time table class, Ahad ni tutorial dengan Prof Aziah tapi dah dibatalkan. Maknanya free la kan. Nak balas tak mesej dia?

-free rasanya, weekend tu sabtu ke ahad

tengok, tangan ni selalu je cepat dari otak. Tak sempat nak habis pkir lagi dah tertanya mamat tu. Nampak sangat macam free teramat.

+hari ahad, free kan?
Cepat sungguh En Adam ni balas. Dia duk tunggu sebelah handphone ke apa.

‘- free. Nak ajak sy g mana?

+kenduri Safwan, dia mintak tlg jd pengapit. Blh x?

‘-dah tu, awk jd pgpt, sy duk langut sja?

+skali dgn awk la, Nurin pny kwn tiba2 ada hal

-xmo la. Segan. Awk cr org len jek.
Q dah malas nak layan. Takat pi kenduri tu boleh la lagi nak terima, ni nak suruh duduk sebelah orang yang jadi tumpuan sepanjang majlis. Minta maaf aje la.

+pls Q, sy terdesak ni
mesej dari Adam tak dibalas. Memang dia tak kan join idea merapu tu. Ingat best ke??? Cari la jalan sendiri.

*-*-*-*-

Adam pandang handphone atas meja. Takde mesej yang masuk. Nampak gayanya kena guna sumber lain untuk pujuk Q. call pun tak berjawab. Nak mengelak la tu. Kemudian dia teringatkan Amni, masa ni lah semua backup yang ada harus digunakan….

“Ami sibuk ke?”

“tak lah bang, ada apa call Ami ni?”

“nak minta tolong sikit”

“pasal angah ka?”

“ha ah, abang dah janji dengan kawan abang nak jadi pengapit dia ahad ni. Angah bagi tau dia free tapi bila abang minta jadi pengapit terus dia tak nak”

“dah tu nak suruh Ami buat apa? Pujuk angah?”

“ye lah, boleh ye tolong abang Am”

“payah ni. Angah memang tak suka gi kenduri, lagi-lagi nak jadi pengapit. Apakata abang mai jumpa Ummi, suruh Ummi yang pujuk ngah. Angah ni takut sikit dengan ummi punya ayat power”

“jumpa ummi?”

“ye lah, don’t worry la. Ummi dengan abah dah suka kat abang la. Confirm dia orang suka kalau abang mai jumpa”

“angah balik kerja pukul berapa hari ni?”

“macam biasa la. Pukul 6.30 sampai rumah”

“Ami ada kat rumah petang ni? Abang ingat nak pergi dalam pukul 3”

“ada je”

“kalau macam tu, jumpa Ami petang ni ye”

“k”

*-*-*-*-

Dan disebabkan entah ayat apa yang Adam pakai dekat Ummi dengan Abah, Q tengah mengipas diri sendiri kat sebelah pengantin. Dia yang panas lebih dari raja kat sebelah. Dijeling Adam yang tersenyum simpul dari tadi. Dah macam orang tak betul pun ada jugak. Tak lenguh ke asyik senyum lebih dari pengantin?

Geram sangat bila ummi beria-ia suruh dia bersiap pagi tadi. Ingatkan nak kena teman ummi gi rumah Cik Nab yang nak terima belanja hari ni, sekali dah siap, keluar depan nampak Adam dah terpacak dengan relaks je pakai t-shirt. Apahal lak mamat ni ada kat sini.kan dah cakap tak nak gi.

“apa yang duk tercegat lagi? Am dah lama tunggu angah. Nanti pengantin dah siap, pengapit tak sampai lagi”

“angah tak mau pi la mi”

“kesian Am, mana nak cari orang ganti angah masa ni”

“pandai-pandai la dia cari. Minggu lepas lagi angah dah bagi tau tak mau pi.dia yang duk buat tak paham”

“pi ja la, abah dah bagi Am bawak angah. Tak salah tolong orang dalam kesusahan ni” dan disebabkan ayat tu la, Q duk terpacak kat sebelah pengantin baru ni.

Selesai semua acara yang melibatkan pengantin, Q dah larikan diri ke khemah. Kaki dah lenguh berdiri dekat 3 jam tadi. Sirap yang dah tak berapa sejuk tu pun nampak sedap sangat. Kering tekak bila kena berdiri dalam cuaca panas macam ni. Tambahan pulak kena senyum kat semua yang duk tengok. Lagi la rasa kering, muka pun dah tegang semacam je. Tapi nak bangun gi ambil air kat hujung khemah ni pun dah tak larat.

“nah” satu jag sirap limau dan gelas diletakkan dimeja depan Q. Adam duduk disebelah Q. dia pun dah letih berdiri.

“thanks”

“penat ke?”

“tanya lagi…..rasa macam nak jalan balik pun dah tak mampu ni”

“takpe tak larat jalan, saya boleh dukung”

“nak kena pancung dengan abah ke?”

“ohhhh, kalau abah tak marah boleh la ni?”

“boleh….bolehhhh sangat….boleh blah”

“bila giliran kita pulak duduk kat situ ye” pandangan Adam terarah ke pelamin yang kosong.

“apasal tanya saya pulak. Bila awak kawin boleh je duduk atas pelamin tu”

“Q, awak nak tak kawin dengan saya?” Q pandang muka Adam. Betul ke tidak mamat ni? Boleh dengan selamba badak dia ajak orang kawin dekat bawah khemah ni. Tak romantik langsung. Apasal la aku asyik dapat orang yang purpose kat tempat yang tak best?

“ awak mengigau ke Adam?”

“saya serius ni”

“sorry la, saya tak boleh. Dah la, jom balik. Dah penat ni” Q melangkah laju ke kereta. Dah tak senang nak duduk kat situ lama-lama. Dengan pengantin pun dah tak salam. Yang dia nampak sekarang, rumah. Tak nak tengok muka Adam dah

*-*-*-*-

From: Adam Iskandar [mailto:adam@gmail.com]
Sent: Monday, November 26, 2009 10:08 AM
To: Q Najwa
Subject: please read this!!!!!!!

Istimewa

Tiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada ragu
Yang dapat ku ilham seindahmu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai jelita kau istimewa

Walau ku kembara sedunia
Walau ketemu ramai wanita
Nyata kau tiada tandingannya
Seikhlas hati aku menyinta
Kau istimewa, teristimewa

Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ

Tiada mimpi atau fantasi
Tiada rasa lebih berseri
Semekar murni hatimu sayang
Siang dan malam, aku terbayang
Kau istimewa, buat ku tenang

Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ

Ingin ku bawa kau ke awana
Ingin memadu kasih asmara
Sepanjang hayatku curah cinta
Sebenar-benar ucapan kata

Kau istimewa
oh! Percayalah
Ku perlu cinta dari wanitaku nan istimewa
Beriku cintamu nan istimewa

**p/s--- Q sayang, please….answer my call. I really meant it,……..

Q mengeluh. Dah tak tau macam mana nak larikan diri. Telefon dah lama tak on, nasib baik ada second number. Kalau number ni pun mamat ni boleh tau, memang dia cari Haq dengan Amni jek.rumah pun dah lama tak balik, sekarang duk merempat kat rumah Along. Ni semua gara-gara nak larikan diri dari Adam. Lepas Adam melamar hari tu memang dia elakkan diri dari Adam.

Entah dari mana Adam dapat alamat email dia.Tapi bila dapat lirik lagu ni,memang touching la. Walaupun Q rasa dia tak layak nak jadi ratu hati orang dah. Cukup la pengalaman dan kenangan dengan arwah Hakim dulu. Kenapa Adam pulak yang wujud sekarang. Q dah tak sanggup nak mulakan satu hubungan lagi. Perit benar dengan 2 kali perhubungan yang kecundang. Dan dia tak nak Adam kecewa dengan kenyataan dirinya.

0 comments:

kekawan

About Me

My Photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....