CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 15, 2011

~maTAhARI mAlaM- 12~

“Awak nak apa lagi? Kalau awak nak jumpa dengan Adi silakan, saya tak halang. Apa lagi yang tak kena?” marah Shahira bila tangannya ditarik oleh Iqmal sebelum sempat masuk ke dalam rumah. Alasan apa nak bagi kalau lelaki ini menariknya, bukan muhrim? Mau kena gelak kalau cakap macam tu. Entah sejak bila lelaki itu menjadi penunggu depan rumah dia. Orang penat baru balik kerja dia pulak boleh nak ajak buat drama depan gate ni. Letih ok! Dan dia tak minat publisiti murahan ni.
“Shira, abang nak minta maaf” tutur Iqmal perlahan. Memandang sayu ke wajah Shahira yang selamba. Muka tak ada hati nak layan dia yang sedang bersusah payah meminta maaf ni.
“Awak ada buat salah ke dekat saya sampai nak kena minta maaf ni?” soal Shahira pelik. Otak bila dah letih memang kurang berfungsi dengan baik. Tiba-tiba pulak nak minta maaf.
“Shira, please. Janganlah macam ni, tak kesian dekat Adi?” pancing Iqmal pulak. Mana tau dengan guna nama anaknya Shahira boleh berlembut sikit.
“Kenapa dengan Adi, apa yang kurang?”
“Dia kurang keluarga yang lengkap, sayang. Sampai bila dia nak kena ulang alik rumah sini dengan rumah mama?”
“Rasanya dia tak ada apa-apa masalah. Seronok je berulang alik hari-hari. Macam-macam dia boleh belajar. Banyak je cerita bila balik sini, saya tak nampak apa-apa masalah pun”
Iqmal pandang muka Shahira. Geram pulak rasanya bila melihat mulut comel itu menjawab segala tuturnya. Nanti ada jugak yang kena cium dekat depan rumah ni.
“Apa pandang-pandang?” soal Shahira bila perasan yang mata Iqmal tepat pada wajahnya. Seram! Kalau dah nama lelaki tu memang tak boleh nak dipisahkan dengan perangai miang.
“Geram betul abang tengok mulut comel Shira tu menjawab. Rasa macam nak cium-cium” Jawab Iqmal jujur. Dah sakit hati asyik dia je yang kena. Semua dia cakap ada saja jawapan dari Shahira.
“Dah orang ada mulut, mesti la menjawab. Takkan nak iyakan saja apa yang awak cakap?” jawab dia tanpa rasa bersalah.
“Kadang-kadang abang rindu dengan baby yang abang tinggal dulu. Baby yang sentiasa ia kan segala cakap abang, yang tak pernah membantah walau sekalipun. Walaupun saat abang tinggalkan dia. Yang sayang abang sepenuh hati” perlahan tutur Iqmal, kembali bersandar pada pagar. Merenung sayu muka Shahira.
Bergenang tubir mata Shahira bila mendengar perkataan ‘baby’ dari mulut Iqmal. Lama panggilan manja itu hilang dari pendengarannya. Lama sudah dia buang kenangan itu dari minda.
‘Baby awak dah besar El, dah jadi perempuan yang terpaksa tabah untuk terus hidup bila awak tinggalkan dia.’ Tutur Shahira dalam hati.
“Awak nak apa lagi El?. Tak cukup lagi ke dengan apa yang saya lalui dulu? Tak puas lagi hati awak nak siksa hidup saya?”
El! Hanya Shahira yang memanggilnya dengan nama itu. Nama yang hanya dikhususkan buat buah hatinya. Lama dia tak mendengar panggilan itu.
“Apa yang perlu abang buat untuk dapatkan balik baby abang?”
Shahira hanya membisu mendengar soalan Iqmal. Sungguh dia tidak ada jawapan untuk soalan itu. Adakah penawar untuk hati yang luka?
“Abang ingat nak pindah duduk sinilah. Dah penat nak berulang alik dengan Adi.” Selamba Iqmal menutur bila Shahira masih membisu. Dah kering idea nak memujuk Shahira sebenarnya. Membuatkan Shahira memandang tajam pada wajahnya.
“Suka hati awak je. Siapa yang ajak awak tinggal sini?” muka Shahira sudah mula memerah. Geram dengan gelagat lelaki itu. Semua nak buat keputusan sendiri.
“Eh, inikan rumah wife abang memang patut pun abang tinggal sini. Don’t worry, abang bayarkan hutang rumah untuk Shira. Everthing on me now. Baby Cuma duduk je, yang lain abang uruskan”
“Ya Allah, sejak bila awak jadi tak malu sangat ni? Please la, pergi balik rumah awak sendiri, tak payah nak menyemak dekat sini”
“Sejak Shira dah pandai buat tak pandang dekat abang” muka merah Shahira dipandang penuh kasih. “Abang nak kita bina balik apa yang pernah kita ada dulu. Jadi perkara pertama mestilah kena duduk sekali, baru nampak keluarga bahagia”
“Malas nak layan awak”
Shahira melangkah ke dalam rumah. Membiarkan saja Iqmal mengekori langkahnya. Kalau dilarang pun, buat penat je. Lelaki sorang ni dah tak faham bahasa. Tapi yang paling meresahkan kalau Iqmal nak tinggal disini, dekat mana lelaki tu nak tidur. Rumah ni Cuma ada tiga bilik. Satu untuk dia, satu bilik Mak Jah dan yang satu lagi untuk Adi. Boleh tak kalau biar dia tidur dekat ruang tamu je? Seram nak kongsi bilik dengan lelaki miang tu.
“Adi mana?” soal Iqmal bila melangkah ke dalam rumah, sunyi saja.
“Entah. Ikut Mak Jah agaknya” jawab Shahira bersahaja, kesian pulak nak biarkan Iqmal bercakap sorang-sorang. Dia terus melangkah ke dalam bilik. Nak mandi. Kalau terus duduk nanti, makin malas pula nak bergerak. Silap-silap boleh terbabas solat Asar.
“Entah?” Iqmal turut mengikut langkah Shahira. Tak puas hati betul dengan jawapan Shahira. Tak risau langsung anak tak ada dirumah.
“ni apa hal ikut orang masuk ni. Saya nak mandilah. Pergilah duduk luar”
“mandilah, yang bagi tau ni kenapa? Nak ajak abang mandi sekali ke?” Iqmal tayang muka gatal. Dia duduk dibirai katil, memandang keadaan bilik yang kemas dan simple.
Shahira memandang geram pada Iqmal. Orang cakap semua dia buat main. Ada jugak yang cepuk dekat sini kejap lagi. Suka hati buat bilik orang macam bilik dia.
“mestilah kena bagitau sebab awak dah ikut sampai dalam bilik ni kenapa?”
“Yelah, abang pun nak mandi, Asar belum lagi ni. Takkan nak pergi duduk bilik Adi kot. Buat malu je dekat Adi”
Dalam terpaksa dihulurkan juga tuala pada Iqmal. Takkan nak biarkan lelaki itu tak sembahyang hanya kerana dia marahkan Iqmal.
“Nah, pergi mandi. Tapi dekat rumah ni memang tak ada kain untuk awak. Pandai-pandailah awak nak solat”
“Thanks sayang”
Bila tubuh Iqmal hilang ke dalam bilik air, Shahira mencapai baju dan tuala. Dia nak menumpang mandi di bilik Adi. Lagi selamat. Suka hatilah apa pakcik tu nak buat. Sejadah dah dibentangkan menghadap kiblat, jadi lepas ni dia dah tak payah nak layan kerenah Iqmal.


“Ibu, ayah ada sini ke?” soal Adi bila melangkah ke dapur. Memandang Shahira yang sedang menyapu sampah. Masih menanti jawapan bila Shahira tekun dengan kerjanya. Langsung tak memandang kepadanya.
“Ibu….” Panggil Adi lebih kuat.
“Ha?”
“Tu, Adi nampak kereta ayah dekat luar. Ayah ada sini ke?” ulang Adi lagi. Geram bila Shahira tak mendengar soalannya.
“Ada kat dalam bilik, tengah solat agaknya”
“Iye? Adi masuk dalam ye, nak jumpa dengan ayah” laju Adi berlari ke arah bilik utama. Tak sabar untuk berjumpa dengan ayahnya. Banyak hari dah tak sempat jumpa dengan Iqmal sebab lelaki itu makin sibuk sekarang. Dah bertimbun cerita yang perlu dikongsi dengan Iqmal. Takut ada yang terlupa nanti.
“Ayah….” Jerit Adi riang.
Adi membuka pintu bila tidak mendengar suara menyahut. Melihat Iqmal yang lena diatas katil, dia turut melangkah sama. Membaringkan diri disebelah Iqmal yang tidak terjaga dengan suara riuhnya.
“Ayah…..”
“Ye sayang… Adi dah balik?” soal Iqmal perlahan bila nampak wajah comel Adi disisinya.
“Baru je. Ayah duduk sini ke? Ibu bagi?”
“Adi dah solat?”
“Dah”
“good boy”
“Ayah dah pindah duduk sini ke? Ibu dah bagi ke?” soal Adi kembali bila Iqmal tak menjawab soalannya tadi.
“Adi suka ayah pindah duduk sini?”
“Sukaaaaaaaa”
“So, ayah pindah la. Esok kita pergi balik rumah Tok Ma ambil barang-barang ayah ye”
“Okey….”
Iqmal memeluk tubuh Adi. Tenang melihat wajah anaknya petang ini. Dan dia mengharapkan keadaan ini berterusan hidupnya. Hidup dikelilingi insan-insan yang disayangi.
Matanya makin memberat, ditambah dengan nyaman pendingin hawa dan bau Shahira yang melekat pada bantal membuatkan dia ingin terus berada dalam lena. Indahnya.


Suasana sunyi membuatkan Shahira melangkah ke arah bilik. Hairan bila Adi tidak ada diruang tamu seperti kebiasaan. Apa saja yang dibuat dua beranak tu di dalam bilik. Selalunya, masa begini Adi dah terpaku didepan Tv.
Langkah di atur menuju ke bilik sendiri. Tiada bunyi yang kedengaran dari luar. Perlahan daun pintu dibuka. Tersentuh hati melihat Adi dalam dakapan Iqmal. Nyenyak sekali keduanya walaupun hari sudah menginjak ke maghrib.
“Apa yang dijenguk tu?” Soal Mak Jah yang baru melangkah ke dalam rumah. Entah dari mana, tiba-tiba muncul dibelakangnya.
“Emmmm”
“Oh, tengok bapak dengan anak tidur rupanya.” Selamba Mak Jah berbicara bila menjengah ke dalam bilik selepas mendengar jawapan Shahira. Apa yang payah benar nak jawab.
“Tak rasa nak pergi menumpang sekaki?” provok Mak Jah membuatkan Shahira kembali melangkah ke dapur. Malas nak layan orang yang suka menyakat dia sekarang. Pantang silap sikit sakit la kena dengar. Memasak lagi baik, lepas ni ada dua orang lelaki yang nak makan.

“Pergilah kejutan Mal dengan Adi tu, orang dah azan. Tinggalkan je semua ni dekat Mak Jah” Senduk ditangan Shahira sudah ditarik oleh Mak Jah. Menolak Shahira ke tepi.
“Mak Jah ajelah yang kejutkan” tolak Shahira. Segan lah nak kejutkan orang tu. Kekok beanr nak buat rutin yang terlalu lama ditinggalkan.
“Sejak bila Mak Jah yang kena gerak suami kamu tu. Itu bukan suami Mak Jah, kamu la yang kejutkan”
“Mak Jah”
“Pergi ajelah. Nanti terlepas maghrib pulak”
“Mak Jah…” Shahira tayang muka comel. Berharap Mak Jah akan membantu.
“Tak adanya. Pergi cepat. Kesian dekat Adi nanti kelam kabut nak pergi mengaji pulak”
Dalam terpaksa Shahira melangkah juga. Menolak perlahan daun pintu, menghayun berat langkah menghampiri katil.
“Adi…. Bangun sayang. Dah maghrib ni”
“Adi…” panggil Shahira bila Adi masih nyenyak.
“Hai sayang” tegur Iqmal bila membuka mata. Senyum manis terukir buat isteri tersayang.
“dah nak maghrib. Kejutkan Adi sekali, nanti lewat pulak nak pergi mengaji” arah Shahira tanpa memandang Iqmal. Segan. Dia laju melangkah keluar. Pandai-pandailah Iqmal nak bangun dan bersiap.

6 comments:

twins said...

bes sgt2...hek3 xsabar nk tggu dia org berbaik

Anor said...

best... nk lagi... kesian juga dgn
Iqmal merayu pd Shira...itulah kenapa yg tinggalkan Shira macam tu saje. Baru sekarang nak balik pd Shira... mestilah hati Shira terluka dgn perbuatan Iqmal tinggal macam tu sj tanpa berita.... hati isteri mana yg
tak terluka lebih-lebih lagi terpaksa hidup sendiri dgn anak yg dikandung tanpa bantuan sesiapa. bila anak dh besar barulah terbuka mata... sesekali elok juga jual mahal sikit biar Iqmal rasa pula macam mana susahnya hidup Shira tanpa suami disisi... senang-senang saja lepas tangan.....
kalau orang lain dh lama Iqmal
tak dilayan. Nasib baik Shira layan Iqmal dgn baik saja tak marah-marah...

miznza84 said...

best sangat2... xsabar nak tau ape langkah iqmal yg seterusnya utk berbaik2 ngn shira.. lagi sis..

aiscream cokolat said...

memang terbaik la Shira ni...isteri solehah. walaupon hidup dia dulu perit n even masih terluka tp still lagi bole jaga tingkah laku depan Iqmal.xde pon nk tinggi2 suara ke ap.

MaY_LiN said...

shira..
tamaula marah2 iqmal lagi..
cian adi nak ayah duk sama

miznza84 said...

sis nk n3 lagi plsss

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....