CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 28, 2009

indahnya takdir-32

Muka Adam yang duk tersengih direnung geram. Ada pulak bagi pilihan ntah apa-apa. Malas nak fikir banyak-banyak, Q terus baring atas katil sebelah Adam. Buat tak nampak Adam disebelah. Bantal dah diangkat menutup muka. Malu gila nak tido sebelah cik abang sorang ni. Tapi badan yang penat dan mata yang berat buatkan Q tak banyak pilihan. Yang penting, tido je sekarang.

Adam pandang Q yang dah berbaring atas katil. Serba tak kena je. Asyik berpusing kiri dan kanan. “tido la yang, duk pikir apa lagi?”

“boleh tutup lampu tak? Silau la, mana boleh tido” Q bersuara perlahan….memang dia susah nak tidur kalau berubah tempat. Tambahan pulak, takde langsung bahan gebu nak dipeluk. Semalam malu nak usung panda ke sini. Sekarang, rasa la macam mana susah nak lena.

“betul nak suruh abang tutup lampu ni? Tak menyesal?” suara Adam dah dekat dengan telinga.

“tak payah la” rasanya tu je jawapan yang selamat. Semacam je soalan pak cik neh.

“takut ke?” Adam dah tersengih. Saja la tu. Mentang-mentang la kat rumah makbapak dia, keje nak mengusik je.

“mana ada”

“kalau macam tu abang tutup lampu la” tangan dah dekat suis lampu, seketika kemudian bilik gelap. Terus je Q pejam mata. Rasa lega sangat. Tapi belum sempat nak melegakan diri dengan seenaknya, terasa ada tangan di pinggang.

“takde panda nak peluk ye….sayang peluk abang la malam ni. Lagi best dari peluk panda sayang tu” Adam dah rapatkan jarak antara mereka. Nasib baik la ada adik ipar yang sekepala, boleh bocor rahsia yang isteri tersayang dia ni tak boleh tido kalau tak peluk something. Boleh jugak jadikan modal malam ni.

“apa ni awak, kan dah janji nak bagi masa untuk kita”

“memang la tapi sayang kena la biasakan diri, abang memang suka peluk sayang. Lagipun, kata Dr. Fazilah Kamsah, pelukan ni boleh hilangkan stress dan panjangkan umur. Juga boleh tingkatkan kasih sayang. So, sayang tak boleh merungut lagi lepas ni kalau kena hug ye….belajar-belajar ye. Semuanya halalkan…dah la, tido. Lewat dah ni”

Q pejam mata, tapi memang dia nak kena peluk something jugak. Bantal Cuma ada dua biji je atas katil. Satu dah letak kat kepala, satu lagi cik abang dah ambil. Nak tak nak, Q peluk bantal yang ada, kepala dibiarkan tak beralas.

“malu nak peluk abang ye,tak pelah. Meh tido atas lengan abang, biar abang je yang peluk sayang” tak banyak cakap, Q terus letak kepala atas lengan yang berotot tu. Selesa je. Bantal terus dipeluk, dan mimpi pun menjelma.

Adam tersenyum senang bila Q terlena dilengannya. Nampak manja sangat bila tido macam tu. Mesti lagi comel kalau Q peluk teddy bear. Tubuh Q dipeluk erat, rambut Q dicium lembut. “abang sayang Q, moga rumahtangga kita bahagia ke akhir hayat.”

*-*-*-*-*-


Adam hulur segugus kunci pada Q. terus Q capai dan keluar dari kereta, mangga di pintu pagar dibuka. Dan pintu pagar dibuka seluas mungkin untuk laluan kereta masuk ke garaj. Lepas je buka pintu rumah, Q terus baring atas carpet diruang tamu. Panda yang jadi penunggu setia sejak minggu lepas dipeluk erat. Rindunya……

Adam yang baru melangkah masuk hanya menggeleng melihat telatah Q. macam-macam peel…..

“dah hilang rindu?” soal Adam bila Q melangkah ke dalam bilik setengah jam kemudian. Q buat pekak. Malas nak menjawab. Nanti ada saja la idea Adam nak kenakan dia.

“mentang-mentang dah jumpa panda dia, abang pun dah tak layan ye”

“nak apa ni?”

“gi mandi la, jap lagi kita keluar makan. Abang dah lapar ni”

Q capai tuala di penyangkut. Berlalu ke bilik air. Seronok je bila Adam cakap nak makan kat luar. Dah tak payah masak. Bagus juga Adam ni.

-*-*-*-*-*-*

Q dah muak tengok segala nota yang bersepah dalam bilik study tu. Rasanya otak dah tak boleh nak terima input untuk malam ni. Jam dihujung skrin komputer dikerling, 3.27 pagi. Lepas mengeliat, dia bangun. Hajat dihati nak buat solat tahjud dulu sebelum tido.

Melintas ruang tamu, skrin tv masih menyiarkan perlawanan bola sepak. Q mengeleng sendiri. Tu la padahnya tak suka sangat football, kan dah dapat husband yang fanatik lebih dari Haq. Sanggup berjaga semata-mata nak tengok game je, kalau bangun Qiamulai pun ada gak faedah.

Senyap je, dia ni tengok tv ke tv tengok dia? Q menjengah sikit kepala, Adam dah tertido dengan remote ditangan. Kesian pulak tengok muka letih tu. Mesti teruk kerja dibengkel hari ni.

“abang, bangun tido dalam bilik”

“ehemmmm” Q pandang muka Adam. Ni sedar ke tidak ni? Macam mamai jek. Tu la, dah tau letih nak jugak berjaga tengok benda takde paedah ni.

“abang, sedar tak ni? Bangun la tido dalam bilik”

“ehhmmm,” tangan Adam menarik Q, terduduk Q disebelah Adam. “meh tido dengan abang, Q dah habis study ke?”

“masuk tido dalam bilik la bang, sedar tak ada kat mana ni?”

“ala, tido kat sini pun best jek. Meh la” sekali lagi Adam menarik Q. dan hasilnya Q terjatuh dalam pelukan Adam.

“tak nak bangun ke?” soal Q perlahan. Selesa la pulak kena peluk macam ni.

“Q tak selesa ke?” gumam Adam perlahan.

“ok je” dah biasa sangat kena peluk dengan Adam. Sejak dari lepas kenduri sampai sekarang, rasanya tu je kerja Adam. Dah tak larat nak marah dah. Menjerit macam mana pun bukan Adam nak lepaskan dia. Buat malu kat jiran sebelah menyebelah je.

“abang nak tengok game jap. Habis nanti kita masuk k. Q dah habis study?”

“otak dah jammed. Esok la sambung” Q meluruskan badan. Dah lenguh duduk tadi, sofa ni pun rasa macam selesa je untuk tido. Mata dialih ke kaca tv, nampak la ada orang duk sepak bola, lepas tu kejar sana sini. Mata dah tak larat nak celik. Dan kemudian semua gelap.

Adam mengemaskan pelukan bila terasa suhu semakin dingin. Nak bangun slowkan kipas takut Q terjaga pulak, tak sampai hati nak kejutkan Q yang dah lena tu. Nampak sangat Q tak minat dengan bola, baru berapa minit muka pandang tv dah terlelap.


*-*-*-*-*-

Nasi yang dah siap digoreng diletakkan di atas meja di ruang makan. Kemudian dia beralih pada cerek yang dah mendidih. Milo dimasukkan ke dalam mug, susu secukup rasa. Dikacau perlahan. Walaupun tak sayang kat mamat tu tapi kesian pulak bila tengok muka yang berkerut menelan air teh semalam. Badan kering je, tapi minum tak nak kalah. Teh dengan kopi tak layan

Lepas siap semua, dia mengambil sedikit nasi lalu mula menyuap. Air suam dihirup perlahan. Siap je cuci pinggan dan cawan, terus dia mencapai kunci kereta, nak ke kampus. Tinggal lagi satu paper je sebelum dia merdeka.

Sebelum tu dia menjengah ke arah tangga. Mana tau mamat tu dah siap untuk ke bengkel. Tapi selalunya Adam ke bengkel dalam pukul 10 pagi. Rutin Adam yang Q perasan sejak mereka berkahwin 2 minggu lepas, Adam bangun sebelum azan subuh, ke surau kemudian balik dari surau dia akan berjoging.. lepas je balik joging Adam tercogok diruang tamu membaca akhbar. Hari ni tak pula Adam duduk diruang tamu.

“abang, Q pergi dulu” jerit Q dari depan pintu. Dah terbiasa menjerit macam tu dengan ummi dulu. So dengan laki sendiri pun buat macam tu jugak.

“tak nak salam abang ke?” soal Adam dimuka pintu ketika Q sibuk membuka pintu pagar. Nak tak nak, Q menapak juga ke arah Adam. Tak baik menderhaka kat suami, kang tak boleh nak jawab paper naya je belajar teruk-teruk.

“tolong alihkan moto abang, Q nak keluar tak lepas la” lepas Adam ubah besi besar tu, Q segera masuk dalam kereta, dah lambat.


“jawab paper elok-elok. Best of luck ye” ucap Adam disisi kereta. Dahi Q dicium sekali. Q senyum je. Seronok pulak bila ada orang yang doakan kejayaan kita bila nak masuk peperiksaan.

3 comments:

MaY_LiN said...

alololo..
kan comel tu..

sinichies_girl88 said...

nak lagi...nak lagi...
tak tau nk komen aper..
sweet sgt huhuhuhu...
masukkan cpat2 n3 erk...
dah nak habis ke xcte ni
hehhh
:)

dari hati said...

sweetnyer...best nyer...hihihi

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....