CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 7, 2009

indaHNYA TAkdIR-15

Masuk hari kedua berumah tangga di hospital, Ibu Hakim datang melawat. Terkedu Q bila wanita itu ramah membahasakan dirinya Ibu.

“bila boleh discharge ni? Kesian Ibu tengok Q duduk sorang sorang kat wad ni. Hana pun tak boleh nak temankan sebab dia ada kelas.”

“doktor cakap kalau tak de apa-apa masalah, petang ni dah boleh keluar”

“iye?....kalau macam tu Ibu tunggu sampai doktor masuk la. Nanti Ibu bagitau Hakim. Dia tu kalau tak di ingatkan, asyik nampak kerja je. Bukan nak temankan Q”

Q hanya mendiamkan diri. Tergejut dengan ayat Datin Sharifah mengungkit tentang Hakim tidak temankan dia di hospital. Sejak bila bapak singa tu jadi kekasih dia?

“ibu suka sangat bila Hakim cakap dia dah ada kekasih, selama ni memang dia tak pernah nak dekat dengan perempuan lepas Min tinggalkan dia…..”

‘siapa pulak Min ni?’ Q dah buat muka blur.

“Hakim tak pernah cerita tentang Min ke?” Q hanya menggeleng.

“tak pe la, mungkin Hakim ada sebab dia tak cerita kat Q semua tu”

Sedang leka berbual dengan Datin Sharifah, Adam datang melawat. Adam yang sentiasa pendiam dan kalut tu, hanya membisu bila berdepan dengan wanita anggun itu. Hanya menjawab bila disoal.

“bila Q boleh keluar?” soal Adam bila Datin Sharifah berlalu ke tandas.

“kenapa? …Adam dah penat melawat Q ke?”

“bukan macam tu, esok Adam ada konvoi ke Perlis. Dah tak boleh nak cancel sebab dah lama rancang, kesian pulak dekat Q duduk sorang-sorang kat wad” Q buat muka sedih.

“sampai hati Adam, biar Q kat sini. Padahal Adam gi makan angin”

“Q jangan la cakap macam tu, Adam dah serba salah ni. Kalau ada orang gantikan Adam, memang Adam tak kan pergi”

“hehhehehehe…. Q melawak je la. Petang ni Q dah boleh keluar, so Adam tak payah nak susah hati pasal Q, gi la enjoy dengan kawan-kawan Adam”

“kalau macam tu, keep in touch ye. Ni nombor phone Adam. Adam minta diri dulu”

“ok”


Datin Sharifah sibuk mengemas barang-barang Q yang tak sebanyak mana tu. Sementara Hakim menguruskan procedure dan bayaran keluar. Hampir setengah jam, Hakim kembali dengan sejambak bunga ditangan.

“tak payah la bos, membazir je” tolak Q bila Hakim menghulurkan jambangan ros ditangannya.

“bukan saya yang bagi. Adam yang bagi, dengan bil hospital sekali dia jelaskan” tutur Hakim tanpa riak.

“baik budak Adam tu ye Q. sesuai dibuat calon suami” giat Datin Sharifah.

“Ibuuuuuuuuu…..”

“ada orang marah la Q, dah dia tu kayu sangat, siapa la nak tahan. Angin je memanjang”

“dah siap?....jom” ujar Hakim selamba. Menyambut beg dari tangan ibunya.




“kita nak kemana ni? Rumah saya bukan area ni bos”

“saya tau la ni bukan area rumah awak sebab ni area rumah saya. Selagi kaki awak tak baik awak akan tinggal disini”

“tak nak la saya”

“jangan melawan boleh tak?”

“Ibu….. Q nak balik umah sewa Q”

“apa salahnya Q duduk dengan Ibu, Hana pun ada. Boleh dibuat kawan. Kalau balik rumah sewa Q, siapa yang nak temankan Q. Kay kerja” pandai betul Datin sorang ni psiko Q.

“tapi….”

“tapi apa lagi?” potong Hakim. Tinggi nada suaranya membuatkan Q terdiam. Salah cakap nanti kena marah lagi. Angin bapak singa ni bukan boleh jangka.

“takde apa”


Sudah 2 minggu Q duduk dirumah Hakim, dan hubungan mereka semakin baik. Sudah boleh duduk berbual. Malam itu seperti biasa, Hakim sampai dirumah hampir pukul 9. Q yang sedang menonton bersama Hana hanya memandang langkah lelaki itu masuk.

“Kak Q, nape tak gi sambut abang?”

“nape lak akak kena sambut dia?”

“ala Kak Q ni, wat-wat tanya lak. Apa salahnya practise, nanti-nanti tak la kekok”

“ha ha ha,…. Tu mula la nak merapu”

“mana da merapu, tu abang dah turun. Temankan la dia makan, Hana nak naik bilik. Tak nak ganggu pasangan bahagia dating”

“Hana!” jerit Q, tapi Hana tetap melangkah dengan senyum di bibir.


“awak dah makan?” soal Hakim sambil melabuh duduk di sisi Q

“dah, makan dengan Ibu, Ayah and Hana tadi”

“temankan saya makan boleh?”

“sejak bila pulak makan kena teman ni? Selalu boleh je makan sorang-sorang” sejak duduk dirumah bapak singa ni Q dah tak takut nak mejawab sesuka hati dia.

“Sejak nampak awak lepak kat sini lepas makan” monotone je Hakim menutur. Q yang terasa. Mamat ni perasan rupanya tingkah dia selama tinggal disini.

“Jom la, saya makan kejap je” Q mengikut jugak bila tengok muka seposen tu. Kesian la pulak.

“kaki saya dah ok, boleh tak saya nak masuk office?”

“mc awak kan ada lagi 2 minggu. Kenapa nak masuk office awal sangat?”

“saya bosan la asyik makan tido je. Segan dah dengan Ibu dan Ayah awak”

“nak segan napa? Ibu dengan ayah ok je. Tak de komen apa-apa pun. Apa kata awak belaja je masak dengan Ibu, esok-esok kalau duk asing takde la saya asyik kena makan nasi bungkus je”

“ni apa kes lak saya tak reti masak dengan awak yang kena makan nasi bungkus?”

“Q,,…..sudi tak awak jadi isteri saya?” selambe je Hakim menutur dengan tangan masih bersisa nasi. Tak romantik langsung.

“bos ni mengigau ke?”

“saya serius Q, dan tolong jangan panggil saya bos bila kita kat rumah”

“apa kata awak makan dulu bagi sudah, lepas tu kita bincang benda ni kat luar”

“k”



**********--------*----*-------********

“so, dah fikirkan?” soal Hakim bila duduk disisi Q di halaman rumah.

“saya rasa baik awak yang fikirkan balik lamaran awak Hakim. Saya ni bukan macam yang ada dalam fikiran awak. Sejarah saya hitam Hakim.”

“saya akan terima awak seadanya Q”

“tapi saya tak nak menipu awak. Bagi saya awak terlalu baik untuk duduk disamping saya” cehwah. Sejak bila la Q pandai wat ayat skema ni.

“saya tak kisah Q”

“saya bukan anak dara lagi” tutur Q perlahan.

“what??......awak pernah kena rogol ke?”

“tak”

“berterus terang je Q, saya boleh terima. Asalkan awak tak menipu.”

Lama Q membisu sebelum menyambung kata. “saya terlanjur dengan ex-boyfriend saya masa belajar dulu. Dan saya faham kalau awak tak boleh nak terima tu semua”

“Q………tipu la kalau saya cakap saya tak kisah tapi saya boleh terima asalkan awak dah berubah. Saya sayang awak sebagimana awak sekarang”

“betul ke?”

“betul la. Awak ingat benda macam ni saya nak buat main-main ke?” ujar Hakim lalu mengetuk kepala Q.

“apa ni bos!”

“pasni kalau awak panggil saya bos lagi, tau la awak”

“eleh,…..tak takut pun. So saya boleh masuk keje ye Isnin ni, esok saya ingat nak balik rumah sewa saya, cian kay duk sorang-sorang”

“what? Nak balik rumah sewa? Siapa yang benarkan awak balik sana?” lelaki ni memang suka menjerit.

“ala awak, dah lama saya duduk sini. Tak elok la. Apa pulak kata jiran-jiran awak”

“kalau awak nak masuk keje, awak kena duduk sini. Pegi dan balik kerja dengan saya. Kalau tak awak habiskan la cuti awak dirumah. Amacam? Setuju?”

0 comments:

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....