CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 10, 2011

~diA-12~

“Tak nak terangkan maksud ayat terakhir tu ke?” soal Athirah bila Fikri dah bangun. Menyimpan botol minyak ke atas meja solek. Tak ada tanda-tanda nak sambung perbincangan yang tergendala.

“Dah lewat ni. Tidurlah. Esok nak pergi rumah Mak Ngahkan”

“Apa ngelat neh. Terangkan dulu la.”

“Lain kalilah, abang dah mengantuk ni” cepat Fikri membaringkan badan ke tilam, nak mengelak selagi boleh. Lain kali je terangkan semua tu. Sebab malam ni dia nak mimpi indah-indah tentang Athirah. Dada dah rasa lapang bila dengar cerita Athirah tadi.


Fikri menjengah ke dapur, mencari kelibat Athirah. Hairan jugak ke mana hilang isterinya. Lepas subuh dah hilang. Tak padan dengan sakit.

“Cari apa Fik? Dah macam kucing hilang anak mama tengok”

“Nampak Ira tak ma?”

“Balik rumah bapa mertua kamu rasanya. Dia ada cakap tadi tapi mama yang tak berapa nak jelas”

“Dia tak cakap apa pun”
“Dia tak cakap ke kamu yang tak dengar?”

“entah. Fik gerak dulu ma. Nak ke rumah abah kejap. Cari Ira”

“Dah tak boleh berenggang ke sekarang? Kalau dulu, asyik nak bergaduh je. Semuanya buruk bagi kamu”

Fikri hanya tersenyum mendengar sindiran mamanya. Tak boleh nak kata apa. Memang semua tu betul dulu. Sekarangkan dia dah sayang terlebih dekat budak comel tu.



“Abah ni, dengan anak sendiri pun berkira tahap tenuk. Bolehlah abah” Pujuk Athirah pada Pak Man yang masih asyik menyiram pokok bunga.

“Tak senang abah nak hantar Ira, abah nikan sibuk”

“Sibuk menda, asyik mengikut Pak Kasim pergi sembayang mayat je. Alah, ponteng sehari je. Bolehlah bah. Ira ada kelas petang ni ja”

“Anak manja sayang, Ira tu dah kahwin, ada suami sendiri. Minta Fikri hantar. Bukan dia kerja pun hari ni. Kesian dekat orang, abah dah janji”

Athirah duduk di depan pintu. Geram betul dengan abah ni. Berkira sangat kalau nak menghantar dia. Kalau dengan orang lain laju je abah menolong.

“Ha, panjang umur laki Ira tu. Baru disebut dah sampai” ujar Pak Man bila Fikri memberhentikan motosikal dihadapan rumah.

“Ni kenapa muka muncung macam donald duck ni bah?”

“Kamu tanya sendiri Fik, malas abah nak melayan. Merengek mengalahkan budak kecik. Tak sedar yang dia dah boleh jadi mak orang”

“Abahhhhhh.”

“Menjerit macam tu, nak kena tape mulut?” Pak Man dah jegil mata.

“menyampah”

“Ni kenapa menyampah dengan abah pulak ni?” soal Fikri. Dia duduk disebelah Athirah.

“Ha, eloklah tu. Pagi-pagi dah bersanding depan pintu. Fik tolong hantarkan Ira pergi kelas petang ni boleh? Abah dah janji nak ke Kepala Batas sembahyang mayat pukul sebelas nanti. Tak tahu pukul berapa nak sampai rumah.”

“Tak ada masalah.”

“tengok, bukan susah pun. Saja mengada”

“Dah sarapan?” soal Fikri. Athirah hanya mengeleng.

“Nak pergi rumah Mak Ngah dulu atau nak makan dulu?”

“Jumpa Mak Ngah dulu”

“Kalau macam tu, jom cepat”

Athirah pandang tiga kali Fikri yang sudah menghampiri motosikal milik Abang Long. Takkan nak kena naik motor dengan pakcik ni. Tak pernah dibuat selama kahwin ni.

“Kita jalan kaki ajelah” Cadang Athirah.

“Tak naklah, nanti balik panas”

“Tak mau sudah, Ira jalan sorang. Abang naik la motor.”

“Ni kenapa degil sangat ni. Nak abang cakap dekat abah ke?” ugut Fikri. Dah malas nak bertelingkah dengan Athirah. Dengan Pak Man je Athirah takut pun. Biar dia kena marah dengan Pak Man.

“yelah, yelah.” Athirah memanjat jugak dibelakang Fikri.

“Abah, jangan lupa masak tau. Ira nak sarapan dekat sini” pesan Athirah sebelum Fikri berlalu ke rumah Mak Ngah.


Kelibat Mak Ngah yang sibuk menyapu daun kering sudah dapat dilihat dari jauh. Rajin betul Mak Ngah ni, macam arwah mak dulu. Muka pun nak sama macam arwah mak sebab Mak Ngah kakak arwah. Jadi tiap kali rindukan mak memang dia datang bermanja dengan Mak Ngah. Tapi kena sabar sikit dengan mulut laser tak ada filter tu.

“Hai pengantin basi, awal pagi dah merempit. Ira jangan duk ajar Fikri jadi mat rempit pulak”

“Apa ni Mak Ngah. Orang baru sampai ni cubalah sambut dengan ayat yang sedap sikit. Bagi makan ke? Ini asyik nak perli je”

“Tak betul ke? Selama hari ni mana pernah Fikri ni naik motor. Sejak kahwin dengan kamu je dia dah tertukar, mengikut meroyan kamu”

“Apa ajelah”

“Jom masuk. Fikri, masuklah”

Fikri mengikut langkah Athirah yang sudah masuk. Memang tak reti malu sungguh la isteri dia ni. Main redah masuk je dalam rumah orang.

“Hai Ira, awal datang.” Tegur Azmi, sepupu Athirah.

“Biasa la aku rindu dekat hang. Bila balik?”

Riuh ketawa Azmi bila mendengar jawapan Athirah “Aku balik malam tadi. Ni laki hang ka?.” Soal Azmi. Tangan dihulurkan pada Fikri.

“Ops lupa yang hang tak pernah jumpa dia lagi. Nilah Fikri. Abang ni anak bongsu Mak Ngah. Azmi nama dia. Masa kita kahwin dulu dia ada dekat Lubnan”

“Oh, Army la ni?” tengok gaya rambut pun dah boleh agak kerja apa.

“Prebet cabuk je. Ni apahal awai sampai sini dah?”

“Bahu Ira terkehel” jawab Fikri.

“Bergaduh lagi?”

“Mana ada”

“Dah tu? Bersilat dengan Fikri ke?”

“Hang nak kena sekeh? Cakap merapu”

“Duduk sini Ira, nak bercakar je kamu berdua ni. Pantang sungguh berjumpa.”
Athirah duduk senyap dihadapan Mak Ngah. Kalau bab mengurut ni Mak Ngah memang serius. Tak boleh diajak melawak langsung. Kalau sibuk buat lawak nanti, naya je Mak Ngah tekan. Jenuh nak menjerit sakit.

“urut kuat-kuat sikit mak, biar dia menjerit macam orang gila” ujar Azmi. Dia duduk disebelah Fikri. Saja nak sakitkan hati Athirah.

“Ni bila lagi nak ada anak ni? Dah enam bulan kahwin takkan tak ada apa-apa lagi?” bebel Mak Ngah. Athirah dah tunduk , pandang hujung seluar sendiri. Nak jawab apa? Memang tak pernah ada dalam plan pun. Rasa macam bujang lagi pun ada jugak.

“InsyaAllah, esok-esok ada la. Bagi la peluang kami bercinta dulu”

“Banyak la alasan kamu Fikri. Jangan diikut sangat sewel si Ira ni. Tak terlayan nanti.”

“Tak adalah Mak Ngah” Fikri pandang Athirah yang senyap. Tak menyampuk langsung. Diam mendengar bicara Mak Ngah dan dia.

“Dah makan?” soal Mak Ngah bila selesai mengurut. Memandang wajah anak saudara yang senyap. Athirah kalau ditanya pasal benda yang dia tak suka, memang dia akan diam.

“Belum, nanti balik makan dengan abah”

“sudah-sudah la manja dengan abah kamu tu, sekarang ni dah kena bermanja dengan suami. Biarlah abah kamu tu bergembira dengan kawan-kawan dia pulak. Ingat sikit yang kamu dah kahwin, jangan nak duduk bawah ketiak abah lagi.”

“yelah”

“jangan iyakan saja. Bila nak pindah duduk dengan Fikri?” Serius Mak Ngah bertanya.

“Apa ni Mak Ngah”

“Betul la. Dah abah kamu tak kuasa nak menegur biar Mak Ngah yang cakap sebelum orang lain mengata”

“Nanti orang pindah la. Sekarang ni tengah sibuk nak periksa. Tak ada masa nak mengemas”

“Banyak sungguh alasan kamu Ira.”

“Kami balik dululah” cepat Athirah berlalu ke pintu rumah.

“Macam tulah kamu, bila orang tegur mula la nak lari”

“Taklah, memang nak balik pun. Kejap lagi abah nak keluar dah. Ira pun ada kelas petang ni”

“Esok nak urut tak?”

“Esok orang kerja la Mak Ngah. Nanti malam la orang datang”

“Yelah”




Mereka sampai ditengah jambatan bila Athirah mendapat SMS dari Fatimah. Kelas petang ni dibatalkan. Geram betul, bukan nak inform awal-awal.
“Ni kenapa muka macam arnab hilang carrot neh?”

Athirah pandang muka Fikri. Apa punya pelik peribahasa dia guna ni? Tak pernah dengar pun.

“nanti pusing balik la. Class cancelled”

“Oh, patutlah. Bukan kalau tahu kelas takde muka kena happy ke?”

“memang happy la kalau duduk dekat rumah lagi, ni dah atas bridge. Apa barang”

“Oklah tu, boleh kita pergi dating”

“Dating????????” macam tak percaya Fikri bagi idea macam tu dekat dia.

“yelah. Gi pantai seagate nak?”

“Seagate? Takde tempat best sikit ke? Seagate tu zaman tok kaduk je orang pergi. Sekarang orang lepak depan Quensbay la”

“Kalau macam tu kita pergi situ jelah”

“Tak nak la, panas” ada ke ajak lepak tepi pantai pukul 2 petang. Mahu berkilat dia esok.

“Habis tu nak pergi mana?”

“Shopping”

“Ok”



“Nak beli apa?” soal Fikri bila dah setengah jam asyik berpusing dalam mall. Tapi tak beli apa benda pun. Tadi dia yang cakap nak shopping.

“Tak ada yang berkenan”

“Baju?”

Athirah hanya menggeleng.

“Jeans?”

Athirah tetap menggelang. Nak beli menda kalau hari ni 28 haribulan. Gaji mana masuk lagi. Duit yang ada cukup-cukup sampai 31 ni. So sekarang jamu mata sudah.

“Jom cari baju kerja abang la. Dah lama tak beli kemeja baru”

Athirah mengikut langkah Fikri ke dalam Jusco. Temankan aje. Bukan susah pun. Boleh jugak jamu mata.

Boleh tahan cerewet Fikri memilih baju. Ada saja yang tak kena dimata. Patutlah banyak bunyi sangat masa mama pinangkan dia dulu. Semua tak kena di mata.

“Ira, ok tak?” sehelai kemeja berwarna kuning air diacukan pada badan.

“Ok je”

“Ok, abang ambil yang ini.”

“Kita nak ke mana lagi? Ira tak nak beli apa-apa? Don’t worry, abang bayarkan”

“Takpelah”

“serius ni. Tak payah nak malu”

Baru nak menolak lagi, mereka melewati dinding pameran Border. Buku ‘Doctor in the house’ macam melambai-lambai suruh beli. Dia dah baca satu chapter dekat popular hari tu. Nak beli poket dah kering. Ni bila ada yang offer takkan nak tolak lagi.

“Nak buku tu boleh?”

Fikri pandang muka Athirah. Dalam banyak-banyak benda, buku yang Athirah minta.

“Takde hal. Jom masuk”

Senyum lebar Athirah bila buku sudah berada ditangan. Free lagi.

“So apa balasan abang dapat belikan buku untuk Ira?”

“nak kena bayar ke?”

“mestilah”

Athirah dah muncung. Ingatkan ikhlas nak bayarkan. Ada dinasour dibalik Jusco rupanya.

“Nak apa?”

“abang nak…”

6 comments:

Hafia Hana said...

wah...pnjgnyer.
fikri mintak ape tu?
mintak ira pindah ke?
sambng lagi ye

si.tudung.ungu said...

ada dinasour di sebalik jusco ye?
haha... suka lak kat ayat tu...
haha... nxt next! ^^

aiscream cokolat said...

next n3...da lme xpost kn? so kne la qada' balik. hehehe

MaY_LiN said...

abang nak ira!!!

yAyA said...

haa..fikri mntak ape tuu??
nk lg...mkin best ni..hihi

miznza84 said...

jeng! jeng! ape fikri nk tu....
sambung lagi sis..

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....