CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 4, 2009

indahnya takdir-27

Adam memandang Q yang sedang leka memerhati matahaari terbenam. Tak sangka terserempak dengan Q kat R&R tepi laut ni. Niat dihati tadi hendak memancing dengan Safuan tapi tengok orang terlampau ramai terus tak jadi.Sejak pertemuan sebulan yang lepas, memang dia tak pernah jumpa lagi dengan Q. Tanpa Q sedari kehadirannya, dia memerhati gelagat gadis itu. Dan dia perasan selama dia bersua Q, bayang Hakim tak pernah nampak.

Apa dah jadi dengan hubungan Q dan Hakim?. Memang salah dia jugak, lepas je balik dari konvoi dulu tak pernah dia hubungi Q. dan pelik bila Q sendirian tinggal di sini. Padahal dulu Hakim cakap mereka akan menetap di Kuala Lumpur.

Elok je matahari selamat hilang disebalik bukit, Q melangkah ke kawasan parking. Dan Adam pun takde niat nak menegur Q

Sejak balik dari pantai petang tadi hati Adam rasa tak sedap. Asyik teringatkan Q. hairan bila melihat Q menyapu air mata. Apa masalah Q?

Telefon ditangan dipandang penuh minat. Menimbang-nimbang sama ada mahu menelefon Q atau tidak. Lepas setengah jam, Adam menekan butang hijau. Lama dia menanti panggilan bersambut. Tapi sampai habis caller ringtone talian tidak berjawab. Butang hijau kembali ditekan, terdengar suara menjawab

“Q?”

“kak dah tido, sapa ni?”

“Adam. Yang bercakap ni siapa?”

“Amni, adik Q”

“oh, Amni. Kakak dah lama ke tido?”

“baru je, nak Amni gerak ka?”

“tak payah la, boleh abang sembang dengan Amni?”

“boleh je, Amni pun tengah boring ni. Nak ajak angah sembang, dia kata tak larat. Abang ni pakwe baru angah ke?”

“kawan je, marah Hakim kalau abang jadi pakwe kakak”

“mana pulak, abang Akim kan dah lama meninggal”

“apa??? Hakim dah meninggal? Bila?”

“dah setahun dah. Abang tak tau ke?”

“kakak tak cakap kat abang pun. Macam mana Hakim boleh meninggal?”

“Abang Akim accident masa nak balik KL.”

“kakak ok ke?”

“ok macam dia la, depan semua orang dia elok la, tapi kalau duk sorang-sorang Amni selalu nampak dia menangis. Teringat kat abang Akim kot, sebab lagi 3 minggu je majlis diaorang masa abang Akim meninggal” terkedu Adam mendengar cerita Amni. Patutlah wajah Q mendung je petang tadi, mungkin teringatkan Hakim.

“dah lama kak Q balik sini?”

“3 bulan lepas abang Akim meninggal.”

“oh, boleh Amni bagi phone number Amni kat abang?”

“jap lagi orang wat miss call ye”

“ ok.thanks ye Amni, abang letak dulu. Selamat malam. Asslamualaikum”

Adam tersenyum sendiri. Memang kenyataan kematian Hakim sesuatu yang menyedihkan tapi ini peluang untuk dia memikat Q. takkan nak bagi pisang berbuah dua kali kot. Dah ada geng nak wat pakatan pulak tu.

*-*-*-*-*-

Remote tv disebelah Haq ditarik pantas. Memang tak boleh blah kalau Haq dah mula layan bola. Memang Q amat-amat tak berminat dengan perlawanan bola ni. Lain cerita la kalau tengok cerita perang. Butang remota ditekan satu satu, mencari saluran yang boleh diterima mata dan akal.

“apa ni ngah, orang kan tengah tengok ni”

“takde-takde, bola tu boring tau tak. Kita tengok alien vs prediator jek”

“kan dah tengok hari tu, berapa kali nak tengok ni?”

“ulang pun takpe, asalkan tak tengok bola.”

“benci sangat dengan bola, esok dapat laki minat bola baru padan muka”

“angah tak yah kawin, so tak payah nak pikir dapat laki macam tu”

“ye la tu”

“angah, phone” Amni dah sua handphone pada Q.

“sapa”

“abang sayang”

“uit, sejak bila angah ada abang sayang ni?” Haq dah tersengih-sengih

“mende ni…..sapa call ni Ami?”

“abang Adam”

“Abang Adam?....yang mana satu ni?” Haq ni memang.

“ala…..yang hantar angah balik tu. Mekanik handsome tu la” reporter tak bertauliah dah buat laporan.

“kalau yang tu, Haq memang setuju. Cancel la ayat angah tadi”
malas nak bertekak dengan adik-adiknya, Q capai handphone kemudian beredar ke halaman.

“asalamualaikum”

“waalaikummusalam, saya mengganggu ke?” soal Adam

“tak la, ada pa?”

“dengar macam bising je tadi”

“takde apa la. Nak apa call Q ni?”

“nak ajak main bowling ahad ni. Free tak?”

“dengan sapa lagi?”

“budak-budak bengkel je”

“dah tu, saya sorang je ke perempuan? Segan la” tak pernah dibuat, tiba-tiba je ajak gi main bowling pulak.

“dia orang bawak couple. Mila pun ada. Boleh ye Q, saya takde teman ni. Lagipun game ni main pair”

“saya bawa adik saya boleh?”

“Ami ke Haq?” Q dah tergejut. Macam mana mamat ni boleh kenal pulak dengan budak berdua tu.

“tengok la sapa yang free”

“ok, saya ambil awak kat rumah pukul 10 pagi?”

“takpe, saya gi sendiri”

“saya yang ajak kan, lagipun nanti kalau balik lambat risau pulak mak ayah awak”

“balik lambat ke?”

“saya kata kalau….tapi nak kena gi rumah awak juga. Nak minta izin dari ayah awak”

“ikut suka la”

0 comments:

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....