CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 18, 2011

~dia~ 8

Enjin kereta dihidupkan, dia memandu perlahan ke arah kedai ditepi laut seperti yang diberitahu oleh Aisyah.
Dah sampai di kawasan kedai baru dia teringat yang dia belum bagitau suami terchenta.
Mau kena marah dengan abah kalau tak bagitau ni. Telefon dalam poket dikeluarkan. Oh, bagus sangat bateri pulak kong. Macam mana nak telefon bagi tau? Pinjam telefon Aisyah ok kot.

Athirah keluar dari kereta, mencari bayangan Aisyah. Senang saja nak kenal dengan mak buyung tu. Senyum manis diukir pada Aisyah yang melambai. Melihat ada dua orang lagi manusia dimeja yang sama membuatkan langkahnya sedikit perlahan, risau pulak nak duduk semeja dengan orang yang tak dikenali. Seorang tu memang confirm la suami Aisyah. Yang sorang lagi tu sapa pulak?
Tapi kalau tengok dari belakang, gaya rambut tu macam suami terchenta je.

“Ira, cepat la. Akak dah lapar ni” langkah kembali dicepatkan. Kesian pulak menyebabkan Aisyah kelaparan.
“duduk sini” kerusi disebelah lelaki tu ditarik. Biar benar la kak Cah ni. Nak kenakan aku ke apa.
“duduk la, abang tak makan Ira la”
“ohhh mak kau” tergejut Athirah bila mendengar suara tu. Macammana dia boleh join sekali dengan sweet couple ni?
“kau ni Fik, lain kali tegur la elok-elok. Nasib baik tak kena apa-apa. Kalau aku yang melatah merasa la kau pelempang aku” bebel Aisyah bila tengok Athirah duk mengurut dada. Tergejut sungguh.
“sorry, mana tau Ira nak tergejut macam tu sekali.”
“duduk Ira. Kita makan. Sorry ye, hari ni semua orang ikut tekak mak buyung”
“tak kisah kak. Janji makanan”
“bagus la wife kau ni Fik. Tak banyak songeh macam kau”
“tengok la bini sapa” Fikri buat ayat serupa Keon tadi.



Selesai makan, Aisyah dan Keon dah bangun. “Ira tolong hantar Fik balik ye, kita orang ada tempat lain nak pergi. Boleh kan?” soal Aisyah lembut. Tangan dah mencuit Keon yang seronok je bersembang dengan Fikri.
Dua orang ni, tiap-tiap hari jumpa pun tak habis-habis lagi sembangnya.
“apa yang?” soal Keon.
“Fik balik dengan Irakan? Kita ada tempat lain nak pergi lepas nikan?”
“aaha, lupa pulak tadi. Kau balik dengan wife kau la ye. Nanti kalau kami balik lambat kesian pulak kau nak kena tunggu. Lagipun satu jalankan. Boleh ye Ira?”
“mesti la boleh, inikan kereta Fik”
“kalau macam tu, kitaorang gerak dulu la. Assalamualaikum”


Jari dah berada dihidung. Digosok berkali-kali. Sungguh la mati akal bila berdepan dengan pakcik ni. Tak reti nak bercakap. Takkan nak berdir dekat sini sampai pagi esok kot.
“kejap ye Ira, bagi abang lima minit. Ira tunggu dalam kereta pun tak apa” mendengar bicara Fikri, dia terus ke kereta. Bersandar diluar. Dari jauh dia nampak Fikri mengeluarkan rokok dari poket. Nak menghalau nyamuk rupanya.
“sorry, tak boleh nak hisap depan Cah. Nanti Keon marah. Takut sangat effect dekat baby dia”
“memang betul apa. Benda yang kita dah tau tak baik untuk kesihatan, pasal nak kena buat jugak”
“Ira marah ke abang hisap rokok?”
“no komen”
“don’t worry. Kalau Ira dah jadi macam Cah, abang berhenti terus smoking” Athirah buat pekak. Malas nak komen. Jadi macam Cah tu jadi apa? Baik macam Cah ke mengandung?
“balik rumah abang ye malam ni”
“mana ada baju” alasan yang paling bernas rasanya untuk selamatkan diri dari kena tidur rumah pakcik ni. Mustahil la rumah pakcik ni ada baju perempuan. Kalau baju mama tu logik la jugak.
“kalau bab baju jangan risau, banyak je baju yang mama belikan untuk Ira. Semua ada dirumah abang”
Terkedu Athirah dengar jawapan Fikri. Jammed terus otak. Macam mana nak lari lagi?
“nah, call ayah. Bagitau Ira tidur rumah abang malam ni” telefon dihulurkan pada Athirah.

6 comments:

Emaharuka said...

Best best citenye:-)

lama betul tunggu cite ne,,
harap akak sering post cite ne.!:-)

miznza84 said...

best2... nk lagi tp byk2..
thanks sis...

MaY_LiN said...

oho..
kan da xboleh lari..
hikhikhik

yuzy said...

sukeeee ^^,

yuzy said...

best cite ney

itu_aku +_^ said...

haahaaha...
nk lg..
pst la n3 slalu

smbg la cite yg cah plak

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....