CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 16, 2009

BAB 1: InDAHnyA TaKDir

BAB 1: InDAHnyA TaKDir

‘Politeknik Johor Bahru atau Uitm Perlis……….’ Susah betul nak buat keputusan. Ummi memang la awal-awal lagi dah suruh pergi Uitm, alasan kukuh dia-dekat dengan rumah. Tapi kalau ikut hati Q ni, lagi excited nak masuk poli. Walaupun jauh.

“macam mana ni umi? Angah kena bagi jawapan sebelum ari jumaat ni. Nak pilih yang mana?” Q pandang je muka Ummi yang sibuk memasak. Tolong pandang je, memang takde mood langsung nak menolong, memang selama ni pun Q lagi banyak tolong makan je.

“ikut angah la, nak pilih yang mana pun. Angah yang nak study bukan Ummi. Tapi kalau pendapat Ummi, Uitm la. Dah nama pun U mesti lagi baikkan” sayu je dengar suara Ummi. Dengar memang best, Ummi bagi Q pilih sendiri tapi kalau Ummi dah buat nada sedih tu paham sendri la. Lagipun takkan Q nak jadi anak derhaka.

Akhirnya lepas 3 hari berfikir, Q buat jugak keputusan yang berat ni. Ummi la orang yang happy bila Q cakap dah bagi jawapan kat Uitm. Lepas tu mula episode mencari barang-barang nak masuk asrama.

**************************-*-*-*-*-*-*-*-*****************************

Kunci bilik yg diperolehi dari pejabat warden tadi dipandang sekali lagi. No. 212, ‘maknanya tingkat dua, bilik no 12’ tu lah kata makcik yang jaga kaunter dekat pejabat tadi. Bila teringat je kat makcik yang jaga kaunter tu terus je angin Q naik. Baru jaga kaunter dah menyombong nak mampus. Penat betul nak cari bilik pun. Apasal la orang suka buat asrama bertingkat –tingkat. Letih betul nak menapak mengira anak tangga.

Sampai saja di tingkat dua dia terus menjengah ke bilik di sebelah kanan. No.211. lepas tu terus jumpa bilik no 212. fuh! Lega. Akhirnya jumpa jugak, dari tepi koridor dia melambai pada Along yg setia menanti di bawah. 'Dasar berkira tul along tu, dia tak nak naik and tolong cari bilik dengan aku. Boleh duk lepak kat bawah dng Ummi.'

“Along……. Dah jumpa la. Cepat la angkat barang” Q dah mula buat perangai tarzan kat cini. Bila Q toleh je kiri kanan, ada la makcik2 and pakcik yang duk pandang semacm kat dia. Tak puas hati la tu. Q buat bangang je. Lantak la apa dia orang nak piker. Along pulak just angkat tangan, mamat tu memang selalu cover handsome, macam la hensem sgt. 'Kalau korang rasa Zamarul Hisham tu hensem, so hensem la abang aku tapi Along ni versi tinggi la. Sebab dia ni memang tinggi, ikut belah abah kalau ikut belah Ummi jadi la kenek mcam aku. So selalu kena buli.'

Lepas je letak barang-barang Q kat tepi katil, Along terus landing atas katil yang entah berapa lama tak cuci. Kotor giler dia tengok
“tak geli ke tido atas katil yang kotor tu” aku pandang muka Along yang tersengih.
“standard la angah, mana ada katil asrama cantik mcam kat umah. Tu la lain kali keluar ckit dr kepompong Ummi ngan abah” tu budget nak kondem Q la tu. Memang la dari kecik Q tak pernah duk jauh. Dari tadika sampai la lepas SPM, memang duk dengan famili. Tak macam Along, Alang and Acik, diaorang semua dapat peluang duk kat asrama. Q pun dapat gak peluang tu masa lepas PMR tapi Ummi tak bagi pi. Anak manja ke?....hehhehehe mana ada. Q la yang paling kerap melawan cakap Ummi ngan abah.

Sekarang Q dh bebas…..duk jauh dari Ummi dng abah. Memang la tak jauh sgat tapi bleh la dari duk sekali dlm umah. Q ni jenis yg suka merayau.

Lepas je Ummi dgn Along balik, Q terus baring atas katil yg Ummi tolong kemaskan. Kalau ikut Q, petang karang baru nak kemas. Baru nak terlelap Q dengar suara bising2 kat luar. Lepas tu terjengol muka dua org budak pompuan.
“hai, baru sampai ke?” budak yg free hair tu mula2 tegur Q. Aku senyum je la.
“saya Siti Aishah, panggil Ecah je. Ni Juliana” mulut budak berbunyi lagi, memang ramah tamah tul.
“Qasidah, panggil Q je” lepas je sesi suai kenal, masing terus cari katil. Letih masa pendaftaran tadi tak hilang lagi. Lagipun apala yg bleh dibuat dlm asrama ni, Cuma ada meja, katil, kerusi and almari. So tempat yg paling best nk lepak mesti la katil.

*************************-*-*-*-*-*-*-*-*-*-************************

itu semua cerita 3 bulan lepas. Sekarang dah nak masuk bulan ke 4, dah nak dekat final pun. Q pandang je hanset yg dari tadi duk berbunyi, malas betul la nak jawab. Tengok je nombor phone public lagi bertambah la nak menjawab. Takde org lain dh yg kedekut tahap gaban klu bkn mamat ni. Ni mesti nk mintak tolong la tu.

Masuk kali ni dah 4 missed call dari nombor yg sama, disebabkan dah tak tahan dengar Q terpaksa la jawab jugak.
“hello, Qasidah. Aku nak minta tolong ni” belum sempat bersuara, mamat tu dah buka mulut. Dah la panggil dengan nama penuh, bengang betul.
“waalaikummusalam…..kau nak apa?”
“sorry la Qasidah, aku tengah pening ni…power point yg Cik Herda bagi xsiap lagi. Kau boleh tolong aku tak? ”
“dah berapa kali aku cakap, jgn panggil nama penuh aku. Kau nak kena cepuk ke apa?”
“k la Q, bleh tlg tak?”
“kau nak bg apa kalau aku tlg?” ingat tenaga dgn idea aku free. Tolong skit, dunia skrg kena materialistic klu tak mana leh idup.
“kau ni berkira betul la Q…..kau nak apa?”
“ink printer aku dh nak abis,apa kata kau tolong beli. Tapi aku tak nak yg refill tau ”
“demand la kau ni, ink hp tu bukannya murah”
“ink aku tu habis pun sebab print assignment kau jugak. Skrg kau nak ke tak?”
“ye lah… esok aku bagi…kau nak yg color ke black?”
“color la, setakat black aku pun bleh beli”
“esok aku bagi ink kau bg cd tu ye”
“ye la….dh, aku nak tido”

0 comments:

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....