CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 9, 2010

~2~

Masuk je dari rehat pagi tu, Anita becok mengulas tentang drama bersiri yang tak pernah ketinggalan siarannya. Aisyah anggukan aje kepala. Memang dia jarang layan drama melayu yang meleret-leret jiwang karat. Lagipun apa guna ada Anita sebagai pengulas terhebat kalau dia terpaksa buka mata menonton sendiri.

Asyik dengar celoteh Anita, terdengar namanya dipanggil. “Ohhh Min, ada apa?” Aisyah pandang muka budak praktikal yang tengah tersenyum manis disebelahnya. Mesti ada benda yang nak diminta la tu. Selalunya lari je bila nampak muka Aisyah.

“aku blah dulu la. Lunch nanti kita sambung lagi aku punya riview k” Anita dah bergerak ke mejanya.

“kak Cah, boleh tolong sainkan report Min tak?” kan betul, mesti ada benda la. Kalau tidak jangan harap la budak-budak praktikal nak dekat dengan Aisyah. Nanti kena buat banyak kerja.

“apasal lak Akak kena sain ni? Selalukan Min bagi Abang Soffian yang sainkan.”

“Abang Pian MC hari ni, lecturer Min dah on the way nak ke sini. Tolong la Kak Cah, signkan untuk Min” mendayu-dayu je suara nak minta tolong.

“pulak……..boleh ke Akak yang sign ni?”

“ala,…Min pun bawah akak jugak. Tolong la, nanti Min adjustkan lecturer Min kat Kak Cah”

“bak sini buku tu, and tolong ye. Tak payah nak tolong adjustkan sesiapa pun kat Akak.” Aisyah menyambut buku dari tangan Min. diselak-selak buku setebal setengah inci itu. “nak sign kat mana ni?”

“meh sini, Min tandakan dulu” Aisyah menghulurkan kembali buku pada Min“tapi Encik Imran ni baik la kak. Memang padan dengan Kak Cah” tutur Min sambil tangan sibuk melipat hujung muka surat yang perlu ditandatangani.

“Lecturer mana masuk dengan engineer sayang oooiii”

“Encik Imran master la bab mekanikal.”

“nah……gi main jauh-jauh.” Aisyah hulur buku laporan yang dah siap ditandatangan. Apasal la semua orang macam berpakat je nak suruh dia kawin. Apa teruk sangat ke tak kawin lagi bila umur 28 tahun? Anak dara tua dah ke?? Bukan ke sekarang zaman dah berubah? Atau zaman je berubah tapi mentaliti orang tetap sama je?




“Cah, tolong gi jumpa dengan lecturer si Min tu. Pian MC la hari ni.” Anita buat muka kesian. Selalu macam tu la, kalau nak minta tolong, lembut je bercakap muka pulak innocent habis.

“dia dah sampai ke?” soal Aisyah yang masih sibuk memasang skru pada PCB.

“ada dalam guest room. Cepat ye, kesian pulak biar dia tunggu lama-lama”

“ok”

Min dah terpacak depan pintu bilik tetamu ketika Aisyah menghampiri. “kenapa tunggu kat luar?”

“Min takut Kak Cah tak nampak”

“ada je la jawapan kamu. Macam Kak Cah tak tau mana satu bilik visitor. Mana lecturer kamu?”

“ada kat dalam” Aisyah melangkah ke dalam bilik, lelaki itu duduk membelakangi pintu masuk.


“maaf, buat Encik lama menanti. Saya Siti Aisyah Abu Bakar.” Ucap Aisyah memperkenalkan diri. Procedure biasa ketika bertemu dengan pekanggan.

“takpe, saya faham. Saya Mohd Imran”

“sila duduk.”

“rasanya Puan Aisyah mesti sibuk. maaf mengganggu”

“Encik Im…bukan Puan la, Cik lagik” Min dah bersuara perlahan ditepi Imran membuatkan Aisyah membeliakkan mata yang sememangnya besar tu. Buat malu betul.

“ohhh, maaf. So saya pendekkan cerita, Cuma nak minta tolong Cik Aisyah isi form ni dan jawab sedikit soal selidik”

Aisyah menyambut helaian kertas dari tangan lelaki itu. Terus mengisi yang mana perlu sambil menjawab soalan yang dikemukan oleh Encik Imran. Sebolehnya dia mahu cepat berurusan dengan lelaki itu sebab banyak lagi kerja yang menanti dimejanya. Lagipun nak komen apa banyak-banyak. Kesian je kat budak-budak yang buat praktikal ni.

*-*-**-**-*

“Cah, buah hati kau call” jerit Anita sambil menggoyangkan gagang telefon. Macam la tak boleh nak tolong hantarkan codeless phone tu. Saja nak bagi semua orang dengar la tu.

Lambat-lambat Aisyah melangkah ke meja Anita. Malas sebenarnya, kepala dah tepu dengan segala macam lukisan. Gagang hitam dicapai. “hellooooooooooo”

“Ti, kau busy ke?”

“tak lah, aku tengah search internet. Apasal?” jawab Aisyah geram. Kan dah keluar jawapan ntah apa-apa. Boleh pulak tanya dia sibuk ke tidak. Kalau dah namanya kerja dengan swasta ni, memang kerja tak pernah habis.

“aku ingatkan kau busy. Call handset tak berjawab” jujur la pulak mamat ni hari ni. Percaya je apa yang Aisyah cakap.

“handphone aku ada dalam drawer, aku ada kat CAD room. Kau nak apa cari aku?”

“jom ikut aku gi lepak petang ni”

“apahal pulak nak ajak aku lepak ni? Masalah lagi? Bergaduh pasal apa pulak kali ni?” soal Aisyah. Dah biasa sangat jadi tukang dengar dan penasihat tak bergaji pada Azhar sejak 3 bulan lepas. Kadang-kadang pelik jugak dengan hubungan Azhar ni, masa mula-mula kenal dulu macam belangkas. Ni dah nak dekat hari nak langsung, makin kerap pulak bergaduh. Ke semua couple yang nak berkahwin macam tu?

“boleh ye, temankan aku petang ni?” sayu je suara Azhar membuatkan Aisyah tak sampai hati nak menolak.

“yelah, nanti aku jumpa kau kat tempat biasa. Dah aku nak sambung buat kerja ni”

“thanks Ti”


*-*-*-*-*-*

Laptop diriba dibiarkan, mata pulak asyik dengan rancangan tv. Seronok pulak tengok tv bila takde orang nak berebut ni. Angah balik rumah mak mertua dia. Sekali dengan tentera dia yang 3 orang tu diangkut sekali. Aman je rumah. Bahagia je boleh tengok rancangan yang dia minat.

“acik….mana satu yang acik buat ni. Search internet ke tengok tv?” abah bersuara lalu duduk disebelah.

“ingat nak buat kerja sikit tapi cerita malam ni best la pulak. Nape? Abah nak guna laptop ke?”

“takdelah, abah nak guna buat apa?”

“mana tau nak ber FB ke? Cari kawan lama”

“bukan zaman abah dah acik. Acik sihat?”

“sihat bah”

“payah betul abah nak jumpa acik sekarang. Sibuk sangat ke?”

“biasa la bah, banyak kerja pulak sekarang. Abah ada apa-apa nak cakap dengan acik ke?” terus je dia tanya pada Pakcik Bakar. Tahu sangat dengan perangai abahnya, takkan cakap banyak kalau takde benda penting. Berbeza dengan mak yang sememangnya becok.

“kawan abah ada tanya, macammana dengan pinangan diaorang? Acik terima tak? Dah lama jugak abah tangguhkan ni”

“ntah la bah, sebetulnya hati acik tak terasa nak terima tapi kalau abah rasa itu jodoh acik abah terima la. Acik ikut je.kesian pulak kat abah dengan mak jadi buah mulut orang sebab acik”

“abah tak nak terima sebab orang acik. Abah nak acik bahagia”

“boleh ke acik bahagia dengan budak tu abah?”

“kalau ikut dari latar belakang keluarga dan kerja dia sekarang, memang baiklah status dia. Cuma abah tak tau macam mana sikap dia. Tapi abah harap boleh la bimbing acik. Apa kata acik buat solat istiqarah, minta petunjuk Allah”

“acik serahkan pada abah dengan mak la. Apapun keputusan mak dengan abah, acik terima.”

“nanti abah minta uncle Nan bawa Imran ke sini. Boleh kenal-kenal sebelum acik buat keputusan”

“malas la acik nak jumpa bah. Terima ajelah. Senang cerita”

“tak nak fikir dah? Tak mau jumpa dulu? Tengok handsome ke tidak. Sampai bila nak ikut je keputusan abah dengan mak?”

“takpe, acik percaya taste abah dengan mak”

“nanti mengadu pulak tak berkenan. Ke nak tunggu Along balik baru nak buat keputusan?” soal Pakcik Bakar sebab Aisyah memang rapat dengan abang sulungnya. Dengan Angah jarang sikit Aisyah nak bercerita. Tapi kalau bertekak memang kerap.

“ikut abah la, acik dah bagi jawapan acik”

“bagi abah laptop acik, uncle Nan cakap Imran ada FB. Mai kita cari, tengok handsome ke tidak bakal menantu abah, banyak kawan lelaki ke perempuan” Aisyah dah tergelak dengar cadangan abah. Memang canggih la bakal bapak mertua sekarang, nak tengok gambar menantu dengan perangai buka FB je.

“cayalah bah.” Pakcik Bakar tergelak bila tengok ibu jari Aisyah dah naik. Macam tak percaya abah yang bagi idea tu.

“kita kena jugak ikut perkembangan semasa walaupun tak guna sangat”


*-*-*-*-*-*

Siti Aisyah memandang lelaki yang berdiri menghadap laut. Tak sangka dia akan bertemu lagi dengan lelaki ini. Tapi dalam situasi yang berbeza. Nyata riak tidak senang diwajah lelaki itu.

“dah setengah jam awak berdiri Encik Imran. Kalau takde benda nak cakap, saya gerak dulu ye” tahulah awak tu pensyarah, memang teror bab berdiri ni. Aisyah kembali mengalas beg laptop ke bahu. Dah la penat balik kerja, boleh pulak mamat tu ajak duk saja tepi laut ni. Kalau berbincang ok jugak, ni duk berdiri macam tiang je. Tak de faedah langsung.

“kenapa awak terima lamaran ibu saya?” tiba-tiba suara lelaki tu menampar gegendang telinga Aisyah. Langkah yang baru diatur terus terhenti.

“ntah, tiba-tiba hati saya tergerak nak terima cincin tu. Cantik pulak dimata saya. Kenapa? Awak dah ada pilihan sendiri. Nak saya cakap pada ibu awak?” selambe je Aisyah menjawab. Padahal dalam hati dah menyumpah dengan gelagat Imran. Ingat aku nak sangat ke kawin dengan kau. Aku terima pun sebab nak jaga hati mak dengan abah je.

“saya ada orang yang saya cinta”

“ok, kalau macam tu esok saya suruh mak saya pulangkan cincin.” Monotene Aisyah menjawab. Memang dia takde perasaan pun pada lelaki yang berdiri depan dia ni. Takde susahnya nak pulangkan cincin tu.

“ehhh, jangan. Nanti ibu saya marah” Aisyah pandang muka lelaki yang berdiri disebelah dia, biar benar mamat ni. Kalau dah ada pilihan hati, kenapa pulak nak teruskan jugak pertunangan ni?

“kan awak dah ada orang yang awak sayang. Saya tak kisah la Encik Imran, kalau awak takut nak bagitau, biar saya je yang cakap”

“ibu saya takkan setuju, dia tak suka dengan pilihan saya. Sebab tu diaorang pinang awak”

“then???” Aisyah dah pelik dengan jawapan Imran.

“kita teruskan semua ni sampai ibu saya terima dia” Aisyah dah pening, berbelit la mamat ni cakap. Dia ingat ni eksperimen kat lab apa, nak main try dulu. Ini soal hidup aku la wei.

“habis tu, nanti kalau ibu awak dah terima calon awak tu, saya macam mana pulak? Terima semua dengan redha? …. Sorry la, saya ni bukan jenis yang baik hati sampai tahap tu nak korban hidup sendiri untuk kebahagian orang yang saya tak kenal sangat”

“kita teruskan dulu, apa-apa jadi nanti kita bincang balik” Aisyah pandang muka orang yang tengah bagi idea bodoh tu. Senangnya cakap. Macam ni ke pensyarah bercakap? Semua harap teori je. Prakital tak sama dengan teori k.

“hello Encik…..awak sedar tak, yang jadi mangsa sekarang saya, bukan awak. Apa pun keputusan awak, please ye, fikirkan saya sama. Apahal pulak saya yang nak kena berkorban dalam ini cerita? Kalau dah betul awak sayangkan awek awak, kita tak payah teruskan, saya tak kisah la. Selama ni pun memang orang dah duk bercakap pasal saya, setakat putus tunang ni tak de effect pun dengan hal kecik ni”

“kita teruskan dulu”

“ikut suka awak la. Dah habiskan?, saya nak balik ni” Aisyah melangkah meninggalkan Imran bila lelaki Cuma membisu. sampai dikereta baru dia terfkir, betul ke keputusan yang dia buat ni? Betul la cakap Ad, dia punya otak, otak seminit. Kejap je mesti ubah lagi keputusan.

4 comments:

akak said...

lor.. hehehe, apa lah imran ni.adalak main aci cuba gitu? suruh cah carik org lain je lah...

epy elina said...

hohoho...
x nak aishah brtunang ngn mamat 2...
pe kes 2???
mcm mna nak bhgia klu dlm ati ada org lain....
mst aisyah x bhgia 2....
x mau......

MaY_LiN said...

atoi..
pe masalah imran ni..
ntah2 die suke kat chah gak..

sza_kdh said...

cepat2 sambung..yang pasti mmg best....

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....