CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 24, 2011

~dIA~- 14

Pak Man hanya melihat tingkah Athirah yang keluar masuk rumah sejak sejam setengah jam yang lepas. Dah sakit kepala bila tengok Athirah asyik berulang-alik didepannya. Tapi bila makin kerap Athirah lalu didepannya, memang dia dah tak boleh nak tutup mulut. Rimas.

“Ira, ni kenapa dah macam kucing nak beranak ni? Sakit kepala abah tengok kamu, tunggu sapa”

“Takde apalah Bah.”

“Kalau tak ada pa takkan kamu jadi macam ni. Tunggu Fikri ka?”

Athirah hanya membisu. Betul ke dia tunggu Fikri? Tapi kalau tak tunggu apa halnya sejak dari tadi duk berkawad keluar masuk rumah. Ni semua Fikri punya pasal. Semalam, janji nak balik pukul lapan pagi. Ini dah pukul sepuluh tak nampak bayang lagi. Sesat ke?

“Orang tanya, dia boleh duk menung pulak”

“takde apalah Abah. Ira masuk dulu.”

“Kalau dah dia tak sampai, cuba la kamu telefon. Duk ulang alik macam ni bukannya dia tau pun”

Athirah berlalu ke dalam bilik. Berbaring di atas katil. Dah penat berkawad tadi. Tangan diletakkan diatas dahi. Tabiat yang sukar dibuang walaupun sudah jenuh arwah menegur dulu. Teringat kembali usaha Fikri untuk merapatkan jurang mereka.
Setiap malam mesti lelaki itu menelefon, berbual sampai dia terlelap. Kadang-kadang dia sendiri tak ingat apa yang dibicarakan berjam-jam dengan Fikri. Banyak sungguh modal Fikri bersembang. Mengalahkan budak sekolah bercinta pulak gayanya. Bertanya segala macam aktiviti yang dilakukan. Kalau boleh nak saja dirakam apa yang dibuat. Senang.

Itu tak termasuk lagi dengan masej yang perlu dijawab selang sejam. Bertanya soalan budak darjah satu. Kalau tak dibalas, nanti di telefon pulak. Haru sungguh penyakit orang angau ni.



“Masuk Fik” jemput Pak Man bila Fikri sudah berdiri dihadapan pintu rumah. Memang dia nantikan menantunya itu.

“Sunyi je bah”

“tak payah nak cover line, macam abah tak tahu kamu nak tanya mana isteri kamu tu. Duduk dulu, abah nak cakap sikit”

Fikri mengikut langkah Pak Man ke ruang tamu. Menanti apa yang bakal dibicarakan oleh bapa mertuanya. Nampak muka serius semacam je.

“Ada apa bah?”

“Apa yang Fik dah janji dengan Ira?”

“janji?”

“iye, janji. Dah lupa?”

“kenapa Abah?”

“Penat abah tengok dia ke hulu kehilir tunggu Fik tadi. Mengalahkan tunggu orang datang meminang”

“Fik minta maaf Abah, patutnya Fik sampai awal tadi. Janji dengan Ira nak sarapan dengan dia. Tapi lepas subuh tadi boleh terlelap balik. Tak sedar dah terlajak. Yang Ira pun, takada nak call ke apa”

“patutlah ada orang buat nasi lemak pagi ni tapi tak makan. Nak tunggu suami tersayang rupanya. Abah sebenarnya tak mahu campur dalam rumahtangga kamu, pandai-pandailah uruskan tapi Abah nak ingatkan Fik yang Ira tu satu-satunya anak yang abah ada. Memang dia nampak kasar tapi hati dia lembut sangat. Dah banyak dia berubah sejak mak kamu meninggal. Dia dah cuba jadi anak yang baik untuk abah. Sayangilah dia, tegur andai ada yang tak kena. Dia bukan jenis yang pandai nak tunjuk perasaan dia, tapi kalau kena caranya dia akan sayang sampai mati”

“Fik minta maaf Abah”

“Tak payah nak minta maaf dengan abah. Pergi pujuk orang dalam bilik tu. Dah merajuk agaknya tunggu kamu. Senyap je lepas masuk tadi. Abah nak keluar ni, pesan dekat Ira tak payah masak. Abah makan dekat kedai je”

“Yelah bah, Fik masuk dulu”



Menjengah ke dalam bilik, Athirah sudah terlena di atas katil. Gaya macam letih sangat. Kesian pulak bila tengok Athirah. Tak sampai hati nak kejutkan bangun, dia pulak yang turut berbaring disisi Athirah. Melayan sisa kantuk yang masih berbaki.
Athirah membuka mata bila terasa keadaan dalam bilik makin membahang. Peluh sudah membasahi baju. Rumah kampung kalau sudah hampir tengahhari memang panas. Lagipun mana ada aircond, Cuma harapkan kipas angin memang mandi peluh kalau duduk dalam bilik.

Tapi dia makin berpeluh sebab pelukan yang erat ditubuh. Dia memandang wajah yang berada disisi. Masih lagi nyenyak tidur. Entah bila Fikri balik. Memang dia tak sedar langsung.

“Dah puas tilik muka abang? Handsome tak? Boleh buat Ira mimpi tak?” soal Fikri perlahan. Nasib baik dia tak tumbuk muka Fikri. Suka sangat buat orang tergejut.

“Bila sampai?”

“Lama dah. Sempatlah bermimpi seround” ujar Fikri. Dia melihat sekilas jam ditangan. Pukul 11.35 pagi. Sejam jugak dia terlelap.

“Kenapa tak gerak orang tadi?”

“Nak gerak buat apa, lagi best Ira tidur. Boleh abang peluk-peluk macam ni. Kalau dah jaga macam ni, nak cuit sikit pun dah banyak bunyi”

“gatal”

“Bangun jom, abang lapar ni. Dengar cerita ada orang masak nasi lemak ”

“Nasi lemak apa lagi kalau dah tengahhari macam ni. Tunggu Ira buat lunch je la”

“tak payah, kita makan yang mana ada je. Lagipun abah cakap tak payah masak. Petang nanti dah nak balik rumah mama pulak”

“Betul ni?”

“Betul la. Ira masak apa pun abang makan je. Mesti sedapkan”

“Ntah”

Fikri hanya tersenyum mengikut langkah Athirah. Kalau hati dah sayang, kena marah pun boleh lagi senyum sampai telinga.

7 comments:

alynn_aziz89 said...

pendeknyerrr kak fisha, xsempat nk lepas rindu kt ira n fikri..

yAyA said...

sweet..:))

Anonymous said...

btol...pndk je n3 kli nie....xpuas lgi bce....
cpt2 smbung.....xsbar nie...hehehe

Mahxiauwen said...

Sweet sangat sangat:-)
next

MaY_LiN said...

ohoooo..
risau ya ira..
pas ni kena duk ngan abg la..

aiscream cokolat said...

alahai...comeiinye. suke sangat. nak lagi buleh???

miznza84 said...

best... tp pendek sangat..

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....