CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 15, 2009

indahnya takdir-30

“ni apasal pulak muka macam beruang hilang bini ni? Masalah lagi?” soal Safuan pada Adam yang duduk termenung dibawah pokok ceri sebelah workshop. Adam buat pekak, malas nak layan pengantin dah tak berapa nak baru tu.

“oit….aku tanya ni? Pasal Q lagi ke?” Safwan duduk sebelah Adam. Tangan dah capai air milo ais yang tergantung kat ranting pokok. Rugi je beli tak nak minum, meh dia tolong habiskan.

“hurmmmm”

“dah agak dah. Takde orang lain yang boleh kau termenung panjang macam ni. Kali ni apasal pulak? Nak ajak keluar lagi?”

“nak keluar mende…..dia dah tak nak cakap dengan aku.”

“kau dah buat apa dengan dia? Kau jangan Am”

“aku ajak dia kawin hari kenduri rumah kau. Lepas tu terus dia tak nak jawab call aku. Ummi dia cakap dia tak balik rumah dah 2 minggu. Aku serabut la pikir pasai dia”

“yang kau ni pun satu haru, tak sabar langsung, tergejut la budak tu. kau ni sungguh-sungguh ke?”

“dah tu? Kau ingat aku main-main ke?”

“meh sini aku bagi idea…….” Dan Adam tekun dengar idea dari Safwan.

*-*-*-*-*
Adam duduk menyandar pada Puan Mardhiyah. Badan yang letih mengunggang balik KL tak dilayan. Yang penting hajat dihati harus disuarakan dulu. Idea Safwan rasanya boleh jalan.

“Am nak kawin la Ma” Adam pandang muka Puan Mardhiyah yang asyik duk layan Majalah 3. test tengok nak tergejut tak makcik sorang ni. Ke Majalah 3 tu lagi menarik dari cerita nak tunggal dia.

“Am cakap apa tadi? Mama salah dengar ke?” kan dah cakap, mesti tergejut punya. Cepat pulak tu bagi respond. Selalu lambat je nak layan cakap dia bila dah mula tengok Nurul Syuhada Nurul Ain tu.

“ma dengarkan, Am nak kawin. K.A.W.I.N” dah mula mengeja untuk Puan Mardhiyah.

“dengan sapa?”

“kawan lama Am. Boleh ye?”

“boleh sangat-sangat, bawa la dia datang rumah. Boleh berkenalan. Tapi kawan lama mana?”

“mama tak kenal,susah la Ma nak bawa berkenalan dengan Ma, apakata kita gi meminang terus?”

“kenapa pulak, ada pulak nak gi meminang terus. Mama dengan papa kena la tengok dulu budaknya”

“gerenti ma berkenan la. Dia ni payah sikit la ma. Kurang berkenan kat Am, kita redah je la ma. Mana tau nasib baik, mak ayah dia terima kita”

“kamu ingat nak beli ikan kat pasar ke Am, nak main redah-redah pulak.” Nak cerita tak kat mama macam mana Q duk tolak dia. Sejarah Q……

“please ma”

“Am, tak payah la nak sorok dari mama. Bukan sehari dua mama jaga kamu. Kenapa? Budak tu tak suka kat anak mama ni ke?”

“memang tak suka sangat-sangat”

“dah tu, nak jugak?”

“Am sayang dia Ma”

“mesti ada sebabkan kenapa dia tak suka dekat anak mama ni”

“dia pernah bertunang, lagi 3 minggu nak kenduri tunang dia mati excident. Sekarang ni dia macam tak nak terima orang lain dah. Mula-mula dulu dia baik dengan Am, tapi bila Am cakap suka kat dia,terus dia tak layan langsung.”

“dah usaha betul-betul?”

“dah abih usaha ni Ma, tu pasal la Am ajak Ma gi minang terus. Ni last usaha Am”

“hujung minggu ni kita ajak papa pergi. Tak sabar mama nak jumpa dengan bakal menantu mama”

“ajak Pak Ngah sekali ye Ma.”

“kenapa pulak? Pak Ngah dah kenal ke”

“tu la Ma, Am ajak duduk Penang tak nak. Pak Ngah selalu je jumpa dia”

“kalau macam tu Mama nak call Pak Ngah la, nak suruh dia cerita pasal bakal menantu mama” Adam pandang je langkah Puan Mardhiyah, boleh tinggal siri kegemaran sebab lagi teruja dengan cerita bakal menantu.


*-*-*-*--

Sedap je dapat duduk relak bawah pokok petang-petang ni. Disebabkan rumah ummi ni dekat dengan sawah padi, jadi masa padi tengah menghijau ni memang sedap je angin. Sejuk. Buat masa orang dah lepas menuai, rasa miang je angin.

Novel yang baru beli dekat Jusco tadi Cuma dipegang. Takde mood pulak nak baca. Bila nampak Amni berlenggang lenggok bawa buah mangga dengan kuah rojak, terus buku diletak tepi.

“mana dapat buah ni?”

“orang amik kat rumah teh. Banyak gila buah dia”

“teh tak marah ke? Kan dia selalu tak bagi kita amik buah pokok dia”

“Ami mintak kat kak Diah, dapat je” Q gelak dengar jawapan Amni, ada je idea kalau dia nak sesuatu.

“ummi ngan abah mana?”

“ada kat dalam, duk bincang pasal angah la”

“pasal apa lak?”

“kan minggu lepas angah tolak bila da orang masuk minang. Ummi dah pening dah tu. Dia kata dah tak larat nak jawab bila da orang tanyakan angah ”

“angah tunggu Ami kawin dulu” buah mempelam yang siap dikupas,dipotong. Kemudian dicicah dengan kuah rojak.ummphhh!!!!! memang asyik la. Dah malas nak layan cakap Amni. Ni pun baru je balik rumah sebab ummi dah bising.

“angah ingat kat abang Akim lagi ke? Kan dah lama abang Akim pergi.”

“ingat la, mana boleh lupa” ujar Q dalam senyum.

“dah la angah, sampai bila ngah nak idup sorang-sorang?”

“ngah main-main je la,….dah tak sampai jodoh ngah lagi, ada jodoh nanti ngah kawin la”

“Ami rasa jodoh ngah dah dekat la, Mi cakap kat abah tadi kali ni kalau ada orang masuk minang lepas ni mi nak terima terus. Dah tak mau tanya angah dah. Tak kisah la sapa pun”

“mengarut la,……. Ridzuan macam mana? Dah setahun kerja ni takkan takde duit lagi” Q dah tukar topik.

“dia cakap dalam bulan depan kot”

“bagus la tu, tak sabar angah nak dapat adik ipar. Handsome lak tu”

“tapi bakal abang ipar Ami lagi handsome. Kalah Remy Ishak”

“mula la merapu tu”

“merapu apa, memang handsome pun. Kalau angah tak nak, pass je kat Ami. Dah la handsome dari Wan, sama taraf dengan abang Akim dulu dah. Pandai ye ngah cari, semua stock baik punya”

Q buat pekak. Malas nak layan bicara Amni, kalau dijawab nanti makin panjang la budak pompuan ni merapu. Dan dia yang tak boleh lena malam nanti, so lebih baik abaikan.

*-*-*-*--*

Kedatangan keluarga Adam disambut mesra oleh Hajah Zakiah. Tergejut jugak dengan kedatangan tetamu yang tak diduga. Tetamu bawa rezekikan…..jadinya, layan je.

“jemput la masuk. Abahnya ke masjid, kejap lagi baru balik. Masuk Am, ajak mak ayah kamu masuk.”

“maaf la kami datang tak bagi tahu, Am ni beria benar ajak kami datang” tutur Puan Mardhiyah. Adam dah cuit tangan mama dia, ada pulak cakap macam tu- buat malu je.

“takde apa. Jemput la duduk”

Hampir 20 minit berlalu barulah Hj Umar pulang. Melihat kereta diluar disudah dapat mengagak ada tetamu yang akan bertanyakan Q lagi.

“Assalamualaikum. Dah lama sampai?”

Salam disambut semua yang berada diruang tamu “baru je” Encik Rahman menjawab. Hj Umar bersalam dengan bapa dan bapa saudara Adam.

“kami ni sebenarnya datang berhajat” direct je papa Adam bercakap, tak de nak tangguh-tangguh dah.

“hajat apa tu?”

“dengar kata, ada bunga disini. kumbang kami ni dah terpaut, jadi kami datang nak menyunting bunga tu. Dah berpunya atau belum?”

“saya ni tak pandai nak berbahasa sangat. Macam ni la, rasanya Adam pun dah kenal dengan Najwa, dah tahu macam mana anak kami tu tapi sebelum tu nak la saya terangkan, anak kami ni penah bertunang dulu tapi tak sempat kahwin sebab arwah tunangnya meninggal kemalangan”

“itu Adam dah ceritakan, bagi pihak kami tak menjadi masalah semua tu. Lagipun, kalau tak meninggal arwah tunangnya dulu takde peluang si Adam ni nak menyunting”

“kalau macam tu, pihak kami terima la peminangan ni”

“jadi bila kami boleh datang secara beradat untuk majlis pertunangan?” Encik Rahim dah bersuara.

“ikut kami, rasanya bila bila pun tak jadi masalah cumanya kami minta kita teruskan dengan majlis nikah aje la. Takut Najwa tak boleh nak terima jarak bertunang lagi. Boleh macam tu?” Hj Umar memandang tetamunya.

“Ha Am, macam mana? Boleh ke kalau nak nikah terus? Dah cukup semuanya?”

“boleh Pa, Am tak kisah”

“kalau macam tu, boleh kita buat 2 minggu lagi?” cadang Enci Rahman, sekarang sapa yang tak sabar? Papa ke Adam?

“boleh, 2 minggu lepas akad nikah kita buat kenduri pulak. Senang” Hj Umar membuat keputusan. Terus semua setuju je.

“macam mana dengan duit hantaran?”

“terpulang la pada pihak lelaki nak bagi berapa pun, kami tak kisah. Yang penting Adam jaga Najwa baik-baik”


*-*-*-*-*-*-

“angah ada kat kampus ni Mi,…ada apa Mi call ni?” Q cover suara, takut semua orang dalam library boleh dengar suara dia. Q sekarang dah rajin masuk tempat-tempat ilmu ni. Takut tak pass exam.

“minggu ni balik dak?” sejak dekat nak final exam ni memang Q lepak kat kampus. Keje pun dah berenti. Memang tekun gila nak habiskan study kali ni.

“angah ada assigment nak wat la, lepak bilik Nani rasanya”

“angah,….rumah kita dengan USM tu tak jauh mana, pasai apa nak kena duk merempat bilik orang? Dah lama angah tak balik rumah kan?”

“ala Mi ni, nak kena balik jugak ka?”

“balik, Mi nak angah ada di rumah malam sabtu. Paham???”

“ye lah” bila Hjh Zakiah dah jadi mak bawang merah, haruslah kita iyakan saja semua cakap dia.



Dari jauh dah nampak lampu rumah dipasang meriah. Selalu kalau ada kenduri je Ummi pasang lampu rumah semua. Masa-masa lain Ummi mesti bising kalau tempat takde orang duduk, duk pi pasang lampu jugak. Membazir.

Lepas parking kereta kat bawah pokok rambutan, Q terjengket-jengket tengok dalam rumah. Nak tau apa yang jadi. Nampak macam meriah je, siap ada makcik-makcik rumah sebelah lagi.

“angah tengok apa?” Amni sudah berdiri dibelakang Q.

“ayam tul, pasai pa buat angah tergejut ni?”

“jom masuk lekaih….ummi dengan abah dah lama tunggu angah”

“la nak tunggu buat apa”

“masuk je la. Banyak tanya pulak. Penat tau dak dengar Mi beletiaq dari maghrib tadi”

Melangkah je ikut pintu dapur, Ummi dah terpacak dekat peti sejuk. Muka pun macam baru lepas kena marah dengan dekan sebab kantoi paper.

“Mi” Q tunduk menyalami tangan Hjh Zakiah. Kemudian mencium pipi umminya.

“pasai apa lambat?”

“lambat ke? Kan mi cakap malam. Ni malam la ni”

“kan selalu kalau mi cakap malam, angah sampai sebelum mahgrib. Ni dah nak masuk Isyak”

“tertido tadi. Tu pun nasib baik Ami call. Kalau tidak sampai pagi la angah tido”

“dah, gi masuk bilik. Mandi, pakai baju yang ada atas katil tu” Q akur je la, tak nak kena berleter lagi.

Masuk dalam bilik, mak ai cantiknya baju. Kebaya warna krim siap dengan kerawang-kerawang…..sayang pulak nak pakai. Yang penting gi mandi dulu, dah busuk peluh dah. Tadi tak sempat nak mandi sebab Amni dah bising kata dia lambat.

*-*-*-*-*-*

Elok je Q siap mandi dan bersiap, terdengar riuh rendah dihalaman. Cepat-cepat Q sarung tudung. Nak jugak ambil tau apa yang jadi. Bila nampak ada pakcik-pakcik dengan makcik-makcik bawa hantaran bagai, Q dengan muka selamba tolong sambut sama dengan Kak Gee.

‘ni mesti orang mai nak bertunang Amni ni’fikir Q sebab bulan lepas Amni ada bagitau yang Ridzuan nak masuk meminang.


“rajin bakal menantu mama, boleh sambut rombongan lagi” puji sorang makcik ni bila Q bersalam denganya. Q senyum je, bukan kenal pun nak buat ramah. Syok je ushar makcik yang cantik tu.

“apasal angah keluar ni?” soal kak Gee berbisik.

“pasai pa tak boleh keluaq?” tak sempat nak dengar jawapan kak Gee, Q terpandang Adam yang sedang berbual dengan Along. Sejak bila pulak mamat tu kenal Along dan soalan yang paling penting, apa dia buat kat sini?

Amni datang menarik Q ke bahagian tengah rumah. Ada ramai dah orang duduk di situ, lepas bersalam dengan semua kaum-kaum hawa yang ada Q mengambil tempat disisi umminya.

“ada apa ni mi?”

“angah duduk diam-diam kat sini sudah. Jangan banyak tanya”

Dari jauh Q nampak Adam duduk berhadapan dengan abah. Handsome la pulak tengok mamat tu dengan teluk belanga warna krim. Lepas tu baru Q perasan yang baju kebaya yang dia pakai pun warna krim. Hati dah mula tak sedap.

Belum sempat nak tanya apa-apa terdengar suara seorang pakcik memulakan majlis. Q tekun mendengar.

“sebelum kita nak jalan akad nikah ni, pihak lelaki nak jugak ada upacara pertunangan. Jadi kami nak minta izin dari bapa pengantin perempuan untuk sarungkan cincin tunang.”

“ya, silakan” Hj Umar mengukir senyum.

Makcik cantik yang Q puji tadi bangun, menghampiri Hjh Zakiah .

“hulur jari angah” perlahan je suara Ummi. Q yang tergejut, dah tak boleh nak berfikir, jari diunjuk pada makcik lawa tu.

“salam dengan mak mertua angah” ehhhh, bukan kena sarung cincin kat Amni ke? Tu tanya dalam hati je la, nak kena cepuk kalau tanya sekarang kat ummi.



“Adam Iskandar b Abdul Rahman, aku nikahkan dikau dengan anak perempuan aku, Qasedah Najwa binti Umar dengan mas kahwinya tujuh ratus tujuh puluh tujuh ringgit tunai”

“aku terima nikahnya Qasedah Najwa binti Umar dengan mas kawinnya tujuh ratus tujuh puluh tujuh ringit tunai”

“sah?” soal Hj Umar

“sah”

“sah”

“Alhamdullilah”

Q pandang muka ummi, macam tak percaya yang dia dah nikah dengan Adam. Macam main pondok-pondok pun ada. Nak tanya soalan pelik-pelik pun, tetamu ramai lagi. So, Q diam je.

Lepas tu Adam datang sarungkan cincin, banyak sungguh dia dapat cincin malam ni. Q tunduk mencium tangan Adam.

“cantik isteri abang ni” suara Adam perlahan ditelinga Q. kalau aku jelir lidah agak-agak berdosa tak? Dah rasa nak cepuk mamat ni pun ada. Abang konon, sapa la nak jadi adik dia ni?

Majlis yang betul-betul simple tu berakhir pukul 10.30 malam. Lepas semua tetamu dah rombongan balik, Q dah duduk kat ruang tamu. Kena buat perhitungan dulu. Hj Umar pulak duduk bersila sambil bersandar pada dinding. Santai, tanpa rasa bersalah. Cuma Hjh Zakiah yang macam nak melarikan diri. Along, Kak Gee, Amni dengan Haq Cuma berdiri dibelakang ummi.

“duduk la Mi, angah ada benda nak tanya ni”

“duduk la Za, kita terangkan kat angah elok-elok” abah dah bersuara, so memang Ummi akan mengikut tanpa banyak bunyi.

“apa yang angah nak cakap?”

“pasai pa tak dak sapa tanya angah pasai ni. Tiba-tiba paksa angah nikah. Ummi dengan abah dah tak sayang angah ke?”

“angah, sebab sayang la abah dengan mi nak tengok angah bahagia. Sampai bila nak ingatkan Akim? Lagipun, hari tu ummi dah bagitaukan, lepas ni ada sapa masuk minang ummi terima terus sebab angah dah banyak kali tolak. Lupa?” soalan yang ditujukan pada Hjh Zakiah, tapi Hj Umar yang menjawab.

“mana ada angah lupa kan angah bahagia kan selama ni. Mana ada angah menangis ke apa”

“tak menangis tak bermakna angah bahagia. Abah kenai anak abah, dah sejak Akim takdak anak abah yang ceria tu dah lama hilang”

“abah…….”

“dengar cakap abah, Adam budak baik. Dia boleh bahagiakan angah macam angah dengan arwah dulu.”

“tapi bah”

“takde tapi-tapi. Hujung minggu depan kenduri angah. Lusa pergi cari baju dengan Adam. Jangan bergaduh pulak dengan suami kamu tu. Ingat, dia dah jadi suami angah, angah kena patuh dengan dia selagi tak melanggar hukum”

“Miiiiiii”

“angah, dengar la cakap abah tu. Jangan pulak duk buat tak layan Adam lepas ni. Ingat tu. Dah pergi masuk, berehat”

‘berehat mende, kepala dah nak berasap dah ni. Kena buat perhitungan dengan suami terchenta ’ Q melangkah ke bilik.

4 comments:

akak said...

adui..main tangkap muat gituh.
alor lor.. habislah Q, TAPI..Adam boleh ke terima Q..jeng3 suspen giler!
cepat sambung fisha!

P@Nd@_LoVeR said...

beznyer diowang dh kawin!!!
tp tol kte "akak" bley ke adam trime Q??
mntk2 boley..
cian kt Q..
Adam ni ank 'sumbody' gak erk?

~lawrian_inSan BiAsa+peNconTeNg tEgaR~ said...

ahaks!~hope Adam bole trime Q seadanya!~

no body perfect!~

sinichies_girl88 said...

yes dah kahwin...
best.best nak lagi..
dah nk sampai penghujung ka
hehehe
hope q dan adam bahgia selamanya...
:)

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....