CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 31, 2011

~mAtahari MalaM - 14~

notification:
n3 ni dh bercampuk aduk sikit.... tapi disebabkan tak smpai hati nak biarkan semua yang follow meroyan (klu adalah)....sha post jugak...
cadangannya nak tarik balik semua n3 dan post blk ikut base baru tapi buat masa sekarang memang tak ada kesungguhan dan masa...jadi terpaksalah korang hadap versi yang dah bercampur ni....
ada sesiapa nak share idea or cerita? email sha ok...mana tau boleh buat tambahan dalam MM ni....
so layan je n3 kelam kabut ni....

+++++++++

Shahira pandang muka orang yang tengah memandu disebelahnya. Muka tanpa perasaan Iqmal tayang bila dengar dia membebel tak mahu mengikut tadi. Peristiwa dirumah tadi kembali terbayang diminda membuatkan mukanya kembali memerah. Malu tak sudah. Nasib baik tak ada orang dirumah, kalau tidak memang tak tahu dekat mana nak sorok muka lepas ni.
“Jom” Ajak Iqmal pada Shahira yang masih duduk menonton TV. Langsung tak bergerak. Dah macam kena gam pun ada jugak.
“Shira. Dengar tak ni?” Iqmal sudah berdiri dihadapan Shahira yang masih membatu. Enggan bergerak. Memang tak ada hati nak keluar berdua dengan pakcik sorang ni.
“Kalau Shira tak bergerak jugak, abang angkat masuk dalam kereta. Masa tu jangan nak menyesal.” Ugut Iqmal.
Shahira masih diam. Ingat dia takut dengan ugutan tu. Mata kembali menatap skrin tv. Geram dengan perangai Iqmal yang suka memaksa. Nafas lega dilepaskan bila lelaki itu sudah berlalu dari depannya. Mungkin sudah dapat menerima apa yang dikatakan.
Tiba-tiba dia terangkat ke udara. Iqmal sudah mengendong dia ke kereta. Puas dia menjerit supaya diturunkan tapi Iqmal buat pekak. Terus dia mengunci pintu rumah dan memandu keluar.
Akibatnya, dia keluar dengan rupa yang sungguh selekeh sekali. Baju ditubuh direnung lagi. Tak pernah sebelum ni dia keluar dengan baju lengan pendek dan tudung sesingkat ini. Tudung yang digunakan untuk kerja dirumah sahaja.
“Dah cantik dah. Sayang abang ni pakai apa pun cantik. Tak payah risau” Iqmal bersuara juga bila melihat perlakuan Shahira menarik-narik lengan baju sendiri. Ingat boleh panjang lengan baju tu kalau ditarik macam tu. Tapi mana berani nak cakap macam tu, kalau Shahira makin sentap nanti hancur semua plan nak keluar berdua.
“Nanti kita beli baju dengan tudung baru. Sebelum tu Shira pakai jaket abang dulu ye”
Pujuk Iqmal lembut. Terlupa yang isteri tersayang sudah menjadi muslimah sejati. Mana mungkin dia mahu berjalan dikhalayak ramai dengan pakaian seperti itu. Jaket yang sentiasa ada dalam kereta diletakkan diatas riba Shahira.
“Saya nak balik” Perlahan Shahira bersuara. Mengharapkan Iqmal faham yang dia tak selesa dengan keadaan mereka.
“Shira, sekali ni je abang minta. Boleh tak Shira lupakan sekejap apa yang pernah berlaku antara kita. Hari ni kita balik pada kenangan sepuluh tahun lepas. Saat kita bahagia berdua. Saat cinta kita sentiasa mekar walaupun hidup susah” Pinta Iqmal perlahan. Berharap dia mendapat peluang memenangi hati Shahira.
“Saya tak mampu” Sebak Shahira menjawab. Permintaan Iqmal bagaikan meminta dia melupakan sesuatu yang tak penting dalam hidup mereka.
“Please sayang. Untuk lima jam ni. Jadi kekasih abang. Bolehkan. Temankan abang shopping, berjalan-jalan dekat sini”
“Jangan terlalu berharap”
“Takpe, abang tahu Shira memang sayangkan abang. Jom kita pergi cari baju untuk sayang dulu. Lepas tu baru kita fikir nak buat apa”
Perlahan Shahira mengikut langkah Iqmal. Dalam terpaksa dia turutkan juga. Sukar sungguh menolak permintaan orang yang kita sayang. Walaupun insan itu telah melukakan hampir keseluruhan hati.
+++++++

Iqmal dah menggeleng bila melihat Shahira turut sama beratur dihadapan badut yang membuat belon untuk kanak-kanak diruang legar pusat membeli-belah itu selepas menyalin pakaian baru. Sejam mereka berjalan-jalan sebelum bertemu dengan badut itu. Shahira yang terlebih teruja tanpa malu berdiri dikalangan kanak-kanak untuk mendapatkan belon pelbagai bentuk.
“Dah puas hati? Macam budak-budak. Rasanya Adi pun malu nak beratur ambil benda macam ni” soal Iqmal bila Shahira sudah kembali ke sisinya dengan belon berbentuk anak kucing.
“Biarlah, bukan saya suruh awak beratur pun”
“Apa ajelah sayang. Nak ke mana lagi?”
“Entah”
“Makan nak?”
“Kenyang”
“Habis tu nak buat apa lagi?”
“Mana tau. Awak yang ajak saya keluar” Shahira buat muka tak ada perasaan. Langsung tak rasa bersalah dengan tuturnya.
“Tengok wayang nak? Kita tak pernah tengok wayang berdua lagi kan.” Cadang Iqmal bila nampak poster filem-filem yang sedang dan akan ditayangkan. Apa salahnya mencuba benda-benda baru yang selama ini tak sempat dilakukan bersama.
“Macam budak-budak je”
“Don’t worry, banyak orang tua macam kita pun tengok wayang jugak. Jom”
Tangan Shahira sudah ditarik menuju ke esclector. Teruja dengan aktiviti yang baru hendak dicuba.
Tiba depan kaunter, mereka bertekak tentang filem yang mahu ditonton. Shahira dengan filem aksi manakala Iqmal lebih berminat dengan filem romantik ala nak tidur. Bukan berminat sangat pun tapi filem begitu lebih sesuai buat masa sekarang. Lebih mudah untuk mereka berbicara. Kalau di ikut kehendakan Shahira, memang langsung tak ada harapan nak berbual. Shahira kalau dah mula menonton filem kegemaran, memang sepenuh perhatian diberikan.
“Kita tengok asing-asing la, awak pergi tengok gambar yang awak nak, saya tengok gambar ni.” Cadang Shahira. Dia memang tak sanggup nak menonton filem ala-ala orang tak ada kerja tu. Masalah cinta ni boleh buat dunia terbalik, jadi dia memang tak berminat nak menonton cerita begitu.
“Merapu la awak ni. Nama pun nak tengok wayang berdua, boleh pulak nak pecah-pecah. Okeylah, disebabkan saya sayang awak lebih, saya ikut pilihan awak jom kita beli tiket.” Pantas pinggang Shahira ditarik menuju ke kaunter.
“Lepas la. Malu orang tengok”
“Takpe, dah halal. Takde orang boleh kata apa”
“Janganlah macam ni El. Saya dah ikut awak, tolong jangan buat saya segan”
“Yelah.” Pautan pada pinggan Shahira dilepaskan. Mereka hanya bergandingan tangan menuju ke kaunter tiket. Shahira hanya membiarkan Iqmal menyelesaikan semua urusan. Dia lebih senang membaca setiap perkataan yang tertera diskrin atas.
******

Sudah berkali-kali Shahira menutup mulut, menahan kuap. Mata semakin layu memandang skrin besar didepan mata. Dalam berwaspada dia terkena jugak dengan Iqmal. Menonton filem melayu yang berbunga-bunga cinta bukanlah minatnya sejak dulu. Itu semua hanyalah ubat tidur paling mujarab. Bukan menghina filem melayu tak berkualiti tapi dia memang alah dengan filem cinta yang ditonton berterusan. Dia layan juga drama melayu bersiri di televison.
“Mengantuk?” Sepatah Iqmal menyoal. Sudah berkali-kali dia melihat Shahira menutup mulut dengan jemarinya.
“Tanya lagi”
“Sorry ye sayang, tersalah cakap tadi. Lain kali kita tengok filem yang sayang nak pulak ye. Lagipun best apa tengok filem ni, orang pun tak ramai, filem pun slow. Nak bercinta dengan sayang pun aman je rasa”
“Apa ni El” Marah Shahira bila kepala Iqmal sudah terlentok dibahunya. Seram.
“Abang sayang sangat Shira. Mesti susah hidup Shahira selama abang tak ada ni. Abang minta maaf sayang. Abang tinggalkan sayang bersusah payah besarkan Adi sorang-sorang”
Shahira hanya membisu.
“Lepas dua tahun abang balik cari sayang, tapi sayang dah pindah. Puas abang cari, sampai ke rumah abah. Tapi mak cakap sayang tak pernah balik. Setiap tahun abang balik cari sayang, tapi tak pernah jumpa. Mama pun tolong jugak. Semua orang marahkan abang sebab tinggalkan sayang tapi dia orang semua tak tahu macam mana abang rasa. Abang lagi terseksa, rindukan sayang, rasa bersalah dan kena hadapi kemarahan semua orang. Syukur sangat abang jumpa sayang lepas sepuluh tahun. Tapi harga yang abang perlu bayar memang mahal. Sayang pun dah tak nak tengok muka abang. Dah tak nak panggil abang dah.”
Lebat airmata yang menuruni pipi Shahira. Siapa cakap dia tak sayangkan Iqmal, tak rindukan lelaki itu sepanjang sepuluh tahun ini. Hanya lelaki itu sumber kekuatan untuk terus berdiri sebagai seorang Shahira.
“Please sayang, maafkan abang. Kita bina keluarga kita. Tolong maafkan abang ye” Erat jemari Shahira dalam gengaman Iqmal.
“Shira tak tahu”
“Just lepaskan semua beban Shira, biar abang yang tanggung semuanya. Shira Cuma perlu jaga abang dan Adi, yang lain abang uruskan. Boleh?”
“Kita balik ye. Saya dah tak ada rasa nak menonton”

5 comments:

Anor said...

n3 ni bukanke dh di siarkan dulu?
tapi tak ape boleh baca sekali lagi
refresh balik. Agaknya bila nak
keluar versi cetak pula ye... kalau boleh nak juga beli online macam
Kau Ilhamku. Kalau ada ape news pasal MM ni berilah maklumbalas rasa
macam lama sgt nak tunggu cite ni dh
tak sabar. hehehe. Cite ni rasa macam
teruja sgt nak baca sampai penamatnya.

fisha said...

Anor....
thanks...lepas publish baru perasan yg penah letak dah...
nak baca full version...huhuhuhu...masih diawang-awangan...gila lembab menaip sekarang wlpun byk idea dlm kepala..
klu ada idea...share email ok...

MaY_LiN said...

hihihi

Unknown said...

baru je habis bace dr n3 1st..
bestla..
cepat2la sambung lagi yer..
xkesala tggang terbalik pon...
heee

miznza84 said...

nak lagi.... x ckup...

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....