Cintaku Kini Milikmu
Hasil Karya: wany
Disenarai Pada: 30 April, 2009
“Riz malam semalam mak kau telefon,dia tanya pasal kau ” bagitahu Leman
“..emmm, dah kau jawab apa?”
“aku cakaplah kau tak balik ,sebab sibuk siapkan kerja yang melambak kat office tu”
“emmm..” sambil mengangguk tanda setuju
“kau ni kenapa? Macam tak ada mood je?”
“tak ada apalah..”
“ni mesti pasal Rina kan? Dia buat hal lagi ke?”
“tak adalah..”
“Habis tu?”
“tak ada apa-apa, aku ni je penat sikit”
“ye ke ni? Aku dah kenal kau lama la Riz, penat mana kau sekalipun, kau tetap ceria. Tapi hari ni, bila aku tanya kau jawab eemm..emmm menyampah aku, macam orang nak mati je bunyinya..” rungut Leman
“apa-apa jelah Rina” keluh Riz
“sah..!! sah kau ni nak mati, nama aku pun kau dah lupa..samdol betul kau ni..aku ni Leman la hayun..”
“ek hehe.. sorry la man.. sehari dua ni aku tak tau la dengan perangai aku ni..makcik Nah tu pun aku panggil Rina”
“uuii berat ni..pe masalah kau?ceritalah kat aku..at least kurang jugak beban kau tu..”
“Rina…”
“ha kenapa dengan dia” tanya Leman pelik
“dia dah putuskan hubungan aku dengan dia”
“pulak dah.. kenapa?”
“tu lah..aku rasa,aku dengan dia tak ada apa-apa masalah,tapi aku tak tau kenapa semalam, tiba-tiba je dia nak putus dengan aku..”
“pelik bin ajaib ni..tak ada ribut,tak ada angin, tiba-tiba je nak putus. Entah-entah dia dah ada orang lain kot” akal pendek leman menduga
“emmmm aku tak tahu la pulak”
“Sepatutnya, Rina tak patut buat macam tu, dia tak sayang ke dengan hubungan yang dah menjangkau 5tahun ni? Ishh bukan senang..”
“alangkah baiknya kalau dia pun pikir macam tu..tapi dia sebaliknya, lebih menyedihkan dia cakap aku tak pandai jaga hati dialah, aku ni membosankan lah..aku tak tau lah apa yang dia nak dalam hubungan ni.. aku dah bagi yang terbaik untuk dia.. kau pun tau kan, yang aku tak pandang perempuan lain, hati aku hanya untuk dia je, sampaikan perempuan kat office cakap aku sombong.. tapi alih-alih dia buat aku macam ni pulak” Riz meraup mukanya..kesal.
“aku faham Riz apa yang kau rasa.. aku sendiri pun pernah mengalaminya,memang pedih. Habis tu, kau dengan dia sekarang memang tak ada apa-apalah?”
“emmm..macam tulah gaya nye” jawab Riz ringkas
“tak kan tak ada cara nak pulihkan balik hubungan kau ni..aku rasa belum terlambat Riz..masih boleh lagi ni”
“aku dah cuba Man, aku tak tahulah apa yang dah rasuk pemikiran Rina tu.. dia berkeras tolak aku, aku cuba pegang dia, peluk dia.. tapi dia tolak aku..dia cakap jijik..lepas pada tu aku tak paksa dia dah..aku betul-betul terasa,kecewa dengan perbuatan dia..”
“Nauzubillah sampai macam tu sekali..melampau betul dah tu.. ha!! tak payah dah kau nak tagih simpati perempuan macam tu..tak kenang dek untung lansung,lupa daratan!!”marah Leman
“aku malu Man.. apa yang aku nak cakap kat mak ayah aku tentang hubungan aku dengan Rina ni nanti”
“emm masalah lagi ni.. macam ni je lah.. apa kata kau rehat dulu, kau mandi,kau tidur, malam nanti baru kita bincang..ok?”
“emmm ok lah kalau macam tu, nanti kalau ada orang call aku, kau jawab je aku tak sihat ok.. aku malas nak keluar cuti ni”
“ok Riz.. beres aje,rehat cukup-cukup ok”
“..emm ok” Riz melangkah lesu
Selesai mandi, Riz menjatuhkan badannya di atas katil..Riz mengeluh panjang sambil berbantalkan lengan,jelas riak wajah orang yang dilamun resah, peristiwa semalam benar-benar menganggu fikirannya, tegar sungguh Rina membuangnya begitu saja.. tanpa alasan yang kukuh.. “apa salah aku” sesekali Riz bersuara.. ahhh.. perempuan semuanya sama!!
“aku bebas sekarang Leen”
“maksud kau?” tanya Leena
“ye lah, bebas dari Riz”
“kau biar betul,tapi kenapa?tak kan semudah itu kau lepaskan Riz, apa yang kurang pada Riz?”
“aku dah bosan lah dengan dia,sesekali nak juga beralih angin”
“Ya Allah kau ni Rina,tak munasabah langsung jawapan kau, apa kena dengan kau ni..sejak kau kawan dengan fadli tu, macam ni perangai kau ye”
“heiii.. Leen kau jangan nak membebel ok..aku tahu lah apa yang aku buat, kau yang tak pernah bercinta,tak tahu selok belok bercinta,tiba-tiba nak nasihat aku pulak”
“tapi Rina,Riz tu….”
“Dah cukup..!! aku tak nak dengar dah pasal dia, yang kau sibuk nak agung-agung kan Rizman tu kenapa? Kau berjumpa dengan dia pun tak pernahkan?perangai dia lagilah kau tak tau.. So,tak payah nak nasihat-nasihatkan aku..”
“tapi Rina,aku tahu dia baik, aku dengar dari kawan-kawan kita yang lain.. aku percaya suatu hari kau pasti akan menyesal”
“..emmm ikut kaulah nak cakap apa pun, yang penting aku dah ada Fadli”
“kau serius ke dengan dia?” tanya Leena
“ya.. aku serius, dia pun dah lamar aku jadi isteri dia.. tak macam Riz asyik kerja je”
“..emm kau kena hati-hati dengan dia Rina, kau baru je kenal dia,tak sampai 3 bulan”
“aku tahu lah.. aku yang nak kahwin, bukan kau!! Dah.. cepat makan, aku nak balik office kejap lagi..berlambak lagi kerja aku tak siap. kau cakap lagi pasal Rizman, ataupun kau buruk-burukkan Fadli, alamatnya petang nanti, kau balik jalan kaki” jawab Rina sombong
“emmm ok” jawab Leena sugul. Ternyata leena hampa dengan sikap Rina. Hilang kelembutan Rina semenjak dia berkawan dengan Fadli, anak Dato’ Mokhtar. Rina semakin kerap pulang lewat.. balik dalam keadaan mabuk, sudah berani menanggalkan tudung.. ternyata Rina dulu sudah tiada. Bertaubatlah Rina,pintu taubat masih terbuka untuk kau…
“heei Leen!!! kau nak tercampak keluar ke? Pintu kereta tu tutup kuat sikit!!! eeerr apalah tu pun nak aku ajar”
“eh..ehh sorry” Leena meminta maaf.. terus diam..mungkin terasa..
“emmm..seminggu ni kau balik naik bas lah.. aku ada hal sikit nak settle kan” Rina bersuara memecah kesunyian.
“tak apalah kalau macam tu” Leena sendiri pun sudah malas menumpang kereta Rina, semakin lama Leena menumpang kereta Rina semakin sakit hati Leena. Bongkak sungguh dia setelah dapat kereta daripada Fadli. Ingatkan apabila ada kemudahan, bolehlah menumpang senang,tapi lain pulak ceritanya.
“Kau tak kisahkan?” tanya Rina
“tak kisah, aku faham”
“baguslah kalau macam tu, dan lagi satu aku ada benda nak mintak tolong kau ni”
“apa dia?”
“tolong cakap kat bos, aku nak ambil cuti emergency seminggu, nak balik kampung”
“lamanya.. kau nak buat apa lama-lama sangat, mak kau sakit ke? Tanya Leen hairan, dia tau mesti Rina ada muslihat lain.
“kau cakap sajalah macam tu.. tak payah banyak sangat tanya”
“…tapi kau nak kemana?”
“mana-mana je.. kau cakap je kat bos macam tu, balik dari cuti nanti pandailah aku”
“suka hati kau lah”
Leena malas nak bertekak dengan Rina yang semakin keras kepala. Semakin hari perasaan meluat Leena terhadap Rina semakin menjadi-jadi.. Astarfighlahhalazim..
“ Encik nak minum air apa?” tanya pelayan perempuan tersebut
“bagi saya air..air.. I LOVE YOU ye” seloroh Leman
“ehh man..kau jangan nak menggatal ye..cepat order”
“eee kau ni.. ok cik, bagi saya air laici ye, dan nasi goreng pattaya,kau Riz?
“ok,saya nak minum air tea o ais limau and mee goreng mamak.. mee goreng tu nak pedas-pedas ye” jelas Riz
“baik lah Encik, itu sahaja?”
“yup, itu saja”
Masing-masing memandang pelayan itu pergi. Leman tersenyum..
“cantik jugak” leman bersuara
“kau semuanya cantik Man”
“apa salahnya memuji keindahan tuhan”
Riz mencebik.. masing-masing ketawa.. tetapi ketawa Leman terhenti apabila nampak seseorang perempuan kelihatan mesra berpegangan tangan dengan seorang lelaki yang berpengaruh dalam dunia koporat.Leman serba salah untuk menunjukkan gelagat sepasang kekasih itu kepada Rizman.
“kau kenapa Man? Macam nampak hantu je” usik Rizman sambil menoleh kebelakang,Rizman terkedu
“sabarlah Rizman,kalau kau tak selesa kita cancel order tadi, kita lunch tempat lain.”
“tak apa.biar je, aku nak tengok gelagat perempuan tu, ooo patutlah tinggalkan aku,rupanya dah ada ayam belanda, yela aku ni ayam kampung je,kecik pulak tu ” Rizman berkias.. hampa
Leman mati akal..hanya diam.. risau juga Leman kalau-kalau Rizman bertindak diluar batasan.
“kau jangan buat hal kat sini sudahlah Riz. Malu aku nanti”
“jangan risau aku masih tahu,mana yang buruk dan mana yang baik”
Leman lega.. kesian juga dia lihat teman rapatnya.. apa kurangnya Riz?? berharta..rupa paras pun ada. Riz seakan pelakon Ashraf Muslim,sungguh sempurna di mata wanita yang melihatnya. Tak kurang pada itu, Rizman juga terkenal dengan kesetiaannya dan kejujuran dalam bercinta. Ramai yang tergila-gilakan cinta Riz, tapi tidak bagi Rina, Rina langsung tidak bersyukur.
“dahla Riz, makanan pun dah sampai, baik kau makan, pastu kita blah dari sini.. nanti kita lalu depan dia, biar Rina terjojol mata dia nampak kau” pujuk Leman sambil memandang mata redup kepunyaan Riz yang menjadi kegilaan setiap wanita.
“ye lah tu.. kau ambil gambar dia Man.. nanti senang aku nak tunjuk kat mak ayah aku,bila mak ayah aku tanya nanti”
“orait” sambil mengambil telefon bimbit di tangan Rizman, lalu mengambil gambar dua sejoli itu.
“okey Riz, cantiiiikkk”
“bagus!!”
Dua minggu telah berlalu.. dalam masa dua minggu inilah Riz telah melalui kehidupan
seharian tanpa Rina. Hidupnya seakan kosong. Sungguh menyeksakan bagi Riz. Walaupun hatinya sakit diduakan Rina,tetapi tidak disangkal hatinya masih sayangkan Rina.
“kenapalah aku ni bodoh sangat,masih jugak teringatkan perempuan tu,aku tak dapat nak lupakan dialah Man” Rizman menutup mukanya dengan bantal..Resah.
“memang kau bodoh pun”
“Hei..! cakap baik-baik sikit ok..aku siat mulut kau kang” Rizman membaling bantal ke arah Leman.
“Hah dah tu.. aku mengiyakan je,kau sendiri cakap diri kau bodoh” Leman selamba menjawab dalam keadaan ketawa.
“kalau ye pun agak-agaklah” Riz tertunduk lesu, bukan kerana terasa dengan percakapan Leman, tetapi teringat kembali kepada Rina. “ tapi betullah Man, aku masih sayangkan dia lagi.” Riz menyambung percakapannya, sambil memandang Leman menghulurkan air tin coca-cola kepadanya.
“ Dah..dahlah Rizman.. orang dah tak suka,buat apa nak dikenangkan lagi, aku percaya suatu hari nanti kau pasti dapat yang lebih baik daripada Si Rina tu.. hah.. baik kau minum air tu.. bagi fresh sikit otak kau..kalau kau buka penutup tin tu nanti, mesti dia cakap ‘cam ni lah’..” seloroh Leman dalam keadaan menekan perut menahan ketawa.
Rizman turut ketawa mendengar keletah sahabatnya yang cuba meniru suara orang tua dalam iklan coca-cola tersebut. Kurang tekanan Rizman apabila berdepan dengan Leman. Ada saja lawak-lawaknya untuk menghiburkan hati Rizman.
“kau ni Man lagi lama aku dengan kau, alamatnya tegang urat perut aku. Aku masuk bilik dululah, ada kerja sikit aku nak settle..”
“Alah relakslah dulu Riz….” Leman separuh menjerit sambil melihat Rizman yang sudah menuju kebiliknya.
“Nanti-nantilah.. aku nak buat kerja ni” sambil mengangkat tangan.
“okey” balas Leman ringkas.
Sedang leka Rizman menyiapkan kerja-kerjanya, Rizman terhenti seketika, Rizman terlupa untuk memberitahu Leman hasratnya untuk mengajak Leman balik ke kampung esok. Rizman bingkas bangun menuju ke pintu, dia hanya memanggil Leman dari pintu sahaja. Bimbang kalau duduk bersetentang dengan Leman, banyak pula yang ditanyanya.
“Man..!! Man.!!”
“yeeeee.. apa dia? Ish aku nak makan pun tak senanglah” jawab Leman dalam keadaan mengurut-urut kerongkongnya sepeti orang sedang tercekik..
“hehe… sorry.. tak adalah sebenarnya aku nak balik kuantan esok”
“ha dah tu? ada aku kisah?” jawab Leman selamba
“ish kau ni.. aku tahulah.. tapi aku nak ajak kau sekali”
“oooo.. kau nak buat apa balik kampung?” Tanya Leman
“mak aku call semalam, suruh aku balik.. maybe nak bincang pasal perkahwinan aku dengan Rina agaknya, aku pernah suruh mak ayah aku jumpa keluarga Rina dulu, bincang hal kami, tapi tak tahu pulak jadi macam ni”
“dia belum tahu lagi ke kau dah break-off dengan Rina?”
“belum” balas Rizman ringkas
“hah… dah tu, nak cari nahas?”
“sebab tulah aku ajak kau sekali balik kampung aku Man, kau bolehlah bake-up aku sikit, dan aku rasa sebelum terlambat baik aku settle cepat-cepat,dibuatnya mak aku dah bincang dengan orang tua Rina,tak ke parah?dia orang bukannya tahu pasal keretakkan hubungan aku dan Rina lagi. So macam mana? Jomlah ikut aku,kau kan kawan sejati aku.” Rizman memujuk
“emmm tengoklah dulu. Berapa hari pergi? Aku bukan apa, aku malaslah nak berjalan cuti ni,kalau boleh dua hari ni aku nak duduk rumah,rehat.”
“Esok pergi, Ahad baliklah, 2 hari 1 malam je. Kau jangan risau, duit makan,duit minyak aku tanggung.. macam mana? Boleh?”
“Ish semua ditanggung.. mestilah nak!! Okey boleh aje”
“Hah..!! hampas kelapa betul..!! aku tau taktik kau, malas konon..blah lah”
“heheheh aku kan kaki jalan.. ajak je kemana pun, aku pasti ikut.. yang penting kau payung aku” ketawa Leman berderai
“Emmm yelah tu pengikis, tak apalah yang penting kau nak ikut aku balik taklah aku bosan sangat nanti, drive sorang-sorang.. okeylah man aku nak sambung kerja”
“okey boss”
Rizman menghela nafas panjang.. Rizman pusing ke kiri dan ke kanan,sesekali Rizman bangun seperti orang kalah judi pula resahnya. Kebimbangan berdepan dengan ayah dan ibunya esok semakin terasa. Dia bimbang kalau-kalau mak ayahnya tidak dapat menerima berita buruk tentang hubungannya dengan Rina. “ aduh.. apalah aku nak cakap dengan mak dan ayah aku esok” Rizman bersuara bersendirian.. ahhh…!! Apa nak jadi, jadilah..
**********************
“Pagi Leen.. kau makan apa Leen, emm sedapnya bau, kau masak ya?” Tanya Fira housemate Leen dan Rina
“A’ah aku masak, ambillah aku pun tak dapat habiskan semua ni” Leena tersenyum, sambil menyuakan nasi goreng kepada Fira.
“Thanks. Cantik baju kau, baru beli ke?”
“Emm baru.. baru nak buruk” jawab Leena selamba
“ooo pandai ya buat lawak sekarang” Fira tersenyum.. Eh Leen, Rina balik bila ya? Dah seminggu dia bercuti dengan fadli tu, tak ingat nak balik ke?
“Aku rasa petang ni dia baliklah, kalau tidak pun esok. Aku tak ambil port sangat tentang dia dengan Fadli, nanti kalau aku tanya dia lebih-lebih, tak pasal-pasal aku yang kena marah.” Jelas Leena
“Apa nak jadilah Rina tu,tak takut ke dia, pergi bercuti dengan Fadli saja? Bukan dia kenal sepenuhnya si Fadli tu.. manalah tahu,Fadli hanya ingin mengambil kesempatan terhadap dirinya sahaja.. al-maklumlah anak orang kaya” Fira megomel
“..biarlah dia Fira, kalau kau membebel panjang lebar sekalipun, macamlah Rina dengar. Biarlah dia. Dia pun dah besar panjang, tahulah dia jaga diri” jelas Leen.
“Aku bukan apa Leen, dibuatnya parents dia datang rumah kita, Tanya pasal Rina kita nak jawab apa?”
“itu aku tak tahu, dan aku tak nak ambil tahu, dahlah Fira kau tolong kemas semua ni, aku dah lambat ni, nanti tertinggal bas pulak”
“kau nak pergi beli barang ke?”
Leena menepuk dahinya..“Lah sorry Fira.. aku terlupa nak bagitahu kau, aku nak balik kampung hari ini, saja lama tak balik.. tapi jangan risau aku balik tak lama, petang Isnin aku balik sini semula”
“Lah semua orang bercuti..alamatnya aku sorang-soranglah ni?”
Leena tersenyum.. maaflah Fira, aku betul-betul terlupa nak bagitahu kau awal-awal”
“Emm tak apalah kalau macam tu, yang penting kau hati-hati,kirim salam orang kuantan”Fira berseloroh
“Ada-ada saja kau ni, emm yelah tu.. Fira aku nak pinjam payung kau ok..hujan pulak, payung aku dah rosak”
“pinjamlah..tu pun nak bagitahu aku”
“terima kasih.. okeylah Fira aku pergi dulu ya..takut lambat sampai ke terminal, maklumlah bas biasa ni kadang-kadang bukannya tepat pada masa sampai,susah-susah sangat aku naik cab je ke terminal” bagitahu Leena sambil menyarung sandlenya.
“mana-manalah Leen asalkan sampai”
“okey Fira.. bye jaga diri”
“okey bye” Fira membalas lambaian Leena, ayu sungguh Leena. Sesuai dengan namanya Nur Ayu Harleena. Pewatakan Leen yang lemah-lembut membuatkan Leen disenangi ramai. Leen memiliki mata yang cantik keperang-perangan, sekali pandang persis wajah Nora Danish.. ya Nora Danish..!! hanya perbezaan diantara mereka, Leena lebih ketimuran wajahnya, serta sopan bertudung dan Leena lebih gemar mencalitkan sedikit make-up di mukanya berbanding artis persis wajahnya itu. Calitan make-up yang nipis, membuatkan Leena kelihatan cantik semula jadi. Ramai yang ingin berpacaran dengan Leena, tetapi semuanya hampa.. Alasan Leena, belum tiba masanya.
*************************
“Jauh lagi ke Rizman kampung kau ni?”
“Ya Allah.. kitakan baru je bertolak Man dalam KL lagi ni”
“hehe aku gurau je..aku pasang lagu jiwang Riz, hujan-hujan ni best layan lagu macam ni” Leman tersenyum
“ikut suka kaulah jantan” balas Rizman sambil cermat memegang sterengnya membelok ke kanan.
“oii amboi-amboi, aku toreh dengan pisau mulut kau nanti.. apa jantan-jantan, kau ingat aku ni kambing jantan ke?”
“Ish…marahnya..!! relakslah Man, aku gurau-gurau saja.” Risau juga kalau Leman terasa dengan percakapannya. Maklumlah hati manusia, siapa yang tahu jiwa dan perasaannya.
“tahu takut..aku pun acah je tadi, saja test power.hehe” berderai ketawa Leman apabila melihat wajah Rizman cuak.
“Ish kau nih” Rizman lega. Tiba-tiba.. “opss. Almak man..!!!”
“Rizman…!! basahlah kain anak dara orang.. agak-agaklah, takkan lopak air pun kau nak langgar Riz.. kau jalan lagi buat apa? Tak pandai nak mintak maaf? Berhentilah samdol.. undur!!”
Rizman meraup mukanya.. lalu akur dengan suruhan Leman
“ish.. buta ke? Malangnya nasib aku hari ini, habis basah kain aku” Leena merungut sendirian
“Cik, kami mintak maaf, teruk ke basah kain tu?”tanya Leman
Leena serba-salah.Malu. “emmm tak apa..sikit saja” Leena menjawab sambil mengibas kainnya, dengan harapan supaya cepat kering. Sesekali Leena memegang erat payung ditangannya, bimbang ditiup angin kenderaan berat.
“kami mintak maaf lagi sekali ya cik, kawan saya ni tak perasaan lopak tu tadi”
“Its ok.. I’m fine” Leena membetulkan tudungnya, dan terus berlalu meniggalkan Riz dan Leman.
Tiba-tiba Rizman bergegas keluar dari keretanya, dam memanggil Leena dalam keadaan berlari keanakan, Rizman mendekati Leena. Rizman serba salah dengan perbuatannya sebentar tadi, walaupun dia tidak sengaja, tetapi Rizman seolah-olah terpanggil meminta maaf secara berdepan dengan Rina.
“Cik… Cik.. tunggu sekejap..!!”
Harleena memberhentikan langkahnya, dan menoleh.
“saya minta maaf, saya tak sengaja tadi. Nama saya Ameer Rizman Shah. Nama cik?” Rizman melencong pada tujuan asal. Rizman terkedu, teruja dengan kecantikan yang dimiliki Leena. Hatinya berdebar. Entah kenapa perasaannya seperti pertama kali melihat wajah Rina seketika dulu.. Sama. Cinta pandang pertama? Mungkin juga. Tapi tidak… tidak mungkin secepat ini…. Tapi..ahhhh..!!
“Leen..emm Harleena.. Encik,tak apalah bas saya pun dah sampai,saya pergi dululah”bagitahu Leena dalam keadaan tergesa-gesa
Rizman hanya mengangguk, dan terus berlari ke keretanya..
“Hai Riz cross line aku nampak, tak pernah-pernah aku tengok kau macam ni.. kenapa hari ini kau tiba-tiba gentleman pulak?
“ no komen” Rizman menjawab bersahaja, dan terus meluncurkan keretanya ke destinasi yang ingin dituju.
“No komen kepala tengkorak kau..bagilah jawapan selain no komen..aku menyampah betul dengan perkataan tu..”
“okey-okey.. aku dah buat salah, aku mintak maaflah,yang kau nak marah-marah ni kenapa? Kau cemburu ya?” Rizman menduga
“ Cemburulah.. kau potong line aku.. uuu sedihnya..” Leman menunjukkan memek muka hodoh
“kau jangan nak merepeklah Man, ingat sikit awek kau kat kampung tu”
“ Iyalah.. tapikan Riz cantik betul budak tu tadi, manis je bertudung”
Ya ke? Biasa-biasa je aku tengok” Rizman cuba selindungkan kebenaran, padahal hati Rizman berdebar-debar mengingatkan wajah Leena. Cantiknya dia..
“Biasa apanya..memang cantiklah Riz.. trylah tackle mana tau kau dapat, tu pun kalau berjumpa lagi”
“Hish kau ni..kesitu pulak, bukan taste akulah. Entah-entah bini orang,tak pun tunang orang,selisih malaikat 44,tak nak aku” Rizman memejamkan matanya seketika. Lancang sungguh kata-katanya. Terasa kesal pula.
“Apa-apalah Rizman, kalau jodoh kau, dia mesti lalu depan kau sekali lagi, berdoa jelah ya.. aku tahu kau dah mula terbuka hati untuk dia..Eleh, kau selindunglah macammana sekalipun aku tetap akan tahu Riz, kitakan kawan..” Leman mencebik
Terasa tersekat kerongkong Rizman, kali ini dirasakan mukanya setebal bantal. Rizman terdiam. Terkedu dengan kata-kata Leman. Rizma malu.
***********************************
“Tenang permandangan kat sini kan Rizman, udaranya masih segar, pantai yang masih suci dari pencemaran, dan yang paling aku suka sekali suasana kampung yang tenang dari pencemaran bunyi.. kau tahulah kan, aku bukan suka bising-bising ni..” jelas Leman
“biasalah kampung Man”
“Masakan mak kau pun sedap, tengok sajalah malam tadi,banyak jugak aku tambah, yang membuatkan aku selera, sambal belacan dan ikan patin masak tempoyak tu, ish kecur air liur aku di buatnya”
“kalau kau suka,bolehlah kau ikut aku balik lagi nanti.. jomlah Man kita masuk rumah, kita sarapan. Ayah aku pun dah balik dari kedai..” ajak Rizman
Leman hanya menurut dan terus melangkah bersama Rizman. Rizman menarik kerusi, dan duduk bersebelahan Leman.hatinya semakin berdebar, kali ini pasti soalan berkaitan dirinya dan Rina akan di suarakan. Rizman cuba menyembunyikan keredupan disebalik wajahnya. Rizman tersenyum.
“Hah.. apa lagi tunggu, makanlah Man. Ini saja yang ada. Nasi lemak ni,makcik buat sendiri, pulut panggang dan kuih bakar tu, pakcik kau yang beli kat kedai tadi.”
“Iya makcik, saya makanlah ni.. Sedap nasi lemak makcik buat, terasa santannya” puji Leman.
“kat kampung ni, kelapanya banyak Man, lepas tu pulak ‘wajib’ nasi lemak ni banyak santan, kalau tidak pakcik kau ni tak nak makan pulak. Tak sedap katanya.”
Terang Puan Salmah, mak kepada Rizman.
“Ohh macam tu pulak” Leman mengangguk. Mengerti.
“Rizman, Rina apa khabar? Sihat ke dia?” Ayah Rizman mencelah
Bagaikan ditumbuk lumat dadanya, apabila ditujukan soalan tersebut. Berdebar.
Rizman tidak senang duduk. Leman mengerti keadaan sahabatnya itu. Rizman tunduk sambil menggaul nasi dengan sambal ikan bilis. Rizman menarik nafas sedalam mungkin dan melepaskannya secara perlahan.
“ Rizman tak tahu ayah”
“Hai.. macam mana pulak kau tak tahu?” tanya ayah Rizman lagi
“Emmm Riz dan Rina dah putus Yah”
Selepas sahaja kata-kata itu dikeluarkan, Puan Salmah terus berhenti menyuap nasi. Terkejut barangkali. Dia hanya memandang tepat kearah Rizman. Tajam.
Rizman semakin serba salah. “Tapi bukan Riz yang mintak mak”, maknya berdiam lagi.. Rizman hilang kata-kata. Rizman tunduk. Akhirnya maknya bersuara…
“Apa dah jadi dengan kamu berdua ni? Macam mana boleh putus? Nasib baik mak dan ayah kau tak berbincang lagi tentang nak satukan kau dengan Rina, kalau tidak mana mak nak letak muka mak ni?
Soalan tersebut menyesakkan dada Rizman, Rizman mencuit peha kiri Leman. Leman mengerti. Leman dan Rizman beselang-seli menceritakan segalanya kepada orang tua Riz. Pada mulanya sukar untuk mereka menerima. Mereka tidak percaya Rina yang dikenali 5tahun dulu serta-merta berubah.. Tetapi setelah Rizman menunjukkan gambar yang dirakam Leman tempoh hari, sedikit sebanyak ia mencelikkan mata tua mak dan ayah Rizman.
“Kalau mak dan ayah tak percayakan Riz, mak dan ayah tengok sendiri gambar ni”
“Ayah dan mak bukan tak percayakan kamu, ayah cuma terkilan hubungan kamu dan Rina putus di tengah jalan. Sedangkan kami sudah mula menyukai Rina. Kalau hubungan kamu putus di sebabkan Rina, ayah tak boleh nak berkata apa, yang ayah boleh cakapkan sekarang, kalau boleh kamu cubalah selamatkan kembali hubungan kamu berdua” jelas ayahnya dalam keadaan menggeleng lemah melihat gambar Rina dan lelaki tersebut.
“Betul tu Riz, kau cubalah berbaik semula dengan Rina. Mak percaya dia masih sayangkan kau lagi, cuma dia mungkin terpengaruh dengan budaya kat bandar tu. Kau pujuklah dia, sedarkan dia Riz.”
Rizman semakin lemas, rimas dengan asakan supaya dia berbaik semula dengan Rina. Tidak dinafikan Rizman masih sayangkan Rina, tetapi untuk berbaik semula Rizman merasakan hatinya sudah hancur berkecai. Perbuatan Rina menduakannya membuatkan Rizman sukar untuk menerimanya kembali, bimbang pisang berbuah dua kali. Serik. Selama 5tahun Rizman mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada Rina, Rina juga pernah berjanji setia, sanggup menghadapi susah senang bersama, dan tunggu walau beribu tahun sekalipun, tapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.
Rizman mengeluh berat.
“Entahlah mak, Rizman tak janji” balas Rizman sambil tangan kirinya memicit-micit kepalanya.
“Ikut kaulah Rizman, mak faham keadaan kau sekarang, kau jangan sesakkan fikiran kau. Kau buatlah keputusan kau sendiri. Kalau Rina sudah tidak ada hati pada kau lagi, mak tak boleh memaksa kau untuk memujuknya. Tapi, seandainya suatu hari Rina ingin kembali kepada kau, kau cubalah beri peluang kepadanya Riz. Mak pasti, suatu hari Rina pasti sedar yang mana kaca dan permata, kau bersabar sajalah Riz.” Jelas Puan Salmah, yang masih mengharapkan hubungan Riz dan Rina kembali. Setelah melihat kemurungan wajah anaknya. Terasa hiba pula di hati tuanya.
Rizman hanya terdiam.. tetapi hatinya sedikit lega, tidak lagi rasa terbeban kerana segalanya telah diketahui oleh orang tuanya.
---------------------------------------
“Assalamualaikum….” Kedengaran orang memberi salam. Bingkas Puan Salmah ke bangun dari kerusi untuk melihat gerangan yang berkunjung ke rumahnya.
“Walaikumussalam, ehh Ayu, bila balik? Masuklah. Kamu langkah kanan ni, kami semua tengah makan, anak makcik pun baru balik dari Kuala Lumpur semalam.”
“tak apalah makcik, kat tangga pun dah cukup. Ayu nak hantar kek Sarawak ini je. Maaflah mengganggu makcik sekeluarga tengah bersarapan. Ayu pun baru sampai petang semalam makcik” Balas Leena, membahasakan dirinya Ayu kalau di kampung.
“Siapa tu Mah?” tanya suaminya, pakcik Razali
“Ayu bang, dia hantar kek Sarawak yang Mah pesan dulu”
“Ajaklah dia masuk, lama abang tak jumpa dia, boleh juga berkenalan dengan anak teruna awak ni, nama saja satu kampung, tapi tak pernah berjumpa langsung” sindir ayahnya.
“hah.. Ayu dengar tu.. masuklah, pakcik nak jumpa kau”
“Yelah makcik, tapi sekejap je ya, Ayu nak ke kedai lepas ni”
Hati Rizman semakin berdebar-debar. Entah kenapa. Dan alangkah terkejut dia melihat Leena didepan matanya. Begitu juga Leena. Merah padam wajah Leena. Leena diburu resah, tidak menyangka lelaki yang membasahi kainnya semalam adalah anak pakcik Razali, orang kampungnya sendiri. Dan lelaki inilah juga, membuatkan dia tidak lena tidur semalam. Hatinya berdebar apabila memandang wajah Rizman. Perasaan berbunga yang tidak pernah di rasai selama 25 tahun dia hidup di bumi yang indah ini. Tapi hari ini, dia merasai kelainan hatinya. Adakah ini cinta? Atau cinta pandang pertama? Barangkali..
“Ayu, Inilah anak pakcik. Ameer Rizman Shah. Mungkin Ayu tak kenal dia, sebab masa Rizman sekolah menengah dulu, Ayu dan keluarga baru je berpindah ke sini, anak pakcik ni pulak sekolah di luar Kuantan, di Lipis. Lepas habis sekolah terus dia sambung belajar di USM, dan sekarang dia berkerja di Kula Lumpur.. Ha Rizman, ni lah anak makcik Ramlah kau. Dia pun kerja di Kuala Lumpur juga.” Terang Pakcik Razali panjang lebar.
Leena mengukir senyum, begitu juga Rizman.. “Ohhh, patutlah Ayu tak pernah kenal dia. Ayu pulak kalau balik jenis jarang keluar, tu yang Ayu tak tahu. Pakcik macam mana sihat? Leena mengalih topik.
“Sihat Alhamdulillah. Lama tak jumpa Ayu, makin kurus pulak pakcik tengok badan kau ni, tak cukup ke makanan kat K.L tu?” Pakcik Razali berseloroh
Leman sedari tadi, menepuk-nepuk peha Rizman. Rizman mengerti. Sesekali Leman mengangkat kening kepada Rizman. Rizman membuntangkan matanya. Geram.
“Bukan tak cukup pakcik, Ayu memang jenis kurang makan, semenjak kerja ni.” Balas Leena, sempat sekilas memandang kearah Rizman.
Leman semakin kuat menepuk peha Rizman. Rizman menepisnya.
“jangan sampai lupa makan sudahlah Ayu, nanti kena gastric pulak. Ayu jemputlah makan. Ayu nak makan nasi lemak? Biar makcik cedokkan. Nak?” tanya Puan Salmah
“Eh tak apalah makcik, pakcik, Ayu dah makan kat rumah tadi sebelum keluar, Ayu sebenarnya nak cepat, nak ke kedai, nanti mak bising pulak. Terima kasih sajalah ya makcik.. kalau tak ada apa-apa lagi Ayu beransur dululah.
“tak apalah kalau macam tu, balik nanti kirim salam kat mak ya. Nanti senang-senang datanglah rumah makcik lagi.”
“InsyaAllah makcik,” balas Leena sambil bangun dari kerusi.
“ tunggu sekejap Ayu, makcik nak ambil duit, bayar duit kek yang Ayu hantarkan tadi”
“ehh tak apa.. Ayu bagi je kat Makcik, makcik tak payah bayarlah”
“tak bolehlah macam tu, tunggulah..”
“tak apa, Ayu ikhlas.”
“kalau macam tu, terima kasihlah ya”
“sama-sama, Ayu balik dulu ya..”
“ha yelah..hati-hati jalan tu” balas Puan Salmah sambil melihat Leena menuruni tangga batu rumahnya.
“eh Riz, tak sangkakan budak perempuan semalam budak kampung kau” bisik Leman
“tu lah pasal, aku pun terkejut beruk, masa tengok dia yang masuk rumah aku tadi.” Hati Rizman berbunga-bunga.
“Riz.. jom!!” ajak Leman
“pergi mana?”
“pergi ‘kedai’..” Leman mengenyitkan matanya.
“Ish tak naklah Man, biar masa yang menentukannya.”
“pulak dah.. emm ikut kaulah, aku dah bagi jalan tak nak ikut pulak. Aku siku sekali baru tahu” gurau Leman sambil menunjukkan sikunya. Rizman ketawa. Geli hati.
***********************
Dua bulan telah berlalu. Rizman semakin kuat melayari kehidupan sehariannya tanpa Rina. Namun hatinya resah gelisah. Entah kenapa. Fikirannya kerap terbayangkan wajah Leena. Mungkin kerana itu. Rizman cuba juga mencari Leena, tetapi gagal. Setiap kali dia lalu di hadapan perhentian bas, dimana dia dan Leman menjumpai Leena dulu, Rizman akan pastikan dia tidak terlepas pandang untuk melihat ke arah bus stop tersebut, dengan harapan dapat berjumpa dengan Leena. Tetapi semuanya hampa, mungkin nasib masih tidak menyebelahinya.
“kau tak keluar malam ni Rina?”
“malaslah, aku penat”
“ohh..kau dah makan? Kalau belum jom makan sekali dengan aku.”
“tak naklah, kau makanlah aku tak lapar, Fira mana?
“keluar dengan kawan dia”
“patutlah sunyi je rumah ni.. ohh ya Leen, sebelum aku terlupa, esok pergi kerja kau naik bas ok, aku nak hantar kereta aku ke workshop, nak servis”
“okay, dah kau tak pergi kerja ke?”
“Kerja. Fadli datang jemput aku kat workshop. Aku maybe masuk kerja lambat sikitlah.”
“tak apalah kalau macam tu, aku masuk tidur dululah Rina, tak jadi nak makan, tiba-tiba rasa mengantok pulak. Good night Rina.”
“okay. Good night.” Balas Rina
“Leman..bangun. Subuh dah ni, bangun Man solat” Rizman mengerakkan Leman. Lembut sekali suaranya. “Man bangun..”
Leman menggeliat.. “Yelah..yelah aku bangunlah ni”
“Baguslah” Rizman terus mencapai tualanya dan berjalan menuju ke bilik mandi.
“cepat sikit Riz, aku sakit perut pulak dah..”
“Yelah.. yelah” jawab Rizman sambil tersenyum
Selesai Rizman mandi dan bersolat, dia terus bersiap untuk ke pejabat. Di capainya baju kemeja hitam dan seluar hitam lalu di sarungnya. Kemudian dia mengambil tali leher berwarna merah dan di ikat rapi. Kombinasi warna hitam dan merah membuatkan Rizman semakin terserlah. Rizman tersenyum puas. Lalu dia mencapaikan briefcasenya dan terus melangkah keluar dari bilik. Sungguh bergaya.
“Man, aku pergi kerja dulu ok.. bye”
“okay.. hati-hati”
Rizman memandu dengan tenang, sesekali Rizman turut menyanyikan lagu yang berkumandang di radio. Rizman mengetuk-ngetuk sterengnya mengikut rentak lagu. Kepalanya turut digerakkan. Gayanya seperti orang senang hati. Seperti biasa Rizman memandang kearah bus stop.. Rizman berdebar.. kali ini Rizman sedang mengecap bahagia. Dia tersenyum apabila melihat Leena di bus stop tersebut. Rizman bersyukur kepada Allah. Yes! Kali ini nasib telah menyebelahi aku. Lalu dia menekan pedal break dan berhenti betul-betul di hadapan bus stop. Rizman bingkas keluar dari keretanya.
Rizman menghadiahkan sebuah senyuman. “hai awak.. nak pergi kerja ke?”
“..emmm a’ah” Leena tidak tenteram. Senyuman Rizman mencairkan hati keringnya.
“Jom saya hantarkan” pelawa Rizman
“..tak apalah awak, saya naik bas je”
“janganlah macam tu,kitakan satu kampung, apa salahnya saya tumpangkan awak, jangan risaulah, saya takkan apa-apakan awak” segera Rizman membuka pintu keretanya untuk Leena
“Tak menyusahkan ke?”
“Taklah, tak menyusahkan pun. Saya lagi suka. So dipersilakan masuk puteri idaman hati ku” Rizman berseloroh.
Wajah Leena merona merah. Malu. Namun dia masih mampu tersenyum bahagia. Leena akur,lalu masuk ke dalam kereta Honda City hitam milik Rizman. Di dalam kereta, Leena hanya mendiamkan diri, Leena akan bersuara apabila Rizman memulakan pertanyaan.
“Tiap-tiap hari pergi kerja naik bas ke?”
“Tak lah, saya tumpang kawan, hari ini dia tak dapat tumpangkan saya, sebab dia nak hantar kereta kat bengkel” jelas Leena
“ohh macam tu.. emm teman lelaki ke?”
“Ish tak lah, housemate”
“kenapa tak mintak teman lelaki awak hantarkan?” Rizman semakin berani
“Ada-ada je awak ni, tanya soalan yang pelik-pelik”
“apa yang peliknya, betullah kan saya tanya, kenapa awak tak mintak teman lelaki awak hantarkan? Dia sibuk ke?”
“Taklah, saya tak ada teman lelaki”
Rizman ketawa..
“kenapa awak ketawa?” tanya Leena. Hairan.
“tak adalah, macam tak percaya orang secantik awak tak ada teman lelaki. Ya ke tak ada? Tak baik menipu..” Rizman menduga Leena, hanya untuk mencari kepastian.
Leena mengerutkan dahinya.. “awak tengok muka saya ni ada gaya muka penipu ke?”
“eh bukanlah macam tu, bukan apa.. macam saya cakap tadilah, takkan lah orang secantik awak tak ada yang nak, mustahillah.”
“Ada tu memang ada, tapi belum tiba masanya. Lagipun kalau hati kata tak mahu, takkan diri nak memaksa betul tak?”
“Betul tu, baguslah. Ada chance.”
“Apa dia?” tanya Leena kurang pasti dengan percakapan Rizman tadi
“Tak ada apa-apa, dekat mana pejabat awak? Rizman cuba mengubah topic
“ohh ya.. awak belok kanan..lepas belok, awak terus je, pejabat saya sebelah Maybank.”
“okay.. pejabat saya pun area sini jugak, tapi jalan depan sikit lagilah.. nanti bolehlah awak tumpang saya lagi”
“Ish, tak apalah, jangan menyusahkan diri.”
“Tak menyusahkan pun,jangan risaulah.. lagipun pejabat kita kan sehaluan, so apa salahnya saya tumpangkan awak.”
“Tengoklah macam mana nanti. Terima kasih tumpangkan saya hari ini” balas Leena sambil membuka pintu kereta.
“Sama-sama. Nanti dulu Leen. Boleh tak saya nak nombor telefon awak?”
“Nak buat apa? Tak payahlah”
Rizman hampa dengan jawapan Leena. Tapi dia tetap mencubanya.
“eemm saja je, manalah tahu bosan-bosan nanti,saya boleh ajak awak keluar. Please…”
Leena kalah dengan renungan Rizman. Hati dan perasaannya juga, ingin lebih jauh mengenali Rizman. Mungkin dengan cara ini, hasratnya juga akan tercapai..
“boleh, tapi janji dengan saya, jangan jaja pulak nombor saya ni”
“ish, takkanlah saya nak buat macam tu, tak terpikir pun.”
Leena menulis nombornya di atas kertas.. lalu di serahkan kepada Rizman.
“Nah.. simpan elok-elok ok..ingat jangan jaja.” Leena tersenyum
“Terima kasih, sumpah saya takkan bagi pada sesiapa pun”
“Baguslah.. okaylah saya masuk pejabat dulu ya, jumpa lagi. bye”
“okay.. bye”
Yes..!! yes..!! yes..!! Yahoo..!! tak sia-sia penantian aku selama ni. Rizman barcakap sendirian, lalu di cium kertas yang di beri oleh Leena tadi. Rizman bahagia.
Selepas penemuan mereka pada hari itu, Rizman dan Leena semakin akrab. Mereka sering keluar bersama, boleh dikatakan tiap-tiap hari mereka berjumpa. Pergi dan balik Leena dari kerja Rizman yang jemput dan hantarkan. Tetapi hanya di bus stop. Leena sendiri yang mahukan begitu. Leena memang seorang yang berahsia. Leena jarang menceritakan kisah peribadinya kepada sesiapa pun. Rizman semakin memahami perangainya. Leena semakin selesa di sisi Rizman sebagai teman. Sehinggalah pada malam itu Rizman meluahkan isi hatinya kepada Leena, sekaligus menamatkan zaman solo mereka berdua.
“Leen…”
“Ya Riz..”
“Leen seronok tak kawan dengan Rizman?”
“mestilah seronok.. bahagia sangat, Riz?
“Samalah, Riz pun macam Leen jugak, cuma…..”
“Cuma apa?” Leena merenung wajah kacak Rizman.
“Cuma Riz nak hubungan kita ni, lebih pada kawan, terus terang Riz cakap, Riz dah lama pendam hasrat ni, Riz tak nak pendam lagi, Riz nak Leen jadi kekasih hati Riz. Riz cintakan Leen, sudikah Leen menerima cinta Riz?”
Leena terkedu. Dia terharu dengan kata-kata Rizman. Pada masa yang sama, Leena juga memendam perasaan yang sama, Leena diam seribu bahasa. Ia membuatkan Rizman diburu 1001 persoalan. Tetapi diam Leena hanya seketika..
“Leena tak pandai menyusun kata Riz, mungkin hari ini masanya sudah tiba..dengan hati yang ikhlas, Leen terima cinta Riz” Leena tersenyum melihat Rizman mengusap mukanya berkali-kali
“Alhamdulillah, syukur.. lega rasanya.. so mulai hari ini Leen kekasih hati Riz tau. Riz harap, Leen jujur dalam perhubungan kita, dan jangan sesekali Leena menduakan Riz. Riz tak sanggup, Riz betul-betul dah serik. Buat masa ni Riz perlu rahsiakan dulu hubungan kita daripada pengetahuan mak dan ayah Riz. Riz bukan apa, Riz tak nak mereka hampa untuk kali kedua.”
“ Maksud Riz?”
“ Yela Riz takut Leen tinggalkan Riz macam bekas awek Riz dulu, manalah tau.”
“ Riz, jangan sesekali samakan Leen dengan ex-girlfriend Riz ok, Leen tak suka.” Leena tertunduk, sayu.
“ Leen maafkan Riz, Riz tak berniat nak guriskan hati Leen, Riz percayakan Leen dan Riz pasti perangai Leen bukan macam Rina.”
“ Siapa? Rina?” Leen terkejut.
“ A’ah, nama dia Rina” balas Rizman.
“ Intan Sarina? Tanya Leen untuk mengetahui kepastian.
“Ya…Intan Sarina, Leen kenal ke?” Rizman kaget. Dia bimbang kalau-kalau Leen mengubah fikirannya.
“ Leen kenal dia sangat, dialah housemate Leen. Astarfighrullah Al-Azim, jadi Riz lah teman lelaki Rina dulu. Kecilnya dunia.” Leen ketawa.
Rizman pelik, Leena ketawa? Dia fikirkan yang sebaliknya. Riz tersenyum.
“ Dan Riz jugalah menyebabkan Leena cemas balik jalan kaki tau.”
“ Haa, kenapa pulak.” Rizman hairan tetapi hatinya semakin lega.
“ Dulu…. Leen selalu nasihat Rina supaya jangan putus dengan Riz, sebab Leen selalu dengar kawan-kawan Leen cakap Riz baik, setia, tapi Rina marah Leen, dia cakap kalau sebut tentang Riz lagi Leen kena balik jalan kaki.”
“ Sampai macam tu sekali dia ya….ermmm.” Riz tersenyum tetapi senyumannya agak kelat.
“ Kenapa senyum macam tu? terasa ya? Riz sayang Rina lagi ke?.”
“ Eh, tak la, itu semua cerita lama, Riz dah ada Leen sekarang. Riz nak tumpukan sepenuhnya pada Leen. Mulai hari ini kita lupakan yang lepas-lepas ya sayang.”
Leena tertunduk malu. Rasa janggal sekali dengan perkataan itu. Leena akur.
“ Haa...!! buat apa tu?” Sergah Leman.
“Astarfighrullah Al-Azim Man, terkejut aku.” Rizman mengurut dadanya.
“ Sorry, kau buat apa?”
“ Siapkan kerja-kerja akulah, aku tak sempat siapkan kat pejabat tadi, aku sambung buat kat rumah, privacy sikit.”
“ Riz aku nak cakap sikit ni.”
“cakaplah, apa dia?” balas Rizman sambil leka meneruskan kerjanya.
“Kau ni semenjak couple dengan Leena, makin jarang aku nampak muka kau kat rumah. Hari ni pun mujur”
Rizman tersenyum. “Alah kau pun,tak faham-faham. Bagilah aku peluang bermesra dengan awek aku tu, dulu kau juga yang beria suruh aku masuk line”
“Hai tiap-tiap hari jumpa pun tak puas lagi ke?”
“aku bukan apa, time hari kerja jumpa sekejap sangat, asyik terkejar-kejar je masa, malam pulak lepas makan terus balik, Leena tak suka balik lewat malam.”
“Hah.. okeylah tu.. janji jumpa.. tak kan lah kau asyik nak berkepit 24 jam dengan Leena tu. Aku bukan apa, rancangan kita nak main bowling tak jadi-jadi lagi kau tahu tak. Dah sebulan aku tunggu, tapi kau buat tak tahu je.. nasib baik kau member susah senang aku, kalau tak dah lama aku lesing kau dengan tangan hikmat aku ni. Janji tak serupa bikin.” Balas Leman dengan gayanya tersendiri. Rizman ketawa melihat kelakuan Leman.
“Adoi Man.. tegang urat perut aku.. okey2 hujung minggu ni confirm kita fight main bowling. Okay?” ajak Rizman
“Aku tak percaya dah, dulu kau cakap macam tu jugak”
“ok2 kali ni betul, kalau kau kalah, bulan ni kau bayar bil air, bil elektrik dan bil telefon aku, amacam? Boleh?”
“Tengkorak kau..!! Mana boleh..!” Leman separuh menjerit
“Habis tu?” tanya Rizman
“Okay, kalau kau kalah, kau kena belanja aku makan selama seminggu, macam tu jugak aku.okay?
“Okey.. beres..”
“Jangan beres-beres Riz, kalau kau cancel program kita, alamatnya, haa kau makan gigi”
“huu ganasnya.. okay, kali ini aku pasti jadi. Dahlah aku nak sambung buat kerja aku. Jangan kacau aku. Aku nak kena bentangkan esok ni..”
“okey. Tapi ingat Riz, kalau kau tak nak makan gigi sendiri, hujung minggu ni jadi ok..” Leman mengingatkan Rizman lagi
“Yelah.. Yelah… aku janji. dah pergi sana” Rizman tersenyum.
“Hei perempuan kau siapa… hah?” tempik Rina. Dia merenung tajam ke arah perempuan tersebut. Rina sakit hati melihat kemesraan Fadli dengan perempuan seksi itu. Dia sudah menolak keras bahu Diana, membuatkan Diana terdorong ke belakang. Diana mara semula.
“kau pulak, siapa nak marah-marah aku.. hah?”
“Aku kekasih Fadli..!!!” Jerit Rina. Rina semakin geram apabila melihat Fadli langsung tidak menghiraukannya.
“Ada aku kisah? Kau tunang dia ke, bini dia ke aku peduli apa..!! yang aku peduli sekarang, kau tak patut nak marah-marah aku, kau marahlah ‘bakal’ suami kau ni. Dia yang cari aku, bukan aku yang cari dia, please lah”
Rina semakin panas, meluat sungguh dia melihat perempuan itu. “ Fadli…!! Apa semua ni? Kenapa kau keluar dengan dia..!!? Ohh patutlah dalam minggu ni aku ajak kau keluar kau asyik berdalih saja, rupanya ada betina lain.. cakap Fadli..!! kenapa kau keluar dengan dia?!!”
“Saja, aku nak beralih angin” jawab fadli selamba, sambil mengusap bahu perempuan itu.. Diana tersenyum bangga.
“kurang ajar..!! apa kurangnya pada aku? Aku dah serah segalanya pada kau Fadli, takkan kau sanggup buat aku macam ni? Kau tak boleh tinggalkan aku..!! kemarahan Rina semakin berapi. Tapi ketawa Fadli sudah meledak. Kuat sekali. Mengalahkan setan..!
“kenapa kau bagi segalanya pada aku? Kau yang bodoh, aku okay je.. orang memberi, kita pula menerima.. bukan apa, tak baik tolak rezeki depan mata. Takut membazir pula.” Balas Fadli dengan angkuhnya.
Kali ini Rina bagaikan dirasuk hantu “kurang ajar kau Fadli..!!!” Rina menampar Fadli, tetapi sempat di tahan oleh tangan jantan Fadli, dengan kasar Fadli merentap dan mengilas tangan Rina lalu monolak Rina hingga Rina jatuh kebelakang.
“Hah.. rasakan..!! jangan kau tunjuk muka kau depan aku lagi.. tuuuihhh!! Kalau kau tunjuk muka kau depan aku lagi, mati kau aku kerjakan kau. Kau ingat tu..!!” Fadli terus berlalu pergi bersama Diana.
Rina memegang tangannya. Hanya Allah sajalah yang tahu betapa sakitnya hati dan perasaannya. Rina menagis sekuat hati. Dengan serta-merta Rina teringatkan kejadian malam dia menolak Rizman gara-gara Fadli. Kali ini perkara yang sama, berlaku pula pada dirinya. Tetapi keadaannya lebih teruk. Riz, maafkan Rina. Tolong Rina Riz. Rina menangis teresak-esak.
Fira membuka pintu setelah mendengar ketukan bertalu-talu.. Apabila pintu itu dikuak, kelihatan Rina melutut dihadapan pintu rumahnya. Fira terkejut.
“Ya Allah Rina. Apa dah jadi dengan kau ni? Leen…!!! Leen..!! mari sini sekejap” jerit Fira meminta bantuan daripada Leena. Kelihatan Leena berlari menuju ke pintu.
“kenapa? Eh Rina.. apa dah jadi ni?” dengan pantas Leena membantu Fira memapah Rina dan meletakkan sahabatnya itu di atas sofa. Kemudian Leena bergegas pula ke dapur, mengambil secawan air untuk Rina.
“Nah.. kau minum air ni dulu.. kau relaks, kemudian bila dah rasa lega baru kau ceritakan, apa yang dah berlaku.”
Rina akur. Air itu diminumnya seteguk demi seteguk. Rina menghela nafas panjang. Fikirannya sedikit tenang melihat kesetiaan kawan-kawanya itu.. Rina mula menceritakan detik hitam yang berlaku padanya tadi. Fira dan Leena tekun mendengar setiap patah dari Rina. Buntang mata mereka mendengar cerita dari Rina. Tidak menyangka perkara tersebut akan menimpa diri Rina.
“Aku betul-betul tak sangka Fadli sanggup buat aku macam ni”
“sabarlah Rina, ini semua dugaan bagi kau” jawab Fira apabila melihat Rina tertunduk hiba.
“Leena…” panggil Rina perlahan
“Ya Rina..”
“Betul kau cakap dulu aku pasti akan menyesal, kalau aku tinggalkan Rizman. Dan sekarang aku betul-betul menyesal. Aku malu dengan diri aku sendiri Leena, dengan kau, Rizman”
Berdebar jantung Leena apabila nama Rizman bermain di tubir bibir Rina. Cemburukah aku? “Emm tu perkara lama Rina, semua orang buat kesilapan, kau jangan fikirkan sangatlah.” Balas Leena.
“Tapi aku betul-betul menyesal, aku dapat rasakan betapa peritnya hati Rizman, sewaktu aku ‘membuang’ dia, tanpa sebab yang kukuh. Aku betul-betul rasa berdosa dengan Rizman. Dan sekarang baru aku tahu, mana kaca dan permata. Ternyata aku masih cintakan dia. Aku nak mintak maaf pada dia Leen. Aku nak tebus dosa-dosa aku. Aku rasa apa yang berlaku hari ni pun kerana kesilapan lalu aku. Dan sekarang aku betul-betul memahami setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasannya.”
“kalau kau rasa, dengan meminta maaf kepada Rizman dapat melapang hati kau, kau pergilah berjumpa dengan dia” jelas Leena. Leena berlagak biasa tetapi hatinya semakin tidak tenteram. Sakitkah hati aku ini? Desis hatinya. Tak boleh! Aku tak boleh cemburu, aku tak boleh marah Rina.. Rina masih tidak tahu hubungan aku dan Riz.. tapi… sampai bila? Macam mana kalau Rizman ingin kembali semula kepada Rina? Tak.. tak boleh..!! ya Allah.. Leena resah, dadanya semakin sebak.
“Tapi aku tak rasa, Rizman akan maafkan aku”
“belum cuba, belum tahu Rina, sedangkan Nabi ampunkan umatnya. Aku pasti Riz juga masih sayangkan kau, dan peluang dia memaafkan kau pasti cerah.” Jelas Fira
Leena tersentak mendengar perkataan ‘sayang’…” hatinya bagaikan dihenyak. Leena semakin sebak. Terasa perit untuk dia terus mendengar.
“InsyaAllah, aku akan cuba berdepan dengan Rizman. Terima kasih Fira, Leena kerana memberi aku semangat” Rina sedikit tenang
Leen hanya mengangguk lemah. “ tak apa Rina, kitakan kawan” balas Fira “haa.. apa kata kau miss call Rizman sebagai permulaan, esok lusa dia tak lah terkejut sangat, dan aku rasalah Rizman mesti suka. Manalah tahu hatinya masih untuk kau, dan setahu aku Rizman kan seorang yang payah untuk jatuh cinta” sambung Fira lagi,memberi semangat.
“tapi, tidakkah terlalu awal, Fira?
“Awal-awallah bagus,sebelum terlambat. Tak pun sebelum aku tackle dia” ketawa Fira berderai.
Kali ini Leena tidak tertahan lagi.. Hatinya semakin remuk. Leena meminta diri untuk masuk ke kamarnya. Bimbang kalau-kalau dia tidak dapat mengawal emosinya.
“Rina, aku mintak maaf, aku masuk bilik dulu ya.. aku rasa pening kepalalah” Leena mencipta alasan.
“Ye lah Leen, aku mintak maaf sebab ganggu kau tidur tadi” balas Rina
“tak apa, aku tak kisah, Cuma aku tiba-tiba rasa pening. Okaylah Rina, Fira… aku masuk bilik dululah”
Rina dan Fira hanya menganguk.
Di dalam biliknya, Leena menangis semahunya. Betapa pedih terasa ulu hatinya. Saat dia mula menyayangi Rizman, Rina pula ingin kembali kepada Rizman. Pelbagai prasangka buruk Leena fikirkan. Leena semakin tertekan. Hatinya juga tidak keruan. Hatinya teringatkan Rizman. Lalu Leena mencapai handphonenya disisi. Leena menghantar mesej kepada Rizman dalam keadaan tersedu-sedu.
Riz, betul ke Riz syg Leen?
Selesai menaip.. Leen menekan butang ‘send’.. Tidak lama kemudian Rizman membalasnya..
Lin,knpa ni? Of coz Riz syg Lin. T’lalu syg.
Leen tersenyum,tetapi hanya seketika. Hatinya masih tidak tenteram. Leen membalas kembali mesej Rizman.. di tekannya butang ‘reply’.
Klu Lin tye, Lin hrp Riz x mrh. Klu satu hr nnt Rina dtg kembali pd Riz, dan dia nak ‘rujuk’ smla dgn Riz, Riz terima?
Kali ini Rizman tidak membalasnya. Leena semakin berdebar-debar. Air matanya gugur kembali. Berbagai bayangan buruk menimpa benaknya. Mungkinkah cinta antara Rizman akan berputik kembali? Masih sayangkah Rizman kepada Rina? Ohh tidak..!! Leena semakin benci dengan prasangka buruk yang berlegar di fikirannya. “mana Riz ni?” Leena semakin terbeban. Setengah jam kemudian kedengaran deringan telefon memalu gegendang telinganya. Tertera nama Rizman di skrin handphonenya. Segera diangkat.
“Hello”
“Hello Leen. Maaflah tak balas mesej Leen tadi. Riz tak perasan mesej Leen masuk. Tadi Riz tengah main bowling dengan Leman. Leen marah ke Riz tak balas mesej tadi?”
“Tak..tak apa.. tapi jawablah soalan Leen tadi” Leen menahan getar suaranya.
“Pasal Rina?” tanya Rizman
“Emmmm”
“Leen dengar sini ok. Riz kan dah ada Leen, dari dulu Riz cakap yang Riz nak tumpu sepenuhnya pada Leen. Maknanya Riz akan setia pada Leen sorang saja. Leen jangan risau, Riz tak kan kembali pada Rina lagi. Tidak sesekali. Riz tidak akan rosakkan hubungan kita, dan Riz jugak tak nak pisang berbuah dua kali sekiranya Riz kembali kepada Rina. Tidak Leen..!! Riz tak nak..!!” jelas Riz dalam nada sedikit tinggi. Bukan bermaksud untuk berkeras suara kepada Leena, tetapi hanya sekadar untuk menyakinkan Leena. Rizman tahu ada sesuatu yang menghantui fikiran Leena. Terdengar esakan tangisan Leena. Rizman tidak tentu arah.
“Leen kenapa ni? Cuba cerita pada Riz apa sebenarnya yang menganggu fikiran Leen?
“Riz…” Leena semakin sebak
“ye sayang..”
“Rina.. dia nak bebaik semula dengan Riz. Rina dah putus dengan Fadli. Leena bukan apa Leena hanya takut Riz berubah hati.” Leena mula meluah segala gundah di hatinya
“Leena jangan risau, Riz tak kan sesekali berubah hati pada perempuan yang macam tu, bila dah susah, baru nak cari Riz balik. Dulu ‘buang Riz tanpa sebab yang tak masuk akal.dan sekarang? Perempuan jenis apa tu? Kalau Riz kembali pada dia, Riz lah lelaki paling bodoh dalam dunia ni.. ” jelas Rizman lagi
“tapi bukannya dulu Riz terlalu menyintai Rina?”
“Itu dulu Leen, sebelum dia hancurkan hati Riz. Tapi sekarang tidak lagi, setelah apa yang dia lakukan pada Riz, membuatkan Riz terfikir, betapa bodohnya Riz, kalau Riz tetap menunggu dia. Sedangkan dia berseronok dengan lelaki lain. Percayalah Leen. Riz sekarang hanya cintakan Leen. Perasan pada Rina dulu, Riz dah buang jauh-jauh, Riz tak kan menduakan Leen. Ini janji Riz.
Sedikit kekuatan telah dirasai oleh Leena. Dalam kesedihan begini, Leen sedar cinta antara Riz dan Rina tidak mungkin berputik kembali sekiranya hanya Rina sahaja yang bertepuk sebelah tangan. Leena semakin lega. Dikesat lembut air matanya.
“kenapa Leen tak bagitahu mereka tentang hubungan kita?” Tanya Rizman pelik
“Tah lah Riz, Leen rasa itu semua tak perlu. Biarlah mereka tahu sendiri kelak. Leen tak mahu bermusuhan pulak dengan mereka disebabkan hal sebegini.”
“Tak mungkin bermusuhan.. Leen belum cuba lagi.. Bukannya apa, kalau mereka tahu, confirm perkara sebegini tidak akan berlaku. Hati Leena pun tak sakit.betulkan?” Jelas Riz
“Memang betul. Tapi tak perlu lah..” Leena mendengus kuat.
“Okey2.. Ikut sayanglah. Tapi yang penting, Leen mesti percayakan Riz, bahawa Riz tidak akan terima Rina.. Riz akan jaga Leena sebaik mungkin.. Percayalah itu Leen. Sekarang, Riz tak nak Leen sedih-sedih tau.. dan Riz tak nak Leen berfikiran negative lagi..”
“Baiklah Riz, Leen mintak maaf buat Riz susah hati.. Riz….” Leena memanggil Riz.. perlahan.
“Ya Leen..” Riz berdebar kembali,bimbang kalau-kalau ada lagi yang menganggu fikiran Leena.
“Siapa yang menang main bowling tadi?”
“ohh ingat apalah tadi.. Leman yang menang. Riz kalahlah sayang.” Rizman lega,ternyata sangkaannya meleset.
“ohh ya ke? Kesian Riz.. ada habuan ke untuk kemenangan Leman?”
“Mestilah ada, Riz kena belanja Leman makan selama seminggu.. patah tengkuk Riz, dah lah Leman makan tak ikut masa Leen, dia anytime mengunyah.”
Ketawa Leen berderai. Leena tidak lagi rasa terbeban.
“tak apa lah Riz,sekali sekala, yang penting Leman puas hati”
“Emm betul tu.. Leen dah lewat malam ni, pergilah tidur, jangan fikir benda yang bukan-bukan lagi ok. Ingat pesan Riz”
“Baiklah, Leen pun dah mengantuk sebenarnya. Leen tidur dulu ya. Leen sayang Riz. Selamat malam”
“ok good night.. I love you too.” Rizman mengukir senyum, lalu dia menekan butang ‘end call’. Dia menghela nafas panjang. Bahagia.
“Riz,petang nanti kau teman aku pergi Midvalley, boleh tak?
“Buat apa nak pergi sana?”tanya Rizman
“Aku nak beli baju untuk awek aku, tak lama lagi hari lahir dia” balas Leman
Rizman mencebik.. “okay..pukul berapa?”
“Lepas Asar kita pergilah, boleh?”
“Boleh..boleh..”balas Rizman setuju.
Setibanya di Midvalley Rizman dan Leman sibuk memilih pakaian untuk teman wanita Leman. Memandangkan kekasihnya seorang guru, dan kerap menggunakan baju kurung ke tempat kerja. Leman telah bercadang untuk menghadiahkan baju kurung kepada kekasih hatinya itu. Bagi Leman ia lebih baik dari beri hadiah yang tidak mendatangkan manfaat.
“Haa.. yang ni Rizman.. okay tak?” Tanya Leman
“No..no.. tak ok, yang lain?”
“berapa banyak yang lain Riz? Masuk kali ni dah 10 pasang aku tunjuk kat kau, tak kan semuanya tak ok, penatlah macam ni..” Rungut Leman
“Man kalau kau nak tahu, baju-baju yang kau tunjuk tadi semuanya pattern lama, orang dah tak pakai dah jenis corak yang macam tu, haa mari sini aku pilihkan, tapi dekat butik hujung sana tu..” jelas Rizman sambil memuncungkan mulutnya, menunjuk ke arah butik yang di maksudkan.
“Amacam Man, cantikkan baju-baju kat sini? Man, kat tangan aku ni ada dua jenis baju, yang baju hijau pucuk pisang ni baju kurung moden, dan yang warna hitam, bunga merah siap ada labuci ni, jubah. Ha so, kau pilih lah mana satu yang kau suka.”
“Dua-dua aku suka Man, aku tak tahu nak pilih yang mana satu. Aku rasa aku nak beli kedua-duanya lah Riz..”
“Baguslah, tak lah kau pening memikir.. aku confirm, awek kau mesti suka.” Balas Rizman
“Hebatlah kau Riz,pattern lama, pattern baru semua kau tahu. Kau tahu dari mana?” tanya Leman sambil membayar baju tersebut di kaunter
“Dari Leena, aku selalu teman kan dia pergi beli baju kat sini,sebab tu lah aku tahu serba sedikit. Jom Man, kita pergi makan, aku lapar lah”
“ok jom.” balas Leman tersenyum
Sebaik sahaja keluar dari butik tersebut, Rizman terlanggar bahu dengan seorang perempuan. Perempuan tersebut nyaris-nyaris tersembam ke belakang.
“Eh cik,maaf, saya….” Rizman terhenti kata-katanya. Meluat sungguh dia melihat wajah itu. Rizman tidak meneruskan kata-katanya, sebaliknya terus mengajak Leman meneruskan langkah yang terhenti sebentar tadi.
“Riz..!! Riz..!!! tunggu dulu…”Rina berlari keanakan mengejar Rizman yang sudah laju kedepan.” Riz, tunggu.. Tolonglah berhenti sekejap.”
Rizman memberhentikan langkahnya, itu pun kerana malu di pandang orang ramai kerana Rina mengejarnya.
“kau ni tak tahu malu ke Rina? Kau nak apa lagi?” jawab Rizman. Marah.
“Rina nak mintak maaf atas kesalahan Rina pada Riz dulu, Rina menyesal Riz, Rina betul-betul menyesal.”
“Emm aku dah maafkan kau, dah pergi sana, jangan ganggu aku lagi..!!”
“Riz, janganlah macam ni.. Rina masih sayangkan Riz”
Rizman ketawa, begitu juga Leman. Betapa malunya Rina diperlakukan begitu. Tapi Rina tetap berdiri di depan Rizman.
“Riz, tolonglah bagi Rina peluang kedua, Rina janji akan jaga Riz sebaik mungkin. Rina tidak akan sakiti Riz lagi.” Rina merayu. Rina tidak peduli dengan pandangan orang lain yang memandangnya, begitu juga dengan memek muka Rizman yang seolah-olah sedang mengejek dirinya.
“Oii kau ingat aku ni apa? Bila kau nak kau ambik, bila kau tak nak kau buang aku..!!! kau ni perempuan jenis apa hah?” kemarahan Rizman semakin mendidih
“Riz cakaplah apa pun,Rina tak kisah. Rina sedar yang Rina sudah lakukan kesilapan besar kerana tinggalkan Rizman dulu, dan sekarang Rina nak tebus segala dosa Rina pada Riz, percayalah kali ini Rina tak kan menduakan Riz lagi”
“kau ingat kau boleh ‘beli’ aku dengan kata-kata kau tu?? Kau jangan nak bermimpilah Rina, bila hati dah berkecai kau ingat, aku senang-senang saja nak terima kau?, baik kau lupakan saja hasrat busuk kau tu Rina..!!” dengan lancang Rizman menghamburkan kata-kata itu kpd Rina.. Rina hanya tertunduk.
“Dan aku harap kau tak ganggu hidup aku lagi sebagaimana kau tak hadir dalam hidup aku semasa kau bersama dengan jantan tu dulu, dan sekarang kau jauhkan diri kau dari aku, aku jijik..!!! Rizman semakin lancang berkata-kata. Kali ini dia puas. Rizman terus berlalu meninggalkan Rina.
“Riz, tunggu dulu.. dengar sini.. aku akan pastikan kau akan jadi milik aku.. Riz!!! Mutiara jernihnya menitis jua. Betapa pedihnya hati Rina. Namun, dia masih tidak berputus asa, Rina nekad untuk menggunakan mak dan ayah Rizman sebagai umpan mendapatkan Rizman kembali….
Sebulan kemudian….
“Aku betul-betul tak sangka, kau boleh bertindak sejauh ini Rina..!! Aku tidak sangka..! Kau betul-betul sudah gila Rina..!” tempik Rizman dari cerowong telefonnya..
“Ya aku gila.. aku gilakan cinta kau Riz, aku sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan kembali cinta kau..” balas Rina
“Kenapa dulu kau buang aku?? Kenapa? Dan sekarang.. kau jilat ludah kau balik..!! macam tu? Aku betul tak sangka begini sikap kau sebenar Rina.. kau bertindak tidak rasional, sanggup kau merayu pada mak dan ayah aku, semata-mata untuk kembali kepada aku…kau tak sepatutnya buat aku macam ni, sebab aku dah tak cintakan kau Rina..!! dan aku tak kan sesekali berkahwin dengan kau..” kemarahan Rizman semakin memuncak. Rizman terkejut besar apabila maknya Puan Salmah menelefonnya memberitahu antara dia dan Rina sudah di ikatkan dengan tali pertunangan.
“Kau benar-benar keterlaluan, apa yang kau dah rasuk dalam pemikiran mak aku, sehinggakan aku dilarang membantah keputusan mereka??!! Perlakuan kau membuatkan aku mula membenci kau Rina.. baik kau batalkan saja pertunangan ni.. aku tak kan terima..!!
“Tidak..Tidak sesekali..!! Aku akan tetap berkahwin dengan kau Rizman. Aku harus menebus segala dosa aku kepada kau” Rina menegakkan pendiriannya
“Tak perlu kau tebus dosa kau dengan cara sebegini, sekarang aku sudah memaafkan kau, dan aku nak kau batalkan tali pertunangan ini di depan mak ayah aku. Sanggup kau peralatkan mak dan ayah aku, kau benar-benar zalim.. aku tak kan sesekali memperisterikan kau. Kau ingat tu Rina..!!” lantas Rizman memutuskan talian.
Dia benar-benar tidak keruan. Pelbagai perasaan yang timbul di benaknya. Marah, geram, kecewa, resah, aaahhhh..!! Rizman menjerit sekuat hatinya.. hati Rizman semakin kecewa apabila mak dan ayahnya sanggup membuat keputusan tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.. Rizman menumbuk dinding sekuat hati, hatinya puas. Kemarahan Rizman mengatasi segalanya. Rizman semakin hilang pedoman… kau gila Rina..!! Gila..!! Rizman menjerit lagi.. Serta merta bayangan Leena berlegar di mindanya. Bingkas Rizman mendail nombor telefon Leena. Rizman menekan butang ‘call’ dan menunggu panggilan tersebut di jawab oleh Leena. Rizman gelisah. Rizman mundar-mandir menghilangkan resah dihati. “Angkatlah Leen” sesekali Rizman bersuara. Di dailnya kembali untuk kali ke dua. Kali ini Leena mengangkatnya.
“Hello Riz.. maaflah, Leen kat dapur tadi..
“Tak apa, Leen kita jumpa sekarang, Leen tunggu tempat biasa, sikit lagi Riz sampai..” Rizman terus memutuskan talian.
Leena terpana, pelik dengan perangai Rizman. Leena mendengus kuat, lalu bersiap untuk berjumpa dengan Rizman. Selepas bersiap Leena seperti biasa keluar untuk tunggu di perhentian bas.
Tidak sampai 10 minit Leena duduk di perhentian bas tersebut, Leena nampak Honda City milik Rizman sudah berada di depannya, tanpa membuang masa, Leena masuk ke dalam perut kereta Rizman.
“Kita pergi Putrajaya” jawab Rizman ringkas.
Hanya itu yang di ucapkan.. selepas itu Rizman hanya mendiamkan dirinya. Kadang-kala Rizman mengeluh. Berat sekali bunyinya.
“Buat apa pergi Putrajaya?” tanya Leena hairan
Rizman hanya diam. Ini membuatkan Leena sedikit bengang. Leena mengerutkan dahinya. Pelik. Dahlah tadi main putuskan sahaja talian, sekarang bila kita tanya diam pulak. Leena mengomel di dalam hatinya. Leena semakin geram.
“Nak buat apa pergi Putrajaya??!!” tanya Leena. Kali ini suaranya sedikit tinggi.
Rizman tersentak. Dia tahu Leena marah dengan perbuatannya yang melulu.
“Maaf ya Leen, sampai sana nanti Riz ceritakan hal yang menganggu fikiran Riz sekarang.” Rizman sekilas memandang lembut wajah Leena. Hatinya tenang.
Tetapi kembali panas apabila teringatkan peristiwa yang menghantui dirinya. Leena hanya diam akur.
Setelah setengah jam perjalanan, mereka tiba di Putrajaya, Leena terus keluar dari kereta Rizman. Rizman hanya mengekorinya. Leena tersenyum melihat keletah segelintir anak kecil berlari berkejaran sesama sendiri. Ceria sekali. Leena terlalu kagum dengan permandangan di Putrajaya. Teras bangga dan megah apabila menjadi salah seorang anak Malaysia. Ketenangan di Putrajaya membuatkan Leena tenang setenangnya. Tetapi tidak bagi Rizman. Hatinya di landa 1000 keresahan.
“Leen”
“yaa…” sahut Leen lembut
“Tadi mak Riz call” Rizman meraup mukanya resah.. Dia tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.
“kenapa? Dia suruh Riz balik ke?” Leena cuba meneka.
“Bukan..bukan tu..”
“Habis tu??”
“Dia bagitahu…….” Rizman memberhentikan kata-katanya.
Leena tersenyum.. “Rizman..cakaplah apa dia?” Lembut suaranya memujuk
“Mak bagitahu Riz dan Rina sudah di ikat tali pertunangan.
Berdesing telinga Leena mendengar ungkapan yang hanya satu ayat itu. Leena terasa tersembam menyembah bumi. Leena kehilangan kata-katanya. Leena masih tidak percaya, dengan apa yang di dengarnya tadi.
“Serius?” tanya Leena
“ya Leen”
Air mata Leena gugur jua akhirnya. Leena merasakan dirinya hilang pertimbangan. Begitu sakit pangkal jantungnya, mendengar pengakuan itu.
“tapi kenapa Riz terima?? Riz cakap dulu Riz sayangkan Leena??” Leena menangis teresak-esak
“Sumpah Leen, sumpah!! Riz tak terima. Ini semua rancangan Rina. Rina yang telah memperalatkan mak ayah Rizman, untuk mendapatkan Rizman semula. Setelah dia tidak berjaya memujuk Riz sebulan yang lalu. Lagipun ini bukan salah mak dan ayah Riz, mereka tidak tahu yang Riz sudah ada Leena. Dan kemungkinan besar, mereka rasa tidak perlu berbincang dengan Riz, kerana mereka masih fikirkan yang Riz masih cintakan Rina. Ini semua salah Riz, kalau Riz ceritakan pada mak dan ayah Riz tentang hubungan Riz dan Leena, Riz pasti perkara ini mesti tidak akan terjadi.”
Rizman meluahkan apa yang terpendam, hatinya betul-betul sudah hancur. Rizman menangis. Leena hanya terdiam. Hatinya hancur berkecai. Hanya air mata yang mampu Leena keluarkan.. bukan kata-kata.
“Leena, kita balik kampung hari ini jugak. Kita batalkan petunangan ini. Riz tak nak hubungan ini di teruskan.”
Leena tetap berdiam, tiba-tiba Leena terfikir kehilangan Rina seminggu lalu..Hari ini dan saat ini semuanya sudah terjawab. Patutlah Rina gembira semenjak balik petang semalam. Rupanya-rupanya ….ahhhh…Hati Leena menjerit sekuat-kuat hatinya. Airmata Leena tidak henti-henti keluar, seakan memahami hati dan perasaannya.
“ Leen…dengar sini Leen…kita balik ke kuantan sekarang. Kita bagi tahu mak ayah Riz tentang hubungan kita.” Rizman memegang erat tangan Leena. Dengan serta-merta Leena menarik kembali tangannya. Rizman terkedu.
“ Tidak..!!! Leena tidak akan berbuat begitu”
Rizman terkejut, Riz semakin berdebar.
“ Tapi kenapa? Tolonglah Riz, Riz betul-betul cintakan Leen, Leen sanggup lihat Riz gila kerana ikatan pertunangan tanpa rela ini? Desak Rizman.
“ Tidak ada kekasih yang sanggup melihat kekasih hatinya menjadi tunangan orang Riz” Jelas Leen dalam keadaan tersedu-sedu.
“ Kalau macam itu jom kita balik kampung sekarang juga. Kita bagi tahu mereka tentang hubungan kita. Hanya ini sahaja untuk memusnahkan rancangan Rina.”
“ Tak boleh Riz…Leena tak akan jadi pemutus pertunangan orang . Tak akan..!!! ” Leena meninggikan suaranya.
“Leen buanglah prinsip tu jauh-jauh. Prinsip Leen itu boleh menguburkan cinta kita Leen, Leen sedar tak?”
“ Leen tak nak di sebabkan Leen hubungan keluarga Riz dan keluarga Rina akan bermusuhan, dan Leen tak nak mak cik Salmah dan pak cik Razali memusuhi Leen. Mereka terlalu baik terhadap Leen. Leen tidak akan memalukan mereka kerana keegoan Leen sendiri. Akurlah dengan keputusan mereka Riz. Terimalah hakikat bahawa jodoh kita setakat ini sahaja. Hantar Leen balik sekarang….” Leen sudah bangun menuju ke kereta bersama airmatanya yang mencurah-curah. Pedih.
“ Leen nanti dulu Leen, Riz tak sanggup hadapi semua ini……Riz bencikan Rina.Macam mana Riz nak lalui kehidupan Riz dengan orang yang Riz benci. Tolonglah jangan tinggalkan Riz, Riz tak boleh hidup tanpa Leen.”
“ Cubalah Riz, sayangilah Rina sebagaimana Riz menyayanginya dulu.”
Rizman mati akal, hatinya sudah hancur luluh………semuanya gara-gara Rina….Aku benci kau Rina!!!!!! Aku akan pastikan kau tak akan hidup dengan tenang. Ini balasan kerana engkau memusnah kan hidup aku.
Selepas peristiwa itu, Leena semakin menjauhkan diri daripada Rizman. Walaupun hatinya rindu kepada Rizman, tetapi dia nekad untuk terus menjauhkan dirinya. Dengan harapan Rizman dapat melupakannya. Tarikh perkahwinan Rina dan Rizman akan menjelang sebulan saja lagi. Hati Leena begitu sebak, terasa luluh hati dan perasaanya. Sungguhpun begitu, Leena masih mampu mengubati lukanya, dengan mengimbau kembali memori bersama Rizman tika dulu. Leena bersyukur kerana Allah telah memberi peluang kepadanya mencintai dan dicinta Rizman. Itu pun dia sudah bersyukur. Tidak sesekali Leena membenci Rizman, mahupun Rina, malah hati sucinya masih mampu mendoakan kebahagiaan mereka berdua kelak. Bertapa besarnya pengorbanan Leena, dengan sanggup mengorbankan cinta demi sebuah ikatan tali persahabatan dan tali persaudaraan. Leena juga tidak bimbang melepaskan Rizman ke tangan Rina, kerana kini Rina sudah banyak berubah berbanding dulu. Syukurlah mungkin itu jodoh yang terbaik untuk Rizman.
“Fira, Leena mana?” tanya Rina.
“Dia baru balik, ada kat dalam bilik dia.” Balas Fira sambil leka membaca majalah.
“Ohh aku ingat dia tak balik lagi, tadi aku tanya budak kat office, dia cakap Leena keluar, aku target dia balik terus. Tiba-tiba dalam kereta, risau pulak takut Leen tunggu aku di pejabat. Sebab dia janji tadi nak balik dengan aku.”
“Ahhh, tak payah nak risau, dia pun dah balik.. haa tu dia” tunjuk Fira sambil memuncungkan bibirnya.
“Kau balik dengan siapa?”
“Aku balik dengan teksi tadi, aku keluar beli barang sikit, aku malas nak menyusahkan kau teman aku beli barang. Lagipun aku nampak kau sibuk semenjak dua menjak ni.
Rina tersenyum..” emm tak adalah sibuk sangat sampaikan aku tak boleh nak temankan kau, aku hanya siapkan kerja yang tertangguh dulu, nanti bila cuti kahwin, tak adalah aku risau sangat, kerja semuanya dah settle sebelum ambil cuti panjang.” Jelas Rina
Leena terdiam. Cuba mengawal perasaannya.
“ohh tak ya.. orang dah nak kahwinkan, mesti sibuk sekarang ni” Leena ketawa, tetapi hatinya Allah saja yang tahu.
“ kau ni Leen ada-ada saja. Leen kau ada panadol tak?.. aku pening kepala lah” tanya Rina.
“Ada.. pergilah cari dalam bilik aku.. aku pun lupa letak kat mana..” Leena tergelak.
“ok thanks.. aku naik atas dululah. Lepas telan ubat aku ingat nak tidur sekejap.”
“Okay.. Rehat tau.. bye”
Rina masuk ke bilik Leena untuk mencari panadol. Entah kenapa, kepalanya sakit sekali. Rina membongkok mencari ubat di setiap laci. Tetapi tidak di jumpainya. Rina beralih ke katil Leena., manalah tahu Leena menyimpannya di sana. Fikir Rina. Kemudian Rina mencari dibawah bantal, ada sesuatu yang di jumpai, bukan ubat penahan sakit, tetapi diary Leena. Rina berdebar-debar. Rina cuba untuk membacanya, tetapi dipadamkan hasratnya. Rina meletakkan kembali diary tersebut di bawah bantal Leena. Rina duduk di birai katil Leena. Dia ligat berfikir tentang diary tersebut. Akhirnya, Rina nekad untuk membacanya. Rina menutup pintu bilik Leena, sebagai langkah berjaga-jaga. Diambil semula diary tersebut, lalu di bukanya.
Alangkah terkejut Rina sebaik sahaja melihat foto mesra Leena dan bakal suaminya itu. Rina semakin berdebar.. lalu di bacanya satu persatu luahan hati Leena. Tanpa disedari Rina menitiskan air matanya. Rina tidak menyangka selama ini Leena dan Rizman adalah pasangan kekasih. Kenapa kau tidak berterus-terang kepada aku Leena?? Kenapa kau sanggup korbankan cinta kau? Dan kenapa kau terlalu berahsia Leena?? Rina menangis semahunya. Rina malu dengan perbuatannya, masih ada lagi manusia yang berhati mulia mengorbankan cinta mereka.. sedangkan aku…??? Terus hanyut dengan kepentingan dan keegoan diri sendiri. Rina tertunduk.. Rina kesal dan sebak menahan sakit di dada kerana perbuatan dirinya sendiri
“Riz, kau tak boleh terus murung macam ni Riz, ia boleh menjejaskan diri kau sendiri.
Kau cubalah terima hakikat yang kau bakal jadi suami kepada Rina.. Mana Rizman yang aku kenal dulu? Bangkitlah Riz.. setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.” Leman cuba menasihati Rizman.
“Aku nak Leena Man….” Sayu sekali suaranya.
“Ya Riz, aku tahu.. tapi Leena juga bakal jadi isteri orang Riz.. kau dah tak boleh ganggu dan fikirkan tentang dia lagi..kau harus terima hakikat ini Riz.. Bangkitlah Riz, bangkit..”
Rizman menangis melepaskan resah di dada. “Tapi Man, aku terlalu sayangkan Leena.. kenapa Allah sanggup buat aku macam ni Man??”
“Istifar Riz, banyakkan Istifar. Jangan sesekali kau salahkan takdir Allah.. setiap apa yang Dia lakukan pasti ada hikmahnya, kau bersabarlah. Berikanlah peluang kedua pada Rina, Rina betul-betul menyayangi kau Riz.”
Rizman hanya mendiamkan dirinya.
“ Hari ini kau menangis lah sepuas-puas hati kau Riz, kau menangis lah. Esok aku mahu kau bangkit dengan Rizman yang baru. Dan mulai esok juga aku nak kau buat persediaan diri kau dari segi mental dan fizikal. Kau ingat Riz majlis poerkahwinan kau dua hari saja lagi. Kau perlu kuat Riz….. kau perlu terima kenyataan ini.”
Leman memberi kata-kata semangat kepada Rizman, lalu di tepuk bahu Rizman tanda sokongan. “ Ingat Riz, bangkitlah.”
“ Fira, aku dan Leena nak kahwin dah. Kau bila lagi?” tanya Rina.
“ ermm..kalau ada jodoh ada la.”
“ Hai lain macam je bunyi nya.”
“ Haa lah, aku sedih lah kau dan Leena dah nak kahwin, nanti siapa nak masakkan untuk aku, aku dah lah master goreng maggi je.” Fira menongkat dagunya.
Rina tergelak besar. “ Lah aku ingat sedih pasal apalah tadi, rupanya pasal makan.” Rina menutup mulutnya menahan saki-baki tawanya.
“ Leena, kau macam tak happy je nak kahwin.” Usik fira.
“ Eh takde lah, aku cuma rasa tak sedap badan.”
“ Tak sedap badan? Kau demam ke?”
“ Eh tak lah aku letih sikit.”
“ooooo….kau jangan monyok-monyok ok,nanti atas pelamin tak berseri.” Fira mengusik Leena lagi
Leena hanya tersenyum. Fikirannya ligat berfikir. Leena semakin berdebar menanti hari perkahwinannya lusa. Dia semakin buntu. Terngiang lagi suara uminya..
“Leen, ada orang datang meminang Leen.. macam mana?” tanya maknya
“Ikut Umilah, kalau baik bagi Umi, baiklah bagi Leena.. Leena percayakan Umi.”
“Haa yelah.. kiranya Umi terima lah pinangan keluarga tu ya.. Umi pun berkenan dengan budak lelaki tu”
Tanpa usul periksa latar belakang calon suaminya.. Leena hanya akur pilihan maknya sendiri.
“ikut umilah ya.. Leena ikut saja.. Leena tahu Umi jugak mahukan yang terbaik untuk anak Umi..
Betulkah apa yang aku lakukan ini?? Kenapa aku perlu merosakkan masa depan aku sendiri?? Hanya kerana kekecewaan yang aku alami?? Adilkah itu untuk aku?? Ya Allah, kau tenangkanlah hati hamba Mu ini Ya Allah. Kau tabahkan lah hati ku.. Leena tertunduk sayu.. Selamat pengantin Riz… bahagialah kau bersama Rina.. Hati Rina merintih..
“Hei Leen..!!”
Leena seakan terkejut.. “Haa apa dia?”
“Laa mengelamun rupanya, berbuih mulut aku bercerita depan kau, kau tak boleh tak dengar Leen?? Fira mengomel
Leen ketawa akhirnya.. “maaflah Fira, aku leka tengok orang dah mula pasang bangsal..” balas Leen
“Ye ke ni?”
“Iya Fira… Eh kau dan Rina tak nak bagi hadiah kat aku ke?” Leena cuba mengalih topic
“Mestilah ada, tapi tak kan nak bagi sekarang, kau ni tak menyempat… aku pasti kau mesti suka hadiah tu nanti.. kan Rina?
“ A’ah betul tu.. khas untuk kau, dari aku dan Fira..” Rina mengenyit mata kepada Fira.
“Bagilah hint kat aku.. Biar aku teka.. emm mesti kau nak bagi aku home theater yang aku idam-idamkan selama ini kan?” Leen ketawa
“Uiihh selera naga.. banyak duit aku nak belikan kau home theater, salah..! lagi-lagi? Balas Fira
“Emm microwave??” teka Leena lagi
“salah.. Lagi?”
“Hei.. dah..dah.. Leen kau jangan layan budak Fira ni.. kalau kau nak tahu tunggu je hari perkahwinan kau nanti.” Rina memotong perbualan mereka. Fira ketawa.
“Okey..” balas Leen ringkas
“Leen aku dan Fira nak balik Kemaman dah, nanti mak aku bising pulak.. masa kenduri nanti, alamatnya Fira kena belah dua lah badan dia, sebelah badan pergi perkahwinan kau, sebelah badan lagi pergi kenduri rumah aku..” ketawa Rina berderai.
Leena turut ketawa.. “Emm tak apa, kalau Fira nak datang sini, lepas selesai majlis perkahwinan rumah kau pun aku tak kisah, jangan terkejar-kejar.. susah betulkan dua-dua kawan kahwin pada hari yang samakan..”
“Tau tak apa” jawab Fira ringkas
“okey Leen, kami balik dululah.. dan kami nak ucapkan selamat pengantin baru. Semoga kau berbahagia selalu.”
“Terima kasih Rina, Fira.. Rina aku pun nak ucapkan selamat pengantin baru, moga kekal hingga ke anak cucu. Aku harap kau kekal bahagia bersama Rizman.” Leena mengukir senyum, tetapi hatinya menangis.
“Iya Leen… terima kasih, kami balik dulu ya..Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..” Leena membalas lambaian Rina dan Fira
Leena sedih mengenangkan nasibnya.. Astarfighrullah Al-Azim.. Ya Allah, kau tabahkanlah hati hamba Mu ini.. kau permudahkanlah perjalanan hidup ku Ya Allah….
“Betul ke apa yang aku buat ni Man??”
“Ish betullah.. kau jangan buat hal Riz, cepat bersiap kita dah lambat ni”
“Aku takutlah Man.. Macam mana aku nak layari bahtera bersama Rina, sedangkan hati aku pada orang lain??” Rizman semakin di pukul resah
“Heeii.. Heei.. Riz ni bukan masanya.. kau perlu ingat apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. sekarang aku nak kau siapkan diri kau.. pakai baju cepat Riz..”
“Hai Riz, kau tak siap lagi?” tanya ayahnya
“Eh pakcik, Rizman baru saja nak bersiap.. nanti kalau dia dah siap Man terus bawa dia keluar ya pakcik..”
“Haa baguslah tu.. tapi cepat sikit, orang lain dah lama menunggu kat bawah tu..”
“Ye lah pakcik” balas Leman.
“Hah Riz.. Cepat..!! Aduhh.. aku pulak yang ketar kepala, padahal kau yang nak baca nikah.. kau ingat Riz perbanyakkan baca ayat kursi, supaya hati kau tenang sedikit” bagitahu Leman sambil membetulkan sampin Rizman.
Rizman hanya mendiamkan diri, bagi Leman itu sudah memadai, lebih baik Rizman mendiamkan diri dari dia bertindak di luar kawalan.. Alamatnya gamat sekampung.
“Okey Riz.. handsome dah.. jom kita keluar” ajak Leman
Rizman hanya akur. Sudah ramai mata yang memandang Rizman, segak sungguh Rizman berbaju melayu.. baju Melayu yang berwarna putih, menyerlahkan lagi penampilan beliau. Rizman turun ke bawah bersama teman setianya, Leman.
“Okey, pengantin lelaki pun sudah siap, dan hantaran untuk pihak perempuan bolehlah dibawa turun sekarang.”
Arah Paklong Sahari, bapa saudara kepada Rizman. Setelah mendengar arahan, mereka yang terlibat membawa hantaran, bersedia beratur mengikut susunan adat Melayu.
“Haa Riz.. kau berdiri di depan sekali, dan Leman kau berdiri di sebelah Rizman. Bukalah paying tu, payungkan Rizman.” Pak long Sahari mengarahkan mereka berdua.
Leman dan Rizman menuruti sahaja. Rizman mengerutkan dahinya.
“ Eh Man….biar betul Pak long aku ni, tak kan lah pergi Kemaman jalan kaki kot.” Rizman keliru.
“ A’ah la Riz, aku p[un pelik juga. Pecah rekodla kalau jalan kaki….Aku berpeluh dah ni.” Mereka masih keliru.
“ Ok, kalau semua sudah ada bolehla kita semua berarak ke rumah Leena.” Bagitau Pak long Sahari selaku jurucakap.
“ Man kau dengar tak apa yang aku dengar…Rumah Leena? Rizman menarik nafas panjang. Aku akan nikah dengan Leena Man?????” Rizman tidak percaya.
“ Sabar Riz, sabar. Inilah hakikatnya Rizman.”
Rizman memegang erat tangan Leman. Rizman terlalu gembira.
“ Macam mana semua ini boleh terjadi? Ya Allah aku betul-betul tak percaya Man.” Rizman mengorak kegembiraan.
“ Inilah keajaiban, kau patut berterima kasih pada Rina. Dialah yang lakukan semua ini Rizman.”
“ Ooo…sebenarnya kau dah tahu aku akan kahwin dengan Leena ya?. Kenapa kau tak bagitahu aku Man?”
“ Ini semua atas permintaan Rina. Mungkin dia fikir dengan cara ini dia dapat tebus segala dosanya kepada engkau. Siapa tahu? Dah la Riz yang penting cinta kau milik Leena kembali. Rina cakap kat aku hari tu, dia harap kau suka ‘ hadiah’ perkahwinan darinya.” Leman tersenyum.
Rizman turut tersenyum. “ Aku suka Man, lebih pada suka.” Terima kasih Rina. Terima kasih“ Pengantin lelaki dah sampai Leen, kamu tarik nafas dalam-dalam, dan lepas perlahan-lahan. Ok, senyum sikit dan lapangkan dada.”
Leena, menuruti setiap kata mak andam nya.
“ Ok, rasa gementar lagi.”
“ Sikit lah.” Jawab Leena.
“ Ok tak apa, bangun perlahan-lahan dan sekarang kita nak keluar ke tempat pengantin lelaki.”
Leena akur.
“ Hai Leen.”
Leena terkejut melihat Rina dan Fira tercegat di luar pintu biliknya.
“ Eh kau Rina, bukannya….”
“ Dah..dah..jangan banyak cakap lagi. Jom aku iring kau, aku nak tunjukkan hadiah perkahwinan untuk kau.”
Leena berkerut, permainan apakah ini? Leena semakin berdebar-debar. Siapakah gerangan bakal suaminya?
Tiba di perkarangan majlis akad nikah, Leena terhenti sebaik sahaja melihat Rizman di depan tok imam. Leena terus memandang Rina. Rina tersenyum.
“ Rina kenapa kau lakukan semua ini?” tanya Leena. Sebak…
“ Hei jangan menangis di sini. Ini bukan masanya. Senyumlah Leena. Kau lebih layak di samping Rizman. Aku redha dengan takdir-Nya. Berbahagialah kau di sisi Rizman Leena. Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kau.
Leena merangkul tubuh temannya dengan perasaan terharu. Syukur kepada yang Maha Esa. “ Terima kasih Rina.”
Leena mula dapat merasakan pergerakan di dalam perutnya. Sesekali Leena mengusap lembut perutnya. Leena tersenyum puas kerana zuriat yang tersemai adalah hasil kasih sayang dengan lelaki yang di cintainya. Leena terlalu bersyukur, begitu juga Rizman. Rizmanlah orang yang pertama melompat kegembiraan apabila mendapat tahu Leena disahkan mengandung sebulan yang lalu. Boleh dikatakan setiap hari Rizman menghadap perut Leena. Puas melihat perut Leena yang semakin hari semakin membesar, dikucup pulak berkali-kali. Kadang-kala Leena pula terasa lemas diekori Rizman, tetapi saat itulah saat yang paling bahagia dalam dirinya mahupun Rizman.
“ Sayang, terima kasih kerana sudi menjadi isteri dan ibu kepada anak kita nanti. Abang terlalu cintakan Leen sepenuh hati abang dan tak akan sesekali abang persiakan hidup Leen.”
Satu kucupan singgah di dahi Leena. Leena hanya memejamkan matanya. Bahagia.
Tiada apa yang dia harapkan selain cinta yang tulus dan suci dari seorang yang bernama suami. Betapa hatinya lega, bahagia dan bersyukur kepada Yang Maha Berkuasa.
Kini, Leena dan Rizman sudah mampu tersenyum melayari bahtera hingga ke hujung nyawa.
Tamat..
***kredit to writter yg sy tak kenal. just want to share with all of u. enjoy reading***
Wednesday, August 26, 2009
Cerpen- Cintaku Kini Milikku
Posted by fisha at 8/26/2009 01:09:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
best...tapi tg perbetulkan ejaan2 arab awak ye. istighfar...bukan istifar. astaghfirullah...eja dengan lahjah yang betul. nanti lari maksud x pasal2 dapat dosa. :D
Post a Comment