CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 1, 2009

indahnya takdir-26

Highway Sungai Dua ke Jambatan Pulau Pinang terlebih sesak kalau hujan pagi dan kena pulak waktu nak masuk kerja. Q menoleh jam pada dashboard kereta. 7.58 pagi. Tapi dia masih tersangkut depan Hospital Seberang Jaya. Mati la, mesti sampai lambat lagi sampai kat kilang ni. Kena tolak gaji lagi.

Ada ke operator gi keje naik kereta? Pada hal, kilang dah sediakan transport Cuma masalah bagi Q bila nak ke kelas lepas tu, terpaksa la menipiskan poket setiap hari bayar duit minyak dengan tol. Nak naik motor, dia dah tak berani. Selalu naik dengan Haq, walaupun duduk seat belakang, semua doa dia baca. Pegang pinggang Haq macam nak tercabut. Mengucap tak sudah selagi tak sampai. Fobia sungguh.

Syok je duk layan celotah SY dengan K.E walaupun dah tau lambat, duk tension-tension pun bukanya kereta dia boleh terbangkan? Kereta didepan mula bergerak. Baru nak tekan pedal minyak,Tiba-tiba enjin kereta mati, ah sudah. Dengan jalan yang sesak ni, duduk lane paling kanan. Nak buat apa ni? Dengar je kereta kat belakang duk bunyikan hon, Q keluar dari kereta wat muka bodoh. Macam takde apa-apa. Tangan dah capai button emegency. Dia duduk kat atas divider.

‘Nak buat apa ye?’ baru duk memikir, sorang mamat naik motor bawa walkie talkie datang. Tu dia, penyelamat dah sampai. Walaupun penyelamat ni memang akan makan duit.

“rosak ke kak?”

“ye la kot, tiba-tiba ja enjin dia mati”

“dah panggil pomen? Ke nak tow gi bengkel?”

“boleh ke nak tarik? Jalan jammed teruk ni”

“saya panggil pomen dulu la, ka kak ada pomen sendiri?”

“tak dak-tak dak, adik je panggil” Q pandang je budak tu duk bercakap dengan kawan dia. Lepas tu, budak tu berdiri sebelah dia.

“sat lagi dia sampai.”

“oh, ok. Terima kasih ye”

“tak da apa la kak, kita kena la tolong sesama bangsakan. Kak nak pi geja ka?”

“ha “

“geja kat mana? Dah telefon habaq kata kak lambat?” ramah sungguh la budak ni. Macam penasihat pun ada.

“kat bayan lepas, takpa la, sat gi kak telefon”

Hampir setengah jam, baru ada sebuah motor besar berhenti depan kereta Q. budak tu dah turun dari motor dia, menghampir tuan punya motor yang baru sampai. Q pandang je mamat yang baru sampai tu. Selekeh je dengan jeans koyak + baju ada tompok-tompok minyak. Gaya macam Adam dulu.

“kak, buka bonet ni”

“ok” Q tekun je tengok lelaki yang tak buka-buka helmet tu periksa enjin kereta.

“try start jap” lelaki tu angkat muka pandang Q “Q..???”

“yup, hai” Q dah senyum sumbing walaupun tergejut. Baru je fikir pasal Adam tadi, Macam mana la mamat ni yang boleh menjelma kat tengah highway ni. Macam takde orang len. Orang yang nak dielakkan la yang selalu muncul kan.

“abang Is kenal ke dengan kak ni?

“kawan lama.berapa la tak servis enjin ni?” soal Adam, memandang muka Q.

dahi Q dah berkerut. Servis kereta? Bila ye? Last dulu rasanya sebelum arwah gi konvoi. “setahun lebih rasanya”

“patut la.”

“tapi saya tukar minyak enjin selalu” nak juga menang.

“tukar minyak je? Kena juga servis kereta ni. Duk berulang ke mana?”

“tanjung”

“kalau macam tu lagi la kena rajin servis. Jauh tu” bebel Adam sambil membetul apa ntah. Q memang fail bab enjin ni walaupun amik course mechanical engineering.

“susah-susah, kakak kawin je dengan mekanik, confirm kereta selalu diservis” budak sebelah Adam tu tersengih-sengih. Idea merapu sungguh.

Agak lama juga Adam membetulkan baru enjin dapat dihidupkan. Q ushar jam ditangan. 9.25 pagi. Lambat dah nak ke kilang.

“dah ok ke?”

“ni setakat boleh hidup je, nak kena bawa balik ke bengkel dulu.”

“lama ke?”

“tengok la apa yang rosaknya, saya tak boleh nak jamin. Paling cepat pun esok petang”

Q dah garu kepala. Hari ni baru selasa. Macam mana nak pergi kerja esok.“bengkel awak kat mana?” apa-apa pun kena hantar buah hati ni gi repair dulu.

“kat Perda. Awak drive kereta, saya follow kat belakang k” tak banyak soal, Q terus memandu ke kawasan Perda. Kemudian Adam menunjuk jalan ke bengkelnya.

Sampai dibengkel, ada 3 orang lelaki sedang bersarapan didalam. Bengkel masih belum dibuka. Q dah serabut pikir macam mana nak balik. Telefon dicapai. Duk memikir sapa yang perlu dihubungi. Along dah ke Seremban semalam, abah dengan ummi ke Sungai Petani pagi tadi. Harapan yang tinggal Cuma Haq. Walaupun takut kenangkan kena naik motor, terpaksa jugak telefon budak tu.

Lama juga baru terdengar suara Haq berbisik “orang tengah kuliah ni angah. Nak pa?”

“lambat lagi ke?”

“hari straight sampai kul 1.pasai pa?”

“kereta angah rosak kat depan hospital tadi, dah tarik gi bengkel. Ni angah nak balik dengan apa? Haq mai amik angah boleh tak?”

“boleh, tapi lambat la. Larat ka nak tunggu?” Q pandang jam. Mau 3 jam jugak kalau nak tunggu Haq.

“terpaksa la, angah mana reti naik bas”

“angah ada mana ni?”

“Bandar Perda”

“ada je bas lalu kat situ,tapi kena naik g BM tak pun Jetty la. Baru boleh dapat bas balik rumah”

“takpe la, angah tunggu Haq. Nanti sesat Haq bising lagi” Q malas nak susahkan diri, nanti sesat lagi teruk Haq bising bila kena gi cari. Cukup la sekali pengalaman naik bas entah ke mana. Haq yang penat round kampung mana ntah cari dia bawa balik.

Lepas suara Haq hilang, Q simpan phone dalam poket. Baru nak keluar kereta, tergejut bila Adam dah berdiri kat tepi pintu.

“saya balik dulu ye, petang esok saya mai amik kereta” cepat-cepat Q capai beg dalam kereta. Nak bergerak ke jalan besar.

“awak nak balik baik apa?”

“naik bas” tipu….. padahal nak g kedai makan kat depan tu je. Duk lepak sambil tunggu Haq.

“tak takut sesat?” Q tunduk pandang tar, nampak sangat yang Adam dengar perbualan dia dengan Haq. Kantoi.

“jom, saya hantar balik”

“ha?????”

“jom la”

“naik apa?” soal Q bila nampak motor je kat situ. Jangan Adam cakap naik motor cukup.

“motor la” kan dah cakap.

“takpe la Adam,saya balik sendiri. Saya ni fobia sikit naik motor” Adam pandang muka Q.pelik je dengar ayat Q, fobia. Sebab kemalangan dulu ke?

Nak mampus naik dengan mamat ni. Dengan Haq yang naik RXZ tu boleh la nak peluk kuat mana pun. Ni dengan Adam, aku nak pegang kat mana? Mau keras dia gelak kalau dengar aku mengaji kat belakang dia nanti.

“jap ye” terus Adam berlalu. Tak lama kemudian Adam datang semula. “jom”

“takpe la, betul saya boleh naik bas”

“nanti sesat lagi susah, dengan beg awak yang berat tu lagi” mata Adam memandang pada beg laptop Q.

“tak menyusahkan ke?”

“kalau tadi memang la tak, sekarang ni memang menyusahkan la sebab saya kena pinjam kereta orang nak hantar awak. Saya ni orang susah, ada motor je, awak lak tak nak naik”

“maaf”

“takde apa la, saya gurau je. Dah, jom” mereka menuju ke arah kereta kelisa dibawah pokok ceri.

Sampai depan rumah Q, Adam terus keluar dari kereta. Nak kejar Q yang dah menonong masuk ke rumah lepas cakap terima kasih.

“Q…..”

“ada pa?”

“number phone awak. Nanti senang saya bagitau bila kereta awak boleh amik” ayat cover bila nak minta nombor telefon kakak sorang ni.

“012-5987693”

“ok.Assalamualaikum”


Mahadzir dan Safuan memandang Adam yang melangkah ke dalam pejabat di bengkel itu. Muka tak payah cerita la, ceria sesangat. Dah macam menang loteri je.

“woi pakcik, kot iya pun dah angau jangan la sampai tak buat kerja dah. Kesian kat kak long tu esok kalau kereta dia tak siap” tegur Ajet bila melangkah ke pejabat tu nampak Adam duk sengeh sorang-sorang tenung handphone.

“jap lagi aku buat la”

“sapa nama kak long tu? Hang dah lama kenai ka?”

“Q….budak yang aku langgar masa kat KL dulu. Ingat tak masa aku try kereta tetiba ada motor menyelit kat tepi. Lepas tu sekali dengan aku kena lepak kat hospital sehari”

“dia ke?.....patut la hang angau teruk dulu. Comey”

“dia dah ada balak la. Dah nak kawin rasanya. Setakat nak buat kawan boleh la”

“ok la tu, mana tau ada rezeki. Tak salah kan?”

“dah la, mengarut je. Aku nak gi wat keje” Adam bangun menuju ke stor, baju yang dipakai tadi ditukar. Kerja dulu, balik rumah nanti baru sambung angau.

*-*-*-**-*-

“Abah tolong hantarkan angah ke bandar Perda jap boleh?” soal Q pada Hj Umar yang sedang memotong ranting bunga kertas dihalaman.

Q yang baru sampai rumah, duduk di atas tangga. Memandang Hj Umar. Harap-harap abah nak hantar.

“bila?”

“jap lagi, angah naik salin baju jap lepas tu kita gi”

“dah nak maghrib ni, abah ada janji dengan Pak Zahid nak bawa dia ke masjid Sungai Puyu. Ada ceramah kat sana. Angah ajak Haq la”

“ala abah, nak sampai rumah ni pun penat dah angah baca doa”

“abah dah janji dengan orang angah” Q dah tau sangat dengan perangai Hj Umar, kalau dah janji tu memang susah la dia nak batalkan selagi takde aralnya.

“dah tu, angah nak gi dengan sapa?”

“ajak Haq la, dekat je kan. Baru sepuluh kali angah baca Al-Fatihah dah sampai” Q dah tarik muka bila dengar Hj Umar perli dia.

“ye lah,……….Haq, jap lagi hantar angah tau” Haq yang duk bagi makan ayam Cuma mengangguk. Tak kisah sebab nanti angah penuhkan tangki minyak motor dia.

Setengah jam kemudian, Q turun. “balik terus lepas ambil kereta” pesan Hj Umar

“ye bah”

“bawa motor tu pelan-pelan sikit.jangan dak ingat nak laju ja” Haq dah kena tegur. Sayang juga Hj Umar kat anak dara dia yang trauma ni.

Lepas je dari kawasan kampung, Haq dah lupa pesan abah. Motor dipecut selagi boleh. Q dah peluk rapat pinggang Haq. “slow la skit Haq. Hang nak bunuh angah ke apa?”

“nanti lambat sampai la ngah. Orang ada janji lagi malam ni” Q dah malas nak cakap, Haq ni memang. Terus je dia pegang Haq sambil mulut terus berzikir. Cepat la sampai.

Turun je dari motor, terus Q cubit tangan Haq. Tadi tak berani nak buat takut jatuh motor. Geram betul dengan Haq yang menyelit-nyelit tengah jalan tadi. Semput nafas Q.

“apa ni ngah. Sakit la”

“tau pun sakit, yang hang duk nyelit sikit pun tak de rasa takut. Angah kat belakang yang sakit jantung tau. Hang memang nak bagi angah mati”

“ala, sikit je pun. Tu pun nak emo”

“emo tak emo. Angah tak bagi duit elaun bulan ni” ugut Q pada Haq.

“apa pulak macam tu”

“duit angah, suka”

“Q?” tegur orang kat belakang. Tak sempat Q nak mengugut Haq. Q kalih belakang, berkerut dahi duk pikir macam mana lelaki tu kenal dia.

Ajet dah nak tergelak tengok muka blur Q. tapi terpaksa tahan sebab tak nak Q terasa hati. Yang Adam pulak boleh pulak jeles tengok Q datang naik motor sampai tak nak keluar dari pejabat. Dia la yang kena layan Q.

“Haq tunggu sampai angah siap, kita balik sekali” Q bersuara bila tengok Haq dah start motor.

“nak amik kereta” Ajet angguk kepala. Membawa Q ke pejabat. Kalau bab bayaran, memang Mila yang handle semua.

“berapa dik?” Q senyum comey kat budak perempuan tu. Ayu je. Macam mana la boleh kerja kat bengkel ni.

“RM75 kak” Mila hulur resit pada Q. tak banyak soal Q hulur dua keping note 50. Ajet kat belakang dah tergejut beruk, biar benar la si Adam ni. Mende apa yang dia repair kena 75 hengget je? Selalu kalau servis je pun dah cecah 100. kes angau tak sudah la ni. Lepas je bayar dan dapat kunci terus Q berlalu. Kalau boleh dia tak nak terjumpa dengan Adam.

“jom Haq”


*-*-*-*-*-
“keluar la, dia dah balik” Adam wat pekak. Terus merenung Mila yang duk sibuk menekan calculator diluar. Nampak macam merenung Mila padahal duk terbayang lagi Q yang berdiri depan Mila tadi.

“tu adik dia la, dia duk cakap angah-angah dengan budak tu. Lagi satu, bukan dia duk bermesra kat depan ni, dia duk cubit budak sebab bawa laju. Pucat gila muka dia masa baru turun motor tadi. Betul la dia memang trauma dengan motor ni. Rugi je hang, tak leh tengok awek tu live”

Adam diam je. Nyesal la pulak duk wat tanggapan sendiri. Tapi yang dia nak emo macam Q tu awek dia apasal?. Terus Adam bangun.

“balik jom, dah malam dah ni. Tutup je bengkel”

“ewah-ewah, habis layan emo boleh pulak suruh orang tutup kedai. Hello encik Adam, hari ni giliran hang tunggu sampai semua orang balik. Hang yang kena kunci kedai”

“esok je la aku tunggu, hari ni aku nak balik awal. Blah dulu” terus je dia pecut ke rumah sewa. Ajet hanya menggeleng dengan kelakuan pelik Adam.

0 comments:

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....