CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 20, 2011

~kau ilhamku~ 11

~iklan kejap~
buat yang follow cerita ni, sorry ye lama takde update. dah bertahun rasanya, ini yg boleh dipost setakat ni... moga terubat rindu pada Cah & Ad...enjoy reading

“Ada apa ni mak? Muncung panjang budak kecik tu?” soal Affan yang baru balik dari rumah mertuanya. Usikan pada Aisyah tak bersambut membuatkan dia hairan.
“Bab apa lagi yang boleh buat muka dia masam macam tu?”
“Siapa pulak yang meminang kali ni?” Affan dah dapat tangkap jalan cerita bila Puan Rokiah bertanya soalan itu. Memang muka muncung tu yang satu rumah kena tengok bila ada orang datang merisik. Entah apa kena dengan adik bongsu dia ni kalau masuk bab orang masuk meminang.
“Angah cuba la teka”
“Ntah la. Acik mana ada kawan dengan siapa pun. Si Ad tu je yang rapat dengan dia. Takkan Ad kot?”
“Dialah. Tu yang muncung sedepa tu”
“Eh, bukan dia kenal sangat ke dengan Ad tu. Nak muncung kenapa pulak? Ingatkan dia nak buat joget lambak ke poco-poco bila Ad masuk meminang”
“Dia kata pelik. Tak boleh nak kawin dengan Ad”
“Dah tu, tolak je la. Apa yang susah?”
“Abah suruh dia fikir sendiri. Bagi keputusan yang boleh bahagiakan dia. Tu yang muncung tu. Ikut dia, nak terima je kalau mak dengan abah terima.Bukan Angah tak kenal dengan perangai dia tu”
“Manja la budak kecik tu”
“Adik kamu jugak. Salah siapa yang selalu mengikut dia dari kecik?”
“Salah Along la mak. Manjakan sangat adik tu”
“Along je? Kamu tak?” soal Mak Kiah pada Affan yang duduk disebelah Aisyah.
“Mana ada mak”
“Tak mengaku pulak. Habis siapa yang selalu mengikut cakap dia selama ni?”
“Along la tu.Salahkan Along mak”
“Kamu pun salah jugak.”
“Mana ada. Ngahkan suka buli dia je”
“Apa aje la Ngah. Janji kamu pujuk adik kamu supaya kahwin, sampai bila nak hidup sorang-sorang? Mak dengan abah ni bukannya nak tongkat langit. Entah esok lusa dah pejam mata. Risau kami kalau tak ada orang tengokkan dia”
“jangan la cakap macam tu mak. Nanti ada la jodoh dia tu. Kita paksa pun tak guna. Takut dia tak bahagia nanti”
“Tengok, kamu, Umar dengan abah kamu ni sama je kalau masuk hal ni. Semua nak menangkan budak manja tu. Tu pasal dia tak kahwin sampai sekarang”
“Mak, jodoh pertemuan ditangan Tuhan mak. Mak lupa ke?”
Terdiam Mak Kiah mendengar ayat terakhir Affan. Mungkin dia terlalu emosi bila memikirkan jodoh untuk anak perempuan tunggalnya. Anak dara orang lain semua dah selamat berkahwin, paling kurang pun bertunang. Tapi Aishah, jangankan bertunang kawan yang boleh dibuat calon pun tak ada.
“Biar Acik buat keputusan dia sendiri ye mak. Kita doakan dia ye, moga terbuka pintu hati nak terima Azhar. Kalau bukan dengan Ad pun tak apa asalkan dia kahwin” lembut Affan menutur.
“Iyalah”




*-**-*-*

Umar memandang langkah kawan-kawan seangkatan yang bergerak ke haluan masing-masing. Dia masih lagi duduk dikerusi batu berhadapan dengan pintu masuk pejabat operasi. Menanti adik kesayangan yang belum tiba.
Mengenangkan Aisyah, hatinya selalu belas dengan nasib adik bongsunya itu. Entah kenapa Aisyah sering menjadi buah mulut orang kampung walaupun jarang benar adiknya bercampur dengan budak-budak kampung yang lain. Apatah lagi menimbulkan masalah. Cuma jodohnya sedikit lambat. Itu sahaja.
Sampaikan isu Aisyah putus tunang pun, menjadi berita hangat hampir sebulan. Salahkah andai adiknya masih belum berkahwin pada penghujung dua0an?
“Uiiit………jauhnya menung? Dah sampai ke mana? Belayar balik ke Timur Tengah balik ke?” Umar mengalih pandang pada suara yang menegurnya, Khairul Hafiz sudah melabuh duduk disebelahnya.
“Apasal tak balik lagi? Selalunya kau la yang paling awal hilang. Ke nak tumpang aku balik? Tapi kena tunggu sampai pukul 7 la, aku kena tunggu report kapten dulu, siapkan semua baru boleh balik. Nanti kalau duit gaji korang tak masuk, ada la yang nak bakar office aku”
“Aku tunggu adik aku. Biasa la petang-petang macam ni lambat sikit budak tu nak sampai sini. Jalankan jammed teruk masa-masa ni”
“Rajin adik kau datang ambil”
“Dia ada masalah la tu, kalau tidak jangan harap la dia nak drive tengah-tengah pick hour ni mai amik aku.”
“Adik kau yang mana ni?”
“Yang mana lagi kalau bukan budak comot tu, kau ingat si Affan tu nak ke datang ambik aku kalau aku tak paksa?”
“Ohhhhh….adik yang kau sibuk nak kenalkan dekat Shakir tu?” soal Khairul Hafiz inginkan kepastian. Takut jugak tersalah nanti. Dia pun bukan ingat sangat cerita sebulan yang lepas.
“Ye la, aku ni kan ada sorang je adik perempuan”
“Cantik tak?”
“Kan aku panggil budak comot, mana nak cantiknya………. Apasal? Kau berminat ke? Aku boleh je nak kenalkan kat kau. Aku ni jenis tak memilih bakal adik ipar, asalkan sayangkan dia aku ok je. Kau pun ok jugak kalau nak dijadikan calon”
“Aku kena cari hati aku dulu…….lepas tu baru boleh nak jatuh cinta. Nak ke adik kau tunggu? Aku tak tau bila nak jumpa hati aku tu”
“Lantak kau la, susah bercakap dengan orang bijak ni, banyak sangat autanya ……… ehhhh aku gerak dulu. Budak tu dah sampai” Umar dah bangun bila nampak kereta Aisyah masuk ke kawasan port. Tak boleh berlengah dah kalau nampak muka blur Aisyah. Nanti makin masam la muka cik kak sorang tu kalau dia duduk bersembang lagi dengan Khairul Hafiz.
“Kirim salam ye dekat dia”
“Nak jugak tu” Khairul Hafiz tayang peace pada Umar. Saja suka-suka. Bukan ada niat apa pun. Tak salah nak kirim salam dekat saudara seislam kan. Dan kalau tersangkut pun ok jugak. Mana tau ada jodoh.


Muka along dipandang penuh harapan. Berharap sangat along ada jalan penyelesaian untuk masalahnya. Tapi bila tengok along asyik dengan mee goreng mamak dia, memang mulut dah tak boleh nak sabar. Dah la kena gi amik dekat port yang memang tak best tu. Jauh pulak.
“Takkan diam je long? Bagi la jalan, Acik dah blank ni. Dah bagi makan pun takkan takde idea bernas yang timbul kot ” muka Along yang berkerut-kerut kepanasan ditatap. Tadi nak bercerita masalah, Along suruh belanja makan dulu, takut tak de idea nak bagi kalau perut lapar. Ni dah nak habis sepinggan, idea tak keluar-keluar jugak. Mula la makcik nak amuk satu kedai.
“Terima je la. Ok apa Acik dengan Ad. Macam core dengan cavity je. Memang sesuai bebenar. Padan dan sesuai. Lekat elok je”
“Tak nak la, Acik mana cinta kat Ad tu, nanti kalau kawin dengan dia hari-hari pinggan mangkuk terbang. Asyik bergaduh je, Along jugak yang selalu kata kita orang ni macam anjing dengan kucing kalau berjumpa. Mana boleh duduk sekali”
“Tak la, Ad tu sayang Acik. Mesti lepas kawin ni dia dah tak usik Acik dah. Confirm tak bergaduh punya. Jadi macam belangkas pulak”
“Apasal semua orang cakap macam tu?......Abah pun cakap yang Ad tu sayangkan Acik. Kitaorang mana ada apa-apa.”
“Percaya la cakap along, Ad memang sayangkan Acik, terima aje la. Dapat juga Along adik ipar. Satu kepala pulak tu. I like ”
“Senangnya cakap” rungut Aisyah bila selambe je Umar keluarkan pendapat. Tak puas hati langsung.
“Memang senang pun, Acik dah memang takde orang lagi. Ad pulak dah hilang Ain, so memang korang boleh kawin pun. Acik je yang duk buat serabut kepala sendiri. Dah, balik ni bagi tau abah yang Acik terima” Umar dah tolong buat keputusan untuk Aisyah.
“Macam tu je?”
“Dah tu nak macammana lagi? Bukan kena buat pengiraan pun, just minta petunjuk dari Allah je, lepas tu yakin dengan keputusan tu” Aisyah garu kepala yang tak gatal. Memang blank. Apasal bab jodoh ni lagi susah dari soalan final exam untuk subject termo? Takde rumus ke yang boleh digunakan untuk tentukan jodoh macam kita buat pengiraan nak tentukan daya ricih dalam bendalir? Pening la……ke kena try an error sebab enginner adalah orang yang berani memcuba bak kata Encik Zubil. Tapi kalau cuba bab jodoh ni, memang dia tak berani.
“Dah wat solat istiqarah belum?” Umar kembali bersuara bila melihat muka ketat Aisyah. Faham sangat yang Aisyah tak boleh nak terima cadangan tadi.
“Tak berani” perlahan Aisyah menjawab. Takut suara Umar makin kuat membentang segala hujah dan fakta.
“Apasal pulak? Acik ni bukannya muda lagi. Kawan-kawan Acik semua dah kilik anak sendiri, Acik je yang duk usung anak buah. Abah kata apa?”
“Terpulang…..sebab abah rasa bersalah pasal Imran, dia dah tak nak wat keputusan. Dia suruh Acik fikir sendiri. Dia kata Acik dah boleh fikir sendiri”
“Betul la cakap abah tu. Habis tu sekarang apa keputusan Acik?”
“Tak tau”
“Tak tau????????. Tak tau tu mana ada dalam skema jawapan. Wat istiqarah la Acik” Aisyah pandang muka Umar. Berat je nak buat cadangan Umar tu, macammana kalau bukan muka Azhar yang timbul? Abah dengan mak mesti kecewa lak nanti. Dan mana nak cari orang yang tertimbul tu? Tu pun kalau timbul la. Kalau tenggelam terus lagi haru. Nak bagi alasan apa pulak dekat Azhar?
“Tak payah nak fikir pasal mak dengan abah, yang penting kebahagian Acik. Mak dengan abah Cuma nak tengok Acik bahagia. Along pun harapkan benda yang sama tak kira dengan sapa Acik kawin. Acik satu-satunya adik perempuan Along, Along sayang Acik. Buat keputusan yang boleh membahagiakan Acik” perlahan Umar bersuara, bagaikan dapat membaca apa yang Aisyah fikirkan.
“Thanks Along sebab selalu ada dekat dengan Acik bila Acik perlukan tempat bersandar”
“Along memang selalu ada dekat Acik tapi lagi bahagia kalau ada suami tempat Acik bersandar dan bermanja” lembut Umar berbicara pada Aisyah yang merenung lalu lintas dihadapan kedai.

3 comments:

Hafia Hana said...

haahha
cah kawen ngan khairul kn..
cpt la sambung

miznza84 said...

wah...akhirnya..
thanks sis 4 the n3..

jgn lupa sambung cite "DIA" jugak ya..

MaY_LiN said...

alahai...
xsabar nak tgg sapa pilihan cah

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....