CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 21, 2011

~dia - 9~

Nombor telefon Pak Rahman didail. Lama menanti sebelum panggilan berjawab. Ayah ni selalu malas nak jawab call.
“yah, Ira ni”
“Oh, ada apa call ayah ni? Balik lambat lagi?” soal Pak Rahman. Selalunya bila kena kerja overtime je Athirah call ke rumah. Sampai ayah pun dah boleh agak.
“tak, nak bagi tau malam ni Ira tak balik rumah”
“oh, takpe la kalau macam tu. Ayah ok je duk sorang-sorang” selamba Pak Rahman menjawab.
“ayah tak nak tanya kenapa Ira tak balik ke?”
“tak payah la. Ok. Ayah nak sambung tengok gerak khas ni. Assalamualaikum” panggilan diputuskan oleh Pak Rahman. Athirah memandang geram pada telefon mahal pakcik ni. Nasib baik telefon orang, kalau telefon sendiri mesti dah kena campak ke belakang.
Boleh Pak Rahman tak tanya langsung ke mana dia nak tidur bila tak balik. Sibuk dengan gerak khas dia je. Anak sendiri macam tak penting pulak. Drama bersiri yang tak pernah nampak jalan nak habis tu jugak yang difikirkan.
“ayah cakap apa?” soal Fikri bila Athirah membisu lepas berbual dengan bapa mertuanya. Muka pun dah masam. Pelik.
“tak kata apa”
“ok la tu”
“ayah tu macam tak risau je” rungut Athirah.
“memang la dia tak risau”
“kenapa pulak?” soal Athirah bodoh. Memang tak faham dengan maksud yang cuba disampaikan oleh Fikri.
“Ira call ayah guna phone abang, ayah tu guna handphone sayang. Mesti la dia tau Ira ada dengan abang. So apa point dia nak risau lagi?” terang Fikri perlahan.
Hidung digosok laju. Geram je bila dengar jawapan Fikri. Kenapa la dia tak terfikir langsung pasal tu tadi? Patut la senang hati je pakcik ni bagi dia guna telefon. Ada motif rupanya. Kenapa kepala lambat sangat nak pick up tadi.
“tak payah la nak gosok hidung tu. Tertanggal nanti susah pulak abang nak kena cari ganti yang matching”
“sapa suruh cari?”
“tak ada sapa suruh tapi abang tak sampai hati la nak tengok wife abang tak ada hidung. Nak bernafas macam mana nanti. Nak bagi pinjam hidung abang nampak macam tak match je”
“merapu je cakap” geram Athirah dengar alasan Fikri. Tapi memang tak match pun sebab hidung pakcik tu mancung sangat. Tak sesuai langsung dengan muka comel dia.
“mana ada merapu, betul la”
Athirah buat pekak. Malas nak layan penyakit merapu Fikri. Nanti dia jugak yang terkena. Pakcik ni memang banyak modal nak kenakan dia. Dah macam ambil alih perangai lama dia yang suka kenakan orang.


Masuk ke dalam rumah, Athirah terpaku melihat keadaan rumah suami tersayang. Dia ni duduk ke menyemak? Segala macam benda ada dekat ruang tamu ni. Memang tak boleh bayang keadaan tempat lain dah. Gerun bila benda yang pertama dia tengok dah macam ni.
“apa yang berdiri dekat situ je? Jom abang tunjukkan bilik”
“ha?”
“jom abang tunjukkan bilik. Yang terpegun sangat ni kenapa? Rumah abang cantik sangat?”
“cantik sangat rumah ni, tu pasal terkedu kejap”
Fikri dah tergelak dengar jawapan Athirah. Perli la tu. Memang rumah terlebih semak seminggu ni. Tak sempat nak kemas lepas cari cover note insurans hari tu. Dah macam kena tsunami dah. Semua benda dah berlonggok di ruang tamu. Sampai tin biskut pun boleh ada atas rak tv.
“sebab cantik la abang ajak Ira balik sini. Tolong buat apa yang patut”
“nak buat apa?” soal Athirah bodoh.
“tak apa, kejap lagi abang bagi full explaination. Sekarang Ira gi masuk mandi, tukar baju dulu. Dah berbau dah tu”
“bilik mana nak masuk ni?” soal Athirah bila berdiri diantara dua pintu bilik.
“yang belah kanan Ira tu”

Masuk dalam bilik, sekali lagi Athirah terpegun. Kali ni bukan sebab semak tapi bersih dan kemas sungguh. Berbeza sungguh keadaan ruang tamu dengan bilik pakcik ni.
“ni apasal lak jadi tugu depan pintu ni? Terkedu kenapa pulak?” hairan Fikri melihat Athirah berdiri didepan pintu masuk ke biliknya.
“tak ada apa”
“baju dengan towel ada dalam almari. Ira ambil sendiri ye”
“oh, ok”
“kenapa?” soal Fikri bila Athirah masih terpacak di tempat yang sama.
“tak ada apa”
“gi la mandi dulu. Tak payah duk fikir pasal rumah abang yang cantik ni”
Pantas Athirah bergerak ke almari, mengeluarkan tuala dan baju. Buat tau macam rumah sendiri. Kemudian berlalu ke bilik air. Dah berlengas satu badan. Takkan nak buat jual mahal lagi.


Siap mandi dan solat, Athirah berlalu ke ruang tamu. Memang dari dalam bilik air lagi kepala duk memikir apa yang nak dibuat dengan ruangan itu.
Segala cawan, mug dan peralatan yang sepatutnya berada didapur, dikutip dan dibawa ke dapur. Dicuci dan di keringkan. Kemudian dia kedepan semula, Kain baju yang berlonggok di atas sofa, ditarik ke lantai. Dia duduk melipat kain baju basahan Fikri. Yang kemeja dan slack diasingkan. Mesti nak kena seterika.
Siap melipat, dia mencapai majalah dan kertas entah apa-apa yang berselerak di atas meja kopi. Diteliti sebelum diasingkan.
Fikri memandang Athirah yang tekun meneliti kertas ditangan. Senyuman terukir dibibir melihat ruang tamu sudah kembali kepada asal. Kemas dan bersih. Dan senyuman makin lebar bila melihat Athirah juga berada disitu. Terasa lengkap hidupya malam ini dengan kehadiran Athirah.
“dah siap kemas? Nak abang tolong apa-apa?” soal Fikri, menghampiri Athirah yang duduk bersila dilantai.
“tak payah la. Dah siap pun. Just simpan sendiri semua benda ni. Saya tak tau nak letak mana” segala macam dokumen penting termasuk sijil nikah mereka disuakan pada Fikri.
“thanks sayang. Duduk sini terus la. Confirm rumah kita dah tak jadi kapal karam dah”
Athirah pandang muka Fikri. Tak percaya pulak dengar pakcik ni cakap macam tu. Rumah kita? Sejak bila dia ada share dalam rumah ni? Apasal la pakcik ni tiba-tiba jadi baik macamni lepas kahwin? Tersampuk apa? Tapi nak tanya rasa macam tak patut sangat. Jadi layan saja selagi boleh.
“apasal tengok muka abang macam tu?”
“takde apa” pandangan dihalakan pada tv yang kelam.
“esok abang hantar Ira pergi kerja, balik kita ambil barang lepas tu terus balik rumah abah, pagi boleh gerak ke Johor”
“tak nak rest dulu ke?”
“tak payah kot”
“ok”
“jom….” Ajak Fikri
“nak pi mana?” hairan Athirah.
“tido la sayang. Dah pukul satu pagi ni. Esok kerja lagi”
“aha, ok” perlahan je. Kalau boleh nak elak bab kena masuk bilik sekali dengan pakcik ni.
“jom cepat” fikri dah tunggu sebelah.
“awak pergi masuk dulu. Nak ke dapur kejap”
“nak buat lagi kat dapur tu?”
“abang pergi la masuk tidur dulu. Kejap lagi orang masuk”
Fikri melangkah ke dalam bilik. Dah pagi benar kalau nak ajak Athirah berlawan cakap lagi. Masing-masing pun dah letih.


“nak singgah R&R tak?” soalan dari Fikri membuatkan mata yang dah betul-betul layu kembali terbuka luas. Sejak mula bertolak dari tol Juru tadi, asal nak jumpa R&R je mesti ayat yang sama keluar. Bak kata Adibah Noor, nak kena rakam dalam kaset dah. Senang nak rewind je bila orang tanya.

Melihat Athirah hanya menggeleng, Fikri meneruskan pemanduan“kita singgah dekat Ipoh kejap ye, abang nak sembahyang Jumaat dulu. Rasa pelik pulak kalau tak pergi ni. Takpe ke Ira tunggu dalam kereta kejap?”

“takde hal la” Fikri tersenyum dengar jawapan Athirah. Mendengar kata sungguh la cik kak sorang ni. Hilang terus kaki melawan zaman sekolah dulu. Sekarang ni semua arahan diterima dengan senang hati je.

Ketika Fikri menghampiri kereta, Athirah sudah terlentok ke cermin. Mengantuk la tu. Orang suruh tidur dari tadi lagi tapi tak nak. Kan dah terlena. Comel je tengok cik kak tu tidur. Dekat 15 minit jugak dia memerhati sebelum Athirah terjaga.

“apasal tak gerak orang? Lama dah ke masuk dalam kereta?” soal Athirah bila membuka mata terpandang Fikri disisi. Jam ditangan dikerling sekilas. Dah 2.30 petang. Pukul berapa la nak sampai Johor ni? Buat malu je kena ushar masa terlentok. Nasib baik tak de terbuat peta. Kalau tidak mesti saham lagi merudum jatuh.

“saja”

“boleh jawab saja…. Dah la, jom gerak. Nanti lambat pulak sampai Skudai”

“confirm kita sampai malam punya.” Selamba Fikri menjawab. Athirah buat tak dengar. Gila la pakcik ni. Kalau sampai malam, tak sempat la nak jumpa dengan geng yang dah confirm sampai petang ni. Berubah habis jadual bersama kawan-kawan sejak kahwin dengan pakcik ni.



Suasana sunyi ketika melintasi kawasan Sepang. Athirah menoleh pada Fikri yang senyap memandu. Kesian pulak tengok muka letih pakcik tu. Mesti sibuk kena siapkan kerja sebelum ambil cuti ni. Lepas tu kena memandu sepanjang perjalanan.

“jumpa R&R nanti berhenti la. Biar orang pulak yang drive” Athirah dah offer diri. Apa susah nak drive CRV pakcik ni. Autokan. Tekan minyak je. Bukan macam Wira Pak Man yang manual tu. Lenguh duk main clutch dengan gear tiap kali memandu ke kilang kalau hari hujan.

“tak payah la, abang ok lagi. Selalu dah drive long distance ni” tolak Fikri lembut “tapi kalau Ira nak drive pun ok jugak, boleh abang nak bermanja” tiba-tiba Fikri menukar jawapan. Dasar tak tetap pendirian sungguh.

“takpe, takpe. Orang tak nak drive.” Kelam kabut Athirah menolak. Seriau ok. Lagi selamat kalau pakcik ni yang drive. Takde lah tangan dia nak merayau lebih-lebih.

“taknak pulak. Abang baru je nak relaxkan mata kejap. Ira drive ye” lembut Fikri bersuara. Siap picit batang hidung nak tunjuk mata yang letih kesan memandu yang lama. Taktik je semua tu…. Drama..drama.

“yelah” perlahan Athirah mengiakan. Mati la.

5 comments:

NJ said...

sweeeeeeeeeetttttt!!!!!!!
ske jek....

MaY_LiN said...

ai..
nak bermanja ya

yAyA said...

best2..nk lg eh..:))

sinichies_girl88 said...

sambung lagi.....
best.....
:)

miznza84 said...

best... masakla ira kena drive pasni sbb husband tersayang mesti dah ada plan nk manja2 ngan dia..
sambung lagi sis..

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....