CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 28, 2011

~mATahARi MaLAm - 5~

Puan Sakinah merenung anak lelakinya yang sejak tadi termenung di ruang tamu. Tenggelam jauh dalam dunia sendiri. Dia melangkah menghampiri Iqmal. Duduk disebelah Iqmal. Memerhati wajah yang sentiasa dekat dengan hatinya. Kadang kala timbul perasaan kasihan melihat nasib Iqmal sekarang.
“Mal, menung je dari tadi mama tengok. Ada masalah apa?” sapa Puan Sakinah perlahan. Membuatkan Iqmal tersentak dari menungan.
“Takdelah ma. Saja duduk mengenang cerita lama”
“Kenapa? Tiba-tiba nak fikir pasal benda yang dah lepas? Selalunya Mal yang marah kalau Mama ungkit cerita lama. Bising-bising cakap mama suka buat Mal susah hati”
“Mal jumpa dia minggu lepas ma” tenang dia menutur. Tahu yang mama boleh diluahkan segalanya. Penasihat paling baik dan berhemah yang pernah dia ada sepanjang hayat.
“Siapa?” soal Puan Sakinah bila tak dapat nak meneka siapa yang dimaksudkan oleh anaknya. Tiba-tiba je cakap dah jumpa. Suka hati betul. Ingat dia nujum pak belalang nak main teka-teka siapa yang Iqmal jumpa.
“Shira” sebaris nama itu membuatkan Puan Sakinah memandang tepat wajah Iqmal.
“Shira? Shahira? Jumpa dekat mana? Dapat cakap dengan dia?” bertalu-talu soalan terbit dari Puan Sakinah. Teruja dengan cerita yang bakal dibawa oleh anaknya.
“Ye Ma. Shahira. Mal je yang cakap, dia dengar je dari mula sampai sudah”
“Kenapa?” soal Puan Sakinah kurang faham.
“Sebab dia ada dalam seminar Mal, so dia dengar je apa yang Mal cakap. Mana boleh membantah. Kalau nak bertanya pun kena minta kebenaran dulu”
“Ya Allah budak ni. Boleh lagi buat main benda macam tu. Mama tanya betul-betul ni. Cakap tak dengan dia?”
“Tak, dia asyik larikan diri je. Sampai ke sudah tak ada peluang nak cakap”
“Dapat tahu dia kerja mana tak?” Iqmal tersenyum nipis. Kad ditangan disuakan pada mamanya. Kad yang diambil dari meja pendaftaran. Atau lebih tepat lagi dicuri dari meja pendaftaran tengahhari itu.
“Dah kerja bagus dia sekarang” komen Puan Sakinah bila menatap kad nama itu. “Mesti makin cantik kan. Dulu pun cantik, sekarang dah kerja mesti lagi pandai bergaya” ucap Puan Sakinah. Mindanya membayangkan wajah yang pernah ditatap dari gambar dalam simpanan Iqmal. Wajah manis yang cukup mendamaikan jiwa.
“Dia dah berubah ma, dah pakai tudung. Mal pun hampir tak kenal dia kalau tak perhati betul-betul”
“Jadi, apa rancangan Mal?”
“Rancangan apa ma?” Iqmal pandang muka Puan Sakinah, kurang faham dengan apa yang dicakapkan oleh mamanya. Nak kena ada rancangan apa?
“Takkan nak pisang berbuah dua kali lagi? Nak biar dia terlepas lagi?. Nak hidup sorang-sorang sampai tua?”
“Mungkin dia dah kahwin ma. Dah lebih sepuluh tahun pun”
“Mal, macam mana dia nak kahwin? Mal pernah terima surat dari mahkamah? Penah dia tuntut fasakh? Tak ada kan. Dia bukan lelaki yang boleh kahwin lebih dari satu. Cuba bercakap macam orang berpelajaran sikit”
“Tapi dah lama ma” sanggah Iqmal perlahan. Sungguh dia jadi kecil bila fikirkan tentang Shahira yang ditemui minggu lepas. Bukan Shahira yang ditinggalkan sebelas tahun dulu. Gadis yang baru menginjak 19 tahun. Kini yang duduk dalam seminar minggu lepas, Shahira yang cukup matang dan bergaya. Jadi mana mampu ditebak apa yang berlaku sepanjang perpisahan mereka.
“Dia tetap isteri Mal. Menantu yang mama tak sempat nak kenal. Mal kena pergi cari dia. Bawa balik ke sini. Entah macam mana dia hidup selama ni.”
“Tapi ma”
“Tak ada tapi-tapinya. Mal yang pandai pergi kahwin dengan dia, tak pernah nak tanya pendapat mama dengan abah dulu. Lepas tu dengan bijaknya, Mal boleh pergi sini dan tinggal dia sorang-sorang dekat sini. Takde nak bagitau dekat kami yang kami dah ada menantu. Tak pernah nak kirim berita dekat dia. Entah macammana hidup dia lepas Mal pergi. Lagi nak mengelak. Sampai bila? Walau apa pun alasan Mal dulu, mama nak Mal bawa dia balik”
“Ma…..”
“Mama nak Mal bawa dia balik. Kesian dia Mal. Mesti susah hidup dia selama ni. Mal dah lupa masa kita pergi rumah keluarga dia dulu, macammana marahnya ayah dia dekat Mal, cuba bayangkan hidup dia lepas Mal pergi. Mal dah dapat yang Mal kejar, dah ada kerjaya yang Mal nak. Dah masanya Mal galas tanggungjawab yang Mal abaikan selama ni. Tebus balik salah Mal pada dia. Bagi dia rasa bahgia berkahwin dengan Mal”
“Entah la ma”
“Jangan mengalah Mal, kalau mama dan abah boleh maaf dan terima apa yang Mal buat dulu Mal kena kuat untuk bawa balik dia untuk kami. Sampai bila nak jadi suami pada isteri yang entah dekat mana. Nak gantung pernikahan kamu ni sampai bila?”
“yelah”
“Jangan mengaku je, kena usaha. Cuba jadi lelaki yang bertanggungjawab sikit” Erat genggaman Puan Sakinah pada Iqmal, berharap mampu mengalirkan semangat buat anak lelakinya itu.
“InsyaAllah ma. Mal akan cuba buat yang terbaik”


“Tolong hantarkan Farish ke sekolah boleh tak Mal? Kak Ngah kena kerja pergi pejabat pagi ni. Mal tak kerjakan hari ni?” soal kakak iparnya yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja.
“Ada apa dekat sekolah hari ni? Bukan cuti ke hari ni?” Iqmal menyoal pelik. Bukan hari ni hari sabtu ke?
“Dia ada game bola sepak. Kak Ngah pun tak sure sangat. Patutnya Abang yang hantarkan tapi dia lagi awal keluar tadi. Boleh ye?”
“Nak kena tunggu ke?”
“Ikut Mal la, tapi Mal kena ambil dia balik jugak, dalam pukul 12 rasanya habis”
“Oklah”
“Thanks Mal. Nanti Kak Ngah belanja makan ye.”
“takde hal. Memang hari ni free pun. Apa salahnya menolong anak saudara sendiri”

“Mal, nak ke mana?” Soal Puan Sakinah bila Iqmal mencapai kunci kereta. Farish sudah menantinya diluar.
“Nak hantar Farish kejap”
“Tak de kerja ke hari ni?”
“Tak. Hari ni jadual Mal kosong”
“Itulah, ada isteri tinggalkan. Kan dah tak tahu nak buat apa. Ini kalau tidak, mesti anak Mal dah dekat sebaya dengan Farish, tak adalah nak hantar anak sedara je, hantar anak sendiri patutnya”
“Ma, please” Iqmal tayang muka sedih. Dah perit telinga kena perli sejak mama mengetahui kewujudan Shahira kembali.
“Bila mama cakap, macam tulah kamu.”
“Mal pergi dulu, Farish dah lambat tu”
“yelah. Ni pukul berapa nak balik?”
“Tak pasti, ingat nak tunggu sampai habis la, tak payah nak ulang alik dua tiga kali. Mama ada nak ajak Mal ke mana-mana ke?”
“Takdelah, mama nak keluar dengan abah nanti. Jadi pandai-pandailah Mal cari makan tengahhari sendiri”
“okey, pergi dulu ma”


Iqmal duduk dibahagian atas stadium. Memandang setiap perlawanan yang berlangsung. Pasukan sekolah Farish hanya akan bermain perlawanan terakhir nanti. Jam hampir pukul sebelah pagi ketika pasukan Farish berbaris ditengah padang. Seronok dia mengikuti perlawanan itu. Lama kelamaan perhatian Iqmal tertarik pada pemain penyerang pasukan lawan Farish. Nampak lain benar pada pandangannya. Matanya tak lekang dari memandang. Entah mengapa dia terasa dekat dengan budak lelaki itu.
Sepuluh minit kemudian dia melihat pasukan lawan berjaya menjaringkan gol. Dan kanak-kanak yang sama menjaringkan gol sebelum ini berjaya menyumbat gol kedua, dan dia menari riang ditengah padang. Membuatkan Iqmal turut tersenyum. Riangnya itu mengingatkan pada si dia yang telah lama ditinggalkan. Si dia yang sangat periang sebelum ini.
Senyuman manis dibibir menghilang bila ternampak kanak-kanak itu dipapah keluar dari padang selepas beberapa minit sepakan bermula. Mata tetap mengikut langkah yang terhenjut-henjut ke tepi padang. Duduk diantara teman-teman yang ramai. Rupanya pelanggaran tadi mencederakan si riang yang berbakat itu.
“Nak cikgu telefon Ibu Adi?”
“Tak payah la. Sikit je, nanti Adi suruh nenek urut”
“Betul?”
“betul” Adi hanya tersenyum. Mana boleh suruh ibu datang, rosaklah plan bercuti yang dah dipersetujui oleh ibu tiga hari lepas. Kan dah janji tak boleh injured. Dia hanya memandang rakan-rakan menamatkan permainan. Melupakan seketika kaki yang terseliuh.
“Paksu, jom balik” ajakan Farish membuatkan Iqmal mengalih pandangan dari budak lelaki yang sedang berjalan perlahan ke arah bas sekolah.
“okey. Kita singgah makan dulu ye, tok ma keluar dating dengan tok wan so takde orang masak lunch untuk kita”
“okey. Pizza ye”
“yelah. Main kalah pun nak demand lagi”
“alah, bukan kalah teruk pun. 2-1 je.”
“Memang la 2-1 je sebab budak striker tu dah injured, kalau tak mesti lagi teruk team Farish kena Paksu rasa”
“tulah, nasib baik Adi tu injured.”
“nama dia Adi ke?”
“iyalah, semua orang panggil dia Adi”
“Kenapa?”
“Tak ada apalah. Dah la, jom balik”

7 comments:

Anonymous said...

eeiii.. tak sabar nak tahu!!! cepat temukan iqmal dengan shira dan adi... tak nak macam sinetron!!!tohyn

MaY_LiN said...

oho..camtu cite nye..
mama memang terbaik la..

miznza84 said...

best2.. makin berdebar ni... tak sabar nk tunggu aqmal tau adi tu anak dia... smbung lagi sis....

Anor said...

best suka sgt sebab ada juga n3 baru.

Kak Sue said...

best lah.... x sabar nak tahu cereta seterusnya... LAYANNNN

fara said...

byknya prsoalan ttg citer ni...
siyes eksaited sgt nk taw..
best2!! smbg lg... =)

aiscream cokolat said...

still jugak nak taw nape Iqmal tinggalkan Shira...meh kite gali lagi dlm2 cite neh...

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....