CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 23, 2009

BAB 4: InDAHnyA TaKDir

Qasedah memandang kawasan sekeliling. Risau andainya ada jiran tetangga yang melihat dia masuk ke dalam rumah Hisham. Inilah masalahnya bila takut untuk menolak ajakan lelaki itu. Sejak berkawan dengan Hisham, terlalu banyak sikap asal Qasedah yang berubah.

“duduklah dlu, Sham nak ke bilik jap. Nak tukar baju”
Q melabuhkan duduk dilantai berhampiran dengan lambakan buku diruang tamu.

“Q, boleh tolong jap tak?” jerit Hisham dari dalam bilik.
“ada apa?” Q masih leka dengan surat khabar 2 minggu lepas.
“masuk la dalam bilik Sham jap ”
“tak nak la, ada apa?”
“meh la masuk jap” dengan berat hati Q melangkah ke dalam bilik Hisham.


“oooo mak engkau” Hisham segera menutup mulut Q yang memang kuat melatah.
“jangan la menjerit sayang”
“awak nak apa ni? Apasal tak pakai baju lagi neh?” soal Q tetapi matanya di larikan dari dari tubuh Hisham yang hanya berseluar jeans.
“awak sayang saya tak?”
“kan dah lama kita kawan. Kalau saya tak sayang awak dah lama saya tinggalkan awak ”
“kalau sayang, boleh tak awak buktikan pada saya?”
“nak buktikan mende?” Q sudah berundur bila Hisham semakin dekat dengan tempat dia berdiri. “kan selama ni saya dah tolong buatkan assignment awak”
“bukan tu la sayang, ………….” Perlahan Hisham mendekati Q, meraih tubuh kecil itu ke dalam pelukan.
“apa ni Sham?...jangan la buat macam neh” memang la selama ni, diaorang keluar jejalan berpegangan tangan. Tapi setakat pegang tangan je la. Hisham tak penah pulak melepasi had.
“Sham Cuma nak tunjukkan sayang Sham pada Q” dan entah mengapa Q merelakan tindakan Hisham seterusnya. Hatinya seakan tidak tahu membantah. Dia membiarkan saja bibir Hisham bermain disekitar mukanya kemudian turun ke leher dan Q memejam mata rapat………….


Q kembali memejamkan rapat matanya, enggan melihat keadaan dirinya yang amat memalukan. Hisham disebelah hanya tersenyum puas.
“thanks sayang” Q hanya membisu mendengar tutur Hisham. Otaknya enggan berfungsi sama sekali. Blank+blur+serabut=tak tau nak kata apa.
Lepas 5 minit baru Q bangun menarik cadar katil. Menutup tubuh, dia menyandar pada dinding. ‘Ya Allah, apa yang aku dah buat ni?’ hati kecil Q bertanya…..
“awak sayang saya ke Sham?” soal Q perlahan pada Hisham yang baru sudah mandi. Lelaki itu seperti tidak gentar dengan apa berlaku tadi.
“Q…. awak jangan risau, saya akan bertanggungjawab”
“setakat tanggungjawab je?....tapi dalam hati awak masih ada Asmarina. Saya tak nak Hisham”
“jangan takut Q, saya sayang awak, saya tak kan tinggalkan awak, saya akan bertanggungjawab” ujar Hisham penuh yakin.
“dah lewat neh, saya nak balik asrama. Tolong hantar saya balik” Q menyarung kembali baju kurung yang berada dihujung katil. Memakai tudung ala kadar, kemudian bergerak ke kereta dihadapan rumah. Enggan berfikir lagi.


Sudah 2 minggu peristiwa itu berlaku, dan selama itu hidup Q tak tenang. Apa yang dipelajari semasa di kelas langsung tidak lekat di kepala. Ke kelas pun sekadar untuk memenuhi kedatangan.

Petang itu selepas kelas English, Q melencong ke bilik Anna di blok B.dia perlukan seseorang untuk berkongsi masalah ini.
“kau apa hal? Blur je aku tengok.” Soal Anna sambil menyikat rambut. Minah sorang tu dah lama habis kelas.
“roommate kau mana?”
“dia keluar ke pekan tadi. Malam la baru nampak muka. Apasal neh?”
“aku tak tau nak share dengan sapa. Tapi aku betui-betul dah blur, nak blajaq pun dah tak masuk. Apa lecturer aku cakap pun aku tak paham. Tugasan aku semua tak siap lagi…. Aku tak boleh nak pikir la”
“kau ada masalah apa ni? Selalu kau yang jadi kaunselor aku….cakap la, kalau aku boleh tolong, aku tolong”
“aku dah…………terlanjur dengan Hisham” ujar Q perlahan.
“what?????????” Anna sudah menjerit

0 comments:

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....