CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 23, 2009

Bab 7: INdaHNya TaKDIr

Episode 7

“kak,……salah ke jawapan Q tadi?....pelik ke kalau Q cakap macam tu?” Qasedah sudah bertenggek dihujung meja Mawar.
“agak mengejutkan jugak la” Mawar sudah tersengih-sengih.
“kak,….. apa ni? Cakap macam tu pun boleh jadi benda lawak ke?” geram sungguh bila melihat Mawar yang asyik tersengih.
“apa kata Q balik tempat Q pastu fikir balik macamana hubungan Q dengan Encik Faizul sejak seminggu ni. Ada ke tahap sampai boleh melawak?”
“ntah apa-apa la kak ni….benda macam tu pun boleh jadi lawak ke ” rungut Qasedah perlahan. Dia kembali ke meja kerjanya.




“apasal kau suka sangat usik budak tu Jun?” soal Hakim perlahan. Menu ditangan diselak sambil lewa.
“dia tu cute la, aku suka tengok dia menjawab cakap aku. Comel je”
“kalau betul pun comel, tak kan tiap-tiap hari kau nak usik dia. Buatnya esok dia dah tak tahan, minta resign tak ke haru namanya. Parah aku nak jawab dengan bapak aku. Dia tu dah la staf kesayangan bapak aku”
“habis tu tak kan aku nak sound direct kat dia yang aku syok kat dia. Mau jatuh merudum la saham aku”
“kau layan dia macam kau layan staf lain dah la…lama-lama mesti dia suka kat kau. Lagipun selama ni dia tak de masalah pun dengan staf atau pun bos. Dengan kau je yang bermasalah sangat. Sekali dengan aku sakit kepala”
“dia marah lagi kot pasal aku Tanya dia dah kawin belum hari tu”
“dah kau tu gelojoh sangat, ada ke Tanya soalan macam tu…..kot ia pun dah terdesak jangan la buat macam nak beli barang kat tepi jalan.”
“aku ada 2 bulan je lagi,….. tak sanggup aku nak terima pilihan mak aku tu”
“ok apa Nana tu, sikit punya cun”
“kalau ok, kau je yang ambil.aku bagi free kat kau. Aku tak nak, aku dah berkenan dengan Qasedah Najwa yang comel tu”
“ikut suka kau la….asalkan kau tak buat dia resign aku tak kisah,. Janji semua kerja beres”
“takde hal la bos….aku tau la buat kerja aku”


Kad undangan ke majlis makan malam tahunan syarikat ditangan sudah lembik dipegang oleh Qasedah. Tarikh yang dipilih oleh syarikat betul-betul membuatkan dia dalam delima. Sabtu, 12 Januari. Geram betul, dia baru berangan untuk pulang ke kampung.
“dah tembus belum kad tu” Mawar sudah terpacak disisi mejanya.
“orang tak nak gi la Kak”
“apasal pulak? Ini la peluang nak makan best-best, pakai baju cantik, masuk hotel mewah”
“Q nak balik kampung la. Dah janji dengan along and adik. Kenapa la dia orang buat majlis ni hari sabtu. Buat la hari Jumaat.”
“hellloooooo cik kak, Jumaat kita kerja lagi tau. Minggu depan la balik kampung. Kak Mawar takde kawan la kalau Q tak nak gi”
“minggu ni semua orang balik la kak. Time ni la nak jumpa dengan adik beradik Q”
“pagi ahad balik la. Lagipun Isnin kita cuti”
“kak… Q ni mana ada kereta nak balik suka hati…. Ingat senang ke nak dapat tiket bas hari Ahad”
“kalau macam tu akak hantar Q balik pagi Ahad. Boleh?”
“menyusahkan akak je. 4 jam gak nak sampai Penang tu kak.”
“takpe,….akak hantar. Asalkan Q temankan akak g dinner tu” Qasedah memandang muka Mawar. Kurang percaya bila wanita itu beria-ia mahu menghantar dia ke kampung. Selalunya bukan main berkira lagi bila cerita bab duit minyak dengan tol. Bukan dekat Kuala Lumpur dengan Penang. Beratus jugak la terbang kalau balik dengan kereta.


“siapa couple awak untuk dinner nanti?” soal Faizul ketika Qasedah menghantar lukisan yang memerlukan pengesahannya.
“Encik Hakim”
“kenapa pulak diaorang letak awak dengan Hakim? Saya kena dengan Liana, secetary Hakim tu”
“ok la tu Encik…..kita tukar la pulak. Dah tiap-tiap hari tengok muka Encik, ni g dinner leh la cuci mata sikit, tengok muka orang lain pulak….. ok apa Liana tu, sikit punya cantik” semangat sungguh Qasedah menjawab, padahal tadi penat dia memujuk Zaidi dan Anisah supaya menukar pasangan dia untuk malam itu. Tapi budak berdua tu boleh keluarkan ayat skema:
“keputusan juri adalah muktamad, sebarang surat menyurat tidak akan dilayan”
bengkek betul. Tak boleh dibayangkan langsung pergi majlis dengan bapak singa tu. Duduk makan sebelah menyebelah….
“berangan je kerja awak ni kan……saya tengah cakap dengan awak pun sempat lagi awak terbang ye”
“kalau takde apa-apa orang keluar dulu la. Banyak lagi kerja nak buat” hari ni dia memang takde nafsu langsung untuk bertekak. Kepala dah pening bila pikir kena duduk sebelah bapak singa tu sepanjang malam.
Faizul memandang hairan bila Qasedah hanya diam dan berjalan keluar dari biliknya.
‘aku salah cakap ke?’


“Q… jom g makan”
“malas la kak, Q nak sambung baca neh. Semalam tak sempat nak habiskan”
“novel baru ke? Tajuk apa”
“Biarlah YM Berbicara…..” novel ditangan disuakan pada Mawar.
“ala…balik rumah nanti baca la. Sekarang jom temankan kak makan dulu.”
“Q……”
“Kak Mawar, tak keluar lunch lagi?” soal Faizul yang baru keluar dari biliknya
“nak pergi la neh…..tengah pujuk tuan puteri jap. Sibuk nak membaca pulak masa ni. Dulu masa orang suruh membaca kat sekolah tak nak”
“apa akak ni…. Tu pun nak cakap kat encik Faizul ke? Buat malu je” Qasedah segera menarik Mawar keluar dari pejabat. Novel ditinggalkan diatas meja.



Hampir menangis Qasedah ketika melihat novel yang ditinggalkan di meja tengah hari tadi. Dah la novel tu ada tandatangan penulis. Antara koleksi novel yang dia paling sayang.
“kak…..tengok la sapa punya dengki kat Q neh” novel ditangan disua pada Mawar.
“kenapa? Elok je akak tengok buku ni”
“akak tengok la page 2 tu…..suka ati je tulis macam tu”
“dia tulis apa?”
“akak tengok la sendiri"

0 comments:

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....