CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 4, 2011

~dia - 7~

Keon dah tersenyum bila nampak Fikri berdiri disebelah keretanya. Adalah benda pakcik tu nak kalau awal lagi dah siap menanti.

“kau apahal pakcik? Dah buat part time jadi jaga ka? Tak cukup lagi ka gaji yang dok dapat tiap-tiap bulan?”

“aku tumpang kau balik boleh?” soal Fikri. Soalan Keon yang berjela dibiarkan tak berjawab. Dah biasa sangat dengan ayat-ayat pedas Keon ni.

“kereta kau mana?”

“bagi dekat Ira. Aku susah hati tengok dia pi kerja naik motor”

“ohhhh, orang sayang bini. Nak tumpang tak ada masalah tapi kita kena pi ambil mem aku dulu baru aku hantar kau balik. Boleh?”

“tak da hal. Kalau nak hantar lepas makan malam pun aku lagi suka”

“melampau sungguh. Kesian la sikit dekat wife aku yang letih tu nak kena masak untuk kau lagi. Dah kawin pun takkan duduk asing lagi? Bila nak bawa Ira duduk dengan kau? Ada jugak orang tolong masak bila balik kerja”

“pelan-pelan la. Bukan senang nak pujuk hati yang dah sakitkan. Mana boleh main redah saja. Setakat nak makan tu, aku boleh lagi cari dekat kedai”

“dah tu sampai bila nak tumpang aku ni?”

“sampai khamis. Jumaat aku cuti, nak pi Johor”

“buat apa?”

“honeymoon” selamba Fikri menjawab.

“blah la. Honeymoon konon. Entah bola entah kotak, entah ia entah tidak”

“Ira ada lab. So aku temankan”

“dia study lagi ka? Bukan dia kerja?” Keon dah pelik dengar jawapan Fikri.

“dia sambung buat degree. Dulu belajar sampai dip je. Rajinkan bini aku”

“adoi…parah la orang angau ni…. Duk puji bini sendiri pulak”

“ntah la. Lepas kawin ni baru aku nampak betapa baiknya Ira ni. Dulu dalam kepala duk nampak perangai tiga suku dia je”

“dah dapat trace kenapa dia berubah?” soal Keon. Kembali serius bila Fikri buat tak layan dengan sindirannya.

“belum lagi. Tak de masa nak berbual panjang. Weekend dia busy dengan kelas. Hari lain kalau aku call memanjang bapa mertua aku yang jawab.”

“tu pasal aku suruh ajak dia duduk sekali dengan kau cepat-cepat. Barulah bapak mertua kau tak kena jadi orang tengah”

“aku tengah usahakan la ni”

“baik cepat skit. Barulah anak kita satu kelas nanti”

“macam-macam la kau ni”

“ye la, sekarang baru bulan dua. Cah bersalin dalam bulan lapan. Kalau ada rezeki kau, bulan tiga atau empat Ira pregnant, ujung tahun kau dah dapat anak. Boleh geng dengan aku kan masa daftar sekolah nanti”

“wah, hebat la kau punya planning Keon. Pandang ke depan sungguh”

“mesti la kena planning. Seronok tau tengok wife dah pregnant ni. Duk menghitung hari je bila nak dapat tengok muka anak sendiri. Lagipun aku kesian dekat Cah, alah teruk sangat. Mak aku cakap, kalau nasib baik lepas 4 atau 5 bulan hilang la alah tu. Itu yang aku tak sabar tu. Nak tengok Cah sihat macam dulu”

“sayang sungguh kau dekat Cah kan”

“dia anugerah terbaik dalam hidup aku. Mesti la aku sayang. Aku rasa kau pun sayang Ira sungguh-sungguhkan?”

“kali pertama aku pandang dia lepas pindah sekolah, lepas akad nikah. Terus terpaku, bukan sebab kecantikkan dia walaupun dia memang cantik. Tapi sebab wajah dan pandangan mata dia yang menusuk sampai ke hati aku.”

“pandaikan mak kau cari”

“pandai sangat. Sampai sekarang, Cuma dia dalam hati aku.” Fikri senyum sendiri. “ehhh, mana Cah ni?” soalnya bila dah lima minit menanti diluar kawasan kilang.

“sabar la, kau ingat senang ke Cah nak jalan laju-laju”

“ha tu dia, mak buyung dah keluar”



“ehhh Fik, kau pun ada?” soal Aisyah bila membuka pintu belakang kereta untuk meletakkan beg kerja.

“sayang nak duduk belakang ke?” soal Keon bila Aisyah dah masuk dan duduk dengan selesa.

“takpelah, biar Fik je jadi co-pilot abang. Kereta kau mana Fik?”

“orang sayang bini. Bagi kereta dekat bini pergi kerja” Keon dah tolong jawabkan bagi pihak Fikri.

“ohhh, Ira kerja area ni jugakkan. Kita gi makan ikan bakar nak? Ajak Ira sekali” Aisyah dah bagi cadangan.

“kau je yang call dan ajak dia, kalau aku ajak, dia ada sepuluh alasan nanti” tenang Fikri menjawab.

“hehheehe. Takde hal. Kejap ye” Fikri dan Keon Cuma mendengar perbualan antara Aisyah dan Athirah.

“ok, set. Kita pergi terus ye bang. Ira cakap jumpa dekat sana sebab dia baru nak gerak. Aku dah bagi peluang ni Fik. Pandai-pandai la kau adjust nanti ye”

“kau memang kawan terbaik la Cah”

“tengok la bini sapa” Keon dah tersengih-sengih bila Fikri mencebik padanya

5 comments:

Mahxiauwen said...

Lama betUl tUngGu cite ne, bARU keluar.!bestnye..
Cepat sambung ekk kak!he:-)

~ZYX~ said...

suke2...cah mmg best la..hehe..fikri ape lg..cucuk jarum tu..

miznza84 said...

akhirnya...
tak sabar nak tgk couple ni g honeymoon

Anonymous said...

da baca n3 nie....
x saba lak nk tunggu next n3...
harap² dpt cepat...
hahahahaaa~....

sAkEeNa said...

syoknya..haha

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....