CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 22, 2009

indahnya takdir-31

Tak sempat nak tukar baju, apple diatas meja dicapai. Scroll cari nama Adam. Lepas tu terus tekan call. Apple di tekap ke telinga.

“assalamualaikum sayang, rindu kat abang ke? Tapi apasal duk tunjuk telinga kat abang ni?” tergejut dengan ayat Adam, terus Q bawa apple ke depan muka. Nampak muka Adam duk tersengih. Aku salah tekan ke? Apasal jadi vidoe call neh?

“cantiknya sayang abang. Panjang dah rambut Q ye”

Q letak tangan atas kepala. Alamak, tak pakai tudung, apasal la selalu kantoi dengan mamat ni.“saya nak tanya ni, sapa suruh awak kawin dengan saya?”

“mak ai .garangnya, termakan tebuan ke tadi sayang?”

Q dah muncung. Geram la cakap denga pakcik neh “cantik muncung, nasib baik jauh. Kalau dekat depan abang kena cium dah”

“eeeeeii, menyampah” terus telefon dimatikan. Cancel terus apa yang nak dicakap dengan Adam tadi. Semua menyakitkan hati je. Dengan baju kebaya yang cantik tu, Q baring atas katil, peluk beruang panda……..lama-lama bilik terasa makin gelap dan dia terus lena.

*-*-*--*-*-

“amboi, sengih sampai ke telinga, apa yang seronok sangat tu Am?” Puan Mardhiyah duduk disebelah Adam.

“menantu mama la, call marah-marah kat Am”

“parah dah anak mama ni, kena marah pun sengih sampai macam ni”

“Am happy sangat ma, dah dapat Q. rasa macam dah takde masalah, macam hidup Am dah lengkap”

“jangan suka sangat, kita tak tau lagi macam mana Najwa terima semua ni.”

“ma ni, jangan la spoilkan happy Am ni. InsyaAllah, Am akan buat sampai Q sayangkan Am”

“nak sayang mende, tengok la rumah yang Am nak bagi dia duduk ni. Ada ke beli rumah kecik ni”

“ala ma, Am nak duduk berdua je, buat apa rumah besar-besar. Buat penat Am nak keliling cari Q je kalau dia merajuk”

“ada je jawapan dia. Nanti ajak Q pergi beli perabot, kosong sangat rumah ni. Mama pun tak sanggup nak duduk”

“baik ma……….sayang sangat la kat menantu mama tu. Tak nak bagi menantu duk rumah kecik”

*-*-*-*-

Q dah macam tugu je sejak masuk dalam butik pengantin D’rias tu. Adam dengan Amni sekali dengan Ridzuan yang sibuk memilih. Dia takde hati langsung nak tolong buat semua tu, dah Adam yang nak sangat kahwin biar dia yang susah siapkan semua. Badan yang letih lepas habis group discussion tadi makin menyumbang pada ketidakminatan untuk join manusia bertiga tu.

Tapi bila tengok muka Adam yang macam tak kisah bila dia buat tak tau, Q jadi hairan. Takde perasaan ke apa mamat tu? Seronok je duk pilih baju dengan Amni,dah macam dia kawin dengan Amni pulak.

“warna ni ok tak sayang, ke Q nak warna lain” Adam dah duduk dilengan sofa sebelah Q. baju warna biru firus ditangan Adam dipandang sekilas. Cantik, tapi ego dan marah punya pasai dia buat pekak.

“senyap je, Q sakit ke?” Q still jadi patung.

“takpe lah. Abang cari warna lain ye…..” Adam bangun. Q rasa macam nak menangis je bila Adam cakap nak cari warna lain, padahal dia berkenan sangat dengan warna tu. Padan dengan muka. Berlagak sangat. Mogok la lagi.

2 jam kemudian Amni berdiri disebelah. “jom ngah, kita gi makan dulu. Ami dah lapar ni. Penat jugak ye pilih baju sanding ni ye” tak banyak soal Q terus melangkah keluar dari butik tu. Dah tak ambil tau warna apa baju pengantin dia.

Adam melangkah laju ke arah Q yang berjalan dihadapan. Jemari Q digengam lembut. Q dah nak marah tapi bila teringat Amni ikut sekali terus je dia diam. Amni ni bukan boleh percaya sangat, buatnya balik nanti di report kat Ummi dengan Abah mau sehari suntuk dengar ceramah lagi.

“marah kat abang lagi ke?” Adam berbisik ditelinga Q. Q buat pekak. Terus melangkah ke restoran Ala Thai. Makan time. Yang ni memang tak boleh nak tolak, teringin sangat nak makan tomyam.

“ Ikut abang balik rumah abang malam ni nak tak? ” Q dah kerut-kerut dahi memikir. Macam mana nak tolak ni.

“lagi tak kenduri, saya tak nak gi rumah awak”

“ala jap je, sebelum tengahmalam abang hantar Q balik. Abah takkan marah punya.Ok?”

“tak nak”

“takpun ikut abang gi beli furniture rumah.”

“tak nakkkkkkkkkk” Q dah mula nak menjerit. Adam ni macam tak paham bahasa pulak, dah orang tak nak lagi mau tanya banyak-banyak.

“Q nak makan apa?” cepat je Adam tukar tajuk. Macam tak kisah langsung dengan perangai Q.

*-*-*-*-*

Majlis pihak perempuan berlangsung dengan meriah. Dato Hassan dan Datin Sharifah juga hadir sehari sebelum kenduri berlangsung. Hana pula 3 hari lagi dah sampai.seronok sangat bila dapat tahu Q dah bernikah.

“cantik anak Ibu, bertuah Am dapat Q.” Datin Sharifah duduk disebelah Q ketika dimekap. Sayu hati disembunyi sebaik mungkin. Dia nak Q bahagia. Walaupun bukan sebagai menantu dia.

“cantik ke bu?”

“cantik sangat. Moga bahagia ye Q”

“ntah la Bu, Q tak tau nak cakap macam mana. Boleh ke Q bahagia? Q rindu sangat kat arwah abang”

“Q, tak baik macam ni. Q dah jadi isteri orang, tak baik mengeluh, ingatkan arwah tak salah tapi jangan sampai abaikan suami Q. ibu tengok Am baik orangnya. Mesti Q bahagia nanti”

“Q pun harap macam tu”

Selesai semua majlis, Ummi dengan Abah dah pelawa Adam bermalam di rumah mereka. Tapi Q dah bantah awal-awal. Segala macam alasan dia bagi nak elak Adam bermalam disini.

Biarlah selesai semua majlis baru dia berterus terang dengan Adam. Masa tu walau apa pun keputusan Adam dia akan terima.

*-*-*-*-*

Kenduri menyambut tetamu sebelah Adam memang secara besar-besaran. Maklumlah, Adam anak tunggal. So memang Puan Mardhiyah nak buat yang terbaik. Q rasa kecil sangat bila semua orang duk memuji pengantin. Kalaulah semua tetamu tahu cerita dia, rasanya takde la nak dengar semua tu.

Dan masa yang dah tak boleh nak elak datang juga, malam tu awal-awal lagi Q dah larikan diri ke dapur dengan Puan Mardhiyah. Buat-buat sibuk siapkan makan malam.

“Am mana Q?”

“ada kat bilik, tadi tengah mandi masa Q turun.”

“Q ok ke kat rumah mama ni? Ada yang tak selesa?”

“ok je ma, mama tak payah la nak susah hati fikirkan Q”

“mama kena la tanya Q, Q satu-satunya menantu mama, mama harap sangat Q duduk dengan mama kat sini tapi nak buat macammanakan, Am kerja kat sana”

“nanti Q ajak Adam balik sini selalu ye ma”

“senang hati mama dengar Q cakap macam tu, dah siap ni, gi panggil Am turun…..boleh kita makan. Abah dah lama tunggu kat depan tu” nak tak nak terpaksa jugak Q menapak ke bilik. Apa pulak kata Puan Mardhiyah kalau dia tak nak. Lain cite la kalau Adam ni ada adik, boleh jugak nak menyuruh.

Tadi baru la dia kenal sapa la yang jadi suami dia. Puan Mardhiyah yang banyak bercerita, jadi Q tadah telinga je. Rupanya Adam ni anak tunggal. Terlampau obses dengan hal-hal enjin ni. Sebab tu dia jadi mekanik. Q dah merungut dalam hati, kalau ye pun minat sangat dengan benda ni jadi la engineer ke ni boleh pulak jadi mekanik.

“awak, mama panggil makan” Adam yang baru selesai solat tersenyum memandang Q.

Lepas sidai sejadah dan tukar baju, Adam melangkah menghampiri Q“jom kita turun, nak makan masakan isteri abang ni”

“mana ada saya masak, mama yang siapkan semua”

“tak pelah, janji isteri abang ada kat sebelah pun dah cukup” Q buat pekak. Kalau dijawab nanti makin panjang pulak ayat Adam ni. Terlebih jiwang la pulak mamat ni.

*-**-*-*-*

Jam dah menginjak ke pukul 12.30 malam. Q duduk bersila atas permaidani sambil bersandar pada tepi katil dalam bilik Adam. Tangan dah lenguh membilang bulu-bulu carpet tebal tu. Pandangan dialih pada Adam yang asyik menatap majalah. Entah majalah apa yang menarik sangat sampai tak angkat muka dari tadi.

Mata yang semakin memberat memaksa Q bangun, tak boleh jadi ni. Kena cari tempat nak landing. Tangan dah capai bantal yang bersusun cantik atas katil.

“Q nak bawa mana bantal tu?” Adam bersuara, membuatkan Q tergejut.

“haaaaa,……..nak tidur kat bawah la”

“duduk sini jap, abang nak cakap sikit” Q pandang muka Adam, nampak serius jek. Rasanya dah boleh kot cakap dari hati ke hati. dan buat pengakuan terbuka. Dia duduk berdepan dengan Adam atas katil.

“abang tau, Q terpaksa terima abang. Tapi abang minta sangat, Q tak panggil abang awak. Ikut selesa Q la nak panggil honey ke, darling ke sayang ke. Abang tak kisah tapi jangan panggil awak. Sama da kita berdua atau ada orang lain. Lagi satu, abang tak kan paksa Q, sementara ni kita bagi masa untuk kita berkenalan. Just go with the flow. Lama-lama nanti biasa la kan.”

“betul? Tapi saya ada benda nak cakap dengan aw….abang ni” Q rasa geli je nak panggil Adam – abang tapi kalau nak dicomparekan, itu je perkataan yang boleh diterima selain nama-nama bunga yang lain.

“pasal apa?” Adam dah senyum lebar. Suka je bila Q panggil dia abang. ke semua lelaki suka kena panggil macam tu?

“pasal saya”

“tak payah la, abang dah kenal siapa wife abang ni. Yang lain lama-lama nanti abang tau jugakkan”

“tapi ni penting sangat”

“lain kali k. jom kita tido. Abang dah ngantuk sangat” Q dah rasa macam telan pasir je bila dengar Adam ajak tido. Orang nak bagitau dia pulak tak nak dengar. Esok-esok salahkan orang pulak.

“mai la, abang tak buat apa kat Q.”

“tapi saya ada benda penting nak cakap ni”

“Q ada dua pilihan…..1, mai tido sebelah abang diam-diam atau kedua, abang nak……” Adam dah main angkat-angkat kening. “ so Q nak pilih yang mana? Abang ok je mana-mana pilihan Q”

5 comments:

Anonymous said...

salam fisya...
wa bestnyeeeee...
tak puaslah...
nak lagi...
huhuhu...:D

Paah said...

sweet je citer nieee...
bila nak sambung nie...xsabar dah niee..
hihihihihi..

sinichies_girl88 said...

hahha....
lawak tul adam ni hehhe..
hope diaorg happy hingga akhir...
q cptla trma adam heheheh
:)

alreinsy said...

sweet adam nih... Q nk bagitau yg dia bkn dara ke?... huhuhu

BULANhijau said...

uuuuuuuuuuu~
adam ni sgt2 penyabar.
smbg2 ;)

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....