CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 9, 2011

diA~11~

“Boleh suap makanan sendiri tak ni?” Soal Fikri bila tengok pelik semacam Athirah suap nasi lemak ke mulut. Lagi banyak jatuh ke pinggan balik dari masuk ke dalam mulut.
“Boleh”
“Sure? Abang tengok lagi banyak keluar dari masuk dalam mulut tu. Bilanya nak kenyang?”
“Tak apa, slow-slow”
“Bak sini abang tolong suapkan” Fikri dah ambil sudu dari tangan Athirah. Kesian pulak tengok Athirah yang terkial-kial nak makan.
“Eh, tak payah” Cepat Athirah bangun dari kerusi. Tak payah nak buat drama dekat dapur mama ni. Buat malu je kalau ada yang ternampak nanti. Malu terpegang tangan tadi pun tak habis lagi.
“Duduklah, nak malu dekat siapa? Kita ni dah kahwin tahu. Bukannya zaman bercinta”
“Ira, dah sudah makan ke?” Mama dah terpacak dekat pintu.
“Dah mama” Athirah menghela nafas lega. Nasib baik mama muncul tepat pada masa.
“Abah Ira datang tu”
“Hah? Abah?” ini betul-betul bala dah datang. Macam mana Pak Man tahu dia balik ni, perit kejap lagi telinga nak mendengar nasihat biasa.
“Iya, abah Ira ada kat depan dengan papa. Pergilah. Fikri, dah sudah belum? Dari tadi makan tak sudah-sudah”
“Dah lama sudah. Temankan isteri tersayang je”
“kalau dah, pergi layan bapa mertua kamu tu. Tak payah nak jadi ulat bulu dekat dapur ni”
“jom sayang. Jumpa abah” Fikri menarik tangan kiri Athirah ke ruang tamu. Kelat muka Athirah bila ditarik ke hadapan. Nak kena betul pakcik ni, tak tahu ke orang tengah susah hati ni. Nak jawab dekat abah kejap lagi?

“Abah, bila sampai?” Athirah tunduk menyalami tangan Pak Man diikuti oleh Fikri.
“Baru ja. Dah baik tangan Ira tu?” Tu dia, soalan membunuh yang pertama. Terus ke tajuk utama. Dah tak ada kona-kona.
“Baik dah Bah. Mak Ngah dah urut tadi”
“Berlanggar dengan apa pulak kali ni? Dari dulu abah cakap jangan main game yang boleh cederakan Ira lagi. Ingatkan bila dah kahwin tak ada dah terkehel ni. Ni kenapa buat balik perangai dulu? Dah lupa apa yang arwah mak pesan?” tanpa henti Pak Man bersuara. Meluahkan segala yang terbuku dihati.
“Abah, Fik yang izinkan Ira main dengan kawan-kawan dia. Abah jangan lah marah Ira” Bela Fikri bila tengok Athirah Cuma diam memandang lantai.
“Kamu jangan nak sebelahkan dia Fikri. Nanti makin melampau dia. Sampai bila dia nak buat lupa yang dia tu dah kahwin. Asyik sangat berseronok dengan kawan-kawan bujang dia. Kamu pun dia buat tak tahu”
Athirah tunduk menekur lantai. Kelu nak menjawab, bila abah dah sebut nama arwah mak memang tahap kesabaran abah dah sampai ke puncak.
“Ira nak macam mana lagi? Tak cukup baik ke Fikri ni? Suka sangat ke hidup tak ada hala tujuan tu. Tak puas lagi nak susahkan hati abah? Ni nak libatkan suami sendiri pulak?”
“Abah, Ira minta maaf. Ira tak sengaja, bukan Ira nak susahkan abah.”
“Entahlah Ira. Abah pun dah tak tahu nak cakap apa”
“Abah, Fik janji ini kali terakhir abah tengok Ira cedera macam ni. Lepas ni dah tak ada macam ni. Ini janji Fik”
Fikri pandang muka sedih Pak Man. Sungguh ini janjinya. Dia sendiri tak sanggup nak tengok Athirah cedera lagi. Kesian sungguh tengok Athirah yang membisu. Langsung tak mengangkat muka.
“Terpulanglah pada Fik. Isteri Fik, Fik ajelah yang bentuk. Abah dah serahkan dia pada Fik.”
“Abah jangan marah-marah lagi ye. Kesian dekat Ira, dah la sakit abah pulak marah-marah macam ni. Mesti dia lagi sakit. Tak ada pun abah nak peluk dia macam selalu”
Isteri yang berada di sisi ditarik ke dalam pelukan. Tak sampai hati nak tengok mata yang dah merah tu. Tak pernah selama ni dia tengok budak degil ni menangis. Selalu muka tak perasaan je yang Athirah usung.
“Abah nak balik dah, ada meeting. Jangan lupa pergi urut dengan Mak Ngah sampai baik” Pesan Pak Man. Dia sudah bangun menuju ke pintu.
Athirah mengikut langkah Pak Man. Bila Pak Man sudah duduk di atas motor baru dia mendekat. Tanpa kata dia memeluk tubuh abahnya. Dan airmata laju menuruni ke pipi.
“Abah, Ira minta maaf. Bukan nak susahkan hati abah, tapi Ira ada game semalam. Kesian dekat diaorang kalau Ira tarik diri. Janji lepas ni tak main dah”
“ikut Iralah”
“Ira janji ni. Abah janganlah marah”
“Buat dulu baru cakap, jangan pandai berjanji saja”
“Ira sayang abahhhhhhh”
Fikri hanya tersenyum di depan pintu melihat Athirah memeluk Pak Man. Siapa kata orang ganas macam tu tak manja. Ni dah terlebih manja pulak dia tengok. Bila Athirah nak manja macam tu dengan dia pulak?


Hampir lima minit Fikri berdiri ditepi pintu. Memerhati gelagat Athirah dibirai katil. Ingatkan dah tidur. Tapi yang pasti dia nampak Athirah mengesat mata. Ni mesti menangis. Masih terasa hati dengan kata-kata Pak Man pagi tadi agaknya.
“Ira…buat apa?”
“Tak buat apa” cepat Athirah mengalih pandang dari wajah Fikri. Segan andai Fikri nampak dia menangis. Mana pernah dia menangis depan orang lain kecuali abah.
“Kenapa tak tidur lagi?”
“Ni tidur la ni”
“Dah sapu minyak dekat bahu?”
“Belum” Dia sendiri dah terlupa dengan bahu yang sakit bila teringatkan arwah mak.
“Sini abang tolong”
“Eh, takpelah. Ira buat sendiri” segan okey! Nanti entah sampai ke mana tangan tu menjalar. Jenuh nak bersilat nanti.
“Lenguh nanti. Duduk sini diam-diam. Abang sapukan minyak” dalam terpaksa Athirah duduk jugak dihadapan Fikri. Sejak bila pakcik ni pandai memaksa ni?
“Nak cerita dekat abang kenapa Ira menangis tadi?” soal Fikri perlahan.
“Mana ada”
“Tak payah nak tipu. Abang ni tempat Ira bergantung harap, berkongsi susah dan senang. Jangan buat abang macam orang asing dalam hidup Ira. Ira boleh kongsi apa saja dengan abang”
Lama Athirah diam. Cuba memahami apa yang cuba disampaikan oleh Fikri.
“Menung pulak dia. Abang tengah cakap dengan Ira ni”
“Dengar”
“So, kenapa menangis?”
“Teringat mak”
“sebab abah marah pagi tadi?”
“Lebih kurang”
“Dah lama abang nak tanya, tapi tak pernah ada peluang. Macammana Ira boleh berubah?”
“berubah?” Soal Athirah hairan. Berubah benda? Dia tak rasa pernah tukar apa-apa pun.
“Ok-ok, kita mula dari awal cerita. Boleh?”
“Ira ada pilihan ke?”
Fikri senyum dengar soalan Athirah. Comel sungguh bila Athirah buat muka kanak-kanak tak bersalah tu.
“Bila last sekali kita jumpa sebelum kahwin?” soal Fikri.
“Eeeemmmm, hari raya tahun lepas” jawab Athirah lepas lama berfikir.
“Raya? Bilanya?”
“Dekat kubur. Tak ingat ke?”
“Serius? Kenapa abang tak ingat?”
“Mana tau”
“Ira kenal abang masa tu?”
“Kenal sebab nampak mama ada sebelah abang”
“Maknanya, budak perempuan yang mama peluk masa tu Iralah?”
“Eh, ingat pulak?”
“Tapi kenapa masa tu nampak lain?” berkerut-kerut dahi Fikri bila cakap ‘lain’ tu.
“Lain?”
“Orang yang mama peluk tu nampak comel, lembut dan ayu sangat”
“menyampah, nampak sangat gatal walaupun ada dekat kawasan kubur. So dalam ingatan abang bila kali terakhir kita jumpa?”
Tersenyum Fikri bila Athirah turut bertanya. Ingatkan dah tak mahu ambil kisah.
“Bulan pertama tingkatan empat. Sebelum dapat masuk MRSM. Hari terakhir abang dekat sekolah tu, Ira kena denda berlari keliling padang sebab tak bawa kerja rumah”
Athirah dah tergelak riuh. Buruk sungguh memori Fikri tentang dirinya. Patutlah asyik ajak bergaduh masa bertunang dulu. Semua yang buruk je Fikri ingat pasal dirinya.
“Tu sebab marah mama pinangkan Ira untuk abang? Dan asyik nak gaduh dengan Ira”
“Salah abang, terlalu mengikut perasaan. Tak selidik langsung pasal Ira, tapi terus nak marah dan salahkan Ira dan pilihan mama”
“Tahu, Kak Long dengan mama selalu cerita pasal abang. Suruh bersabar dengan angin putting beliung tak tahu dari mana tu”
“Iye? Malunya.”
“Kenapa tak suka Ira?”
“Mungkin sebab dalam kepala Cuma ada kenangan lama. Cuma nampak yang buruk-buruk pasal sejarah Ira. Tiga tahun kita sekelas, kira sejarah kalau Ira tak buat masalah. So bila mama cakap Ira baik, benda tu macam mustahil. Rasa macam Ira berlakon depan dia orang je”
“Memang Ira bukan budak baik pun, tu sebab mak meninggal dan abah marah sangat dekat Ira” Perlahan Athirah menutur.
“Ira, abang tak bermaksud macam tu” serba salah Fikri bila Athirah cakap macam tu.
“Serius, kalau abang kenal Ira empat tahun lepas memang apa yang ada dalam memori abang tu semua betul. Lepas SPM dulu, Ira memang tak sambung study dekat mana-mana. Seronok dengan dunia remaja. Merempit, bergaduh tu perkara biasa. Terkeluar sendi sana sini tu dah kerap sangat. Sampai Mak Ngah pun dah boring nak betulkan. Mak yang selalu menangkan Ira bila abah marah. Ada satu hari tu, kita orang bergaduh teruk, parah jugak kena hentak sampai masuk ICU. Dan bila mak dapat berita tu, mak jatuh. Ira tak pernah tahu mak ada sakit jantung. Mak meninggal sehari lepas tu. Memang itu penyebab Ira tinggalkan semua benda buruk tu. Ira sambung study balik, jadi anak yang baik untuk abah sebab Ira tahu abah kecewa dengan sikap Ira dulu. Dah lama Ira main futsal, tak pernah pulak cedera. Mungkin sebab sendi Ira dah banyak kali terkehel, langgar sikit pun dah masalah sekarang. Maaf menyusahkan abang dan mama”
“Ira, abang tak marah la. Ira yang ada depan abang sekarang dah cukup baik. Abang dah jatuh cinta dekat Ira sejak hari akad nikah kita lagi. Cuma Ira yang jual mahal”
“Eh, salahkan kita pulak.”
“Iyelah”
“Jatuh cinta sejak hari akad nikah?” soal Athirah pelik. Fikri dah garu kepala. Macam mana boleh terlepas cakap ni? Patutnya kena simpan sampai Athirah cakap sayangkan dia dulu.

7 comments:

Hafia Hana said...

sweet gler seyy..
sambung slalu yer
cpt2...
tQ cik riter

fatin_fairez said...

best yer... smbg g k.

yAyA said...

waaa..nak lagiiiii...

Shima Awang said...

comel je....:)

Mahxiauwen said...

Mau lagik kak;)
kapan diorang pnya baby yea;)

MaY_LiN said...

alololo..
1st move to berchenta ya

miznza84 said...

ala suwetnya....

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....