CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 11, 2011

~maTAhARI mAlaM- 11~

Iqmal memandang Mak Jah yang sibuk menyediakan hidangan diatas meja. Kelibat orang sangat-sangat dinantikan masih belum nampak. Orang yang larikan diri bila dia melutut meminta maaf semalam. Membuatkan malamnya terasa amat panjang sekali semalam.
“Assalamualaikum ayah, nek” tegur Adi yang sudah siap dengan seragam sekolah. Duduk ditempat biasa. Membuatkan senyum melebar dibibir Iqmal.
“Waalaikummusalam. Morning sayang” lembut Iqmal menjawab.
“Awal hari ni Adi, mimpi apa semalam?” Mak Jah memandang Adi yang sudah mencapai pinggan. “Duduk Mal, kita sarapan, tak payah nak tunggu mak orang tu, takkan dia keluar kalau mata dah bengkak macam tu”
“Kenapa?”
“menangis la tu. Kelam kabut masak lepas tu menyorok dalam bilik. Bila orang kata dia sayang kamu, dia marah. Tapi sibuk juga nak siapkan sarapan untuk kamu, bukan sayang ke tu?”
Iqmal hanya tersenyum mendengar omelan Mak Jah.
“Ibu tak nak makan ke nek? Ibu tak kerja?” soal Adi yang sudah bersarapan. Hairan bila Shahira masih belum muncul.
“Adi pergi tanya Ibu sendiri, nenek tak tahu”
“Adi tunggu sini, ayah pergi tanya Ibu” Iqmal bingkas bangun. Melangkah ke bilik yang bertutup rapat. Pintu diketuk perlahan.
“Ada apa Mak Jah?” soal Shahira bila membuka pintu. Masih tekun menatap skrin telefon. Sibuk nak menghantar email pada bos.
“Ya Allah, sembabnya muka. Mata macam panda. Buat apa semalam?” soal Iqmal bila melihat wajah Shahira.
Mendengar suara Iqmal, terus dia mengangkat muka. Kantoi. Malu gila. Apasal tak tengok dulu tadi. Kan dah tunjuk muka tak cantik dekat Iqmal. Eh! Sejak bila nak nampak cantik je depan mamat ni.
“Nak apa?”
“Takde apalah. Kejap lagi kita cakap, abang nak hantar Adi ke sekolah. Shira pergi makan dulu.”
“Sejak bila pula dia pergi sekolah kena hantar? Dia dah besar, boleh pergi naik bicyele sendiri”
“Shira, kesian dekat anak kita tu. Nanti balik sekolah panas sangat. Biarlah abang yang hantar. Bukan susah pun”
“suka hatilah”
“Ibu, Adi pergi dulu” tangan dan pipi Shahira dicium Adi. Iqmal tersenyum senang. Suka melihat panorama indah itu. Dia, Shira dan Adi. Satu keluarga bahgia.


Puas dia menjengah kelibat Shahira, tapi yang ada ada Cuma Mak Jah. Mahu tak mahu dia menapak juga ke sisi Mak Jah. Bertanya ke mana menghilang Shahira.
“Bini kesayangan saya pergi mana Mak Jah?”
“Teratak Kasih. Ada kenduri malam ni. Sibuk la nak pergi menolong tu. Tak sedar yang muka sememeh macam baru hilang anak” jawab Mak Jah tanpa memandang wajah Iqmal.
“Teratak Kasih? Mana tu?”
“dekat Taman Cahaya tu, tahukan?”
“tahu jugaklah. Sejak bila Shira suka join aktiviti macam tu?”
“itukan tempat tinggal dia dulu”
“Ha???”
“Lepas Iqmal hilang tanpa khabar, dan mengandung dia minta nak tinggal situ. Duduk sekali dengan budak-budak yang terlanjur. Sampai bersalin, lepas tu baru dia belajar sambil bekerja”
“Ya Allah, susahnya hidup Shira. Semua salah saya Mak Jah”
“Mak Jah tak tahu nak cakap apa, tapi dia memang tabah. Tak pernah marah pada orang yang pandang serong pada dia. Sentiasa rajin membantu semua ahli dekat situ. Bertahun jugak dia tinggal disitu sebelum mampu beli rumah ni. Lepas tu dia ajak Mak Jah tinggal sini, tolong tengok Adi dan temankan dia. Sekarang, dia sibuk lagi nak tolong penghuni dekat situ. Suka menyambut bayi orang. Ceria mengalahkan dia yang beranak”
“Dia tak pernah merungut pasal saya Mak Jah?”
“Dia budak baik Mal, tak pernah nak susahkan hati sesiapa. Semua dia tanggung sendiri. Sampai kurus kering sekarang. Tapi Mak Jah tahu, dia masih sayangkan kamu. Sentiasa menanti kepulangan kamu, Cuma dia tak pernah nak cakap dekat sapa-sapa pun”
“Tapi Mak Jah tengoklah sekarang, nak pandang saya pun nak tak nak”
“berbaloi la dengan apa yang kamu dah buat sepuluh tahun ni. Tapi Mak Jah percaya, kalau Mal pandai pujuk mesti dia lembut hati. Adi kan ada, pandai-pandailah gunakan jantung hati dia tu”
Tersenyum Iqmal mendengar bicara Mak Jah. Ya mereka punya Adi Suffian, pengikat kasih sayang mereka. Minda kembali ligat berkerja, merangka plan yang perlu untuk menawan hati Shahira.



“Awak nak apa ni? Saya tengah sibuk la” marah Shahira pada Iqmal yang duduk disebelahnya. Dari tadi tak berganjak, membuatkan semua budak-budak dekat sini asyik memandang mereka. Malu sungguh.
“Bagi sini abang tolong” Dia mencapai pisau ditangan Shahira. Kesian melihat Shahira yang tak berhenti tangan sejak dia sampai. Dan merah jemari halus itu memotong ayam untuk dimasak.
“Tak payah la menyibuk, pergi sana jaga Adi lagi baik”
“Anak kita tu dah besar, pandai jaga diri sendiri dah. Lagipun banyak je kakak-kakak yang nak tolong jagakan dia. Shira tu yang abang risaukan, kerja kuat sangat. Makin kurus la nanti”
“Rimas la dengan awak ni”
“Duduk situ diam-diam, biar abang buat. Kejap lagi mesti Mak Jah datang, nampak pulak kita bertekak padahal kerja tak siap lagi” pisau ditangan Shahira diambil. Membiarkan Shahira membebel sendiri. Dan dia tak kisah mendengar bebelan Shahira. Rasa seronok pula mendengar bebelan entah apa-apa tu.
“Kak Shira, janganlah garang sangat. Takut kita orang dengar akak membebel dari tadi. Tak penat ke?”
Iqmal hanya tersenyum mendengar bicara seorang penghuni disitu. Mungkin semua yang ada disitu dah tak larat nak tengok drama mereka. Teringat pada reaksi penghuni disitu ketika dia memperkenalkan diri. Semua muka tergejut bila dia cakap dia suami Shahira. Masing-masing tayang muka tak percaya.
“betullah Akak, biar ajelah abang Mal nak tolong. Cepat sikit siap. Nak tunggu akak potong ayam ni punya la lama. Kita orang semua dah lapar, pukul berapa baru boleh makan ni”
“Kalau dah tahu Akak buat kerja lambat, kau orang tak reti-reti nak menolong ke? Semua duk tolong tengok je. Memang la kerja takkan siap cepat”
Semua yang ada disitu terdiam bila disoal oleh Shahira. Dah tak berani nak menjawab bila tengok angin Shahira dah makin kuat.
“Shira, apa yang dimarah budak-budak tu. Abang rasa lagi senang dia orang tak tolong. Dibuatnya tergelincir dekat sini jenuh kita nak berlari ke hospital pulak”
Shahira pandang seorang demi seorang adik-adik yang ada disitu. Semuanya sudah sarat. Betul jugak. Kalau apa-apa jadi jenuh pulak nak berlari ke hospital. Dia jugak yang letih nanti.
“Shira duduk sini, tolong basuh ayam. Biar abang yang potong” Tangan Shira ditarik ke bekas yang berisi ayam yang sudah dipotong.
Iqmal ralit memandang wajah Shahira yang tekun mencuci ayam. Kenangan lama menjengah minda. Membuahkan senyuman manis dibibir. Dia memdekatkan muka pada Shahira. Berniat mengusik wajah tenang itu.
“Dah tak pening basuh ayam sekarang?” hampir terlompat Shira bila mendengar suara Iqmal, nasib baik dia tak curahkan air ke muka lelaki itu. Suka sangat buat orang tergejut. Tapi kalau tercurah pun bagus juga, boleh guna alasan tak sengaja.
Dia hanya mencebik, malas nak melayan cakap Iqmal. Padahal dari tadi dia menahan loya. Sebab tu lambat sungguh nak siapkan ayam yang Cuma lima ekor. Dan antara penyumbang kepada lambatnya kerja adalah, ingat sentiasa berlari ke kampung halaman tiap kali bekerja dengan ayam. Sungguh dia lemah jika disuruh bekerja dengan hanyir ayam.
‘Makan ayam nak, suruh siang macam-macam alasan Shira bagi. Nanti kalau dah kahwin, mak tak ada, siapa nak tolong buat semua ni’ bebel mak ketika dia sudah melarikan diri bila disuruh menyiang ayam.
Dulu semasa hidup dengan Iqmal, lelaki itulah yang menjadi mangsa jika dia mahu memasak ayam. Memang dia tak tahan. Manisnya kenangan itu membuatkan senyum manis terukir dibibir.
“Dah ingat kenangan dulu?” soalan itu membuatkan dia kembali ke dunia asal. Memandang wajah Iqmal yang tak sampai lima inchi dari mukanya. Ya Allah, malunya. Sejak bila lelaki ini merenung mukanya.
“Akak, abang. Kalau nak bercinta pun tunggulah sampai semua kerja siap dulu. Kita orang dah lapar ni”
Makin merah muka Shahira bila ditegur begitu oleh adik-adiknya. Ni semua Iqmal punya pasal.


“Jom abang hantar balik” ujar Iqmal bila nampak Shahira sudah melangkah ke pintu. Muka dah nampak letih benar bila siap mengemas dewan makan tadi.
“tak payah. Saya boleh balik sendiri” tolak Shahira tanpa nada. Memang dia tak larat nak bertekak dengan Iqmal saat ini. Yang dia nampak Cuma bantal dan tilam. Letihnya.
“larat ke nak drive? Muka letih benar abang tengok. Nanti ada pulak yang kena langgar. Tak serik lagi?” provok Iqmal.
“Boleh je, awak pergi la balik”
“Degilnya Shira sekarang. Jom abang hantar. Kesian dekat Adi ni, dia dah mengantuk sangat ”
Shahira pandang muka Adi yang terlentok dibahu Iqmal. Sejak ada ayah ni, anaknya dah jadi semakin manja. Pantang lepa, mesti minta dikendong.
“Letak je dia dalam kereta, saya boleh balik sendiri”
“Habis tu nanti dah sampai rumah siapa pulak nak angkat dia masuk?”
“Kejutkan ajelah, dia dah besar bukan budak kecik yang merengek bila terjaga dari tidur”
“Kesian la dekat dia, dah lena kena bangun pulak. Jom masuk, abang hantar”
Shahira pandang muka Adi, kesian la pulak. Dah nampak lena benar. Lalu dia membuka pintu belakang kereta, memudahkan Iqmal meletakkan Adi. Kemudian beralih ke kerusi penumpang. Dah malas nak bertekak dengan lelaki itu. Dia pasti dia takkan menang dengan ‘speaker’ jemputan ni.
“good girl” itu yang dia dengar sebelum pintu kereta ditutup oleh Iqmal. Apa sajalah pakcik, janji sampai rumah dan boleh tidur.

5 comments:

Eton said...

oh suka sekali!
xsbr nk tngu citer ni abis.

sallynna said...

macam tragis jek hidup shira.. ;'(
tapi xpe, iqmal dh balik kn?..kompem sweet aje lepas ni :)

miznza84 said...

melangkah setapak lagi hubungan mereka.. harap2 bahagia hendaknya...

Anor said...

eh eh bestnya bila buka blog je dh
ada n3 baru....terima kasih dan jgn
lupa cepatlah sambung...

aiscream cokolat said...

hurm...Shira masih terluka lagi tu Iqmal, tapi die da x mara. btol ckap Mak Jah tu...bayaran yg tpaksa dterima tok 10 thn lepas. nasib ade Adi sbg pnyelamat~

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....