CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 8, 2010

indahnya takdir-33

Lepas je kertas jawapan diambil oleh makcik yang jaga exam, Q terus kemas semua barang masuk dalam pencil box. Memang semangat nak balik menidurkan diri. Dah lama rasanya tak tido senyenyak-nyenyaknya sejak nak exam ni. Mata pun dah macam panda jek.

Asyik berjaga je sepanjang sebulan ni. Memang dia tekun gila nak habiskan study kali ni. Lagipun dia dah segan dengan Adam yang duk bagi duit belanja setiap kali dia nak ke U. rasa macam zaman sekolah rendah dulu pun ada….masa abah duk bagi duit belanja nak gi sekolah. Tapi abah dulu kasi 50sen jek, pandai-pandai la nak hidup dengan duit tu sampai petang.

Sampai dirumah jam dah cecah pukul 2 petang. Lepas je solat zohor, Q terus baring depan tv. Sedap tul dapat tido siang neh. Tambah pulak dah takde benda berat nak fikir dalam kepala. Lagi nyaman nak tidur.

Beban yang berat menekan dada membuatkan Q membuka mata. Jam didinding dikerling sekilas. Dah pukul 6 petang. Kemudian beralih pada beban yang mengganggu tidurnya. Adam sedap je duk lena. Q dah pelik tengok Adam balik kerja masa ni.

“abang, bangun la. Sakit dada Q ni”

“ala, abang baru je nak lelap. Q potong betul la”

“takde-takde, bangun cepat. Q tak solat asar lagi ni. Apasal abang balik awal pulak hari ni?”

“saja…nak ajak Q keluar dinner. Dah abis examkan” Adam dah tersengih tayang semua gigi. Nasib baik gigi dia memang tersusun dan putih.

“Q nak tido la. Nak Qada balik semua masa yang guna study dulu. Abang gi la dinner dengan kawan abang”

“Jom la, abang belanja. Sudah makan kita balik la. Jap je”

“tengok la macam mana, Q nak mandi dulu” Q dah berdiri.

“bagitau abang tu nak ajak mandi sekali ke?”

“huhuh…menyampah. Merapu je keje dia” Adam dah tergelak suka. Ingat zaman kanak-kanak rebina dulu ke nak mandi ramai-ramai. Siap boleh masuk dalam kolam lagi.


***********

“kita balik KL esok ye. Mama dah call tanya kenapa dah lama tak balik sana” Q yang syok duk layan novel angkat muka pandang orang yang tengah cakap tu. Kemudian kembali tekun menatap novel. Dalam kepala dah duk mengira, rasanya baru je balik KL.

“esok abang pergi bengkel dulu, dalam pukul 11 kita gerak balik” Q angguk lagi.

“Q nak ikut gi bengkel ke nak tunggu kat rumah?” Q pandang muka Adam, kelam je. Nak jawab apa?

“ikut gi bengkel la ye, senang sikit” Adam kembali bersuara dan Q angguk lagi. Patuh betul.

Adam pandang je muka Q yang asyik membaca novel di sofa berangkai dua. Memang kat situ pun port Q bila nak membaca. Jauh dari tv. Adam dah tak tau macam mana lagi nak buat bagi Q bercakap dan berbual dengan dia. Kalau nak dengar Q cakap banyak kena la buat dia marah, masa tu memang mulut Q macam bertih goreng.

Kadang-kadang rasa bersalah jugak ambil tindakan memaksa Q terima dia. Tapi bila tengok keadaan Q masa dia jumpa di McD dan tepi pantai dulu, dia jadi nekad. Tak sanggup tengok Q yang macam rangka berjalan. Nasib baik sekarang dah nampak ada isi sikit walaupun tak banyak mana. Itu pun jenuh dipaksa makan.

Q memang tak banyak cakap, selalu iyakan saja apa yang dia kata. Hilang terus Q yang ramah satu masa dulu. Kuat sungguh penangan Hakim dalam hidup Q. novel ditangan Q diperhati, Aa+bB. Dah selalu sangat dia nampak Q baca buku tu, tak habis-habis lagi ke? Q mengeja ke apa?Dia memang tak minat membaca benda macam tu, kalau bagi magazine kereta tak pe la.

Nak menonton, takde cerita yang menarik pulak malam ni. Astro pun dah potong bulan lepas. Q cakap membazir sebab jarang tengok. Akhirnya dia mencapai PS, lepas tu memang dia tak perasan bila Q berlalu ke bilik.

*-*-*-*--*-*-*-**

Mila yang sibuk menaip dipandang penuh minat. Nak menolong budak comey tu tak bagi. Dari tadi memang Q duk melangut saja. Adam keluar dengan Zakuan entah ke mana. Tinggal Mahathir je yang tekun siapkan waja di depan bengkel.

“Mila dah lama kerja sini?” ayat orang boring takde benda nak buat.

“sejak abang buka bengkel ni la” mulut je yang bergerak. Mata still fokus kat skrin LCD tu. Memang pekerja mithali betul.

“ohhh, dak lama la ni?”

“lama la jugak. Kenapa kak?”

“saja tanya. Seronok keje sini?”

“seronok kak, abang-abang kat sini semua baik-baik. Lebih-lebih lagi abang Am. Pemurah betul. Tengok la jap lagi dia balik, mesti belikan makanan”

“asal belikan makanan tu baik la ye?”

“baik la kak, jimat duit Mila” Q dah gelak dengar jawapan Mila. Tapi dulu dia pun macam tu jugak. Asal ada yang offer nak belanja je terus kata orang tu baik. Cuma sekarang je bila Adam nak belanja memang dia kurang percaya. Mamat tu selalu je ada agenda kalau dia belanja.

“pukul berapa nak gerak ni kak? Apa la abang Am ni, suruh akak tunggu kat sini”

“ok pa dia suruh tunggu sini, boleh akak temankan Mila.” Mila tersengih dengar jawapan Q.


*-*-*-*-*-*

“dah habis study kan?Q nak buat apa lepas ni? Kerja ke duduk rumah?” soal Puan Mardiyah pada Q yang tekun mengupas buah mangga.

“kerja Ma, hari selasa ni Q ada interview dah. Harap-harap murah la rezeki”. Adam yang dengar jawapan Q terus tunduk membaca akhbar. Tapi dalam hati dah terasa dengan gelagat Q. langsung tak bagitau yang dah dapat kerja.

“berita apa yang kusyuk benar Am baca tu?” tegur Puan Mardhiyah. Dia perasan kedinginan hubungan pasangan muda itu.

“takde apa la Ma. Sukan je”

“duduk sini dua tiga hari ye. Lepas ni kalau Q kerja dah payah nak balik jumpa mama Lagipun bengkel tu boleh je tutup sehari dua. Tak rugi mana pun kalau tutupkan. Tak pun suruh je Safuan dengan Mahadzir jagakan”

“ikut Q la Ma, Am tak kisah” Q dah pelik, apa kena mengena Adam takde dengan bengkel tak boleh bukak. Bukannya bengkel tu hak Adam. Tapi malas nak tanya depan mama. Nampak sangat yang diorang tak bercakap nanti. Takkan tak kenal suami sendiri kot.

“duduk sini lama sikit ye Q”

“ok”

*-*-*-*-

muka kelat Adam dipandang sekilas, sejak masuk ke bilik tadi memang cik abang sorang dah tak bercakap. Sentap apa ntah.

“tak nak tido ke?” soal Q pada Adam yang asyik merenung langit. Cantik la pulak langit malam ni, penuh dengan bintang-bintang.

“tido la dulu” Q dah pelik, selalu Adam la yang sibuk duk mengajak dia tidur. Ni dah macam terbalik pulak. Merajuk ke?

“k la, nite” badan dah landing atas tilam empuk. Mata masih terkebil-kebil walaupun mengantuk sesangat. Nak peluk panda macam selalu, diaorang ada kat KL. Selalu Adam la ganti panda. Ni sekarang nak peluk mende?

Penat berkalih kiri kanan akhirnya Q terlena jugak. Adam merenung wajah lena Q. dia terasa hati dengan sikap Q. akhirnya dia turut membaringkan diri. Badan yang letih memandu perlu juga diberi perhatian. Tubuh Q ditarik dalam pelukan.

*-*-*-*-*--*

LAgu selawat dari album Tahajud cinta nyanyian Siti Nurhaliza menyapa telinga Q. segera dia membuka mata. Tangan dah cari kat mana letak si putih tu. Baru nak berpusing terasa tangan Adam dipinggang. Menghalang pergerakan.

Adam hulur apple pada Q. lepas senyapkan alarm, Q dah siap nak bangun tapi Adam masih jugak tak bergerak. Cuma mata dia je yang asyik menatap wajah Q.

“assalamualaikum sayang” satu kucupan singgah di dahi Q. rutin Adam setiap pagi.

“waalaikummusalam. Bangun la bang, dah subuh ni”

“selagi Q tak pujuk abang, jangan harap Q boleh bangun”

“laaaa, bang merajuk ke? Bilanya?”

“QQQQQQQQ….memang nak kena la budak ni” Adam dah menjerit geram.

“dah memang Q tak tau, Q tanya la. Bila abang merajuk? Apsal?”

“ni saja ke memang tak ingat dan tak alert ni?”

“serius la, mana Q tau. Merajuk mende?”

“apasal tak cakap kat abang yang Q dah dapat interview?”

“la, tu je? Interview je pun. Bukan dapat kerja lagi”

“tak kira la, tapi Q tetap tak bagi tau abang. So sebagai denda, Abang hantar Q gi interview nanti” Q dah garu kepala. Adam nak gi hantar…..tu denda sapa sebenarnya?

“dah la, subuh dah lama ni. Bangun ye” Adam melepaskan pelukan. nasib baik la waktu subuh dah nak habis, kalau tidak lagi lama la dia boleh peluk Q.

"dengan syarat" Adam dah angkat-angkat kening.

"syarat mende lagi?"

"nanti abang fikir .....sekarang Q gi bilik air dulu. boleh kita solat sekali "

7 comments:

fisha said...

setelah menolak segala kerja yg ada...ni je yg mampu dikarang...enjoy k...
& please....apa kesudahan yang korang nak????

epy elina said...

hehehhehe...
cmey la adam merjuk...
nak q ngn adam...
nak dorg bhgia n q jtuh cnt ngn adam..
best2...

akak said...

aman bahagia sejahtera la...takmolah sad ending kan?? heheheh

P@Nd@_LoVeR said...

sukenyer dh ade n3 bru...
thanx ye cik writer...
nk ending ape??
mmm...
mestilah nk Q and Adam hepi..
Q dpt terime Adam sepenuhnyer..=)
rse2nye, bengkel tu Adam punyer kan??

aku.awan.bayu said...

mesti lah kesudahan yg hepy2 jerr..

MaY_LiN said...

aha..
pe la akal c adam lak ni

sofi said...

fisha, dah nak abeh ke? alahai... tp mesti nak gud and happy ending, k!

cheerio.

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....