CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, July 26, 2011

~mATahARi mALam- 3~

Shahira menarik kerusi, duduk diantara Fuad dan Suraya. Bilik seminar yang agak luas itu masih banyak kerusi kosong. Jam ditangan dikerling sekilas. Baru pukul 8.35 pagi. Seminar akan bermula pada pukul 9 nanti. Entah macam mana mereka terawal pulak hari ni.
“Apa cerita dengan hero kita semalam?” soal Suraya. Baru sempat bertanya khabar.
“MC dua hari” tenang Shahira menjawab. Mata masih meneliti tentatif seminar hari ini. Risau dihati sudah hilang.
“Kenapa? Bergaduh?”
“Biasalah, budak baru nak membesar. Pantang kena usik sikit mula nak angkat tangan. Memang itu peel orang lelaki kot. Bercakap guna tangan. Boleh tahan jugak baran anak aku tu. Takut aku tengok bengkak dekat muka dia semalam”
“Ala kesian dekat hero handsome tu. Mesti teruk ni sampai kena cuti”
“Muka dia bengkak. Dahi kena 12 jahitan. Tapi nama pun herokan, tak mengaku sakit. Ikut dia, dah nak pergi sekolah tadi. Padahal semalam sepanjang malam aku kena peluk dia, meracau sepanjang malam”
“Bertuah kau dapat anak macam tu. Jarang nak susahkan kau Shira”
“Memang. Diakan buah hati aku. Mana boleh susahkan hati aku”
“Ini kau tinggal dia, takpe ke?”
“Takde benda pun, rasanya dia dah ikut Mak Jah ke rumah bakti. Anak aku tu mana reti duduk diam. Ada saja kerja yang dia nak buat”
“Eleh nak kutuk anak sendiri, padahal kau tu pun tak reti duduk diam. Eh, siapa speaker hari ni?” Soal Suraya bila terpandang lelaki yang baru melangkah ke bahagian depan dewan. Sangat menarik perhatian. Harap-harap itulah penceramahnya.
“Entah” tanpa perasaan Shahira menjawab.
“Ir.Mohammad El Iqmal Fahmi” jawab Fuad yang sejak tadi hanya menjadi pendengar. Jawapan yang membuatkan Shahira memandang ke hadapan. Mencari empunya nama yang sangat jarang ditemui itu. Berharap bukan lelaki yang dia kenal. Nyata doanya tak dimakbulkan, wajah yang selama ini cuba dipadam sudah berdiri didepan.
“Pergh… nama punya sedap. Cukup kena dengan orang yang kacak macam dia. Memang tak mengantuk la aku hari ni” Suraya dah riang bersuara. Mata setia mengekori langkah lelaki itu.


“Nampaknya semua dah tak sabar nak makan tengahhari. Kita akan sambung bahagian kedua selepas makan nanti. Terima kasih semua”
Shahira menarik nafas lega mendengarnya. Sakit leher bila terpaksa bersembunyi sepanjang bengkel tadi, jenuh menunduk memandang kertas dimeja. Takut andai penceramah itu kenal atau sedar kehadirannya. Haru jadinya.
“Shira, jom makan dulu. Lepas ni kita pergi solat”
“Jom” cepat Shahira menarik tangan Suraya supaya keluar dari dewan yang sangat menyesakkan.
“Kau ni apahal? Dari tadi aku tengok semacam punya gabra. Dah macam buat salah besar pulak aku gayanya”
“Tak ada apa.jom gerak cepat lapar ni.”
Tanpa banyak soal Suraya mengikut langkah Shahira, mencapai pinggan. Perut yang lapar perlu di isi sebelum menyambung dengar abang handsome bagi ceramah.
“Apahal kita kena duduk dekat meja tercerok macam ni? Duduk dekat sanalah. Boleh tengok orang sikit” Suraya sudah merungut bila Shahira menarik tangannya ke meja dihujung dewan makan.
“Duduk ajelah, banyak cakap la kau hari ni. Semua benda nak bangkang je”
“Dah kau ajak aku duduk dekat hulu, mestilah aku tak nak. Mana boleh ushar mamat handsome dekat sini. Tapi aku hairan apsal speaker handsome tu asyik pandang kau je dari tadi”
“Eh, mana ada. Dia tengok orang lain tu” cepat Shahira berpusing. Mengelak muka dari bertemu pandang dengan lelaki itu.
“Iyelah tak ada, aku ni tak rabun lagi. Nampak sangat dia tu berminat dekat kau”
“Merapu je. Duduk. Makan cepat lepas tu boleh pergi surau. Tak adanya orang kacak macam tu nak dekat janda anak satu ni. Lagipun mana kau tau dia solo, entah-entah dah anak dua”
“janda pun manusia la. Lagipun dia mana tau kau tu janda. Semua orang tengok kau macam anak dara je. Kalau jalan dengan Adi pun macam jalan dengan adik”
“Apa ajalah, makan cepat. Nanti lambat pulak kita solat”
Suraya hanya menggeleng. Susah betul bercakap dengan orang yang takde hati dengan lelaki ni. Semua dia tolak mentah-mentah. Cuba ajak bercakap pasal kerja, tak pun pasal Adi Suffian, muka bercahaya macam baru lulus exam dengan cemerlang. Sesekali dia mengangkat wajah, memandang meja yang agak jauh dari mereka. Encik Iqmal masih memandang ke arah mereka dan dia pasti lelaki itu bukan memandangnya.

Iqmal memandang ke arah meja yang terletak ditepi dinding dewan makan. Wajah yang sudah lama terpahat dihati. Yang sudah lama hilang dari hidupnya. Puas dia cuba memandang dari dekat tapi si gadis itu asyik mengelak.
“Tengok apa?” soal Hisham yang turut sama dimeja makan. Mengikut pandangan mata Iqmal.
“tak ada apa” Dia tunduk menatap nasi dipinggan. Padahal selera dah hilang sejak tadi.
“Betul? Aku tengok kau macam hilang fokus sejak pagi lagi. Asyik tersangkut masa pembentangan. Dah macam orang ada masalah. Nak kata awek merajuk, bercinta pun tak. Nak kata anak sakit, kahwin pun belum”
“Mana ada”
“Aku kenal kau dah lama Mal. Bukan senang kau nak tipu aku. Siapa yang kau tengok sangat tu. Sampai lupa apa yang kau nak cakap”
“Somebody yang aku rasa macam kenal. Yang dah bertahun aku tak jumpa”
“Dah tu, taknak pergi tegur, mana tau betul dia yang kau kenal”
“Nantilah”
“Bertangguh je kerja kau, nanti hilang baru nak menyesal”
“Takpe, lepas habis talk aku petang ni aku pergi tegur dia” ucap Iqmal bila wanita berdua itu sudah bangun meninggalkan meja makan.
“Suka hati kaulah”


Shahira sibuk mengemas kertas dan pensil di atas meja bila sampai ke sesi soal jawab. Jam sudah menginjak ke pukul lima. Banyak pulak orang yang nak bertanya soalan pada encik penceramah tu. Selalunya, ada seorang dua saja yang rajin bersoal jawab.
“wei, cepatnya kemas barang. Relax la dulu” tegur Suraya.
“Aku nak pergi ladies la. Kalau aku tak sempat masuk, kau tolong bawa barang aku ye”
“Dah tak boleh tahan ke? Dah nak habis ni”
“Darurat ni. Aku pergi dulu” cepat-cepat Shahira melangkah meninggalkan meja meraka. Dia menuju ke basement. Sengaja mengelak untuk berjumpa dengan encik penceramah.
Sepuluh minit kemudian dia menghantar mesej pada Suraya memaklumkan dia malas untuk masuk dan hanya menanti di kereta. Selesai masalah.


“Ibu”
“Ye sayang”
“Nek Jah ajak makan. Semua dah siap Adi tolong hidangkan”
“Adi dah sihat? Sakit lagi tak bengkak tu?” Shahira memandang wajah ceria anaknya.
“Dah ok, mana ada sakit. Adikan lelaki, mesti kuat nak protect ibu and Nek Jah”
“Ala, baiknya hero ibu. Jom kita makan. Mesti anak ibu ni dah laparkan”
“Lapar sangat. Nenek masak best malam ni”
“Anak ibu ni asyik fikir makan je.”
“Mana ada, Adi ada fikir banyak benda lain lagi. Macam, bila ibu nak bawa Adi pergi holiday lagi.”
“Eh, bila pulak Ibu janji nak pergi holiday?”
“Ibu jangan buat lupa ye. Adi ada bukti tau ibu dah janji”
Shahira sudah mengerut dahi. Berfikir bila dia berjanji, tapi bila si comel ni dah cakap ada bukti baik dia iyakan saja. Pantas tangan mencapai telefon, mencari tarikh yang boleh diselit untuk anaknya.
“Okey, cuti sekolah next week kita pergi. And please survey mana Adi nak pergi. Ibu tak nak tempat yang fully booked lagi”
“Tahu. Esok Adi bagi list dekat Ibu”
“Dah, jom makan.”

5 comments:

miznza84 said...

best...
sambung lagi sis..

fara said...

oh siyes best gilerrr...
please smbung lagi..
very nice story... =)

MaY_LiN said...

o-o..
marka lama ke..
ke ayah adi..

aiscream cokolat said...

erm...mesti Iqmal tu ayah Adi kan?

Anor said...

best...cepatlah sambung jgnlh jadi
macam DIA lamanya nk tunggu setiap n3 baru

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....