CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 5, 2009

indahnya takdir-17

“kita nak ke mana ni?” soal Q bila Hakim sudah keluar dari laluan biasa untuk pulang ke rumahnya.

“ada la, kaki awak dah ok kan?”

“dah” lepas tu memang bapak singa tu dah tak bersuara, Q yang dah sakit mata mengadap pc dari pagi mengambil kesempatan untuk memejamkan mata.


“Yang, awak tido ke? Kita dah sampai ni” Q pandang sekeliling, kawasan perumahan, tapi tak pasti di mana.

“kita kat mana ni?”

“jom turun, orang tu dah lama tunggu kita”

“tunggu nak buat apa?”

“banyak tanya tul la awak sekarang ni, ikut dah la”

sampai depan pintu pagar, seorang lelaki lingkungan 40-an sedang menanti. Hakim menghulur tangan bersalam.

“maaf, lewat dari yang dijanjikan”

“takpe, abang pun tak buat apa. Hari ni cuti, jom masuk sembang kat dalam”

“ni isteri abang, Kak Yam. Kereta dia la yang Hakim nak amik ni. Pelik betul abang bila dia kata kereta tu besar” Q yang tak faham hujung pangkal, menghulur tangan pada kakak kat depan dia. Kena amalkan budi bahasa budaya kita walaupun pada orang kita tak kena.

“kita orang nak cepat ni bang Kamal. Tak boleh nak duduk lama-lama.Semua dah selesaikan?”

“dah, ini kunci dia. Kalau ada apa-apa masalah, Hakim bagitau abang ye” Q makin pelik bila abang tu dah hulur kunci dan satu envelope besar pada Hakim.

“kalau macam tu kami mintak diri dulu la, dah nak maghrib dah. Terima kasih ye bang, kak”


Menghampiri sebuah Honda Jazz putih, Q macam tak percaya Hakim beli kereta lagi. Tapi disebabkan kawasan dah gelap, tak sempat la Q nak belek puas-puas.

“awak nak drive Jazz ke BM saya?”

“yang ni je la, BM awak tu saya takut tercalar nanti awak tolak lagi duit hantaran saya”

“ok, nah kunci. Drive hati-hati, saya ikut belakang”

“ok bos”

“QQQQQQQQ” cepat-cepat Q masuk dalam kereta lepas tu tekan central lock. Tak nak kena jentik jari lagi, sakit tu.



“dah ambil keretanya Abang?” soal Datin Sharifah didepan muka pintu, memang best la dapat mak mertua macam ni, anak menantu balik kerja siap terpacak depan pintu.

“dah, Ibu nak try ke?”

“kejap lagi la, tunggu abang dengan Q solat dulu, lepas tu kita keluar makan. Abah dah janji nak belanja. Jom Q, Hana dah lama tunggu Q”

“tunggu nape lak Bu, selalu takde pun nak tunggu Q”

“ntah la, tapi dari petang tadi lagi duk tunggu Q balik”

“Q naik dulu ye Bu,…..naik dulu ye wak”



Menjengah je dalam bilik, Hana dah berdiri sambil bercekak pingang. “takde la ramping sangat. Kena diet lagi tu” komen Q pada Hana yang dah muncung.

“amboi-amboi akak, Hana tak sempat nak cakap lagi, akak dah kenakan HAna ye. Apasal lambat sangat balik hari ni? Penat la Hana tunggu”

“akak kena temankan abang gi ambil kereta baru dia, tu pasal la lambat. Pelik tul la dengan abang Hana tu, nak buat apa ntah kereta banyak-banyak. Yang dia boleh bawa sebijik je?”

“ala, abang Hana….abang sayang akak jugak kan. Akak tak tanya ke apsal bang beli keta lagi”

“malas akak nak tanya, balik-balik nanti dapat jawapan merapu dia, tambah sakit hati akak je. Ibu cakap Hana tunggu akak. Ada apa?”

“Akak gi mandi and solat dulu, pastu Hana story ye”

Selesai solat, Q duduk bersila disisi Hana yang berbaring di atas katil. “Ada apa yang nak cite kat akak ni, dah macam tak boleh sabar dah ni”

“ehm. Akak ingat tak pasal mamat yang selalu Hana bagitau tu?”

“oohhhh, anak tengku tu ye? Kenapa dengan dia? Selalu marah je kalau sebut nama dia”

“dia ajak Hana keluar weekend ni. Apa pendapat akak?”

“kalau handsome, akak ok jek”

“akak, orang cakap betul-betul ni.”

“ye la, akak cakap betul la ni. Kalau dia kurang smart dari abang pun dah ok dah la. Mana boleh Hana dapat pakwe yang handsome dari akak”

“uuweeekkk….muka abang yang macam tak siap tu akak cakap handsome? Handsome lagi la anak tungku ni”

“aikkkk…..dah berubah nampak.sejak bila tungku hitam lagi handsome dari bapak singa akak ni?”

“sejak dia kasi ni kat Hana” sambil tangan menyuakan music box pada Q.

“mak ai, klasiknya pakwe Hana ni. Bagi benda alah ni. Akak pun nak mintak kat abang satu.”

Belum sempat Hana menjawab, telefon bimbitnya berbunyi. Dari gaya bercakap, Q dah dapat agak siapa yang berada dihujung talian.

“abang suruh cepat sikit, ibu ngan ayah dah lama tunggu”

“nak ke mana?” Q wat muka blur.

“kan ayah nak belanja makan sempena akak dapat kereta bar…opppsss”

“Hana cakap apa?”

“takde apa, cepat la kak. Hana dah lapar ni”


“nah, awak drive” Hakim meletakkan kunci ditangan Q. bila alarm ditekan, tergejut Q bila kereta tadi yang berbunyi.

“ibu ngan ayah duduk belakang dengan Hana ye. Hana nak duduk tengah tau” seronok je Hana mengatur tempat semua. Dia terus masuk ke dalam kereta. Di ikuti Datin dan Dato.

“cepat la sayang, semua orang dah lapar ni” tegur Hakim pada Q yang kaku di depan kereta.

“awak je la yang drive” Hakim buat bodoh, terus melangkah ke tempat penumpang. Dalam terpaksa, Q memandu jugak. Dan deatinasi mereka, kampung Baru. Ala Thai lagi.


“best tak drive kereta tu Q?” soal Dato Hassan setelah membuat pesanan.

“best la, walaupun second hand tapi rasa macam kereta baru je”

“memang la, dah dekat dua bulan abang cari kereta tu. Nak yang terbaik untuk Q”

“haa..nape lak untuk Q?”

“kami semua tak nak Q bawa motor lagi. Mulai hari ni Q kena bawa kereta ni. Kesian abang susah payah cari untuk Q. Q tak kesian ke?”

“tapi Bu, Q mana mampu nak bayar”

“takpe, yang tu Q bincang dengan abang je”

“Q tak nak la abang” pelik Q bila Hakim tersenyum lebar. Apa kena pulak dengan mamat ni? Selalu kalau Q bangkang cakap, mula Hakim wat muka singa.

“yang awak senyum sampai tak ingat dunia ni kenapa?”

“la, tadi dah best dah dengar Q address abang. Tak nak panggil awak-awak dah la lepas ni. Panggil abang ye” tutur Hakim.

“ha, betul tu. Ibu ngan ayah pun sakit telinga dengar Q dengan Hakim duk berawak saya. Sekali dengar macam biawak dah”

“tapi…”

“takde tapi-tapi. Makanan pun dah sampai ni. Jom makan. Hakim, bacakan doa” selesai mengaminkan doa, semua menjamu selera. Nyata, tomyam campur, kailan ikan masin, ikan siakap bakar, telur bungkus, sotong goreng dan daging masak merah memenuhi citarasa semua.

“Q nak bayar dengan apa kereta ni bang, gaji Q cukup untuk makan, bagi mak dan belanja je. Yang lain untuk bayar yuran nanti.” Rungut Q bila mereka dalam perjalanan ke pejabat.

“macam ni, mulai bulan depan abang naikkan gaji Q. yuran U, nanti abang bayar. Kereta ni pun abang bayarkan k. Q Cuma drive pastu bubuh minyak je”

“tak nak la. Apa kata, Q bayar installment abang yang isi tank minyak.” Bijak tak?

“ok, nanti abang bagi kredit card untuk Q”

“so. Berapa monthly Q kena bayar ni?”

“eeehhhhmmmmm……RM400. boleh ke?”

“ok”


Sepanjang hari tu Hakim ada urusan di luar. Q dengan senang hati mengajak Mawar keluar makan.

“kita gi jauh sikit ye kak, boleh akak test kereta baru Q”

“Q beli kereta ke?”

“bukan Q, aba….. bapak singa yang bayar down payment. Q bayar installment jek”

“uihhh,…bestnya dia. sayang sungguh Bapak singa ye, sanggup beli kereta untuk Q. berapa kena bayar sebulan ni?”

“empat ratus”

“haaaa…….empat ratus?”

“dah berapa tahun ni?”

“ nak masuk 2 tahun”

“adik sayang, mana ada kereta import macam ni 4 ratus sebulan.”

“mana Q tau, Hakim yang cakap macam tu”

“takpe la, janji Q dah ada kereta. Yang lain tak payah fikir ye. Akak pun senang hati tengok” tapi Q pulak yang sakit kepala memikir…..bapak singa kelentong dia ke? Nak kena siasat ni…..



****

‘lagi 10 minit abang sampai. Naik kereta Q ye’
kelam kabut Q menyarung tudung di kepala. Bapak singa tu kalau kata 10 minit, silap-silap dah nak sampai.

Q bermain dengan kunci kereta sambil menanti Hakim mengunci motosikal. Memang betul pun Hakim dah sampai ketika Q turun ke bawah.

“ada kat mana masa hantar mesej tadi?”

“kat rumah la”

“cepatnya. Abang bawa laju ye?”

“mana ada. Tu la abang ajak keluar naik motor tak nak. Kalau tak, Q dah tak payah tanya abang bawa laju ke tak ”

Q membeliak mata yang dah sedia besar tu. Geram dengan sikap Hakim yang suka mempersendakan kata-katanya.

“jom” Q menghulurkan kunci pada Hakim. Takdenya dia nak memandu kalau Hakim ada disebelah.

“kita nak kemana ni bang?”

0 comments:

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....