CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 22, 2010

indahnya takdir-35

Jam dah melewati angka 5. kerja yang ada perlu disiapkan sebelum pukul 10 pagi esok. Q mecongak sendiri. Paling awal semua ni boleh siap pun dalam pukul 9 malam. Itu pun kalau semua data dah lengkap.

“OT today?” Jeff, electrical engineer dah bersiap untuk pulang.

“I thought so. Too many thing still not done. Going home now?”

“yeah, already promise to my wife to bring our son buy a new bicycle”

“so, bye”

“take care Q. and please don’t stay until midnight”

“all right sir.”

Jari yang tengah rancak menaip terhenti bila alarm reminder Apple menggegarkan laci meja. ‘b’day Adam’. Q dah garu kepala. Mampus. Kerja banyak lagi tak siap, hadiah untuk Adam pun tak cari lagi. Makan kira ok la kalau gi cari kedai makan yang sedap je.

9.05 p.m…..mana nak cari hadiah masa ni? Shopping mall pun dah nak tutup rasanya. Macam mana ni? Laptop dah shutdown, kemas semua barang masuk beg terus Q cari kereta.

“Hello abang, ada mana?”

“kat rumah, Q lambat lagi ke nak balik?”

“Q dah ada atas bridge. Dalam 15 minit lagi sampai la. Abang dah makan?”

“belum, abang tunggu Q”

“k. jap lagi kita kuar makan”

“Q masak boleh? Abang tak rasa nak keluar la malam ni”

“k”

Adam dah terpacak depan pintu ketika Q matikan enjin kereta. Barang-barang kerja ditinggalkan dalam kereta. Terus dia melangkah masuk. Kesian pulak kat pakcik yang penat kerja tu. Mesti tak makan lagi.

“abang bagi Q setengah jam. Nanti Q siapkan semua”

“Q gi mandi dulu. Nanti abang tolong Q masak”

Q dah senyum sumbing. Adam nak tolong masak? Melambatkan lagi boleh la. Semua benda Adam tanya nak buat macam mana. Penat nak menjawab.



Sejam berpenat lelah bertukang dengan Adam akhirnya, tomyam campur, ayam masak merah dan kailan ikan masin siap dihidang atas meja. Adam sibuk menyusun pinggan. Q berdiri disisi Adam.

“maaf, Q tak beli apa pun untuk abang”

“takpe, Q dah masak ni kira hadiah jugak.”

“abang bagitau la nak apa, weekend nanti Q belikan”

“lepas makan nanti abang bagitau. Sekarang kita makan dulu. Bukan senang nak dapat offer cik puan ni so kena la pikir dulu nak minta apa”

Siaran tv malam tu memang tak kena dengar minat Q mahupun Adam. Jadi selepas makan diaorang duduk depan garaj kereta. Buaian yang boleh memuatkan dua orang tu dihayun perlahan.

“dah dekat 5 bulan kita kawinkan. Sekejap je abang rasa” Q tekun memandang langit. Tak tau nak kata apa. Dengar je luahan Adam.

“Q sayang abang?” makin kelu lidah Q. nak jawab apa? Kenapa la malam ni Adam duk tanya benda pelik-pelik ni. Tapi dalam hati nama Adam dah bertapak. Dia senang dengan kehadiran Adam.

“so apa hadiah yang abang nak?” cepat je Q ubah topik. Jalan paling selamat rasanya.

“kasih sayang Q”

“Q bagi sayang dulu ye abang, kasih hutang tau” satu kucupan singgah dipipi Adam. Dan Adam tersenyum lebar. Tak percaya Qasedah Najwa yang mengucup pipinya.

“abang ingat Q ada hutang dengan abang k”

*-*-*-**-

Suasana dalam pejabat pagi tu agak sunyi walaupun semua dah berada ditempat masing-masing. Macam nilah selalunya pagi Isnin. Semua sibuk dengan kerja sendiri. Lepas break nanti barulah dengar suara riuh rendah. Q tekun dengan email yang banyak dalam Inbox, semua perlu diselesaikan dengan segera.

“Puan Najwa. Kenalkan staf baru kita, Mohd Hisyam. Dia akan ganti Wong yang dah cabut tu.” Suara Azman, HR Manager membuatkan Q angkat muka dari drawing dimeja. Berharap sangat bukan Hisham yang dikenal yang berada didepan dia.

“nice to meet you. Welcome to IE. Saya Qasedah Najwa” Q cuba mengukir senyum semanis boleh. Ternyata apa yang diharapkan tak menjadi kenyataan. Yang penting kena professional. Kononnya la.





“tak sangka boleh jumpa Q kat sini. Dah jadi Puan ye sekarang. Sapa yang ambik bekas saya ni?ada jugak orang nak ye” tutur Hisham sinis ketika mereka melangkah ke bilik mesyuarat. Q buat tak dengar walaupun hati dah pedih sangat. Memikirkan dia sedang berkerja dan Hisham hanya orang bawahan, Q kuatkan diri.

“so, macammana hidup? Mesti bahagiakan? pangkat pun tinggi sekarang” Q diam je. Terus melangkah, tarik kerusi, duduk dan fokus pada meeting production yang memang tak pernah takde masalah. Ada je isu berbangkit

“sombong ye sekarang. Cakap dengan saya pun tak nak”

“awak nak apa lagi ni? Tak cukup lagi ke apa yang awak dah buat selama ni? Ke awak tak puas hati dengan saya lagi? Ada saya kacau hidup awak ke? Kacau anak bini awak?” senafas Q bercakap. Dari tadi dah penat dia bersabar dan berharap Hisyam akan berhenti menyindir tapi semua tu sia-sia.

“saya tak puas hati selagi hidup awak tak susah macam saya”

“pa yang awak susah sangat? Kan awak awak dah bahgia dengan pilihan hidup awak….awak yang tinggalkan saya….bukan saya yang buang awak….saya yang kena belajar dari bawah balik…..ada saya kacau hidup awak? Ada saya minta awak tolong saya?”

“awak tetap dah susahkan hidup saya” Q hanya memandang langkah Hisyam yang semakin jauh. Pelik dengan sikap lelaki itu.


+++++++++++++++++++++

Waktu makan tengahhari baru bermula. Q yang memang jarang makan tekun menatap blog kegemaran. Masa break aje la yang dia free nak layan semua ni. Waktu lain sibuk dengan kerja. Balik rumah pulak dah tak nampak dah laptop…

“dengar cerita awak tak ada anak lagi….dah lamakan awak kawin….apasal? husband awak tak pandai ke?” suara Hisyam membuatkan Q angkat kepala. Perhatian pada e-novel terus hilang. Q memandang geram pada Hisyam. Ni apa hal mamat gila talak ni ada kat dalam office ni.

“kalau awak tak puas, saya free je. Bila-bila pun boleh. Bagitau je” Q dah berasap telinga. Benci sungguh dengar cakap Hisyam.

“mesti awak ingatkan macam mana kita dulu” Q tetap diam. Ni apa hal nak ungkit cerita zaman tok kaduk ni.?

“saya dengan husband awak mana lagi best?” ok. Ni memang mencabar keimanan betul. Tahap kesabaran terus hilang. Beg tangan dalam drawer diambil. Terus melangkah keluar dari pejabat. Dia memang dah tak boleh nak pandang muka Hisyam. Dah nampak kecil je…jangan sampai esok keluar frontpage….bos bunuh staf.


*-*-*-*

Q duduk termenung di ruang tamu. Televison yang terpasang dibiarkan begitu sahaja. Padahal cerita Criminal Mind tu memang dia minat. Tiba-tiba hidup terasa terlalu kosong. Tanpa arah dan tujuan. Perkahwinan dengan Adam sudah menginjak ke usia 6 bulan. Rasanya Q makin senang dengan kehadiran Adam.

Adam memang seorang yang penyabar. Tak pernah Adam naik angin dengan sikap sambil lewanya. Q sendiri kagum dengan kesabaran Adam. Sedang asyik melayan perasaan, pintu rumah dibuka. Adam melangkah masuk dengan wajah letih.

“Q dah solat?” Q hanya mengangguk. “abang nak mandi dulu” langkah Adam ke bilik dihantar dengan pandangan mata. Sayu sangat tengok muka letih Adam bila teringat kata-kata Hisyam tengahhari tadi.




Setengah jam kemudian Adam duduk di sisi Q. Dia mencapai akhbar, membaca sekali lalu tajuk-tajuk menarik. Kemudian menoleh Q disisi.

“Q sihat? Kerja ok?” Q hanya membisu. Tak tau nak jawab apa. Sebak je dalam hati. Walaupun itu memang soalan lazim Adam setiap malam.

“kenapa ni? Ada benda yang nak share dengan abang?” soal Adam bila tengok muka keruh Q. dah macam pikir masalah dunia je.

Tiba-tiba Q merapati Adam, airmata yang ditahan sejak petang tadi turun semahu-mahunya. Dia menyembab muka didada Adam. Tergejut Adam dengan gelagat Q, tapi bila mendengar tangisan Q dia hanya membisu. Membelai rambut Q, memberi ruang untuk Q bertenang.Hampir setengah jam mereka membisu, membiarkan Q hanyut dalam tangisan.

“Q, kenapa ni?” soal Adam, mangangkat muka Q dari dadanya. Dah basah lencun dengan airmata Q.

“Q jumpa Hisyam”

“k….Q jumpa Hisyam. Siapa Hisyam?Tapi kenapa sedih sangat ni?”

“dia…..dia…..”

“cuba Q cerita kat abang slow-slow, satu-satu. Abang kan ada” tutur Adam perlahan, walaupun dia sendiri tak yakin dengan apa yang dia cakap. Lain benar perasaan bila dengar Q sebut nama lelaki lain.

“Hisyam, ex Q masa study dulu”

“study? Kat USM ni ke?”

“tak, masa kat Arau dulu”

“so, kenapa dengan dia?”

“dia satu kilang dengan Q sekarang. Dah sebulan dia masuk situ, tak sangka dia bawah Q”

“apa masalahnya ni?”

“Q tak nak jumpa dia, walaupun Q dah maafkan apa yang dia buat dulu tapi Q tak kuat nak berdepan dengan dia”

“abang kan ada”

“tapi……”

“tapi apa?...rasanya dah lama abang bagi masa untuk Q fikir dan terima perkahwinan kita. So malam ni, abang nak dengar semuanya”

“betul?” Adam mengangguk lembut.

“Q cakap je, abang dengar” ujar Adam. Airmata dipipi Q disapu dengan jari.

“Q tak tau nak mula dari mana”

“cerita je kat mana Q rasa nak mula. Abang tak kisah” Adam dah berlunjur diatas sofa, Q ditarik dalam pelukan. Mencari keselesaan.

“sebenarnya, Hisyam classmate Q masa kat U. mula-mula kawan je, tapi bila dah lama jadi couple. Lama juga Q couple dengan dia, dekat 4 tahun. Kita orang berpisah lepas grade. Dia kawin dengan perempuan lain lepas 6 bulan putus dengan Q. teruk sangat hidup Q masa tu sebab selama ni Q bergantung pada dia je. So bila dia tinggal Q, memang Q tak tau nak buat apa. Kawan langsung takde. Susah sangat.”

“Q dah ada abang sekarangkan” celah Adam

“tapi apa yang Sham cakap tadi memang menyakitkan hati. Selama ni Q sabar je dengan apa yang dia cakap”

“dia kata apa?”

“kalau lepas ni abang dah tak nak Q pun,Q terima. Q bukan perempuan baik-baik bang. Q dah terlanjur dengan Sham dulu. Q tak nak tipu abang, sebab tu Q tak nak terima abang dulu. Q tau abang lelaki yang baik. Q tak layak nak hidup dengan abang” pelukan pada tubuh Q terlerai.

Adam terdiam mendengar penjelasan Q. memang dia tergejut dengan pengakuan Q. “Q tau abang susah nak terima Q. kalau abang nak berpisah pun Q tak salahkan abang.bukan semua orang boleh terima benda macam ni. Q sendiri malu nak pikir tentang perbuatan Q dulu. Cuma satu yang Q mintak, walau apapun yang jadi antara kita, Q harap abang simpan rahsia ni, Q tak nak ummi dengan abah tau.mesti diaorang malu dengan perangai Q padahal diaorang dah bagi ilmu agama secukupnya dekat Q”

“Hakim tau tentang ni?” soal Adam setelah lama membisu.

“tau”

“maafkan abang, boleh Q bagi masa untuk abang berfikir dan terima semua cerita Q ni?”

“ambil la sebanyak mana masa yang abang nak, Q faham. Selamat malam bang” Q terus melangkah ke dalam bilik. Faham yang Adam perlu masa untuk bersendirian. Adam bukan Hakim yang menyayangi tanpa belah bagi.

Adam melihat langkah Q berlalu ke bilik.dia tergejut dengan kenyataan Q. mindanya seakan terhenti. Tak pasti apa yang perlu difikirkan dulu.

5 comments:

Hafia Hana said...

cpt smbung ea...

hope Adam bole trime all de past about Q..

rileks la Adam,mane ada m'sia yang xde mase silam n suci dari dose..

dah sygkn,so why dont u try to accept..

epy elina said...

hohohoo...
hmmm btul2 hope adm blh trma q...
yg lpas brkan jd sjrah...
stiap org melkukan ksilapan n brhk mndpt kemaafn...
klu dah cnta, trma psngn seadnya...
nak adam ngn q...

akak said...

alahai..
pandainya buat kitorang suspen..
cepat smbung dik..

Jiha Mahmud said...

c-annyer kt Q..

hopefully adam ley la trime..

MaY_LiN said...

smg adam dpt trm q
sume org penah wwat salah..

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....