CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 22, 2010

-title please-

Hari dah petang benar ketika Aisyah sampai dirumah. Badan yang letih membuatkan dia duduk santai diruang tamu. Malas nak bergerak ke bilik. Baru je nak memejamkan mata, mak dah terpacak dihujung kaki.

“lambat acik hari ni”

“banyak kerja la mak”

“kerja, kerja jugak tapi jangan la sampai tak ingat dunia langsung. Nah, pakai” ayat terakhir mak berjaya membuatkan Aisyah kembali membuka mata.

Cincin yang dihulurkan oleh mak membuatkan dia semakin pening. Masalah berselisih pendapat dengan jurutera dari syarikat pembekal masih belum hilang ni dah tambah lagi masalah. Entah dari siapa pulak la mak terima kali ni. Dah bermacam jenis cincin yang disuakan emak sejak 2 tahun lepas. Tapi satu pun tak diterima.

“kan cik dah cakap, cik tak nak la mak”

“apasalahnya, acik tengok la dulu cincinnya. Mana tau acik berkenan” Aisyah pandang muka Mak Kiah dua kali. Macam tak percaya je dengar cadangan pelik tu dari mulut mak. Boleh samakan ke suka cincin dengan suka tuan punya cincin? Kalau nak ikut berkenan dengan cincin yang orang hantar tu, dah lama agaknya dia kawin. Cantik-cantik gak cincin yang diaorang bagi.

“tak nak la mak. Nanti acik kawin la”

“nak tunggu apa lagi? Kawan-kawan acik semua dah selamat. Ada yang dah besar dah anaknya. Acik ni duk tunggu siapa sebenarnya?”

“mana ada tunggu sapa. Acik masuk bilik dulu la mak. Nak mandi ni” Aisyah cuba mengelak. Dah boring dah bila cakap isu tak kawin-kawin ni. Apasal la budak-budak sekarang suka sangat kawin muda-muda? Belajar tak habis lagi sibuk nak kawin. Kan tempias dia kena dekat orang macam aku ni.

“mengelak….mengelak…” Aisyah buat pekak. Kang mejawab, berdosa pulak. Langkah dilajukan ke bilik.



*-*-*-*-*-*

“hello Encik Azhar please” dua minit lepas tu baru la dapat dengar suara lelaki itu menjawab “ Aisyah here. Macam mana dengan modification yang saya minta semalam? Dah siap?”

“belum lagi, kitaorang tengah usahakan”

“belum??????? Kan dah deal nak hantar sample hari ni”

“mesin ada masalah petang semalam, terpaksa turunkan mold. Esok baru boleh jalan”

“macammana ni Ad, janji dari minggu lepas lagi. Line aku dah delay 3 hari ni. Siapa nak tanggung?” dari gaya formal habis tadi terus dia terjah macam bersembang diwarung mamak. Bengang dengan mamat tu. Selalu sangat buat main-main bila berurusan.

“aku cuba usahakan petang ni, tapi boleh tak kau suruh sapa-sapa hantar panel untuk kami cuba assamble?”

“nanti aku hantarkan. Menyusahkan betul la kau ni”

“nanti aku belanja kau minum”

“kalau setakat air suling ntah dari mana tu, tak payah la. Buat aku sakit perut lagi je” terdengar suara lelaki itu ketawa sebelum menamatkan panggilan.


*-*-*-*-*

“menguap lagi….” Suara yang kuat serta tepukan dimeja membuatkan mata yang tadi dah tak boleh nak diangkat terus segar. Tuan punya suara yang tegak berdiri disebelah white board tajam merenung mukanya. Masuk ni, dah lima kali pakcik kat depan tu menegur dia yang tersengguk-sengguk sejak mesyuarat bermula. Tapi nak buat macam mana, dah habis daya menahan kantuk tapi tak berjaya.

Anita disebelah dah tersengih macam kerang busuk bila dia mengerling tadi. Suka la tu tengok dia kena marah dengan Encik Skema tu. Dari tadi Anita dah berusaha membuat dia terus celik tapi tak berjaya.

“awak ada masalah Aisyah? Asyik menguap dari tadi, boring sangat ke meeting ni?” Aisyah menelan liur. Kalau jawab ‘ya’ boleh tak? Agak-agak kena pecat tak? Semua meeting sama je….bercakap je lebih tapi masalah tak selesai pun.

“takde Encik. Meeting macam biasa, saya je yang mengantuk. Saya minta maaf”

Setengah jam kemudian, penyiksaan pun berakhir. Baru je nak melangkah keluar, suara yang kurang gemar didengar tu bergema. “tunggu dalam office saya sekarang” Aisyah dah garu kepala. Masak la kena dengar ceramah lagi.

“duduk Aisyah” pelawa tuan punya bilik bila melihat cik kak sorang tu berdiri tegak didepan meja.

“awak tau kenapa saya nak jumpa awak?”

‘nak berleter la, apa lagi?’ tapi itu ayat dalam hati je. Ayat tak ikhlasnya “tak Encik, kenapa ya?” siap dengan muka blur.

“saya kecewa dengan pretasi kerja awak sejak sebulan ni. Awak ada problem ke? Dengan mengantuk masuk meeting…..ni bukan Aisyah yang saya kenal dulu. Bukan staf yang sangat komited dengan kerja dia. Apa masalah awak?”

“takde Encik, saya minta maaf” takkan nak cerita dekat Pakcik Skema ni mak paksa suruh kawin. Mati nanti kena dengar ceramah free lagik. Tak tahan. Lain cerita la kalau Encik Skema ni nak tolong carikan calon. Tak pun offerkan anak dia yang super duper handsome tu ke.

“sure?”

“Ye Encik”

“awak buat apa semalam sampai mengantuk macam ni? Nak kata jaga anak, kawin pun belum” kan dah keluar ayat yang tak sedap didengar. Semua orang suka sangat mengungkit bab kawin-anak-anak dara tua ni.

“saya ke kilang vendor, tunggu part sampai siap” jawab Aisyah perlahan. ‘lepas tu kena temankan mangkuk ayun tu lepak kat nasi kandar sampai pukul 2 pagi’ sambung Aisyah dalam hati. Mau kena penampar kalau ayat sambungan tu keluar dari mulut. Lagipun jatuh la imej sebagai staf perempuan solehah kalau Encik Zakaria tau dia melepak malam-malam kat luar.

“tak settle lagi modification tu?” suara Encik Zakaria dah naik balik. Membuatkan Aisyah kembali tegak di kerusi. Mau sakit jantung kalau kena sergah macam ni tiap-tiap hari.

“hari ni nak masuk lane untuk test run, kalau ok, settle la Encik”

“awak pergi dengan sapa kilang tu?” nada Encik Zakaria dah kembali biasa.

“sorang la Encik, takkan nak ajak semua orang kot”

“lain kali kalau nak ke sana malam-malam, bawa teman. Bahaya”

“baik Encik, kalau takde apa-apa lagi saya minta diri dulu ye”


*-*-*-*-*

“apahal monyok sangat muka tu?” Anita dah berdiri disebelah meja Aisyah. Kertas yang dibawa diconteng-conteng dengan pensil. Kalau tengok dari jauh atau bos duk perati memang nampak macam duk bincang hal keje la. Pandai sungguh kakak sorang ni cover lane.

“penat la……”

“kena dengar ceramah lagi ke?”

“nasib baik hari ni dia tak berceramah, kalau tak confirm aku tertido depan dia, dan confirm jugak dia sambung lagi panjang la ceramah dia”

“sabar la, dah tak lama dah dia kat sini. Dengar kata minggu depan, manager yang nak ganti dia tu masuk. Harap-harap, dapat bos muda la pulak. Bosan dah aku asyik menghadap muka uncle-uncle je bila masuk meeting room.”

“berangan la kau, mana ada orang muda boleh pegang post manager, lain cerita la kalau company ni bapak dia punya macam dalam cerita melayu tu. Dunia realiti kita ni, jangan harap la, ni pun kira nasib baik la dapat bos melayu. Kalau bangsa lain, pening jugak kita”

“aku tak harap la muda belia. Ala yang masuk awal 30an pun ok apa.mantap lagi…janji muka layannnnnn….”

“gatal la kau, tak ingat kat laki dirumah ke?”

“itu dirumah, ini untuk di office. Baru semangat sikit nak masuk kerja. Kau lain la, si Azhar tu kan kacak bergaya. Hari-hari call, tiap-tiap minggu mai sini”

“ni apahal pulak duk kaitkan aku dengan mamat terlebih mulut tu. Menyampah kau tahu tak?”

“eleh…menyampah konon. Padahal aku nampak semalam seronok je bergurau senda kat nasi kandar. kau jangan Cah, handsome tu. Kalah laki aku, nasib baik dia tak nak kat aku je, kalau tak dah lama aku madukan dia…….”

“aku cakap dekat Fuad, bini dia ni gatal nak dekat Encik Azhar” tangan Aisyah dah capai gagang telefon.

“kau,,……jangan la, aku memain je. Mengamuk Fuad nanti. Kau bukan tak tau penyakit cemburu dia tu”

“tau takut, lain kali jangan nak kenenkan aku dengan Encik tu k. tak sanggup aku nak lawan cakap dengan dia…. Aku kalau nak cari calon boipren,,, haruslah seorang yang pendiam, sebab aku ni dah cukup kepoh. Kalau dua-dua kepoh, siapa yang dengarkan”

“tu pasal la kau tak kawin-kawin Cah, banyak benor syarat kau. Terima je la siapa yang nakkan kau, mana tau bahagia”

“seeeeeeeee….kau pun tak sure, macam mana aku nak terima. Ini hidup aku tau. Bukan part yang aku buat, kalau salah boleh suruh Ad modify.”

“susah la cakap dengan kau Cah. Habis tu, bilanya kau nak kawin? Tak pun kawin je dengan Ad, apa-apa jadi dia boleh tolong modify”

“aku akan kawin bila jumpa dengan orang yang aku berkenan” jawab Aisyah yakin.


“masalahnya, kau tak pernah nak jumpa dengan orang yang hantar cincin kat rumah kau. Macam mana kau nak jumpa dengan orang yang kau berkenan? Pi mai pi mai asyik ke hulu ke hilir dengan Ad je”

“adalah nanti…ehhh, dah la. Gi buat kerja kau, kang Encik Skema keluar kang naya je kena dengar ceramah lagi”


“Ad tu dah cukup sesuai dengan kau Cah. Kenal pun dah lama. Nak cari macam mana lagi?”

“Cik Ain yang cantik menawan tu nak letak mana?”

“Alah…macam aku tak tau yang Si Ain tu pilihan family dia. Aku tau dia suka kat kau”

Aisyah ketawa je dengar ayat terakhir Anita. Macam tak boleh nak dibayangkan dia dengan Ad couple. Macam tak kena je.

5 comments:

epy elina said...

hohoho...
permulaan yang baik...
x sbr nak thu part slanjutnya...
best2x...
gud job...

MaY_LiN said...

hihihi..
intro yang bagus ni..
xde idea la nak tulun bg title..

nemo kaler oren said...

erm..
intro dh best ni...
nk bg tjk dgn pandu pd intro ssh lor..
sbb x tau jln citer...
buh jer tjk cte ni UNTITLED
HEHEHEE

kak noor said...

permulaan yg menarik......cpt update ye ...dah lama tunggu novel baru...klik2 ari ni dah ada....like this story...nak lagi key...good job n good luck

miznza84 said...

salam..
akhirnya muncul jugak..
starting yg menarik... teruskan usha..
kambate...nice...

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....