CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 2, 2011

~mAtAHarI MaLAm- 8~

12 tahun lepas.

Mata tidak lepas dari memandang si gadis yang tekun membaca dimeja paling hujung. Suka benar dia melihat telatah gadis manis yang setiap hari berkunjung ke perpustakaan itu. Hari ini dia perlu memulakan langkah jika ingin mengenali gadis itu. Langkah diatur perlahan ke meja yang penuh dengan segala macam buku-buku.
“Boleh pinjam buku ni?” soal Iqmal sambil mencapai sebuah buku diatas meja Shahira. Dia main ambil saja. Tak kisahlah buku apa.
“Ambillah”
Dia duduk dihadapan gadis itu. Seronok melihat gadis itu tekun menulis diatas kertas. Tak melayaninya.
“Nama saya Iqmal. Awak?”
Tersenyum dia bila melihat muka tergejut gadis didepannya. Comelnya dia.
“Maaf?”
“Saya Iqmal. Awak?”
“Shira”
“Oh Shira, boleh kita berkawan?”
“Ha?” senyuman lebih lebar terukir dibibir Iqmal. Kalut semacam tapi comel sangat.
“Dah lama saya tengok awak selalu study dekat sini. So boleh kita berkawan?”
“Tak payah kot”
“Niat saya baik, nak berkawan je dengan awak”
“Mana ada orang jahat cakap dia jahat. Lagipun saya tak berminat sangat nak berkawan dengan lelaki ni.”
“Tapi saya nak kenal awak. Ni nombor telefon saya, call ye. Esok saya dah tak boleh datang jumpa awak”
“Jadi?”
“Please call ye. Saya kena gerak sekarang”
Hanya sebulan selepas itu dia menerima panggilan dari gadis itu. Dan mereka mula berkawan dan makin rapat.


“Kita kahwin sayang” cadang Iqmal suatu petang, Ketika mereka berbalah tentang hubungan yang baru terjalin. Bila Shahira meminta mereka tidak lagi berhubung selepas abahnya mengetahui.
“kahwin? Tapi kenapa tiba-tiba je?”
“Abang rasa tak boleh hidup tanpa Shira”
“Abah takkan bagi. Lagipun Shira baru nak ambil exam”
“Takpe, lepas habis paper nanti abang pergi jumpa abah Shira ye. Yang penting kita boleh kahwin”
“Abang yakin dengan keputusan ni? Tak menyesal nanti?”
“Ni je jalan yang ada, lagipun abah Shira tak bagi kita kawan”
“Tapi kalau Shira ikut abang, Shira akan hilang family. Abang janji takkan tinggalkan Shira walau apapun terjadi?”
“janji sayang, susah senang kita tetap bersama”
Shahira memandang Iqmal. Mencari kepastian. Mencari kekuatan untuk disandarkan harapan. Berbaloikah berkorban sebesar ini untuk cinta yang baru timbul dalam jiwa. Dia hanya mampu berserah segalanya pada Ilahi.


“Kalau Shira nak jugak kahwin dengan budak ni, abah akan benarkan tapi lepas ni Shira jangan balik lagi ke sini. Anggap je Shira dah jadi yatim piatu dan sebatang kara, susah senang jangan cari kami”
Itu kata putus dari Pak Man bila Shahira berkeras untuk berkahwin dengan Iqmal. Hancur luluh hatinya bila anak gadis yang dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh boleh membuat keputusan sebesar itu sendirian, membelakangkan keluarga yang selama ni membesarkannya.
“Abah, tolonglah. Shahira cintakan El. Janganlah buang Shahira abah. Shahira Cuma minta restu mak dan abah”
“Shahira ingat dengan cinta je boleh hidup? Kamu dua-dua tak kerja, belajar pun tak habis lagi macam mana nak kahwin? Kamu nak makan apa lepas ni? Makan cinta kamu tu?”
“El dah janji nak kerja bah”
“Boleh ke? Sekarang abah nak dengar keputusan Shahira, nak kahwin lepas tu hilang kami semua atau masuk matrik awal bulan depan dan lupakan semua benda mengarut ni”
Iqmal hanya mampu memandang Shahira mengesat airmata. Berat benar dugaan yang terpaksa dihadapi untuk mereka bersama.
“Shira pilih El abah” jawab Shahira dalam sendu.
“Kalau macam tu, lepas zohor nanti kita ke pejabat kadi. Abah akan bagi Shira menikah. Sekarang, Shira pergi kemas kain baju. Lepas ni jangan berani balik lagi ke rumah ni”
“Abah…”
“Ini keputusan Shira, jadi Shira kena terima apa jugak kesan dia”
Tegas Pak Man bersuara, membuatkan Shahira membisu. Besar sungguh harga yang perlu dibayar untuk sebuah cinta seorang lelaki.
Pernikahan mereka hanya disaksikan oleh keluarga Shahira dan petugas dipejabat tersebut. Sayu menyelubungi suasana. Jelas riak sedih diwajah Shahira melangkah ke fasa baru. Mak Shahira memeluk erat anak gadisnya sebelum mereka melangkah meninggalkan perkarangan pejabat kadi.


Surat tawaran ditangan direnung sayu, sejak mereka bernikah tak pernah dia mendengar Shahira merungut walaupun hidup mereka tak sesenang mana. Dia masih sibuk dengan pengajian yang akan berakhir hujung tahun ini hanya mampu membantu serba sedikit masalah kewangan mereka. Dan makin menambah masalah bila, disaat begini dia mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran.
“Abang, dah lama balik?” suara Shahira menyentak lamunan panjangnya.
Surat ditangan dilipat cepat. Menyimpan kembali ke dalam buku. Bimbang andai Shahira terjumpa. Wajah letih itu tersenyum manis padanya. Menghilangkan segala masalah didada. Walaupun hidup mereka tak semewah mana, tapi mereka bahagia. Cuma dia belas melihat Shahira terpaksa keluar berkerja untuk menyara mereka berdua sehingga dia habis belajar.
“Lama jugak, kelas habis awal. Macam mana kerja hari ni?”
“Biasa je. Dah makan?”
“belum lagi”
“Kalau macam tu, jom tolong Shira masak. Cepat sikit boleh makan”
Iqmal menurut langkah Shahira ke dapur. Memandang Shahira yang sibuk mencari bahan untuk memasak.
“Shahira Cuma jumpa, telur dengan sardin je. Abang tak kisahkan kita makan ni saja malam ni?”
“Asalkan dengan Shira, minum air pun dah kenyang. Shahira masak, abang tanak nasi ye” Iqmal berlalu ke sinki, membasuh beras didalam periuk kecil. Cukup untuk mereka berdua.

“Abang nak balik rumah mama kejap. Shira duduk baik-baik kat rumah ye”
“Tak nak bawa Shira sekali?”
“nantilah baby, tunggu abang habis study baru kita pergi jumpa family abang”
“Iyelah. Abang bawa kunci tau. Takut nanti Shira terlelap tak dengar pula abang balik” pesannya bila terasa mata sudah memberat ketika menghantar Iqmal ke pintu.
“Nak tidur dah? Tak nak tunggu abang?”
“Shira mengantuk sangat ni, nanti abang sampai abang kejutkan Shira ye”
“Iyelah, baby tidur dulu. Abang pergi sekejap saja”
Langkah Iqmal meninggalkannya dipandang sayu. Sudah dua bulan mereka berkahwin tapi sampai hari ni dia masih belum bertemu dengan keluarga Iqmal. Banyak benar alasan lelaki itu jika ditanya tentang keluarganya.

“Betul abang nak pergi? Tinggalkan Shira dekat sini sorang-sorang?” soal Shahira perlahan pada Iqmal yang mengemas buku-buku. Sayu benar bila Iqmal membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke luar negara.
“Abang terpaksa baby, mama dengan abah berharap sangat abang sambung study”
“Tak nak bawa Shira sama?”
“Bagi abang pergi dulu, bila semua dah okey abang balik ambil Shira. Bolehkan baby?”
Shahira hanya membisu. Hendak menghalang, itu masa depan mereka. Dalam terpaksa dia merelakan pemergian Iqmal.
“Abang jangan lupakan Shira tau, Shira tunggu abang”
“Mana boleh abang lupakan buah hati abang ni. Siang malam dalam ingatan. Lagi dua bulan abang balik ambil baby ye”
“Janji?”
“Janji sayang”
Dan janji tinggal janji bila dia sampai disana tanpa khabar berita untuk Shahira. Setahun selepas itu baru dia pulang bercuti. Rumah yang disewa dahulu sudah bertukar penyewa, tiada lagi Shahira disitu. Puas dia bertanya, tapi tak seorang pun tahu ke mana Shahira pergi. Semenjak itu dia kehilangan isteri, hanya kerana mementingkan diri sendiri. Hanya kerana mengejar cita-cita.
Dua tahun selepas itu mama mula bertanya kenapa dia banyak berubah. Akhirnya, pada mama dia bercerita segalanya. Puas dia dimarah, tapi akhirnya mama juga turut membantu mencari Shahira. Mereka pernah ke rumah keluarga Shahira, walaupun disambut hambar tapi jawapan yang diperolehi lebih menghampakan. Shahira tak pernah pulang sejak mereka berkahwin.
Kecewa dengan kehilangan Shahira, sekali lagi dia menyambung pelajaran. Membuat PHD, menyibukkan diri bagi melupakan kesedihan dan kebodohan sendiri. Kini dia pulang, tidak mengharap lagi tapi masih berusaha mencari Shahira. Dan nampaknya Tuhan mengasihaninya, dia bertemu juga dengan Shahira dan paling gembira dengan kehadiran Adi. Tapi harga yang perlu dibayar sekarang adalah hilangnya kasih sayang Shahira.

11 comments:

Anonymous said...

owh..cam tu cter nyer.soooo next lar yea!

miznza84 said...

ala siannya shira... memang patut pun dia marah...
shirah patut ajar si aqmal dlu sblum terima dia balik dlm hidup ... klo x mesti aqmal ingat sumenya mudah je..
next lagi pls....

Anonymous said...

kesian nye kat shira... harap2 diaorang dpt bersama balik... nice entry, teruskan usaha anda...

~Aisy~

Anonymous said...

shira x yah trma iqmal tu..
rase cam x adil plak bile da brjya bru nk cri blik betul2..
usha tgga kejayaan..
hati shira terluka tersiat2 n kepayahan besarkan adi tu x terbyr..
da la dlu susah..
sya x suke iqmal..

shaqrina said...

yaallah lh mcm 2 kan jd suami..
smbong lg

shaqrina said...

yaallah, lh mcm 2 kan jd suami

shaqrina said...

yaallah lh mcm 2 kan jd suami..melampau

MaY_LiN said...

sedihnya..
setia betul shira

aiscream cokolat said...

duh! berat btol beban yg shira tpksa tanggung. da la muda lagi mse tu, kne tinggal plak. mmg ptot pon shira elak dri iqmal

Anor said...

kesiannye Shira...begitu rupanya cite
yg sebenarnya...sampai hati Iqmal buat begitu pd Shira..mana janji janji Iqmal pd Shira yg tidak mau tingaalkan Shira..dhlah dibuang
keluarga kerana nk kawen dgn Iqmal
tapi sanggup Iqmal pentingkan diri
sendiri tidak mengenangkan pengorbanan yg dilakukan oleh Shira..
Sepatutnya Shira jgn berlembut sgt
dgn Iqmal bila berjumpa nanti biarlah Iqmal rasa macamana ditinggal oleh org tersayang dn terpaksa menanggung diri dan anak bersendirian....tanpa bantuan org yg tersayang...beri pengajaran sikit pd Iqmal...cpt sambung makin lama makin teruja...

miznza84 said...

takde lagi ker??
sambung ye bile free..
thanks

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....