CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, August 10, 2011

~maTAhARI mAlaM- 10~

Shahira memejam mata saat terpandang motosikal yang laju datang dari arah bertentangan menghentam bahagian depan kereta, sudah dicuba sedaya upaya untuk mengelak tapi tak berjaya. Dia memeluk erat tubuh Adi. Hanya itu yang mampu difikirkan. Janganlah apa-apa terjadi pada jantung hatinya.
Hentakan kuat dan bunyi kaca berderai membuatkan dia membuka mata, darah dan kaca sudah memenuhi dashboard kereta. Juga terlihat muka pemuda yang menghentam kereta mereka berlumuran darah dihadapannya. Mata kembali dipejam. Gerun.
“Adi okey?” soal Shahira perlahan. Masih enggan melepaskan pelukan.
“Adi tak apa-apa ibu”
Shahira menarik nafas lega. Memandang penuh kasih muka anaknya. Fikiran melayang entah ke mana. Terdengar pintu kereta dibuka dari luar. Orang ramai yang melihat kejadian itu mula berkumpul. Seorang lelaki bertanya itu dan ini, tapi satu pun tak mampu difahami. Cuma terasa tangannya ditarik supaya keluar dari kereta.
“Adik tahu nombor telefon ayah?” soal pemuda itu pada Adi yang hanya menurut langkah Shahira ke tepi jalan.
“Tahu”
“telefon ayah, lepas tu bagi abang cakap”
Cekap Adi mencapai telefon yang dihulurkan. Mendail nombor telefon Iqmal. Kemudian menyerahkan pada pemuda tadi. Dia kembali memandang Shahira yang bisu. Nampak ibunya tergejut yang amat.
Tubuh Shahira dipeluk erat. Cuba menyedarkan Shahira yang menggigil.
“Ibu, ibu”
Shahira hanya diam memandang ke hadapan.
Setengah jam kemudian Iqmal sampai ditempat kejadian, pantas dia mencari Adi dan Shahira.
“Ayah, sini” panggil Adi bila melihat kelibat Iqmal diantara orang yang berkumpul. Lega bila Iqmal sudah sampai.
“Adi okey? Ada luka tak?” soal Iqmal cemas. Memeriksa tubuh Adi yang sudah berdiri dihadapannya. Bimbang andai anak lelakinya cedera.
“okey, tapi ibu dari tadi tak bercakap. Adi tanya tapi ibu diam je. Ibu ok tak ayah?”
Iqmal memandang wajah Shahira yang pucat. Mungkin tergejut dengan kejadian yang berlaku.
“Shira, Shira” panggil Iqmal lembut. Menyentuh jemari yang terasa seperti ais batu. Cuba menyedarkan Shahira. Risau pulak bila melihat keadaan Shahira. Janganlah terjadi apa-apa pada orang yang dia sayang.
Shahira mengalih pandangan pada lelaki yang duduk disebelahnya. Ternampak wajah Iqmal, terus airmata mengalir laju. Mengapa saat-saat seperti ini wajah lelaki itu yang terbayang dimatanya. Mengapa masih berharap pada benda yang tak pasti?
“Shira okey?”
Shahira hanya membisu, masih enggan mempercayai yang lelaki disisinya adalah Iqmal. Dia hanya membisu, mengangguk bila disoal berkali-kali oleh lelaki itu. Memang dia tidak cedera dimana-mana.
“Adi tunggu sini kejap dengan ibu, ayah nak pergi ambil barang dalam kereta. Jaga ibu tau. Kejap lagi kita balik rumah Tok Ma”
“okey”

“Kenapa dengan Shira ni Mal?” soal Puan Sakinah cemas bila melihat Iqmal memimpin Shahira ke dalam rumah. Tergejut dengan kehadiran mereka. Nampak macam keluarga bahagia tapi Shahira macam bingung semacam.
“Accident tadi. Mal rasa dia tergejut kot, pucat sungguh muka. Bercakap pun tidak”
“Mal bawa pergi bilik, bagi Shira rehat dulu. Sekejap lagi mama buatkan makan untuk Shira. Lepas bangun nanti baiklah tu”
“yelah”
“Macammana boleh accident ni Adi?” Puan Sakinah duduk disebelah cucunya bila Iqmal berlalu.
“Motor tu, tiba-tiba datang depan kereta. Ibu dah tak sempat nak mengelak. Lepas tu Adi dengar bunyi. Darah banyak dekat kereta ibu”
“Adi luka tak?”
“Tak ada Tok Ma, ibu peluk Adi kuat-kuat tadi”
“Syukurlah. Adi dah makan?”
“Dah”

Bau yang mendamaikan itu memenuhi rongga hidung membuatkan membuka mata, Shahira memandang keadaan sekeliling. Keadaan bilik yang begitu asing membuatkan minda berkerja keras, di mana dia sebenarnya. Kenapa dia merasa tenang dengan udara disini. Bau yang sama pernah dihidu bertahun dulu membuatkan dia bahgia.
“Dah jaga? Macammana? Lega sikit?” Shahira memandang wanita yang baru melangkah masuk, siapa ni?
“Saya kat mana ni?” soalnya perlahan.
“Shira kat rumah mama. Adi ada kat depan dengan Mal”
“Mama? Mal? Iqmal?” soal Shahira meminta kepastian yang dia tak salah dengar. Jadi sekarang dia berada dirumah Puan Sakinah? Ibu mertua yang tak pernah dikenali selama ini. Macammana dia boleh sampai sini.
“Shira dah sihat?”
“okey. Tak cedera pun” pantas dia mengubah duduk ke birai katil. Segan dengan Puan Sakinah.
“Ni mama buatkan sup, makan dengan nasi ye”
“Tak payah la. Menyusahkan Puan je”
“Tak ada susahnya. Dan janganlah berpuan-puan dengan mama”
“Tapi… auch” terjerit kecil Shahira bila Puan Sakinah menyentuh lengan bajunya. Segera dia menyelak, sudah kering darah lengan kanan. Mungkin terkena kaca cermin hadapan tadi.
“Shira makan dulu. Biar mama tengokkan tangan yang luka ni”
Shahira memandang tangan sendiri. Bercalar sikit, Tapi taklah sakit mana. Boleh lagi nak bergerak macam biasa.
“Sikit je”
“Sikit pun kena letak ubat jugak. Nanti berparut pulak tangan yang halus ni, marah Mal dengan mama”
Mal! Sudah berkali-kali dia mendengar nama itu. Tapi orangnya masih belum muncul.
“Adi mana?”
“Ada kat depan, dah terlelap rasanya dengan Mal. Dua beranak tu kalau dah berjumpa mesti banyak benda nak dibuat sampai tertidur.
Shahira pandang muka Puan Sakinah. Pelik, wanita didepannya langsung tak tergejut dengan kewujudan Adi. Dan sejak bila Iqmal kenal dengan anaknya? Bermacam-macam persoalan bermain dikepala saat ini. Banyak benarkah yang berlaku lepas dia kemalangan tadi? Atau dia yang ketinggalan berita.

“Nak balik jugak? Tidur sinilah” pujuk Puan Sakinah bila Shahira sudah bangun. Memimpin Adi ke arah pintu.
“Takpelah, Shira ada kerja esok”
“Nak pergi kerja macammana esok? Kereta masuk bengkelkan. Tidur sini boleh Mal hantar pagi esok”
“Takpelah, pandailah Shira cari kenderaan esok”
“Yelah, lepas ni datang lagi tau. Yang Shira tak suka, anak mama sajakan. Jadi Shira kena datang sini jumpa dengan mama selalu. Tak payah pedulikan Mal”
“Ma, apa pesan macam tu. Tak sayang dekat Mal ke apa?” protes Iqmal bila mendengar tutur mamanya.
“Eh, betullah apa yang mama cakap. Semua ni salah Mal je, mama tak terlibat jadi Shira mesti sayang mama”
Shahira mengikut langkah Iqmal ke kereta. Adi sudah mengambil tempat dibahagian penumpang. Gembira sungguh anaknya itu.
“Tak nak tanya apa-apa?” perlahan Iqmal bersuara bila mereka sudah lama meninggalkan kawasan perumahan keluarganya. Risau bila Shahira hanya membisu, langsung tak bertanya tentang semuanya. Seakan tidak berperasaan langsung.
“Saya tak rasa nak tau semua cerita awak. Jadi kenapa pulak saya nak bertanya” tutur Shahira tanpa nada. Masih memandang pada jalan raya yang gelap.
“Tak nak tanya apa yang jadi pada abang dulu?”
“Benda dah lepas, tak penting dah.lagipun awak dah kenal Adi, jadi tak ada benda yang nak diterangkan lagi. Rasanya itu saja yang perlu awak tahu”
Terkedu Iqmal dengan jawapan Shahira. Sejak bila si cantik manis ini berubah menjadi beku bak ais. Sukar benar untuk mendengar bait kata yang dulu cukup indah ditelinganya.
Akhirnya mereka sampai jugak didepan rumah Shahira. Mak Jah sudah terpacak didepan pintu menyambut kepulangan mereka.
“Shira, ok ke?”
“saya tak ada apa-apa Mak Jah. Tak payah risau ye”
“Nasib baik Iqmal ada, kalau tidak tak tahulah Mak Jah nak buat apa”
“Mak Jah pun kenal dia?” Shahira memandang tepat muka Mak Jah. Mahu mendengar jawapan dari orang yang selama ini ada dengannya susah dan senang. Benar-benar dia ketinggalan dalam perkembangan perkenalan ini.
“kenal” sepatah jawapan Mak Jah.
“sejak bila?”
“adalah dalam dua minggu” jawab Mak Jah takut-takut bila air muka Shahira sudah berubah.
“saya masuk dulu Mak Jah”
Iqmal dan Mak Jah hanya memandang langkah Shahira yang menghilang ke dalam rumah. Adi pula sudah lama berlalu ke dalam. Mak Jah memandang wajah Iqmal yang sayu. Faham yang lelaki itu terasa dengan tingkah Shahira.
“Sabarlah Mal, dia memang tak banyak cakap dari dulu. Dia marah ke, sedih ke semua dia diamkan. Payah nak bercerita. Mal jangan ambil hati ye”
“Tak pe Mak Jah, saya yang salah. Kenalah bersabar sikit dengan tingkah dia. Lagipun dia tak marah langsung. Taklah terasa hati sangat. Cuma risau dengan keadaan dia”
“Tidur sini ke?”
“Boleh?”
“Apa pulak tak bolehnya, isteri kamu kan”
Iqmal hanya tersenyum mendengar jawapan Mak Jah. Mak Jah sudah memberi izin tapi si tuan rumah masih belum tahu.


“Shira, dah tidur ke?” perlahan Mak Jah mengetuk pintu bilik Shahira bila melihat bias cahaya dari bawah pintu. Bermakna Shahira masih belum tidur.
“belum, ada apa Mak Jah?” wajah lesu itu muncul disebalik pintu.
“Ada benda nak cakap dengan Mak Jah?”
“Tak ada apalah”
“Muka tu sayu benar, cakaplah. Ringan sikit beban dihati tu” pujuk Mak Jah lembut.
Muka sudah disembamkan ke bahu Mak Jah. Airmata yang bergenang sejak tadi menderu laju. Sungguh dia bukan setabah mana dalam menghadapi dugaan Tuhan. Lama Mak Jah membiarkan Shahira menangis dibahunya.
“Kenapa sedih sangat ni? Patutnya Shira dah boleh gembira bila Mal dah balik ke sini. Shira dah boleh hidup bahagia dengan dia”
“Shira jumpa Puan Sakinah Mak Jah.”
“baguslah. Mesti mak mertua Shira sayangkan Shira. Suka bila dapat jumpa dengan Shira”
“Shira tak tahu Mak Jah”
“kenapa? Tak boleh maafkan Iqmal?”
“itu lagi satu masalah, kenapa tiba-tiba dia muncul balik. Rebut semua kasih sayang yang Shira ada?”
“Abang tak pernah berniat nak rebut kasih sayang yang Shira ada. Tapi abang nak bagi apa yang pernah jadi milik Shira lama dulu. Maafkan abang” tutur Iqmal perlahan, sudah lelah dia melihat airmata dan kesedihan Shahira. Sudah masanya dia menjadi tempat Shira bergantung harap.
Terkaku Shahira melihat Iqmal yang melutut dihadapannya. Sejak bila lelaki itu ada dalam rumah ni?

13 comments:

fisha said...

buat semua yg follow cerita ni...
sorry sgt, terdelay lagi semua n3, byk pulak kerja lepas pindah tempt baru ni...
Alhamdullilah, tmpt baru sgt besh!!!!
enjoy mm-10. harap ada yg sudi bc n feedback....
slmt berpuasa

Anonymous said...

dh nk abis ker citer nie?

Anonymous said...

adi yg comey=)..
nk tgk kecomelan adi dlm memulihan parents die..
seyes..x suke iqmal..sbb dia tgl shira cam tu je..
naseb baik die baik..
xyz

Kak Sue said...

best sangat... Shirah maafkan lah ikmal...

Hafia Hana said...

cite ni sgt best
update la n3 slalu

miznza84 said...

best2... fisha sambung lagi.. makin x sabar dah ni..... anyway thanks sis for this n3..

aiscream cokolat said...

ske sngt2 cite ni...sambung lagii phlishhh~

Gurl said...

cerita nie makin menarik minat sa terus membaca.... chaiyok teruskan usaha lagi

intan abd wahab said...

teruskan..
akak suka ktabahan seorg ibu yg ditggal suami shggakn dpt bgkit smula...

Anor said...

best..best nak lagi...cepat sambung ye...

MaY_LiN said...

one happy famili at home!!!
huhuhu..
like it

MaY_LiN said...

one happy famili at home!!!
huhuhu..
like it

miznza84 said...

sis arini xde n3 ker?

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....