CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 10, 2012

~dIA- 21~

Hari Ahad, hari yang sepatutnya bersantai dan berehat dirumah bersama isteri tersayang selepas penat berkerja seminggu. Menyemai kasih sayang andai berpeluang tapi bila melihat isteri tersayang sedang berhempas pulas menyaipkan tugasan, segala angan-angan indah berkecai satu demi satu. Tak sampai hati pula nak mengganggu bila melihat betapa tekunnya Athirah mengira di meja kopi.

Akhbar ditangan sudah lunyai diselak-selak. Habis semua berita yang ada dibaca. Tapi dia masih setia disofa belakang Athirah. Enggan berganjak. Dijenguk sedikit pada kertas yang sedang diconteng Athirah. Bosan sebenarnya.

“Kalau bosan, onkan TV tu. Dah sakit telinga Ira dengar abang dok selak-selak paper dari tadi” tegur Athirah bila perasan yang Fikri sudah menjengah ke meja yang sudah semak dengan kertas-kertas.

“Tak apalah, mengganggu Ira nak fokus dekat soalan je”

“Buka ajelah, tak apa. Tak mengganggu pun”

“Betul ni?”

“Betul” tangan sudah menghulur remote TV pada Fikri. Memang dia tak kisah kalau Fikri nak menonton TV, dah memang ruang tamukan. Takkan nak salahkan Fikri mahu menonton. Patutnya dia yang masuk buat kerja dekat tempat yang disediakan.

Rancangan yang sedang ditukar-tukar oleh Fikri membuatkan Athirah mengangkat muka. Hairan betul dengan suami sendiri yang dari tadi bermain dengan remote. Takkan tak ada langsung rancangan yang minat nak ditengok.

“Kenapa Abang?”

“Bosan. Banyak lagi ke?”

“Dua soalan lagi. Kenapa?”

“Lepas ni balik rumah abah nak?” soalan Fikri, dia sudah duduk disebelah Athirah. Mencapai kertas yang berselerak.

“Okey juga.”

“Abang tolong buat ya. Bosan ni” minta Fikri bila sudah memegang kertas.

“Betul nak tolong ni?”

“Iyalah.”

“Okey. Nah buat yang ni” kertas yang berada ditangan dihulurkan pada Fikri. Mana boleh tolak kalau kepala dah tepu dengan segala macam formula.

Tersenyum Fikri menyambut huluran Athirah. Senang pula Athirah nak bagi dia menolong. Selalunya mengelak saja kerjanya.

“Bila nak hantar ni?”

“Esok. Minta tolong Tim poskan dengan dia sekali”

“Baiknya Fatimah” ikhlas Fikri memuji teman Athirah.

“Baik ada makna. Dia nak meniru la tu, sebab tu dia sanggup tolong poskan. Jadi dia punya jawapan lengkap juga la.”

“Biasalah, nama pun kawan-kawan. Sharing is caring apa”

Athirah pandang tak percaya jawapan Fikri. Sejak bila budak skema macam Fikri boleh terima idea macam ni. Ingatkan nak bangkang dah.

“Kenapa? Tak percaya?” soal Fikri bila perasan Athirah hanya membisu memandang dia. Siap dengan muka tak percaya lagi. Dah boleh agak riaksi Athirah tu.

“Itulah sayang, don’t judge a book by its cover. Selak dulu isi baru kita tahu apa yang ada kat dalam”

“Ira tak kata apa pun. Abang yang perasan lebih”

“Alah, macam abang tak tahu apa yang ada dalam kepala Ira. Sejak kerja dengan orang macam Keon dan kenal Cah, abang kena la maju sikit. Kalau tidak asyik kena buli saja dengan laki bini tu”

Terlepas ketawa Athirah mendengar bicara Fikri. Dahsyat juga pengaruh kawan-kawan ni. Orang skema macam Fikri pun boleh berubah jadi budak nakal. Memang lepas ni boleh geng la. Tak la rasa kekok sangat kena berubah jadi budak baik.

“Okey, siap” kertas dihulurkan pada Athirah. Dia sudah meregangkan tangan ke atas. Lenguh juga duduk bersila lama-lama ni. Nampak sangat dah tua, duduk lama sikit pun lenguh.

“Thank you” ucap Athirah. Dah tak berani nak cakap terima kasih dalam bahasa melayu sebab takut dengan jawapan Fikri. Gatal semacam pulak kalau dengar cara Fikri bercakap.

“Tak nak check dulu?” Fikri dah pelik tengok Athirah simpan terus kertas yang sudah siap dikepil. Langsung tak dipandang jawapan darinya.

“Tak payah la, mesti betul punya. Engineer yang jawab ni. Kalau silap mesti dah lama abang kena buang kerjakan”

“Pandailah”

“Okey. Nak kemas barang kejap. Nak balik rumah abah pukul berapa ni?

“Lepas solat la.”

“Okey”







Pak Man sedang berehat dihalaman ketika Fikri dan Athirah sampai didepan rumah. Memandang anak dan menantu yang sedang keluar dari kereta. Senang hatinya melihat perubahan perhubungan keduanya. Yakin yang keputusan untuk kahwin Athirah dulu tepat sekali.

“Asslamualaikum abah”

“Waalaikummusalam. Sesat dari mana yang boleh balik sini? Kamu tak sekolah hari ni Ira?” soal Pak Man bila Athirah tunduk menyalami tangannya selepas Fikri.
“Kelas dah habis. Tinggal nak periksa lepas ni”

“Dari mana ni Fik?”

“Dari rumah. Tak tahu nak pergi mana dah, tu pasal ajak Ira balik sini. Lagipun dah lama jugak tak balikkan”

“Baguslah, ingat juga kamu dekat abah, ingatkan dah lupa terus dah”

“Apa abah ni, bukan selang sehari ke Ira call tanya khabar. Saja nak buat orang susah hati la abah ni”

“Saja ja abah nak mengusik kamu. Dah makan?”

“Belum” serentak Fikri dan Athirah menjawab. Memang budak malas tu tak masak pun bila sibuk menyiapkan kerja sekolah tadi.

“Ai, dua-dua ada dirumah pun tak makan lagi. Ira tak masak ka?”

“Sibuk la, abah masak apa?”

“Mana ada masak, abah makan kenduri dah tadi. Kamu pergilah masuk masak. Tengok apa yang tinggal dalam peti ais tu”

“Teruk la abah ni. Ira ingat abah kena kahwin la, baru senang hati”

“Amboi-amboi, dah seronok hidup berdua sibuk nak kahwinkan orang pula. Hentikanlah, abah kamu dah tua. Entah-entah dua tiga hari lagi dah dijemput balik. Tak payah duk pikir benda pelik-pelik macam tu”

“Apa abah cakap pasal mati-mati ni”

“Benda betulkan, takkan abah nak tongkat langit”

Airmata sudah bergenang dikolam mata, menunggu saat untuk jatuh ke pipi. Terasa hati betul dengan kata-kata abah. Perlahan kaki dihayun ke dalam rumah. Meninggalkan Fikri dan Pak Man tanpa sepatah kata.

“Merajuk la tu” komen Pak Man pada Fikri yang masih terpacak disisinya. “Pergilah pujuk Fik. Macam budak-budak perangainya. Tak sedar yang diri yang dia dah boleh jadi mak orang”

Fikri hanya tersenyum mendengar bicara Pak Man, enggan mengulas lanjut. Faham dengan perasaan Athirah. Pak Manlah tempat isterinya bermanja, pastinya terasa mendengar bila orang yang kita sayang bercakap soal mati.
“Fik masuk dulu abah”

6 comments:

Kak Sue said...

Suka cerita ni sebab santai ja... relex kan otak... x payah banyak berfikir ..... itu baru seronok baca....TQ... cepat sambungggg....

Kak Sue said...
This comment has been removed by the author.
miznza84 said...

nak lagi sis

sofea said...

nak lagi.....sikit sgt arr n3 tuuu

Anonymous said...

nk lagi!!!
n3 kali nie xcukup pnjg...hehehe
apa2 pon, best!!! :D

IVORYGINGER said...

bila nk sambung ceta ni?

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....