CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 14, 2012

~Sinar~

Masih dalam minda... jemput baca sikit apa yang ada dan apa pendapat anda?

“Siapa punya Vaio ni?” langkah yang sepatutnya di atur menuju ke bilik kecil dibelakang kedai terus terhenti bila melihat ada pula benda baru yang singgah di meja kerjanya. Padahal sebelum dia keluar ke gerai yang berdepan dengan kedai dia sudah pastikan mejanya kemas dari sebarang kerja.
“Ada sorang mamat tu hantar, penting katanya. Bos dia nak pakai cepat, kalau boleh nak ambil sebelum pukul tiga nanti. Boleh ke?”
“Amboi, boleh main arah-arah kita pulak. Sekarang dah 1.30, aku nak sembahyang lepas tu nak kena balik ambil slip ubat yang tertinggal pagi tadi. Mana sempat nak siapkan petang ni. Kau ajelah yang tolong buatkan. Apa masalahnya?” bebel dia sebelum melabuh duduk dikerusi, mencapai juga komputer riba berwarna putih itu. Mulut saja membebel tapi tangan tetap menjalankan tugas. Tak sampai hati juga membiarkan komputer itu tidak berusik.
“Kena virus rasanya, sebab aku dah try on tadi tapi punya lambat nak load masuk dalam window”
“Kalau virus je, kau pun boleh tolong bersihkan. Kira halal la ye, aku nak pergi solat dulu. Nak kena gerak cepat tahu ajelah berurusan dengan gomen ni semua nak kena duduk santai lama-lama baru dapat”
“Betul kau yakin nak bagi aku buat harta benda mahal orang ni?” soal Yati yang santai bermain dengan game ditangan. Kurang yakin dengan kepercayaan teman merangkap bosnya itu. Selama ini dia hanya membantu menekan ‘enter’, ‘yes’ dan ‘no’ sahaja bila disuruh Jalilah. Tugas sebenar dia di kedai komputer itu adalah sebagai cashier dan penyambut tetamu sahaja. Kerja-kerja membelek komputer orang ni memang bukan kepakaran dia. Kalau menjahamkan memang dialah yang pakar. Tak payah suruh pun dia boleh buat Jalilah pening kepala nak repair.
Melihat muka bos merangkap teman baiknya sudah memerah dia segera menutup mulut, tidak mahu mengundang bebelan yang bakal memedihkan telinga sendiri. Faham sangat dengan perangai teman yang pantang disoal berkali-kali. Kalau biru katanya jangan sesuka hati nak tukar jadi pink, memang mencari nahas.
“Oklah, aku buat tapi kalau jadi apa-apa yang tak di ingini kau jangan nak salahkan aku. Jangan nak potong gaji aku macam dua bulan lepas ye” ugut Yati sebelum apa-apa terjadi. Dah tak sanggup nak kena potong gaji sebab terbakarkan dua keping RAM 4Gigabyte milik pelanggan mereka.
“Buat ajelah, banyak pula bunyi kau hari ni kan.”
“Aku Cuma nak pastikan keselamatan aku sebelum apa-apa jadi dekat harta benda orang. Tak mau aku jatuh tempat yang sama dua kali. Sakit tu”
“Dah, aku jamin keselamatan kau. Kalau jadi apa-apa nanti aku yang berdepan dengan tuan punya buku putih ni”
“Thanks bos, aku pegang kau punya janji”
“Jangan lupa solat kejap lagi. Jangan sampai aku dapat tahu kau tinggal solat lagi. Aku potong gaji kau nanti” ugut Jalilah sebelum berlalu ke dalam bilik. Tidak mahu melambatkan lagi jadualnya petang ini.
“Tahulah, lepas kau solat terus aku masuk solat. Jangan berleter banyak sangat, sakit telinga aku dengar. Boleh bernanah tau”
“Takat bernanah je, azab lagi siksa dalam kubur dan api neraka” sayup-sayup suara Jalilah dari dalam bilik membuatkan dia terdiam. Memang kalah kalau si bos besar keluarkan hujah meninggalkan solat.


*****-----******
Yati pandang muka orang yang tengah berdiri dihadapan kaunter , gentar sebenarnya bila tuan punya komputer yang dibaiki semalam sudah mahu menuntut. Apa yang hendak dijawab bila komputer yang sepatutnya berfungsi selepas dicuci terus tidak boleh hendak dihidupkan. Dan Jalilah masih belum muncul disaat dia sangat memerlukan penyelamat.
“Cik, saya perlukan laptop tu, apa masalahnya lagi. Sepatutnya dah siap semalam, ini dah lebih dari masa yang diberi. Boleh tak cik bagi dekat saya sekarang?”
“Saya tahu tapi ada masalah sikit dengan komputer tu dan bos saya belum sampai lagi” kepala yang tak gatal digaru sehingga rambut yang tadi bersikat kemas sudah berselerakkan. Bimbang bila orang yang dinantikan langsung tidak nampak bayang lagi. Selalunya Jalilah yang sampai dahulu ke kedai, ini masa dia memerlukan pula si kawan langsung tak nampak bayang lagi.
“Cik? Macammana ni? Boleh tak bagi komputer saya cepat. Saya ada mesyuarat dengan orang pagi ni”
“Lima minit” segera dia mencapai telefon bimbit dan menjauhi lelaki yang sedang memandang tepat padanya. Kena cari Jalilah tersayang. Tapi sudah kali panggilannya disambut oleh akak Celcom. Liur ditelan kesat, gerun melihat muka yang tadinya kacak sudah berubah serius.
“Maaf encik, saya tak dapat nak call dia. Boleh tunggu lagi tak? Tapi kalau tak boleh pun kena tunggu jugak sebab komputer encik tu tak siap lagi” dengan muka bersalah dia menerangakan keadaan sebenar. Tak mampu nak menipu dah kalau muka orang depan dah bertukar warna menanti.
“Macammana awak boleh buka kedai ha? Benda macam ni pun tak boleh nak sattle. Inilah orang Melayu, sembang hebat tapi buat kerja teruk. Sebab tulah orang kita tak boleh nak maju.” Bebel lelaki yang sedang berdiri didepannya.

Sunday, November 25, 2012

Salam semua yg masih berkunjung ke teratak bersawang ni...

Hampir 2 bulan 'Takkan Pernah Berubah' berada dipasaran. sungguh semua ni bagaikan mimpi pada Sya... angan-angan zaman sekolah menjadi kenyataan.

TERIMA KASIH pada yang sudah mendapatkannya.....:)

Tapi satu benda yang asyik menjelma dalam fikiran, berbaloikah duit anda bila membeli karya kecil Sya? takut sangat bila fikirkan duit yang sudah dilaburkan pada cerita ni mendukacitakan anda, tidak sampai dengan apa yang diharapkan.

Pada yang sudah membaca dari kulit ke kulit, apa pendapat anda? berbaloi tak? ke rasa macam nak hampuk je org yang tulis cerita tu? sya memang tak pandai nak tulis ayat bunga-bunga. ada masa tu, rasa macam bukan sha yang tulis novel tu. rasa macam betul ke aku yang tulis ayat ni? gila betul.....

memang kisah Shira dan Iqmal cerita biasa-biasa saja, cerita org kampung yang tak kaya macam novel yang banyak dalam pasaran sekarang. Sha cuba bawa keadaan persekitaran yang kita lalui dalam hidup ni ke dalam tulisan. maaf kalau ada yang tak boleh terima.

Buat dia yang pernah berkata dulu, ini cerita yang sha nak beli. dunia realiti yang tak banyak sangat propa. dugaan hidup bila kita pilih sendiri jalan. jangan asyik salahkan orang dan larikan diri. berani berdiri dengan keputusan dan maafkan orang yang kita sayang kerana kita takkan rugi....

dan pada semua, patut tak sha upkan karya baru atau sambung apa yang tergantung di blog ni dahulu?


Sekian,

fisha

Thursday, October 18, 2012

tolong...tolong....

hai semua....
asalamualiakum,

dah dapatkan takkan pernah berubah?
harap berpuas hati dengan Iqmal dan Shira....:)
dan harap anda tak rasa rugi beli karya kecil sha...


dekat sini sha nak minta tolong sikit...
ada tak reader dekat sini yang doktor ke nurse ke?
nak minta tolong pasal info bab hospital ni...
email sha ok....spinwhel@gmail.com
thanks sangat....

Friday, September 21, 2012

Mempersembahkan... Takkan Pernah Berubah





Penulis: Fisha
ISBN: 978-967-0508-02-3
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 8 Okt. 2012

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Kerana kekasih hamba turutkan.

Atas dasar cinta, Shahira rela kehilangan keluarga yang selama ini menjadi tulang belakangnya. Iqmal pula merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan keluarganya. Walaupun hidup sederhana, mereka bahagia. Namun, cinta mereka teruji apabila mereka terpaksa berpisah untuk menuntut ilmu.


Langit tidak selalu cerah, begitu juga hidup mereka. Kecelakaan menimpa Iqmal, lalu dia terputus hubungan dengan Shahira. Shahira pula terpaksa mencari tempat bergantung baharu setelah Iqmal hilang tanpa dapat dikesan.

Sepuluh tahun berlalu, barulah mereka bertemu. Pertemuan yang tak disangka menyebabkan Shahira melarikan diri daripada Iqmal. Ada rahsia yang dipendam Shahira. Siapa Adi dalam hidup Shahira? Masihkah ada maaf daripada Shahira untuk Iqmal? Dan, bagaimana pula dengan penerimaan keluarga mereka?

kau umpama matahari malam untukku, tidak kelihatan namun sentiasa ada

***

FISHA, gadis dari utara tanah air ini menulis dengan gaya bahasa yang santai namun membuai perasaan pembaca dalam Takkan Pernah Berubah. Sungguh, hati wanita itu sekeras kerak nasi. Andai disiram air, maka lembutlah ia.

Takkan Pernah Berubah....

Alhamdullilah...... akhirnya impian dan cita-cita bertahun dulu untuk melihat novel kaarangan sendiri tercapai....

Matahari malam dah menjadi... Takkan pernah berubah... tak kisahlah apapun tajuknya, harap ia akan memberi kepuasan pada semua...

dah try letak cover dekat sini tapi nampak sangat pc canggih ni tak boleh nak upload... korang semua boleh tengok dekat website jemari seni (http://www.jemariseni.com) [takkan pernah berubah]

nanti balik kerja sya upload cover yg sgt comel tu.... :)

Tuesday, September 4, 2012

Buat semua.....

Buat aku tersenyum..... dan harap ia juga bakal membuatkan semua yang mengikuti blog ini juga akan tersenyum... biarlah apa orang nak kata, yang penting hati tengah berbunga ceria....


sampai berjumpa Iqmal dan Shira dalam versi cetak.... :)

Friday, July 27, 2012

Apa kata anda????

Salam buat semua yang masih setia mengunjungi pondok buruk ini... terlalu lama rasanya tiada sebarang update/ sambungan / cerita baru disini...maaf untuk itu. buat yg mengikuti Matahari Malam.... fisha ada satu persoalan... manuskrip MM sudah dihantar ke satu publisher dan kemungkinan akan dibukukan... tapi masalahnya sekarang, tajuknya perlu diubah... adakah terlalu berat tajuk Matahari Malam untuk diterima oleh pembaca? help!!!!! help!!!help!!!! fisha sgt sukakan perkataan MM, korang macammana????? ke fisha yg SS? orang lain tak kisah pun.... semua pendapat sgt2 dialu-alukan.....

Saturday, March 3, 2012

~MaTAHari MalAM - 1~

Salam semua...

Buat yang mengikuti matahari malam....
ni adalah versi baru....
dah lama tak ada apa-apa update...rasa bersawang sgt...
jadi ini untuk anda dan anda yg rajin berkunjung ke sini...
segala komen dan idea sgt2 dihargai....





****BAb 1****

Suasana sunyi seperti biasa di dalam perpustakaan negeri petang itu. Semua pengunjung begitu asyik dengan kerja masing-masing. Cuma sesekali terdengar suara perbincangan atau mungkin berbual memecah keheningan. Menghilangkan mengantuk atau kebosanan barangkali. Tapi itu semua langsung tak menghalang pandangannya yang masih pada gadis dimeja itu.
Mata tidak lepas dari memandang si gadis yang tekun membaca dimeja paling hujung dalam perpustakaan itu. Suka benar dia melihat telatah gadis manis yang setiap hari berkunjung ke perpustakaan itu sejak dua minggu yang lepas. Hari ini dia perlu memulakan langkah jika ingin mengenali gadis itu. Langkah diatur perlahan ke meja yang penuh dengan segala macam buku-buku. Nampak benar yang gadis itu sangat memanafaatkan masa yang ada. Tidak langsung mengangkat muka berbual atau berjalan-jalan tanpa arah.
Mungkin hari ini adalah masa yang terbaik kerana tidak ada seorang pun yang menumpang meja yang diduduki oleh gadis itu. Jika tidak pastinya dia akan mengganggu pengunjung yang lain. Dengan langkah penuh yakin dia meninggalkan meja sendiri, menghampiri si dia yang sering hadir dalam mimpinya seminggu ini.
“Boleh pinjam buku ni?” soal Iqmal sambil mencapai sebuah buku diatas meja. Dia main ambil saja tanpa mengira kandungan sebenar buku itu. Tak kisahlah. Janji ada sebab untuk berbual. Nak menghulurkan salam terus nampak macam gelojoh sangat. Tiba-tiba sahaja mahu berkenalan walaupun berada didalam perpustakaan.
“Ambillah” sepatah Shahira menjawab. Kembali melarikan pen di dada kertas yang sudah dilipat dua. Langsung tak menghiraukan keadaan sekeliling. Nampak tenggelam didalam dunianya sendiri.
Dia duduk dihadapan gadis itu. Seronok melihat gadis itu tekun menulis entah apa. Langsung tidak mengendahkannya. Atau mungkin langsung tak menyedari yang dia sudah duduk disitu.
“Nama saya Iqmal. Awak?”
Perlahan dia bersuara, cuba mengimbangi dengan suasana sunyi disitu, membuatkan gadis didepannya tergejut. Hampir sahaja terlepas pen dijari.Tersenyum dia bila melihat muka tergejut gadis didepannya. Comelnya dia. Betullah dia dah gila bayang dengan gadis ini. Muka orang tergejut pun sudah boleh dikatakan cantik.
“Maaf?” soal Shahira kembali. Kurang jelas dengan apa yang dikatakan oleh lelaki dihadapanya tadi. Sungguh dari tadi dia leka menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh Puan Zuraida. Kemudian sibuk menyiapkan nota minda untuk bab yang dipelajari didalam kelas tadi. Bimbang terlupa apa yang telah dipelajari didalam kelas semalam, jenuh pula hendak bertanya pada rakan-rakan.
“Saya Iqmal. Awak?”
Ulang Iqmal tanpa rasa marah. Masih tekun menatap wajah Shahira. Langsung tidak terasa hati dengan tingkah gadis dihadapannya yang tidak mendengar tuturnya. Memang salah dia tiba-tiba menegur orang yang asyik mengulangkaji.
“Shira” sepatah dia menjawab. Kurang berminat untuk memanjangkan perbualan dengan lelaki itu. Bukankah selama ini memang dia tidak bercakap dengan orang asing, jadi kehadiran lelaki itu cuba dihindari. Lagipun memang mak dan abah tidak galakkan dia berkawan dengan lelaki sekarang.
“Oh Shira, boleh kita berkawan?” soal Iqmal masih belum berputus asa. Dia tetap mahu berkenalan dengan Shahira walaupun sedar layanan sedikit dingin dari gadis itu.
“Ha?” senyuman lebih lebar terukir dibibir Iqmal bila sekali lagi melihat muka tergejut Shahira. Kalut semacam tapi comel sangat.
“Dah lama saya tengok awak selalu study dekat sini sorang-sorang. So boleh kita berkawan?”
Terang Iqmal bila melihat Shahira seakan tidak faham dengan apa yang sedang berlaku. Nampak sangat muka naifnya. Mesti gadis didepannya ini sangat menjaga pergaulannya.
Shahira tunduk memandang kertas yang sudah penuh dengan nota. Segan bila sedar mata lelaki didepannya tajam menilik wajahnya. Membuatkan dia malu sendiri. Mana pernah sebelum ni ada lelaki yang berani buat begini.
“Tak payah kot” dalam lembut dia menjawab. Berharap dengan jawapan itu lelaki itu akan melangkah pergi. Faham yang dia tidak berminat untuk memanjangkan sesi soal jawab antara mereka.
“Niat saya baik, nak berkawan je dengan awak. Tak salahkan”
Jelas Iqmal bila gadis itu mempamerkan riak tidak berminat untuk melanjutkan perbualan. Dia dah cukup tebalkan muka dan cekalkan hati untuk terus berada dihadapan Shahira. Jadi dia mengharapkan keputusan yang diperolehi adalah setimpal dengan usahanya ini. Perkataan tidak memang tidak ada dalam skema jawapan yang diharapkan keluar dari bibir merah Shahira.
Shahira gigit bibir sendiri. Geram dengan gelagat manusia didepannya. Macam tak faham bahasa pulak bila orang cakap tak berminat.“Mana ada orang jahat cakap dia jahat. Lagipun saya tak berminat sangat nak berkawan dengan lelaki ni. Abah saya tak suka saya berkawan dengan lelaki”
“Tapi saya nak kenal awak. Ni nombor telefon saya, call ya. Esok saya dah tak boleh datang jumpa awak. Harap awak sudi berkawan dengan saya”
Sekeping kertas yang tertera nombor telefonnya diletakkan dihadapan Shahira. Hanya itu yang boleh dilakukan saat ini. Dia yakin, jika dia meminta nombor telefon gadis itu pastinya tidak akan berjaya. Lagipun, loceng menandakan perpustakaan akan ditutup sudah berkumandang. Dia memang tak punya harapan lain.
“Jadi?”
“Please call ya. Saya kena gerak sekarang”
Shahira hanya melihat lelaki itu melangkah dari mejanya. Perlahan, kertas yang berlipat itu diambil dan dimasukkan ke dalam buku rujukan. Dia perlu bergerak cepat, mengemas buku dan keluar dari perpustakaan sebelum semakin ramai pengujung berpusu-pusu keluar dari bangunan itu.
Pastinya abah sudah menanti di luar bangunan itu. Sudah menjadi rutinnya singgah untuk mengulangkaji disitu dihantar dan diambil oleh abah. Jadi dia tidak mahu abah menanti terlalu lama. Kesian pada lelaki yang cukup baik dalam mendidiknya menjadi seorang anak yang berguna.


Orang yang ramai berpusu-pusu keluar menggunakan satu pintu sahaja membuatkan Shahira berdiri sebentar di kawasan simpanan beg. Membiarkan dahulu keadaan menjadi sedikit tenang sebelum mula melangkah. Dia memang tidak gemar berasak-asak dengan orang ramai.
Baru hendak melangkah dia nampak pemuda tadi keluar menuju ke kawasan parkir motosikal. Nampak bergaya dengan jaket dan motornya. Mungkin perasan dirinya diperhatikan, Iqmal mengangkat muka memandang ke arah pintu keluar.
Tersenyum manis bila nampak wajah Shahira yang memerah segan. Laju dia melangkah ke arah pintu pagar, enggan menoleh lagi. Bimbang andainya lelaki itu akan mengekorinya ke situ. Mati hendak bersoal jawab dengan Pak Man kalau Iqmal ke situ.
Huluran topi keledar dari Pak Man disambut selepas dia menyalami tangan abahnya. Beg yang disandang dimasukkan ke dalam raga motosikal.
“Dah siap kerja along?” soal Pak Man.
“Belum lagi, tapi maklumat semua dah lengkap. Lepas ni Cuma nak compile dan susun atur ikut format”
“Habis tu esok nak datang lagi tak?”
“Kenapa abah?” soalnya. Selalunya Pak Man hanya akan bertanya begitu jika dia perlu berkerja.
“Abah kena masuk kilang esok. Gantikan kawan. Along boleh datang sendiri?” jawapan Pak Man buat dia serba salah.
“Tak datang pun tak apa dah abah, nanti menyusahkan abah nak kena pergi kerja naik kereta pulak” tolak Shahira. Memang dia tidak suka untuk menyusahkan Pak Man yang sangat baik.
“Abah tak kisah along. Janji anak abah boleh belajar dengan selesa”
“Tak payah la abah, along buat kerja dekat rumah saja. Nanti kalau ada yang tak lengkap along cari dekat library sekolah”
“Ikut suka along. Dah jom balik. Nanti bising pula mak tu, cakap kita pergi meronda lagi”
Tersenyum Shahira mendengar tutur Pak Man. Memang mak selalu bising bila mereka balik lambat. Kata mak, mereka dua beranak suka sangat makan angin tak bawa dia.
Shahira perasan kelibat motosikal Iqmal melintas ketika dia mengenakan topi keledar ke kepala. Pastinya lelaki itu menanti sehingga dia betul-betul balik baru dia beredar dari kawasan perpustakaan itu.

Tuesday, January 31, 2012

tekanan perasaan

sgt tertekan bila buka manuskrip yg dh hampir 80% siap tiba-tiba blank..
langsung tk ada apa....
ada sesiapa yg pndai pasal word?... mcmmana nk buat bila appear. .
word cannot start the converter mswrd632.wpc
dh cuba try cara en geogle tp tak berkesan...
gila tekanan perasaan...
rasa usaha berbulan ni mcm sia-sia....
matahari malam oh matahari malam.. byk benar dugaan nk siapkan...
tlg ya...anyone yg ada solution...
thanks

Tuesday, January 10, 2012

~dIA- 21~

Hari Ahad, hari yang sepatutnya bersantai dan berehat dirumah bersama isteri tersayang selepas penat berkerja seminggu. Menyemai kasih sayang andai berpeluang tapi bila melihat isteri tersayang sedang berhempas pulas menyaipkan tugasan, segala angan-angan indah berkecai satu demi satu. Tak sampai hati pula nak mengganggu bila melihat betapa tekunnya Athirah mengira di meja kopi.

Akhbar ditangan sudah lunyai diselak-selak. Habis semua berita yang ada dibaca. Tapi dia masih setia disofa belakang Athirah. Enggan berganjak. Dijenguk sedikit pada kertas yang sedang diconteng Athirah. Bosan sebenarnya.

“Kalau bosan, onkan TV tu. Dah sakit telinga Ira dengar abang dok selak-selak paper dari tadi” tegur Athirah bila perasan yang Fikri sudah menjengah ke meja yang sudah semak dengan kertas-kertas.

“Tak apalah, mengganggu Ira nak fokus dekat soalan je”

“Buka ajelah, tak apa. Tak mengganggu pun”

“Betul ni?”

“Betul” tangan sudah menghulur remote TV pada Fikri. Memang dia tak kisah kalau Fikri nak menonton TV, dah memang ruang tamukan. Takkan nak salahkan Fikri mahu menonton. Patutnya dia yang masuk buat kerja dekat tempat yang disediakan.

Rancangan yang sedang ditukar-tukar oleh Fikri membuatkan Athirah mengangkat muka. Hairan betul dengan suami sendiri yang dari tadi bermain dengan remote. Takkan tak ada langsung rancangan yang minat nak ditengok.

“Kenapa Abang?”

“Bosan. Banyak lagi ke?”

“Dua soalan lagi. Kenapa?”

“Lepas ni balik rumah abah nak?” soalan Fikri, dia sudah duduk disebelah Athirah. Mencapai kertas yang berselerak.

“Okey juga.”

“Abang tolong buat ya. Bosan ni” minta Fikri bila sudah memegang kertas.

“Betul nak tolong ni?”

“Iyalah.”

“Okey. Nah buat yang ni” kertas yang berada ditangan dihulurkan pada Fikri. Mana boleh tolak kalau kepala dah tepu dengan segala macam formula.

Tersenyum Fikri menyambut huluran Athirah. Senang pula Athirah nak bagi dia menolong. Selalunya mengelak saja kerjanya.

“Bila nak hantar ni?”

“Esok. Minta tolong Tim poskan dengan dia sekali”

“Baiknya Fatimah” ikhlas Fikri memuji teman Athirah.

“Baik ada makna. Dia nak meniru la tu, sebab tu dia sanggup tolong poskan. Jadi dia punya jawapan lengkap juga la.”

“Biasalah, nama pun kawan-kawan. Sharing is caring apa”

Athirah pandang tak percaya jawapan Fikri. Sejak bila budak skema macam Fikri boleh terima idea macam ni. Ingatkan nak bangkang dah.

“Kenapa? Tak percaya?” soal Fikri bila perasan Athirah hanya membisu memandang dia. Siap dengan muka tak percaya lagi. Dah boleh agak riaksi Athirah tu.

“Itulah sayang, don’t judge a book by its cover. Selak dulu isi baru kita tahu apa yang ada kat dalam”

“Ira tak kata apa pun. Abang yang perasan lebih”

“Alah, macam abang tak tahu apa yang ada dalam kepala Ira. Sejak kerja dengan orang macam Keon dan kenal Cah, abang kena la maju sikit. Kalau tidak asyik kena buli saja dengan laki bini tu”

Terlepas ketawa Athirah mendengar bicara Fikri. Dahsyat juga pengaruh kawan-kawan ni. Orang skema macam Fikri pun boleh berubah jadi budak nakal. Memang lepas ni boleh geng la. Tak la rasa kekok sangat kena berubah jadi budak baik.

“Okey, siap” kertas dihulurkan pada Athirah. Dia sudah meregangkan tangan ke atas. Lenguh juga duduk bersila lama-lama ni. Nampak sangat dah tua, duduk lama sikit pun lenguh.

“Thank you” ucap Athirah. Dah tak berani nak cakap terima kasih dalam bahasa melayu sebab takut dengan jawapan Fikri. Gatal semacam pulak kalau dengar cara Fikri bercakap.

“Tak nak check dulu?” Fikri dah pelik tengok Athirah simpan terus kertas yang sudah siap dikepil. Langsung tak dipandang jawapan darinya.

“Tak payah la, mesti betul punya. Engineer yang jawab ni. Kalau silap mesti dah lama abang kena buang kerjakan”

“Pandailah”

“Okey. Nak kemas barang kejap. Nak balik rumah abah pukul berapa ni?

“Lepas solat la.”

“Okey”







Pak Man sedang berehat dihalaman ketika Fikri dan Athirah sampai didepan rumah. Memandang anak dan menantu yang sedang keluar dari kereta. Senang hatinya melihat perubahan perhubungan keduanya. Yakin yang keputusan untuk kahwin Athirah dulu tepat sekali.

“Asslamualaikum abah”

“Waalaikummusalam. Sesat dari mana yang boleh balik sini? Kamu tak sekolah hari ni Ira?” soal Pak Man bila Athirah tunduk menyalami tangannya selepas Fikri.
“Kelas dah habis. Tinggal nak periksa lepas ni”

“Dari mana ni Fik?”

“Dari rumah. Tak tahu nak pergi mana dah, tu pasal ajak Ira balik sini. Lagipun dah lama jugak tak balikkan”

“Baguslah, ingat juga kamu dekat abah, ingatkan dah lupa terus dah”

“Apa abah ni, bukan selang sehari ke Ira call tanya khabar. Saja nak buat orang susah hati la abah ni”

“Saja ja abah nak mengusik kamu. Dah makan?”

“Belum” serentak Fikri dan Athirah menjawab. Memang budak malas tu tak masak pun bila sibuk menyiapkan kerja sekolah tadi.

“Ai, dua-dua ada dirumah pun tak makan lagi. Ira tak masak ka?”

“Sibuk la, abah masak apa?”

“Mana ada masak, abah makan kenduri dah tadi. Kamu pergilah masuk masak. Tengok apa yang tinggal dalam peti ais tu”

“Teruk la abah ni. Ira ingat abah kena kahwin la, baru senang hati”

“Amboi-amboi, dah seronok hidup berdua sibuk nak kahwinkan orang pula. Hentikanlah, abah kamu dah tua. Entah-entah dua tiga hari lagi dah dijemput balik. Tak payah duk pikir benda pelik-pelik macam tu”

“Apa abah cakap pasal mati-mati ni”

“Benda betulkan, takkan abah nak tongkat langit”

Airmata sudah bergenang dikolam mata, menunggu saat untuk jatuh ke pipi. Terasa hati betul dengan kata-kata abah. Perlahan kaki dihayun ke dalam rumah. Meninggalkan Fikri dan Pak Man tanpa sepatah kata.

“Merajuk la tu” komen Pak Man pada Fikri yang masih terpacak disisinya. “Pergilah pujuk Fik. Macam budak-budak perangainya. Tak sedar yang diri yang dia dah boleh jadi mak orang”

Fikri hanya tersenyum mendengar bicara Pak Man, enggan mengulas lanjut. Faham dengan perasaan Athirah. Pak Manlah tempat isterinya bermanja, pastinya terasa mendengar bila orang yang kita sayang bercakap soal mati.
“Fik masuk dulu abah”

Friday, January 6, 2012

~dIA - 20~

Athirah tarik muncung bila memandang muka selamba Fikri. Sejak sejam yang lepas memang dia saja yang terkena bila berbalas cakap. Pandai betul lelaki yang tekun menonton berita itu menjawab setiap patah ayatnya. Sampai dia sendiri dah habis idea untuk bentangkan pada Fikri. Isunya Cuma satu, Fikri tak izinkan dia menunggang motosikal ke tempat kerja. Habis tu, takkan dia nak buat orang kaya pergi kerja dihantar Fikri.
“Tak baik duk mengutuk suami sendiri. Dah banyak pahala ke sampai nak sedekah untuk abang ni?” soal Fikri tanpa memandang Athirah disebelah. Mata masih fokus memandang skrin TV. Sengaja nak mendera Athirah.
“Bila masa pulak Ira kutuk abang?”
“Bohong tu hukum dia berdosa tau” provok Fikri.
“Abang, please la. Ira pergi kerja macam biasa”
“Sayang, faham tak yang naik motosikal ni bahaya. Risiko dia tinggi sangat. If anything happen dekat Ira, macammana dengan abang?”
“Macam nilah. Takkan nak bertukar jadi sailormoon pulak”
Athirah menjerit bila hidung terasa sakit dipicit Fikri. Dah macam nak membunuh pun ada. Dah tak sayang gamaknya.
“Ira, abang serius ni. Boleh tak jangan buat main benda-benda macam ni”
“Okey, sorry. Tapi betullah, apa salahnya Ira pergi macam biasa. Dekat aje pun”
“The answer still no. abang akan ambil dan hantar Ira. Ataupun Ira nak drive sendiri? Kita tukar, biar abang yang bawa motor sayang tu”
“Tak boleh, pandai eh. Bila kena bab Ira macam-macam alasan abang bagi. Bila kena tang abang, boleh pulak nak naik motor. Saja la tu nak bagi Ira susah hati pulak”
Fikri tersenyum mendengar bicara Athirah. Suka benar dia bila isteri tersayang turut mengambil berat tentang dirinya.
“Ni yang sengih macam kerang busuk ni kenapa pulak?”
“Sayang jugak Ira dekat abang ya”
“Malas nak layan” segera dia mengangkat kaki ke dapur. Macammana boleh terlepas cakap depan mamat sorang ni. Malu la.
“Tak mau layan pun tak apa, abang tau Ira sayangkan abang”


Fikri berdiri dimuka pintu, memandang Athirah yang tunduk memandang kertas diatas meja. Nampak tekun benar mengulangkaji pelajaran walaupun hari dah lewat benar. Perlahan dia menghampiri Athirah bila panggilannya tak bersahut. Dijengah pada permukaan meja, penuh dengan kertas nota yang berselerakkan. Tangan Athirah pula rancak mengetuk pencil ke meja.
“Patutlah tak dengar, telinga dah kena sumbat dengan palam rupanya” bebel Fikri sendiri. Dipandang Athirah yang tersenyum-senyum sendiri. Pelik. Muka punya la berseri-seri buat kerja sekolah. Mana pernah nampak sebelum ni muka orang gembira buat kerja yang menyemakkan kepala macam ni.
Baru hendak menyapa, dia terpandang kertas yang diangkat Athirah. Ya Allah, mati-mati dia ingat Athirah buat kerja sekolah rupa-rupa dengan bahagia tengok youtube ditelefon bimbit. Patutlah ceria benar. Entah apa yang ditontonnya, tersenyum-senyum dari tadi.
Disebabkan itu muncul idea mengusik. Kita tengok pula orang yang kuat mengusik kena usik. Ada peluang nak menangis ke tidak. Laju jemari menarik earphone dari telinga kiri.
“Seronok nampak” ucap Fikri bila Athirah menoleh dengan muka tergejut. Tangan cepat menutup skrin telefon dengan kertas nota. Macam student kantoi dengan cikgu displin.
“Mana ada. Tengah buat kerja sekolah ni”
“Menipu berdosa tau” umpan Fikri.
“Nak apa ni?” soal Athirah.
“Nak tengok budak sekolah buat homework sampai lewat malam, tapi ternampak benda lain pulak. Dah lama buat kerja macam ni?”
“Buat apa?”
“Ingat abang tak nampak apa yang Ira buat tu”
“Mana ada apa, tengah buat kerja sambil dengar lagu je”
“Kalau betul, bak sini phone abang tengok” tangan ditadah pada Athirah yang masih tidak berpuas hati.
“Tak payah la, pergi la tidur. Dah lewat kan”
“Tahu pun dah lewat. Tak reti-reti nak tidur? Tak kesian dekat abang yang kena tunggu Ira?”
“Siapa suruh tunggu?”
“Nak kena la budak kecil ni, bak sini telefon tu cepat. Menjawab je dari tadi” dalam terpaksa dihulurkan juga pada Fikri. Mengacau betul.
“Oh, inilah kerja Ira. Ingatkan sibuk buat homework dari tadi rupanya duk buat kerja lain”
“Selingan je, nak hilangkan mengantuk”
“Banyak lagi nak kena buat?”
“Adalah jugak”
“Bila hantar?”
“Next week”
“Lambat lagi tu. Esokkan cuti, boleh buat lagi. Kalau macam tu, jom pergi lepak kat hall dulu. Kita layan kepala” Fikri menarik Athirah bangun dari kerusi. Menapak keluar dari bilik kecil itu.
“Duduk sini”
Athirah hanya memerhati tingkah Fikri yang sibuk dengan kabel dan telefon bimbit yang terlebih canggih tu. Tak sampai lima minit, maharaja lawak akhir sudah terpampang diskrin besar. Lampu utama juga sudah dipadamkan Fikri
“Okey, happy time”
Fikri melabuh duduk disebelah Athirah. Memandang skrin dengan senyuman. Athirah memandang lelaki disebelahnya. Terharu dengan layanan Fikri.
“Terima kasih abang”
“Kasih sayang sentiasa diterima”

Monday, January 2, 2012

happy bufday....

sedar tak sedar dah masuk tahun ke 3 the spinning wheel dlm dunia maya...
bermula dari blog syok sendiri smpai dh ada yg sudi follow...
terima kasih tak terhingga pada semua yang sudi singgah di lantai repekan ini.....
moga seiring dgn usia..blog ini makin menambahkan ilmu disamping memenuhi kehendakan anda yg sentiasa mengikuti e-novel yg masih belum ke penhujung.....

love...
fisha

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....