CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 14, 2012

~Sinar~

Masih dalam minda... jemput baca sikit apa yang ada dan apa pendapat anda?

“Siapa punya Vaio ni?” langkah yang sepatutnya di atur menuju ke bilik kecil dibelakang kedai terus terhenti bila melihat ada pula benda baru yang singgah di meja kerjanya. Padahal sebelum dia keluar ke gerai yang berdepan dengan kedai dia sudah pastikan mejanya kemas dari sebarang kerja.
“Ada sorang mamat tu hantar, penting katanya. Bos dia nak pakai cepat, kalau boleh nak ambil sebelum pukul tiga nanti. Boleh ke?”
“Amboi, boleh main arah-arah kita pulak. Sekarang dah 1.30, aku nak sembahyang lepas tu nak kena balik ambil slip ubat yang tertinggal pagi tadi. Mana sempat nak siapkan petang ni. Kau ajelah yang tolong buatkan. Apa masalahnya?” bebel dia sebelum melabuh duduk dikerusi, mencapai juga komputer riba berwarna putih itu. Mulut saja membebel tapi tangan tetap menjalankan tugas. Tak sampai hati juga membiarkan komputer itu tidak berusik.
“Kena virus rasanya, sebab aku dah try on tadi tapi punya lambat nak load masuk dalam window”
“Kalau virus je, kau pun boleh tolong bersihkan. Kira halal la ye, aku nak pergi solat dulu. Nak kena gerak cepat tahu ajelah berurusan dengan gomen ni semua nak kena duduk santai lama-lama baru dapat”
“Betul kau yakin nak bagi aku buat harta benda mahal orang ni?” soal Yati yang santai bermain dengan game ditangan. Kurang yakin dengan kepercayaan teman merangkap bosnya itu. Selama ini dia hanya membantu menekan ‘enter’, ‘yes’ dan ‘no’ sahaja bila disuruh Jalilah. Tugas sebenar dia di kedai komputer itu adalah sebagai cashier dan penyambut tetamu sahaja. Kerja-kerja membelek komputer orang ni memang bukan kepakaran dia. Kalau menjahamkan memang dialah yang pakar. Tak payah suruh pun dia boleh buat Jalilah pening kepala nak repair.
Melihat muka bos merangkap teman baiknya sudah memerah dia segera menutup mulut, tidak mahu mengundang bebelan yang bakal memedihkan telinga sendiri. Faham sangat dengan perangai teman yang pantang disoal berkali-kali. Kalau biru katanya jangan sesuka hati nak tukar jadi pink, memang mencari nahas.
“Oklah, aku buat tapi kalau jadi apa-apa yang tak di ingini kau jangan nak salahkan aku. Jangan nak potong gaji aku macam dua bulan lepas ye” ugut Yati sebelum apa-apa terjadi. Dah tak sanggup nak kena potong gaji sebab terbakarkan dua keping RAM 4Gigabyte milik pelanggan mereka.
“Buat ajelah, banyak pula bunyi kau hari ni kan.”
“Aku Cuma nak pastikan keselamatan aku sebelum apa-apa jadi dekat harta benda orang. Tak mau aku jatuh tempat yang sama dua kali. Sakit tu”
“Dah, aku jamin keselamatan kau. Kalau jadi apa-apa nanti aku yang berdepan dengan tuan punya buku putih ni”
“Thanks bos, aku pegang kau punya janji”
“Jangan lupa solat kejap lagi. Jangan sampai aku dapat tahu kau tinggal solat lagi. Aku potong gaji kau nanti” ugut Jalilah sebelum berlalu ke dalam bilik. Tidak mahu melambatkan lagi jadualnya petang ini.
“Tahulah, lepas kau solat terus aku masuk solat. Jangan berleter banyak sangat, sakit telinga aku dengar. Boleh bernanah tau”
“Takat bernanah je, azab lagi siksa dalam kubur dan api neraka” sayup-sayup suara Jalilah dari dalam bilik membuatkan dia terdiam. Memang kalah kalau si bos besar keluarkan hujah meninggalkan solat.


*****-----******
Yati pandang muka orang yang tengah berdiri dihadapan kaunter , gentar sebenarnya bila tuan punya komputer yang dibaiki semalam sudah mahu menuntut. Apa yang hendak dijawab bila komputer yang sepatutnya berfungsi selepas dicuci terus tidak boleh hendak dihidupkan. Dan Jalilah masih belum muncul disaat dia sangat memerlukan penyelamat.
“Cik, saya perlukan laptop tu, apa masalahnya lagi. Sepatutnya dah siap semalam, ini dah lebih dari masa yang diberi. Boleh tak cik bagi dekat saya sekarang?”
“Saya tahu tapi ada masalah sikit dengan komputer tu dan bos saya belum sampai lagi” kepala yang tak gatal digaru sehingga rambut yang tadi bersikat kemas sudah berselerakkan. Bimbang bila orang yang dinantikan langsung tidak nampak bayang lagi. Selalunya Jalilah yang sampai dahulu ke kedai, ini masa dia memerlukan pula si kawan langsung tak nampak bayang lagi.
“Cik? Macammana ni? Boleh tak bagi komputer saya cepat. Saya ada mesyuarat dengan orang pagi ni”
“Lima minit” segera dia mencapai telefon bimbit dan menjauhi lelaki yang sedang memandang tepat padanya. Kena cari Jalilah tersayang. Tapi sudah kali panggilannya disambut oleh akak Celcom. Liur ditelan kesat, gerun melihat muka yang tadinya kacak sudah berubah serius.
“Maaf encik, saya tak dapat nak call dia. Boleh tunggu lagi tak? Tapi kalau tak boleh pun kena tunggu jugak sebab komputer encik tu tak siap lagi” dengan muka bersalah dia menerangakan keadaan sebenar. Tak mampu nak menipu dah kalau muka orang depan dah bertukar warna menanti.
“Macammana awak boleh buka kedai ha? Benda macam ni pun tak boleh nak sattle. Inilah orang Melayu, sembang hebat tapi buat kerja teruk. Sebab tulah orang kita tak boleh nak maju.” Bebel lelaki yang sedang berdiri didepannya.

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....